Feb 29, 2016

Adab sebelum viral dalam Islam?

(3 perkara yang semua orang Islam kena tahu sebelum menyebarkan berita)

Minggu lepas, buat kali ketiga aku sanggup buat kerja “memuji diri sendiri di hadapan orang ramai”. Sebelum ini aku buat di CitiOne Kuching Sarawak, lepas tu dekat OneBorneo Sabah, dan terkini, di KB Mall Kelantan. Akan datang di Bulan April ini mungkin di Serdang Selangor. Insya-Allah.
Sebelum itu, ramai juga pembaca yang bertanya, kenapa baru sekarang buat kerja macam ni? Benar, memang sejak dulu aku menulis tanpa dedahkan kewujudan diri, malas nak popular, (kononnya) tapi bila bilangan buku dah bertambah, dan aku terlibat dengan janji bersama penerbit untuk promosi buku, maka sampai bila nak pakai topeng macam DeadPool? Hu hu..

Di Instagram dan Facebook, aku juga pernah jumpa orang curi curi ambik gambar aku dan sebarkan, celaka sungguh, sebab gambar yang di sebarkan itu tak cantik, aku nampak gemok dan gelap, (memang macam tu pun) jadi kini aku sendiri pilih gambar yang aku perasan hensem dan share dekat Facebook, ha ha!

Lagipun dulu pernah aku dapat beberapa email dari awek cun mengaku di mengorat oleh aku, lalu akupun tunjuk muka aku sikit kat awek tu dalam email, dan terdedahlah bahawa ada orang menyamar jadi aku untuk mengorat awek tudung labuh, nasib baik si awek tu confirmkan dulu betul tak si penyamar tu Hamka Keretamayat, adohai..

So lepas aku share wajah tak hensem aku pada semua pembaca setia keretamayat, lepas ni dah tak ada kot orang sanggup nak menyamar jadi aku dan mengorat awek tudung labuh. He he..
Lagipun, kau gila? aku ni bukan jenis takut bini, tapi kadang kadang Puan Bini sungguh menakutkan!

Woha!

Ok, balik kepada cerita aku di pentas KB Mall, minta maaf jika jawapan aku dalam soalan spontan dari moderator tidak jelas dan kemas macam dalam penulisan di blog keretamayat. Al maklumlah, bakat public speaking adalah sangat tak sama dengan bakat public writing… (cover line bang)

Jadi banyak soalan spontan yang di tanya moderator hari tu, kali ni aku nak jelaskan satu bab sahaja iaitu berkenaan bagaimana respon Hamka keretamayat bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat terutama berkenaan agama islam.

Jawapan aku di atas pentas agak laju dan rujukan ayat Al quran serta hadis agak berterabur, jadi suka untuk aku jelaskan kembali di sini akan bagaimana kita nak respon bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat terutama berkenaan agama islam.

Atau dalam Bahasa mudah, sebab zaman sekarang ni, rata rata pengguna online, cara mereka respon bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi adalah dengan viral serta merta terutama jika viral itu ada kepentingan peribadi, Adohai…

Jadi senang cerita, kali ni aku nak bagitahu akan Adab sebelum viral dalam Islam, kerana jika kita tak ikut adab ini, maka silap haribulan, meranalah kita di neraka berpelukkan dengan Firaun Laknatullah menggelumpur di azap api neraka kerana dosa fitnah ini besar sekali!

Jadi wahai semua pembaca Islam yang budiman, sebelum korang nak respon secara viral sewaktu berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat, suka aku menyeru korang untuk buat tiga perkara, iaitu sila rujuk dua potong ayat al quran dan sepotong hadis.

Aku tulis dalam bentuk point:

Sebelum korang nak respon secara viral, tolong:
1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6
2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43
3. Rujuk Hadis Muslim no 47-

Ok, sempena aku rajin bukak kitab, aku detailkan lagi.

Ulang balik, Sebelum korang nak respon secara viral, tolong:

1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang berkamsud “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”

3. Rujuk Hadis Muslim no 47 yang berbunyi “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.”
Jadi, senang cerita, cara sebelum korang nak respon secara viral sewaktu berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat terutama berkenaan agama islam, maka suka aku menyeru secara bahasa mudahnya agar korang semua sempat buat tiga perkara, iaitu.

1.      1. Siasat dan kaji.
2.      2. Tanya pada pakar
3.      3. Jika malas nak siasat, malas nak tanya pakar, lebih baik diam!

Tak payah nak viral bagai sebab jika kita sebarkan fitnah, maka dosanya sangat besar sekali, tak perlu kot aku cerita tentang azab api neraka secara detail sebab korang semua dah belajar bab azab api neraka sewaktu sekolah rendah.

Maka kerana itulah, dalam blog kereta mayat, atau buku Keretamayat, atau Facebook keretamayat aku tak tulis semua isu, sebab jika aku sendiri masih ragu ragu dengan kasahihan sesuatu berita, maka aku memilih untuk diam kerana diam adalah sunnah. Kerana itu dalam blog ini tak ada cerita teori konspirasi, tak ada jual product ubat-ubatan yang belum terbukti kebekersanannya, tak ada paksa korang suruh percaya pada psedosceince dan lain-lain.

