Feb 17, 2015

Solat lima atau tiga waktu?

(Anti hadis vs Falsafah keretamayat)

Soalan dari anti Hadis:

Salam Tuan Hamka yang budiman, saya XXXX, dan pernah email tuan dua tahun lepas dan tiada jawapan balas dari tuan, saya percaya tuan sangat sibuk namun diharap dapat meluangkan sedikit masa menjawab soalan yang sangat penting ini:

Saya ulang soalan saya:

Solat telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi sebanyak 3 kali setiap hari dan bukan 5 kali seperti ajaran ulama’ mazhab.
Merujuk ayat al-Quran, ayat 114 dari Surah Hud jelas solat hanya 3 waktu sahaja:

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang (subuh dan maghrib), dan awal malam(isyak); sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."

Tapi kenapa Imam dan ulama’ 4 mazhab mengajar solat 5 waktu sehari semalam? Katanya dalil 5 waktu di ambil dari hadis, kenapa mesti mengambil dalil dari hadis? Bukankah al Quran sudah lengkap?

Saya mohon tuan jawab soalan saya tanpa menggunakan hujah dari hadis. Cukup Al quran sebagai  rujukan dan akal sebagai hujah.

Terima kasih.

JAWAPAN DUA TAHUN KEMUDIAN DARI HAMKA KERETAMAYAT.

Salam, Aku jejak email XXXX yang lama, tak jumpa pulak, Aku minta maaf sebab banyak email yang dah berbulan bulan, bertahun tahun belum di relpy, aku harap korang faham term aku, korang hantar soalan hari ini, dan aku komen bila aku 'tergerak', jangan mengharap sangat pada aku yang perasan sibuk, bak kata pepapatah,

"Tak kan lari keretamayat di kejar."

Satu lagi aku ambik kesempatan ini untuk bagitahu, jangan tanya soalan di PM Facebook, sebab aku bisnes kat situ, banyak PM masuk urusan jual beli, menyebabkan inbox tenggelam, dan susah aku nak jejak, nasihat aku, boleh tanya di email keretamayat at gmail dot com, senang nak jejak bila aku lapang, insyaAllah. bak kata pepapatah,

"mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing"

Lagi satu, Bila nak bertanya, tolong jangan tanya soalan personal, contoh: “Hamka, saya suka lelaki berbulu, tapi pilihan mak saya lelaki yang kurang berbulu, apa perlu saya buat?”

Apa ke jadah aku nak jawab soalan personal korang, tak de life ke jika nak tanya soalan personal kepada orang asing, adohai..

Aku akan jawab soalan yang boleh aku publish di Blog dan dapat di baca oleh orang ramai dan mendapat manfaat. Soalan personal aku tak layan, maaf sangat-sangat.

Eh? Dah jauh melencong, aku ini ibarat “terdengar siren keretamayat, kereta sendiri diketepikan”

Arghh, Kita kembali kepada topic bab solat lima atau tiga? Nak kena jawab betul-betul dengan geng anti hadis ni, sebab  "Kalau sungguh mayat dah ada, keretamayat saya sediakan."

Woha!

Eh? Kenapa cik Hamka rajin berfalsafah pulak hari ni?

He he he. Maafkan aku, sebenarnya aku agak terkejut terima soalan dari geng anti hadis siap dengan warning tak boleh berhujjah guna hadis, itu yang aku terpaksa guna pepatah tu, Adohai..

Lagipun: “Kain kapan sama putih, Tapi mayat lain-lain”

Baiklah saudara, saya cuba jawab soalan saudara tanpa guna Hadis kali ini dan guna Al quran serta  logic akal sahaja siap dengan pepatah keretamayat, Ok tak?  

Harap saudara setuju sebab apa lagi boleh aku buat? Ibarat “Cubit peha kiri mayat, peha kanan mayat memang tak terasa.” padahal jika kita guna hadis selesai terus masalah ni sebab setiap tahun dalam ceramah israk mikraj, ustaz cerita kisah asal usul solat,

Bagi yang anti hadis, boleh baca kisah asal usul solat panjang lebar aku tulis sebelum ini, of course korang akan tolak sebab tak percaya hadis, baca sahaja, sebab " Alang alang menggali kubur, biar sampai ke hujung talkin." nanti kat bawah aku bagi hujah guna akal sahaja macam yang korang mahu.

