Jan 10, 2016

Allah ada di mana?

(Penerangan untuk kanak-kanak)

“Ayah, Allah duduk di mana?”

Tanya anak yang berumur 13 tahun.

Dulu masa kecik pun mereka pernah tanya, aku jawab: Allah duduk tidak bertempat kerana Allah tidak sama dengan makhluk. Lepas tanya mereka diam, mungkin sebab masih kecik, atau buat-buat faham, Jadi bila dah nak masuk baligh, mereka bertanya lagi.

“Allah duduk di mana?”

Aku tanya balik, “kenapa tanya?”

“Katanya, ada kawan bagitahu, Allah duduk di atas arasy di langit ke tujuh, ada ayat Al quran tentang peristiwa ini. Ada juga ayat cerita Allah ada tangan dan wajah, jadi katanya wajib beriman bahawa Allah duduk, berwajah dan ada tangan, saya pening?!”

Lalu jawab aku lemah lembut:

Anakku, ada juga ayat Al quran yang bagitahu Allah tidak sama dengan mana-mana makhluk, jadi masalah ni sama macam kes ambik ayat Al quran separuh separuh.

Contoh dalam bab takdir, ada orang ambik ayat separuh sahaja, iaitu bab “Allah tak ubah nasib melaingkan kaum itu ubah nasib”, lalu dia faham Allah  tak ada kuasa dalam takdir, jadilah dia fahaman Jabiarah yang sesat, atau ambil ayat yang lain, “Allah mengatur segalanya”, lalu di salahkan Allah atas kejahatannya, lagilah bertambah sesat, sedang fahaman ahli Sunnah wal jamaah, kena ambik semua ayat, rujuk tafsir ulamak yang hak, baru difahamkan dengan akal. Iaitu beriman pada qadar dan qadar dengan yakin Allah berkuasa atas segalanya, tapi kita kena usaha kerana itu perintah Allah dan bertawakal selepasnya juga perlu kerana itupun perintah Allah.

Jadi dalam bab Tuhan duduk di mana?, setelah ambil kira semua ayat al quran dan tafsirnya, maka ahli Sunnah wal jamaah beriman bahawa Allah Wujud tidak Bertempat, kerana sebelum tempat di cipta, Allah sudah ada, dan selepas tempat di cipta, Allah masih ada pada Azali tanpa berhajat untuk ditempatkan dalam mana-mana ciptaan-Nya.

Adapun ayat Al quran tentang Allah duduk di atas Arasy, bukanlah duduk macam patung berhala duduk ditas kelopak bunga gergasi, tapi hanyalah satu “kiblat” atau “tingkap” untuk rujukan makhluk dalam memahami kekuasaan Allah.

Bercerita bab kiblat, ambik contoh kita solat mengadap kaabah, bukan bererti Allah duduk pada arah itu, tapi hanyalah satu kiblat kepada ibadat untuk memudahkan ummat manusia dalam menjalankan ibadat.

Contoh lain, Kita berdoa dengan mengankat tangan ke langit, bukanlah bermakna Allah ada di langit, tapi hanya kiblat pada doa untuk memudahkan ummat manusia dalam ibadat doa.

Jadi dalam menafsir ayat Al quran memang kena rujuk ulamak yang hak, firman Allah:

 "Dia-lah yang menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang jelas)  ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat"Mutasyaabihaat" (yang tidak jelas). Oleh sebab itu, adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (salah tafsir). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."

(QS Ali 'Imraan 3:7)

Jadi, kembali kepada Ayat Allah duduk di atas Arasy, perlu di ingat bahawa Allah mencipta seluruh alam ini, Allah cipta alam manusia, alam roh, alam barzah, alam jin, alam syaitan, alam akhirat dan alam malaikat.