Bab aku sokong vaksin misalnya, memang aku kaji dan baca dan bertanya pada doctor pakar, sebab tu aku berani tulis bahawa aku menyokong vaksin dan dari kajian aku, vaksin anak kita tak bertentangan dengan akidah. InsyaAllah, Jakim pun letak hokum harus, dan Penguasa Mekkah pun wajibkan vaksin sebelum ke tanah suci. Kini di Facebook, dah ramai doctor pakar yang lebih tahu ilmu ini dan dedahkan kebaikkan vaksin secara saintific dalam status mereka. Alhamdulillah.

Sebagai penulis, memang aku tak akan post tanpa aku kaji sesuatu berita, atau tanpa aku tanya pada yang pakar, sebab kaji dan tanya adalah Sunnah untuk setiap orang islam dalam menilai berita, jika malas nak kaji dan tanya, maka diam adalah lebih baik, jangan tekan butang share dekat Facebook sebelum korang beramal dengan surah Al hujarat dan al Nahl itu, orang politik, sila take note!

Terkini, blog keretamayat dan kurang tulis isu kontroversi sebab aku tengok dah ramai pakar yang tulis, contohnya dulu aku rajin cerita pasal politik, kelemahan dalam politik PAS misalnya sebab aku sayang parti Islam, kini aku tak tulis lagi sebab PAS dan PAN dah tulis kelemahan masing masing. Isu “Harum Manis” yang berwana oren di dalam tapi Hijau di luar mengkritik “Buah Petai” yang masih hijau di luar dan dalam tapi bau tidak menyenangkan, ha ha,. Aku tak tulis isu ni, sebab pakar dari parti pilihan dan tulis di wall Facebook masing masing.

Sama juga, dulu aku tulis pasal kebaikkan vaksin, pasal orang ke bulan, pasal ilmuniti, pasal konspirasi, pasal produk mengarut,  sebab belum ada pakar yang tulis, gigih dulu aku kaji dan bertanya pakar sebelum tulis, tapi kini dah ramai doctor, jurutera yang terkenal di Facebook update di status mereka, aku hanya mampu ‘like’ dari jauh, tahniah pada korang semua.

Jadi di zaman lambakan blogger dan FB celebrity, apa isu yang aku mampu tulis?

Apa isu yang aku sendiri pakar?

Pandang kanan, pandang kiri, aku tulis kisah Laki Bini sahajalah..

Woha!

Akhir kata, sebelum viral apa apa berita, jangan lupa rujuk Surah Al hujarat ayat 6 suruh kaji berita, Surah An-Nahl ayat 43 suruh tanya pakar, dan Hadis Muslim no 47 suruh diam jika tak tahu.

Jika korang abaikan pesanan ini, hmmmm, meranalah korang di neraka berpelukkan dengan Firaun Laknatullah menggelumpur di azap api neraka kerana dosa fitnah ini besar sekali!

Take note!







Ps: Tolong Viralkan entry ini, he he..

8 comments:

Anonymous said...

Masyallah...

You are the best...
May Allah forgive, bless n protect u from every angel bro.
One step behind u. UMMUMIYAT

CF

Anonymous said...

jika saya pernah viral fitnah terhadap sesorang, bagaimana mau taubat?

bursapalembang said...

Terimakasih Informasi yang diberikan, semoga selalu diberkati. Menyampaikan itu mudah, namun lebih sulit ketika mencermati,

cinta said...

Tak aci pkai spek itam.

Btw, TQ utk ilmu.

Buku yg dh beli thn lps x abis lg baca.

Anonymous said...

Since umur 18 masa zaman2 gelap seluar koyak kat lutut follow entry hamka masa tu 2 3 kerat mengomen tp sy x pernah komen...br dpt tgk muka hamka kereta mayat...gaya penulisan ganas seswai ngan muka agak rock tu...keep it up bro...selama 8 tahun ni 1st komen sy(sila kagum dari jauh) woha!

P/s:ayat kagum tu agak klassik...da lama awak x pakai....

Anonymous said...

begitulah adanya bila nak masuk aliran mainstream,

aku_ein said...

Ingat Sabtu lepas dapat jumpa, tapi cuma dapat jumpa buku je.."terpaksa" la beli buku dengan mengharap orang tu patah balik nak sign autograph..maka terpaksa la aku gi makan lak..

Tapi ko lupa 1 benda, nak viralkan benda so called islamic ni kena selit 1 ayat..sebarkan la bla bla bla..pastu siap tambah, kalau gossip laju je share, benda agama fikir banyak kali..

Aku biasa sekadar share dari orang tertentu..cth ustaz yg memang dah dikenali..tu pun dulu..sekarang ni bukak fb baca info lebih kurang, n baca apa yg orang lain share, yg kadang2 banyak yg ngarut je diorang ni share..sebab aku lebih berpegang pada pendapat ko yg ke-3...diam je lagi senang..paling rajin pun setakat like..

Hamka Kereta Mayat said...


CF: terima kasih banyak banyk tuan

Anonymous: selain bertaubat, minta maaf pada dia.. oh, pesan pada diri sendiri.

bursapalembang: mencermati, deep nih,

cinta : ha ha

Anonymous: wah, umur 18 ? kagum dari jauh

aku_ein: saya ada patah balik, lepas makan tu