Feb 29, 2016
Adab sebelum viral dalam Islam?
(3 perkara yang semua orang Islam kena tahu sebelum
menyebarkan berita)
Minggu lepas, buat kali ketiga aku sanggup buat kerja “memuji
diri sendiri di hadapan orang ramai”. Sebelum ini aku buat di CitiOne Kuching
Sarawak, lepas tu dekat OneBorneo Sabah, dan terkini, di KB Mall Kelantan. Akan
datang di Bulan April ini mungkin di Serdang Selangor. Insya-Allah.
Sebelum itu, ramai juga pembaca yang bertanya, kenapa baru
sekarang buat kerja macam ni? Benar, memang sejak dulu aku menulis tanpa dedahkan
kewujudan diri, malas nak popular, (kononnya) tapi bila bilangan buku dah
bertambah, dan aku terlibat dengan janji bersama penerbit untuk promosi buku, maka
sampai bila nak pakai topeng macam DeadPool? Hu hu..
Di Instagram dan Facebook, aku juga pernah jumpa orang curi
curi ambik gambar aku dan sebarkan, celaka sungguh, sebab gambar yang di
sebarkan itu tak cantik, aku nampak gemok dan gelap, (memang macam tu pun) jadi
kini aku sendiri pilih gambar yang aku perasan hensem dan share dekat Facebook,
ha ha!
Lagipun dulu pernah aku dapat beberapa email dari awek cun mengaku
di mengorat oleh aku, lalu akupun tunjuk muka aku sikit kat awek tu dalam
email, dan terdedahlah bahawa ada orang menyamar jadi aku untuk mengorat awek
tudung labuh, nasib baik si awek tu confirmkan dulu betul tak si penyamar tu
Hamka Keretamayat, adohai..
So lepas aku share wajah tak hensem aku pada semua pembaca
setia keretamayat, lepas ni dah tak ada kot orang sanggup nak menyamar jadi aku
dan mengorat awek tudung labuh. He he..
Lagipun, kau gila? aku ni bukan jenis takut bini, tapi
kadang kadang Puan Bini sungguh menakutkan!
Woha!
Ok, balik kepada cerita aku di pentas KB Mall, minta maaf
jika jawapan aku dalam soalan spontan dari moderator tidak jelas dan kemas
macam dalam penulisan di blog keretamayat. Al maklumlah, bakat public speaking adalah
sangat tak sama dengan bakat public writing… (cover line bang)
Jadi banyak soalan spontan yang di tanya moderator hari tu,
kali ni aku nak jelaskan satu bab sahaja iaitu berkenaan bagaimana respon Hamka
keretamayat bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat
terutama berkenaan agama islam.
Jawapan aku di atas pentas agak laju dan rujukan ayat Al
quran serta hadis agak berterabur, jadi suka untuk aku jelaskan kembali di sini
akan bagaimana kita nak respon bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam
masyakarat terutama berkenaan agama islam.
Atau dalam Bahasa mudah, sebab zaman sekarang ni, rata rata
pengguna online, cara mereka respon bila berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi
adalah dengan viral serta merta terutama jika viral itu ada kepentingan
peribadi, Adohai…
Jadi senang cerita, kali ni aku nak bagitahu akan Adab
sebelum viral dalam Islam, kerana jika kita tak ikut adab ini, maka silap
haribulan, meranalah kita di neraka berpelukkan dengan Firaun Laknatullah
menggelumpur di azap api neraka kerana dosa fitnah ini besar sekali!
Jadi wahai semua pembaca Islam yang budiman, sebelum korang nak
respon secara viral sewaktu berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam
masyakarat, suka aku menyeru korang untuk buat tiga perkara, iaitu sila rujuk
dua potong ayat al quran dan sepotong hadis.
Aku tulis dalam bentuk point:
Sebelum korang nak respon secara viral, tolong:
1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6
2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43
3. Rujuk Hadis Muslim no 47-
Ok, sempena aku rajin bukak kitab, aku detailkan lagi.
