(Mulakan azam tahun baru dengan ‘pepatah kereta mayat’ agar anda lebih dramatik dalam seni kehidupan-woha!)
Sempena orang melayu kita yang suka bercakap menggunakan ‘pepatah’ sebagai lambang bijaksana dan sempena Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang yang paling bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati.(Riwayat Ibnu Majah) maka, apa kata kita murnikan balik ‘pepatah melayu lama’ dan di ganti dengan ‘pepatah keretamayat’ yang menandungi unsur-unsur kematian agar kita menjadi lebih bijaksana ketika bermain dengan kata kata dalam mengharungi arus dunia yang penuh pancaroba ini. Chewah, klasiknya ayat!
Lepas ni jika korang berbicara, selain guna pepatah “langkah mayat saya dahulu” boleh juga guna pepetah pepatah versi kertemayat di bawah sebagai seni dihujung kata kata sebagai prosa pengembagan kebijaksanaan penguasaan bahasa masing masing.
******
PEPATAH KERETAMAYAT
1."Tak kan lari keretamayat di kejar."
(Bermaksud, tak perlu kita tergesa gesa dalam semua perkara, sabar itu sebahagian dari imam)
2. "Terdengar siren keretamayat, kereta sendiri di ketepikan"
(Bermaksud, Mendahului orang lain itu amalan yang mulia, inilah salah satu sifat ikram muslimin)
3."Tarik mayat sorong mayat"
(Bermaksud, jika saling tolong menolong, sangatlah mulia, fardu kifayah tu!)
4."Seperti mencurah air di badan mayat"
(Bermaksud, perbuatan yang tidak sia sia, kerana mencurah air di badan mayat mendapat pahala)
5."Mayat sama lebam, nasib akhirat lain lain"
(Bermaksud,jangan menilai orang dari rupanya)
6."Mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing"
(Bermaksud, saling kerja sama, jika pikul keranda, mayat berat ke ringan, tetap dapat upah kain tuala-merujuk adat melayu)
7."Jika takut melihat mayat, jangan berumah di tepi rumah mayat"
(Bermaksud, Jangan berani sangat, hati hati membaca blog keretamayat waktu pejabat)
8.”Mayat dah siap mandi, pahat keranda masih berbunyi”
(Bermaksud, kerja tak sempurna, macam makan nasik di rumah sendiri, tapi pinggan suruh bini basuh, tak malu ke?)
9. “Harapkan mayat, mayat makan tanah”
(Bermaksud, jangan mengharap pada orang yang tak boleh harap)
10. “Kain kapan sama putih, Tapi mayat lain-lain”
(Bermaksud, Jangan menilai dari luar, eh, macam dah ada pepetah ni tadi)
11. “Bagaikan mayat lupakan keretamayat”
(Bermaksud, orang yang sering lupakan jasa orang lain, nasib baik waris kau ada, boleh pakcik claim duit minyak)
12. “Indah keretamayat dari mayat”
(Bermaksud, don’t judge the car by the cover)
13. “Kerana mayat,kereta mayat dapat nama”
(Bermaksud, err, woha!)
14. “Air yang tenang jangan disangka tiada mayat”
(Bermaksud, jangan anggab semua benda tak de mudarat, belajarlah berenang walaupun anda di padang pasir, lebih lebih lagi jika hidup di zaman Nabi Nuh)
15. “Diam diam isteri Hamka keretamayat, tapi berisi”
(Bermaksud, ha ha ha)
16. “Berani kerana mayat, takut kerana keretamayat”
(Bermaksud, errr, aku tak paham pepetah ni)
17. “Di mana ada mayat, di situ ada keretamayat”
(Bermaksud, jangan berputus asa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,err, lorong mana jalan kubur? Pakcik dah sesat ni.)
18.“Sepandai pandai kamu semua melompat dan menari, akhirnya jatuh ke lubang kubur jua”
(Bermaksud, jangan sombong sangat hidup ni, nasihat salah sorang pencegah maksiat pendakwah dari dalam disco)
19 “Dimana tumpahnya barus kalau tak ke badan mayat”
(Bermaksud, kau pikirlah sendiri)
20. "Dua tiga mayat berlari, manakan sama mayat sendiri.."
