May 7, 2013

Lain kalilah? Kenapa PAS 'kalah'?


("Kalimah yang popular di ulang ulang; 'ini kali lah' dan  'lain kali lah'.. sedangkan kalimah yang paling afdal di ulang ulang adalah 'laailaha illallah..'-azharjaafar)

PAS kalah lagi, nasihat aku ikutlah nasihat yang di petik dari FB orang pas yang faham ugama:

Copy/paste:

Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.

Dengan tenang beliau menjawab,: "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul".  Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?

End copy paste.

Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..

Pendapat aku kenapa ‘perjuangan islam’ kalah:

1)            Orang sokong pas ramai tak solat jemaah, macam mana islam nak menang, jika aku tegur, di tuduh macai umno, adohai....

2)            Indicator perjuangan islam bukan 5 tahun sekali, indicator yang sepatutnya, 5 kali setiap hari, cuba tanya semalam solat 5 waktu awal waktu tak? kat masjid tak? khyusuk tak? tak paham paham lagi?, lepas tu doa bala dengan perasan Allah dekat dengan kita, adohai..., buat malu parti so call islamik jer jika ugama kita sokong tapi tak dokong.., hampeh.

3)            Hudud di perjuang tapi takde dalam manifesto, hudud di perjuang tapi solat tak diperjuang, Nabi naik ke langit ambik hukum hudud ke hukum solat? aku tahu hudud penting tapi solat lagi penting, nampak sangat jihad gantung bendera tak ada tarbiah, sebab selamba tinggal solat jemaah, argg, naik syeikh pulak aku ni-woha!
4)            Allah yang menangkan UMNO, Allah yang kalahkah PAS, masa untuk muhasabah diri, kenapa Allah tak tolong PAS? jawapan dah diberi oleh ustaz azhar idrus di atas, harap paham dan tolonglah jadil pandai.

5)            Ulamak bukan Tuan guru Nik aziz sahaja, beliau belajar di india, lepas beliau belajar adakah madrasah tutup? Kemana pergi class mate beliau? Ke mana pergi ulamak senior dan junior beliau?, ini bermakana bukan semua ulamak duduk dalam PAS. Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasii ni sama dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.

6)            Ramai pengikut Pas gagal ikut sunnah Para Sahabat ranhum dalam menghadapi pemimpin zalim seperti Hajjaj bin Yusuf. Caci maki, fitnah, dan buat lawak dengan serang peribadi bukanlah cara islam, Check!

7)            Perjuangan PAS guna cara politik demokrasi, di ijtihad kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim,dan dan aku juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat atas sistem negara demokrasi,tapi aku tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar, so adalah salah bila anggap inilah satu satunya jalan jihad. Adohai... 

8)            Hentikanlah kafir mengkafir, solat tak di terima dan lain lain fatwa kaum kera kerana tak ada dalil direct mengatakan masuk neraka kalau tak mengundi atau tak ikut perjuangan parti,tapi conferm masuk neraka orang yang tak solat,puasa dan lain-lain. Sila take note.

9)            Cuba renung dalam dalam dan tarik nafas dan akuilah bahawa Islam tidak akan tertegak dengan sistem demokrasi, panjang jika nak tulis bab ni..

10)         Ramai orang Pas mengaku berjihad sekatat kempen kat FB atau whatsapp, .. mana cukup upload gambar jalan rosak.. mana cukup upload gambar rosmah mansur.. ect ect ect..,  media arus perdana dikuasai BN.., orang kampung takde internet, nak berdakwah kena guna jalan betul.. jangan berat bontot nak jumpa masyarakat.. nama calon wakil rakyat, tapi rakyat tak kenal.. cuma tunjuk muka masa penamaan calon.. dakwah jauh sekali.., dah tau ramai melayu fobia dengan PAS, sorok dulu politik masa berdakwah.., guna cara pendekatan akhlak terpuji macam Nabi, baru ada mirip sunnah.., tak paham paham lagi?

11)         cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi bila Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli parti, nabi siasat dulu, malahan Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina, video besi tak boleh jadi saksi, tapi jika umno buat silap, tak ada bukti terus sebar, itulah budaya politik sempit yang memalukan islam..

