Apr 25, 2012

Woha?

(Encik Hamka, setiap kali menulis, ada perkataan : Woha, apa maksudnya?)

Kau pembaca baru gamaknya..., ni dah jadi kamus urban versi keretamayat ni, he he he...

Woha bermaksud:
Penulis menggambarkan situasi menjerit gembira atau menjerit keliru atau apa sahaja, bergantung kepada senario.

Contohnya, jika aku jumpa ustaz, tiba tiba aku tanya soalan berbentuk ‘Woha’, seperti;

“Ustaz, ketika saya mahu bersetubuh dengan isteri, tiba tiba terlupa doa bersetubuh, boleh tak saya gantikan doa lupa bersetubuh dengan doa masuk tandas?”

WOHA!

Itulah contoh woha yang mana jeritan itu menggambarkan betapa sengalnya suasana itu- woha!

DAN Tolong jangan tanya soalan di atas kepada ustaz, sebab jawapannya tak boleh!, ya, aku tahu korang nak relete masuk tandas dengan kemaluan isteri tapi dalam bab ugama, jangan nak pandai pandai guna fatwa kaum kera(reka fatwa) untuk tutup kejahilan kita, aku hanya bagi contoh suasana ‘woha’, harap paham.

*****

Ok, alang alang dah update blog,  

Aku nak buat sedikit pengumuman berkenaan buku dan tandatangan,

Oleh kerana jasad aku berada di belah pantai timur, sedangkan syarikat buku berada di Kuala Lumpur, maka ada sedikit ralat kepada mereka yang isi borang mahu aku tanda tangan kerana aku sedikit ‘perasan sibuk’, tak dapat turun KL baru baru ni, jadi buku korang akan sedikit lewat, penerbit sedang hantar buku kepada mereka yang order tanpa tanda tangan secara berperingkat, so harap bersabar, mungkin minggu depan baru dapat tanda tangan, dan hantar.., yang order tanpa tanda tangan, akan diproses macam biasa.

Jadi untuk hilangkan tension korang, apa kata kita layan video magic trick berusur Woha dari anak bungsu aku, semoga terhibur..

Ps: masa aku kecik, aku memang minat gila dengan ‘Suria perkasa Hitam’, naik basikal rasa macam naik motor ‘belalang tempur’, naik motor ayah, aku rasa macam naik motor ‘wira perkasa’.., akhirnya bila besar, aku menjadi, ‘pemandu’ keretamayat-Woha!

Ps2: Ada yang tanya, buku permata yang hilang berkenaaan apa?, jawab aku, buku ni adalah berkenaan orang bujang, orang bertunang, orang berkahwin, orang berpoligami, orang kahwin takde anak, orang bercerai, dan orang rujuk balik.., lepas tu ada yang tanya, buku ni halal tak?, jawab aku:  buku ni haram di makan...woha!

Ps3: Jika nak tanda tangan, tuliskan di ruangan "permintaan" dalam borang. Jika dah isi borang, tapi lupa nak buat "permintaan," emailkan butiran ringkas (nama, dll) ke keretamayat+pyh@gmail.com / afdal.pub+pyh@gmail.com

Apr 20, 2012

Komen Terbaik?

(Berita terkini, Jika tiada mayat  melintang, Kerja-kerja penghantaran Buku "Permata Yang Hilang", karangan Hamka, akan bermula isnin (23/04/12) -insya-Allah)



Aku nak buat kenyataan sekali lagi, kepada semua perserta pertandingan teka tajuk buku pertama keretamayat pada tahun lalu yang telah mengisi borang penyertaan tapi tidak menang tiba tiba mendapati komen korang “saya suka baca artikel keretamayat kerana..” tiba tiba ada tersiar dalam buku, lalu membuat demotrasi serentak dengan perhimpunan Bersih 3.0 untuk menuntut hadiah, aku nak cakap biar jelas, terang  dan bersih: Bohlayan!


Aku dah cakap dalam syarat pertandingan, hadiah hanya untuk peneka/pencadang tajuk buku yang tepat atau kreatif, jadi.., sebarang Komentar/Testimoni yang dah selamat di isi korang, yang mana buat aku ketawa berguling atau menangis berguling guling ketika membacanya, aku pilih dah letak dalam buku, korang tak dapat apa-apa melainkan glamer dan sejarah, sebab tu aku mintak nama(nama samaranpun boleh), tempat tinggal dan pekerjaan yang sebenar.

