Dec 22, 2011

Bagaimana didik anak?

( If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots- Maddox. )

****

Soalan pembaca:

Salam and salutations

Saya cadangkan KeretaMayat tulis entry tips didik anak2 pulak. Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja. Jaga pesakit. Ada amalan yang susuai untuk didik anak? boleh share dengan kami, terima kasih.

Jawapan dari Hamka keretamayat.

Salam and solutions.

Anak aku masih kecik-kecik, yang sulung masih sekolah rendah, yang kecik masih berpampers, jadi nak tulis dari segi pengalaman belum sempurna, tapi aku nak tulis juga tip-tips perihal jaga anak setakat yang aku tahu. nota kepada diri sendiri.

1.Tolong bagi nama yang ringkas.

Aku pelik zaman sekarang, mak bapak suka benar menyusahkan masa depan si anak dengan bagi nama anak panjang nak mampus, kesian anak korang bila waktu nak isi borang, ruang kotak tak muat, waktu exam terkial kial nak tulis nama, lepas tu bila nak kahwin, terkebil kebil Tok Kadi dan calon menantu nak sebut nama anak yang panjang nak mampus.

“Aku nikahkan dikau, Tuan Abdul Ahmad Rais Said Altonfok Tonfok Tun Kiai Berahim Bin Ammad Fuad Zambri Mamawee Al Tompek dengan Siti Ainun Bariah Putri Gusti Ledang Amani Kudus Binti Tun Doctor Datok Tuah Syeid Haji Abdul Malik Karim Abdullah dengan mas kahwin.., hargahhh, putus nafas! Semput.. semput!”

Mana ada dalam islam suruh letak nama anak panjang panjang?, dalam islam ajar nama pendek pendek jer, contoh: Nuh, luth, Adam, Isa, Ali, Umar, dan lain lain, kan senang? Al quran tak nak ikut, habis tu nak ikut sape? puteri gunung ledang? Dah buang tebiat? Nak kena sumpah muntah darah? Bingai tak habis habis.

Nama anak perempuan aku sepatah jer, Najiha binti Hamka, habis cerita.., aku bagi nama anak aku ni bukan gabungkan nama nenek aku dan bini aku atau makanan kegemeran dan peristiwa, aku namakan nama anak aku najiha sebab waktu lahir, dalam TV ada drama bertajuk, “syair buat najiha”, lakonan Rita Rudani, aku memang minat Rita rudani waktu bujang dulu, jadi terus letak nama Najiha. Woha!

2.Kalau boleh, bagi nama anak yang unik

Nama unik, maksud aku namanya tak terlalu ramai yang guna, ini dari segi psikologi, anak akan cepat terkenal kerana orang akan mudah ingat nama beliau, dan cerahlah masa depan insyallah, serta mudahlah beliau untuk takluk dunia, macam nama Hitler.., he he,

Contoh nama aku, Hamka, kat sekolah, jarang sangat aku jumpa dengan orang nama Hamka, kalau jumpapun, tak hensem macam aku, aku tetap win- woha!, dan nama anak aku terkini, Hazkil, sempena Nama Nabi terdahulu yang sezaman nabi Ibrahim, setakat ni aku tak jumpa nama anak kawan aku bernama Hazkil, dan aku panggil dia dengan nama manja “K”.., mungkin bila besar esok, dia akan jadi Datok K, dapatlah aku menantu secantik Siti nurhaliza, dapatlah pakcik pergi konsert maharajalawak percuma –woha!

3.Jangan takutkan anak dengan hantu.

Mak bapak yang bodoh jer ajar anak takutkan hantu, tak de manfaat langsung ajar anak takutkan hantu. Sejak dari kecik lagi, aku dah bagitahu pada anak aku bahawa hantu itu tidak wujud, malahan, aku tak pernah cerita hantu pada anak aku dan larang siapa-siapa yang berdekatan dari menyebut-nyebut tentang hantu, dan jika ada hantu yang menjelma, siaplah aku kerjakan! Woha!

Aku juga ajar anak aku agar tidak takut kepada gelap, untuk itu aku buat ujian ‘seekers’ iaitu dengan meletakkan mainannya di bilik belakang, tutup semua lampu. Lepas tu aku duduk bahagian depan rumah dan arahkan anak aku, sorang sorang pergi ambil mainan dalam bilik belakang yang gelap, siapa yang berlari di kira gagal (kena pukul), siapa yang menjerit dan menangis juga di kira gagal.., (aku terajang) dan alhamdulillah mereka berjaya mencari mainan dalam rumah yang gelap (di bilik belakang pula tu) tanpa menjerit, menangis atau takut…

Maka senanglah aku tidur berasingan dengan anak anak aku, dan jimat bil letrik sebab anak aku memang suka tidur dalam gelap, kalau bukak lampu, mereka akan merayu agar di tutup, ok.., jimat letrik dan dapatlah aku beramaradana dengan isteriku tanpa perlu bimbang anak ternampak ‘toyol’. Woha!

4.Tak payah habiskan duit hantar anar anak belajar ilmu yang pelik pelik.

Ada orang habiskan duit beribu ringgit hantar anak anak belajar ilmu yang kononnya hebat untuk si anak waktu cuti sekolah dengan ilmu pelik seperti hafal sifir 78, menjawab soalan matematik menggunakan minda, teknik silang jari untuk sifir 46, teknik adiputra, vedic math, mental math dan lain lain, bagi aku semua tu buang duit, buang current, sebab zaman sekarang dah ada calculator, kesian anak hafal sifir 78 darab 36 dan berkira kira dalam kepala, selepas 10 minit tersenyum puas, anak orang lain dan siap 0.05 second tekan calculator.. kejayaan matematik bukan di ukur dari segi betapa cepat hafal sifir pelik pelik, tapi paham konsep, baik belajar kalkulus, Math engnenering, EMT dan lain lain.., ni satu contoh ilmu, ada banyak lagi, pikir sendiri.

5.Jadikan anak, hadiah yang paling dia suka adalah buku.

Kurangkan peluang hiburan, seperti peluang main geme, internet, atau astro, maka anak akan cuba cari hiburan dengan perkara lain, dan apabila si anak terhibur dengan membaca buku, maka insyAllah, cerahlah masa depan mereka.

