Jun 22, 2012

Ramalan ku salah belaka?


(Salam, terima kasih kerana masih klik pada blog keretamayat, Oleh sebab aku masih perasan sibuk, tapi sempat update blog, maka aku jemput penulis jemputan, lagipun tulisan ini bagus, dan bila bagus, tak perlu aku tulis semula dengan gaya aku, cukup copy paste sahaja, tapi ada sikit aku edit sebab panjang sangat.)



Di tulis oleh: Suhami Ramly

(Imam Mahdi akan turun pada tahun 2006 dan Sai Baba ialah Dajjal - peringatan untuk mereka yang suka sebar cerita palsu)

Segelintir orang Islam suka sebar cerita bohong. Pada masa saya aktif dengan gerakan Islam di kampus UiTM dahulu (tahun 2000-2001), saya pernah mengikuti aktiviti di mana beberapa orang pelajar menyuruh pelajar-pelajar jangan terlalu sibuk dengan belajar kerana Imam Mahdi akan keluar pada tahun 2005. Ada versi yang mengatakan tahun 2006. Macam-macam dalil yang mereka keluarkan.

Seorang rakan yang saya hormati, seorang ustaz pernah menghantar email forward yang panjang lebar kepada saya pada tahun 2005 supaya bersedia untuk menghadapi kedatangan Imam Mahdi pada tahun 2006 dan suruh simpan stok makanan untuk setahun.

Sekarang sudah 2012. Mana pergi Imam Mahdi, ustaz? Mana dia pertumpahan darah di Mina tahun 2006? Mana bai’at Imam mahdi pada Hari Asyura? Ustaz dah tipu saya.

Yang lebih teruk, Ustaz telah tipu menggunakan agama. Ustaz telah berdusta terhadap agama kita sendiri, kerana mengikut ajaran Islam, tiada siapa yang tahu tarikh-tarikh tanda besar kiamat melainkan Allah s.w.t. Kenapa ustaz menipu, dan kenapa ustaz menyebarkan kisah2 palsu ini? Budak tadika pun tahu menipu berdosa.

Adakah untuk memberi keinsafan? Tak cukupkah Al-Quran yang penuh dengan kisah2 Nabi terdahulu dan cerita2 kiamat untuk memberi keinsafan? Perlukah merekacipta kisah2 palsu mengenai Nabi Ibrahim pergi Kampuchea dan Imam Mahdi muncul dari Nusantara untuk memberi keinsafan?

Apa yang saya nak tanya ustaz ialah:
Berapa anak muda dan orang dewasa yang percaya cakap ustaz bahawa tahun 2006 imam mahdi dan dajjal akan turun, lantas mereka berhenti kerja dan berhenti dari pengajian kerana kononnya nak sertai tentera Imam Mahdi?

Apakah dalil yang ustaz bawa untuk menyokong kisah palsu tersebut? 
Ustaz belajar dari kitab mana?
Apakah hukum menyebarkan berita palsu yang tak dikaji kesahihannya?
Apakah hukum menyebarkan pada manusia tarikh Imam Mahdi akan turun sedangkan Rasulullah pun tak tahu tarikh tersebut?
Ustaz dah taubat ke belum?
Kalau belum cepat sikit ya.

Begitu lah juga dengan kisah Sai Baba yang dianggap Dajjal. Siap keluar buku lagi bertajuk “Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan”, mengenai Sai Baba ini.


Buku ini dijual di toko2 buku agama, diterjemah dari bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia, dan menjadi bestseller (“buku panas”, tertera di cover buku ini).

Dalam buku itu banyak gambar2 Sai Baba, yang tak banyak ialah ayat Al-Quran dan Hadith Sahih. Yang lebih authentic bagi penulis buku ini ialah Sai Baba bukannya kata-kata Allah s.w.t. Yang lebih dipercayai ialah magic2 Sai Baba, bukan mukjizat Al-Quran. Nauzubillahi min zaalik.

