Aug 30, 2013

Mesir? Satu pandangan...

(Kenapa orang islam sanggup bunuh membunuh sesama islam-pendapat peribadi)

Di Malaysia, apabila kita memandu kereta, terlihat kadang kadang di bahu jalan, bangkai lembu, kambing, kucing, anjing, biawak dan mungkin terjumpa bangkai tenuk atau tapir bergelimpangan mati terbujur kaku lalu kita mengelak bangkai tersebut dan meneruskan perjalanan sebab kita semua perasan sibuk.

Tapi jika korang memandu di mesir, dan Negara islam yang lain seperti di Iraq, Iran, Libya, Palestin, Syria, dan lain-lain Negara islam yang berada dalam konflik perperangan, akan ada mayat mayat manusia bergelimpangan dibahu bahu jalan..., yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam, termasuk wanita dan kanak kanak, juga termasuk orang tua yang tak terdaya, sehingga mayat mereka bukan setakat bergelimpangan di bahu bahu jalan, malahan mayat mereka ada di sekolah, di pejabat, di rumah dan dimana sahaja tempat rusuhan melanda.

Melihat mayat mereka yang ramai ini, apa korang akan buat? Teruskan perjalanan sebab perasan sibuk?, atau sebelum sempat korang teruskan memandu tiba tiba muncul sekumpulan orang islam yang memakai baju kalis peluru, siap dengan senjata M16 ditangan, mengepong korang dan bertanya:

“Syiah atau Sunni?”

“Penyokong Mursi atau penyokong Tentera?”

“Hamas atau fatah?”

“Wahabi atau salafi?”

“PAS atau UMNO?”

Walaupun soalan itu senang di jawab, tapi jika yang bertanya tidak setuju dengan jawapan korang, maka akan turut sertalah mayat korang bergelimpangan di bahu bahu jalan..., innalillahhiwainnalilahirajioon..

Persoalannya:

Kenapa orang islam mesti bunuh orang islam?

Kenapa ada orang islam tergamak bunuh saudara seislamnya?

Bukankah ada hadis Sahih Bukhari (31) yang diriwayatkan oleh Abu bakar bahawa pernah beliau melarang seorang sahabat yang bernama Qais yang berniat mahu menolong sebelah pihak sahaja dalam perlawanan pedang sesama islam dengan berkata, "Apabila dua orang islam berperang, maka si pembunuh dan yang terbunuh, keduanya masuk neraka." Lalu Qais bertanya, "kenapa yang terbunuh juga masuk neraka?" Abu Bakar menjawab, "Karena orang yang terbunuh itu juga berniat untuk membunuh saudara islamnya."

Dari hadis ini, jelas menyatakan bahawa kita orang islam mestilah berdamai, jangan bergaduh.., jika berbeza pendapatpun tak perlulah sampai bunuh membunuh kerana Allah benci dengan orang yang melampau dalam sesuatu urusan (rujuk al quran)

Jadi dalam kes di mesir dan Negara islam yang lain, Apakah puncanya sehingga ada orang islam yang sanggup bunuh membunuh sesama islam?

Aku tidak tahu peristiwa sebenar yang berlaku di Negara islam yang bergolak sehingga mereka sanggup membunuh sesama islam, yang aku tahu (sumber buznama) puak pelampau dalam Syiah cakap puak sunni kafir kerana bunuh keturunan Ali dan darah puak sunni menjadi halal, begitu jugak puak pelampau dalam Sunni membuat dakwaan demikian, katanya puak Syiah akan bunuh siapa sahaja termasuk kanak-kanak yang bernama umar, atau abu bakar, lalu berperang! sama juga penyokong taksub Mursi ada yang mengatakan Kerajaan merampas adalah kerajaan kafir sebab mendapat dana dari Yahudi, jihad syahid menentang kerajaan zalim, dan begitulah juga sebaliknya dari penyokong kerajaan yang taksub.., saling kafir mengkafir, guna bom kemia, dan serangan berani mati.. huhuhu..

Tapi itu semua aku dengar dari ceramah buznama sahaja, fakta sebenar punca mereka saling kafir mengakfir dan saling bunuh membunuh di Arab sana adalah diluar pengetahuanku yang terhad..

Namun, kafir mengakfir ini bukan hanya di timur tengah, Tapi juga berlaku di Malaysia, Cuma di Malaysia, bila dah kafirkan saudara islam, mereka tidaklah angkat senjata pergi berperang macam orang arab, orang Malaysia masih rasional al maklumlah Negara kita merdeka juga dengan cara rasional penuh diplomasi, jadi di Malaysia, kesan dari kafirkan saudara islam di zahirkan dengan solat berangsingan, tidak pergi solat jenazah, cerai bini, tak makan sembelihan pihak sana, tak bertegur sapa, mencaci dan mengutuk, mengumpat dan menfitnah, atau bina masjid lain sebab tak sah solat di masjid yang di bina oleh kerajaan ‘kafir’. Dan macam macam lagi kelakuan ganjil dan bangang oleh puak puak yang suka kafirkan orang ini, Adohai..

Jadi, di Malaysia, Pada pendapat aku sebagai seorang ‘driver’ keretamayat yang hina ini, punca masalah orang islam sanggup kafirkan orang islam adalah apabila kita terlalu taksub dengan kefahaman agama kita masing masing, taksub dengan sentiment masing masing, kagum dengan pendapat sendiri, atau kita rasa ustaz kitalah yang paling betul, parti kitalah yang paling islamik, fahaman sayalah yang paling cool, lalu akhirnya, kesan dari sangkaan dan ego, maka akhirnya korang akan selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak sependapat dengan korang, adohai..

Contoh dalam politik di Malaysia, adalah kerja bangang bila penyokong politik sanggup pertahankan habis habisan pendapat ustaz mereka yang jelas salah, (guna fatwa kera misalnya) sehingga sanggup tolak dalil Al quran dan hadis kerana sentimen dan emosi.., lat-last, sekali lagi: selamba-mamba mengkafirkan semua orang yang tidak menyokong pendapat korang, Hampeh!

Dan perkara ini berlaku di seluruh dunia, yang mana sesama islam saling kafir mengakfirkan antara satu sama lain, lalu hadis di atas, islam bunuh sesama islam masuk neraka adalah tidak terpakai bagi korang kerana korang anggap: Syiah/Sunni/ Penyokong Mursi/ penyokong Tentera/ Hamas /fatah /PAS/UMNO/ Wahabi/salafi /Taliban/tabligh /JIM/JAKIM/ Arqam/____________/(gariskan puak yang korang tuduh kafir)  adalah kafir dan darah mereka menjadi halal!

Asrtarfirullah hal azim..

Benci sungguh korang pada orang ‘kafir ‘ye? Apa korang ingat Allah cipta orang ‘kafir’ tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Lepas tu Allah jadikan korang orang islam pulak ‘bertugas’ untuk bunuh mereka dan cepatkan mereka ke neraka? Begitu? (tepok dahi) Adohai..

Bagaimana nak atasi masalah suka kafirkan orang (di Malaysia) atau suka bunuh orang (di Timur tengah)
Ini hanyalah pendapat peribadi, yang mana aku pacar yang hina ini berpendapat bahawa, sifat kafirkan orang sewenang wenangnya ini adalah kerana dalam diri kita tidak ada perasaan cinta ummat dan dalam kepala kita tiada fikir risau atas ummat sebagaimana yang dimiliki oleh rasul rasul yang diutuskan..

Bagaimana nak dapat perasaan cinta kepada ummat dan fikir risau atas ummat?

Caranya adalah dengan berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut seperti Rasul Rasul yang di utuskan kerana Nabi sangat cintakan ummat, sehingga pernah apabila ada orang kafir meniggal tanpa sempat di dakwah Nabi mengalirkan air mata..