6. Didik anak cara Sunnah.

Anak macam ‘sponge bob’, akan ‘menyerap’ semua kelakuan ibu bapa sebagai falsafah hidup, bapak yang solat di rumah, anak juga akan ikut solat di rumah walaupun bila besar jadi ustaz, bapak yang tak solat, anak jugak akan sama tak solat walaupun bila besar jadi pemimpin parti so call islamic. Maka, untuk didik anak cara sunnah, mak bapak dulu kena amalkan sunnah, mak bapak masuk tandas tak tutup kepala, anak akan ikut.., (aku ler ni..oh) mak bapak hantar nenek ke rumah orang tua, anak juga akan hantar korang ke sana,oh..

Jadi, jaga sunnah dalam diri korang, sebab si anak sedang perhatikan korang.., pernah member aku tegur lepas solat isyak pada satu malam,” eh, Hamka, kau tak ajar anak kau solat sunnat bakdiah dengan betul ke Hamka?, aku tengok dia solat satu rakaat jer..

Aku cakap, “anak aku tu solat witir..,” (macam bagus aku ni, pergi mampus!)

Secara ringkas, anak belajar dari pemerhatian, bermakna, jika kita ikut sunnah Nabi, maka senang anak nak ikut, jika kita KO, anakpun KO sama, (tertakluk pulak kepada kawan kawannya)

7.jika ada orang menegur kesalahan anak kita, ucapkanlah terima kasih

Ni penting!, jika ada orang marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada mereka yang cuba selamatkan masa depan anak kita..Kenapa Mak bapak jenis tu aku panggil bangang?!

Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bangang!

Masa aku kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak aku cakap aku ni nakal usik anak dia, mak aku terus ucap terima kasih, dan pukul aku depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan aku, itulah yang mak aku lakukan..

Tapi ada jugak jiran aku, bila mak aku mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak aku, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..

Sekarang, mak aku dan jiran aku tu pun dah arwah, dan aku tengok, anak jiran aku tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)

Dan hari ini, aku tengok ramai mak bapak yang bila kita mengadu salah anak mereka, di makinya kita, tak boleh terima keturunannya buat silap konon, apa punya bangang?!

Jangan rosakkan masa depan anak anak kita, jika salah hukumlah.., dan jika ada orang lain mengadu, ucaplah terima kasih kerana dalam dunia ini, masih ada orang yang sayang pada anak-anak kita..

Korang tahu kenapa ramai mak bapak bangang dalam hal sebegini?

Ini adalah kerana sikap tak boleh dikritik, dan rasa diri betul dan sempurna, yang mana apabila ada orang mengkritik anak mereka, pada pandangan si bangang ini, seolah mengkritik diri mereka, aduhai.., anak buat salah, orang tegur, buat apa nak emosi, lebih baik betulkan anak sewaktu masih boleh dibetulkan..,

Aku tahu korang sayang pada anak korang, tapi cara korang tunjuk kasih sayang biarlah dengan cara yang betul, Lukman Nur Hakim yang bijaksana selalu pesan, “anak tidak dapat tidak perlu dihukum, seperti kebun perlukan air” atau pepetah melayu lama; “sayang anak, tangan tangankan..,” atau pepatah keretamayat.

“jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”

8.Hidupkan suara Nabi di rumah.

Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..

Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu,

Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...

Untuk itu, aku juga belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..

Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?

Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?

Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi” dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?

Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap?(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)

Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..

Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak anak kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..

9. Jangan tunggu 10 tahun baru nak pukul anak.

Percaya cakap aku, tak nak ulas bab ni.., anak aku belum 10 tahun lagi, dah kena pukul dah, pergi surau diam jer kat belakang, (macam riak aku ni..oh) tak macam budak budak lain yang buat bising kat belakang surau waktu solat, bapak pulak buat bodoh jer, bila tanya, kenapa tak larang anak buat bising, mereka cakap, tunggu 10 tahun baru boleh pukul.., apa ke bengap?! Memang Nabi suruh pukul anak tak solat bila umur 10 tahun, dan itu bab solat, bab lain, tak kan nak tunggu 10 tahun? Lagipun dalam islam tahun pendek, anak umur 8 ke 9 tahun kelendar masihi dah 10 tahun dah.., pukul jer anak tu, ada hadith, rumah yang di gantung rotan untuk mengajar anak, dapat pahala, tu gantung, kalau pulul lagi banyak pahala. dan tak perlu aku cerita tahap pukulan yang macam mana, aku tahu korang semua tak slow. Biar anak takut dan hormat sama kita waktu mereka kecik., cuba rujuk gambar di bawah:

Gambar di atas aku petik dari web maddox, dan aku kongsi nasihat beliau:"If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots."

Jap lagi ada yang butthurt: “eh, Hamka, kenapa qoute ayat orang kapir?”

Yelah yelah, aku qoute kata kata Lukman al hakim, anak perlu dipukul seperti kebun perlu di airi... amacam puas hati?!

Ok, Aku rasa cukup sampai sini, anak aku dah menangis nak susu, pergi dulu, bancuh susu jap. Eh, rupanya anak aku menangis sebab si abang sulung yang usik? Mana rotan? Siap kau!!

( Babak seterusnya terpakasa di potong kerana terlalu ganas yang agak keterlaluan, juga ada gabungan dua atau lebih unsur ganas yang lain)

Sekian.

Ps: Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang hitam, mereka akan mencoteng muka mak bakak dengan kapur- woha!

71 comments:

Wadi AR said...

betol. nama adik beradik gua semuanya ringkas dan penuh maksud. macam aku, Wadhihah

bell said...

ohshem

Grave Members said...

hhahahaha... klakar ar post kala ni.. padat.. penuh tersurat dan tersirat... nama adik bradik aku pun sume pendekkk2.. 2 patah je, n bilangan huruf xlebih dari 8..

wlupun aku xkawin lagi, tp akan ku praktikan cara2 didik anak kat kucing aku..

post yg bernas hamka..

Anonymous said...

banyak yang mengambil mudah di dalam mendidik anak

Datin Lulu said...