Sekarang Sai Baba dah mati. Adakah Dajjal sudah mati? Kalau Dajjal dah mati, adakah akan keluar Dajjal kedua? Kalau Sai Baba itu dajjal, mana pergi tentera dajjal yang katanya beratus ribu orang tu? Sai Baba ada tentera ke? Kalau Sai Baba itu Dajjal, kenapa Sai Baba nampak dua2 mata elok je? Bukankah Dajjal buta sebelah?

BBC, satu syarikat penyiaran milik kerajaan UK yang bukan Islam itu pun lebih arif mengenai Sai Baba — mereka dedahkan bahawa Sai Baba ialah seorang con man, bukannya seorang ahli agama yang suci. Rajin2 lah cari video di Youtube pendedahan mengenai penipuan dan hoax yang dibuat oleh Sai Baba.
Orang Kafir pun tahu Sai Baba penipu, orang Islam yang kononnya ulamak, tulis buku mempercayai Sai Baba ada kuasa ajaib. Astaghfirullah. Kalau ini bukan namanya menyesatkan umat, apa lagi?
Semua ni penipu. Penipu yang berselindung di sebalik agama. Laknatlah kamu semua.

Tapi mereka ni senang sahaja nak tutup kesalahan mereka. Mereka akan kata “saya khabarkan kisah2 ini supaya iman kamu meningkat. tak kira lah betul atau tidak, bukankah elok kita menyediakan diri untuk hari kiamat? Bukankah Al-Quran menyuruh kita berfikir mengenai hari kiamat?”

Ini lah kata-kata yang sering diujarkan mereka untuk menutup penipuan yang mereka buat pada umat. Dengan selindung agama, mereka menjustifikasi kan penipuan besar mereka. Menipu jadi halal sebab dibungkus dengan agama.

Saya bukan kata semua orang penipu, bukan semua ustaz menipu. Yang buat ini beberapa kerat sahaja. Saya tak nafikan bahawa ramai umat Islam dan ulamak Islam yang berfikiran waras, tidak sebodoh ini. Semua itu saya mengaku. Jangan lah kata saya menyapu semua orang islam dengan tuduhan ini. Saya kata kepada sebahagian sahaja, bukan semua.

Mereka yang suka menipu ini tak habis2 menipu. Antara penipuan lain:

1. Dalam Pepsi ada darah pesakit HIV, jadi jangan minum Pepsi dan minuman2 lain untuk beberapa hari.
Ini diberitahu oleh seorang rakan saya beberapa minggu lepas. Apabila disemak menggunakan Google, rupa2nya penipuan ini dah bertahun2 dibuat. Kadang2 kena pada Coke. Kadang2 brand lain pun turut masuk. Ntah apa yang mereka ni dapat aku pun tak tahu lah.

Bila benda ni di”share” dalam Facebook Wall oleh budak hingusan, maka berduyun2 lah si mangkuk menulis di bawahnya:

Terima kasih akhi. minta kebenaran untuk share.

Wahhh…takutnye ana nak minum Pepsi lepas ni. Jazakallah akhi. mohon kebenaran untuk share
Ana kena share maklumat ni dengan para muslimin dan muslimat. ana mintak kebenaran untuk share ya. JZKK

Nak kata bodoh, nanti marah pulak. Tapi takpe, marah le kat aku. Korang seme memang bodoh.

2. Dalam makanan XXX dan minuman YYY, ada enzim babi. Kadangkala ada lemak babi, sel babi, daging babi, tulang babi, bulu babi, usus babi, tekak babi, hidung babi, lidah babi, tetek babi, pendek kata semua anggota babi.

Ini selalu dibuat untuk mensabotaj perniagaan. Yang terkini benda ini kena kepada syarikat Ramly Burger. Siap ada surat palsu dikeluarkan kononnya disahkan oleh Jabatan Agama Islam bahawa daging Ramly Burger mengandungi Babi.

Saya doakan semoga siapa yang memulakan fitnah ini, akan merasai cemeti di dalam kubur barang sedas dua.

