Dec 5, 2011

Kerja pun ibadat?

(Manusia itu boleh menjadi lebih hina dari binatang, dan lebih mulia dari malaikat, tertakluk kepada terma dan syarat: reboot entry 2006)

Korang pernah tak?, bila azan berkumandang, terus berhenti dari buat kerja dunia, dan galakkan kawan kawan yang lain untuk pergi solat secara berjemaah,

“Jom solat berjemaah!” ajak korang sambil tersenyum kepada kawan yang sedang duduk depan komputer,

Tapi kawan korang yang sedang perasan sibuk dengan urusan dunia, (sedang edit slide power point) dengan selamba menjawab:

“ kerja pun ibadat jugak!”

Lalu menceritakan hadith tentang jihad ekonomi, Nabi dulu berniaga, Abdul Rahman sabahat Nabi yang kaya dan sebagainya, Bla bla bla..

Maka korang yang cetek ugama, tak mampu nak jawab apa, sebab ada betul jugak hujjah kawan korang tu tentang “kerja juga satu Ibadat”, lalu tersengih-sengih menyambung kerja (buat slide power point) sambil melengahkan solat.

Jihad ekonomi kepala otak kau jika lengahkan solat!

Baik, memang benar, “kerja juga satu Ibadat”, dan tidak Allah jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk tujuan beribadat,

Tapi ibadat ni ada beberapa TAHAP.

Meh sini aku cerita, boleh buat slide power point bab ni untuk kefahamam secara visual! Woha!

Baik, Ibadat ini terbahagi kepada empat TAHAP.

Tahap paling rendah adalah: Ibadat tahap BINATANG!

Korang kerja, cari makan, kahwin, beli rumah untuk berteduh, bersetubuh dan lain lain, itu semua IBADAT TAHAP BINATANG!

Semua benda tu binatang dah buat, tak perlulah korang nak bersaing dengan binatang untuk buat benda yang sama dengan binatang, lebih baik korang jadi binatang terus, raya korban boleh aku sembeleh, korang tu manusia, bukan lembu, dan memang betul lah kata korang, cari makan tu ibadat, tapi ibadat tahap binatang sahaja, sebagai manusia korang kena buat ibadat yang lebih tinggi dari binatang mampu buat, kita pergi kepada tahap seterusnya.

Tahap Ibadat yang lebih tinggi dari Ibadat tahap binatang tadi adalah: Ibadat tahap MALAIKAT!

Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, adalah termasuk Ibadat tahap MALAIKAT , binatang tak buat ibadat ni, Malaikat yang buat semua ni, Nabi pernah lihat malaikat rukuk, sejud, bertasbih dan membaca Al quran, jadi kita kena buat ibadat tahap malaikat ni, sebab binatang memang tak payah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain sebab mereka tu binatang, bila lembu cari rezeki, sedang kunyah rumput, tiba tiba azan berkumandang, lembu tak payah sibuk sibuk nak berkumur untuk pergi ambik wudhu dan solat, tak payah!, tapi manusia, bila dah azan, seoelok eloknya, terus berhenti buat kerja dan pergi solat berjemaah, kecuali korang memang seekor lembu, makanlah rumput dari perut kedua korang, raya haji tahun depan, jadi Daging begedil lah korang sebab degil nak mampus!

Walaubagaimanapun, bila korang dah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain yang setaraf dengan malaikat, tak boleh jugak sibuk nak beribadat tahap malaikat sahaja, sebab Allah dah buat malaikat untuk khas ibadat tahap tu, sebagai manusia, korang kena buat jauh lebih tinggi dari malaikat mampu buat, kita pergi kepada tahap seterusnya.

Tahap Ibadat yang lebih tinggi dari Ibadat Malaikat tadi adalah: Ibadat tahap KHALIFAH!

Hormat orang tua, muliakan orang alim, kasing sayang pada isteri dan anak, bersedekah, menolong orang susah, bantu orang miskin, tidak derhaka pada ibu bapa, menunaikan hak jiran, hak rakyat, hak pemimpin, respect each others dan lain lain, adalah termasuk Ibadat tahap KHALIFAH , Malaikat tak buat ibadat ni, pernah tengok malaikat tolong manusia punch card? Tak pernah!