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat.

Jadi, Inilah masalah ummat islam di Malaysia yang sebenarnya, iaitu korang rajin beribadat tapi lupa nak berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Buktinya, waktu aku bujang duduk menyewa dengan kawan-kawan yang jahil agama, takde sorang pun dari korang yang datang ketuk pintu rumah sewa kami lalu berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan.

Kalau ada yang datangpun, setakat orang ‘tabligh’ yang takde 'ilmu', adohai..

Kemana pergi bijak pandai dalam kumpulan islam yang mengaku ilmu penuh di dada, yang selalu berdebat di TV dan internet? Yang selalu berdakwah guna FB dan sajak?, yang selalu perasan bagus dalam ceramah mintak derma? Yang selalu kafirkan sesama islam?

Bila masa ustaz-ustaz korang nak datang ketuk pintu rumah kami berdakwah dan berhikmah macam Rasul Rasul yang di utuskan?

Inilah masalah yang melanda ummat islam, tafsir bab dakwah dengan silap, (tafsir bab solat jemaahpun silap jugak) lalu anggap diri sendiri sudah berdakwah walau hanya setakat gantung bendera atau kutip derma.., lalu tinggak sunnah berdakwah cara  Rasul Rasul yang di utuskan.., isk!

Ketahuilah, apabila korang tinggal dakwah cara Nabi, maka korang sudah mulai benci pada orang yang buat maksiat dan mulai menuduh mereka yang engkar perintah tuhan walaupun masih islam sebagi kafir, (sepatutnya benci maksiat mereka sahaja, bukan benci orang yang buat maksiat)

Waktu ni korang dah mulai berdoa agar mereka pecah perut, biar bala bencana menimpa orang ‘kafir’ sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami, gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect storm, Armageddon, solar attack, war of z, key oo dan lain lain…

Tapi, siang malam korang berdoa, dari depan Kaabah sehinggalah ke pentas mendiklimasikan sajak, dari tabung derma ke tabung derma, dari padang sekolah ke padang stadium, tapi doa membinasakan mereka tidak makbul-makbul, dan korang makin sakit hati..

Dalam sakit hati. Korang teruskan ‘beribadat’ sahaja tanpa berdakwah macam Nabi, maka lama-kelamaan, akibat tinggalkan dakwah cara Nabi, maka korang bulan setakat kehilangan fikir risau ummat atau hilanglnya perasaan kecintaan sesama manusia, tapi korang waktu itu, korang dah jadikan MEMBUNUH orang ‘kafir’ itu satu ibadat.., di sinilah segala bencana bermula.., Lalu tumpahlah darah orang islam membunuh sesama islam kerana masing masing saling kafir mengkafir sesama mereka yang membuka pintu neraka seluas luasnya.., Arghh, dah dua dua di tuduh kafir, maka benarlah hadis riwayat Abu bakar diatas, yang mengatakan bahawa: membunuh masuk neraka, yang terbunuh pun masuk neraka.. Adohai..

Patut kita semua tahu akan Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul bukan untuk bunuh orang kapir, setakat nak bunuh orang kapir, Allah boleh hantar nyamuk dan angin jer.., tapi Tujuan Allah hantar Nabi dan rasul adalah untuk dakwah orang yang jauh daripada islam di bawa kepada islam dengan lemah lembut..,

Setakat buat dakwah guna cara bidaah tak selesai masalah, berdakwah cara berdemotrasi, lagilah teruk sebab ramai yang mati apabila ada yang merusuh, Adohai...

Maka aku jemput semua ustaz ustaz politik dan fahaman pelik-pelik diluar sana, rajin rajinkan diri ketuk pintu rumah jiran jiran masing masing menyeru mereka kepada Allah dengan cara yang lemah lembut, bukannya mengumpat mereka di masjid sebab tak duduk majlis korang dengan menuduh mereka kafir, adohai..,

InsyaAllah, apabila kita berdakwah jumpa manusia lalu bercakap dengan lemah lembut macam Rasul Rasul yang di utuskan, maka kita akan dapat perasaan cinta dan fikir risau atas ummat, insyaAllah..
Wahai sahabatku..ingatlah, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka (Baca: orang yang korang tuduh kafir) tidaklah sejahat firaun (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut (hikmah)pada firaun…

Akhir kata, jangan pulak tuduh aku kafir apabila menegur korang disini, sebab dalam hadis ada menyebut, jika orang yang dituduh kafir itu tidak kafir, maka orang yang menuduh kafir itu yang akan menjadi kafir,

Hah! Kan dah jadi kafir!

Eh? Aku pulak kafirkan orang? (tepuk dahi)


Naduzubillah, tutup entry dengan tasbih kafarah. 

Ps: Aku ajak korang berdakwah cara Nabi, tak payahlah nak melenting sangat, adohai...

66 comments:

Anonymous said...

Setuju...

Anonymous said...

Terbaek.. doakan kawe

Anonymous said...

sokong penuh

putericahaya said...

sigh~

baca. baca. kaji please. mengulas tanpa mengkaji itu sangat pelik.

AJ Basboussa said...


Sokong dan setuju. Semoga semuanya selamat.


Tengah tunggu suami balik dari Mesir ni.

Muadz said...

Saya banyak bersetuju dengan ulasan Hamka tentang realiti dan cabaran umat islam di Malaysia. mungkin kerana ia berlaku depan mata, dan memang kita alami sendiri. Jadi tulisan Hamka tentang ummat Islam di Malaysia benar-benar berpaksikan realiti.

Tapi,jelas Hamka masih kurang cermat dalam mengulas tentang isu umat Islam yang berlaku di luar negara.

Harapnya, kalau Hamka nak mengulas tentang sesuatu isu yang terjadi jauh dari realiti di Malaysia, pastikan kita betul-betul bersedia.

Rasanya dah banyak buku,puluhan forum,prog diskusi yang spesifik membincangkan tentang isu-isu umat islam samada di palestin,syria ataupun mesir ni.

Try attend, dan banyakkan bertanya dari mereka-mereka yang betul-betul menganalisa, menguntuk dapatkan first hand information.

Kurangkan membaca surat khabar mainstream yang berkepentingan terhadap pihak tertentu dan dapatkan info secara terus adalah lebih baik. Moga-moga dengan ilmu yang ada pada Hamka, dapat dimanfaatkan dengan realiti semasa.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

agak tertanya tanya. semasa puak syiah dan sunni saling berperang, puak tablit tak kena kena serang ker kat sana? kalau tengok berita orang awam yang berkecuali pun jadi mangsa.

Anonymous said...

ini disebabakan kita jarang atau tidak pernah mendoakan insan lain agar diberikan hidayah bila merasakan mereka khilaf,yg biasa kita buat caci n maki je

izzad said...

Salam Hamka,
Pasal Syiah tu Kurang setuju sket. Berdamai bila dia dah bom n bunuh anak, rogol muslimah. Kita pertahankan diri. Please, faham sket, bukan sunni yg mulakan, tapi golongan Syiah n penentang mursi yg mula kan.
Nanti kalu ada org datang rumah Hamka n cuba bunuh family, perlu pertahan diri ke x? Bukan masalah berpecah or salah faham, ni aqidah m org Syiah membunuh n menyeksa org sunni.

Nota untuk diri sendiri tapi buat blog kat internet ? Emm fatwa kaum kera ke? kalu nota untuk diri sendiri tulis diari kan
Nak tanya sket, buat blog kereta mayat, dah dapat jawab 4 soalan Nie ke belum ( sila rujuk artikel Hamka pasal jawab 4 soalan sebelum pergi berhimpun)

Anonymous said...

kenapa baru aku sedar yang selama ini orang pas tidak ada fikir risau ummat? patutlah selalu kafirkan orang.

sia sia berjuang sokonng pas pru baru ni.

terima kasih hamka, memberi pencerahan.