Ulang balik, Sebelum korang nak respon secara viral, tolong:
1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang berkamsud “Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka
bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”
3. Rujuk Hadis Muslim no 47 yang berbunyi “Barang siapa yang
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau
hendaklah ia diam.”
Jadi, senang cerita, cara sebelum korang nak respon secara
viral sewaktu berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat
terutama berkenaan agama islam, maka suka aku menyeru secara bahasa mudahnya
agar korang semua sempat buat tiga perkara, iaitu.
1. 1. Siasat dan kaji.
2. 2. Tanya pada pakar
3. 3. Jika malas nak siasat, malas nak tanya pakar,
lebih baik diam!
Tak payah nak viral bagai sebab jika kita sebarkan fitnah,
maka dosanya sangat besar sekali, tak perlu kot aku cerita tentang azab api
neraka secara detail sebab korang semua dah belajar bab azab api neraka sewaktu
sekolah rendah.
Maka kerana itulah, dalam blog kereta mayat, atau buku Keretamayat,
atau Facebook keretamayat aku tak tulis semua isu, sebab jika aku sendiri masih
ragu ragu dengan kasahihan sesuatu berita, maka aku memilih untuk diam kerana
diam adalah sunnah. Kerana itu dalam blog ini tak ada cerita teori konspirasi, tak
ada jual product ubat-ubatan yang belum terbukti kebekersanannya, tak ada paksa
korang suruh percaya pada psedosceince dan lain-lain.
Bab aku sokong vaksin misalnya, memang aku kaji dan baca dan
bertanya pada doctor pakar, sebab tu aku berani tulis bahawa aku menyokong
vaksin dan dari kajian aku, vaksin anak kita tak bertentangan dengan akidah. InsyaAllah,
Jakim pun letak hokum harus, dan Penguasa Mekkah pun wajibkan vaksin sebelum ke
tanah suci. Kini di Facebook, dah ramai doctor pakar yang lebih tahu ilmu ini dan
dedahkan kebaikkan vaksin secara saintific dalam status mereka. Alhamdulillah.
Sebagai penulis, memang aku tak akan post tanpa aku kaji sesuatu
berita, atau tanpa aku tanya pada yang pakar, sebab kaji dan tanya adalah Sunnah
untuk setiap orang islam dalam menilai berita, jika malas nak kaji dan tanya,
maka diam adalah lebih baik, jangan tekan butang share dekat Facebook sebelum
korang beramal dengan surah Al hujarat dan al Nahl itu, orang politik, sila
take note!
Terkini, blog keretamayat dan kurang tulis isu kontroversi
sebab aku tengok dah ramai pakar yang tulis, contohnya dulu aku rajin cerita
pasal politik, kelemahan dalam politik PAS misalnya sebab aku sayang parti
Islam, kini aku tak tulis lagi sebab PAS dan PAN dah tulis kelemahan masing
masing. Isu “Harum Manis” yang berwana oren di dalam tapi Hijau di luar
mengkritik “Buah Petai” yang masih hijau di luar dan dalam tapi bau tidak
menyenangkan, ha ha,. Aku tak tulis isu ni, sebab pakar dari parti pilihan dan
tulis di wall Facebook masing masing.
Sama juga, dulu aku tulis pasal kebaikkan vaksin, pasal
orang ke bulan, pasal ilmuniti, pasal konspirasi, pasal produk mengarut, sebab belum ada pakar yang tulis, gigih dulu
aku kaji dan bertanya pakar sebelum tulis, tapi kini dah ramai doctor, jurutera
yang terkenal di Facebook update di status mereka, aku hanya mampu ‘like’ dari
jauh, tahniah pada korang semua.
Jadi di zaman lambakan blogger dan FB celebrity, apa isu
yang aku mampu tulis?
