Apr 9, 2012

Najwa Latif- lagu Bunuh diri?

(“Salam tuan keretamayat, bagaimana caranya kita nak respon FB kawan kita yang menulis, aku mahu bunuh diri?”)

Keretamayat said:

Dalam dunia ini, ada 4 perkara yang kita rasa HAK kita, tapi bukan HAK kita, nampak macam HAK kita, tapi HAK orang lain, walaupun pada hakikatnya HAK kita, tapi sebenarnya hanya pinjaman dari yang MAHA HAK, namun bukan semuanya di pulangkan kepada yang berHAK tapi ada HAK lain yang lebih berHAK rupanya..

HAK tu yang patut dapat HAK ni, Hak ni yang patut dapat HAK tu, sebab tu HAK depa semua dapat HAK tu dan HAK ni, HAK ptuih! (pening kepala aku..)

Arghh.. senang macam ginilah, sesudah di ‘pecah-kecilkan’ ..

Sesungguhnya Allah telah bagi kita 4 perkara, yang mana

Kita sangka HAK kita tapi hakikatnya bukan hak kita...

1.HARTA-Hak waris bila kita menjadi mayat.

2.JASAD-Hak ulat bila kita menjadi mayat.

3.AMAL BAIK-Hak orang yang kita khianati,sakiti, kalau kita tiada amal baik, maka DOSA mereka manjadi HAK kita..oh!

4.NYAWA-Hak Allah. Dia berhak ambil balik bila-bila masa, dan Allah Murka pada orang  yang membunuh dirinya sendiri kerana nyawa adalah Hak Allah

Nyawa ADALAH hak ALLAH!

Bunuh diri masuk neraka!

Sekian.

****

Ops! Nanti dulu, Kejap!, jangan copy paste atau sharing lagi di FB akan nasihat aku di atas lalu post di wall FB orang yang manu bunuh diri, nasihat itu berguna untuk peminat aku, tapi untuk mereka yang sedang mahu bunuh diri, silap haribulan, terus bunuh diri dengan nasihat yang keras dan kasar macam tu..
Orang yang nak bunuh diri kena nasihat elok elok..

Tapi Maaf Sangat-Sangat! . sebab aku tak de pengelaman pujuk orang yang nak bunuh diri, maka aku bukan tempat yang sesuai untuk jawab soalan ni, pergi tanya orang lain bab bagaimana mahu pujuk orang bunuh diri, aku takde pengalaman, setakat pengalaman pujuk bini merajuk adalah sikit sikit, itupun tak sesuai untuk dijadikan panduan sebab terlalu lucah, woha!

Nasihat ringkas aku dalam bab rakan FB anda menulis di Wall “aku mahu bunuh diri”, seelok-eloknya jangan terus tekan button “like”, sebab takut bila ramai yang ‘like’, kawan kau tu fikir dalam hati, alamak, ramai orang suka aku mati rupanya, lalu bunuh diri merata rata - susah jugak!

Jika korang marah dia, aku rasa lagi cepat mereka bunuh diri, jadi susahlah bab ni, pakcik takde pengalaman, jadi tolong tanya doktor pakar bab pujuk orang merajuk, pakcik tak tahu..

Nak tulis tazkirah takut dia bosan pulak, boleh sahaja jika korang nak letak ayat Al quran..
"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)

Atau hadith dari Nabi yang berbunyi: "Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian mati bunuh diri, maka di neraka, dia akan (di azab) menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi itulah, kalau dia ada iman, tentu dia tak bosan dengar Al quran dan hadith macam korang semua, tapi orang yang nak bunuh diri ni biasanya iman dah rosak, tu yang nak mati tu, dah tak takut azab Allah di akhirat sebab iman dah rosak..oh..

Jadi, mintak maaf sebab tak dapat jawab soalan ini.

Namun, untuk tidak menghampakan korang, aku edit satu lagu untuk orang yang mahu ‘bunuh diri’, tapi aku tak galakkan korang share lagu ini kepada mereka yang betul betul mahu bunuh diri, share sahaja di kalangan ‘kita-kita’ sebagai pereda ketegangan agar terbatal niat kita yang mahu mati bunuh diri sebelum terbit akan niat itu nanti.., wow, puitisnya ayat aku.