Anonymous said...

Aku gelak baca pertanyaan yang last tu...pas atau umno...haha
..aku rasa jawap umno atau jawap pas mmg kena tembak jg tu ...haha..gurau..

Anonymous said...

slm hehe ko saje je ke ape hamka?ko saje wat manusia2 yg tak faham tapi perasan faham bertambah panas atau bertambah cerah?huhu,nanti ketua pungguk yg ko halau itu ari masuk balik kang hamka bru ko tau haha,ko tau la pungguk bukan tau malu,muka tebal..
pencerahan dan perkongsian menarik untuk semua insyaAllah..

Anonymous said...

Salam..saya dah share kt fb baru nak mintak izin..mintak izin ye..-fakhrurrazi

mat said...

Dr. Mahathir bin Mohamad
SUNNI DAN SYIAH

1. Sejarah Islam dipenuhi dengan permusuhan antara Sunni dengan Syiah. Kerapkali peperangan berlaku di antara mereka. Hari Jumaat ini kita baca dalam akhbar dan TV berkenaan dengan letupan bom yang membunuh dan mencedera beratus-ratus daripada pengikut kedua-dua mazhab ini semasa mereka sedang sembahyang Jumaat di masjid dan di lain-lain tempat di mana mereka berkumpul.

2. Melihat akan permusuhan dan bunuh-membunuh diantara Sunni dan Syiah, musuh-musuh Islam, Yahudi dan sekutu mereka amat gembira. Bagi mereka, samada Sunni atau Syiah, semuanya adalah orang Islam dan seteru mereka. Kerja mereka untuk melemah dan musnahkan Islam dan orang Islam sedang dibuat oleh orang Islam sendiri.

3. Permusuhan antara Sunni dan Syiah ini tidak berlaku di Malaysia kerana buat sekian lama semua orang Islam di Negara ini terdiri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Sunni pengikut Imam Shafei. Mereka semua berpegang kepada ajaran Islam yang sama. Walaupun perbezaan politik memisahkan diantara orang Islam di Malaysia, tetapi ia tidak sampai kepada membunuh dan berperang.

4. Sekarang ini ajaran Syiah sedang dikembangkan di Malaysia. Jika Syiah bertapak di sini sudah tentu orang Islam Malaysia akan berpecah lagi. Jarak antara mereka yang terima ajaran Sunni dan Syiah akan semakin luas. Masing-masing akan adakan masjid berasingan dan bermacam lagi perbezaan.

5. Lambat laun permusuhan mereka akan meningkat sehingga mereka akan merusuh, membunuh dan berperang seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan Syria.

6. Kesan daripada ini ialah Negara akan jadi tidak stabil dan tidak aman. Orang Islam di Negara ini akan ditimpa bala yang amat dahsyat. Mereka yang sudah pun lemah akan menjadi lebih lemah. Kerosakan yang teruk akan berlaku seperti yang kita lihat di Negara-negara di mana Sunni dan Syiah bermusuh.

7. Selama ini kita berpegang dan menganuti agama Islam tanpa banyak masalah. Kita tahu di Iran dan beberapa Negara Islam yang lain ada penganut agama Islam Syiah. Kita tidak ingin menimbulkan masalah bagi mereka dengan mencuba mengembangkan fahaman dan mazhab Sunni di kalangan mereka. Sebaliknya janganlah cuba membawa fahaman Syiah ke Malaysia yang aman kerana kita berpegang kepada satu mazhab yang sama.

8. Kepada kamu agama kamu, kepada kami agama kami (Lakum dinukum waliyyadin). Al Quran menerima adanya orang yang beriman dan ada yang kafir. Tidak ada paksaan dalam Islam. Mereka yang kafir bebas dengan kekafiran mereka dan mereka yang Islam juga bebas menganuti dan mengamal ajaran Islam. Dengan itu permusuhan tidak akan berlaku dan masyarakat menjadi aman.

bukhary said...

Full of Wisdom !

Anonymous said...

kat mesir,
ikhwanul muslimin x angkat senjata utk lawan tentera dan as sissi.
mereka masih memilih utk berdemonstrasi secara aman.
kenapa?

sebab as sissi masih mengaku islam.

mungkin pakcik hamka kena buat kajian mendalam lagi kalau nak bg pendapat pasal saudara2 kita di timur tengah sana.

pakcik kena terangkan apa yg berlaku sebenarnya di sana, supaya pembaca2 belog pakcik ni faham dan mengetahui kondisi sebenar saudara2 kita di sana. cara pakcik terangkan di atas, seolah2 tergantung dan boleh memberi salah faham kpd para pembaca.

wallahualam.

Anonymous said...

"the best predictor of future behaviour is past behaviour" -side effect.

radi

hamka said...

Jawab mana sempat:

-----------
putericahaya

Ok
-----------
AJ Eitschei

Semoga suami selamat sampai, sila update jika ada fakta yang boleh dikongsikan,

-------------
Muadz

Pandangan aku memang menghala ke Malaysia,

----------
izzad

sebab tu aku letak ‘pelampau’
Akupun setuju Syiah tu teruk, yang membunuh sunni perlu di hukum, and vice versa

Bab nota agama di rujuk sebagai fatwa kera, cuba kau jawab sendiri, tentu terer jika tak kera.
-------
mat

Nice.

-----------
ovechkin

Bagi yang melihat..
-----------
Anonymous

(((ikhwanul muslimin x angkat senjata utk lawan tentera dan as sissi.
mereka masih memilih utk berdemonstrasi secara aman.)))

Siapa boleh jamin keamanan? Ikhwan muslimin? Jangan sentimen boleh tak?

-----------
Radi

“We learn from history that we don't learn from history!”

― Desmond Tutu

zakri said...

abang pemandu, abang perlu cermat juga isu luar negara:

1. syria, mereka terpaksa berperang, selepas berdemo secara aman, mereka dibunuh sesenang hati oleh Basyar, mereka terpaksa melawan. bahkan, geng Basyar membunuh bayi dan kanak2 tanpa belas ihsan. ini bukan sekadar isu sokong tidak sokong, tapi melibatkan mempertahankan nyawa...

2. isu mesir, saya cuba buat berpaksikan kepada situasi di Malaysia.

BN menang PRU 13, tiba2 setahun kemudian, tentera ambil alih kerajaan, kata BN tidak disokong rakyat. dan naikkan pemimpin PR. mesti orang yang dok undi tak puas hati. beratur lama2, celup jari bagai, tiba2 tentera bagi orang lain berkuasa lak.

apahal? so, untuk menunjukkan demokrasi perlu dipertahankan, mereka keluar demonstrasi, akan tetapi, tiba2 tentera lak dok bunuh mereka. tapi mereka tetap tidak lawan bunuh, sebab cuba nak berbincang dengan baik.

orang2 BN dan PR jangan terasa hati. aku cuba nak tunjuk situasi sebenar yang berlaku.

3. bab Malaysia tu, setuju juga...


sebab kenapa saya bertegas nak betulkan isu mesir dan syria, sebab saya tak nak pembaca blog ni tersalah faham pula. :-) semoga kita tidak jadi ekor yang sekadar mengikut. tapi mengikut dengan fakta yang benar.

Anonymous said...

Ceh... Bercakap seolah Allah tak wujud. Allah dah declare yg naik kan pemimpin allah!!! Pergi rujuk ulamak sb apa Allah naikkan pemimpin zalim. Hangpa sume cakap ttg alsebab saje. Macam org lemas kemudian salahkan ombak!!!