Apa isu yang aku sendiri pakar?
Pandang kanan, pandang kiri, aku tulis kisah Laki Bini
sahajalah..
Woha!
Akhir kata, sebelum viral apa apa berita, jangan lupa rujuk Surah
Al hujarat ayat 6 suruh kaji berita, Surah An-Nahl ayat 43 suruh tanya pakar, dan
Hadis Muslim no 47 suruh diam jika tak tahu.
Jika korang abaikan pesanan ini, hmmmm, meranalah korang di
neraka berpelukkan dengan Firaun Laknatullah menggelumpur di azap api neraka
kerana dosa fitnah ini besar sekali!
Take note!
Ps: Tolong Viralkan entry ini, he he..
Feb 24, 2016
Puzzle Solat Anak Soleh?
(Ulasan Produk oleh Hamka keretamayat)
Bagi Laki bini yang
ada anak kecik, permainan Puzzle adalah salah satu game yang seronok untuk anak
anak dan ibu bapa bermain bersama kerana ianya “ada jalan cerita”, sama ada
dalam bentu gambar, tulisan atau kedua-duanya sekali.
Banyak pilihan Puzzle
di pasaran, tapi alangkah baiknya jika Puzzle yang di mainkan oleh laki bini
dan anak anak mempunyai “jalan cerita” berunsur pendidikan islam.
Atas kesedaran itulah,
Puzzle Solat Anak Soleh di perkenalkan yang mana Puzzle ini boleh di susun
sehingga kesemua waktu solat dapat di lengkapkan dari Subuh hingga Isyak, (dah
5 game puzzle di sini), Susunan pula boleh di buat dengan dua watak, Aman
(budak lelaki) dan Alia (budak perempuan) dah jadi 10 Puzzle di sini. selain di
lengkapi dengan kad bacaan yang mendetailkan bacaan solat seterusnya membuatkan
ibu bapa dapat mengubah sendiri terma permainan mengikut tahap kefahaman anak
kita.
Puzzle Solat Anak
Soleh juga bersaiz besar dan untuk baby, boleh pusingkan Puzzle ini kerana di
belakangnya ada emej Puzzle Aman dan Alia dalam bentuk gambar, baby saya yang
berumur 2 tahun suka main Puzzle dalam bentuk gambar Aman dan Alia, manakala
abang dan kakaknya, 7 tahun, 9 tahun dan 10 tahun, mereka dah pandai main
sendiri guna kad bacaan solat, kadang mereka pinjam telefon ayah dia untuk set
Timer kerana mereka buat game berdasarkan siapa susun paling cepat dan betul,
di kira menang.
Begitulah kisah Laki
Bini, dalam keasyikan anak bermain Puzzle, dapatlah Laki bini ‘enjoy the
silence’, ehem-ehem. Woha!
Kepada ibu bapa yang
nak beli, boleh rujuk FB: Puzzle Solat anak soleh
https://www.facebook.com/puzzlesolat/
Ig: Nuqmans Biz
harga Rm70. (tak
termasuk postage)
0166603741
(whatsapp/telegram) - Ummi (Stokis Putrajaya)
*boleh COD area
Putrajaya, nilai, Sepang
PROMOSI
Ps: Pembelian sehingga
29 feb ini diberikan FREE POSTAGE
Feb 18, 2016
Apa yang paling korang menyesal?
(Hidup terlalu pendek untuk baca artikel yang salah. 10 perkara yang korang akan menyesal bila
tua-beruntung jika orang muda baca entry ini, amin..)
Hidup terlalu pendek untuk baca buku yang salah-Woha! |
Orang islam yang percaya pada takdir, adalah orang yang
kurang bersedih dan hidup lebih tenang berbanding orang bukan islam yang tidak
percaya pada takdir, rujuk data, orang bukan islam yang tidak percaya kepada
takdir akan lebih ramai bunuh diri bila menyesal, atau sedih atau berda di
jalan buntu. Rujuk Negara Korea atau Jepun, bandingkan dengan Malaysia atau
brunei misalnya. Itu baru asia, jika rujuk di barat, negara bukan islam lebih
ramai yang bunuh diri berbanding negara islam. Boleh rujuk data.