Jadi, jika rujuk hadis: Tentang waktu solat, pada mulanya, Malaikat Jibril datang di setiap lima waktu bagitahu kepada Nabi akan waktu solat yang betul, dan cara solat di ambil dari hadis riwayat oleh sahabat dan isteri baginda yang melihat Nabi bersolat dengan mata kepala mereka.

Kisah asal usul solat pula adalah bermula dari tahun kesedihan, yang mana selepas kamatian isteri dan pakcik nya yang sangat di sayangi, dan selepas peristiwa berdarah di Taif, akhirnya Nabi digembirakan dengan pertemuan bersama Allah dalam peritiwa israk dan mikraj, di hujung pertempuan, Allah kurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.

Sewaktu Nabi Muhammad SAW berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Al kisah apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.

Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya tiga kali sehari. Kenapa?

Siapa yang ada perasaan malas dan nak solat kurang dari lima waktu itu menandakan dia ada masalah iman kerana belum merasai kemanisan iman. Bak kata pepatah:

“Tak perlu lebih cangkul dari lubang kubur kerana bertepuk tangan dengan mayat tetap berbunyi, lagipun, Kerana ulat, mayat binasa”

So, bagi aku geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat, tapi sebab iman lemah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas.

Ok, jika kita guna logic akal, jika betul solat asalnya hanya 3 kali sehari semalam, kenapa ustaz yang korang cakap jahat sebab palsukan hadis tiba tiba nak buat 5 kali sehari semalam? Patut orang jahat buat lagi kurang, macam Ayah pin ke, Guru Yah Yah ke, yang solat cukup pakai niat, itu baru betul berniat jahat dengan mempermainkan solat, ini semua ahli sunnah wal jamaah, semua mazhab yang empat, Syafee, Hambali, Maliki, dan lain lain, solat lima waktu sehari semalam.

“Berani kerana mayat, takut kerana keretamayat”

So, aku ulang balik, dari segi logic, geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat dan betul, tapi sebab iman lemah dan salah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas. Adohai.

Ketahuilah, “Sepandai pandai anti hadis melompat, akhirnya jatuh ke lubang kubur”.
Ini hujah guna akal ni, logic tak jika aku cakap orang yang solat 3 waktu adalah malas berbanding orang yang solat 5 waktu kerana merasa solat ni satu beban yang berat:

“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (QS.al Baqarah(2):45)

Ok, sekarang aku nak korang rujuk Al quran bab solat juma’at.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Dari ayat ni, jelas solat jumaat berlaku disiang hari waktu orang jual beli, dan solat jumaat ni ganti solat zohor, korang geng anti hadis cakap, solat zohor tak ada dalam suruhan tuhan, habis tu solat jumaat ni ganti solat apa? Subuh? Magrib? Isyak?

Korang jangan cuba nak "tarik mayat sorong mayat" dengan aku, sebab aku ikhlas nak berhujah guna logic akal dengan korang, tolong jangan menjadi: "seperti mencurah air di badan mayat"

“tapi cik Hamka, dalam Al quran, suruh solat jumaat, bermakna seminggu sekali sahaja, mana ada ayat Al quran suruh solat zohor setiap hari?”

Wah wah wah, “Air yang tenang jangan disangka tiada mayat”, aku ingat korang yang bertanya ni dah rujuk semua ayat Al quran, rupanya, “Harapkan mayat, mayat makan tanah”

Baik! Mari kita rujuk lagi ayat Al quran:

“Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk (Al Baqarah -238)”

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (Al-Israa’ -78)

Gelincir matahari ni bila? Waktu wusta ni bila? Kalau hadis tak bagitahu, boleh ke korang main agak agak?, jangan bersikap "Tiada beban, mayat di galas", ingat pesan keretamayat: “kerana ulat, mayat binasa”. Cuba "Bersakit-sakit dahulu bermayat-mayat kemudian". “jangan minum air mayat yang keroh”

Faham tak?

Jika tak faham apa yang aku cuba sampaikan, cuba duduk diam piker balik apa yang aku tulis, jangan jadi seperti “Mayat sudah siap mandi, pahat keranda masih berbunyi”.

Lagipun, “Jika takut melihat mayat, jangan berumah di tepi rumah mayat" eloklah bersikap seperti "terdengar siren keretamayat, kereta sendiri di ketepikan", baru bagus, dalam bab agama ni kita kena saling bantu untuk amal sunnah Nabi, "mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing". Bukan berhujah nak nafikan sunnah konon nak guna ayat Al quran sahaja, ingatlah, “Di mana bumi dipijak, di situ mayat ditanam.”