Jadi di mana Allah duduk? Allah tidak berhajat pada ciptaNYA, Allah terpisah dari ciptaanYA. Namun untuk memudah fahamkan makhluk ciptaan-Nya, Allah cipta Arays yang sangat besar di alam malaikat sehingga malaikat tak mampu nak junjung, lalu Allah cipta lapan malaikat yang lebih besar dari malaikat Jibril, lebih besar dari malaikat Sangka kala, lebih besar dari malaikat maut untuk junjung Arash ini, tapi oleh kerana terlalu besar dan hebat, maka semua malaikat tadi tak mampu nak angkat Arasyh Allah, lalu Allah perintah Malaikat tadi berzikir dan bertasbih, barulah mampu mengangakat Arash Allah, dan di atas Arash inilah Allah meletakkan “kiblat” atau “tingkap” keberadaan kekuasanNYa. Tiada malaikat yang mampu naik ke atas Arash, mereka akan binasa jika ke sana.

Jadi Ahli Sunnah wal jamaah menolak tafsir yang mengatakan Allah “duduk” atas arash macam patung berhala duduk diatas kelopak bunga gergasi, sebab Allah duduk tidak bertempat, kerana Allah tidak terikat dengan masa dan ruang.  Kita tak boleh samakan Allah dengan makhluk.

“Tapi Ayah, Allah boleh melihat, makhluk pun melihat, manusia mendengar,Allah pun mendengar,Raja berkuasa, Allah pun berkuasa, Raja duduk, Allahpun duduk, bukankah perbuatan itu sama seperti makhluk?”

Tanya anak lagi dengan penuh keliru, jawab aku perlahan-lahan:

“Tak sama nak, tak sama, manusia ada sifat aib, sedang Allah ada sifat azim tapi tiada sifat aib, contoh manusia ada yang mampu melihat dan ada yang buta, tapi Allah Maha Melihat tak pernah buta, manusia mendengar dan ada yang pekak, tapi Allah Maha mendengar dan tidak tuli,

Ambik contoh betapa tak samanya adalah seperti cikgu dalam kelasyang boleh mendengat tapi tak boleh dengar semua murid bercakap serentak, tapi Allah yang Maha Mendengar boleh dengar semua percakapan walau dalam hati dan apa bahasapun secara serentak, manusia yang boleh melihat hanya bila ada cahaya, sedang Allah yang MAha melihat boleh melihat walau dalam gelap, dan Allah boleh melihat masa lalu, dan masa depan, jadi tak sama, sebab tu Allah akui sifatNya  yang Maha melihat, Maha mendengar, kerana itu sifat yang azim, sifat yang mulia, tapi takde pulak Allah akui aku Maha duduk, aku Maha mencapai sebab ada tangan, kerana duduk ni sifat aib, orang penat sahaja yang duduk, sama juga bab ada tangan baru boleh buat kerja, ini sifat aib bagi Allah, kerana Allah bila nak jadikan sesuatu cukup dengan berkata “KUN FAYAKUN” maka jadilah apa yang dikehendakki Allah.

“Jadi.., Allah duduk tidak bertempat?”

Tanya anak dengan perlahan,aku jawab”

”YA, ambik contoh yang simple, tadi kisah di alam malaikat nampak macam complicated, kita rujuk kisah Allah berkata-kata dengan Nabi Musa di Bukit Tsur, yang mana bukan mulut Allah ada di sana, tapi hanyalah satu “tingkap” di mana Nabi Musa dapat mendengar suara Allah di lokasi sana, sama juga kes Nabi Muhammad SAW naik jumpa Allah di atas langit ke tujuh, dalam peristiwa israk dan mikraj, bukanlan nak cerita Allah duduk-duduk di situ, tapi hanyalah satu “tingkap” untuk Nabi dapat melihat dan berdialog dengan Allah dari lokasi langit ke tujuh yang paling tinggi.

Nanti di syurga, kita akan dapat ziarah Allah dan melihat Zat-nya, bukanlah bermakna Allah duduk di dalam syurga di tingkat ke tujuh di syurga firdaus, tapi mata ahli syurga, dan satu lokasi di syurga menjadi “tingkap” untuk ahli syurga melihat Zat Allah.