Berikut adalah Komentar/Testimoni yang aku dan penerbit fikir sesuai dan telahpun di cetak di bahagian intro buku aku, semua komen korang bagus bagus, tapi aku pilih beberapa sahaja sebab penerbit dah limitkan muka surat (400 ms sahaja)

Tahniah kepada pengkomen yang nama korang terlakar dalam sejarah buku pertama aku, tahniah sekali lagi.

KOMENTAR TERPILIH (yang telahpun di cetak)



Artikel Kereta Mayat tidak pernah membosankan dan mampu membuatkan saya umpama kerang busuk apabila membacanya. Penyampaiannya juga santai tetapi sarat dengan mesej yang sangat mendalam dan biasanya terkena batang hidung sendiri.
— Ain, Pensyarah, Sepang


Garapan idea yang kreatif dalam artikel Kereta Mayat membuatkan saya berfikir bahawa pendapat Hamka sememangnya benar. Walaupun dia bukan ustaz, tetapi banyak artikelnya yang mengubah pemikiran saya ke arah yang lebih positif. Artikel kegemaran saya adalah “Rumahku Syurgaku” dan “Rumahku Nerakaku.” Luangkan masa untuk membacanya. Insya-Allah anda tidak akan menyesal.
— Mummy Batrisyia, Penjawat Awam, Putrajaya


Saya dan suami suka membaca artikel Kereta Mayat untuk mendapatkan kerukunan rumah tangga  di dunia dan akhirat,  serta menambahkan ilmu. Apabila kami bersama-sama membaca artikel Kereta Mayat, ‘wavelength’ kami jadi sama. Jika tidak, suami kata ayam, saya kata itik. Jom baca Kereta Mayat, sebelum jadi mayat!
— Cikgu Ketam, Guru, Klang


Pertama kali saya membaca artikel Kereta Mayat, terus terdetik dalam hati, “Wah, ada juga lelaki macam ini lagi!”
— Ju, Pelajar IPGM KPI, Parit Buntar


Hamka membuatkan kami suami isteri asyik bersengkang mata membaca artikel Kereta Mayat. Kami juga selalu sibuk berbahas. Kalau salah seorang membuat salah, seorang lagi akan menghantar artikel tentang kesalahan itu. Ceh, macam itu pun ada! Kami suka Hamka, sebab beliau kelakar dan kami sedang ketawakan diri sendiri.
— Ahlia Razman, Penolong Penerbit, Damansara


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana Allah yang bagi suka. Hmm, dahulu penulis menulis sebab benar-benar ikhlas menulis. Terserlah keikhlasan penulis di situ. Penulis menulis nota untuk diri yang menjadi pengajaran untuk orang lain. Tetapi sekarang penulis menulis dengan niat hendak mempromosi buku sendiri. Biasalah, jual buku dapat banyak duit. Siapa yang tidak mahu duit?
— Apek, Pencuci, Sungai Besi


Penerangan dalam artikel Kereta Mayat amat mudah difahami. Penulisannya banyak membantu saya memahami sesetengah perkara dalam kehidupan saya. Daripada pemahaman itu juga, saya belajar lebih jauh dengan bertanya rakan-rakan, guru-guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah untuk penjelasan lebih lanjutDengan pengetahuan yang baru itu pula, saya dapat kongsikan dan menerangkan pada orang-orang lain.
— Wawa, Guru, Sabah


Kereta Mayat tidak pernah gagal mencuit hati saya tetapi pada masa yang sama mendatangkan keinsafan. Dengan kata lain, hiburan yang amat menginsafkan. Setiap kali saya membaca artikel Kereta Mayat, rasa hendak cepat-cepat dirikan solat dan cepat-cepat kahwin. Mungkin saya patut hadiahkan buku Kereta Mayat kepada pakwe saya sebagai petanda untuk masuk meminang cepat-cepat.
— Wanis, Jurutera, Kuala Lumpur


Artikel-artikel Kereta Mayat membuatkan aku berfikir apa yang Hamka cakap, ada benarnya. Ayat-ayat yang  Hamka guna sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah perempuan yang berjiwa rock dan  kadang-kadang jiwa kacau seperti aku. Sedikit sebanyak dapat mengubah aku.
— Lady Diana, Pelajar UPSI, Alor Setar


Kereta Mayat  sentiasa buat saya ketawa, terkasima dan menangis sehingga teresak-esak. Terutamanya apabila artikelnya terkena tepat pada batang hidung sendiri. Saya rasa amat jauh dengan Allah SWT. Namun, Hamka berjaya membuatkan saya memulakan anjakan paradigma ke arah yang lebih baik.
— Imin, Pekerja Kilang, Kulim