Nasihat aku kepada mereka yang tolak hadis diluar sana, sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak hadis bang, “Dimana tumpahnya barus kalau tidak ke badan mayat” lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW, dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab, “Bagaimana mayat, begitulah kerandanya”. maka tak bolehlah korang nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis. Jangan jadi “seperti mayat lupakan keretamayat”

Contohnya, dalam Al quran tak ada  cerita detail macam mana nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur keluar nak tak?

Hah! Tau tak nak!

Kena rujuk hadis jugak, bang. Jangan nanti ”Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata”

Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini mungkin ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.

Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, namun tak kanlah kerana sikap sesetengah ulamak yang taksub dalam menafsir hadis yang membawa pada pertumpahan darah, korangpun bersikap “Marahkan mayat, keretamayat di bakar!” tak ke Hampeh?!

Fikir bang, fikir, kerana "mayat sama lebam, nasib akhirat lain lain", jangan “Indah keretamayat dari mayat”, fikir dalam-dalam saudara.

Kesimpulannya, Umur dah makin pendek bro, nak kaji hadis tak sempat bro, padahal imam 4 mazhab pakar hadis sudah kaji siang malam, kenapa kita yang terpisah jauh dari zaman Nabi dan sahabat nak tolak kajian dari orang yang dekat dengan zaman Nabi dan sahabat?

Tak logic langsung dalam kaedah mengumpul fakta dan sumber berita, kita tolak saksi terdekat, adohai. Jangan bersikap berat sebelah seperti kata pepatah "mayat di hutan di biarkan berulat, mayat di rumah mandi telanjang bulat"

Last aku nak tanya,  Mana kau tahu Al Quran tu sempurna? Siapa bagitahu? Nabi yang bagitahu kan?

Habis tu kenapa kau percaya pulak? bukan ke kau cakap semua tu rekaan manusia?  Kenapa tak jadi seperti “Di mana ada mayat, di situ ada keretamayat”. Kenapa nak nafikan?

Aku tanya lagi, Siapa kumpul al quran? Sahabat Nabi, siapa bukukan Al quran?, ulamak, siapa yang buat salinan dan edarkan Al quran, patut jika korang yakin sahabat dan ulamak boleh palsukan hadis, mereka juga dah tentu boleh palsukan Al quran, ikut logic otak korang lah.

Padahal Al Quran itu dari Allah. Memang sempurna dan tiada cacat celanya. Namun manusia ni banyak bodoh dan bangang!, tak boleh paham kalau Al Quran tu turun sebijik terus. So Allah utuskan manusia jugak suruh terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dan manusia tersebut (Rasulullah-al quran bergerak), bila dia nak terangkan, mesti secara terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham. Sampai dalam Nabi berkata, di ulang tiga kali supaya sahabat tak salah dengar. Siap dengan praktikal sekali, contoh Al Quran suruh kita kahwin tapi manusia yang Allah utuskan tu yang detailkan macamana nak kahwin, macam mana nak akad, saksi bagaimana, mas kahwin berapa? apa syarat sah kahwin? bila kahwin jadi tak sah? dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.

Nabi pula sewaktu nak ajar sahabat sampaikan hadis, bukan calang-calang training bang, siap berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang letak batu atas dada! Kena siksa dan sebagainya.
Kemudian sahabat training pulak orang-orang di bawah mereka lepas Rasulullah wafat iaitu Tabieen, 

Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan main dengar dan sebar macam korang ngumpat Anuar Ibrahim. Mereka solat dulu, minta petunjuk.

Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah di training oleh manusia yang Allah training tu penipu? 

Korang tak tahu ke zaman 4 imam mazhab tu ialah zaman tabi'in dan zaman tabi' tabi'in yang disebut nabi sebagai ''kurun yang terbaik.'' bermakna ketika itu islam masih berada dalam bentuk yang paling asli, sebab itu imam-imam yang datang selepas itu walaupun sangat hebat seperti imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi dan banyak lagi imam, mereka tak ada pulak nak buat Mazhab baru walaupun mereka layak, mereka tak bersikap “Kerana mayat, kereta mayat dapat nama”, kenapa mereka ikut 4 mazhab sedia ada? sebab?

Kerana Mazhab yang 4 itu dah sempurna, imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi semua pakat ikut Mazhab sedia ada, maka apakah hak kita yang bodoh dan jahil lagi hina ini untuk tidak mengikuti mazhab?