Anonymous said...

yang mengguling akan digulingkan. nice post hamka ! bila orang perasan tahu semua hal memang pendapat kita taknak terima. jom jaga Malaysia. jangan asyik sibuk pasal Mesir Syria. jika keluarga dan kaum kerabat sendiri merana

Anonymous said...

Assalam

Apa sahaja yang berlaku di negara-negara Islam, adalah ujian Allah.

Esok di syurga, ahli syurga yang lain akan melihat ganjaran yang Allah beri..apabila melihat ganjaran untuk ahli syurga yang ditimpa musibah, bencana serta malapetaka sewaktu di dunia dulu...

Ahli-ahli syurga yang tidak ditimpa bencana dan musibah sewaktu di dunia( macam kita, insyallah) akan berkata-kata didalam hati alangkah bagusnya dahulu di dunia jika aku digunting-gunting!(Muntakab Ahadith)

Tuan-tuan sesungguhnya mata kita membohongi kita....

Saya seharusny merasa cemburu dengan ummat Islm yang diuji, dan saya seharusnya mendokan agar Allah mengurniakan mereka ganjaran terhebat kelak dalam kehidupan yang kekal abadi.

Cryingfella

Anonymous said...

Kat malaysia ni, kalau kita kritik PAS, maka kita akan digelar MACAI DETECTED!

Carlos Santiago said...

terbaik lah bro. tembak semua sekali. dah ramai sangat sekarang ni ostaz yg nak tunjuk dirinya saja akan ke syurga.

Unknown said...

tidak kira lah sapa2 umat islam secara umumnya yg berperang sesama sendirilah,kafir-mgkafirlah dan macam2 lg... bg pendapat aku adalah kerana umat islam sendiri lemah dalam pengangan agamanaya dari segi keimanan dan jugak amalan perintah2 Allah dan Sunah2 Nabi SAW..kwn aku yg berlajar disana baru balik dari Mesir memberi laporan bahawa masyarakat disana sgt lemah dlm pengangan agamanaya..walaupun diorg ramai yg sunni..teringat hadis Nabi SAW "umat islam diakhir zaman ramai tetapi mcm buih dilautan"..dan terdapat jugak riwayat dlm hadis myebut "sekiranya umat islam mninggalkan kerja amal maaruf dan nahi mungkar maka Allah akan melantik raja yg zalim dikalangan kamu"...solusi daripada keadaan sekarang cadangan Hamka adalah kita kembali kpd usaha atas iman yg ditunjangi gerakan dakwah utk membaiki umat dan amalan secara sunnah seperti mana yg dinyatakan diatas..ini hanya nasihat Hamka kpd semua org2 islam..supaya kembali kpd usaha atas iman dan amal secara sunnah..yg mana dah terlibat dlm usaha tu anda perlu tingkatkan usaha anda jgn berhenti drpd usaha..perlunya tambah korban lagi..itu yg aku faham drpd tulisan hamka..hehe

Anonymous said...

berdemo bukanlah sunnah, bahkan bukan dpd amalan2 para sahabat ranhum.

period!

Anonymous said...

salam,kpd mereka yg menyebelahi hamka,korang sume mungkin terlupa betapa peri mahalnya hidayah kefahaman dr Allah selagi Allah x melepaskan diri kita dari ketaksuban terhadap selain Allah termasuklah bab politik,percayalah bila dah terlepas baru kita ucap-"subhanallah,alhamdulillah,kenapalah aku dulu bodoh sangat",ini yg akan keluar dari mulut kita insyaAllah,jadi x perlulah kita marah2 kpd mereka yg masih terbelenggu dgn politik ni hehe, kita doa sama2 insyaAllah..
mereka pun pening melihat pendirian kamu agaknya,mereka jadi marah sebab x paham kamu,padahal kamu sedang belajar/ berusaha mahu Allah itu tggi dari segala dalam kata2/hati/perbuatan kamu insyaAllah,kamu dah x pedulik sangat dah pandangan/idea diri sendiri,walaupun idea kamu banyak hehe,kamu hanya cuba berusaha ikut petunjuk nabi saw,sebab sunnah itu ialah isyarat/iklan dari Allah..
kpd yg masih terbelenggu dgn politik/atau lain2 pula(secara x sengaja/x sedar/x perasan),selalunya kamu ada banyak idea mcm mana nak buat agama tertegak kan hehe?,dalam rumah sultan korang takut ketawa bahak2,dlm rumah Allah xpe,sebab idea ni mungkin boleh buat muda mudi2 memenuhi masjid kan huhu,masa ni je dia penuh,masa solat subuh kat masjid lupa nak tengok penuh ke x kan?mana pegi yg penuh2 tadi tu?pegi la ketawa bahak2 ramai2 kat rumah sultan kalau berani hehe..
aku agak korang semua yg kini/atau dah lama sedang berusaha mengikuti sunnah nabi saw mungkin pernah rasa perasaan merkara ni kot kan?insyaAllah kita doa untuk sama2 dan x perlu lah melayan rasa marah2 kat mereka jika rasa tu mula nak terbit,kita pun dulu begitu hehehehe...salam,walahuaklam.

Anonymous said...

Syiah nih islam ke bro hamka?.....bila tanya dengan sesetengah ustaz,mereka kata syiah nih kafir.....yelah kalau dah kata Al-quran yang Allah turunkan ni x lengkap,kafirkan sahabat,solat pelik,tolak hadith saiyidina abu bakar,aisyah,dan laen2 sahabat..aku pelik lah kalo ada orang lata yg syiah nih islam...

MAT said...

Hamka ni skong UMNO ke?

copy paste:

Pendirian Dr Fathul Bari dalam isu Mesir :

1. Kezaliman dan pertumpahan darah adalah dilarang di dalam islam

2. Pemerintah muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut islam. Lihat ulasan panjang Ibnu Hajar Al Asqalaani (wafat 852h) yang mengulas shahih alimam albukhari: telah berijmak ulama-ulama fiqh bahawa wajib mentaati imam yang merampas kuasa imam sebelumnya.dan ketaatan itu disebabkan oleh usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah.

3. Jadi,kita sepakat tak setuju tindakan tentera menumpahkan darah. Mana mungkin individu bernama muslim menerima kejadian kejam seperti itu. Oleh itu,para ulama ahlussunnah yang konsisten antaranya mufti madinah syeikh soleh alsuhaimi; setelah beliau mengkritik tindakan kejam kudeta,beliau menyarankan supaya rakyat mesir pulang ke rumah ikut perintah darurat demi mengurangkan pertumpahan darah.

4. Hadis Nabi S.A.W "bila berlakunya fitnah...patahkan busur-busur panah kalian,pukullah pedang-pedang kalian di batu,lazimilah rumah-rumah kalian.." (Riwayat ahmad)

5. Maka pesan Nabi S.A.W sangatlah jelas. Baginda bencikan fitnah dan pertumpahan darah kerana itu muslim yang jiwanya bersih pasti membenci hal yang berlaku.

6. Namun, oleh kerana belum ada kekuatan, tindakan yang dilakukan hendaklah rasional. Firman Allah: "hendaklah kamu persiapkan senjata-senjata dan kenderaan perang kamu sedaya mampumu dgn itu kamu akan menakutkan musuh-musuh allah dan musuh-musuh kamu".

7. Maka,apa kekuatan rakyat mesir?batu?demo?astaghfirullah.

8. Nabi Muhammad S.A.W membina kekuatan dengan berhijrah.

9. Sebelum berhijrah,berapa ramai sahabat Nabi S.A.W dibunuh kerana memeluk islam. Sumayyah dan ahli keluarganya. Bilal diseksa. Ibnu al-art diseksa..namun apa tindakan Nabi S.A.W ????? Demo? Bakar semangat supaya semua turun dijalanan? Berperang dengan arab jahiliyyah yang kuat ketika itu???? Jawapannya tidak! Nabi S.A.W himpun kekuatan dengan berhijrah.