Apabila Hamka membicarakan hal agama, beliau tidak menulis berdasarkan emosi dan budaya tetapi merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan meyakinkan. Namun, tidak pula bosan seperti sesetengah rancangan agama di televisyen. Nasihat-nasihat yang diberikan pula tidaklah tipikal dan sesuai dengan peredaran zaman.
— Suicide Park, Pelajar Seni Bina Landskap, Ampang


Hamka pernah membuatkan aku tersembur air 100PLUS pada monitor PC apabila aku membaca lawak Superman dalam artikel “Apa Hendak Buat Jika Tercekik.”
— Dzoelhakim Taib, Staf KPM, Putrajaya


Saya suka penulisan Hamka kerana terasa pemikiran penulis sealiran dengan saya. Gurauan dan pergaulan beliau dengan isteri, hampir sama saja dengan saya dan isteri. Seolah-olah wujud pertalian antara jiwa penulis dan saya.

Setiap hujahan yang dilontar, tidak lari daripada apa yang saya fikir seperti artikel “Apa Itu Seks,” yang melontarkan isu perkahwinan awal.

Tulisannya yang sinis terhadap orang Malaysia khususnya kaum Melayu ternyata selari dengan pendapat saya. Cumanya, saya tidak sehebat penulis untuk menzahirkan dalam bentuk tulisan. Penulis mampu mencuit pembaca dengan penyampaian dan analogi mudah untuk setiap situasi yang diceritakan. Itulah Hamka. Jiwa Melayu yang universal.
— Mohd Sa'atarinur, Jurubank, Bentong


Bahasanya seolah-olah bukan bahasa anak universiti tempatan. Bahasanya seperti anak lulusan madrasah, hasil didikan nurani ibu dan bapanya. Bahasanya adalah bahasa jiwa para sasterawan dan pujangga yang lahir daripada tarbiah dan mujahadah jiwa.
— Ron, Penjual Tempe, Putrajaya


***********************************************


Ps: Terima kasih kepada korang yang dah tempah dan bayar, Harga masih promosi Rm25, sila klik di sebelah kanan Blog untuk tempahan, terima kasih sekali lagi, Semoga Allah menerima dan memakbulkan niat baik kita semua.. Amin.

Apr 17, 2012

Payung emas untuk poligami?


(Apabila aku yang tidak hensem ini di lamar olah peminat untuk menjadi isteri nombor dua, akupun menulis entry ini)

Soalan pembaca: Cik Hamka, Amat berat untuk makcik menerima hakikat bahawa suami telah berkahwin lagi satu. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan makcik selama 3 bulan. Setiap sentuhan suami tidak lagi beraura kerana makcik tahu dia juga ada menyentuh perempuan lain. Makcik tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi perasaan sedih sangat sukar untuk digambarkan. Makcik lupa hidup sebelum bermadu sebelum ini sebenarnya indah, tapi mungkin makcik abaikan (ya betul, makcik jarang teman suami makan, makcik ingat suami suka makan sorang sorang) sehinggalah akhirnya ‘makan luar’ sorang-sorang suami makcik rupanya berteman, sekarang baru mengerti hidup bermadu memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Makcik cuba redha dengan ketentuan Ilahi, doakan makcik mampu pasrah(redha) dengan takdir ini.

Makcik nak tanya, benarkan ada hadith yang mengatakan isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lain, akan mendapat payung emas di shurga? Bila makcik cuba pujuk diri dengan hadith ini, kawan kawan makcik mengatakan hadith ini palsu.

Apa pendapat encik Hamka?

*******

Keretamayat said.

Makcik, aku bukan pakar hadith, tak tahu hadith itu palsu atau tidak dengan sekali semak, jadi nak jawab memang tak layak, boleh rujuk kepada Ustaz ulamak bab status hadith kerana aku bukan seorang ustaz.

Tapi makcik, menurut kawan aku yang bekas ahli kumpulan yang telah di fatwakan sesat oleh JAKIM, hadith ini ada dalam kitab Muhimmah yang menjadi rujukan ahli kumpulan itu,  Jadi tak hairanlah bila kita tengok ahli kumpulan itu begitu cepat berkembang kerana salah satu tarikan dalam ajaran kumpulan itu adalah poligami atau dalam bahasa tak beradabnya: SEKS! Dalam ajaran kumpulan itu, isteri yang carikan madu, mendapat 7 payung emas di shurga- wallahu’lam. Tapi aku tak nak fitnah pulak niat ikhlas mereka mereka yang pernah menyertai kumpulan itu kerana manusia senang di perbodohkan oleh suasana.., dan sekarang ramai yang sudah bertaubat, alhamdulillah.

