Aug 25, 2011

Halaqah-Sentuhan kalbu?

(Menangis di akhir Ramadhan-untuk lebih emosi, bacalah monolog ini dengan berlatarkan audio alunan Al quran dari mp3 masing masing...)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!

Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang...

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?

Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,

Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:

Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.

Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:

“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.

"Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”...

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab...

“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Maaf Zahir dan batin.

Sekian.

******

Hamka KeretaMayat.

(28 Ramadhan 1428H)

83 comments:

Dr. Bentara said...

FIRST!

Mama Rocks said...

woha!

Anonymous said...

woha !!

-dNa-

rahum08 said...

4 ke?

bujal X said...

baca intro pun da buat saya berjujuran air mata~~syahdu~~

hamka said...

sydrom yang melanda blogger popular.

peminat berebut rebut nak first komen tapi tak baca.

Ada peminat lain yang email aku suruh delete sebab menyakitkan hati (mungkin kerana mereka selalu gagal dalat first komen.)

jawab aku.

Biarlah mereka..

aku ni blogger sporting

woha!

hamka said...

eh, aku nombor tujuh.!

Woha sekali lagi

Anonymous said...

promosi bonus Allah dah nak tamat!! Tahniah bagi yang memecut.

banyak ketawa atau menangis?

konfius.

Anonymous said...

sgt syahdu..Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku..

~iedamus~

cysev3n said...

terima kasih untuk entry ini. moga terkesan sampai bila-bila

Mummy said...

28 ramadhan...???

hamka said...

Enty ini di tulis pada 28 ramadahan, 4 tahun yang lalu, aku edit balik dan repost.

harap maklum.

PemilikMataCoklat said...

hampir menangs sy baca, indahnye entry kali ni, besarnya pengorbanan mereka untuk mempertahankan agama..

hamka said...

hampir menangis jer!?,

penat tau penerbit halaqah nak setting lampu bagi suram, pasang muzik sahdu, suruh penceramah menagis, penerusi majlis pun menagis, kau hampir menangis jer?

(woha)

Indra said...

masyaallah.. terlalu banyak nikmat yg Allah yg beri pada hamba2Nya ni.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya yg selalu lalai..

terima kasih kepada Hamka atas perkongsian ilmu..

♥CiK PuaN NaKaMuRa♥ said...

menitik air mata membaca...alhamdulillah dengan semua nikmat yang allah kurniakan...terima kasih HAMKA atas post yang banyak memberi kesedaran..selamat hari raya TUAN HAMKA!

hidayah said...

oih. 4 taon lepas.

Nisa said...

Sedih TT Sobsob..Thanks tulis entri ni.

Kali ni sy bace dulu tau baru komen. :D

hamka said...

kali ni?

ohh, jadi seblum ni awaklah ..

Kolek Kecil said...

ENtry ni betul2 menyentuh jiwa. Terima kasih.

PemilikMataCoklat said...

kt opis la ni, xlh nk over keno control ckt, nt org ckp aku perasan alim, buat2 menangis. huhu
woha!!

Padahalllllllllll hati masih batu dan kaku, Jahil!!

Fahmi Jaafar said...

nanges gua bace masyaAllah.. ape je yg kite da buat ntok agame kite nk dibandingkan dgn mereka..

jieghah said...

Best nye entry nih!!! Tahniah!!! Slamat Ari Raya, maaf zahir & batin

Anonymous said...

andai aku anak kecil yg berumur 5 tahun tu,mesti sedih rasanya...

insyaAllah,moga kita teruskan dakwah baginda dari pintu ke pintu utk mencari redhaNya.

zabed said...

Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.
[hadith riwayat Tirmizi]


betul-betul menyentuh qalbu. jazaakallah khairan

vanjenazah said...

Ya Allah

Ambil la aku semula untuk membuat usaha ini sebagaimana engkau telah pilih aku satu ketika dulu...ya Allah

kasihani la aku ya Allah

Mama Rocks said...

kisah Basyir tu hampir-hampir nak menangis tapi tak jadi

Anonymous said...

sedig mengenangkan pengorbanan nabi dan para kekasih Allah. sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan apa yan gkita nikmati sekarang. seandainya nabi masih bersama kita........

#dakwahitucinta [Dunia_Sementara. Akhirat_kekal_Abadi] said...

..

entri kali ini betul-betul buat airmata keluar tanpa perlu diperah-perah kerana ia seiring dengan azam dan maksud hidup untuk korban harta masa hatta nyawa di jalan Allah untuk bantu ugama menjadi asebab hidayat bergerak keseluruh hati umat di seluruh perusuk muka bumi seluruh alam sepertimana pengorbanannya kekasih-kekasih Allah yang terdahulu..


قُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ, مَا أَدْعُوْ؟ قَالَ: تَقُوْلِيْنَ: اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ, تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ.

"Aku (Aisyah) bertanya: “Wahai, Rasulullah. Seandainya aku bertepatan dengan malam Lailatul Qadr, doa apa yang aku katakan?” Beliau menjawab: “Katakan: Ya, Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan Engkau menyukai maaf. Maka, maafkan aku"

Allahuma Firli, Muslimina wal Muslimat, wal Mukminina wal Mukminat al ahyahu minhum wal amwat.

Semoga Allah SWT terima kita semua dalam buat usaha ugama ini.

..aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”

"..seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama"

“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”


Allahuma Amin..

Anaasuria said...

aiseh, sebak sungguh, sampai meleleh hingus.. dah tak leh control..

Shahada Fauzi said...

ok..part basyir cari ayah buat saye tersentuh hati dan wuuuu..tak leh baca part hilang ayah di usia kecil sebab saye yg kehilangan ayah masa umur 15 pun dah meraung..inikan 5 tahun umurnye..T_T

mamat parang tumpul said...

aku tengah kat pertandingan pidato pun sempat baca.... sebak gak

aku.mamalia.wanita said...

tak tipu... memang saya menanges membaca post encik hamka... sungguh terkesan di hati...

awesome!! mabeles!!

TheInsider said...

Salam...

Ya Allah...gugur airmata ini mengenangkan perjuangan2 mereka Ya Allah.Ampunkan kami ya Allah,tuhan yang menguasai hari pembalasan.

suke entry sirah said...

salaam..

tahniah!entry mcm ni la saya suka suka sangat nak baca.anda bejaya buat sy mengalirkan air mata..jazakallah kheir~

anonymax said...

salam err nie post ulangan nie kan hamka? pernah baca sebelum nie hehe...tapi pengajaran tu yg penting, betapa mahalnya harga sebuah hidayah T_T

hamka said...

ini post ulangan.. tapi di beri nafas baru

anggap macam lagu raya yang sering di ulang.., : )

Mutiara Bernilai said...

ini entri yg paling sy suka di keretamayat ni (setakat ni), sebab entri ni paling banyak kuarkn air mata sy, paling byk reflect hati dan diri saya, paling byk tampar2 diri saya, paling banyak tendang2 'bodoh sombong' saya, paling banyak bg sy pencerahan..


jazakallahu khairan jazak. moga diri semakin menepati fitrah hamba dan khalifah yg sepatutnya..

Anonymous said...

MasyaAllah...tk tertahan airmta sy bercucuran mmbaca entri tuan kali ini. Sebak memikirkn betapa tdk mnsyukuri nikmat keselesaan beribadah yg dikurniakn Tuhan...
Terimakasih...smuga tuan sekeluarga dirahmati Allah. Slmt Hari Raya. Mohon maaf sesama kita..

Anonymous said...

Menitis airmata baca entry nie...Besar sungguh pengorbanan mereka yg mana akhirnya kita dpt merasa nikmat beragama sehingga hari nie.....Terima Kasih Allah sbb gerakkan aku nk baca entry nie...dan terima kasih tuan hamka utk entry yg cukup bermakna...

mael said...

Bro Hamka..

Sebenarnya agak lama aku tertinggal blog kereta mayat..
dan mungkin juga sebab itu aku kini agak jauh dan tidak seperti dulu.
Dan hari ini dengan izinNya aku terlintas nak buka kereta mayat semula.
Dan yg pasti kereta mayat masih tetap menyengat seperti dulu. Tahniah dan terima kasih.

InsyaAllah. aku tak akan lepaskan lagi follow kereta mayat.

Jom buat pengorbanan.

Maisarah Abdul Rahman said...

Seriouss, sebal. Betapa tak bersyukurnya aku selama nih T.T Astaghfirullah.

Anonymous said...

Oh..Alangkah bertuah jika setiap keadaan n masa, hati setiap kita menjiwai kehidupan mereka2 yg telah bkorban utk agama..

Mudahan kita sentiasa bsyukur atas nikmat iman n amal yg Allah telah berikan kpd kita sbg tanda kasih sayangNya, menghargai nilai hidayat dlm diri kita dgn mentaati segala perntah n menjauhi segala laranganNya..

UmmuSarah said...

4 tahun yang lalu...masih terimbau-imbau kenangan sewaktu membaca posting ini di ketika itu. MasyAllah, Allah mampu merubah segala-galanya. Hanya perlu keazaman, keinginan dan usaha. Sanggupkah saya sekadar membaca dan menangis akan pengorbanan pejuang2 agama? Bila pula saya akan mengambil bahagian? Apa peranan saya? Semoga Allah memilih saya dan anda semua untuk korban dan lebih berkorban untuk agama Allah.