10. Manakala keadaan rakyat mesir pada hari ini,sudah tentu mereka tidak mampu berhijrah. Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah pulang terlebih dahulu ke rumah dan elakkan pertumpahan darah. Jika kudeta ini datang ke rumah dan cuba mengambil hak-hak mereka,maka pertahankanlah hak-hak tersebut walaupun nyawa tergadai. Tapi,sudah tentu pertumpahan darah pasti berkurang.

11. Sabda Nabi S.A.W : "sesungguhnya darah umat islam haram ditumpahkan..."

Anonymous said...

Salam,nabi saw kumpul kekuatan dgn berhijrah?politik politik...
Kekuatan x boleh datangkan tauhid,tapi tauhidlah yg akan datangkan kurnia Allah trmasuk kekuatan insyaAllah,x percaya?insyaAllah aku rasa kita semua kat sini sehat dan kuat kan?lepas ni tiap kali azan bunyi masuk waktu solat, cuba sorong badan kita yg sehat dan kuat ni g masjid,tengok bleh ke x..korang pun tau yg konsisten datang masjid biasanya org2 tua2 yg x berapa sehat je kan,maknanya kalau ada tauhid,yg x sehat dan kuat pun Allah datangkan kekuatan utk amal agama insyaAllah..yg sehat dan kuat kalau xda tauhid pun jadi x guna,kalau kita x boleh buat maknanya nabi saw g hijrah bukan pasal nak kumpul kekuatan tapi sebab menjalankan perintah Allah dan mengajak manusia2 kepada tauhidkan Allah..nampak x?halus je beza dia tapi besar maknanya insyaAllah,sama juga bila kamu kate kami terjun dlm sistem demokrasi ciptaan kafir ni sebab nak kumpul kekuatan,bila dah kuat nanti kami tegak tauhid..dah la yakin pada kekuatan,kumpul kekuatan guna jalan kafir pulak tu...bila dah berjaya br manusia2 senang ditauhidkan..lg gempak..salam n walahuaklam..

Anonymous said...

Entry ini mengambarkan hamka hanya nampak dakwah cara nabi ketuk pintu rumah, cakap lembut2 mgkin mcm vdeo Prof Dr nasoha di tluk intan tu adalah satu elemen kmestian, kalau tkde elemen ini masih tk trgolong dkwah cre nabi..zaman dh berubah bla bla Lu pun tau la huraian berikutnye..nk harap ketuk pintu rumah ke rumah d zaman Ni utk brdkwah bukanye JD lagi kemestian Kita dh ade plbagai teknologi yg boleh myebabkn dakwah Islam mnembusi ke dlm rumah Tanpa ketuk pintu,.adakala ktok mgetok pintu umh Ni mganggu Tuan rumah,..hamka juga tidak melihat isu smasa dgn kerangka yg luas Dan jelas serta seolah tk mgthui pun isu sbenar yg timbul sebaliknya hanya hanyut dgn teori sendiri yg setempat dn tk praktikal..lu hanya bsandarkan beberapa hadis dlm menyimpulkan keseluruhan isu dgn memingirkan hadis lain,melihatkan kesempitan Dan gopoh dlm mengulas sesuatu perkara

Anonymous said...

Nabi buat dakwah bukan nk sukakn org... nabi buat dakwah nk sukakan Allah...semua para anbia buat dakwah cara yg serupa... jumpa manusia..

Anonymous said...

Demonstrasi bukan sunnah... itu cara ambiga...

Anonymous said...

umat sebelum kita pon ada macam2 teknologi, dan tiap2 nabi di hantar dgn sunnah yang sama jumpa manusia cerita kebesaran Allah dan alihkan tumpuan manusia kepada yakin manfaat pada makanan, kekuatan, kesihatan, kekayaan,kuasa, ekonomi, teknologi kepada yakin manfaat hanya drpada Kudrat Allah swt. YAKIN

so adakah nabi-nabi yang diutuskan itu pikir sendiri guna akal mcmmana cara nak buat dakwah yg berkesan? atau ubah cara dakwah ikut pada teknologi dan kemajuan sesuatu zaman umat tersebut?

atau mereka melakukan cara dakwah seperti yang dikehendaki Allah swt?


ketika Musa a.s lari bersama pengikut nya dari firaun dan tentera dan tersangkut di laut merah adakah musa a.s pandai2 pi ketuk laut? tidak, Musa a.s tunggu dari perintah Allah swt. sehingga umatnya yg ketakutan dan buntu bertanya kpd Musa as

dijawab musa as , sesungguhnya Allah bersama aku, yakni Allah sentiasa bersama2 Nabi2 kerana kemulian kerja kenabian, pertolongan Allah swt dtg.

selagi kehidupan anda jauh dari sunnah dan Al-quran dan jauh sekali dahi berkerut memikirkan masalah umat, dan tak sedia bagi masa dan pengorbanan utk dakwah islam,

yakinlah anda masih terlindung dgn ribuan hijab utk mendapat hikmah dan kefahaman ilmu dari Allah swt.

radi

Anonymous said...

Marah sgt nmpaknye ni.. sila tenangkan diri ye.

Anonymous said...

Ketika terjadi kenaikan harga sahabat-sahabat r.a. bertanyakan kepada Baginda SAW:-

“Wahai Rasulallah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”

Jawab Baginda SAW;
"Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Maha Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

(1) Sesungguhnya Allah Dzat Yang Mentakdirkan Semua Harga. (Tauhid Af'al)

(2) Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang.

Rezeki, ajal maut & jodoh pertemuan adalah rahsia Allah. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali tidak akan mengganggu rezeki kita yang telah ditetapkan. Paling penting kita kena berusaha dan jangan terlalu banyak menyalahkan pihak lain semata mata. Berusaha dan bertawakal.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Surah Asy-Syuura, ayat 27)


Setiap sesuatu yang pasti sumbernya akan habis pasti akan habis. Mana mungkin harga emas hitam tersebut akan turun dalam pasaran di masa akan datang. Moga ini boleh dijadikan renungan bersama.

Anonymous said...

Assalam

Tak per...marah kerana Allah he..he..

Cryingfella

Anonymous said...

Bro Hamka, dakwah macam tabligh tu dakwah cara kuno dan sempat, dakwahlah macam PAS, hasilanya ustaz memaki hamun dan mencarut, dakwah tabligh apa ada? bercakap lemah lembut sahaja? mana class?

*Sarcasm

Anonymous said...

salam..
sistem yg bukan tauhid x boleh lahirkan tauhid,bahkan khilafah itu sendiri lahir dari tauhid,maknanya bukan khilafah yg lahirkan tauhid,kalau khilafah yg lahirkan tauhid nescaya sampai sekarang tauhid subur x kan merosot,xkan 4 sahabat je cemerlang lepas tu merosot?mereka cemerlang pasal tauhid mereka dan rakyat subur/mekar/berjaya...mereka sambung kerja nabi saw.
sistem demokrasi yg kita ramai2 terjun dgn rela hati kedalamnya dan tertipu dgnnya skrg ni dia pukul rata je, semua manusia dia tipu,termasuklah bab tauhid pun dia tipu,tapi insyaAllah yg akan berjaya dlm sistem ni ialah kafir,sebab sistem ni mereka punya hehe..yg nak niat baik nakkan hudud terpaksa tnye/bergantung pada kafir o.k.u yg duk kat wilchair dan undi2 manusia..yg niat baik nak pertahan kesucian nama Allah pulak terpaksa berpesan2 sesama manusia tunggu ramai2 depan mahkamah,tggu mahkamah putuskan Allah taala,mahkamah putuskan Allah taala?dan terpaksa gak bergantung kat undi2 manusia juga,baik penyamun baik perompak baik kafir undi dia sah nilai diperlakukan,kat mana tauhid bila Agama telah tersandar kat mahkluk?fikir2 dan renung2 dan doa2 untuk sama2 insyaAllah..
bila kafir cipta kenderaan untuk keperluan dunia x salah kamu pakai,sebab ini hal cabang,tapi bila kafir cipta 1 jalan/sistem alternatif untuk tegak tauhid,mana boleh kita pakai untuk bina tauhid,sebab ini hal pokok..kalau tauhid telah tersandar pada kuasa/kekuatan/kekayaan/awek/pakwe/harta/bla bla bla asalkan selain dari Allah,bukanlah lg ianya di panggil tauhid..
jadi sebab tu kita semua kena sambung kerja nabi saw,dakwah manusia tauhidkan Allah dgn contohan nabi saw,insyaAllah..semoga Allah beri kita sama2 kekuatan untuk dapat berlepas diri dari ketaksuban terhadap selain Allah insyaAllah..salam,walahuaklam.