(Bermaksud, eh? Ni mcam pantun, aku nak pepatah jer)
21. "bersakit-sakit dahulu bermayat-mayat kemudian"
(Bermaksud, kalau ada ubat, makan, kalau dah tade ubat, macam sakit AIDS tu, tak pahlah nak bela cicak tokek, mangarut semua tu!)
22. "Biar pecah mulut, jangan pecah perut mayat!"
(Bermaksud, kerja kena di segerakan, jika kita tak letak pemberat di perut mayat, boleh kembong tau!)
23." Alang alang menggali kubur, biar sampai ke hujung talkin."
(Bermaksud, buat kerja tu biar sampai habis, biar sampai malam ke tiga tahlil, untung kau buat rumah besar besar, selesa betul aku tahlil kat rumah korang)
24. “Di mana bumi dipijak, di situ mayat ditanam..”
(Bermaksud, jangan sia siakan peluang, ada tahah, kita buat wakaf kubur)
25. “Cubit peha kiri mayat, peha kanan mayat memang tak terasa.”
(Bermaksud, perbuatan yang sia sia, tapi jika kau cubit peha mayat, bukan lagi sia sia, berdosa sebab menginayai mayat)
26. “Bagaikan Hamka dengan keretamayat”
(Bermaksud, err, ni pun aku tak paham)
27. “Mayat terdongak di hulurkan bantal”
(Bermaksud, arhh, pakcik dah pening)
28. “Sediakan kereta mayat sebelum mayat”
(Bermaksud, arggh, lagi pening)
29. “Marahkan mayat, keretamayat di bakar!”
(Bermaksud, tak kan lah?.., sedih)
30. “Bagaimana mayat, begitulah kerandanya”
(Bermaksud, makan tu beringat, nanti dah gemok, keranda besar, aku cas mahal)
31. “Kau kunci mayatku dalam kerandamu”
(Bermaksud, eh, ni macam tajuk lagu lah pulak, hihi)
32. “Ku sangkakan hidup sampai ke petang, rupanya menjadi mayat di tengah hari”
(Bermaksud, arghh, pakcik dah bosan!!)
Ok, cukup sampai sini pelajaran kita hari ini, kalau korang ada pepetah versi keretamayat yang lebih best, boleh share di ruangan komen, jadikan diri anda bijaksana dengan sering mengintai mati, bak kata pepetah keretamayat: alang alang mencangkul tanah, biar dalam 7 kaki, alang alang mahu bercangkul, biar sampai ke lubang kubur, Woha!
Cukup sampai sini, tak perlu lebih cangkul dari lubang kubur kerana bertepuk tangan dengan mayat tak akan berbunyi. Akhir kata, "kalau sungguh mayat dah ada, keretamayat saya sediakan..." Woha!
SEKIAN.
Ps: Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat itu mayat, yang hensem itu Hamka keretamayat- woha! dan Selamat tahun baru.
80 comments:
Brilliant. Hilarious and scary at the same time...
Latest entri
thehehslady.blogspot.com/2011/12/sila-angkat-bontot-menjauhi-laptop.html
pengkomen ke2 said...chewah..
jom g solat jumaat!!
-namaku amir-
tersengih-sengih saya membacanye. =D
bila Abe Hamka merapu, rosak penumpang keretamayat yg lain..ish..ish..
harus ke aku menangis atau ketawa?? (kompius)
woha selamanya! :)
Agak-agak kalau dibuat karangan, boleh pas x ni?
Wow!
boleh guna pepatah ni nanti...:)
Hahaha..."sudah dapat mayat baru,mayat lama jangan dilupakan" err betul ker ni he3...
"Jadilah mayat pd tangan simandi mayat".kata2 ni betul.. maksudnya,jika kt menuntut ilmu or mengambil tarbiyyah dr syeikh@tok guru,kt selaku murid@pelajar kena jadikan diri kt spt mayat n guru kt sebagai tukang mandi mayat..nak habaq kat sini,dlm proses tarbiyyah,pelajar kena taat pd guru n jangan nak kurang ajaq..harini ramai mana yg faìl dlm hidup sbb xjadikan diri dia mayat kpd sìpemandi mayat..