Oleh sebab anda masih belum baligh, Ayah nak bagi faham anologi mudah dengan melihat pada computer.

Dulu sebelum zaman computer ada “tingkap”, (window) paparan skrin dalam bentuk DOS,
DOS ni sebenarnya singkatan untuk Disk Operating System. Dalam tu korang boleh jumpa senarai command/arahan yang boleh korang gunakan seperti cd , dir , dir /a:h , dir /? , help, dan macam macam lagilah, yang mana paparan dalam betul huruf huruf, angka dan simbol, hanya programmer handalan sahaja yang faham paparan skrin itu, jika nak ubah program kita kena pandai html, programming algorthem bagai, lalu untuk mudahkan pengguna yang jahil IT, Bill Gate buat “tingkap” (Window)yang mana semua fail nampak bersusun dalam bentuk folder dan semunya boleh di akses hanya guna templete yang sudah sedia ada.

Jadi begitulah kita di yang di cipta oleh Allah, nak fikir tentang Allah duduk di mana? Tak mampu kita nak fikir sebab firman Allah, “tiada yang setara dengan-KU” , "Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya."  Lalu dalam alam manusia beribadat, Allah suruh sembah ke arah kaabah, bukan Allah ada pada arah Kaabah, hanyalah “tingkap” sahaja.  Sama jugak di alam malaikat, Allah suruh junjung Arash, bukanlah Allah ada atas Arasy, hanyalah “tingkap” sahaja.

“Jika kita jawab Allah ada di mana-mana macam udara, betul ke Ayah?”

Tanya anak lagi, jawab aku:

“tak boleh samakan Allah dengan udara, juga jika Allah ada di mana-mana, bermakna Allah ada dalam lubang hidung? Lubang tandas? Nauzubillah, jawapannya, kekuasaan Allah yang ada di mana-mana, sedang Allah duduk tidak bertempat kerana Dia tidak sama dengan makhkuk. Allah telah ada sebelum tempat dan masa di cipta, bagaimanalah akal kita mampu nak memahaminya,? sebab itu perbincangan mengenai zat Allah adalah dilarang, boleh buat kita jadi gila atau murtad, sebab kita hanya ada “templete” sahaja, sedang programmingnya, hanyalah Dia yang Maha mengtahui. Macam Window dan Dos tadi.

Akhirnya anak aku ucap terima kasih sambil angguk-angguk.


Ps: Cerita tentang templete, programming, DOS dan Window, barulah nampak anak aku angguk angguk tanda faham. Budak budak zaman sekarang.

30 comments:

edot chan said...
This comment has been removed by the author.
edot chan said...

Anak saya yg umur 4thn baru tanya soalan ni kelmarin.
Tsk, saya jawab Allah kat atas sebab Dia nampak kita semua kat bawah ni.

Nampaknya kene betulkan balik jawapan bgtau Allah ni tidak bertempat.

Anak 4thn saya ni xpaham lagi template ot programming walopon makbapak dia programmers

Yeop Maz said...

jawapan perlu kena dengan zaman sekarang. kalau tak, bebudak takkan paham.

wanita bersalin said...

jawapan yang paling tepat untuk soalan anak anak kita akan dijawab oleh ALLAH sendiri ke dalam hati hati mereka. sebagai ibu bapa tugas dan peranan kita terlalu luas. maka hanya ALLAH mampu meniupkan ilmu ke dada kita serta mengalir ke dada anak anak kita. Keutaman kita mengharap pada tiupan ilmu dari ALLAH. ameen..moga moga kita tergolong golongan yang ditiupkan ilmu ALLAH AZZA WA JAL

Anonymous said...

Nabi Adam dijadikan drpd tanah dan iblis drpd api. Tanah dan api dijadikan daripada apa sdra. Hamka? TQ.

Jongoz.

cinta said...

Like.

Ashari said...

Kalau tanya aku, aku jawab, Allahu'alam ajer.
Ttg dzat ni kita dilarang fikir pun, bukan bidang kita dan di luar kemampuan otak kita mikirkannya. Jawapan Allau'alam tu lah bg aku yg jahil ni paling selamat.