Pernah borak dengan orang cina, kata mereka, orang melayu ni
ada benda pelik, dalam setiap berita yang dia baca berkenaan bencana yang
menimpa orang melayu, seperti kemalangan maut, anak lemas, rumah terbakar, kena
rompak dan sebagainya, hujung berita jika di tanya wartawan, jawapan mangsa
adalah: “saya redha ini sebagai ketentuan ilahi”
Berbeza dengan cara orang cina bila ditimpa bencana, katanya
ada yang murung dan ramai yang bunuh diri, waktu borak dengan beliau kebetulan
ada berita dalam akhbar depan kami kisah orang melayu yang redha anak mati
lemas dengan anggap kentetuan ilahi dan muka surat lain cerita kisah cina bunuh
diri kerana kedai elektroniknya tenggelam dalam banjir besar.
Kenapa bunuh diri?
Di Amarika, 117 orang bunuh diri setiap hari. Kerajaan amarika
terpaksa belanja 44 juta setahun untuk tangani masalah bunuh diri. Jadi kenapa
bunuh diri?
Banyak jawapan, antaranya sebab menyesal, sedih, takut,
risau, dan lain-lain.
Panjang cerita jika nak tulis bab kenapa bunuh diri, maka
biarkan dalam tulisan aku hari ni, kita focus pada satu topik sahaja, iaitu
tentang MENYESAL.
Sebelum itu, untuk pengetahuan korang, menyesal ini
terbahagi kepada dua.
Satu menyesal kerana buat, kedua menyesal kerana tak buat.
Dan dihujung usia, manusia akan lebih menyesal dengan
perkara yang tak di buat berbanding dengan perkara yang di buat.
Di beritakan juga, di akhirat, orang lebih menyesal dengan
perkara yang tak dibuat lebih dari yang di buat.
Sehingga ada hadis cerita ahli neraka sanggup kembali ke
bumi dengan di tebus semua harta dunia walau hanya seketika untuk buat benda
yang mereka tak buat.
Cerita bab menyesal di akhirat memang panjang, jadi aku
kecikkan lagi skop, kita focus kepada menyesal yang di hadapai oleh orang yang
masih hidup.
Menurut kajian dari doctor dan jururawat yang selalu jumpa
pesakit yang dah tahu tarikh mati, atau pesakit yang dah tua, atau yang sedang
hampir kepada nazak, dan lain lain penyakit kronik, antara semua mereka ada 10
perkara yang paling mereka menyesal dalam hidup. Mari kita renung dan ambik
iktibar.
1. Bab
cinta: Saya menyesal kerana tak sempat nak tunjukkan rasa kasih sayang yang
sungguh sungguh pada orang yang sayangkan saya, alangkah baiknya saya dapat
undur masa dan tunjukkan kasih sayang saya pada arwah mak, arwah bapa, kepada
isteri/suami, kepada anak-anak… lalu air mata pun bercucuran. Menyesal sebab
tak buat. Alangkan baiknya jika saya dapat menjadi pasangan yang baik, ibu bapa
yang baik, anak yang baik, air mata bercucuran lagi. Jika belum kahwin,
menyesal sebab tak luahkan perasaan pada kekasih, atau menyesal sebab tak
berani jumpa bakal mertua, air mata bercucuran bagaikan mutiara, huhuhu.