12)         Nak menang politik, jangan cipta banyak musuh, korang cakap polis sebagai anjing kerajaan, sedangkan polis mengundi, bini polis mengundi, anak beranak polis mengundi, lepas tu korang cakap askar sandiwara berperang, sedangkan askar  mengundi, bini askar mengundi, anak beranak askar mengundi, lepas tu korang nak tutup lynas, sedangkan pekerja lynas mengundi, bini pekerja lynas mengundi, anak beranak pekerja lynas  mengundi, lepas tu korang nak tutup tol, nak tutup proton, nak hapus AES, nak hapus PTPTN sedangkan semua pihak tu mengundi, bini mereka mengundi, anak mereka mengundi.., arghh, pilikrlah sendiri..

13)         Jangan jadi bodoh buang masa pasang bendera tinggi, bendera besar, bendera banyak, lepas tu berjaga siang malam sedangkan orang mengundi bukan sebab bendera, membazir saudara syaitan..

14)         Saidina Umar bila ada jemaah islam kalah perang, beliau akan suruh semak apakah sunnah Nabi yang jemaah itu tak buat, bila di semak, ternyata solat jemaah tak lurus, bila lurus baru menang, cuba check kitab sejarah..

15)         So,  yang utama aku nak komplen adalah bab solat berjemaah, ramai lagi orang PAS fail jaga solat jemaah, sedangkan dengan menjaga solat jemaah, barulah pertolongan Allah itu bersama kita, insyaAllah, ternyata ceramah lawak dari ustaz PAS tidak memberi kesan tarbiah yang di harapkan.., mungkin kena ubah cara lawak kepada cara sunnah, mudah mudahan.,

Ok, Cukuplah 15, (jika ada korang boleh tambah) lagipun itu hanya pendapat aku yang hina dina, Aku sayang PAS dan semua orang islam, masih ada ruang untuk muhasabah diri, aku bukan nak menghina, tapi aku nak menegur, salah UMNO tak perlu aku tulis sebab korang dah sedia maklum, tapi salah PAS takde ustaz ustaz nak tegur, maka biarkan aku yang sayang pada semua orang islam ni menegur kerana Allah, aku tak rugi jika korang tak nak ikut pesanan aku, aku sendirilah yang rugi jika tidak amal apa yang aku sampaikan.., sekian pesan kepada diri sendiri. 

Sebagai penutup, kita layan Kisah Laki Bini di hari mengundi.

*****

Bini: Adohai abang, kan dah cakap jangan korek hidung dengan dakwat SPR, kan dah 7 hari tak hilang..

Laki: Diorang cakap boleh hilang kena air, tapi dakwat abang punya ni tak hilang.., waaaa.... woha!


Ps: entry ini bukan perbandingan antara PAS dan UMNO, tapi antara PAS dan ISLAM, sila berlapang dada..., lagipun aku tulis ini selepas PRU, sebab aku ikhlas nak menegur.., dan ini agak deep, sila take note jika tak slow.

Ps2:  Aku ulang, Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu? (Jawapan terbaik selepas kalah, kepada pembangkang, sila take note, adohai..)

240 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 240 of 240
Anonymous said...

Antara punca kekalahan PAS adalah kerana Ahli2nya tidak istiqomah dalam perjuangan


Anonymous said...

bagi aku teringat kata seorang lecture aku kata ' back to Quran and Sunnah ' , dunia akhir zaman guys .
ingat tu :)

Anonymous said...

xsalah bg teguran tp di sebalik teguran tu yg mana lbih baik antra 2 pemimpin/?pemimpin pas @pemimpin umno?nk mmbentuk sesebuah akhlak kita tgk dlu pemimpin kita mcm mn?tu je nk bg ulasan...jgn la bg taguran di sebelah pihak saje...bndingkn yg mn lbih banyak keburukan antara kedua parti tu...yg mn lbih mngutamakan akidah...utk nk mngajak sseorg tu lbih bminat ke arah islam kita perlu mngadakan ceramah agama bukan tarian k-pop @tiang...tgk saja fenomena yg di bawa oleh UAI...rmai anak muda tertarik tuk dekat ngan masjid...tu je la..tq~

Unknown said...