Didik anak bermula dari pilih jodoh.
Pilih jodoh yang baik.
Dah mengandung, didik anak dalam kandungan dengan surah-surah al-Quran dan amalan yang baik.
Anak dah lahir azan dan iqamatkan.
Pilih nama yang baik untuk anak.
Manjakan anak semasa kecil.
Dah besar jadikan anak sebagai kawan.
Anak dah kawin jadikan sebagai jiran.

Didik anak ikut sunnah.
Didik anak hidup sederhana.
Didik anak korbankan harta dan masa untuk agama.

Apa yang penting, tabahkan hati dan perasaan. Sebab nak didik anak bukan perkara yang mudah.

Mama Rocks said...

kena balik cari kitab

cintailmu89 said...

panduan untuk bapa muda...
chewahh..
eh,jap...ak belom kawen...woha.

Mohd Aslam said...

terbaikkk..

najwaTAZ said...

alhmdulillah. thanx hamka.

Asyraf said...

Betul kata ko hamka, org zaman skang ni tak boleh terima kalau anak deorang salah... Aku dulu kalau kena rotan kat sekolah balik rumah pun dapat habuan... Skang ni alhamdulillah berjaya adik beradik aku...

Asyraf said...

Betul kata ko hamka, org zaman skang ni tak boleh terima kalau anak deorang salah... Aku dulu kalau kena rotan kat sekolah balik rumah pun dapat habuan... Skang ni alhamdulillah berjaya adik beradik aku...

Pnut said...

Husband saya garang orangnya...
Mungkin terikut-ikut cara dia dibesarkan oleh arwah bapa mertua.
Garang, sampai kadang-kadang saya rasa keterlaluan.

Bab solat jadi keutamaan dia, masa dia ajar anak solat umur 6 tahun, kalau tergaru-garu... (lebih 3 kali, walau dah sampai tahiyat akhir) dia akan tepuk bahu suruh berhenti solat balik... masa subuh dia goncang anak sampai bangun, kesian bila fikir baru umur 6 tahun,

time goes, now the hero dah nak masuk 11 tahun next year, kesannya.. anak saya amat menjada solatnya.. kalau dia tertido, tanpa solaat isya' bagai diset, dia akan terjaga sendiri, dan bangun bersolat.. kdg2 kita tka sedar pun dia belum solat, tetapi bila tengok dia terjaga dan solat baru dia bagitau yang dia belum solat isya'

bab lain pun garang, dulu saya selalu bergaduh sebab kenapa nak garang sangat, tp lama-lama saya immune dan kuatkan hati je bila dia marah, sebab dah nampak kesanya kepada anak, dalam usia 10 tahun nampak dia lebih matang berbanding kanak-kanak lain seusia dia

Lady Windsor said...

Terbaiklah entry yang ini...like infiniti. Bro, aku ada kawan nama Hamka...handsome tahap otromen...
Kalau Allah bagi peluang aku jadi mak orang esok, aku pilih nama Aql, supaya anak aku guna aqal sebelum bertindak...(bukan aqil hayy ya..)

Skymatrix said...

Salam.

Nice entry.

Anak aku tak takut kalo diusik dengan hantu jembalang sebab memang ajar dari kecik hantu tak wujud, yang wujud hanyalah pengarah cerita hantu (aku rasa nak terajang diorang sebab suka sangat buat cerita hantu dan cungkil mata orang yang suka tengok cerita hantu dan terpengaruh lalu jadi penakut)...

Cuma satu yang aku risaukan, anak aku ikut perangai aku yang garang (masih bertempat dan terkawal dan tidak merbahaya kepada bot2 kecil)...

Apa pun sama2 la kita didik anak2 dengan cara yang terbaik dengan mengikut ajaran ISLAM...

Wassalam.

fauzan said...

mohon share ya bro hamka

fauzan said...

mohon share ya bro hamka

fauzan said...

mohon share ya bro hamka

Anonymous said...

Argh..Tidak bisa berkata..Artikel Sangat Bagus!

Egg Head said...

bukan "suara nabi" la encik hamka tapi "kalam nabi".nie baru betul...

bila nak buat entry pasal targhib untuk student supaya jangan josh...

PemilikMataCoklat said...

Boleh print tampal kat dinding bila kawen and ada anak nt ni=))

Errr, kalau kita dgr bacaan al-quran tp xfhm maksud dan dgr sbg penggnti tuk mengelakkan dari dgr lagu2 yang lagho dosa tak Hamka??

Rina said...

Mekasih En. Hamka. Ilmu yg berguna. Anak saya sorang jer..perempuan 9tahun. Saya dan suami tak pernah merotan sbb tak sampai hati. Bab lain anak saya okey..pelajaran, lemah lembut dan sopan. Tapi bab solat dia agak liat..mesti disuruh berulang kali.Perlukah dirotan pada umur 9tahun? Tidak kah nanti anak merasa jauh hati dengan saya?

ck slmh said...

betapa besar dan beratnya tanggungjawab membesarkan anak2.
anak saya baru sorang, tu pon bayi lagi.
harap2 tips berkenaan bakal menjadi amalan saya.
terima kasih inchek Hamka.
woha!

Anonymous said...

Salam Hamka..terima kasih kerana berkongsi ilmu yang baik ini dengan kami semua. Alhamdulillah Anak2 saya tdk bernama panjang. semuanya mudah disebut dan 'dijerit' bila perlu. Nak bertanya ttg kitab hadith dimana sy boleh dptkan atau tolong specifickan nama kitab (hadith) tersebut sy berminat nak belajar nak amalkan. Tkasih.

Anonymous said...

Salam Hamka..terima kasih kerana berkongsi ilmu yang baik ini dengan kami semua. Alhamdulillah Anak2 saya tdk bernama panjang. semuanya mudah disebut dan 'dijerit' bila perlu. Nak bertanya ttg kitab hadith dimana sy boleh dptkan atau tolong specifickan nama kitab (hadith) tersebut sy berminat nak belajar nak amalkan. Tkasih.

dRopPuc!noo™ said...

takutnya nak didik anak2 nanti.. takot tersalah didik =.= (masih bujang) hahaha..
moga Allah permudahkan..