Sama jugak, binatang pun tak buat ibadat tahap ni, pernah tengok lembu tolong kawan dia siapakan presentation slide power point? Tak pernah!!, manusia sahaja yang buat semua ni, inilah maksud, firman Tuhan: “tidak aku jadikan manusia, melainkan sebagai khalifah di atas muka bumi”.

Jadi, walaupun korang dah bagus beribadat tahap malaikat, sudah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain, tapi jika akhlak korang teruk, boleh masuk neraka, tak kiralah betapa lebam dahi sujudpun, jika akhlak seperti hormat orang tua, muliakan orang alim, kasing sayang pada isteri dan anak, bersedekah, menolong orang susah, bantu orang miskin, tidak derhaka pada ibu bapa, menunaikan hak jiran, hak rakyat, hak pemimpin, respect each others dan lain lain tak korang pedulikan kerana sibuk beribadat tahap malaikat, tetap masuk neraka kerana dosa pada manusia lain dalam bab menunaikan hak.

Ok, korang dah faham, ibadat tahap binatang, tahap malaikat, dan tahap khalifah, sekarang aku nak cerita ibadat Tahap yang paling tinggi iaitu Ibadat Tahap Nabi!

Apa itu ibadat tahap Nabi?

Jawapan: Ajak manusia kepada Allah, dan cegah manusia daripada kesesatan.

Berdakwah, berjihad, mengajar ugama, bagi ceramah, bayan, dan lain lain, itu semua adalah ibadat Tahap nabi, bukan nak jadi Nabi, tapi nak beribadat macam Nabi, dan inilah tahap ibadat yang paling tinggi dalam semua ibadat. Ajak orang kapir masuk islam, dan ajak orang islam yang beriman kepada bertakwa! Ini ibadat tahap paling tinggi!

Aku bagi contoh, Ada sorang sahabat Nabi tengah buat rumah(ibadat tahap binatang) tiba tiba terdengar azan lalu berhenti untuk solat berjemaah(Ibadat tahap malaikat) walaupun hanya tinggal seketul batu sahaja lagi nak letak untuk siapkan rumah tu, lalu orang tegur, “kenapa tak siapkan, satu batu sahaja lagi…”. sahabat tadi tak marah(ibadat tahap khalifah) dan bagitahu pada orang itu: “aku takut nanti Allah tanya di akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?”(ibadat tahap nabi:daqwah) dan ajak orang itu ke masjid…

Faham tak?

Contoh lain, Jika korang tengah bekerja, bisnes, cari duit, cari makan, tu ibadat tahap binatanglah, wajib kau cari rezeki untuk anak dan isteri. tapi bila dah dengar azan, wajiblah kau pergi masjid, tu ibadat tahap malaikat. Tinggalah dunia sekejap sebab kita kerja ni seolah hidup seribu tahun, maka bolehlah kita lengahkan kerja kita sebab ada 900 tahun lagi baki umur untuk siapkan kerja, tapi ibadat pula seperti mati esok hari, maka saya kena terus solat sebab takut mati esok tak sempat bertaubat, Alhamdulillah, murninya niat.

Dalam perjalanan korang ke masjid, tiba tiba ada orang lemas mintak tolong, tak tolong jadi mayatlah pulak, maka korang wajib tolong dia ,itu ibadat tahap khalifah, tinggalkan dulu solat berjemaah sebab ada ibadat yang lebih mustahak, ibadat tahap khalifah!,

Lepas dan selamatkan dia, kau dapati beliau adalah orang islam, dan confirm mamat tu tak solat lagi sebab lemas waktu azan, Hah! kau ajak dia sembahyang berjemaah sekali sama sama. Itulah ibadat tahap nabi.bukan capai tahap nabi ,ibadat tahap Nabi. Dakwah dia supaya solat secara berjamaah!

Jom solat berjemaah!

Kata aku kepada hamba Allah yang sedang siapkan slide power point.

Lalu beliaupun setuju dan kami ke masjid berdekatan dan mendapati diri kami telah masbuk.(tertinggal takbir pertama bersama imam)

“Errr, Masbuk ni Ibadat tahap apa Hamka?”