Tp manusia ni curiositinya kdg kdg terlbh. Utk golongan golongan sebeginilah, ulama' ulama' kita bg penjelasan yg pnjg lebar tu.
Nabi saw kata jgn mikir, tp dlm Quran ada sebut ;"istiwa' 'alalArsyh", "Wajh", "Yad", "Huwa ma'akum ainama kuntum" yg seolah olahnya merujuk kpd Dzat Tuhan ttg keberadaanNya dan anggotaNya. Kalau dilarang mikir kenapa dlm Quran disebut sebut. Nmpk mcm bertentangan pulak antara hadis dan Quran. Sbb tulah ulama' ulama' kita, tafsirkan ungkapan ungkapan sedemikian sbg kiasan sahaja, bukan demikian makna hakikinya, yg makna hakikinya serah pd Allah swt semata mata.

WaAllahu'alam !

Anonymous said...

https://www.youtube.com/watch?v=38grIZPwJTQ

yang tingkap tu boleh jenguk jenguk, boleh tau sumbernya tak?

Anonymous said...

Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata: " Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat". Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq.

Anonymous said...

Orang wahabi (OW) berkata: wajib beriman bahawa allah ada tangan dan wajah tapi tangan dan wajah allah tak sama dengan makhluk...
Ibnu batoota (IB) berkata:mana boleh,itu akidah mujassimah ghairu soreh,itu menyamakan allah dengan makhluk..
OW: haa..mai dah budak sufi bidaah ni,dah la tak baca betul2,dimana kami samakan allah dgn makhluk?kan dah jelas2 bagitau tangan dan wajah allah tu TAK SAMA DENGAN MAKHLUK..yang kau sibuk2 nak samakan dengan allah tu kenapa?manusia ada muka tapi muka manusia tak sama dengan muka tembok..manusia ada mata,tapi mata manusia tak sama dengan mata pedang,sama juga allah ada tangan tapi tangan allah tak sama dengan makhluk..
IB: masalahnya sifat "mempunyai tangan dan wajah" tu sendiri sifat makhluk dan ia menunjukkan aib...kalau kata allah "ada" tangan tapi tak macam makhluk,itu tetap mengatakan allah tu "mempunyai" tangan..disitulah persamaannya dengan makhluk iaitu persamaan dari segi sifat "mempunyai tangan" bukannya "bentuk,saiz,jisim,berat tangan tu"...
OW: habis tu allah maha mendengar maha melihat maha kuasa ke tak?
IB: ya itu sifat2 allah..
OW: haaa!habis tu kau pun akidah mujassimah jugak sebab manusia pun melihat,allah pun melihat,manusia mendengar,allah pun mendengar,raja berkuasa,allah pun berkuasa..haa kan dah kantoi..tunjuk pandai lagi..wahahaha...
IB: *sigh* tergedik2 macam berok makyeh...dengar ni dulu,sifat mendengar,melihat,berkuasa tu semua ialah sifat yang azim,karim,yang agung,yang mulia,jadi ia dinisbatkan pada allah kerana ia bukan sifat yang aib dan jika tiada sifat tu pada allah bermakna aib,contohnya kalau kita nafikan allah bersifat maha melihat,itu bermakna kita menyatakan allah tu BUTA,jadi wajib beriman yang allah tu maha melihat...berbeza dengan korang yang nisbatkan allah kepada sifat yang aib seperti allah itu "duduk",bila korang kata allah tu duduk,bermakna korang nisbatkan sifat yang aib pada allah sebab duduk tu sifat yang aib,manusia duduk sebab lemah berdiri,duduk sebab ada bontot,ada saiz,ada ruang dan ada tempat,bila korang kata allah tu duduk atas arasy,sekaligus korang baru je nyatakan allah tu ada bontot,ada saiz,ada ruang dan bertempat,sebab tu sifat2 aib sperti duduk,tangan,wajah tu tak boleh dinisbatkan pada allah...
Ibnu Batoota : ade ke patut kita kata...
"eh,raja pun ada kuasa,allah pun ada kuasa,tp kuasa allah mna sma dgn kuasa raja...."
"jadi....raja pun ada tgn,allah pun tgn,tp tgn allah xsma lah dgn tgn raja..sma mcm kes kuasa td..."
"kalau mcm tu,raja berak,allah pun berak,tp beraknya allah xsma dgn beraknya raja..haa kan?..."
"eh mana boleh!berak tu sifat aib!"
"aik?xboleh ke?kenapa 'duduk','berkak­i',bertangan' yg juga sifat aib boleh dinisbatkan pd allah plak??"
"mana la kami tau,dah tok guru2 wahabi ajar mcm tu,kami taqlid buta je la...."
"tapi hari tu kau ckp taqlid buta kt mazhab yg 4 tu haram??"
"ye la haram,tp klu taqlid buta kt syeikh2 wahabi xpe...diorg ni paham quran dan hadis.."
"habis tu imam2 mazhab x fhm quran hadis??"
"eeeee nyampah la ckp ngn ko ni...smpai bile pun x habis...senang cite cmni je la,kau beriman je smua org yg x ikut salafi ni sesat,masuk neraka..ok??"
=.="
bodohnye wahabi....
OW: *orang wahabi is offline......*
Note: wahabi bila kita bagi wasabi,baru meroyan diorang ni...