Chameleon said...

tak setuju anak kain putih. kalau lukisan buruk macam mana?

Lyn said...

aku rasa dah penah baca post ni dekat salah satu entri kau yang lepas hamka. its ok, baca lagi sekali. masih terkekek kekek dan berkesan sampai ke urat.

bluntifuljune said...

hamka, kalau ada masa tolong buat satu entri ulas tentang hal yang aku email pada kau semalam.

JAIRO said...

thanx for the sharing

anis said...

salam hamka
macamane kalau anak yg hyperaktif? kadang2 anak2 yg nakal, makin kita pukul, makin menjadi2 pulak nakalnya...
anak yg hyperaktif pun macm tu, puas dah saya larang jgn makan coklat, gula2, aiskrim, fastfood, tapi die tetap hyperaktif n tak mahu dgr cakap...bile rotan, lagi die buat dono je...
ade beza tak kalau saya cubit?
ye lah, kot2 die sorok rotan tu, saya cubit die je, boleh ke?
suami saya marah tgk saya rotan anak...katanya macam ikut nafsu...
cara suami saya, lebih kepada cakap perlahan2, kenapa tak boleh itu, kenapa tak boleh ini, bak kata orang lebih kpd penjelasan dan penerangan, yg pelik tu die dgr pulak cakap ayahnya...
tolong hamka!

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

salam kepada ibu prihatain

kitab yg dimaksudkan oleh Hamka adalah kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Ahadith..

Boleh didapati di sri petaling. Kalau nak cepat boleh online http://pesandansampai.tk/

Saya pun beli online dgn mereka..
sungguh mudah..


saya juga seorang ibu yg perihatin

Anonymous said...

menconteng arang kat muka mak ayah - kepakaran aku. bukan salah ibubapa tak mendidik tapi anak bila dah besar rasa diri lagi betul dari mak ayah. dah tersadung baru nak hargai apa yang dididik. :)

Anonymous said...

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…”

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since.

Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
..............................

ps:sory panjang ye...please jgn garang dan selalu pukul n marah anak :(... please

Romeo said...

tak sabar nak dapat anak

Romeo said...

taklim umah :)

Musafir lalu said...

Sayangkan anak,ditangan-tangankan,sayangkan isteri,ditinggal-tinggalkan.^_^
Aku nk tambah satu perkara,bila dlm keadaan marah,ibu bapa akan keluarkaan perkataan cacimaki@kata-kata kotor pd anak..sebenarnya apa-apa yg keluar dr mulut ibu bapa,(terutama ibu),adalah doa..dan doa ibu seorang ibu disisi Allah tiada hijab@penghalang..

hamka said...

Petang jummaat, jawab mana sempat.

(((bukan "suara nabi" la encik hamka tapi "kalam nabi".nie baru betul...)))

bila ada “telinga arnab”, kita betul lah..

(((bila nak buat entry pasal targhib untuk student supaya jangan josh...)))

Baca entry: Apa itu Josh?

((((Errr, kalau kita dgr bacaan al-quran tp xfhm maksud dan dgr sbg penggnti tuk mengelakkan dari dgr lagu2 yang lagho dosa tak Hamka??)))

Dengar Al quran, tak paham, tak salah, masih boleh pahala, bacapun sama, tak paham apa ayng di baca, pun masih boleh pahala, termaktub dalam kitab.

(((Perlukah dirotan pada umur 9tahun? Tidak kah nanti anak merasa jauh hati dengan saya?))))

Jangan keliru antara ‘pendidikan’ dan ‘penderaan’.

(((Nak bertanya ttg kitab hadith dimana sy boleh dptkan atau tolong specifickan nama kitab (hadith) tersebut sy berminat nak belajar nak amalkan. Tkasih.)))

Rujuk koemn dari Mayat Seri Kembangan

(((tak setuju anak kain putih.
kalau lukisan buruk macam mana?)))

Tak setuju apa ni, hadith dah cakap macam tu, anak macam kain, bini macam ladang, ok apa.?

(((aku rasa dah penah baca post ni dekat salah satu entri kau yang lepas hamka. its ok, baca lagi sekali. masih terkekek kekek dan berkesan sampai ke urat.)))

Entry ni gabungan beberapa entry. Aku setuju apa kau komen.

(((hamka, kalau ada masa tolong buat satu entri ulas tentang hal yang aku email pada kau semalam.)))

Alamk, email mana satu, ada banyk ni, boleh highlight sikit?

(((macamane kalau anak yg hyperaktif? kadang2 anak2 yg nakal, makin kita pukul, makin menjadi2 pulak nakalnya... bile rotan, lagi die buat dono je...ade beza tak kalau saya cubit?)))

Cubit ni lebih sakit dari rotan, terutama cubit lepas tu pulas sambil mulut kita herot kancing bibir. Bab anak kau tu, kau lebih tahu apa dia mahu, dan apa dia tak suka.

Anonymous said...

Nice entry hamka , apa pendapat hamka tenteng ibu bersalin yang diperiksa oleh dotor lelaki , kalau tak perasan sibuk tulislah satu entry tentag menjaga aurat sewaktu dalam labour room.
baru ni isteri saya berjaya untuk menghalang doktor lelaki dari memeriksa bahagian sulit. doktor tu ka ikut protokol doktor yang kena check jadi saya kata pergi cari doktor perempuan ..... terus kena boikot dengan nurse

Musafir lalu said...