Ada antara mereka yang cakap “alah, kalau tak betul pun, bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” ini kata-kata mereka yang bodoh ini. Ramly Burger rugi berpuluh2 ribu, dizalimi oleh mereka yang suka mensabotaj. Mereka boleh lagi defend perkara tersebut dengan topeng agama? Sungguh sial. Celaka mereka ini, dan para pendokong mereka.

Walau perkara ini dibuat kepada syarikat bukan Islam sekali pun, kita tak boleh redha. Siapa yang menyebarkan perkara ini, tanpa menyemak atau mengkaji kesahihannya, turut sama-sama bersalah atas dosa mensabotaj dan menyebarkan berita palsu yang memudaratkan manusia lain (walau kepada bukan Islam sekalipun).

Dalam islam tak diajar adab perniagaan yang menyuruh kita mencari babi dalam produk keluaran pesaing2 kita. Kalau nak jual ubat gigi halal atau jual ayam goreng halal, jangan fitnah orang lain letak babi dalam produk mereka.

3. Dunia akan kiamat 2012.

Barangsiapa percaya dunia akan kiamat pada 2012, mereka ini lebih percaya kepada Mayan prophesy daripada percaya kepada kitab Allah. Kitab Allah mengatakan bahawa tiada siapa yang tahu masa kiamat melainkan Allah sahaja, walaupun Rasulullah pun tak tahu. Siapa percaya konspirasi Mayan ini cuba check balik iman dalam diri anda. Apa dalil yang digunakan untuk percaya benda ni? Tiada apa-apa berunsur Islam melainkan fiksyen2 Barat sahaja.

Dan macam2 lagi penipuan dibuat atas nama agama. Kalau nak tulis satu persatu memang tak habis.
Biasanya penipuan dibuat oleh orang2 yang ada latarbelakang agama, tapi hatinya jahat. Alasan mulutnya ialah untuk kebaikan orang Islam. Ingat, menipu jadi halal kalau dibalut dengan agama. Kemudian disebarkan melalui usrah2 dan ceramah2. Kemudian sampai kepada masyarakat umum.

Yang kemudian menyebarkannya melalui FB wall, SMS, email fwd, blog, twitter, dan cara2 yang lain.
Orang lain menggunakan teknologi untuk memperbaik kehidupan dan untuk memajukan manusia, kita menggunakan teknologi untuk hebahkan bahawa imam mahdi keluar tahun 2006, dunia kiamat tahun 2012 dan Sai Baba adalah dajjal. Dan produk itu dan ini ada babi.
Patutlah tak maju-maju.

Sekian..
*****

Hamka said: Pesan tok guru aku, dalam bab ugama, jangan cerita tentang ramalan, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)

51 comments:

izzah said...

first wlpn tak bace lagi!!!!

Anonymous said...

Hamka n suhaimi..ak mntak izin kopipes msuk dlm note.jazakallah (nk bg ke x nk bg weiiii)

Mummy said...

3rd..sama gak..tak baca lagi...heheh...welcome back bro

Pemikir Sunnah said...

Ramai pelajar suka soalan ramalan untuk jawab peperiksaan. Soalan kubur pula dah lama bocor... tapi tak de sorang pun yang berani meramalkan yang dia akan dapat jawab dengan mudah dan tepat. semuanya bergantung pada iman dan amal.. so, sama2 kita buat ramalan...

Mummy said...

ok baru lepas baca...
kiamat itu adalah pasti kerana itu adalah janji Allah...bila tarikhnya hanya Allah shj yg tau..tugas kiter skang adalah buat kebaikan tinggal kejahatan..buat amalan baik sebanyaknya sebab blom tentu kiter akan jumpa kiamat sebab mati bila2 jer boleh terjadi apabila sampai masanya

Anonymous said...

hurmmm....semua point ada benarnya.
Org kita mudah percaya dan terpengaruh kalau pasal ada babi dlm makanan la...itu haram lah ini haram lah.

Tapi menghalalkan org yg tak menutup aurat, yg bukan muhrim berpegang tgn. dll.

