Jan 22, 2016

Lagu Kanak kanak yang menakutkan?

(Ada dua lagu, edit entry lama, huhuhuu)


Hari tu ada kes ibu bapa nak saman sebuah sekolah sebab ustaz kat situ tayang video azab kubur buatkan anak dia takut nak ke sekolah.

Aku syak mungkin si anak bagi ibu bapa yang nak saman ustaz tersebut alami sindrom malas nak study, lalu guna alasan terbayang azab kubur sebagai hujah, macam-macam hal korang ni.

Aku rasa cerita hantu di TV lebih menganggu mental, tapi nasib baiklah anak aku di ajar konsep 'orang sakit' maka tak lah terganggu mentalnya dengan puaka puaka yang berkeliaran dikaca TV.

Apa-apapun, aku sebenarnya tak nak ulas isu ustaz itu di sini, tapi aku suka nak cerita tentang bagaimana nak menakutkan penakut yang penakut.

Sebenarnya adalah sangat bagus bila anak kita atau kita sendiri yang takut kepada Allah, kerana tunjang kebijaksanaan adalah sifat takutkan Allah, demikan sabda Nabi...

Pada zaman nabi dan sahabat, jika korang baca kitab sejarah mereka, kalah cerita hindustan, sebab dalam banyak babak, mereka banyak menangis kerana takutkan Allah, usahkan budak kecik yang menangis kerana takutkan Allah, bapak budakpun menangis, dan Nabi selalu menangis secara live, Abu Bakar pun banyak menangis, Umar yang brutal pun banyak menangis waktu jadi raja, malam malam melintas depan rumah para sahabat akan terdengar tangisan, cakap sikit dengan mereka bab agama, mereka akan menangis, dalam solat terdengar tangisan di sana sini, dalam doa mereka menangis.. janggut basah boleh di lihat di sini sana, dan kadang kadang malaikatpun menangis bersama mereka..

Tapi zaman sekarang, dalam majlis agama, nak cari yang menangis cukup payah, yang banyak ketawa adalah!, hu hu hu.

Pendek cerita kisah bab takutkan Allah, Ada sekali tu, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Umar RA kalau tak silap aku, telah menangis sehingga rosak matanya, apabila orang hairan melihatnya maka dia berkata:

“Apa nak hairan dengan tangisanku, matahari juga menangis kerana takutkan Allah...”

Dalam riwayat menceritakan bahawa Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:-
"Sekiranya seorang itu tidak takut kepadaku didunia ini, maka Aku akan membuat dia takut di akhirat nanti, Sekiranya didunia ini dia sentiasa takut kepadaKu, maka Aku akan menyelamatkannya dari segala ketakutan”

Kita dengar pulak Nabi bersabda:
"Siapa yang takutkan Allah, semua makhluk akan takut padanya, dan siapa yang takut sesuatu selain daripada Allah, maka semua makhluk akan menakutkannya”

Nabi bersabda lagi:
"Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu dari terkena api neraka”

Dan Nabi terus bersabda:
"Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka susah baginya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu kembali ke puting”

Dan Abu bakar RA pula berkata:
"sesiapa yang boleh menangis, maka menangislah dan siapa yang tidak boleh menangis maka buat-buatlah menangis."

Dan Nabi bersabda lagi:
"Tujuh golongan yang dilindungi di bawah arasy, salah seorang dari mereka adalah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sambil menangis...."

Demikianlah Hadis hadis yang aku petik dalam melengkapkan nota ugama untuk diri sendiri dan anak bini di sini tentang betapa pentingnya sifat takut kepada Allah yang perlu ada dalam diri setiap insan bernama manusia, semoga kita semua dapat amal dan sampaikan dan dapat pula menangis, dan aku nak tanya, bilakah kali terakhir korang menangis kerana takutkan Allah. Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? 10 tahun yang lepas? Tepuk dada tanyalah iman... oh!

Sebagai mengakhiri cerita, sebagai alternative kepada ustaz yang tayang video azab kubur supaya tidak lagi di report polis, maka, apa kata kita gunakan kanak kanak sebagai bahan untuk menakutkan penakut yang penakut, tanpa perlu kita gunakan video tapi cukup kita guna lagu tema kanak-kanak.., biar kanak kanak menyanyi tanpa gangguan mental sebaliknya di dendang penuh ceria dan riang ria, dan ini tentu akan menggembirakan para ibu bapa diluar sana..

Maka, aku ada edit dua buah lagu kanak-kanak, dan kita pakat pakat ajar anak anak kita nyanyi lagu ni, biat diorang hafal dan biarlah anak-anak kita terjun ke dalam masyarakat sambil menyanyikan lagu ni, mudah-mudahan dengan lirik lagu yang telah di ubah suai ini, dapatlah kita menakutkan penakut yang penakut supaya mereka yang tak takut kepada Tuhan menjadi takut, atau yang sudah takut menjadi bertambah takut lagi lalu terbukalan pintu Takwa, insyAllah..., Sesungguhnya Takut itu adalah sebahagian daripada Takwa...

Lagu satu:

Tajuk: TANYA SAMA MAYAT.
(Tajuk asal: Tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Amal apa buat
Jangan tinggal solat
Nanti di azab

Tanya Sama Mayat
Mana dapat kitab
Tangan kiri dapat
Bertambah azab

Tanya Sama Mayat
Dapat tak Syafaat
Nanti titi sirat
Hanya sekerat

Tanya Sama Mayat
Banyak sungguh hisab
Ke neraka cepat
sepantas kilat


Lagu dua:

Tajuk: KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(Tajuk asal: Kereta kecil warna merah)

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur

Ps: (ulang korus sehingga 'jejak hantu' di tukar kepada 'jejak rasul')

9 comments:

Anonymous said...