Ustaz aku pernah pesan.dlm mentarbiyah@mendidik anak2,ada 4peringkat.
1)ktk ank berumur setahun-7thn.pd waktu ini,ia disebut "waktu mulaa'bah@waktu bermain".krn pd umur sebegini,ank akn hanya fikir utk main,krn itulah dunianya.ajar anak doa2 masnun,doa makan,doa lps makan,doa nk tidur,doa bangun tidur..didik anak time makan,guna tangan kanan,masuk tandas,guna kaki kiri,keluar tandas,guna kaki kanan..,jadilah ibu bapa yg best,luangkan lebih masa utk bermain dgn anak2,supaya anak2 akan dpt belajar sambil bermain.:)
2)Ktk anak berumur 7thn-14thn.pd waktu ini ia disebut"waktu muaddabah@tarbiyyah"pd waktu sebegini,ank2 kena diajar ttg solat,pisahkan tempat tidur atr anak lelaki n perempuan,didik anak dgn akhlak2 yg baik,memaafkan org,bg tau benda ni kena buat sebab apa@benda ni xley buat sbb apa..jgn main hukum terus anak@rotan ank sblm dia tahu apa kesilapannya,n explain baik2 pd anak dgn berhikmah n penuh kasih sayang.:)
3)Ktk anak berumur 14tahun-21tahun.waktu ini disebut"waktu musahabah@ waktuberkawan".didikan pd anak2 ketika umur sebegini sgt2 penting.jika ank2 menerima sgl tunjuk ajar ibu bapa dgn baik,maka masa depannya akn menjadi mudah n cerah.jika pd pd peringkat umur sebegini,ank2 degil n tidak mahu mendengar n mentaati didikan ibu bapa,maka masa depan ank tersebut akn lebih susah utk ditarbiyah..pd waktu ini,ibu bapa seharusnya mendampingi ank2 n menjadikan ank2 spt kawan.boleh berkongsi masalah,berkongsi idea.walaupun menjadikan ank2 spt kawan,dlm masa yg sama,ank2 perlu ttp menghormati ibu bapanya..ibu bapa yg bijak sewajarnya menghantar ank2 dibawah didìkan guru@sekolah yg menekankan akhlak yg baik dlm diri pelajar.:)
4)ktk anak berumur 21-28tahun.pd umur beginì,ank2 akan cenderung terhadap keinginannya sendiri.krn pd umur begini,mrk sudah benar2 matang utk menentukan kehidupan,spt keinginan bekerjaya n berumahtangga. Doronglah ank dgn nasihat n bimbinglah mrk dlm mengatur hidupnya.:)
-atr pkr yg paling penting adalah hubungan ibu bapa dgn Allah..didiklah ank2 dgn ikhlas kerana Allah.mtk bantuan pd Allah agar Allah memudahkan tugas kt dlm mentarbiyyah anak2..
-wallahua'lam..

Musafir lalu said...

Ustaz aku pernah pesan.dlm mentarbiyah@mendidik anak2,ada 4peringkat.
1)ktk ank berumur setahun-7thn.pd waktu ini,ia disebut "waktu mulaa'bah@waktu bermain".krn pd umur sebegini,ank akn hanya fikir utk main,krn itulah dunianya.ajar anak doa2 masnun,doa makan,doa lps makan,doa nk tidur,doa bangun tidur..didik anak time makan,guna tangan kanan,masuk tandas,guna kaki kiri,keluar tandas,guna kaki kanan..,jadilah ibu bapa yg best,luangkan lebih masa utk bermain dgn anak2,supaya anak2 akan dpt belajar sambil bermain.:)
2)Ktk anak berumur 7thn-14thn.pd waktu ini ia disebut"waktu muaddabah@tarbiyyah"pd waktu sebegini,ank2 kena diajar ttg solat,pisahkan tempat tidur atr anak lelaki n perempuan,didik anak dgn akhlak2 yg baik,memaafkan org,bg tau benda ni kena buat sebab apa@benda ni xley buat sbb apa..jgn main hukum terus anak@rotan ank sblm dia tahu apa kesilapannya,n explain baik2 pd anak dgn berhikmah n penuh kasih sayang.:)
3)Ktk anak berumur 14tahun-21tahun.waktu ini disebut"waktu musahabah@ waktuberkawan".didikan pd anak2 ketika umur sebegini sgt2 penting.jika ank2 menerima sgl tunjuk ajar ibu bapa dgn baik,maka masa depannya akn menjadi mudah n cerah.jika pd pd peringkat umur sebegini,ank2 degil n tidak mahu mendengar n mentaati didikan ibu bapa,maka masa depan ank tersebut akn lebih susah utk ditarbiyah..pd waktu ini,ibu bapa seharusnya mendampingi ank2 n menjadikan ank2 spt kawan.boleh berkongsi masalah,berkongsi idea.walaupun menjadikan ank2 spt kawan,dlm masa yg sama,ank2 perlu ttp menghormati ibu bapanya..ibu bapa yg bijak sewajarnya menghantar ank2 dibawah didìkan guru@sekolah yg menekankan akhlak yg baik dlm diri pelajar.:)
4)ktk anak berumur 21-28tahun.pd umur beginì,ank2 akan cenderung terhadap keinginannya sendiri.krn pd umur begini,mrk sudah benar2 matang utk menentukan kehidupan,spt keinginan bekerjaya n berumahtangga. Doronglah ank dgn nasihat n bimbinglah mrk dlm mengatur hidupnya.:)
-atr pkr yg paling penting adalah hubungan ibu bapa dgn Allah..didiklah ank2 dgn ikhlas kerana Allah.mtk bantuan pd Allah agar Allah memudahkan tugas kt dlm mentarbiyyah anak2..
-wallahua'lam..

bluntifuljune said...

subject email : Bagaimana Aku Nak Tenangkan Diri Kalau Ayah Aku Buat Perangai? sent hari Rabu 21 Dec.

Musafir lalu said...

Doakan aku supaya dpt jadi ibu yg best pd anak2..tp aku xdpt anak lagi..owh,doakn mg aku akan dpt anak2 yg comel2..
eh!aku belum kahwin lg.,camner aku nk dpt anak..ha3^_^

Amak said...

terima kasih banyak banyak untuk ini.

aisha rahim said...

bagus la KM ni...

Anonymous said...

aq teringat kata2 hamka

melentur istri biar dr mlm ptma..hehehe

nak ank yg baik.pertama mak n bpk dy mstla kna jd org yg baik kn

cnth Imam Syafie Rah..ibu dy jg sgla2nya slma bplh2 taon untk mlhrkn insn sprti Imam Syafie..

Renungan buat mrka yg blm khwn dan bercita-cita nk ank yg baik

Dan bg yg dah khwn dan mmliki ank..ajrkn ank spya ckp kbsran Allah Taala spya iman yg btul dtg dlm dri mrka..

contoh bgtahu pd merka bkn ayh yang bg mkn pd along/angah o whtevala yang bg mkn,mnm dan evrythg ialah Allah..biasakn ldh mrka untk membesarkan Allah Taala..