Assalamualaikum encik blogger dan pengomen2 MELAYU ISLAM MALAYSIA.

(1) perkataan Islam tu tak sesuai jika digunakan untuk menandakan ianya PAS..tp encik blogger dan lain2 kena faham.kalau encik blogger dan kawan2 kata Islam " (Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat."),bermaksud,UMNO/BN kafir.tak gitu..sekarang ni jangan mention ISLAM tp mention PAS kalau nak ckp sekalipun.bila bangsa lain (cina,india,lain2) baca,dorg akan cakap ape yg saya maksudkan disini.so,direct ckp PAS/PKR..jangan gunakan perkataan ISLAM..atau adakah encik blogger ni bukan ISLAM?(sekadar bertanya bukan menuduh).kalau bukan ISLAM,jangan ckp sbrgan,..KALAU ISLAM,encik blogger sendiri menuduh diri sendiri..jadi gunakan PAS/PKR..sekian.

(2) Jika encik blogger dan pengomen2 lain mengatakan PAS ni teruk sbb sekadar bawa semangat tapi bkn bawak ISLAM.memang tiada isu HUDUD dalam manifesto sbb itu bukan tujuan/motif sbnr PAS.Ape yang PAS perjuangkan secara softly ialah mengajak muslim dan muslimah supaya balik semula ke hukum Allah sbb MALAYSIA bukan negara kafir.masing2 tahu hukum hakam agama ISLAM..masalahnya kita as a rakyat malaysia semakin terpesong jauh drpd agama.sbg cth,kenapa ceramah HABIB2 tak dibuat besar2an,tapi kenapa PSY JAHANAM STYLE sanggup dibayar 2juta dan disokong habis2an sehingga dimalukan?cuba fikir2kan.kenapa digelar malaysia negara ISLAM sedangkan rakyatnya sendiri menolak hukum Allah iaitu hudud?kenapa dibanggakan dgn hukum BRITISH KAFIR LAKNAT>?kenapa media2 yang dikontrol oleh kerajaan tidak mengadakan/menyiarkan kempen2 menutup aurat?kenpa ek?kalau betul perjuangan PAS salah dalam membawa syiar ISLAM,kenapa BN/UMNO tak buat?pusing2 balik, ulang tayang video seks anwar ibrahim,video pengakuan saiful bukhari sumpah kena liwat,gambar rosmah tayang rambut sarang tebuan...mana kempen bawak ISLAMnya?fikirkan...

(3) "Ramai orang Pas mengaku berjihad sekatat kempen kat FB atau whatsapp,"...cuba ingat semula masa nak PRU13,dalam fb parti mana paling byk keluar kat fb?"suggested fb - yb BN cwgn bla..bla..bla..ada PAS??fitnah lagi...cerita pasal isu di fb / laman sosial..menteri mana yang nak buat live streaming solat subuh?bukan lakinya si rosmah ke?bila kena sound dgn anak2 buah,cepat2 delete..

KESIMPULANNYA : tahniah kpd UMNO/BN sbb masih kekalkan kuasa di malaysia..takziah buat semua rakyat malaysia termasuk aku dan korang semua sbb ,rokok dah naik,minyak dah naik,tol dah naik,harga kereta turun seciput,barang2 keperluan asas semua dah naik..

Unknown said...

nak tergelak dengan komen seseorang dalam ni..dulu sokong pas sbb bawak ISLAM,now tak sokong sbb PAS bergabung dgn PKR dan DAP...kan ke RACIST tu,,kenapa tak nak salahkan UMNO/BN yang bergabung dgn MCA dan MIC????

wajah said...

Tah ye tah tak anynomous ni org yg sygkan PAS....kalo ye, ko xkan ckp mcm ni....hati2...akan ada org munafik yg nak laga2kan sesama kita..sebagai org yg syg PAS, kita kena akur dgn kritikan dan cuba ubah kepada lebih baik...jgn layan org yg cuba laga2kan dan rumitkan keadaan..tah2 anynomous tuh macai UMNO yg menyamar..wallahualam...