Nak jadi cerita, pernah aku berjumpa dengan abang Bidin (bukan nama sebenar) yang merupakan orang kuat  ahli kumpulan ini, Abang bidin sentiasa berserban hijau, sudah berpoligami dan bekerja dengan menjual majalah ugama dari rumah ke rumah, lalu aku menyakat:

“Bang, dengar cerita dah kahwin lagi satu, handal betul abang dalam bab cari bini muda, boleh tak carikan saya bini yang berpurdah macam bini abang?”

Lalu Abang Bidin dengan muka serius menjawab:

“Dik, minta maaf, abang tak boleh tolong adik, sebab abang baru ada tiga bini, dah cukup empat nanti baru abang tolong!”

Woha!

Aku Terburai gelak sebab jawapan  abang bidin memang kelakar, bertambah kelakar bila abang bidin masih bermuka serius dan berlalu macam tak ada apa apa yang berlaku.

Woha sekali lagi.

Dengar cerita Abang Bidin sekarang sudah berheti menyertia kumpulan itu dan kini aktif berdakwah di hulu Terengganu, dan bekerja sebagai pomen penghawa dingin, semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh bininya, (lupa nak cerita, salah sorang bini beliau sudah meninggal dunia mengidap barah)

Eh dah jauh melalut ni Makcik, balik kepada topik asal, aku memang tak tahu status Hadith itu, nanti aku rujuk Ustaz ulamak yang betul betul pakar Hadith, insyAllah..

Tapi aku nak ucap tahniah juga pada makcik sebab dapat terima hakikat suami bermadu dan cuba redha dengan takdir Allah, alhamdulillah, payah nak cari isteri yang sanggup terima ujian bermadu dengan hati terbuka macam makcik, semoga lebih ramai wanita di Malaysia dapat menjadi lebih tabah dari makcik atau sama tabah dengan makcik sekurang kurangnya.tahniah sekali lagi.

Bab kawan makcik yang mengatakan hadith tentang ganjaran payung emas di shurga itu palsu, makcik jawablah..

“Jika suami makcik redha kepada makcik, dan makcik pulak jaga solat, puasa, dan lain-lain ibadat, dalam hadith riwayat Ibnu Hibban, maka akan masuklah isteri yang diredhai suami itu ke Syurga dari mana-mana pintu yang di kehendaki,”

Dan Aku tambah:

“Dah masuk dalam shurga, bukan setakat payung emas, coli dan seluar dalam emas pun boleh dapat makcik oiiii”

Woha!

Ps: Oleh kerana bini aku sentiasa teman dan layan aku makan dengan baik di meja makan atau di ranjang, maka segala permohonan poligami dari email terpaksa aku tolak, anggaplah aku cuba setia macam suami paling popular tahun ini- Aaron Aziz. Woha! 

Apr 9, 2012

Najwa Latif- lagu Bunuh diri?

(“Salam tuan keretamayat, bagaimana caranya kita nak respon FB kawan kita yang menulis, aku mahu bunuh diri?”)

Keretamayat said:

Dalam dunia ini, ada 4 perkara yang kita rasa HAK kita, tapi bukan HAK kita, nampak macam HAK kita, tapi HAK orang lain, walaupun pada hakikatnya HAK kita, tapi sebenarnya hanya pinjaman dari yang MAHA HAK, namun bukan semuanya di pulangkan kepada yang berHAK tapi ada HAK lain yang lebih berHAK rupanya..

HAK tu yang patut dapat HAK ni, Hak ni yang patut dapat HAK tu, sebab tu HAK depa semua dapat HAK tu dan HAK ni, HAK ptuih! (pening kepala aku..)

Arghh.. senang macam ginilah, sesudah di ‘pecah-kecilkan’ ..

Sesungguhnya Allah telah bagi kita 4 perkara, yang mana

Kita sangka HAK kita tapi hakikatnya bukan hak kita...

1.HARTA-Hak waris bila kita menjadi mayat.

2.JASAD-Hak ulat bila kita menjadi mayat.

3.AMAL BAIK-Hak orang yang kita khianati,sakiti, kalau kita tiada amal baik, maka DOSA mereka manjadi HAK kita..oh!

4.NYAWA-Hak Allah. Dia berhak ambil balik bila-bila masa, dan Allah Murka pada orang  yang membunuh dirinya sendiri kerana nyawa adalah Hak Allah

Nyawa ADALAH hak ALLAH!

Bunuh diri masuk neraka!

Sekian.

****

Ops! Nanti dulu, Kejap!, jangan copy paste atau sharing lagi di FB akan nasihat aku di atas lalu post di wall FB orang yang manu bunuh diri, nasihat itu berguna untuk peminat aku, tapi untuk mereka yang sedang mahu bunuh diri, silap haribulan, terus bunuh diri dengan nasihat yang keras dan kasar macam tu..
Orang yang nak bunuh diri kena nasihat elok elok..