(alamak, apa jenis soalan ni.., susah nak jawab nih)

“Tengok jenis Masbuklah, jika Masbuk kerana urusan dunia, ni kira ibadat tahap separuh manusia separuh binatang!”

Tak paham!

“Maksud separuh manusia dan separuh binatang adalah, bila kau mati, mayat kau badan manusia tapi kepala babi!”

Woha!

Ps: Err, jangan serius sangat, Aku gurau jer bab mayat kepala babi tu, tapi jika korang segaja lengahkan solat, dengan alasan kerja pun ibadat jugak, sedangkan kerja tu tak urgent pun, korang memang ‘babi’!

50 comments:

Lady Windsor said...

Nasib baik aku baca entry ko ni encik, zuhur belum masuk waktu...jadi tak adalah aku melanggar ibadata wajib kerana nak baca blog ko ni...

Wienlya Sari said...

tq...Ramai skrg melengah-lengahkan solat di waktu maghrib dgn alasan tv3 ade citer melayu best huhu

SangGupal said...
This comment has been removed by the author.
Syafiq Ahadin said...

Woha! Dah baca dah sedari dulu lagi. Hek3!

Alhamdulillah, tak zohor lagi. Hehe!

Hadis Palsu Popular #8

Anonymous said...

jom brebut azan zohor

Anonymous said...

jom brebut azan zohor

Heart Box said...

kita selalu lalai pd ibadah yg khusus disebabkan ibadah am & lain-lain keperluan yg boleh ditangguhkan sebenarnya...

Skymatrix said...

Salam,

Kebetulan buka blog KM ada entry baru.

Ermm, memang biasa ajak kawan2 gi surau tempat kerja dan solat jemaah, ada yang ikut, alhamdulillah.

Yang takmo ikut pun ada siap jawab "kubur lain2" atau "banyak keje & keje tu pun ibadat gak"

Jawapan aku? Untuk "kubur lain2" adalah "sebab kubur lain2 la aku ajak kamu solat jemaah sebab nak kasi selamat skit, dalam kubur dah takde kawan nak tolong kalo kena bantai ngan malaikat".Hahaha!!!

Untuk "banyak keje & keje tu pun ibadah gak" jawapan aku adalah soalan "bagaimana cara kita nak jadikan keje tu sampai tahap ibadah yang cantik? boleh ajar aku x?".Ada yang marah tapi aku buat selamba je.

Surau besar tapi orang solat zohor berjemaah x sampai 10 orang dari lbh kurang 60 staff yang ada kat sini...penghuni kuarters pun lbh kurang 120 orang tapi tak nampak bayang kat surau, time makan2 baru nampak...kadang2 tabligh dtg jemaah,seronok sebab ramai tapi bila mereka tanya mana staff lain memang x terjawab la...aku malu!!!

Camana tu Hamka?

Wassalam.

aliza said...

salam kenal dan dofollow sini
entri yang penuh makna dan sindiran halus.. wajib dibaca oleh semua yg mahu dan sanggup berfikir untuk kebaikan

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

makacih .... ilmu yang berguna ...

lieynanilaz said...

memang sindiran secara halus ni!!

heal man said...

haha..

MyHeart said...

aku ada soalan hamka..macam mana aku nak tingkatkan hubungan sesama manusia kalau kebanyakkan manusia disekeliling aku adalah terdiri dari manusia yg iri hati, pendengki dan penyibuk (sehinggakan hal dalam kain pun nak tau jugak)? Terima kasih.

Den yang bukan Ustaz.. said...

Mak aih!!! kogheh eh pesanan last tu Encik Mayat.. Err,keto mayat..babi tu tak hensem tapi memang ramai nak jadi babi (bilo jadi mayat) termasuk lah den kalau tak jago solat..astagfirullah..
Ya Allah..kuatkan iman aku dan semua pembaca Kereta Mayat agar jaga solat awal waktu secara berjemaah..Amin

School Of Tots said...

Alhamdulillah satu posting yg mantop. Terima kasih kerana penjelasan tahap2 ibadah ini. Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah. Jom azam ibadah tahap nabi.

fuad ansari said...

padu dan bertenaga tendangan ni..

mau muntah darah jugak kalau sape2 terkena tendangan ni..

moga sama2 dapat buat ibadat tahap Nabi saw..

ibadat tahap malaikat tampak kurang sesuai untuk ummat Nabi saw..