MAT said...

RENTETAN demi rentetan peristiwa pahit yang menimpa negara-negara Islam seharusnya menjadi iktibar bagi golongan Haraki yang menentang pemerintah secara khasnya dan Ahli Sunnah secara umumnya.

Usaha menukar kerajaan oleh gerakan-gerakan Islam dengan menubuhkan parti dan menyertai demokrasi terbukti tidak akan membuahkan hasil yang baik.

Mungkinkah demokrasi ciptaan Yahudi menjamin kejayaan kepada Islam? Akal yang sihat akan spontan menjawab tidak!

Islam tidak akan tertegak melalui jalan demokrasi kerana ia berasaskan majoriti dan kehendak rakyat. Ulama Yaman, Syaikh Muqbil Al-Wadi’i rahimahullah berkata, “Demokrasi bermakna rakyat menghukum dirinya dengan diri sendiri.

Jika suara (majoriti) mengatakan homoseksual halal maka suara tersebut akan didahulukan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.”(Tuhfatul Mujib)

MAT said...

Apa yang berlaku di Algeria sekitar tahun 1990 turut membuktikan bahawa menukar pemerintah dengan undi juga menyebabkan mudarat yang luar biasa besar kepada Islam, negara dan rakyatnya.

Ulama Algeria, Syaikh Abdul Malik Ramadhani Al-Jazairi menceritakan secara rinci tentang pergolakan yang berlaku di negaranya dalam bukunya Madariku Al-Nadzar fi Al-Siyasah Baina Al-Tathbiqaat Al-Syar’iyyah wa Al-Infi’alat Al-Hamasiyah.

Kerajaan pada ketika itu seperti kerajaan lain pada hari ini; ada kekurangan atau ringkasnya tidak berhukum dengan Syarak. Maka gerakan-gerakan Islam di sana memilih untuk menyertai pilihanraya atas nama Barisan Penyelamat Islam.

Ditakdirkan ALLAH, Barisan Penyelamat Islam ini menang sebahagian besar kerusi dalam pilihanraya.

Namun seperti sunnatullah dan fitrahnya, kerajaan yang jatuh tidak akan tunduk dengan mudah. Ini yang dilakukan oleh pemerintah yang kalah pada masa itu.

Dia bertindak balas ke atas gerakan Islam ini di mana tokoh-tokoh gerakan Islam ini ditangkap dan dipenjara.

Hal ini menyebabkan berlaku huru hara dan keadaan tidak tenteram yang berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

Apabila ketua gerakan Islam ditangkap, pengikut-pengikutnya melakukan demonstrasi demi demonstrasi, bantahan demi bantahan hingga akhirnya kerajaan mengisytiharkan darurat dengan masuk campur tentera (sekaligus membatalkan keputusan pilihan raya).

Lebih ramai pengikut gerakan Islam ini ditangkap dan dipenjarakan sehingga lebih 10,000 orang.

Saki baki yang tidak tertangkap melarikan diri ke pergunungan dan menyiapkan tentera mereka.

Mereka kemudiannya melaungkan ‘jihad’ hingga mengakibatkan lebih banyak nyawa terkorban.

Mereka turut menyerang tentera pemerintah atas alasan pihak yang menyokong pemerintah adalah kafir. Kaum keluarga yang tidak setuju dengan perjuangan mereka juga dihukum kafir dan dibunuh.

Anonymous said...

Salam Bro;

Yang pastinya inilah tragedi akhir zaman...komen2 di atas semuanya begitu kecil/sempit nak dibandingkan dengan Ilmu Allah SWT. Pasti akan terjadi2 satu demi satu peperangan sehingga munculah penyelamat yang dinanti2kan...Al Mahdi.

Jzk

Anonymous said...

nak tanya.. dakwah cara Nabi hanya ketuk pintu rumah org je ke bro?

rasanya bnyak lagi cara yg nabi gunakan utk berdakwah selain ketuk2 pintu rumah org ni..

cara entry ni ditulis seolah-olah tuan blog nak bagi tahu dakwah cara ketuk pintu yg pling terbaik.. dakwah cara lain smuanya bida'ah dan tak mencapai level dakwah yg spatutnya.. seolah2 nak bagi tahu 'puak' yg tu punya dakwah aje yg terbaik.. dakwah cara puak2 lain semuanya tak betul dan tak ikut cara nabi..

Maaf....

~aku mohon ampun dari Allah klo aku tersilap dlam memberi pandangan~

Anonymous said...

Dakwah cara nabi tu tengokla pada kerosakan umat..kalau dah segala sudut kehidupan dah caca merba, mana boleh pakai syarah je, kena ada model dan contoh macam nabi buat. Contoh, dengan membuka Suqur Ansar, pasar Ukaz milik Yahudi Madinah gulung tikar. Nabi tak syarah pun. Tunjuk dengan perbuatan...kalau tak mampu barulah dengan lisan, dan kemudian doa. So, atas apa2 yang berlaku, kita boleh lihat sendiri. Siapa yang lebih banyak BUAT. Siapa yang banyak CAKAP. Setakat ni ramai tukang cakap je. Ada tukang buat, asyik kena ban je.

Anonymous said...

Assalamualaikum..cume nak betulkan Innalillahiwainnailaihirojiun - "sesunguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali" bukan innalillahhiwainnalilahirajioon..peringatan utk diri sendiri juga..

Anonymous said...

kpd mereka yg merendah2kan dakwah ketuk pintu..anda sepatutnya fikir baik2 yg anda sedang merendah2kan sunnah yg paling penting...seolah2 anda telah menrendah2kan seluruh DAKWAH para Nabi...

sekiranya ketuk pintu ni bukan sunnah dalam DAKWAH nescaya sy sendiri pon tak akan buat dakwah mcm tuhh..

kemuliaan dakwah secara SUNNAH terletak pada SUNNAH tersebut..bukanya terletak pada DAKWAH...

begitu jugak dengan dakwah secara ketuk pintu itu..Kemuliaan dan ketinggiannya bukan terletak pada ketuk pintu..tetapi Nabi dan seluruh Nabi2 telah tunjuki kita satu kaedah utk myebarkan agama ini dengan cara tersendiri yakni ketuk pintu jumpa manusia utk usaha atas iman serta Beriman pada Allah..dgn adab yg betul..

utk apa buat mcm tuh????..knp Nabi ajar mcm tu kpd umatnya???...Apabila kita buat ziarah pintu ke pintu dengan adab yg btul dengan bawa fikir risau yg betul,zikir yg tenang,syukur yg betul diatas nikmat islam dan sabar seperti akhlak Nabi SAW maka kesanya atas individu yg melakukanya..iman dan amal akan meningkat dan umat semakin berkasih sayang..