-wallahua'lam.
bagai menanam mayat di pinggir sungai
Suka yang no.15 tu...;P
nak cipta pepatah mayat jugak..
"mayat dicita kereta mayat pun datang"
nak cipta pepatah mayat jugak..
"mayat dicita kereta mayat pun datang"
bagai mayat dengan kain kapan.
-erat, xboleh nak pisahkan.
hahaha, agak lucu jugak pepatah2 even sentiasa ada perkataan mayat.
selamat tahu baru hamkan!!
eh typo mintak maap, hamka bukan hamkan, huhu
Pulau Mayat Jauh Ke Tengah
Batu Nisan Bercabang Dua
Hancur Mayat Dikandung Tanah
Kereta Mayat Dikenang Juga..
Eh itu pantun :P
hahahaha..bini kau x rase nk lempang kau ke hamka bile bacs pepatah "diam2 isteri hamka,diam berisi.." haha..sori bro..gurau je..
bawa mayat naik kereta mayat,
hamka drive jangan laju-lajuan,
intai mayat antara nampak,
esok jangan sesal-sesalan
(maksud : berbuat baik ketika seseorang masih ada, nanti dah tak ada baru sedih--- ah pening aku buat pantun ni!)
Hahahaha..nasib baik ana dah lepas SPM kalau tak boleh tertulis pepatah2 keluaran keretamayat ini dalam paper exam..hahahaha..
Hahahaha..nasib baik ana dah lepas SPM kalau tak boleh tertulis pepatah2 keluaran keretamayat ini dalam paper exam..hahahaha..
Kecil2 ku sangka kereta mayat
Kalu kereta mayat ,mana sirennya.
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalu mati,mana mayatnya.
insaf baca pepatah ne...
Ibarat kereta mayat berhias: maksudnya... entah.
Isk..gerunnya baca entry abang hamka ni..tapi tak pe, aku gagahkan baca juga..insap!
Kat kg aku banyak mayat hidup!
tersengih aku macam mayat busuk bila baca komen korang..
aku tambah lagi.
"Tiada beban, mayat di galas"
(bermaksud, orang yang sengaja cari penyakit, menyusahkan diri sendiri dan tak boleh di tegur,)
yah memang betul.
Yang bijak itu yang selalu mengingati mati.
Tapi tak cukup lagi. Yang paling bijak adalah orang yang bersiap menghadapinya mengikut cara rasulululah saw dan para sahabatnya.
Jom solat jemaah di masjid. Kerana masa dah suntuk.
" bagaikan MAYAT di hujung tanduk"
selalu aku singgah je. ari ni rasa nak komen.Entry menarik.
aku dari selatan.
"Bulat mayat kerana kembung, bulat keretamayat kerana dapat bini pandai masak."
-khas utk Hamka Keretamayat :D HAHAH
Salam,
Entry kali ni banyak sebut mayat dan mati, nampak macam "nakal" tapi masih ada isi untuk direnung.
Kena plak khutbah jumaat kat masjid area bandar bukit raja semalam menyentuh pasal kematian.
Imam muda lagi tapi amat bersungguh menyampaikan khutbah sehingga beliau sendiri dan para muslimin ramai yang menangis terutama apabila disebutkan kisah Nabi Muhammad SAW yang terlantar sakit sebelum wafat dan bagaimana baginda gambarkan betapa kematian itu amat "menyusahkan" sedangkan sepanjang hayat,dari bibir baginda tidak pernah keluar sekali pun perkataan "susah" dalam menjalankan segala suruhan Allah SWT.
Jika Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT merasakan susahnya kematian, bagaimana dengan diri kita semua teman-teman?
Ya Allah......
Wassalam.
lama x buka...kreatif sungguh pakcik mayat ni bila tiba akhir tahun..hehe...
"Mandi bersama, basah seorang"
Bermaksud: buat kerja sama sama, yang dapat untung hanya seorang, yelah, mandikan mayat, untunglah mayat tu, sebab orang mandikan, he he
wah3x.. nak jadik daddy lagi nieh. congratulation!!