Last aku nak berhujah guna akal dan Al quran untuk korang anti hadis adalah dengan merujuk surah 10 terakhir, surah Al fil, kisah tentara bergajah yang menjadi seperti daun di makan ulat akibat serangan burung abibil sewaktu raja Abrahah nak pergi runtuhkan kaabah.

Mereka  “sangkakan hidup sampai ke petang, rupanya menjadi mayat di tengah hari” setelah di lontar dengan batu panas.

Dari ayat ini, jelas bahawa Allah akan menjadi penjaga kaabah sampai bila bila kerana kisah dalam al quran cerita bagaimana rancangan Raja Abrahah gagal kerana Allah jaga Kaabah. Ni kisah dalam Al quran, bukan hadis!

Kitapun tahu rupanya di zaman Nabi masih kecil, sekeliling kaabah dipenuhi berhala, dan dikelilingi dengan amalan yang salah, (tawaf sambil berbogel) sedangkan zaman nabi Ibrahim tak ada semua tu, tapi akhirnya dari surah Surah al-Fath yang menceritakan kemenangan islam, habis semua berhala dimusnahkan oleh Nabi dan sahabat sewaktu peristiwa fatal Mekah, dan tanah mekah telah diharamkan oleh orang kafir sampai sekarang, dan jika korang pergi sekeliling kaabah sekarang, satu berhalapun tak ada.

Jadi dari dua surah ni, surah Al fil dan Al Fath, kamu geng anti hadis sudah tentu yakin bahawa Allah jaga kaabah yang mana jika ada maksiat (berhala dan amalan sembahan yang salah), maka Allah akan hantar pembela untuk musnahkannya, tentera Abrahah di musnahkan oleh burung, berhala dan amalan jahiliyah dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda dengan izin Allah.

Jadi, jika amalan solat 5 waktu ini salah, maka Allah pasti akan hapuskan amalan ini seperti kisah dalam Al quran, jika imam 4 mazhab berniat jahat nak rosakkan islam, sudah tentu mereka akan berlubang seperti mayat di makan ulat sebagaimana kisah dalam al quran.
Jika amalan solat 5 waktu ini salah, sudah tentu imam Mahdi akan datang dalam tempoh tak sampai 500 tahun, (note: zaman Nabi Muhammad dan Nabi Isa berbeza 500 tahun) untuk hapuskan ulamak yang berniat jahat tambah solat 5 waktu.

Tapi dari pembukaan kota mekah, dah nak dekat 1500 tahun, ummat islam solat 5 waktu sehari semalam depan kaabah, dan tiada bencana seperti dalam Al quran diturunkan jika benar perbuatan ini salah, ini hujah guna akal macam bro mintak, sila fikir sebab "Biar pecah mulut mayat, jangan pecah perut mayat!"

Cukup sampai sini coretan aku, "Dua tiga mayat berlari, manakan sama mayat sendiri..", biarlah aku mengundur diri, kerana "mayat dicita kereta mayat pun datang", Tapi jika korang anti hadis nak bertaubat, “kecil keretamayat, bilik mayat saya sediakan”.

Hidup ini singkat sahaja, “Sediakan kereta mayat sebelum mayat”, bertaubatlah sebelum naik keretamayat, kerana keretamayat itu sahala jalannya, Buat yang terbaik sebelum tumpang.

Jika susah kita bantu sama sama, ibarat  “Mayat terdongak di hulurkan bantal”. Jumpa lagi dilain hari kerana “Diam diam isteri Hamka keretamayat, tapi berisi”

Woha!

Ps: Pulau Mayat Jauh Ke Tengah, Batu Nisan Bercabang Dua, Hancur Mayat Dikandung Tanah, Kereta Mayat Dikenang Juga.


Ps2: “Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat itu mayat, yang masuk neraka itu anti lima waktu Solat.

25 comments:

smiley said...

sentap!

pendosa siang malam said...

bykkan istighfar wahai umat

Anonymous said...

Mohon share.. mekaseh

Anonymous said...

Ter'best'...

Anonymous said...

Ke laut pantunnya!

Anonymous said...

Istri hamka da prgnt lg ke??

ammar said...