Sebagai kesimpulan:

Aku rasa soalan ni patut di ajukan kepada pihak polis yang pernah berhadapan dengan pengalaman memujuk penjenayah yang mahu bunuh diri atau bertanya kepada pihak bomba yang ada pengalaman sambut orang terjun bangunan yang mahu bunuh diri,

Jika korang tanya keretamayat?

Pengalaman kutip mayat orang bunuh diri sahajalah yang ada...

Woha!

Sebagai  penutup kelemahan diri ini..

Terimalah lagu edit yang bertajuk “Bunuh diri” yang di parodykan dari Lagu “Carta Hati” nyanyian Najwa Latif.



Lirik Lagu Bunuh diri- (lagu asal: carta Hati-nyanyian:-Najwa Latif)

Engkau baring di situ
Kaku seolah malu
Lalu ku dekati kamu

Aku mulai resah
Bila melihat darah
Melihat mayat mu aku rebah

Tapi hati ini anggap kau bergurau
Namun terbukti Kau mati bunuh diri

Lalu cinta kita berakhir
dari teman menjadi mayat
Dari wangi menjadi busuk
dan menunggu untuk berulat

Hidup tak semati kita
Ku pasti kau tak bahagia
Masuk neraka selama lamanya

jangan engkau jangan mati
jangan mati cara ini
jangan mati dengan bunuh diri

kau pasti tak bahagia
Masuk neraka penuh luka
Terus kau merana di azab tak mati mati...

Ps: Maaf sebab suara yang tak sedap – takut korang terus bunuh diri pulak-woha!

61 comments:

penchacaiz said...

woha!

Anonymous said...

1st

-DNA-

Anonymous said...

ala lmbt seminit!

namakuamir said...

no-2...woha!!

ok smbung bce

namakuamir said...

cis no4

Anonymous said...

1st yg siap hbis baca and siap nyanyi2 bagai (^__^)

Anonymous said...

Tak pahe kawe, siap nak no 1 la, 2 la... isk.

Tak tahu kenapa, entri kali ini macam kurang isi. :)

PemilikMataCoklat said...

hahaha, memang pereda ketengangan saat bosan takde kerja kat office ni...

Sporting pemain guitar, penyayi memang hampeh suara out, hahaha

L.I said...

comel giler....kekekee

Anna said...

wohaa,...

Melor said...

hahaha. walaupon ko pesan jgn share tp aku rasa org yg nak bunuh diri boleh jadi tak bunuh diri lepas dgar lagu ko ni. thumb up bro.

TheBentPencil said...

bila ada member cakap dia nak bunuh diri,
call dia ke, mesej dia ke, ajak lepak pekena kopi O panas ke,suruh dia ceritakan kenapa.

kita dengar je.

bila dia dah habis cerita pumpangpumpang jerit mengilai nangis sebaldi dua, dia terus masuk tidur dan lupa perasaan nak bunuh diri tadi.

kekadang dia cuma nak orang dengar cerita dia.

Sis AI said...

Ckp je dgn dia, bnuh diri bkn pnyelesaian trbaik. Sruh org tu fkir skit, bila dh mati apa jadi? Kna krja dlm nraka jugak, mana ada rehat2 punya..

Anonymous said...

keh keh. sempat reka lirik :)

BlueAsSkyry said...

byk sgt peminat En.Hamka sampai sy nak post 1st pun x boleh, nmpk sgt diaorg ini 24 jam di sisi blog En.Hamka sahaja. betul kata cik hamka, nasihat en.hamka mmg berguna utk peminat encik haha

Anonymous said...

org yg bgtau umum dia nak bunuh diri sbenarny bkn nak bunuh diri pun. juz nak tarik perhatian ramai jer..
kalu kita teliti, biasany org yg btol2 bunuh diri ni xkn bgtau sesape pun yg dia nak bunuh diri. dia buat senyap2 jer..tau2 dia dah "kojol"...