(",)

Anonymous said...

maghrib belum masuk waktu lagi..nasib baik..entri kali ini bagus.

ABU BAKAR @ BURN said...

tq :)

Anonymous said...

meme terbaik lah demo ni. kemah keming! ^^

Izyan Kaher said...

nice! appreciate it . sangat :)

Wadi AR said...

jangan jadi macam vavi

raimi radin said...

*buatkan hatiku terburai ketawa membaca ayat2x y terakhir*

Kombinasi ilmu & teguran, beserta contoh y sempoi & senang sgt nak faham. . .Terima kasih.

Penerangan sprt ini mudah utk digunakan utk mengajak kawan2x y muslim supaya jd muslim y sebenar, mengutamakan y mana lebih prioriti!
(ibadah nabi:dakwah) :)

adila_alim said...

kesimpulan, pentingkan apa yang lebih penting kerana yang penting itu lebih penting daripada apa yang penting. Jadi sekarang belajar mana yang lebih penting, ;)

Dzikri Asmawi said...

jom solat...

antid oto said...

hmm.. menarik..bagus untuk dibaca oleh golongan urban yang menganggap diri mereka hebat dari Tuhan.

Musliyadi Bakri said...

klu student masa kelas tu tiba-tiba masuk waktu solat kena keluar kelas ka(tahap malaikat atau kena dengar kuliah sampai habis untuk menghormati lecturer(tahap khalifah)...

macam mana ni encik Hamka???

antid oto said...

tahap khalifah kan lagi tinggi dari tahap malaikat. so for sure la prefer tahap khalifah tu. :)

Mutiara Bertaburan said...

kene keluar lagi ni. semayang aku tak dapat selesaikan masaalah !!! satu roti turun dari langi

Anonymous said...

'tinggikan dunia' or 'tinggalkan dunia'? salah taip kot...kihkihkih...

hamka said...

Hamka yang dulu, jawab macam ni:

-------------
Lady Windsor

tahniah

--------
Wienlya Sari

Mesti cerita puteri pakai tudung berkasih dengan adiputra, kan?

---------------
Syafiq Ahadin

Thanks, berkongsi hadith palsu, Cuma hati hati, hadith lemah bukan palsu..

--------
Heart Box

dan sebenarnya...

----------
Skymatrix

(kadang2 tabligh dtg jemaah,seronok sebab ramai tapi bila mereka tanya mana staff lain memang x terjawab la...aku malu!!!)

Orang yang tak datang tak malu pun!

-----------
aimaniman / lieynanilaz

sindiran halus? Bukan sindirin kasar ke ni

---------
CopyPaste-TembakJerr!!!

: )

----------
heal man

pengkomen setia kau ni..

-----
MyHeart

aku ada soalan hamka..macam mana aku nak tingkatkan hubungan sesama manusia kalau kebanyakkan manusia disekeliling aku adalah terdiri dari manusia yg iri hati, pendengki dan penyibuk (sehinggakan hal dalam kain pun nak tau jugak)?

Itu hakikat hidup, ada kawan, ada musuh dan orang asing, kawan kita layan luar biasa, musuh kita layan macam tak bermusuh, dan orang asing kita layan macam biasa.

-------
Den yang bukan Ustaz..

Kogheh!!!

---------
School Of Tots

Jom azam ibadah tahap nabi.(Tasykil maut ni!)

-----------
fuad ansari

ibadat tahap malaikat tampak kurang sesuai untuk ummat Nabi saw..

(ye, ummat nabi Musa mungkin sesuai)

hamka said...

burn

:)

===========
wani

kemah keming! Dok gogeh!

==========
IzyanKaher / Wadi AR / raimi radin

:)

==========
adila_alim

kita buat yang penting dulu antara semua penting! Yo!

========
Dzikri Asmawi

jom

===========
antid oto

golongan urban yang beruban?

==========
Musliyadi Bakri

klu student masa kelas tu tiba-tiba masuk waktu solat kena keluar kelas ka(tahap malaikat atau kena dengar kuliah sampai habis untuk menghormati lecturer(tahap khalifah)...