Mudah2an aku juga cukup kuat untuk berjuang ke jalan Allah dan dosa kita sama2 diampunkanNya.

Anonymous said...

salam..sy nk tnye pndapat hukum qaza',sbb UAI dh sebut haram tp x djelaskn knpe haram, n sy ade cek, 4 mazhab besar mengatakan hukumnya makruh..sbb tu sy x suke post benda2 yg diselaputi agama, jd benda tu akan jd halal utk mentarbiahkan seseorang..mane boleh..
1 lg sy nk tye pasal hukum mengundi umno, UAI ckp haram..
1 lg, sy nk tye pndapat tntg UAI bg hamka, sbb sy mmg kurang berknan ngn die, sbb byk sy tgok kdg2 jwpn yg die bg terlalu mudah utk die melabelkan haram halal sesuatu perkara tnpe menerangkan pekara tersebut dengan jelas..boleh emelkan pd sy najib8789@gmail.com..tq

Taufik said...

Aku dulu masa sekolah agama, bermacam2 dakyah macam ni timbul, fylers2 berselerakkan merata alam. Ada kawan aku sampai melaknat2 pihak terlibat hanya dengan berusulkan surat layang begini.

Disini aku ingin coba senaraikan beberapa isu yang aku ingat.

Mahathir yahudi
Pepsi/coke = holy water
Isu holy water yg merosakkan muslim
kfc ada babi
colgate ada babi
mcd tu semua babi
megi babi
bihun tgn tak basuh berak
coklat babi
haram menggunakan "salam" sahaja
nama2 iblis dalam al fatihah
mohd = singkatan anjing
mecca = disco
tembakau dari titisan air kencing syaitan

sila sambung lagi kalau takmau perut terburai dalam 7 hari

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

suka entry ni.....

akhir zaman... penuh dengan fitnah.
iman makin rosak..

:'( :'(

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Hamka..

terima kasih, kita sependapat..

Suka Jam said...

Aduh! Mcm2 dah..
Baik tengok jam tangan berdetik..

Suri Aina said...

itulah ramalan nujum pak belalang...

norinaomar said...

SMTI-saya membaca tampalan ini

Best!!

emak. bukan penari tiang said...

aku pun baru baru ni blog pasai suka share share faktauta ni.

aku rasa orang islam ni suka loncat lebih. yang percaya loncat lebih, yang menipu best tengok yang percaya loncat.

Alhamdullillah aku jenis tak suka share-share benda yang tak pasti. bukan setakat kes halal haram ka apa, petua-petua pun. silap share kang ada yang buat tak jadi elok, tetiba kena usung keretamayat, tak pasai!

kehkeh

aku_ein said...

Salam Hamka, n rakan2..

Aku biasanya share sekadar ayat /pernyataan terus seseorang..bukan dari pages/community group..

Baru2 ni aku sekadar share apa yang Dr Maza nyatakan dalam wall FB dia, tentang bulan Rejab, Syaaban n Ramadhan..baru tahu itu adalah hadis palsu..

Biasa kalau kita tengok pages untuk share biasa akan nyatakan macam ni lebih kurang.."kalau gossip laju je nak share, tapi bila bab agama takut"

Pada pendapat aku, kita patut kaji dulu fakta tentang agama, takut seolah2 sebar ilmu palsu, hadis palsu dll..even hukum palsu..xpasal2 kene tanggung dosa..

nurul said...

shukran..-)

Anonymous said...

askm....

yang buat buku tu pun memang sama macam sai baba,cuma tak sekaya sai baba yg salah seorang dari pemilik r/royce terbanyak yg pernah direkodkan..

sekarang ni pun dah makin banyak ustaz2 kat malaysia ni yg beridolakan sai baba,mengumpul kereta mewah...

merc,alphard,camry,bmw dah jadi biasa bg puak puak ustaz ni..yang pakai porshe cayenne pun ada...

aku tengah tunggu ustaz pakai roll royce macam sai baba pulak....

alasan semua memang mantap..sebijik macam sai baba...