Nerzhul said...

harapnye selepas siapa² dengar lagu tu rasa nak bunuh pun hilang bersama angin yang berlalu.....

Jiji said...

Aku rasa okeh guna ayat ni kasi nia snapped sikit. Lebih lebih lagi yg dah standby kat tepi tebing tu.Kalau kat FB tu kata je, apa motif tulis kat FB nak suruh orang like ke?

Anonymous said...

terus rasa mcm nk bunuh diri lps dgr en. hamka nyanyi...haha

MyHeart said...

aduh en.hamka...lirik dah ok...sekali dgr lagu aku rasa lain mcm...mcm kene sampuk hahaha

hamka said...

cis, korang hina aku, nasib baik aku berjiwa tabah, kena kritik, tapi tak bunuh dir, ha ha ha

delete scene:

ikut skrip asal dan dah dilakonkan pun, anak aku bawak mayat tu dan campak dalam tong sampah sambil buat isyarat good, tapi aku takut timbul kontreversi, jadi babak tu aku delete. he he

trivia.

Aku rakam malam tadi, satu das sahaja.

Aku menyanyi pulak jam 12 malam lepas Anugrah bintang popular dan lepas semua anak tidur, sekali das sahaja.

mula mula aku nak buat lagu CINTA MATI, kisah orang mati syahid, tapi lepas korang tanya, aku terus tukar kepada bunuh diri, satu das jugak.

Sekian.

Anonymous said...

tanya police negotiator..

FN said...

suaraq sapaq ni?! adoii

Akim Iqbal said...

Hui tekejuit. Kali ni suara klear, mohon masuk kelas vokal. Orang nak bunuh diri kalau dengaq lagu ni terus tak jadi nak bunuh diri. hahaha

Anonymous said...

wah cantik nye anak en.hamka..comel

Wadi AR said...

mohon karok seketul dua hamka

aku said...

suara tak berapa cantik..tapi anak kau cantik..hahaha..ada soalan,Hamka anak-anak,kau izinkan tak baca blog kau???

oranglidi said...

comel anak tu. haha.

kat kompiter tengah bukak blog sndiri lak tu.

hamka said...

Dalam buku baru aku, ada jugak beberapa lagu aku edit, ada masa aku menyanyi, ha ha, pedulikan apa orang nak kata, yang penting waktu berbuka puasa ada kurma-woha!

Anonymous said...

Keretamayat oh keretanmayat... dulu hanya berwarna putih bertulisan hijau... ohohoho.. sekarang keretamayat dah jadi warna-warni... ohohoho.. adakah keretamayat terkesan dengan keadaan dunia yang dihias cantik.. ohohoh.. dunia dah tua tapi dihias.. keretamayat punya blog pun dah makin tua... ohohoho.. mungkin keretamayat perlu bermusafir lebih jauh sebelum menulis semula..

Anonymous said...

Comelnye anak..

Mama Rocks said...

hahaha kelakarnya, lepas ni Hamka kena buat guna CGI pulak

hamka said...

(((Hamka anak-anak,kau izinkan tak baca blog kau???)))

Tunggu mereka besar sikit.., : )

Mummy said...

Salam semua...pada pendapat sy, kalo kawan up status macam tu kat fb..elok kiter PM dia..tanya dia apa masalahnya...kekadang ada yg sesajer jer wat camtu....kalo kawan yg kenal rapat ajak dia jumpa..kongsi masalah...tp kalo kawan tak brapa kenal just nasihat dlm msg jer lar...biasanya org yg up status mcm tu dia cuma nak tarik perhatian kawan2 dia jer...kurang kasih syg kot...

Anonymous said...

dengan nama Allah di permulaan mahupun diakhirnya

kerana hati belum mati sepenuhnya,
benih iman yang baru nak bercambah
masih ada,
jadi mereka ingin mendengar peringatan.
dari sekalian2 para pemberi ingatan, tentang Tuhan dan akhirat.

bukan ke peringatan itu penting
buat umat Islam...

manusia, pelupa, manusia hina...

yg terus terdiam, dan bunuh diri, kerana saat itu, hati telah mati, iman dicabut saat melakukan dosa itu... nauzubillah...