Mohon share kat blog saya. Terima kasih!
mohon share kat blog saya.. terima kasih atas izin
ok
slmt mnikmati nikmat umur di tahun 2012....
slmt mneruskan lngkhan maut mnuju kmatian....
slmt mningkatkan amal dan iman....
dan slmt berazam.....
nice ! aku suka perempuan ni , nampak horror tapi mendidik !
Assalam
Menjadi mayat adalah permulaan kehidupan yang kekal dan abadi.
Tak perlu solah 5 waktu sehari di masjid...
Tak perlu jaga mata...
Tak perlu jaga mulut...
Tak perlu jaga telinga...
Tak perlu jaga nafsu..
Tak perlu puasa....
Tak perlu sangka baik...
Tak perlu korban masa diri dan harta...
Tak boleh dah baca Kereta Mayat! Woha!
Tentera-tentera Islam mencintai kematian sepertimana orang-orang kafir mencintai arak.....
Cintailah mati sebelum jadi mayat.
Khalid
Sedangkan lidah menjadi mayat inikan pula suami isteri..
-gaduh mcm manapun last2 berpisah jgk..jd berbaikla sementara masih ada masa-
Mayat Orang Di Depan Mata
Mayat Kita Bila Pula?
Renung2kan Dan Selamat Beramal..
haaa...no 13 sayer punyer..yeayyy
haha nice one... kalau menulis pepatah nie dalam karangan spm . confirm BM dapat A..
pejam celik, pejam celik. sudah tujuh tahun blog keretamayat berlegar di ruang maya ini.
selamat hari jadi ke 7 pada blog keretamayat, siapa yang nak bagi hadiah, sila email aku untuk dapatkan alamat.
Woha!
inilah yg dikatakan...tangisan dalam ketawa....(kita ketawa diawal hari akhirnya menangis kerana menjadi mayat)....
pepatah untuk hamka...
kerana dosa mayat binasa
_maksudnya_kerana dosa dahulu yg dilakukan...mayat kita binasa disiksa di kubur...hehehhe
kain kapan sama putih,kubur lain2
_maksudnye_(jap...bukan sme ke dgn hamka pnye)....
kerana secebis dosa ,habis mayat sakit disiksa
_kerana dosa yg dilakukan walaupun kecil,sakit ya amat disiksa oleh malaikat munkar dan nakir..
harap diterima..
like komen di atas...
demm.. nak pecah perut aku baca entry ni... haha.. terbaik r.. memang kena dengan manyat..
ehh..keretamayat ade siren ker (pepatah no.2), baru tau ni!
sila kagum dari jauh
haha..
happy annivrsary KM !!
Nak tumpang tambah lagi satu ye en. Hamka :
"Sorong mayat tarik mayat,
Bawak mayat dalam perahu,
Suruh ibadat saya ibadat,
Suruh maksiat saya tak mahu.."
maksud: nak ibadat jangan tunggu orang suruh. sendiri mau ingat laa...
p/s terima kasih en. Hamka sebab mengingatkan aku tentang hakikat umur yang semakin pendek dengan munculnya tahun baru 2012
thanx :)
thewanieyshop.blogspot.com :)
ehh...kereta mayat ade siren kerr, x tau lh plak (sila rujuk pepatah 2)..
assalamualaikum
bagaikan mencurah air ke atas mayat
Selamat tahun baru En. Hamka.
hamka,
cadangan aku ialah, untuk memudahkan pembacaan di blog keretamayat. mohon disarankan kamu menukar templete blog ini. artikel kamu panjang. apabila ruangan tulisan sempit, maka pembacaan memanjang kebawah sebenarnya agak kurang selesa kerana perlu scroll terlalu banyak. besarkan width blog ini pun sudah cukup rasanya. mungkin ramai yg bersetuju.
cadangan saja. mohon dipertimbangkan. sekian.
- 12.18
waalaikumusalam,
selamat tahun baru
dan akan pertimbangkan cadangan.
: )
Ingat kubur, ingat mati, ingat jenazah, ingat keretamayat..
"Mati akan menjemput, kereta mayat begitu jua"..
'ulat mayat'
bererti seseorang yang gemar mengkaji tentang mayat atau kajian tentang manusia setelah menjadi mayat
hai hamka yg hensem...
sakit perut aku gelak sakan la...aku ikuti sejak awal penulisan..ni yg plg teruk la mesej...hua..hua..hua...terus menulis..aku tunggu...