-saudara seagama-

ps: peringatan utk aku supaya tak menggunakan agama utk kemewahan diri...

adam said...

Sehebat2 manusia trolling orang lain, ALlah Maha Hebat lagi dalam bidang trolling hamba2nya.

Haha.

Jadi jangan percaya sangat dengan buatan manusia. Haha

mrsRons said...

Jgn mudah percaya. Lau tak tau tak payah gatal2 nak share. kaji dlu dalam2.. moral of story tuk diri sendiri sbb suka share lau tips2 ntah ape2
**kamu suda kembali ..selamat2

Anonymous said...

hamka database has been updated.

Anonymous said...

bro,
selagi berkibarnya khabar angin samada mungkin ianya fitnah,mungkin ianya sabotaj,mungkin ianya benar....

kalau tak kita takkan tau ape yg btl apa yg salah dlm hidup harian....semua main bantai je..

jadi kene amik langkah berhati-hati dan siasat dulu...bukan terus percaya bulat-bulat...

selagi kita berpegang dgn al quran dan sunnah kita takkan sesat....

jazakallah

nadia93 said...

tp an kalo citer psl dajjal teringat lak kwn2 selalu ckp jgn sebut nme dajjal tp sebut la dajjel ke,dajjul ke yg pntng bkn dajjal...sbb ktenya kalo sbut dajjal nnti dajjal akn mmbsr...btol ke??? de hadis ke or teori yg mengatakan cmtu???

indah-chan said...

betul apa yang diungkitkan..

isu ni memang berat bila ada penipuan bersalutkan agama.

Car Meng said...

La zaman fitnah kawkaw, si jahil akan mudah tepengaruh dan nampak benda tu tersangatla benarnya.. kadang2 yg tak jahil pun tertipu juge ye dak.. nampak alimnya sakan tapi boleh ramal macam-macam.. payahnye zaman nie.. doa dan haraplah agar kita kita dilindungi Allah dari perkara macam gini.. tq Hamka

siti hazreen said...

“alah, kalau tak betul pun, bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” - sungguh tak patut~~

hamka said...

Semua komen korang bagus bagus belaka..

:)

az-1 said...

atas langit : syurga
bawah bumi: kubur

detective nie said...

hahaha....hamka punye ni atut share....supaya amalan syaring yg x btol dpt dihentikan....hahahha
...dari dulu selalu sgt dgr pasal bende mcm nni...selalunya x berdasarkan landasan yg betul...
bbyk pendapat sendiri atau pun dari sumber yg x benar ditambh dgn pengaruh nafsu dan gangguan syaitan...
inilah sebabnya ramai yg x sedar dia dah sesat drpd islam yg sebenarnya....
harap2 generasi kini dapat berusaha untuk mempertahankan islam yg sebenar...bukan islam yg telah diputar belit oleh manusia2 yg mengejar kesenangan dunia ini..

semoga hamka dapat meneruskan perjuangan ddalam mengislamkan orang melayu yg banyaknya x cukup islam....
im supportiing u...
woha!

hamka said...

:)

atas langit: kisah kehebatan Allah dan akhirat.

bawah bumi: kisah nabi dan sahabat serta pertolongan Allah kepada mereka.

AbgJanggut said...

ehh ada pulak yg nak comen first,2rd, 3rd. ha ha ha, aku ingat kalau di offer jadi bini bro H yg no 2rd,3rd & 4rd mesti berebut2 walaupon keje nye DRIVER KM jek... :)

adaberada said...

Kereta mayat sesuai untuk Hamka? aku kereta sorong hhhuhu...

hamka said...

terima kasih keretamayat kerana membawa jiran ke kubur.

Sky said...

Ramai btol nak jadi tukang ramal/tilik ni...

Celakalah yang menimpa keatas mereka...

Dahsyat btol apa yang berlegar disekeliling kita pada akhir zaman ni...

Cikgu Zul, Cheras said...

Setiap hari kita dapat melihat berlakunya kiamat !
Kiamat yang kita dapat lihat setiap hari ialah kiamat kecil !
Kiamat kecil yang kita lihat setiap hari itu ialah Kematian !
Dan kematian pasti datang apabila berlakunya Kiamat Besar !

