Jun 11, 2013

Apa ada pada Israq dan Mikraj?

(Jika ada salah cerita aku, sila betulkan di ruang komen, nanti aku edit balik, sama sama kita belajar...)

Salam Hamka, tolong jawab soalan Hamba Allah di bawah, kesian dia:

Hamka said:

Aku  mintak maaf jika soalan ini sudah ada orang PAS jawab kepada YB yang bertanya, sebab israk mikraj ni disambut setiap tahun, bukan 30 tahun sekali, sepatutnya YB atau orang lain dah tahu lama kisah ni sebab semua ustaz tahu, termasuk ustaz PAS dan UMNO, malahan aku rasa artis seperti Abby abadi, Bob Lokman, dan pelakon Leftenan Adnan tu pun tahu kisah israk dan mikraj ini, tapi mungkin YB yang bertanya perasan sibuk hingga baru dengar kisah Nabi naik ulang alik jumpa Allah, dan baru rasa nak tanya dengan Twiiter kepada seluruh rakyat malaysia.

Aku tak tahu sama ada YB sendiri yang hantar atau mungkin anak YB yang pinjam akaun tweet beliau, atau mungkin ini fitnah dari orang yang tidak suka kepada YB, aku cuba sangka baik,
Tapi takpelah, dah korang panjangkan soalan jenis bermusim ini kepada aku, rasa tak best pulak jika aku tangguh lama sangat, maka aku cerita sepintas lalu kepada mereka yang baru tahu kisah Nabi Muhammad SAW naik ke langit dengan pantas dan ulang alik jumpa Allah.

Begini kisahnya..

(masukkan intro muzik ala ala arab di sini)

Kisah ni dah lama, 1400 tahun yang lalu...

Ketika Nabi sedih tengok bangsa dia buat dosa dan kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan (masukkan segala jenis jenayah yang terlitas di fikiran korang). Maka Nabi Muhammad SAW telah menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.

Lalu datanglah malaikat jibrail a.s wakil kepada Tuhan memberi jalan penyelesan kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia sorang demi sorang.

Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah (susah), Nabi kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi nuh dakwah cara macam ni selama 950 tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah namrud cara macam ni pun gagal.

Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi  Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi kita berjaya ikut perintah Allah.

10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.

Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling Nabi sayang, telah meninggal dunia. Pertama, Abu Talib selaku  pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau akan masuk neraka selamanya, aku pun sedih jika orang yang aku sayang, mati masuk neraka.., adohai..

Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?

Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati, maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.

Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan nabi telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.

Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala baginda.

Korang pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang meihat shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.

Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab: aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi menjawab malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.

Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan kekuatan 7 petala langit yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib dan yakin yang betul.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,

Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.

Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.

Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW  bersama beberapa orang pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.

Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai..

Bagi mereka yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi naik ulang alik jumpa Allah?'  Maka jika di umur senja korang beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5 waktu? Adohai..

Akhir kata,  orang kapir memang tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.

Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.

Sekian terima kasih.

Ps; Semoga jawapan yang ringkas ini memuaskan Twiiter semua pihak, tutup majlis dengan tasbih kafarah.


( Rujukan: Buznama dan Sahih Bukhari Book: 59, Hadith: 3207)

35 comments:

mrwn said...

terima kasih kerana berkongsi :) at least ada bunyi cerita yang lain sikit, da macam ala2 Ustaz Don pun ada

Rusydee Artz said...

Tersentuh hati :) Me-meltingkan hati ini dengan cerita Nabi s.a.w.

Thanks Abang Hamka. Harap jgn jadi mayat sebelum aku ambil ibrah dari hang. Doakan hang panjang umur. Amin.

Pendekar Berkuda said...

aku benci !
kenapa masih ada manusia yang macam NIzar ni?

"Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar."

- aku memang makhluk yang rugi...di antaranya aku bukanlah insan yang beramal soleh dan berpesan dengan sabar... doakan aku hamka !

Anonymous said...

Umur 50tahun kene baling batu. X leh bayang aku siot...

Shaari said...

agak samdol soalan beliau.

tapi kebaikannya, banyak ilmu aku dapat lepas baca entry ni. Alhamdulillah.

aku_ein said...

Ramai orang Islam, tapi xramai orang yang beriman.

Seorang ustaz sampaikan pada aku, kalau kita mengucap 2 kalimah, sembahyang, puasa, zakat dan tunaikan haji, maka kita islam..tapi kalau kita xpercaya/xberiktikad dalam hati tentang Allah, nabi2, malaikat, kitab2, hari akhirat n qada' dan qadar, maka gugur Islam kita..