Anonymous said...

Wahabi detect dalam ruang komen.

Dulu saya termasuk yang berfaham wahabi, karena tertarik dengan slogannya "kembali ke alquran dan hadist sesuai dgn pemahaman salafus sholih".
Ternyata mereka hanya membaca buku2, dan menafsirkannya sendiri sesuai pemahamannya sendiri, bukan mengikuti ijma ulama.
Saya teringat pesan seorang ustadz, bahwa musuh2 islam akan menjauhkan ummat islam dari ulamanya.
Terbukti, paham wahabi hanya mengambil dalil dengan membaca "kulitnya saja" dan sudah merasa paling benar sementara pendapat jumhur ulama mereka kesampingkan dengan alasan tidak boleh taqlid buta.
Banyak temen2 saya dulu hanya membaca, tidak mengaji, tidak hapal hadist, tetapi sudah berani menafsirkan makna suatu hadits secara dzahirnya sajam
"Semoga Alloh SWT memberikan hidayah-Nya kepada kita semua. Amiin"

(Raja Rifin)

Ashari said...

2:22 Jgn jadikan bg Allah swt tanding tandingan.
16:74 Jgn jadikan bg Allah swt misal misalan.
42:11 Tiada yg semisal dgnNya suatu apa pun.
112:4 Tiada yg setaraf dgnNya suatu apa pun.

Tuhan tidak ciptakan langit dan Arasyh utk jadi tempat kediamannya, tp semata mata tanda Kebesaran dan KemuliaanNya.
Ungkapan ungkapan yg sepertinya merujuk Dzat Tuhan, keberadaan dan anggotanya, semata mata majaz / kiasan utk memahamkan kita manusia ttg RahmatNya, RedhaNya, Restu, Pertolongan dan PerkenanNya. Ttg Dzat kita mmg dilarang memikirkanNya, apatah lg membincangkanNya.

WaAllahu'alam !

Anonymous said...


https://www.youtube.com/watch?v=gjHBZbS9XQY

Ar Eirza Japar said...

perkongsian yg baik..mudah nak faham..jujur cakap..kadang saya faham sendiri tp nak terangkan kat anak yg masih kecil tu mmg xpndai...tq...sy yakin tak lama lagi anak pun mesti tanya soalan ni..sekarang dia baru 3 tahun..tapi dah pandai tanya itu ini, "Allah marah x kalau baling barang?" "Allah tak sayang ke kalau kencing dalam seluar"...haaa macam2 soalan dia..huhuhuhu

Anonymous said...