2. Bab
kerjaya: Menyesal sebab tak suka dengan kerjanya sepanjang hayat, oh..,
Alangkah indahnya hidup jika dapat kerja ABC, aku sekarang kerja XYZ, kenapalah
aku tak kerja di ABC…, kenapa aku tak berusaha buat kerja yang aku suka? Air
mata pun tumpah.., Pesan aku,kepada semua pekerja yang masih muda, sukailah
kerja anda, dan jika tidak suka, cubalah untuk suka, dan jika tidak suka juga,
eloklah kerja lain, kerana, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia telah
bersara pada hari pertama dia bekerja. Dan siapa yang telah bersara di hari
pertama dia bekerja, maka dialah pekerja yang akan buat kerja dengan cara yang
sempurna dan akan menyenangkan semua pihak. Take note.
3. Bab
Kerjaya vs cinta: Saya menyesal kerana utamakan kerja lebih dari keluarga, saya
kerja lebih masa hingga tak sedar isteri menjadi tua dan anak menjadi dewasa,
tak sedar ibu bapa sakit dan meninggal dunia, masa yang lalu tak dapat di undur
lagi, air matapun tumpah, kata jururawat yang buat kajian ini, ada seorang
pekerja yang menyahut seruan bosnya untuk travel 3 kali sebulan, sedang dia ada
anak perempuan yang masih kecil, masa berjalan, dia menjadi pekerja yang
Berjaya akhirnya, tapi anak perempuannya tidak memaafkan bapanya sampai bila
bila.
4. Bab
belajar: Kalaulah aku belajar betul betul waktu sekolah, kalau aku ada
dilploma, ijazah, kalau aku dapat sambung belajar luar negara, kalau..kalau..,
kalau….
5. Bab zon
selesa: Alangkah baiknya jika saya keluar dari zon selesa awal awal dan saya ambil risiko yang
saya risaukan, dulu takut sambung belajar, takut berdiri depan orang, takut
tukar tempat kerja, takut nak luahkan perasaan pada orang yang saya suka, takut
nak buat keputusan sendiri, takut nak berniaga, takut nak tambah anak, takut
nak melabur, takut nak berkata “ya” pada setiap peluang, takut orang kata,
takut berhenti kerja dan macam macam takut, sehingga akhirnya saya menjadi
orang tua tanpa ada apa apa peristiwa besar dalam hidup, hanya menjadi orang
tua yang dibenci, dan akan mati lalu dilupakan. Air mata tumpah lagi, pesan
aku, waktu sihat, buatlah benda yang mampu kita buat, masa sakit dan tua, kita
akan menyesal kerana tak buat semua itu.
6. Bab
keyakinan diri: Kenapa aku dengar cakap semua orang? Air matapun tumpah, ramai
yang menyesal di waktu tua sebab hidup dengan cara dengar cakap semua orang,
tak berani nak terima pendapat sendiri yang baik, dan biarkan orang lain
tentukan jalan hidup yang dia tak suka, dan habiskan wang untuk tarik perhatian
orang yang diri sendiripun tak suka. Adohai…, pesan Lukman Nur Hakim pada anaknya
sangat betul, iaitu jika keputusan kita dah betul, maka jangan dengar cakap
SEMUA orang, dengan cakap orang ‘tertentu’ sahaja. Lagi bagus, sucikan hati dan
ambil fatwa dari hati anda sendiri, insyaAllah.
7. Bab buang
masa: Alangkah baiknya masa muda yang dihabiskan untuk mengkritik, mencaci,
sepanjang hidup di tukar kepada bersyukur dan berterima kasih. Maka dunia anda
akan berubah.., orang tua yang bersyukur dan bersabar adalah datang dari orang
muda yang bersyukur dan bersabar. orang tua yang tak bersyukur dan tak bersabar
dan suka mengeluh adalah datang dari
orang muda yang tak bersyukur dan tak bersabar dan suka mengeluh. Orang politik sila take note.
8. Bab
kesihatan: Alangkah baiknya jika aku jaga makan, jaga tidur, jaga kesihatan,
jaga lidah, jaga mata, jaga hati.., and counting…., aku yang dah gemok ni malas
nak ulas panjang bab ni, rasa kutuk diri sendiri, adohai..