Assalamualaikum encik Keretamayat. teringin sngt encik Keretamayat tulis satu rencana tentang semangat dan usha untuk pulihkan kekuatan diri. TQVM.
Salam,
Saya sokong komen anonymous di atas, minta tolong sangat sangat
En. Keretamayat utk tuliskan.. TQ
Salam Hamka.. tolong tulis dan komen pasal budak sekolah yg kena buang dek guru besar sekolah yg bengong kerana budak tu tak mau buang serban waktu sekolah.. dah tu pulak siap ketuk2 kepala budak tu..
Suka sy baca blog ni yg penuh pengajaran n satira. jenaka dlm tazkirah dpt menarik org utk mendekati agama n kematian...
http://zukidin.blogspot.com
masa kecil dimandikan beramai-ramai
bila besar ramai-ramai memandikan..
sob..sob.. teringat anak2 memandikan jenazah bonda..
pandu kereta antara mayat..
esok jangan ganggu laluan..
intai mayat antara nampak..
esok jangan igau-igauan..
maksud: kalau lemah semangat jangan jadi tukang mandi mayat..
saya dah hafaz semua pepatah ni, maka sila la up entry baru,boring lah... huhu
Followers KM
Assalamualaikum.... ada saudara lelaki kah?? (abg Hamka). nnti klu dia balik, pesan ngan dia smua penghuni kereta mayat ternnti2 kn episodnya...
(Sgka baik, dia kuar 40 days).
Hamka,
lamanya tak update entry..
Keluar 40 hari ke??
zaman dah canggih, di manapun anda berada, di Mekah, di jalan Allah, dalm tiolet, boleh sebenarnya update blog, FB, dan lain lain so call internet, tapi bila 'perasan sibuk'.., tak dapatlah eden nak nolong..
: (
nak tambah skit.. mayat orang lain nampak, mayat sendiri tak nampak. Huhuhu
mayat yang busuk, kalau di basuh, enak juga..eh?
Salam..
Saya rase,saudara terlalu taksub dengan perkataan 'mayat'...memang bunyinye agak pelik klu diulang2 banyak kali...
Sebenarnye perkataan 'mayat' ni akan mengingatkn kite terus kpd 'mati'..
Semua orang akan mati dan percayalah bahawa,semua orang takut mati..termasuk lah diri saudara sendiri..dan juga diri saya..
(kalu kata xtakut mati,tu semua adalah ego semata2..hanya Allah shj yg tahu,betapa sakitnya tatkala saat jasad dipisahkan drpd roh!)
Mati itu pasti dan ditentukan oleh Allah 100%...dont worry..kite semua akan mati dan tubuh badan kita akan jadi 'mayat'..
Diri kita (jasad & roh) adalah HAK Allah dan dia berhak memberi dan mengambilnya semula.
Kita DOA kan ajelah semoga roh kita berada disisi-Nya bila kita dah jadi 'mayat' nanti...
Sebelum kita mendalami Islam, kita kena kenal Allah & Rasulullah..
Klu kita kenal Allah,kita akan sedar bahawa semua sifat2 Allah ada dalam diri setiap manusia dimuka bumi ni termasuk diri kita...Tapi bezanya,Allah itu 'MAHA' dalam segala sifatnya..
Klu kita kenal Rasulullah,kita akan sedar bhw baginda seorang yang lebih suka 'MEMBIMBING' berbanding 'MENGAJAR'..Sebab itu orang yang pernah berjumpa baginda dahulu,akan saaaayang kpd Baginda..
p/s: Saje nak berkongsi utk menunjukkan bhw Islam itu 'Mudah' dan 'penuh hikmah' sebenarnya..
wahahahah....
kah kah kah kah...lawak seram-seram meriding buluroma......sungguh2 tak terpikir pun pepatah seperti ini sebelmnya....
Bagaikan hamka dengan kereta mayat...
Mksudnya:temansetia seperjuangan..woohaa!
-wan calon mayat-
hahahahaha.... ketawa sorang2 baca pepatah..hilang stress kejap!
Post a Comment