Unknown said...

nak sampaikan dakwah mcm mana lagi kalau hiburan sosial juga yang dihidangkan secara terang2an dan bebas?ce gitaw...ceramah UAI di shah alam terpaksa di cancelkan dan digantikan dengan konsert kpop yang nmpk lurah tetek dan line spender..nak ckp ape lagi?? ceramah UAI di serata KL dan SELANGOR,tp konsert JOMHEBOH,konsert 1JUTA BELIA,anugerah2 FILEM/TV jugak yang diiklanlankan secara menyeluruh..so? nak bagi dakwah kat TV/FILEM??jauh sekali..balik2 sinetron indon,drama tempatan yang bukak aurat,ada adegan seks,ada adegan ringan2..mcm tu?pusing2 cerita pasal gangster,pasal cinta terlanjur,pasal mak datin,pasal main kayu 3..mcm tu? nonsense reason..

Unknown said...

“Jangan terkejut bila di Akhirat kelak kamu akan berkumpul dengan artis yg kamu kenali. Dan jika kamu bertanya kenapa, kerana didunia kamu terlalu mencintai mereka.”

— Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Anonymous said...

sapa boleh bantu sya yg nk bantu ulama2 pas untuk bantu ahli-ahli dia yg berjuang atas dasar semangat semata2.. ?????


jangan tuduh gitu saudara... saya ahli pas yg di tarbiah.... kami yg paham x pernah perangi NGO atau jemaah2 Islam lain...

hamka said...

kepada Pok teh aiman.

(((jangan gunakan perkataan ISLAM..atau adakah encik blogger ni bukan ISLAM?)))

Pok teh, itu kata kata Ustaz Azhar idrus, pergilah tanya dia, aku copy paste jer, susah jugak dapat pengikut yang bersemangat tapi bodoh.

Unknown said...

kalau rasa benda tu salah jangan ikut..tajuk asal ko dah kompom2 ko ckp pasal PAS,so mentionlah pasal pas jgn mention ISLAM..PAYAH GAK KALAU DAH SELALU MAKAN BR1M ni..

Unknown said...

yang baca blog ko ni bkn org ISLAM je..org bukan ISLAM pon ada..klu ko salah mention,kan jadi gelak ketawa dorg je..payah gak org tak faham bahasa melayu..ni keturunan madey ke ape ni?>

Anonymous said...

Apa yg dikatakan oleh tok guru nik aziz tepat sekali..hudud adalah hukum ALLAH dan wajib dilaksanakan dalam negara kite..kite tidak boleh mnyangkal hukum hudud,oleh sb dengan penafian kita terhadap hudud bermakna kite mnyangkal hukum ALLAH..kite sebagai hambaNYA tidak layak utk menolak hukum hudud dengan alasan tidak revelan dn sesuai dgn persekitaran memandangkan kite adalah kaum majmuk di MALAYSIA.Barangsiapa yg telah dikenakn hukuman hudud di dunia tidak akn dikenakn hukuman di akhirat kelak.Ingat ALLAH tu MAHA ADIL DN MAHA BIJAKSANA..kenapa timbul isu persoalan adil dn tidak adil bila hukum hudud dilaksanakan dlm sitem pemerintahan negara.Kita kena ingat semua makhluk dn hamba adalah milikNYA termasuk segalanya yg terkandung di bumi dn di langit..ALLAH MAHA ADIL DAN SAKSAMA.cuba kite fikir kenapa Tuhan bagi kesenangan yg melimpah ruah pada org kafir di dunia smpai ade satu ayat kalaulah ALLAH ni tk mnjaga hati org hambaNYA yang beragama islam maka nescaya pintu pagar kaum yg kafir di dunia akan dijadikan dan dihiasi daripada emas.Ini bermaksud bermcm2 nikmat ALLAH bgi kt org kafir atas dunia..Sebagai org yang beragama Islam cuba kite renungkan adakah ianya tidak adil untuk dilaksanakan sedangkan dah termaktub dalam AL_Quran org kafir akan dijatuhkan azab neraka terhadap mereka tanpa ada perhitungan dan hisab manakala org islam akan dihitung dan di hisab sebelum ditentukan syurga @ neraka.Kita sebagai hambaNya tidak layak utk menolak dn menafikan perlembagaan Tuhan yg telah ditetapkan pada hambaNYA..ALLAH utuskan rasullulah kepada hambaNYA adalah utk mngajak manusia patuh pada pencipta dn ikuti peraturan dn pelembagaan yang wajib dituruti oleh org ISLAM.Oleh sb undang2 yg ade sekrg adalah undang2 yg digubah oleh tangan2 manusia sndiri dan jauh dari garis2 Islam.WAJIB kite mngembalikan syiar ISLAM.Ini lah perjuangan dan idelogi parti PAS yg dinaungi oleh NIK AZIZ sebagai mursyidul am sebagai warisan yg mnyambung perjuangan Baginda dan Para Sahabat yg dikenali dgn istilah dakwah untuk kembalikan syiar dan kesucian ISLAM tu balik pada dasar merujuk pada AL-QURAN,SUNNAH DAN HADIS supaya pemikiran tidak terjajah pada sistem pemikiran yg jauh dari ISLAM.Harus diingat pemikir yahudi prnh melaungkan misi bagi kaum YAHUDI bkn utk semata2 utk mengeluarkan org Islam dari Agama Islam,Sekiranya dapat mnjauhkn org Islam dari agama ISLAM misi di kira berjaya.Ingat idola kite adalah RASULLULAH dan baginda adalah kekasih ALLAH yg paling mulia martabat dn keduduknnya daripada segala apa yang ade diisi bumi dn langit.