Hud:114


Perhatikan pada ayat pertama, perkataan yang digunakan adalah "solawaat" iaitu perkataan jamak kepada solat. Dalam tertib bahasa Arab, perkataan solat adalah mufradah(singular), solatan(dual) manakala solawaat pula adalah dalam bentuk (plural)jamak mu'annas. Maka tidak mungkin ayat pertama tadi(solawat) merujuk kepada 2 sembahyang, tetapi mestilah 3 atau lebih. Ada pun perkataan 'wustha' merujuk kepada sesuatu yang berada "di antara" atau "ditengah". Maka, perkataan 'solawat' yang dirujukan di sini patutlah merujuk kepada bilangan genap, iaitu 4 atau lebih, supaya 'solat wustha' boleh betul-betul berada 'di tengah-tengah/ di antara' secara saksama(unbiased). Maka memutuskan bahawa ayat ini merujuk kepada hanya TIGA kali sembahyang fardhu ternyata sekali salah, bahkan nombor minima yang mungkin ialah LIMA(4 + solat wustha). Apabila kita cantumkan faham ayat ini dengan ayat yang kedua, ternyata sekali yang dimaksudkan di sini adalah LIMA. Ini kerana perkataan pertama(tarafayin -lit: 2 tepian) secara jelas merujuk kepada dua (kebanyakan terjemahan pun telah menterjemahkan sebegini). Mengikut para pentafsir, yangdimaksudkan di sini ialah solat Subuh dan solat Dzuhur. Begitu juga perkataan zulafan adalah perkataan yang bersifat plural(jamak) terhadap perkataan 'zulfatun' yang membawa maksud 'yang mendekati' atau 'menghampiri'. Oleh kerana ia berbentuk jamak, tentulah ia berbilang tiga atau lebih. Menurut para mufassirin, waktu-waktu tersebut ialah 'Asr, Maghrib dan 'Isyak, iaitu waktu-waktu yang jelas berkaitan dengan malam.

Anonymous said...

Meletoppp...A++

laisa wahabi said...

Geng anti hadis ni solat ke yg dok sibuk solat 3 waktu ke v5 waktu ni.
Kalau solat pun mcmmn cara mrk solat ? Karut, buang masa je layan geng geng antihadis ni.

Unknown said...

Rahasia Dapat 5-10$ Dolar per Hari dengan aplikasi Whaff Rewards
1. Download 'Whaff Rewards' dari Play Store.
2. Jalankan dan login dengan FB.
3. Hanya masukkan invite code AF98684 . dapat duit sebesar 0,30$ pertama.
4. Download & instal app/game, jangan di-uninstall sebab banyak apps yg boleh kita dpt duit setiap harinya(Apps yang dekat Whaff Picks) .
5. duit dah banyak dpt dikeluarkan via Paypal atau redeem untuk Game mcm CoC atau game2 lain yang memerlukan dolar untuk membeli.

Anonymous said...

Tertanya tanya geng ati hadis nie solat mcm mane kalau x ikut hadis.
-Tok Buluh

Anonymous said...

Ikut cara Nabi SAW je senang cerita. Zaman Nabi kalau anti hadis rasul bererti anti nabi, tak gitu?

Anonymous said...

Sumpah x tipu..aku suka Hamka kereta mayat..

NAM

Tornado Assassin said...

Siapa nak beli emas
12k utk 100g
Boleh pump(letak emas tu kat company Dan bulan2 makan untung bersih 1k)
Jika berminat boleh hubungi
0139885773 saufian

Jebatx said...

Selasa Rasulullah s.a.w. masih hidup, baginda lah yg menjadi imam solat, berjemaah bersama-sama.
Amalan solat berjemaah 5 waktu ini tak putus dari masa Rasulullah s.a.w. masih hidup sampai lah baginda wafat dan seterusnya sehingga hari ini.
Setiap hari, berjemaah, lima waktu. Tak lebih, tak kurang.
Dengan saksi-saksi yg berjemaah sama berjumlah beberapa puloh, ratus atau ribu orang.
Dan dikekalkan diMekah, Madinah, Baghdad, malah dimedan perang sekali pun - cukup 5 waktu.
Solat 5 waktu berjemaah ini lah yg tak putus dari zaman Rasulullah s.a.w. boleh dikatakan "hadis" yg masih hidup yg sampai kepada kita direct dari Rasulullah s.a.w. berserta saksi2 yg turut mengambil bahagian.

Anonymous said...

aku tak tahu nak menangis ke nak gelak, rasa bodoh jer tahap agama aku bila baca cara kau berhujah

wan muliani said...

Terbaikkkk

SMA said...