Sekarang ramai yang kata .."aku pun semayang, pose bla bla bla jugak, so aku pun islam gak"..tapi pada masa yang sama menolak rukun iman sama ada semua atau salah satu atau xpercaya/kurang percaya salah satu..Islam apa yang dibawa/dianuti kalau macam tu..

Tentang YB ni, aku pun xtau sama ada dia tulis sendiri, orang hack atau ada orang salah guna, macam Hamka, aku fikir positif..harap bukan dia yang tulis..tapi kalau betul dia yang tulis, mohon orang PAS tarbiahkan dia..dan mohon dia gi kuliah jumaat setiap pagi kat KB, lagi bagus kalau dapat setiap hari lepas maghrib kat mana2 masjid yang ada wat kuliah..kalau xde masa, beli je buku, baca..belambak kat kedai buku..

Karaakun said...

Bilal masjid da bang...

Fahmi Ismail said...

Salam. Saudara Hamka boleh tolong ulas pasal penulisan "OutSyed the Box" tentang Isra' Mikraj tak? http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/06/low-and-moderate-level-thinking.html

WanBeruas said...

Muzik latar Ron Goodwin Orchestra memang sesuai...

Anonymous said...

sob...sob...aku kena muhasabah diri. Sesungguhnya percaya kepada perkara sam'iyyat dan ghaib itu adalah sebahagian dari iman

nawarzara said...

Abang mayat, eh silaps, abang kereta mayat, sebenarnya orang2 kafir ramai yang percaya peristiwa ni, seriyesly, masa saya di eropah dulu, ramai orang2 sana bersembang dengan kami tentang peritiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman rasulullah, cuma hati mereka belum betul-betul terbuka nak peluk islam. Cuma yang sodihnya bila orang yang dah dilahirkan islam, tp ragu-ragu nak terima penjelasan yang memang dah termaktub dr dulu lagi, mereka menidakkan sirah nabi dan mempersendakan golongan al-amin ni. tak kisah lah sesape yang tulis, aku pown x tahu dia YB or YT, or orang yang menyamar jd YB, tp x sepatutnya mempertikaikan menda-menda camni...

Carlos Santiago said...

Susahnya nabi berdakwah ketika itu. tak boleh bayangkan.

Anonymous said...

Nabi saw telah jumpa rakan seperjuagan di dlm syurga...bro hamka,bila nak "jumpa" rakan seperjuangan di fb(group "RAKAN EPERJUANGAN")...?



IBNU SYIHAB

Anonymous said...

Hamka : 10km lbh krg dibaling batu bkn 1km

TheInsider said...

salam..


aku fikir begini. dia bertanya bukan sebab tidak tahu. tapi sebenarnya ingin memberitahu orang lain dengan cara berhikmah.apabila bertanya, akan ada yang menjawab, bila ada yang menjawab akan berlaku transaksi ilmu.

Anonymous said...

sedikit pembetulan fakta. Nabi berdakwah 13 tahun di Mekah kemudian hijrah dan 10 tahun terakhir di Madinah.

Anonymous said...

Paling lawak ialah..depan sultan,si Nizar ni selamba kata "mohon sembah derhaka".. dan orang PAS masih lagi mengiktiraf dia sebagai pemimpin...

Hamka said...

Jawab mana sempat:

-------------
Fahmi Ismail

Aku dah baca, beliau berbakat munulis dengan panjang tapi tak boring, ..

------------
Anonymous : bro hamka,bila nak "jumpa" rakan seperjuangan di fb(group "RAKAN EPERJUANGAN")...?

(Aku ingatkan korang nak ajak jumpa di istimak ke apa, adohai..)

-----------
IBNU SYIHAB

Boleh bagi link fakta tentang 10 km? Aku dengar ada yang cakap 4 km, ada yang cakap 1km, aku ambik yang terendah kerana tak nak terlalu over.

-----------
Anonymous

sedikit pembetulan fakta. Nabi berdakwah 13 tahun di Mekah kemudian hijrah dan 10 tahun terakhir di Madinah.]

(ok, nanti aku betulkan)

Anonymous said...