Anonymous said...

Anonymous said...
Assalamualaikum encik hamka..

Warghh.. Aku rasa terrrrsangat rugi sebab dah nak jadi mayat baru nak jumpa blog ni..
Gigih tau aku menjejak kesemua entri encik..

Terima kasih encik kerana telah menyedarkan aku yang selama ini hanyalah seorang islam pada ic sahaja.. Apa yg aku dapat setelah baca blog kereta mayat:

1. Ada beberapa entri yg buat aku terketar2 menangis mengenangkan betapa bodohnya cara hidup aku dulu..
2. Blog ni telah menyedarkan aku supaya solat di awal waktu dan menutup aurat dalam erti yang sebenarnya
3. Aku manusia yang sangat jahil dalam ilmu agama, ilmu-ilmu yang lain pun aku jahil jugak
4. Dan banyak lagi tapi malas nak tulis kat sini..

Encik hamka, aku nak mintak izin encik ni.. Boleh tak aku nak salin point2 tertentu dalam blog ni dalam buku nota kehidupan aku? ( aku dah buat buku nota kehidupan atas saranan encik).. ada banyak ilmu yang macam best je untuk dikongsi dengan suami aku (bila dah kahwin nanti) dan anak2 aku (bila dah beranak nanti)..

Aku nak salin cantik2 (handwriting) dalam buku dan letak kat rumah aku supaya dapat dibaca oleh ahli keluarga yang masih lagha dengan kehidupan dunia (sedih mengenangkan insan2 tersayang yg macam tak sedar dah nak jadi mayat).. Semoga ahli keluarga aku tertarik nak baca bila melihat tulisan tangan aku tu.. Sebab diorang memang tak layan artikel bercetak komputer ni.. T_T. Aku harap beberapa artikel yang telah buat aku terketar ketar menangis kerana takutkan azab Allah dan menyesali dosa lampau akan berjaya menginsafkan mereka.. Semoga mereka juga akan terketar-ketar menangis seperti aku..

Aku rasa macam encik takkan baca je coment ni walaupun aku sangat berharap sebaliknya.. Tolong lah baca dan tolonglah coment 'aku izinkan'..

Semoga Allah merahmati encik hamka sekeluarga..

Ann

hamka said...

'aku izinkan'

terima kasih.

Anonymous said...

jom keluar 40 hari,bro !!!