9. Bab
ibadat: Alangkah baiknya jika aku bantu seramai mungkin manusia di dunia ini,
sama ada dengan kudrat, dengan harta atau bakat, alangkah baiknya…, air matapun
tumpah sebab tak mampu nak berjalan sekarang (dah lumpuh) dan teringin sangat
nak ke masjid menjadi bilal. Atau teringin sangat nak sertai Jemaah dakwah yang
beriktikaf di masjid, makan dalam dulang dan bergerak rumah ke rumah sampaikan
pesan nabi walau sepotong ayat. Oh alangkan indahnya hidup berjemaah.
10. Bab kawan:
Alangkah baiknya jika aku dapat buat hubungan dengan kawan kawan lama…, malu
pulak nak hubungi mereka waktu tua dan sakit sebegini, hu hu hu..
Habis sudah perbincangan ini, walau sesedih mana pun anda,
bunuh diri bukan penyelesainnya. sebab dalam islam, orang bunuh diri terus masuk neraka, nauzubillah.
Kepada mereka yang masih muda dan berpeluang membaca entry
ini, nasihat aku, kurangkan masa depan computer atau phone, bergaullah dengan
keluarga, utamakan keluarga dari kerja, makan bersama, sembang santai, dan buat
kebajikan bersama-sama, di masa bersendirian, cuba baca buku yang isinya boleh
share dengan orang yang kita sayang, pergilah mengembara dan jalan-jalan,
kurangkan bercakap perkara sia-sia dan banyak mendengar luahan hari orang yang
kita sayang, jika Nampak orang dakwah sedang berdakwah, cemburuilah mereka dan
sertailah mereka, ajak orang yang kita sayang turut aktif berdakwah, selain
itu, jaga ibadat, zikir dan khidmat.
Nanti bila kita dah jadi mayat, semua ahli neraka akan
menyesal dengan masa yang dihabiskan secara sia sia, dan ahli syurga juga
menyesal..
Apa? Ahli syurga juga akan menyesal?
Ya, ahli syurga menyesal dengan masa yang dihabiskan tanpa
memuji Allah kerana syurga di hias mengikut amal ibadat kita.
PS: Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Feb 6, 2016
Apa lagi Cina mahu??
(Petikan buku SEMUSIM DI NERAKA karangan Hamka Kereta Mayat, peristiwa ini berlaku di Tahun Baru Cina sebab dalam kereta mayat ada kotak limau hadiah dari Uncle See Ah)
Buku SDN |
“Saudala Hamka, Sejak
kecik saya tinggal di perumahan Muar, Johor, ada ramai orang kristian datang
ketuk pintu rumah orang cina untuk sebarkan kristian, Tapi bila saya pandah
sini pantai timur di kawasan yang paling ramai orang islam, kenapa tidak ada
satu orang islam pun yang datang ketuk pintu rumah saya untuk sebarkan islam?
Dekat Johor pun talak datang, saya bunya bini asal Ipoh, pun tak ada orang
islam datang dakwah agama islam, kenapa kah sebegitu?”
Aku sambil masukkan ulas buah limau yang manis hadiah dari
Uncle See Ah ke dalam mulut tak mampu nak jawab terus, kena habis hisapan air
limau yang manis terlebih dahulu. Lantas Lim Tat sendiri yang memberi jawapan
yang sungguh makan dalam.
“Saudala Hamka, saya rasa, mungkin orang islam tak faham
islam, sebab itu tak ada orang islam yang berdakwah ke rumah bukan islam macam
orang kristien yang faham agama kristian”
Tiba tiba, aku rasa limau tu sangat pahit.
Ps: Rupanya, di dunia lagi mereka sudah ‘tuntut’. Ini sangat
deep, Di harap semua pejuang islam yang baca buku ini, dapat take note.
Subscribe to:
Posts (Atom)