(elok pakat dengan member, habis kelas, semua ke surau solat berjemaah sama sama. Pekej terus ibdat tahap khalifah dan tahap Nabi)

===========
Mutiara Bertaburan

roti sardin dari langit satu!

===========
Anonymous

('tinggikan dunia' or 'tinggalkan dunia'? salah taip kot...kihkihkih...)

Ok, aku betulkan balik!

azharjaafar said...

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk keluar pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. At Taubah 38

Skymatrix said...

jom ke surau...zohor dah dekat...x kisah la walau jemaah 4/5 orang je hari ni...sebab yang lain dah masuk syurga...syurga abah kauuuuuu...yeehhaaaaaaaaaa!!!

Anonymous said...

kalau azan time lecturer ajar macamana?lecturer kafir plak tu pastu nak kejar silibus

Anonymous said...

Salam bro Hamka..

Nak tanye wat kali ke 2 nie..
Bile buku nk kuar.. dlu ckp sblom raye haji..

hehe.. xsabau da nie..

Patin Temerloh

Tornado Assassin said...

uik...syeikh..kasarnya bahasa...lembut2 sikit...apa2 pon nice la penulisan anta...Anta Karkon ea?Keep it up...n semoga dirahmati Allah dn dikurniakan ending yg baek.

Kita suma akn jd mayat
Anda x mampu mengubahnya
Semattttt..laaaaa

adeq said...

ibadah saya ibarat rendah lagi dari binatang...

PemilikMataCoklat said...

rasa mcm dh bc tentng tajuk ni sblm ni, repost ye??

salah satu sebab aku suka baca blog hamka dan gigih baca komen2 nya skali sbb Hamka rajin layan komen2 para peminat beliau, tak kekwat mcm sesetengah blogger famous yang laen, hehe

Anonymous said...

Tuan Blog nak tanya sikit.

Boleh tak bagi tau, dari sumber mana
pembahagian tahap ibadat ni tuan perolehi ? contohnya dari mana mana maulana ke atau ulamak atau hadith?

mz said...

entri dah terbaik bro HAMKA, tetapi camne plak orang muda yang salah faham bile guna tahap nabi untuk ajak kaum yang lain jenis..

sedangkan itu ikhtilat!!

jujue said...

:)

ecah said...

3-4 tahun yang lalu saya membaca blog ini.saya sangat suka,bahasanya lebih indah dan halus..kini..

Anonymous said...

((kalau azan time lecturer ajar macamana?lecturer kafir plak tu pastu nak kejar silibus))

Assalam (Aku menyibuk)

Aku pernah tanya seorang Haji (One Jack Eye)...kalau tengah meeting yang penting dan big boss ada, dan sewaktu tu azan, macamana?(lebih kurang cam soalan adik di atas)

Dia jawab, kalau waktu tu kau nak terberak....adakah kau akan tahan berak kau? Aku jawab, sudah tentu...aku akan keluar dari meeting tu.... Nanti busuk lak bilik meeting tu...he..he..

So...kalau nak terberak kau sanggup keluar dari meeting yang penting, takkan nak solah tak sanggup? Haji tu tanya aku sambil senyum dengan penuh kasih sayang.

Mana lagi penting berak ke solah?
Lagipun, lama mana solah? Semuanya bergantung kepada iman didada...(Dia jawab soalan aku dengan soalan yang dia sendiri jawab)

Tentang kejar silibus...member lain ada, boleh pinjam note dia...kan?

Khalid
P/s: semenjak hari tu, aku takkan duduk dalam meeting sewaktu azan dan dalam tahun tu juga setelah 13 tahun kerja. Aku mendapat anugerah cemerlang dalam kerjaya dan mendapat double promotion dalam setahun. Masyallah.....sesungguhnya solah lebih penting dari berak. Aku akan ingat sampai mati, insyallah.

eshecharm said...

jom... solat berjemaah kawan2..

pendosa said...

jom solat berjemaah..dan ajak org lain juge solat berjemaah..dan ajak org yg dtg solat brjemaah itu ajak org lain juge solat brjemaah dan seterusnyaa...

moga diterima amalan kite sume...

doakan sy juge..:)

Anonymous said...