Masa aku student dulu, ada org pernah tanya aku, apa bukti Tuhan tu ada ?
Lama jugak aku temenung nak jawab soalan pakcik tu.
Ikut dlm kitab mcm senang aje, tanda Tuhan tu ada, adanya alam ini. Nak jelaskan tu yg susah.

Pikir punya pikir, aku pun jawab, ada benda wujud kita nampak, ada benda wujud kita tak nampak tp boleh kita rasa mcm angin contohnya, ada benda wujud tak nmpk tp boleh kita dgr mcm bunyi, ada benda wujud tak nmpk tak dgr tak rasa tp boleh kita bau spt air freshner, ada benda wujud kita tak nmpk, tak dgr, tak rasa, tak bau tp kita boleh fikir dan pasti wujudnya.

Masa tu kitaorg dlm pondok guard, pakcik tu guard kat situ, aku pun kata kat dia, dr dlm pondok guard tu, aku tahu dan yakin kat luar tu angin sdg bertiup, buktinya, pokok bergoyang goyang. Walau pun angin tu aku tak nmpk, tak dgr, tak rasa dan tak bau. Begitu juga aku kata, kat luar tu matahari sdg bersinar, buktinya cuaca masa tu panas terik, terang dan pokok ada bayang, walau pun matahari tu aku tak nmpk, tak dgr, tak bau, tak rasa.

Kita boleh yakin sbb kita ada ilmu, kita dah belajar ttg angin dan matahari, sifat sifat dan ciri cirinya. Begitu jugak, kita yakin wujudnya Tuhan, walau tak nmpk, tak rasa, tak dgr, kita yakin dgn pasti akan wujudNya hendaklah dgn ilmu.

Anonymous said...

Aku sambung sikit ;
Surah Ali Imran ayat 18
"Bersaksi Allah (swt) bahawa sesungguhnya la ilaha illaAllahu, begitu juga para malaikat dan org org berilmu,...."
Bahawa kesaksian kita hendaklah dgn ilmu.

detective nie said...

kepada Hamka, nice comparison.. macam ni baru membezakan antara orang yang berfikir dan orang yang tidak berfikir. kerana dalam Alquran sangat banyak perkara yang Allah swt berikan untuk kita berfikir, sebab tu orang yang kata ikut hati dan perasaan bukan orang yang yang bagus dijadikan contoh, tapi jadilah orang yang menggunakan akal untuk menjaga hati dan perasaan, apabila perasaan yang menguasai jiwa, tu yang cerita cerita melayu pukul tujuh diutamakan daripada solatnya, itu yang benda yang baik diketepikan kerana untuk memuaskan hati dan perasaan. apabila hati dan perasaan tiada pengawalan akal, maka nafsu buruk yang akan menguasai diri... dalam beriman untuk Zat Allah swt, maka cukup mudah jika jadikan Akal sebagai penanda aras. yang mana, jika perbandingan dengan tuhan-tuhan buatan manusia, maka tiada tandingannya dengan Allah swt. kerana, jika tuhan memiliki ketidak sempurnaan, maka hilanglah kelayakannya sebagai Tuhan. dan jika menyamakan Allah swt dengan bentuk makhluk, maka ibarat kita memberi keaiban kepada Allah swt. sesungguhnya sifat Allah itu sempurna, tiada yang harus dipersamakan bentuk zahirnya dengan mana mana mahkluk sekalipun, Waallahu alam..

Anonymous said...

Sekadar pandangan, lanjutan dari komen Ashari

1. Allah perintah kita berfikir mengenai tanda-tanda kebesaran Allah BUKAN zat Allah.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" (Ali Imran : 190-191)

2. Rasulullah tidak beritahu terperinci mengenai perkara ini, jika tidak masakan khilaf, maka apakah kita ingin melebihi Rasulullah?

3. Para sahabat yang "Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah" (at-Taubah : 100) dan dijanjikan syurga tidak menyibukkan diri bertanya hal ini sedangkan Rasulullah di depan mata mereka, menunjukkan mereka dengar dan taat point no 1 di atas.

