Jun 25, 2013

Laki kau minat Rock tak?

(Kisah laki bini: dalam duniaku yang aman, mereka panggil aku Ustaz Rock)

Abang dibesarkan dizaman rock kapak,di mana orang muda pakat-pakat pakai seluar ketat, pergi sekolah pun pakai seluar ketat, nak sarung bukan main susah.., nak senteng pun tidak boleh, lagi bagus budak-budak haru biru zaman sekarang, remaja pakat-pakat pakai seluar longgar, senang nak senteng untuk ambik wudhu dan sembahyang.., Alhamdulillah..

Di zaman rock kapak dahulu, siapa yang ada rambut mengerbang macam puntianak dikira hensem, di tambah dahi berjambul dan rambut belakang mesti mau panjang.., kalau boleh cecah bontot.., ntah apa-apantah?

Ketika itu juga abang jadi apa ke jadah ntah?, ikat salah satu peha abang dengan sapu tangan yang biasa koboi pakai di tengkuk, apa motif sebenar abang tidak tahu, ramai pula yang pakai macam ini.. kira rock habis, konon brutal ikat paha, ikat rambur, seluar corak harimau dan logo tengkorak di baju T shirt tapi lagu..huh! jiwang habis, muka brutal tapi hati legend, bila menyanyi lagu slow rock.., sudah menjadi Mat jiwang karat tangkap leleh lantas menyanyi lagu cinta mendayu dayu, adohai…

Maka muncullah lagu rock memuja nama perempuan seperti Ana,Farhana, Isabela, Junaidah, Kamelia,Laila, Latifah,Monalisa, Maria, Meh Wa, Maizo, Nurnilamsari, Nazra, Nafisa, Nabila, Nina, Nigina, Nirmala, Rozana, Ratna, Sufi, Seri, Sabangra, Shakila, Sakinah,Tiara, Wati, Zakiah, dan Fiona. (ops, ini lagu rap)

Tajuk lagu pula usah cakap lah, C.I.N.T.A.N, Cinta Perumahan Tasik Selatan, Cinta di Kubur Rashidah, Sebotol bedak Sabangra di padang Sahara, Cinta Suci dalam Bekas Berdebu, Bermadu di langit haru biru, Berenang lautan api neraka, Ambil Kapak Belah dada Tanda Cinta, Cinta kopi dangdut golek sampai mati (ops, ini bukan) dan apa apa lagilah..

Abang jadi mamat rock adalah kerana faktor persekitaran masa kecik, maklumlah semua bapak saudara, sepupu, jiran, dan kawan kawan layan lagu rock, jadi abang waktu sekolah rendah, sudah hafal semua lagu ‘wings’ dalam album ‘belenggu irama’, ‘Hukum karma, dan ‘Teori domino’ termasuk “Bazooka Penaka”. 

Abang juga hafal semua lagu polular Scorpions dan beberapa lagu rock yang popular dizaman itu terutama yang layak ke final Juara Lagu.

Album pertama abang beli dengan duit sendiri waktu habis darjah enam, original kaset XPDC album pertama berjudul “darjah satu”, lepas tu abang layan semua album XPDC, termsuk “timur barat”, “kita peng-yu”, “brutal” sehinggalah Mael meninggalkan XPDC diganti dengan Ali. Terus abang tak beli lagi album mereka, adohai..

Disekolah menengah, cita rasa muzik abang berubah pula, sebab abang ada berkawan dengan budak budak rap, jadi rappers sekejap, seluar jadi besar, pakai topi terbalik, dan macam macam lagilah, nasib baik tak gantung CD ditengkuk, atau pakai seluar terbalik, sempat hafal jugalah lagu rap dari Kriss Kross, Vanilla Ice.

Di sepanjang zaman itu juga, abang folllow Micheal jakson dengan irama popnya..

Hujung sekolah menengah, di asrama, abang berkawan dengan geng metal, masa tu baru abang kenal Metalicca, Cromok dan lain-lain band, minat belajar main gitar mulai timbul…

Habis belajar, sempat kerja kilang, berkawan lagi dengan peminat muzik tegar Metalicca, Cromok dan XPDC, abang pun ikut sama jamming dan pergi konsert.

“Kesimpulannya, Band metal temptan terbaik bagi abang adalah Cromok, dan Band Rock tempatan terbaik bagi abang adalah XPDC, apa pendapat awak tentang minat abang pada muzik dari sepanjang kisah ini?”

Tanya aku pada bini setelah menceritakan kisah aku, lagu dan kenangan. Jawab bini:

“Teruknya pilihan lagu abang..”