Tapi Maaf Sangat-Sangat! . sebab aku tak de pengelaman pujuk orang yang nak bunuh diri, maka aku bukan tempat yang sesuai untuk jawab soalan ni, pergi tanya orang lain bab bagaimana mahu pujuk orang bunuh diri, aku takde pengalaman, setakat pengalaman pujuk bini merajuk adalah sikit sikit, itupun tak sesuai untuk dijadikan panduan sebab terlalu lucah, woha!

Nasihat ringkas aku dalam bab rakan FB anda menulis di Wall “aku mahu bunuh diri”, seelok-eloknya jangan terus tekan button “like”, sebab takut bila ramai yang ‘like’, kawan kau tu fikir dalam hati, alamak, ramai orang suka aku mati rupanya, lalu bunuh diri merata rata - susah jugak!

Jika korang marah dia, aku rasa lagi cepat mereka bunuh diri, jadi susahlah bab ni, pakcik takde pengalaman, jadi tolong tanya doktor pakar bab pujuk orang merajuk, pakcik tak tahu..

Nak tulis tazkirah takut dia bosan pulak, boleh sahaja jika korang nak letak ayat Al quran..
"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)

Atau hadith dari Nabi yang berbunyi: "Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian mati bunuh diri, maka di neraka, dia akan (di azab) menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi itulah, kalau dia ada iman, tentu dia tak bosan dengar Al quran dan hadith macam korang semua, tapi orang yang nak bunuh diri ni biasanya iman dah rosak, tu yang nak mati tu, dah tak takut azab Allah di akhirat sebab iman dah rosak..oh..

Jadi, mintak maaf sebab tak dapat jawab soalan ini.

Namun, untuk tidak menghampakan korang, aku edit satu lagu untuk orang yang mahu ‘bunuh diri’, tapi aku tak galakkan korang share lagu ini kepada mereka yang betul betul mahu bunuh diri, share sahaja di kalangan ‘kita-kita’ sebagai pereda ketegangan agar terbatal niat kita yang mahu mati bunuh diri sebelum terbit akan niat itu nanti.., wow, puitisnya ayat aku.

Sebagai kesimpulan:

Aku rasa soalan ni patut di ajukan kepada pihak polis yang pernah berhadapan dengan pengalaman memujuk penjenayah yang mahu bunuh diri atau bertanya kepada pihak bomba yang ada pengalaman sambut orang terjun bangunan yang mahu bunuh diri,

Jika korang tanya keretamayat?

Pengalaman kutip mayat orang bunuh diri sahajalah yang ada...

Woha!

Sebagai  penutup kelemahan diri ini..

Terimalah lagu edit yang bertajuk “Bunuh diri” yang di parodykan dari Lagu “Carta Hati” nyanyian Najwa Latif.



Lirik Lagu Bunuh diri- (lagu asal: carta Hati-nyanyian:-Najwa Latif)

Engkau baring di situ
Kaku seolah malu
Lalu ku dekati kamu

Aku mulai resah
Bila melihat darah
Melihat mayat mu aku rebah

Tapi hati ini anggap kau bergurau
Namun terbukti Kau mati bunuh diri

Lalu cinta kita berakhir
dari teman menjadi mayat
Dari wangi menjadi busuk
dan menunggu untuk berulat

Hidup tak semati kita
Ku pasti kau tak bahagia
Masuk neraka selama lamanya

jangan engkau jangan mati
jangan mati cara ini
jangan mati dengan bunuh diri

kau pasti tak bahagia
Masuk neraka penuh luka
Terus kau merana di azab tak mati mati...

Ps: Maaf sebab suara yang tak sedap – takut korang terus bunuh diri pulak-woha!

Apr 4, 2012

Isteri cantik pun kena cerai?

(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)

Soalan pembaca:

Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu..,  aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. 

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

 “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari  Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
 Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!

Pps: Buku aku ada banyak lagi info berguna untuk laki bini, InsyAllah.

Apr 2, 2012

SMS yang kejam?


(Aku yang perasan sibuk, tapi masih sempat update blog, FB dan bini)

Bini aku SMS:

"Hai"

Aku jawab secara SMS juga.

"hmmmm"

Bini aku SMS balik:

"kenapa?"

Aku jawab secara SMS.

"Orang berak mana boleh bercakap"

Woha!

Ps: Menurur Buznama, Sunnah Nabi adalah tidak bercakap-cakap ketika kerja kerja pemberakkan di jalankan. Wallahu’lam.