Salam! Siapa kata binatang tak berzikir? Ingat tak kisah ulat dlm batu di zaman Nabi Musa as yg berzikir sambil menikmati daun yg segar. Ayam jantan pun berkokok kejutkan org solat subuh. (Tahap malaikat? )

Nawiroh

hamka said...

azharjaafar

errr...

------
Skymatrix

syurga abah kauuuuuu?

Pernah dengar cerita kisah anak baru balik sekolah dan cari mak dia, rupanya mak sedang mandi, bila mak keluar bilik air dalam keadaan berkembam, si anak terus belek kaki mak, tanya mak, kenapa? Jawab anak, ustaz cakap di sekolah, shurga bawah tapak kaki mak, dan tiba tiba si anak terpandang (delete) lalu bertanya, mak, apa tu? Jawab mak, syurga abah kau, woha!

----------
Anonymous

(kalau azan time lecturer ajar macamana?lecturer kafir plak tu pastu nak kejar silibus)

Aku rasa dah jawab dah soalan tu, hint: sepakat membawa berkat.

-------
Patin Temerloh

(Bile buku nk kuar.. dlu ckp sblom raye haji..)

Arggh, guling guling sambil cekak rambut!

-----------
Tornado Assassin

(Anta Karkon ea?)

Aku bukan syiah, tapi aku mencintai hussin, dan aku bukan karkun, tapi aku bercita cita menjadi karkun.

---------
adeq

(ibadah saya ibarat rendah lagi dari binatang...)

Binatang cari makan sambil berzikir, kita cari makan sambil buat maksiat, tu yang jadi setan tu.., oh!

---------
PemilikMataCoklat

(salah satu sebab aku suka baca blog hamka dan gigih baca komen2 nya skali sbb Hamka rajin layan komen2 para peminat beliau, tak kekwat mcm sesetengah blogger famous yang laen, hehe)

Aku layan kau sebab mata kau coklat.

--------
Anonymous

(Boleh tak bagi tau, dari sumber mana pembahagian tahap ibadat ni tuan perolehi )

Aku dengar dalam satu ‘bayan hidayat’ di masjid sri petaling oleh maulana yang aku lupa namanya, oleh sebab beliau maulana, alim bab hadith dan Al quran, serta penerangan beliau make sense, aku tulis.., kredit untuk BUZNAMA.

----------
Muaz Faris

(camne plak orang muda yang salah faham bile guna tahap nabi untuk ajak kaum yang lain jenis.. )

Itu perangkap syaitan kerana di situ ada sejata syaitan..

----------
jujue
:)

---------
ecah

(3-4 tahun yang lalu saya membaca blog ini.saya sangat suka,bahasanya lebih indah dan halus..kini..)

Kini, hamka sudah menjadi mayat, al fatihah.. (cover line)

---------
Khalid

Tepuk dada, tanya iman, tepuk lutut, tanya kemaluan.

---------
eshecharm
jom

Nawiroh

(Salam! Siapa kata binatang tak berzikir? Ingat tak kisah ulat dlm batu di zaman Nabi Musa as yg berzikir sambil menikmati daun yg segar. Ayam jantan pun berkokok kejutkan org solat subuh. )

Baca komen aku pada adeq.

Anonymous said...

KONONNYA MISTERI...

sedih....bolehlah aku anggap sebagai Slide powerpoint yang membuat aku menangis....:-(

mardhiah said...

salammm..nice entry...sgt menarik dan rasa macam nak sampaikan kat orang lain jugak...cume ade something x faham...khalifah boleg jugak dlm mase yg same ajak org kpd Allah dan cegah kemungkaran..kenapa dibahagikn pada 2 tahap?saya macam x jelas sangat sbb risau nnt kalau nk sampaikn kt org lain,org tanye tp x tau jawapan.syukron;-)

hamka said...

zaman sebelum Nabi Muhammad, kerja dakwah ni Nabi jer buat, ummat hanya sampai tahap khalifah.

lepas zaman nabi Muhammad, dakwah telah dibuat oleh ummat, sebab tu kita ni ummat terbaik.