Adohai…


Ps: Selepas kahwin, aku kembali menjadi Mat rock cintan kerana bini akupun minat rock cintan. Ada ada sajer kisah laki bini, ini semua Poyo!!

26 comments:

zuber mokhtar said...

first.. cucu wak tadi

zuber mokhtar said...

first... yeah!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

err..cam pernah baca jer sblm ni. tp bukan kat blog ni..
dah post kat fb kn aritu..hihihi

-Mawar Putih-

alfindani said...

Suara tak rock langsung! haha

Anonymous said...

aku dulu minat jamming yg tahap tegar,may keats hingga sistem of a down,may kebawah x main,disamping aku juga minat pas dan benci umno ditahap tegar sehingga aku x boleh tengok muka pimpinan tggi umno dlm tv,aku rasa mcm nak pecahkan tv,kdg2 2 saja wat lagu sendiri,lirik balun pemerintah dlm bahasa yg amat seni huhu,konon2 iwan falls la,tapi susasana perasaan dan fikir aku berubah lepas aku berkawan dgn seorang senior karkun,aku hilang selera kat muzik dgn beransur2,gitar pun dah jual,aku hilang cinta pada pas tapi x membencinya aku hilang benci pada umno tapi x mencintainya insyaAllah..Alhamdulillah.

Anonymous said...

Assalam

Setuju Cromok terbaik. Lagu tema pembukaan dan penutup pesta konvo UKM...satu masa dahulu...he..he..

I don't belong here
Another You

Hamka...aku sayang kau!

Khalid

Hamka said...

zuber mokhtar

tahniah cucu wakdi, adohai..

----------
-Mawar Putih-

Ada pembaca blog yang takde FB, karang ralat pulak.., hihi.., lagipun aku nak redakan komen kat entry vaksin. Hu hu..

-----------
alfindani

Tak rock?, cuba layan ini:

http://www.youtube.com/watch?v=mLZRvt91RwY

-----------
Khalid

Terima kasih, setuju dari kejauhan...

cinta said...

~aaapa punya bahalol dia~
~kaaasi org pijak kepala~
~org putih sudah balik~
~kini tgl yg hitam putih~
~lalala~

rock x? hee..

Hamka said...

Rock Oooo

EL MARIACHI said...

rock alternative 90an...

Azri said...

zzzzzzzzzzz....kalau aku dengar lagu2 ni bini aku bising...die takut anak aku terpengaruh dgn abi nye..hahahahaha.

Azri said...

zzzzzzzzzzz....kalau aku dengar lagu2 ni bini aku bising...die takut anak aku terpengaruh dgn abi nye..hahahahaha.

Hamka said...

:)

Anonymous said...

Dibesarkan di akhir zaman rock..

anakjaiman said...

aku pernah bagitahu mak, aku hanya terima lelaki yg ada agama dan mesti rock. Mak aku anti sangat dengan taste aku (suka mat rock). - ayat macam hot, tapi doa jelah kan kot-kot tuhan kata okay, dapatlah! hihi

Anonymous said...

Assalam

Tak rocklah doa macam tu...
Hadrat Ummul Mukminin Aishah raha. pernah tanya Nabi saw. (lebih kurang)klu jumpa lailatulqadar nk doa ape? Nabi saw jawab lebih kurang, mohonlah keampunan.

*Bila kita dapat keampunan Allah,maka kita akan dapat segala-galanya. Suami, isteri, anak-anak....semuanya hanya sementara.

Eh..eh..aku rock juga. Woha!
Selamat Menyambut Ramadhan

Life is a joke

nizamuddin ahmad said...

aku punya perjalanan minat muzik panjang sampai sempat keluar 2 buku. adohai. tapi akhir tahun ni ingat nak gantung bass. lepas raya tahun ni dapat offer main ngan OAG. hmm...aku nak berhenti sbb anak dah nak masuk 2 tahun. kalau pergi gig tu kuar tgh hari kul 1 pagi baru balik rumah. lagipun nk jadi contoh yang baik pada anak aku. nak tunjuk ayahnya ke surau tiap waktu, pergi usrah dan berukhwah, dan akan ajar dia ngaji tiap malam aje. juga nak suruh isteri berubah macam isteri hamka. tudung labuh dan berstoking. susahnya...ok tak?

kawan-kawan usrah tengok gambar aku gi gig kat FB pun rasa segan. woha!

terima kasih hamka.

Anonymous said...

Cuba rap skit.. Someone tries to ryhme but they cant ryhme like this!! Kriss kross pakai baju terbalik.