-AhliaJannah-

Anonymous said...

salam..

'Lau kana bainana'

Ya Rasulullah..
kau menyayangiku
sehingga akhir hujung nafas kalammu
menyebut nama ku sebagai ummat mu..
ummati.. ummati.. ummati..
solat.. solat.. solat..

Ya Rasulullah..
sungguh.. aku jua menyayangimu
pada solat dan dihujung-hujung sepertiga malam
doaku
..semoga Allah SWT pilih daku, keluargaku dan seluruh ummat sebagai penyambung usaha kenabian,
..semoga Allah SWT maafkan daku dan terima doaku ini..

-amin ya Allah

-repost juga komen.

Anonymous said...

Hamka said...
nanti nanti, aku pun nak buat jugak sajak untuk Nabi versi keretamayat, insyAllah..

-hmm mungkin kena tunggu 4 tahun lagi agaknya..

Anonymous said...

Fuh ketemayat! Nyaris aku tebabas. Ni posdated entri ke re-edited version sebenonyer. Takpa. Tahniah .

Biar aku yang pertama gak dalam komen ini mengucapkan KEMBALI. selamat meraikan berkat 1000 bulan, dan selamai kembali jiwa fitrah.

Tahun ni aku nak tengok ada tak lagi orang yang beraya 3-5hari atas sampan, pura pura cari udang dan ikan...kerana ....sebenarnya malu duit raya nak bagi takda, tengah sengkek.

Ini bukan lawak, ni betul betul kejadian...chobaaannnnnnn.

Anonymous said...

JZKK atas peringatan
sangat menyentuh hati

Anonymous said...

Opocot! maafa zahir batin jugak, pasal gua termenseramkan dengan beberapa komen misteri.

Hoi pembaca lain, doakan kembali atas mendapat lailatul qadar, doakan kembali selamat hari raya dan bermaafanlah.(maksud aku hamka dah sebut, jawab la...jangan slow atau dok tenyeh mata nak kasi nangis jew, simpan la sikit stok malam raya-malam doa tak ditolak)

Unknown said...

Assalamualaikum.

T ___ T uhh.
Banyak banyak terima kasih!
Moga Allah merahmati anda dan keluarga.

Cik Kopi said...

Penulisan yang sangat bagus.

Selamat Hari Raya Hamka,
Maaf Zahir & Batin.

Ismi Ijmi said...

pulak dah.tukar genre

Lil Mujahidah said...

sedihh ..
thanx for the story .. :')

penchacaiz said...

salam tuan hamka.

sedih rasa hati bile terkenang pengorbanan yang dilakukan oleh nabi saw dan sahabat2 r.ahum.

semoga Allah jadikan kita wakil nabi saw. utk jumpe umat yg semakin menderita.

ya Allah, hidayat.

MaRyAm DzuLkifLi said...

besarnya pengorbanan mereka utk agama...tp kita leka dgn kesenangan dunia atas usaha2 mereka,,,ganjaran akhirat menanti mereka..kita?....

Kerani Masjid Al-Falah USJ 9 said...

Aku kalau baca kisah sahabat, mesti menangis. Dengar hayatus sahabat lepas isyak kat markaz pun mesti sebak je. Tinggi nya korban nabi dan sahabat.

Allohummaj'alna Minhum.

hamka said...

Raya jadi seronok dan tak sabar bila kita buat persiapan sungguh sungguh untuk beraya..

tentu mati pun seronok jika kita jugak buat persiapan sungguh sungguh untuk beraya..

ok, pergi basuh keretamyat jap, esok nak pergi hantar mayat lagi.

la la la.., (bunyi hati seronok mandikan kereta mayat.., sementra tunggu mayat korang yang baru lepas madi kering, la la la ..

ROJAK said...

banyak yang positif dalam entri ni..paling sebak bab nabi SAW sebagai
sebaik-baik manusia begitu tabah walaupun dipukul dihina sampai macam tu sekali..kalau kita kena macam tu terus terasa tak berbaloi nak teruskan..

bila dah baca sampai part hujung2 entri tu macam suruh kita layan kumpulan tabligh je..it's ok no problem sebab kumpulan ni tujuan dia baik.

apa kata try idea ni, kalau nampak orang baru keluar dari kelab malam/kelab dangdut/rumah pelacur..kumpulan tabligh pergi "basuh" dorang..barulah mantap!