Ni la slh stu asbab anak2 Sahabat R.anhum jd ank yg sgt hbt..sb dlm hti mrka tlh ddidik dgn khbtan dan kbsran Allah Taala..

klau slh tgrla aq yea..salam

nadiyahashim said...

will be a mother.. insyaallah, nak terapkan makrifatullah dulu sebelum yang lain. soal kejujuran dgn anak plak mcmmana/ adakah segalanya perlu berterus terang..atau ada yang kita sembunyikan secara TERANG?

ezzudine said...

salam hamka...thanks, nice n3..tp boleh x next time ko wat n3 yg lain2 dri skop ko..kira cam 'tea break' la atau iklan...kalo berterusan je dlm skop yg sama, bosan la gak..so for this break, i'm suggest u to make n3 about malaysia military..now's hot about new jet fighter will be selected by gvment to replace existing MIG 29..there r 2 short listed, Thypoon and Rafale..wat la analisis sikit2 n bg la idea n komen ko yg bebisa tu..pls,,..syor aje...tq

Nuruddin Azri said...

menarik.

urm,

saya ada satu permintaan.tadi,saya ada menghantarnya tapi tak pasti sampai atau tak.jadi saya tulis semula.

saya nak mintak sahabat hasilkan satu artikel berkenaan

"konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini"

itupun kalau xkeberatan.mintak kongsikan linknya di blog saya

http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

kalau boleh sebelum 28hb disember la sebab saya kena bentangkannya pada 30hb disember ini.lagi cepat lagi bagus.harap xkeberatan la.

kalau ada video n artikel berkaitan dengannya boleh juga dikongsikan.

syukran...=)

*artikel tu mengikut kaca mata penulis blog ini lah...

arm said...

pernah tegur anak buah pada kakak sendiri.. dia salahkan anak orang lain.. dia cakap komen kita macam dia taktau didik anak pulak..

orang cakap tak boleh terima.. janganlah anak buah ku jadi kurang ajar kelak.. takut hal2 macam ni..

Anonymous said...

Assalam,


Kelebihan seorang ibu, syurga dibawah tapak kakinya.
Kelebihan bapa, doa kepada anak tiada hijab.

Aku sedang belajar setiap kali lihat anak-anak aku, aku berdoa dalam hati. Sekarang, tengok jer budak-budak (bukan anak aku pun) aku automatik nak doa juga ker mereka.

Jadilah anak-anak soleh/solehah, hafiz/hafizah, alim/alimah, karkun/karkunah. Matikanlah mereka dengan kalimah, Matikanlah mereka di jalan Allah.

Orang lama-lama pesan jika anak belajar tahfiz kita sebagai ibu bapa hari-hari kena solah hajat khusus untuk mereka. Lagi nak jadi baik lagi tinggi ujian Rabb.

Seorang Haji marah aku...bukan anak-anak yang belajar tahfiz jer...yang tak belajar pun kena solah hajat khusus untuk dia...he..he.. Aku terasa begitu kerdil dan melihat Haji tu dengan penuh kasih dan sayang. "Saya baru nak belajar hidup Haji"...Dia senyum jer.

Khalid

Anonymous said...

alhamdulillah.sonang kalo imam dlm rumah memang ader jati diri nak didik ank cmni.

tapi cmane kalo mak je aje yg pikior psl nk didik ank.bapaknya.."ok..yg tu laling pikirkan ye"..(awww laling)

hamka atau sesape yg melintas di komen ni, tau tak cmane cara/tips nak bagi suami (yg mmg ader ilmu agamanya) cume kurang 'merasa' dalam hati. org muda, dok sibuk men kete,tune kete, belai kete.takpun hamka buat 1 entry psl ni.lalala

aku anon je la.kang cm mburukkan laki lak.tp laki aku baik je..cume prob kt ats tu jela..hee

yg benar,
BiniSygLakiDuniaAkhirat

Zul fattah said...

Allah.. semoga menjadi pengajaran pada aku dan org lain kelak..

Anonymous said...

Assalam

Anak adalah harta yang sebenar.
Kita ajar dia buat baik, dia ajar anak dia, "cucu" kita buat baik, kemudian cucu kita ajar cicit kita pulak,cicit pun ajar buat baik pada anak-anaknya dan seterusnya sampai habis keturunan.

Insyallah, kita akan dapat saham kebaikan setiap anak,cucu,cicit dll yang seangkatan dengannya.

Anak kita kahwin dua!! he..he..dia ajar anak dua-dua bini jadi
baik!Woha!

Anak dua-dua bini pun ajar buat baik kat cucu-cucu, dua-dua bini anak kita...he..he..kayo pakcik!

110%

hamka said...

Jawab jam satu pagi, mungkin tak membantu..oh

((( apa pendapat hamka tenteng ibu bersalin yang diperiksa oleh dotor lelaki , kalau tak perasan sibuk tulislah satu entry tentag menjaga aurat sewaktu dalam labour room.baru ni isteri saya berjaya untuk menghalang doktor lelaki dari memeriksa bahagian sulit. doktor tu ka ikut protokol doktor yang kena check jadi saya kata pergi cari doktor perempuan ..... terus kena boikot dengan nurse)))

Ini di namakan, asam garam hospital, untuk ubah benda ni, kena tunjuk perasaan bersama pembakang dengan sepanduk,
” KAMI MAHU DOKTOR PEREMPUAN PERIKSA KELAMIN SULIT ISTERI KAMI”
Note: jika ada duit lebih, dan mampu, boleh bersalin di hospital swasta, kat sana kita boleh request doktor perempuan. Jika tak mampu, berdoa, bertawakal, (dan mungkin kena berdemo-woha!)

((( Bagaimana Aku Nak Tenangkan Diri Kalau Ayah Aku Buat Perangai? )))

Dah jawab dalam email, mengikut rekod, ni kira cepat balas.

(((soal kejujuran dgn anak plak mcmmana/ adakah segalanya perlu berterus terang..atau ada yang kita sembunyikan secara TERANG?)))