DAKWAH ketuk pintu ini bukanya buat dgn suka2 bro..tapi ini adalah satu perintah Allah yg terkandung dlm quran yg telah ditunjuki oleh Rasul2..sebelum kita hina dakwah Rasul2 mari kita berfikir sejenak..

Anonymous said...

Assalam

Fikir, Zikir, Syukur dan Sabar adalah intipati ketuk pintu rumah...

Fikir bagaimana setiap lelaki akil baligh di dalam kampung/taman/tempat tinggal kita dapat solah awal waktu dimana azan diazankan.

Fikir bagaimana setiap wanita didalam marhalah kita dapat menjaga solah awal waktu dan tutup aurat dengan sempurna

Fikir bgaimana boleh keluar daripada rumah-rumah orang Islm di marhalah kita anak-anak mereka hafiz/ hafizah, alim/alimah

Fikir bagimana semua orang kampung dapat masuk syurga

Sepanjang pergi ketuk pintu rumah ni...zikir subhanallah, alhamdulillah, laillahaillah, allhukhbar, minta bantuan Allah agar pertemuan dengn saudara-saudara Islam kita nanti dijirus dengn kasih sayang semata-mata kerana Allah

Pabila balik, zikir keampunan kerana banyak lagi saudara kita tak sempat jumpa, banyak akhlak kita yang tidak baik dan adap kita yang tak sempurna.

Syukur walupun saya tak layak untuk buat usaha suci murni ni namun Allah beri taufik dan hidayah untuk saya amalkan

Sabar dengan apa sahaja perkara yang berlaku sewaktu ketuk pintu rumah kerana Allah.

Ketuk pintu rumah kerana Allah, bukan kerana nak berniaga, nak derma atau nak undi sip nak jadi JKKK he..he..

Seketika berada dihadapan rumah saudara kita kerana Allah...lebih baik dripada beribadat dihadapan hajaratul aswad di malam lailatul qadar

Sepatah perkataan setahun ibadat sunat

Semua makhluk di tanah, dalam air dan di udara akan memohon keampunan bgi orang sebegini

Tak percaya???...

Sesungguhnya aku telah sampaikan Ya Rabb.

Cryingfella

Anonymous said...

salam,bila kita sampai usung badan,bawak peluh,bawak muka g ketuk pintu rumah org maknanya kita bawak sesuatu hal tu ke tahap yg penting dlm hati kita,apatah lagi hal tauhidkan Allah,memang sepatutnya begini,masakan tidak??kalo nak undi ketuk pintu,kalo nak anak dara org jadi bini kita pun kena ketuk pintu,sebab tu Allah ajar nabi saw tauhid mesti di bawak dalam cara yg paling tggi dan mulia iaitu ketuk pintu usung badan dan malukan muka..nak dapatkan anak dara org untuk jadi bini kita kena ketuk pintu,nak dapatkan undi demokrasi ciptaan kafir kena ketuk pintu..tapi hal nak dapat tauhid cakap dlm fon je dah ok?cakap dlm tv je dah ok?ckp dlm facebook n blog je dah ok?ko g la pinang anak dara org pakai facebook tengok boleh ke x haha,tau pun ckp adab nak kena jaga la bla bla bla bla,nak kene tunjuk kesungguhan demi cinta la bla bla bla..kamon la hehe..Allah Taala maha mengetahui la,xda lompong dan kelemahan dlm cara nabi saw,sebab yg mengajarnya ialah Tuhan pencipta sekalian alam,Dialah juga yg mencipta bintang2 lebih byk dari pasir dibumi..kita sape?hamba je la..dasat ke idea kita?
bak kate p.ramlee "pigi dahhh idea konon" ..hehe.salam n walahuaklam.

Anonymous said...

senang crita mcm ni la.. dakwah cara nabi tu mcm posa ramadhan
dakwah cara fbook, ceramah tv, nasyid dll tu mcm posa enam..
sempurnakan dulu yg wajib, baru buat yg sunat..

Anonymous said...

Ha.. ade ape lg nk tanye?... dh bace komen kt bwh... ape ape pon yg bg kefahaman n hidayah hnyalh Allah...sy dan tuan bykkn doa...

Anonymous said...

Alhamdulillah.. dgn beberapa penerangan drpd anonymous, sy dah mula faham serba sedikit psal dkwah ketuk pintu ni.. mgkin atas kejahilan sendiri menyebabkan sy kurg senang apabila isu dakwah ketuk2 pintu ni diutarakan..

cuma pandangan sy.. tuan blog kena lebih berhemah klo nk mmberikan sesuatu pendapat.. jgn sampai ada unsur2 kutuk, perli & merendah-rendahkan pihak lain sbb pembaca blog ni pun trdiri dri plbagai golongan & jemaah.. stiap jemaah ada cara mereka sndri dlm menyebarkan dkawah..

dan semua pun kena faham tak smua yg kita percaya dan tahu itu betul2 sempurna dan terbaik.. walaupun cara kita berbeza tpi matlamat kita tetap sama..

mcam sy, sy berpegang kpd konsep dakwah itu luas, pelbagai cara kita boleh gunakan dlm berdakwah..

sy pun masih jahil lagi.. smoga Allah memberikan lebih kefahaman kpd sy..

Anonymous said...

MB PERAK BARU2 INI KELUAR 3 HARI DIBRUNEI BERSAMA ULAMA. IKUTI LAPORAN DI http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/

-krguzari jemaah ulama+khawas ke brunei. post http://goo.gl/rC6bTG . video http://goo.gl/37AZRg .

http://kadirperak.com.my/index.php/component/content/article/77-majlis-ijtimak-ulama-di-brunei/70-majlis-ijtimak-ulama-di-brunei
-

ATAU
http://www.youtube.com/watch?v=yb11eq4A8fo

http://www.youtube.com/watch?v=eTjSmiPrGik

Anonymous said...

sama juga menulis blog dan memandu kereta. bukan dari amalan sunnah bahkan bukan daripada amalan2 para sahabat r.a

note.

hamka said...

Alhamdulillah, komen korang yang tak faham telah di jawab oleh yang faham..

nak lebih faham, cuba buat dulu dakwah cara Nabi, kemudian baca balik makna Al quran dan hadis, insyaAllah, kefahaman ilmu selepas praktikal adalah 1000 kali lebih baik dari belajar secara teori sahaja (dengar ceramah contohnya)

Aku pernah tulis bab dakwah cara Nabi beberapa bulan yang lepas, sila rujuk.

thanks.

Anonymous said...

"Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun"
Kekadang jika difikirkan dan direnungi kejadian rampasan kuasa di Mesir, membuktikan kebenaran kata-kata Syeikh Abul Hassan Ali An Nadwi, Qadhi Wazir Pakistan, Syeikh Muhammad Qutb, Abu Lurwah Al Lubnani dan lain-lain ulama sealiran mereka bahawa sistem politik demokrasi bukanlah sistem yang berdasarkan syariah dan sunnah kerana ianya tidak dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan sahabat rahum. Selama ianya bukan dari syariat selama itu ianya tidak akan boleh menaikkan Islam dan memertabatkan Islam.

Abdillah said...

Sekali baca je dah dapat point yg Tuan nak sampaikan (ajak berdakwah cara Nabi SAW).

Tapi nak komen ni sket kot :
"Tapi itu semua aku dengar dari ceramah buznama sahaja, fakta sebenar punca mereka saling kafir mengkafir dan saling bunuh membunuh di Arab sana adalah diluar pengetahuanku yang terhad.."