4. Ingatlah perkataan terkenal dinisbahkan kepada imam Malik apabila ditanya mengenai "istiwa", beliau terdiam seketika, gementar dan berpeluh tubuhnya lantaran takutkan murka Allah atas soalan itu sebelum berkata...

“Istiwa nya Allah sudah diketahui maknanya, dan kaifiyatnya tidak dapat tidak diketahui, dan beriman kepadanya wajib, bertanya tentang hal tersebut adalah perkara bid’ah, dan aku tidak melihatmu kecuali dalam kesesatan.”

5. Perbincangan tentang zat Allah ini hampir tiada semasa zaman Nabi, para sahabat dan imam mazhab. Kemuncaknya adalah selepas itu kerana tersebarnya Islam dikalangan yang jahil serta pengaruh2 luar daripada Islam. dan Alhamdulillah telah tampil beberapa ulamak tersohor mempertahankan Islam dengan memberi tafsiran tentang ayat-ayat/hadis sifat ini. Namun dizaman kita ini hampir tiada kepentingannya untuk orang awam berbicara hal ini kecuali di dalam universiti atau suasana akademik.

Jika Allah tidak perintah, Rasulullah tidak beritahu, para sahabat tidak tanya, imam mazhab mendiamkan diri, siapakah kita?

Din JB said...

Anak kecik tanya, kena jawab gaya anak kecik. Jawab ajer yg benar. Tuhan tiada bertempat, Tuhan tak perlukan tempat. Tanya bnyk, jawab jer ; adik, skrg belum boleh paham, insyaAllah satu masa nanti, Tuhan akan bg adik paham.
Anak aku yg kecik umur 2 tahun +, aku selalu bawak naik motor raund raund taman, bila nmpk bulan, dia tanya, yah per tu yah, aku kata tu moon, dia kata pulak, yah nk moon yah nak moon. Aku jawab pulak tak boleh, moon tu Allah (swt) yg punya. Diam ler dia.
Boleh baca kisah Luqmanul Hakim, cammn dia ajar dan didik anak dia.

Anonymous said...

Cerita ttg wahabi ni mcm mn nak kenal org org wahabi ni ? Takut takut terikut geng diaorg pulak. Ciri cirinya ;
1. Ego taksub, geng dia je yg alim, geng dia je yg betul. Selainnya sumernya jahil dan sesat.
2. Ayat ayat Quran dan Hadis hadis difahamkan dgn makna zahir sahaja, ikut tafsiran masing masing sendiri sendiri. Tafsiran secara literal semata mata, fahamannya hanya sejauh kerongkongan sahaja.
3. Apa yg Nabi saw tak buat, semuanya bid'ah dan sesat, walau pun jelas kebaikannya. Hujahnya, agama dah sempurna dan kalau benda tu baik tentu Nabi saw lebih dulu melakukannya.
4. Bermudah mudah membid'ahkan, mensyirikkan, bahkan mengkafirkan golongan yg tak sependapat dgnnya.
5. Memulakan ceramah / kuliah, mesti dgn khutbatul Hajah, diikuti dgn Hadis Bid'ah.

Anonymous said...

ada yg mudah terlanjur kafir dan syirikkan org lain dgn gopoh..
salah 1 sebabnya ialah mungkin mereka ada yg tolak tasauf bahkan ada yg perlekeh..

bila kita tolak tasauf risiko dia bab tauhid kita ngaji x putus lagi..

contoh kalo kamu mintak tolong kat kawan2 kamu bila kamu berada dalam situasi keterdesakan..
bahkan boleh jadi ada yg kata kamu syirik dlm kes ni..
tawasul tabaruk istighata diputus dgn gopoh semuanya syirik

walhal 4 sahabat kata mereka x melihat sesuatu melainkan adanya Allah..

yg mensyirikkan keadaan itu maknanya mereka telah melihat sesuatu dengan adanya/wujudnya sesuatu itu sendiri...

maknanya dah ada dua "ada/wujud" selain Allah kat situ...

itu pasal ada yg gopoh gapah syirikkan org lain..
maapkan je la mereka yg terlanjur..kadang2 itu keterlanjuran dalam proses cari ilmu,boleh jadi besok lusa baik2 saja insyaAllah..doa yg baik2 utk sesama..
semoga kita x sombong insyaAllah..
pesanan utk diri sendiri juga..