Dah cuba nyanyi, tapi macam salah tempo je, huhu

Ashari said...

Ari ni org dgr ceramah, ngalir jugak air mata, tp bukan sbb nangis, tp sbb ketawa terlbh, ust buat kelakor terlbh.

Anyway, tmbh sikit takutkan lg.
Neraka tu pasti, Syurga belum tentu,
Tuhan Firman dlm Al Quran ;
"Dan tiadalah seorg pun dr kamu, kecuali memasukinya (Neraka), adalah yg demikian telah diputuskan oleh Tuhan kamu." 19:71.
So Neraka tu pasti, semua bakal memasukinya.
Tambah Tuhan lg ;
"Kemudian Kami selamatkan org org bertaqwa, dan Kami biarkan org org yg zalim di dlmnya, dlm keadaan berlutut." 19:72.
So, Syurga tu tak pasti, org taqwa pasti diselamatkan. Yg zalim pulak(suka suka langgar perintah Tuhan, berat pulak nak taubat, nak istighfar) ditinggalkan dlm Neraka dlm keadaan berlutut. Cer pikir pikir, kita masa tu termasuk golongan yg mana.
Cer semak apa kata pakar tafsir (Ibnu Abbas r.a.) ttg ayat ni.

Ashari said...

Nak tmbh takut lg...
Adalah diberitakan Neraka tu, hitam gelap pekat keadaannya, tiada cahaya sedikit pun. Jgn silap kata Neraka colour merah ke kuning pulak.
Adalah sgt panasnya, 70 kali kepanasan api dunia.
Seringan ringan azabnya, belum lg di azab dgn pelbagai azab, bg ahli Neraka masuk jer ke dlmnya sudah bagai memakai kasut dr api yg menybbkan menggelegak otak, tp tak juga mati. Tmbh azab lg, dijadikan Tuhan ahli Neraka tu membesar, kulitnya saja di mana panas siksa tu paling terasa dijadikan Tuhan sgt tebal, setgh riwayat 40 ke 42 hasta, setgh riwayat lain setebal 3 hari perjalanan. Giginya pulak sebesar gunung Uhud. Cammana la hodohnya ahli Neraka tu ?
Dlm Neraka tu pulak ada satu gunung, Gunung Raqaba, yg utk tmbh azab dipaksakan ahli Neraka mendakinya, setiap kali diletak tgn utk mendakinya, hancur luluh tgn tu, bila diangkat kembali spt semula.
Mknnnya pulak, takder lain, yg ada cuma sejenis buah, buah Zaqqum namanya, dek kerana tersgt lapar dimakan jugak, setiap kali dimakan buahnya yg berduri panas tu merosakkan mulut dan sangkut ditekak, tak boleh nak ditelan masuk, tak boleh nak dikeluarkan. Masalahnya, tak mati mati jugak.
Antara minumannya pulak, selain air dan logam yg panas mendidih, adalah "ghislin", dlm terjemahan diterjemah sbg darah dan nanah, tp dlm tafsir Azhar, HAMKA kata, ghislin tu adalah air busuk yg mengalir dr mayat yg telah membusuk. Tp dek kerana terlampau haus diminum juga.

So, ada ke sape sape, berani kata ; "tak aper masuk neraka, org Islam nanti lama lama keluar jugak, dan masuk syurga".

Makanya ;
"Wahai org org yg beriman ! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dr Neraka yg bahan bakarnya dr manusia dan batu (berhala) yg dijaga oleh para malaikat yg keras kasar (layanannya), tidak derhaka kpd Allah (swt) atas segala perintah yg diperintah kpd mrk, dan mrk sentiasa melaksanakan segala yg diperintahkan kpd mrk." 66:6.

Mudah mudahan Allah swt menggolongkan kita ke dlm golongan org org yg bertaqwa yg diselamatkanNya dr sekelian azab, yg mana azab terbesarnya ada di Neraka. Demikian kita mohon utk semua ahli keluarga kita, sahabat sahabat kita, jiran jiran kita, dan kenalan kenalan kita. Moga Allah swt juga berkenan memberi keampunannya dan rahmatnya utk kita semua, juga sekelian muslimin muslimat, mukminin mukminat, samada yg telah meninggal atau yg masih hidup. Moga Allah swt juga berkenan mengangkat segala kesusahan dan kesempitan kita hari ini, hari hari mendtg dan di Hari Akhirat nanti, kita mohon kpdNya dgn limpah KurniaNya, Rahmat dan AmpunanNya yg Maha Luas.
Terutamanya pembaca pembaca yg rajin, membaca Blog Keretamayat Hamka ni.

Mummy said...

lagi 50k nak jadi 5 juta dh pageview blog hamka...tahniah bro semoga terus istiqamah menulis nota ugama buat diri sendiri dan pembaca tegar....

hamka said...

Anonymous: nak kena rakam video nampaknya, huhuhu

Ashari : Ketawa sampai menangis, memang kelakor tu.

Ashari : terima kasih atas nota anda

Mummy : terima kasih atas komen membina dan teguran membina selama ini.

:)

Tahun ni azam terbitkan 4 judul buku

amin

Anonymous said...

http://ashwed1973.blogspot.in/2016/01/demi-masa-dan-kegelapan.html

Anonymous said...

Luu sangat sengal lagi jilake ,Lisa Andini...spam orang .... Ptuihhh

Anonymous said...

Lu pun jilake besar InfoTogel....spam orang punya page....Ptuihhh

kucin jahat said...

bile nak karok sama ni drebar ?