Q said...

Ramalan sekarang As-Suffiyani akan muncul dalam dekad terdekat ni. Nak tau siapa As-Suffiyani, di mana dan bagaimana boleh selak hadis Nabi atau google je As-Suffiyani ni. Bersiap-sedialah kita semua. Pesanan untuk diri sendiri dan orang yang membaca, membuat kajian dan berfikir. Wallahualam.

Anonymous said...

terimakasih ya akhi ya maulana.ana mohon share ;p

susumanis said...

alhamdulillah, good reminder to all, tq encik keta mayat

hamka said...

sama sama, :)

Anonymous said...

(aku cari button like nape xde ek..) sgt stuju apa yg hamka kata. ada satu mlm produk islam yg aku xpuas hati jugak sbb dorg suka kondem produk lain, itu tak halal, ini tak halal... niat dorg tu da ok da nak jual produk islam yg halalan toyyiban.. okla, promot jela produk korg tp xyah la nak banding2 dgn produk lain yg kononnya haram belaka... (apa2pun aku ttp xsokong mlm...)

hamka said...

I
3

I tu ibu jari, tiga ru gengam tangan, like.

woha!

Amin007.Ledang said...

|
|3

ah tak jadi buat...

hamka said...

ha ha

unGu said...

teringat ngan matlutfi

Mr. said...

Hamka,sori komen aku ni takdak kena mengena dgn cerita ko kat atas ni..aku new reader kat cni dan ternyata blog ko yg terbaik di antara yg terbaik pernah aku bc..kekeke3..aku suka kot baca penulisan ko ni..berani,bermakna,tambah lagi bernas..siap fakta lengkap lagi..hehehe3.jangan riak sudeehhh..
Aku ada soklan...nak puji melambung ni sebenarnya aku nak tanye,apa rahsia ko jadi bijak cenggini errkk??amalan pemakanan ke??aku ni kalau dikira xtaulah berapa tong dah kismis aku telan,madu pun kalau diluah balik dah bercawan3 dah..air zhafran pun aku dah try..huh..share3 lah..hehe
aku ni pelajar IPT, tapi blur mengalahkan unta..unta pun pandai dari aku..haiisshh..

hamka said...

dik, makan kismis tak de kajian sains buktikan boleh bagi cerdik.

nampak nya adik kurang membaca..

atau kurang bergaul dengan orang yang membaca...

pesan Nabi, nak pandai, berkawan dengan orang pandai, akupun tak pandai dik, cuma mungkin aku pandai sembunyikan kebodohan aku, maka nampaklah aku pandai, padahal sama jer kita.., hihihi

Anonymous said...

bodoh tu lebih baik dr pndai,
org bodoh mmng tak pndai,
jd dia xpndai nk jd bodoh,
bila dah bodoh dia tak pndai nk buat apa2

Abenawe MacNeil said...

pada sesiapa yang percaya sangat pada mayan calendar prophecy konon2 meramalkan bahawa 21/12/2012 ni hari kiamat, meh aku bagi mind blowing fact :

Mayan calendar tak pernah ambil kira tahun lompat (semua kita tau setiap 4 tahun ada system "leap-year" which is every 4 year, there would be a year where we have 29th February)

so kalo ikut random calculation, sepatutnya kita dah "kiamat" dalam tahun 1995-1999 based on mayan calendar :)

concept of leap year hanya diperkenalkan pd tahun 1582 sedangkan mayan calendar tuh dipercayai start digunakan sekitar kurun ke-5 BC

p/s - kadang2 pelik sangat org2 islam mcm kita ni takut benda2 mcm ni, sedangkan ni soal akidah rukun iman kita beb.

hamka said...

adohai

Anonymous said...

hamka..hang nih org mana?

hamka said...

ganung

Anonymous said...

Betul3 kiamat itu sangat dekat...tp xtau bila..
ad jgk uztaz2 brani letak tarikh...