Moulana tariq jamil bayan di lontar batu sejauh 6 batu: 10km,tiap batu yg mengenai tubuh suci rasulullah saw menyebabkan luka.

detective nie said...

tertarik dengan comment..dilontar batu 10KM? adakah sepanjang 10KM atau batu itu dilontar sehingga jarak 10KM, minta penjelasan kerana 10KM kelihatann tidak lojik kerana jarak keberkesanan m16 adalah sekadar 2KM sahaja, cam pelik, tp kalau betul minta maaf.

untuk hamka, teruskan mengharukan manusia supaya kita sama2 dapat manfaat daripadanya..

asyraf muda said...

kata Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya), kelajuan buroq yang ditunggani Nabi SAW adalah sejauh mana pandangan buroq itu, dan itulah langkah pertama. Wallahu'alam

Anonymous said...

pertanyaan terbaik dari yang terbaik.. Fuuhhh... tapi jelas nama tnguk sikit aja.. memang nama melayu tapi jelas bukan agama Islam. Kalupun islam besar kemungkinan islam syiah. mukin guna nama melayu islam aja...

ovechkin said...

sebakk oi !

selawat keatas nabi muhammad saw.

ummati ummati ummati.
aduhai. kalau baca time taklim kisah dakwah nabi saw, abu bakar, umar, abu dzar ranhum mesti rabak mata nangis.

Hamka said...

eh, aku dah potong nama dia, dah padam gambar dia, tapi korang masih tahu jugak?

oh...

kakayaya said...

ada 3 gambar n ada 3 nama..
lepas padam tinggalkan klue ..
ha ha ha

Anonymous said...

Salam Meka,

Aku pong bace gak outsyed the box.
Memula cam ok. smpi la aku jumpe post nie.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/06/nak-bau-macam-kentt-arab.html

Xtau nk ckp pe.
Ko ckp berbakat n xboring. Aku pn try la bace tgk.
makin stress aderla aku baca.

Azri said...

salam hamka..aku nak tanya ni.apa pendapat kau tentang vaksin baby.boleh bagi pencerahan x? aku konfius lah..

http://mindaahad.wordpress.com/2013/01/30/kanak-kanak-yang-tidak-disuntik-vaksin-lebih-sihat/

http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

http://mindaahad.wordpress.com/2011/04/15/bahaya-suntikan-vaksin-hpv/

http://mindaahad.wordpress.com/2012/04/21/kesan-kesan-suntikan-vaksinasi-terhadap-kanak-kanak/

ni sebahagian link...aku pun dah pening baca benda ni..zaman nabi dan sahabat r.a. xde pun vaksin2 ni...

Azri said...

salam hamka..aku nak tanya ni.apa pendapat kau tentang vaksin baby.boleh bagi pencerahan x? aku konfius lah..

http://mindaahad.wordpress.com/2013/01/30/kanak-kanak-yang-tidak-disuntik-vaksin-lebih-sihat/

http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

http://mindaahad.wordpress.com/2011/04/15/bahaya-suntikan-vaksin-hpv/

http://mindaahad.wordpress.com/2012/04/21/kesan-kesan-suntikan-vaksinasi-terhadap-kanak-kanak/

ni sebahagian link...aku pun dah pening baca benda ni..zaman nabi dan sahabat r.a. xde pun vaksin2 ni...

Hamka said...

azri.., aku dah jawab, rujuk entry twerbaru. ha ha ha

Hamka said...

outsyed the box tak boring sebab walaupun dia pro umno, tapi selamba kutuk pempinan umno yang tak betul..

tapi blog pembakang boring nak mampus sebab tak de yang nak kutuk pempinan mereka yang salah, malahan siap back up pula salah puak mereka, politik sempit sungguh blogger macam tu, macai politik, hampeh

Azri said...

terima kasih kerana menjawab..syukran jazilan...jazakAllah

Maryam said...

maaf, hamka.
saya rasa term hijrah ke taif tu tak kena. sebab misi hijrah sepanjang dakwah nabi cuma tiga kali. 2 ke habsyah dan satu ke madinah (final).

Hamka said...

kau salah, hijarh ada 3.

hijrah habsyah, terima tapi tak bantu, takde kemajuan agama di sana.

hijrah taif, tak terima dan tak bantu, malakat offer nak terbalikan bumu.

hijarh madinah, di terima dan di bantu, maka menjadi tenpat mulia hingga hari ini.

Anonymous said...

Pada ketika inilah solat difardhukan..Walaupon bermula dari 50 waktu, berkurangan menjadi hanya 5..Tetapi..amanah solat sebenar benarnya tiada beza dgn umat terdahulu..Kerana..sepatutnya..mengingati Dia itu adalah 24 jam sehari semalam..

Anonymous said...

yess last.