Elakkan mengulas sesuatu yg di luar pengetahuan anda yg terhad :)

Saya bersetuju dgn komen saudara Muadz :
"Saya banyak bersetuju dengan ulasan Hamka tentang realiti dan cabaran umat islam di Malaysia. mungkin kerana ia berlaku depan mata, dan memang kita alami sendiri. Jadi tulisan Hamka tentang ummat Islam di Malaysia benar-benar berpaksikan realiti.
Tapi,jelas Hamka masih kurang cermat dalam mengulas tentang isu umat Islam yang berlaku di luar negara.
Harapnya, kalau Hamka nak mengulas tentang sesuatu isu yang terjadi jauh dari realiti di Malaysia, pastikan kita betul-betul bersedia."


Dan jangan sekadar menyalahkan pendakwah² lain di luar sana yg tidak mengetuk pintu anda zaman bujang dulu. Allah lebih tahu siapa yang menunaikan tanggungjawab dan siapa yg tidak (sama ada sbg pendakwah mahu pun sbg seorang hamba Tuhan).

Allahu'alam. Sekadar pandangan :)

Anonymous said...

ape yg aku faham dari tulisan Hamka...dia cuma mengajak kita buat dakwah yg paling terbaik cara Rasul SAW..mmg tugas mengajak ni tugas sy dan semua org beriman..kpd yg terima Alhamdulilah...akan tetapi ade yg xnak terima xpelah Hamka xpaksa pun...mgkin hidayat atau kefahaman belum sampai lagi..jd teruskan mgajak n berdoa pd Allah swt agar Allah swt pilih kita semua..


salah dan silap tu biaselah dalam penulisan tetapi dalam surat khabar pun byk tulisan2 yg lari daripada fakta cthnya surat khabar politik..bukan setakat silap malahan fitnah dan dusta byk dlm surat khabar politik...

sebenarnya kalo kita (umat islam) kembali kpd kerja Nabi SAW buat kerja Dakwah secara SUNNAH byk masalah UMAT akan selesai.sebab itulah bg org yg melakukan kerja DAKWAH ini bersungguh2 nak suruh korang semua buat dakwah cara sunnah..tak perlu ramai2, ambik 20% cukuplah dari keseluruhan org2 islam yg buat USAHA dakwah cara Rasul SAW..insyallah masalah di palestin,mesir dan syria akan selesai dgn izin Allah...

kalo 80% org2 islam ambik kerja DAKWAH cara SUNNAH sy yakin..seluruh masalah umat islam DIDUNIA ini ALLAH akan berehkan..blom cuba blum tahu..

hamka said...

sumber tak jelas tu aku dah mengaku dalam entry, aku dengar dari Buznama..

tapi aku pelik, bila ada ustaz di mesir yang kritik ikhwan muslimin, ada ustaz di malaysia cakap ustaz mesir tu pencacai yahudi,

macam mana ustaz yang tiada di tempat kejadian lebih tahu dengan ustaz yang ada di tempat kejadian?

pelik tapi benar..

kritik pas= pencacai umno.

kritik ikhwan= pencacai yahudi.

tepuk dahi, inilah masalah bila tinggal dakwah cara Nabi, senang nak lebel dan kafirkan orang lalu bergaduh sama sendiri, bila nasihat, dikatanya dakwah cara Nabi kuno.., astarfirullah..

Anonymous said...

Ostad tabligh pun racism apa kes? Sampai tak nak terima pandangan ostad lain. Tak nak pergi kuliah ustaz lain. Rasa ostad depa paling bagus. *situasi di kolej tempat belajar


Tapi kan memang zaman nabi takde politik ke? Politik tu memang bukan cara nabi ke? Bukan time zaman nabi ada organisasi menteri2 juga ke? *ni bukan sarkastik,betul2 tanya

Ostad tabligh dok ajak ostad ameno pembangkang ketuk pintu,sebaliknya ostad ameno pembangkang dok ajak ostad tabligh cakna ambil tempat dlm politik. Tapi dua2 tak jalan. Dua kali lima je. Apa guna jadi ostad macam tu? Tak kira laa puak mana pun

kan bagus kalau ostad tabligh ambil tempat dlm politik,takde laa korupsi sana sini,ketuk pintu parlimen betulkan mana yg salah,ajak secara lembut. Ni tak,bila yg tak berilmu jadi pemimpin,dan yg berilmu lak tak nak masuk campur hal duniawi selain dok fikir umat.macam ni laa jadi

Anonymous said...

serba salah org Islam Malaysia jelas kelihatan. ada saja yg tidak dipuaskan. masih tidak mahu blapang dada dgn pendapat org lain. kisah Mesir biarlah dgn kisah Mesir. kerana kalau anlian dgr cerita daripada 5 penduduk asal Mesir pun anlian akan mendapat 5 cerita berbeza.

realiti Malaysia kini akan sama dgn Mesir bila terlalu banyak perbezaan pendapat dan sifat tidak mahu berlapang dada dgn idea org. kalau tidak suka pemimpin, silakan masuk ke arena arus politik. kumpul semua bala tentera dan jatuhkan pemimpin tersebut ketika perhimpuan parti. idea seperti ini sudah adakan di kepala?... jawapan KLISE lagi dungu... kami ini hanya kaum marhaen!

lantas, komentar anlian hanya kedengaran seperti kurap di hati kerana anlian hanya pandai melontarkan kata2 kritik tapi tidak disertakan dgn tindakan susulan. jgn hanya mahu memprotes tanpa fakta, kerana ibaratnya omongan anlian hanya bak pepatah lama BAGAI ANJING MENYALAK BUKIT.
akalnya layak diletakkan di anu...

MAT said...

orang tabligh selalu lepas solat, bangkit dan tinggalkan majlis ilmu, cuba contohi umno dan pas, kami selepas solat tidak tinggalkan majlis ilmu, kerana kami lebih selesa solat di rumah.

ps: bukan semua, tapi majoriti. peace.

Anonymous said...

Jangan samakan Mesir dengan Malaysia. Jangan sesekali mengatakan malang yg menimpa rakyat Mesir itu berpunca daripada mereka sendiri. Saya pernah tinggal di Mesir selama 4 tahun dan melihat sendiri bagaimana kuku besi rejim Mubarak mencengkam rakyat sehingga ke tulang temulang mereka pun sukar bergerak. Sedap betul kita bercakap mengata mereka, sedangkan mereka ingin bersuara sedikit pun, mereka terpaksa membayarnya dengan nyawa. Sebelum revolusi, berpuluh2 thn rakyat Mesir tidak dpt berhimpun ramai sedikit, tidak dpt bersuara sikit pun. Mereka akan segera di tangkap. Anjing kerajaan ada di mana2. Kalau kalian ke mesir, kalian akan dapat melihat org tidak berumah di mana2 saja, gelandangan di mana2 pun ada... sukarnya mrk hidup di Negara sendiri, zionis terus merancang kemusnahan ke atas umat Islam, sedang kita senang saja melabel mrk dgn bermacam2 tuduhan melulu... saya sedih sbb saya pernah hidup dikalangan mrk dan melihat sendiri penderitaan mrk...

Anonymous said...

Blog ni bg tau supaya kite (kat malaysia )ni selalu mnjalinkn silaturrahim sesama islam..jgn gadoh2 hal yg kecik pun.. cari titik prsamaan antara kita.. dan ajak kpd cara yg betul iaitu kehidupan nabi saw...itu je..

hamka said...

betulbetulbetul

Pengembara99 said...

Salam abg hamka.apa yg tuan tulis mengenai keadaan politik di malaysia sy sangat setuju.tp hati-hati menulis mengenai keadaan umat Islam di syria,mesir,palestin dan lain-lain.lebih baik kt jangan tulis apa yg kt kurang pengetahuan mengenainya.
- Apa yg penting ialah kita istiqamah buat usaha atas iman dan amal. -karkun sabah...

hamka said...

ok note.