Tak perlu terus terang semua perkara, jaga hati dan perasaan.

((( boleh x next time ko wat n3 yg lain2 dri skop ko..kira cam 'tea break' la atau iklan...kalo berterusan je dlm skop yg sama, bosan la gak..so for this break, i'm suggest u to make n3 about malaysia military..now's hot about new jet fighter will be selected by gvment to replace existing MIG 29..there r 2 short listed, Thypoon and Rafale..wat la analisis sikit2 n bg la idea n komen ko yg bebisa tu..pls,,..syor aje...tq)))

Aku tulis pasal politik, orang suruh aku stick to the basic, aku tulis pasal konspirasi, pun sama, merayu rayu dalam email mintak suruh tulis bab rumahtangga jer.., lepas ni nak tulis pasal angry bird lah pulak, woha!

(((saya nak mintak sahabat hasilkan satu artikel berkenaan"konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini")))

Dah tulis dalam entry: bagaimana menjadi pendakwah, part 1 and part 2. Rujuk.

(((Orang lama-lama pesan jika anak belajar tahfiz kita sebagai ibu bapa hari-hari kena solah hajat khusus untuk mereka. Lagi nak jadi baik lagi tinggi ujian Rabb.)))

Terima kasih berkongsi info.

(((hamka atau sesape yg melintas di komen ni, tau tak cmane cara/tips nak bagi suami (yg mmg ader ilmu agamanya) cume kurang 'merasa' dalam hati. org muda, dok sibuk men kete,tune kete, belai kete.takpun hamka buat 1 entry psl ni.lalala)))

Kalau dah tua asyik main tune kereta, itu sydrom mumayiz down.., dah ada entry pasal ni, baca juga entry bertajuk: 100 things i hate about U

admin said...

nasib baik aku dah set dengan wife . paling panjang 2 perkataan jer nama anak.. pergi daftar semua orang dok tanyer kenapa pendek sangat nama nih..

http://sembang-automobil.blogspot.com

sembang sembang

Ibu yang Risau said...

salam Hamka,

jika kita nak anak kita jadi baik bermula dengan ibu bapanya harus baik juga contoh bab solat. Bagaimana kalau ibunya menjaga solat tetapi bapanya tidak menjaga solat?? Adakah ia akan mempengaruhi anaknya juga untuk tidak menjaga solatnya?

Apakah tindakan yang terbaik yang harus dilakukan ibu itu??

Mohon minta pandangan dari Hamka & the gang..

tq

Nizam Ijam said...

kali pertama singgah bagus entry nie.. tahniah

Anonymous said...

Assalam

Teruskan risau....jangan berhenti risau sampai tak boleh nak risau (mati). Kerisauan tentang kehidupan akhirat suami dan anak akan menjadi saksi diri kita di akhirat. Insyallah saya juga akan menjadi saksi Puan walaupun tak pernah jumpa. Bukankah Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu?

Bila tak tahan dengan kerisauan, tambahkan amal untuk tenangkan balik hati. Hanyasanya dengan mengingati tuhan, hati akan jadi tenang.

Sentiasa bersangka baik pada suami dan hidupkan majlis ta'alim di rumah. (Sila rujuk komen Puan Bakal Mayat Seri Kembangan)Puan dan anak pada permulaan. Perlahan-lahan ajak suami duduk sama-sama dengar.

Orang lama-lama kata, bila kita bukak sahaja kitab-kitab yang ada firman Tuhan dan sabdaan nabi saw, nur akan berlimpahan dirumah kita dan semua ahli keluarga akan terkesan tanpa mereka sedari.. Satu hadith, satu titik hitam dalam hati akan hilang.

Jangan putus asa, kerana itulah sifat syaitan putus asa bila diarah sembah Adam a.s

Bulan 5 ni, insyallah ijtimak akan diadakan di 13 kawasan seluruh Malaysia. Pastikan suami tahu dan pujuk dia pergi. Rasuahlah dia...he..he..

Khalid yang lara

Ibu yang Risau said...

en khalid yang lara,

terima kasih..

InsyaAllah saya akan praktikkan saranan encik.

budak-budak said...

tersangat la setuju pasal bile org tegur ucapla terima kasih....nk share dl penah bagitahu jiran yg anak dia g melilau kat bandar time skola.tapi mak ayah dia maki saya..mau xye..saya trun bas blik skola dia naik bas g bandar(masa tu budak tu skola petang,saya skola pagi,saya skola kat bandar,dia sekolah kat kwsan perumahan kami je..sejengkal je dr umah)..ble masa ye dia g skola..tup2 one day,si anak lari dgn pakwe dia...mtk si mak n ayah nya kawen kan die dgn jejaka pilihan nya...hasil perkenalan di ruang chat...kat umah pulak smpai warning letter yg si anak akan dibuang sekolah...dalam ati jahat jgk.."padan muka dulu ak cakap xpecaya"...hehheehe...bkn nak aibkan si makayah ni..tapi amik tahu apa yang jiran cakap...mgkn ada kebaikanya....

Anonymous said...

Salam and thanks.

Wah, dah tanya soalan ni masa isteri mengandung anak sulung, semalam isteri saya dan bersalin anak kedua :)


Thanks, input berguna, especially ucapkan terima kasih kalau ada yang mengadu hal anak kita :)

adeq said...

saya mahu anak!

nak marah juga anak2.

tapi yang jadi mangsa adik2 saja.

lebih takutkan saya dari mak saya sendiri, sebab terbukti garang dan kuat bebel.my bad.

saya mahu anak!!

Anonymous said...

Adeq,

saya pun mahu anak...
saya sangat2 mahukan anak.
saya pun sdang mencari-cari kilang untuk memproses anak. Raw material saya mc lg dlm bentuk berudu. tggal tggu kilangnye je. So...

Aku yang sepi

Anonymous said...

salam..

Hamka, soalannya berbunyi macam gini.."Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja."
so.. ade tak jawapan yang spesifik skit macam mana nak didik anak dalam kandungan.. khen. Siapa setuju angkat tangan..