Anonymous said...

bro hamka, hihi. terasa nk komen. dah dua bulan pru. mcm kte tahu, dgn izin Allah juga bn 'menang' melaui penipuan, dgn hakikatnye PR telah Allah izin mng pru13 aritu. cume jalan yg PR perlu lalui bkn semudah itu. blh sy kata mujahadah utk yg benar melawan batil mmg sentiasa pahit. ada hikmahnya atas susunan Allah. satu demi satu pembohongan bn terbongkar. cume ade yg sy xsetuju..
kte atas dasar demokrasi, kte xblh pnggl ini jihad yg sebenar? pd sy beginilah. mmg islam akan mng, tp biarlah kita antara kaki2 dan tgn yg telah mmbntu ke arah kemenangan islam, walopon pada kita mungkin salah dan was2 dr segi perjuangannya, tp ssesungguhnya Allah yg menilai usaha itu semua. dgn keadaan dunia yg semakin gila pada hari ini, biar ada sumbngn sedikit dr kita utk islam ditegakkan semula. mcm arwah ustaz fadhil noor kata pjuangan ke arah zaman2 kebangkitan islam itu sgt jauh utk kita capai, sbb sudah terlalu lama kita meninggalkan kjaan uthmaniyyah, ia bkn skjp. tp pd sy org islam tp menyokong si korupsi itu lagi lah pjuangan yg salah. blh ke sy judge mcm tu? sbb dah terang2 kte tahu ia datang dari tgn2 pemimpin islam sendiri.
lepastu kes mengakfirkan org. bro hamka ni sy agak2 rajin bc utussan kot. utusan tu la surt kabar paling meloya sekali di abad ini. nik aziz ckp lain, depa tulis lain. sume org tahu nik aziz kate sudah tntu kte tahu apa status seseorg yg menolak hukum Allah, bn mungkin xmenolak, cuma bn xberjuang. mungkin dulu alasan bukan masa, xsesuai, sudah 55 tahun, smpai ble mahu bg masa, nk kiamat nt baru nk laksanakan hukum Allah? mmg solat lg penting, cume solat tapi tang2 hukum hakam amik ringan, acane plk tuh? ah lari topik dah ni.
sng cte sy nk simpulkan kt cni, mmg betul ade silapnye pas juga. Byk kelemahan pas yg perlu kita baiki. Sudah lama pas berjuang tp ttp xmenang2, Cuma kali ini bila Allah bg kemenangan, tp Allah bg juga penipuan berjaya, dan inilah hasilnya. Kita baiki mana yg kurang, penyokong pas harus bermuhasabah diri kembali. Skrg ni tolak yg batil, mngkan yg haq!
Oh ye, sy bc PYHKD, mngikut cerita, yg sy phm anda xsuke prmpuan yg byk ckp isu politik. Lagi2 yg dok salahkan kjaan tung tung tang. Hihi. Sy prmpuan blum lg berkawen tp sy suka sembang politik, lg syok oo dpt laki satu parti. Haha. Lg rock! Mmg betul semua kne tgk pd diri sendiri semula, jgn asyik mnyalahkan org lain. Ibrtnye klu kuat iman, pegi masok disko tu buat ape? Tp xblh jgk mcm tu, sbb kjaan ni ibarat membuka pintu satu rumah luas2 setiap malam supaya pencuri sng masok. Dan pencuri yg lemah iman pon layu lah die utk tdk mencurik lagi. Haaa alkisahnye begitulah.

dah, tu je komen sy,. Okbai.salam.

hamka said...

ya, aku tak suka perempuan cakap bab politik, sebab nampak bodoh sangat..., terutama jenis yang nampak baik pihak yang dia sokong sahaja, dan nampak semua buruk parti lawan, adohai..

note: aku jugak tak suka tengok orang lelaki cakap politik sentimen..