Anonymous said...

yg cakap Allah maha mendengar tu bukan mujasimah ..

kita cakap pasal kita je la ye..

telinga itu berjisim..
pendengaran itu sendiri baru tidak berjisim dan berjirim..
ini perkara yg ada kat kita sendiri pun kita dah mampu berkira2 dan gambar2kan..

lidah itu jisim..
tunas rasa itu sendiri yg x berjisim dan berjirim..
ini perkara yg ada kat kita sendiri pun kita dah mampu berkira2 dan gambar2kan dah..

yg ni pun fail mujasimah apenya bila kata Allah itu maha mendengar?


Anonymous said...

*tak mampu berkira2

Hamka Kereta Mayat said...

Blogger edot chan : huhuhu

Blogger Yeop Maz : kan?

Blogger wanita bersalin : deep!

Jongoz.: you tell me

Blogger cinta : Like.

Ashari : WaAllahu'alam !

Raja Rifin: Tahniah!

Ashari : terima kasih.

Blogger Ar Eirza Japar: .huhuhuhu

Blogger detective: Waallahu alam..

Din JB : benar,

;)

Anonymous said...

Terjemahan Al-Qur'an, Surah A-li 'Imraan Ayat 7:

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.
Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).
Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami"
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Anonymous said...

fakta-
ahlisunnah wal jamaah ni dalam bab akidah/tauhid, mazhabnya ialah assyariah/maturidiah..
(pengajian tauhid sifat 20 tu)..

tapi ada gak yg ngaku ahlisunnah waljamaah tapi perlekeh2kan pengajian tauhid sifat 20 tu...

antara bunyi2nya:-
-sifat Tuhan ada 20 je!!??bla bla bla
(tak dalami lg main cakap je)
-ini bukan berasal dari nabi saw ni!! bla bla bla..
dan mcm2 lagi..
(x dalami lagi main cakap je)

tapi dia ngaku ahli sunnah waljamaah bukan wahabi hehe...
masyaAllah..

renungan bersama...
insyaAllah..

Lisa Andini said...

Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988Bet
Agen Sbobet
Agen Judi Online
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola

Hamka Kereta Mayat said...

Saya lukis beribu ribu ekor ikan yang sedang berenang dalam lautan yang penuh dengan batu karang.

Jika ikan tu mampu di beri nyawa mereka pun berkata:

Di mana pelukis kita duduk?

tidak bertempat untuk pelukis duduk dalam lukisan ini, tapi kuasanya di seluruh lukisan.

wallahu'lam

Mataku said...

Zaman Rasulullah... Rasulullah suruh sahabatnya tanya apa saja. Tapi takde sorang pun yang tanya Allah itu macam mana? Pernah seorang sahabat tanya Aisyah RA, adakah Rasulullah pernah melihat Allah. Aisyah RA tidak menjawabnya. Datang zaman kemudian tanpa rasa malu dan takut pada Allah, sanggup membahaskan zat Allah.

Ada beberapa surah yang menyatakan zat Allah. Tapi para sahabat tidak pernah bertanya tentang zat Allah tersebut. Mereka semua malu, takut, segan, tak mahu celupar mulut dan akal dalam bercakap tentang Pemerintah Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui Segalanya.

Anonymous said...

Tak boleh ke kita terima bulat bulat apa yg Allah kata cntohnya tangan wajah arays dsbgainya? salah ke kita pecaya Allah ada tngan sbb Allah sendiri buat pengakuan Dia urus dgn tangannya alam ini.kalau tafsir dgn maksud lain menyalahi ayat al quran