@bONDA : SAYA!! SETUJU!
@AZWAN ALI : Amboi ..amboi amboi setuju sgttt!!
@KHALID BHAI yg lara : 110% behind KM!!
@IBU YANG RISAU : Betul betul betul setuju..
@WADI AR : malu-malu plak HAMKA nie citt!! suh la ahliah perturunkan tip skett.. ;)

-rom

Anonymous said...

salam..

Just nak share, tips daripada orang-orang lama..

1. Latihan ibu (telinga) suka dengar azan dan terus solat awal waktu.
latih dan letihkan diri para ibu untuk selalu tunggu waktu solat dengan dengar azan dalam keadaan sudah berwuduk dan berada atas tikar solat. Justeru itu dapat solat qabliah dahulu dan fardu dan bakdiah.

2. Latihan ibu suka (mata) membaca Al-quran (eg Yasin, every after subuh, Waqiah between maghrib n sajjadah n al mulk after witir dan .. Hamka sambung..

3. Latihan ibu suka (tangan) mengusap perut (aturan seperti tawaf) dengan ayat al-Quran seperti Surah Ar Rahman ayat 1-4, (..4. Yang mengajarkan manusia berkata-kata) with this amalan try to make inner verbal n thought to the baby, n he/she will response accordingly.. InsyaAllah nak tahu lebih practikal kenalah bagi masa bersama ahliah orang-orang lama dalam usaha, because they share this amalan with fikir dan risau kepada agama.. :)

-ron

hamka said...

Ibu yang Risau

Anak lebih lama masa bersama mak, jadi tak perlu risau, kerana anak biasanya ikut mak.
Kalau kau bagus, dan didik anak bagus bagus, anak pembuat berhalapun tak terkesan dengan ayahnya(rujuk kisah Nabi ibrahim)

Bab suami, ingat! perempuan baik untuk lelaki baik, kau fokus untuk baikkan diri kau, maka isnyAllah suami kau akan terkesan dan jadi baik, atau jika dia tak nak jadi baik, dia akan mati dan kau akan dapat suami baru yang baik, atau kau mati dan dia berkahwin dengan perepuan yang sama jahat, benda ni complex, tapi aku rasa kau boleh harmonikan pendapat aku yang carca merba ini.,oh

((((Hamka, soalannya berbunyi macam gini.."Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja."
so.. ade tak jawapan yang spesifik skit macam mana nak didik anak dalam kandungan.. khen. Siapa setuju angkat tangan.. )))

soalan ni di tanya oleh Darus Interferon waktu anak dalam kendandungan, tapi jawapan aku jawab waktu anak dah besar, kira setujulah ye. Woha!

Tuan Abdul Ahmad Rais Said Altonfok Tonfok Tun Kiai Berahim Bin Ammad Fuad Zambri Mamawee Al Tompek said...

terbaeekkk...

zAr said...

haha..ya la wey..
aku penah sengal tak puas hati, nama aku ringkas tak macam kengkwan aku.
pehtu ayah aku jawab camni...

'senang, kang nak nikah tak ya susah2 sebut panjang2..'

memang da best la ayah aku, berfikiran ke depan, walhal ayah aku kawen muda kot..

adeq said...

Si Anon yang Sepi,

So, apalagi cari la kilang cepat.
Kilang pemprosesan berudu.

*motif samakan perempuan as kilang.hmmmm.

Anonymous said...

Assalamua'laikum..aku nak kongsi satu ilmu dlm mendidik anak..
1)ktk anak berumur setahun hingga 7thn.waktu inì disebut "waktu mulaa'bah"@waktu bermain.krn kanak2 pd seusia ini hanya fikir main.utk jd ibu bapa yg best,bermainlah dgn anak agar anak dpt belajar ktk bermain.kanak2 sgt cepat meniru org2 yg berada disampingnya,terutama ibu bapa.didiklah anak agar kenal Allah.kenal ayat2 Allah(al-quran),n kena pd kekasih Allah(rasulullah)..
2)ktk anak berumur 7-14tahun.waktu ini disebut "waktu muaddabah"@waktu mendidik. anak2 ktk ini sgt2 perlu didik krn jika pd umur sebegini ank2 mudah dididik n dilentur,maka InsyaAllah mudahlah perjalanan hidupnya nnt.n jika umur ank ketika ini sukar dilentur,maka kemungkinan akn lebih susah bagi ibu bapa utk menegur dikemudian hari..ajarlah ank ttg hukum2 Allah.pkr2 wajib,haram,dosa n pahala..pd umur sebegini,latihlah mrk utk solat,pisah tempat tidur ank lelaki n ank pompuan..jika ank buat silap,tegurlah mrk dgn kasih sayang.n explain pd ank benda tu salah sebab apa n benda ni betul sebab apa..hantar ank ke sekolah agama agar penerapan agama akn masuk kedalam diri mereka..
3)Ktk anak berumur 14-21tahun.pd waktu ìni disebut "waktu musahabah"@waktu berkawan..so,jd lah best friend pd ank2.share minat mereka,share masalah or apa2 prk yg boleh eratkn hubungan ank2 ngan kt..
tp dlm masa yg sama,anak2 perlu ttp menghormati ibu bapa mrk n meletakkan taraf ibu bapa ditempat yg tertinggi.
4)ktk ank berumur 21-28.pd umur sebegini,biarlah ank menentukan hidupnya sendiri.krn pd usia ini,ank2 sudah cukup matang utk berfikir baik buruk sesuatu pkr.
Ibu bapa yg berjaya mmg tidak akan risau perjalanan hidup anaknya,krn anak2 sudah dididik n ditarbiyah sebelumnya..ttp ibu bapa yg gagal pastì akn bimbang ttg kehidupan anknya,krn teguran,didikan,belain n tunjuk ajar,hanya berguna ktk anak2 masih kecil..spt pepatah arab yg bermaksud,"mendidik ank yg masih kecil spt mengukir diatas batu,n mendidik ank ktk besar adalah stp mengukir diatas air".
-wallahua'lam.

Unknown said...

apsal la saya bru jmpa blog ni... byk nasihat yg saya dapt.. utk didik anak2 saya.. nama anak2 saya pun simple je.. yg sulung Huda Amani, yg kecik Ilham Kasyaf...