Update politik: PR bantah PRU 13 dengan pakai baju melayu hitam dan angkat sumpah menjadi wakil rakyat. Adohai..

penyokong islam said...

bukak minda.. positifkan fikiran.. sokong pas ka bn ka bukan masalah.. yg penting perjuangan islam yg sebenar.. member aku byk jgk yg taksub dgn pas ni tp haram solat 5 waktu pon x penuh.. kekadang keluar pkai sluar pendek ja.. tp di mulut melaungkan perjuangan islam.. fikir sendiri lah.. tgh rancak2 kita bertelingkah disini, puak2 kafir sama ada dap mahupun pkr hanya tertawa melihat sesama islam bergaduh.. jgn lah kita org islam menjadi seorang islam yang bodoh dan tewas dek tipuan dunia.. sekian salam

penyokong islam said...

maaf typo *puak2 kafir sama ada dap mahupun mca

Unknown said...

dalam posting ni..2 ciri komen yang nyata berbeza boleh dibaca..
satu dari keturunan politik..
satu yg ada kesedaran agama..
sekian

tak habis2 macai detected said...

Pas ni tak habis2 macai macai macai.dalam page mana2 or blog or apa2 saja kalau ada tegur pas walaupun ayat berlapik2 (sbb nk jg hubunga silaturrahm) mesti macaikan org.skit2 macai detectedskit2 macai detected.blah la kau pas macai cina n macai anwar

sedih betul said...

Politik sy tak berapa faham jadi sy tanya pd sorg sahabat dr kedah pasal isu madrasah ditutup utk bina shopping complex.katanya itu lakonan umno.kami semua setuju tindakan tutup madrasah tu malahan kami tak sabar nak tgk shopping complex berdiri di situ.sy yg kurang ambil tahu psl politik terkesima sekejap.bagus hang kata?

Anonymous said...

Agreed

Anonymous said...

ni ke cara fikir "Jemaah Tabligh"???

Unknown said...

Salah saya la sebab x buat dakwah sungguh2....

Unknown said...

Ini sume salah saya sebab saya x buat 5 amal sungguh2....

Anonymous said...

kita kata kita islam kita beragama islam.. aku takut disi allah kita ni sebenarnya agama pun tak der, islam jauh sekali..

kanuha Copy said...

1) Orang tu dah bersumpah depan Kaabah, kau masih yakin tuduh dia menipu sedangkan kau sendiri tak tahu dan takkan tahu kisah sebenar sebab kau tiada di tempat kejadian. Ye, penyokong parti lawan dipanggil macai sebab mereka kelihatan macam terima saja apa yang dihidangkan parti mereka. Tapi kau sendiri pun mempertahan bulat-bulat parti kau dari segala segi sampai tak nampak cacat cela. Bukan macaikah kau?

2) Aku di Perancis setiap tahun kena memohon kad penduduk sementara. Dengan kad ini, aku boleh tinggal, belajar, dan bekerja di Perancis tanpa halangan. Sama jugaklah dengan orang yang kau panggil Bangla yang mendapat kerakyatan di Malaysia. Diorang bekerja dan menyumbang pada ekonomi negara. Nak harapkan kau, mana kau teringin nak buat kerja buruh. Kerja marhain, kata kau. Bila orang tu dapat kerakyatan, kau nak halau dan halang mereka daripada mengundi. Eh, diorang dah dapat kerakyatan, diorang layaklah mengundi. Kalau suatu hari aku dihalau dari Perancis sebab kad penduduk sementara aku dikatakan tak sah sebab diberi atas dasar permainan politik, salah aku ke? Aku bekerja dan membayar cukai seperti orang lain. Kalau permainan politik negara kau kotor, itu kebangangan orang kau sendiri la. Bukan salah Bangla.

3) Cara para politikus kita bertelingkah sangat menarik. Tanpa debat, tanpa perbincangan, tapi mengapi-apikan dengan cara merosakkan reputasi pihak lawan. Kalau satu parti menang, bukan sebab mereka layak, tapi sebab mereka berjaya meyakinkan pengundi bahawa parti diorang kurang busuk. Ibarat aku nak pilih antara taik babi dan taik anjing, dua-dua najis. Bergaduhlah sesama kita untuk memutuskan taik mana yang kurang najis.