Saya ingin mengajak saudara membaca buku dr shabbir ahmed bertajuk; ISLAM: THE TRUE HISTORY AND FALSE BELIEFS yang boleh didapati di http://www.ourbeacon.com/wordpress/?page_id=21.

semoga jawapan yang saudara cari ada di dalamnya.

hamka said...

komen jebat tx terbaik!

Mazlan said...

Amat mudah difahami, semoga Allah merahmati tuan hamka dan seluruh muslimin dn muslimat. Jebatx pun tebaik. Mohon share.

Anonymous said...

Solat mcmana memang kita tak tahu.nabi x jelaskan or arahkan para sahabat susun cara2 bersembahyang. So.. Ikut suka cara masing2 ar. Hehe. Asal ingat Allah sudah...cara kita sembahyang hari ni pun betul..apa cara pun betul sbb salah nabi..dia yg berikan keterangan lengkap. Ulama sendiri terpaksa berhempas pulas korek kitab2 (buku cerita) sejarah or hadis (dgr lebih glamour) untuk membangunkan cara2 bersembahyang mengikut cara nabi sebaik yg mungkin (50% tepat kot). Wallahualam..

sam said...

sape nk caye...silakan...sape yg tak caye juga silakan...takde mslh...keimanan masing2 kan...mati nnti sendiri2 juga tanggung...agaknya la...

Unknown said...

50% tepat kot...pasti 50% lagi bro tau....

Anonymous said...

Fasa Akhir Zaman sudah sangat dekat 2010-2020.

Solat tetap 3 waktu dan 1 tambahan.
(Perlukan dijelaskan secara teratur dan secara semuka)


Makkah diazab dan digenapi secara teliti seperti di dalam Al-Quran. Lihat berita. Arab Saudi diserang belalang, taufan, banjir, hujan batu etc. Dan masih keras hati.

Surah Al-Araf, Verse 133:
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.

Al-Quran sebagai PETUNJUK, PEMBUKTI DAN PEMBEZA. Fasa kini mari lihat sama ada Allah yang berada diatas kebenaran atau perilaku manusia yang sentiasa mengubah ayat-ayat-Nya.

Anonymous said...

Assalamualaikum wr wb.

Maaf terlebih dahulu.
Artikel ni tak keterlaluan kalau saya simpulkan adalah pembahasan tentang 'Penyakit akhir zaman, iaitu merasa paling betul'.

Setiap pohon yg bermasaalah, jgn dicantas rantingnya yg kering.
Diam dan tersembunyinya AKAR yg mengindahkan sesebuah pohon.

Sebaiknya kalau kita nak tahu terperinci tentang akar dari masaalah waktu-waktu solat, patut kita jejak langkah Saidina Ali.

Dia lelaki pertama dan makmum kedua yg ikut Rasulullah solat selepas Siti Khadijah.
Dia yg setia bersama Rasulullah. Berjuang menentang kebatilan dengan Rasulullah ibarat Harun di sisi Musa a.s. Baik dari sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabiyullah sampailah wafatnya diangkat ke hadrat Allah swt.
Saidina Ali tetap menjadi bayang-bayang Rasulullah.

Tapi bila sebut nama saidina Ali memang tak mudah, habis berhujan org label yg komen ni pasti Syiah.

Ingat, penyakit akhir zaman terkeluar lagi.

Syiah, Sunni, Salafi, Wahabi dan seterusnya sampai hari kiamat....... Tak pernah menjadi warisan Nabi selain Alquran dan ahlulbaitnya.
Ahlulbait yg hidup bersama Rasulullah. Yg langsung dididik Rasulullah.

Saidina Ali.
Siti Fatimah Azzahra'.
Saidina Hasan.
Saidina Husein.

Padahal bukan sikit ayat Alquran, hadis-hadis Nabi, buku-buku sejarah karangan yg terhasil dari pena dan nota kajian manusia-manusia yg haus akan kebenaran yg mereka mencatatkan tentang keutamaan dan keunggulan saidina Ali dan keindahan perjalanan rumahtangga yg suci ini.

Bersihkan hati. Sisihkan seluas-luasnya ruang hati yg dah lama dalam kegelapan untuk diisi cahaya kebenaran.
Mudah-mudahan Allah keluarkan kita jauh dari 72 jalan penyimpangan yg menjurus ke arah kesesatan.

Selagi kedudukan saidina Ali tak mendapat tempat di hati, insya Allah kesembronoan dalam urusan agama akan terus berlarutan.

Wassalam.