Anonymous said...

oh aku terlalu bodoh untuk memahami, jadi aku faham begini 'Rock adalah adalah permata yang hilang'

Ibnu Hatari said...

waseh.. ramai karkun2 nih bekas peminat rock yg tegar...

lain pulak aku..environment zaman 94 aku terjebak dgn skateboard,n dlm masa yg sama aku menjadi fanatic rap/hiphop mostly from eastcoast american, ...wutang clan, blackmoon, nas, biggie small, gangstarr, hieroglypic, dilated peoples, jurassic 5 n bnyk lagi..

bile dah pandai berkawan dgn awek2 ni, aku sangkut pulak dgn rnb..zaman tu kalo sebut destiny childs, r kelly, missy elliot, d angelo, mmg top la..heheh

masok tahun 2002, aku ke manchester, instead of indie music aku sangkut benar dgn scene electronica, liquid funk n breaks kat sana.. housemate aku rata2nya mat saleh, n aku sorang je melayu. 2org dpd mat saleh2 kat hostel aku duduk tu part time dj n buat sound engineering...hidup terbalik la kejab, pasal tiap2 hari diorgnih suka buat house party. n 2 org budak ni la member baik aku time kat sana, sampai skarang.. moga Allah kurniakan mereka nih hidayat..


sampai skarang cd2 lagu n vinyl yg aku dgr sejak 94-2005, aku simpan kat almari 3 tingkat..fuh penuh.. boleh buat record shop library.. nak jual, tapi sayang.. eheh

well even tho music collection aku banyak, tapi aku nyesal kenangkan diri dulu menjadi music fanatic..

dpd pengalaman aku, mmg music nih secara halus merupakan satu medium utk manusia dirosakkan tanpa disedari..

kalo boleh jgn dgr music, akibatnya nak hafal doa pun susah, dulu kecik2 khatam quran, tapi dah tua ni baca alquran pun lintang pukang..

haihai..

Lenggang Kangkung said...

ini lagi favorite suami saya. ish.. ish.. ish..

http://www.youtube.com/watch?v=_yHJBDeshPA&feature=share&list=FLdhT4ym2VFyiGWJoqaFKGag

Annakholat Atastokhdevishizar said...

Kebanyakan lagu dan artis yg ko citer tu semua aku minat dan selalu aku layan... Even sampai skrg pun.

Kira pilihan lagu aku teruk juga la ye? Hahaha

Hamka said...

cinta

Rambut aku panjang dia kata jembalang, seluar aku ketat, seluar dia bell-bottom, adohai..

------------
EL MARIACHI

Sendiri aku terus di ransang ke langit sedang biru

-----------
Azri

Biarlah dunia beredar, rentak sama kita berlari,

----------
anakjaiman

warnanya serupa, namun ianya tidak sekata, sememang banyak bezanya..

----------
Life is a joke

Gelora nasibku di tengah lautan, adohai saujana..

--------------
nizamuddin ahmad

Budak under age dah pandai ke kelab joget. Kan lebih baik kita bawa dia ke masjid.

------------
Anonymous

Cause I'm the miggida miggida miggida Mac Daddy, the Miggida miggida miggida Mac

------------
Ibnu Hatari

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trust in who we are
And nothing else matters

------------
Lenggang Kangkung

What I've felt
What I've known
Never shined through in what I've shown
Never be
Never see
Won't see what might have been
What I've felt
What I've known
Never shined through in what I've shown
Never free
Never me
So I dub thee UNFORGIVEN

-------------
Annakholat Atastokhdevishizar

Perasaanku terganggu, malam penuh dengan bintang..

(PS: semua jawapan komen aku tu lirik lagu, cuba teka kalu handal, adohai..)

anuar said...

Tuan, ini 2 artikel yang tersangat menarik tentang politik nabi/
Politik dakwah

http://www.malaysiakini.com/news/158332

http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/06/sudut-pandang-azman-husin-erti.html

antara petikan..
Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah.

.....Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah
.....Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan politik.Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.

.....

Mohd Islam said...

Assalamualaikum,

Kenapa biarkan laman web dan blog anda yang baik dan berpotensi ini tidak diketahui orang?

Sebarkan dan tambah pengunjung dengan bertukar iklan laman web di

Produk Muslim Ads Network

Baru dilancarkan.. Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...

Terima kasih

Hamka said...

anuar, bagus tulisan dia, aku mungkin akan copy paste kat blog nanti..

kesimpulan:

Politik Nabi buat usaha 'imunisasi'
Politik Yahudi buat usaha 'kuaratin'..

Adohai..