4) Baguslah kalau kau yakin dengan pilihan kau. Aku tabik sebab kau ada pendirian sendiri. Tapi hormatilah pendirian orang lain. Bila aku baca, "Undi adalah hak peribadi. Undilah dengan bijak. Kita perlukan perubahan." Nampak paradoks di situ. Kau cakap undi adalah peribadi dan kita perlu mengundi dengan bijak. Pastu kau kata kita perlukan perubahan. Maksud kau kalau aku undi parti yang sama dengan parti pemerintah sekarang, aku tak bijaklah? Maknanya undi aku perlulah sama dengan undi kau baru boleh bijak? Apa yang peribadinya?

5) Kalau BN menang, maka SPR tak telus, dakwat tak kekal, pengundi hantu, banyak Bangla diberi kerakyatan, pengundi dirasuah, pendek kata kemenangan BN digelumangi najis. Kalau PR menang, maka SPR telus. Baik tak payah buat pilihanraya kalau awal-awal kau dah ada prejudis dengan ketelusan sistem pengundian negara. Berat sebelah.

6) Aku jarang bercakap pasal politik maka aku dituduh buta politik. Okey ni aku dah cakap pasal politik. Puas hati? Ye, memang aku atas pagar. Dan ye, aku langsung tak mendaftar mengundi. Tapi aku masih ada pendirian politik. Bukan bermakna aku tak kisah pasal hala tuju negara. Cuma kalau aku mengundi pun aku akan bagi undi rosak. Sekadar prinsip. Sebab aku tak ingin memilih antara taik anjing dan taik babi.

7) Berbahas tak semestinya bergaduh. Berbeza pandangan politik tak semestinya perlu saling membenci. Tak payahlah sampai putus sahabat. Kita mengutuk ahli politik sebab dah tua kutuk tapi bergaduh macam anjing dengan babi, tapi kalau kita sendiri pun mencaci maki sesama sendiri sampai putus saudara, apa bezanya kita dengan mereka?

Anonymous said...

en hamka tak pandai menegur bab politik..sama jugak en hamka menuduh dan menghina umat islam..bukan begini caranya nk menegur..ingat en hamka ada ank2 dan isteri jgn apa yg en hamka ckp berbalik pd en..en hamka nampak ke umat islam yang sokong pas x solat???doakan umat islam bukan menuduh..

Anonymous said...

saya pun tiba-tiba tak respect en hamka bila en bercakap seperti menghina dan menuduh..en boleh nasihat tapi bukan dgn menuduh dan menunding jari kepada org lain..

hamka said...

kanuha copy! terbaik!

pemuda Amal said...

Takbir..!

Syabab Amal Tebrau said...

Pas pernah bergabung dgn Umno.
Take note.
1972 kne tendang.
Pas x mahu perjuangan atas dasar bangsa semata..
Pas pn tdklah smpurna & krn itulah kami memerlukan teguran & saling melengkapi antara satu sama lain.
Krn itu ada muktamar utk mengeluarkan akal& buah fikiran / teguran utk Pas.
Tp Islam matlamat kami.
Adakalanya strategi berbeza namun semuanya demi Islam.
Adakah Tok Guru kami sggup mbiarkan Islam dihina?
Wallahua'lam

Anonymous said...

den sotuju ckp hamka .tompek den bosepah yg sokong pas korano tompolo.bukan untuk togak islam.orang somayang jumaat,dio hisab ganja.pakai soluar pendek,bogayut yo kek bondero pas ta./tok kamih

Anonymous said...

sotuju hamka/din

cik puan chahaya said...

Saya setuju dengan HAMKA..

Anonymous said...

Apabila kita tegur perlulah dengan hikmah, bersesuian dengan firman Allah, (dengan hikmah).. Hikmah bermakna 'k e b i j a k s a n a a n' - terpulang kepada 'audience' audinece blog kan umum. Memang x ada cara untuk puaskan hati orang. Inilah ujian tuhan. W.salam

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

PAS sudah berpecah sekarang, ada GHB, ada masuk DAP, dan lain-lain, masing masing saling menuduh orang ni tak betul, orang tu tak betul. so mungkin teguran aku pada ahli PAS yang tak betul sebelum korang berpecah tu, hah! yang tu lah, yang tu, huhuhuhu

«Oldest ‹Older   201 – 240 of 240   Newer› Newest»