TantePiya said...

Kadang-kadang mereka fikir bunuh diri tu akan selesai masalah (konon nak lari dari masalah) but in fact, bunuh diri tu akan menyebabkan seseorang tu behadapandengan masalah yg lebih besar. ohh Allah3.


pstt.. lirik best!

adaberada said...

Aku ada kawan yang nak bunuh diri. aku selamba je cakap, bunuhlah pergi mati. Kalo dia nak telan ubat. Telanlah, kalo dia kata nak terjun bangunan, terjunlah.Terus masuk neraka. Tp,dalam hati takut gila-gila kalo dia betul-betul buat. Dan dia buat, telan ubat. overdose tapi sempat hantar hospital. Sampai sekarang menderita gastrik. Kalau dia terjun bangunan hari tu, terpaksa panggil KeretaMayat huhuhu..

amirul car rental said...

good article hamka.. well done

bluntifuljune said...

Hai anon 11:38 PM, April 09, 2012. Baru hari ni kau sedar blog ni berwarna warni?. banyak lagi blog hijau putih, biru elektrik, merah darah orang mati bunuh diri dekat luar sana. pegi baca.

Dalam hidup ini (sejuk dada baca ayat permulaan macam ni)..

Dah itu saje nak komen.
Assalamualaikum

Anonymous said...

woha!! kl ad button like dh lama tkan...

FY said...

wakaka terbaek la lagu tu hamka!

Anonymous said...

suara hampeh betul

ahLia shahril said...

'bestnye' suara die.... :p

Unknown said...

Assalamualikum... mohon kongsi link di sini. Sesiapa yang mahu blog anda berada di Blog-blog malaysia bolehlah anda daftar blog anda di http://bloglistmalaysia.blogspot.com/2011/10/kami-sedang-mencari-blog-blog-untuk-di.html

HAIDA said...

BETUL BETUL BETUL!!!!

Tentu tak jadi orang yang nak bunuh diri bila dengar tuan blog nyanyi.

Bukan kerana nasihatnya tapi dengar suaranya...ha ha ha ha...

Jangan mare..yop

Anonymous said...

hidup agong!!!

abu bakar said...

best2

Anonymous said...

1.mohon yg nak komen, sila baca post hingga habis dulu..bila ada komen 1st, 2nd semata2..jd x syok..(bleh ye)

2.comel anak ko!

3.suara merdu..huhu..terngiang2 time nk tido.

Anonymous said...

pakcik hamka taknak bertanding dlm muzik-muzik ke?

Anonymous said...

suara seram sejuk mengganggu tidurku....

hamka said...

bila aku dengar suara aku sendiri.., mula mula aku pun tak lalu nak dengar, tapi lama lama.

macam best pulak!

WOOOOHAAAA!

SembangKongkang said...

suara ikhlas dari lubuk peti suara....well done pakcik hamka

Unknown said...

salam...
macam mana la aku boleh ulang 3X semata-mata nak dengar suara En Hamka..adoiii

detective nie said...

sodapnyo lagu....
xpe....lagu jer sedap...pasal makna dye....suaro masih boley dibaiki...hahah..
papepown...bagus la ader entri ni..
boley den nasihat orang2 yg nk bunoh diri mereka terutama org yg putus cinta, gagal dan x tahan dunia pelajaran. xthn dengan dugaan hidup dan org yg berhutang kelilikg pinggang...hahahha.....

hamka said...

bila kena puji lubang hidung aku kembang, akibatnya suara aku sumbang, hihihi

Anonymous said...

ada jugak kawan kt fb ni, siap mintak pendapat nk bunuh diri,,,,adoi la dik oi..aku ni tensi jugak, tp tk penah lg la terpikir bunuh diri tu masuk dlm senarai penyelesai..

Anonymous said...

adeh! suare merdu giler sampai aku rase nak tergelak.. HAHAHAHA!

AMIR said...

AKU RASA NAK GELAK GULING-GULING.

Admin01 said...

comel anak hamka

hamka said...

terima kasih

wohaa said...

hampa boring..jom p sini..mai tgk ramai2