Suria Arjuna said...

jazakallah...dalam nikmatnya ramadhan yang tinggal..ada peringatan2 yang menjadi booster untuk digunakan.. again..jazakallahu khair..

hamka said...

aku pernah pergi usrah , bila aku bincang bab sunnah, janggut, serban, solat jemaah, iktikaf, dakwah rumah ke rumah.

mereka kata aku cerita pasal tabligh.

padahal aku cerita pasal sunnah.

dan bila tabligh, mereka tak nak

pulak...

lalu jadilah usrah yang lahirkan ustaz moden yang guna fatwa kaum kera.. oh.

Zul fattah said...

erm.. sedih cite ni.. mengalir air mata ini..air mata yg angkuh..terlalu lama tidak mngalir air mata..
tapi entry ini..banyak crita di dlamnya..Allah.. Sunguh besar kurnianMu..

en. Hamka.. izinkan saya memetik sedikit ayat dalam entry ini..

uan609 said...

aku penah baca entry ni dulu dan aku nangis!
skang aku baca lagi entry walaupun dah bleh hafal apa tulisan kau, aku masih nangis!

uwaaaa! uwaaaaa! uwaaaaa!

Matahari said...

Salam, biasanya sy jd silent reader je..tp kli ni rse nk kmen pulak..
entry ni da sepak sy..hehe..
lg stu,ada stu kmen penulis Hamka mengenai sunnah2 yg sllu org nmpk sbgi tbligh..
sy prnh mngalami prkara yg sama..
brcrita psl snnh, dorg kte tbligh..

Anonymous said...

:)

Sunnah terbahagi kepada 3:
1- surah(penampilan)cth: janggut, serban, celak, minyak wangi dll.
2- Sirrah (perjanan@cara hidup)cth: solat jemaah, kahwin, masuk tandas, makan, tidur dll.
3- Sarirrah (pemikiran) cth: nabi menangis kenangkan umat...rungsing, risau, bimbang umat...
apa fikir nabi?
Nabi fikir macammana semua org dapat masuk syurga dan selamat dr azab api neraka, kita kena belajar benda2 nih, kita kena fikir macamana semua org lelaki dpt solat jemaah 5 waktu, semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak2 taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua lelaki taat peminmpin, semua perempaun solat awal waktu,
wujud suasana ugama yg mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak2 jumpa kanak2 cakap kebesaran Allah
Fikir macamana bayi yg paling akhir zamanpun dapat ucap kalimah Tauhid.
boleh insyaAllah?

5:18 PM, February 08, 2006

dzoelhakim said...

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN PADA HAMKA SEKELUARGA DAN READERS SEMUA...

Anonymous said...

:) dzoel!

sebenarnya Hamka dah lama type tersasul-sasul.. sehinggakan jika ade entry yang tak tersasul terasa bukan hamka yang tulis. Yang pasti,
..Sesungguhnya, dalam kedamaian bersahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata mujadah dan darah pengorbanan para kekasih Allah…
Selamat menyambut Lailatul Qadar, Lailalatul Jai'zah, dan selamat menyambut Hari raya..

Maaf Zahir dan batin..

-berlalulah sudah..

INSAN FAKIR IMAN said...

Salam Lalatul Qadar

Pertama-tama tolong doakan aku supaya dipilih kembali menghabiskan ramadan di Jalan Allah. Terlalu Rindu rasanya, kesibukan dunia & kelemah diri telah membuatkan aku tertinggal ke belakang, sedangkan sahabat2 yg lain semakin maju membuat pengorbanan untuk mendekatkan makhluk kepada Kholidnuya.

Keduanya, aku berdoa semoga kesalahan fahaman umat ini dapat diperbetulkan. Semoga kesedihan yang kalian alami selepas membaca post ini membuatkan korang berfikir adakah cukup aku sekadar mengamalkan agama? tidakah aku mahu membuat pengorbanan mirip kepada nabi & sahabat? Fikir & menangislah minta kepada Allah dengan ikhlas, nescaya 1Hari nanti akan ditemukan dengan usaha tersebut walaupun ramai memandang serong & enteng kepada mu.
Ingat! Nabi membawa Islam itu secara dagang & pelik,1Hari nanti mereka2 yang cuba menelusuri jalan tersebut akan mengalami perkara yang sama. Istiqomah lah kamu di atas jalan tersebut, walau apepun kamu dilabelkan, sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui.

Yang terakhir, dalam kamu menelusuri pengorbanan nabi & para sahabat, ape yang berlaku kepada mereka akan berlaku kepada kamu, dalam kata lain jalan ceritanya adalah sama, tiada jalan singkat, tiada modifikasi cara kerana ia telah terbukti berkesan, walaupun kamu ada idea2 yg Hebat.

Apa yang dikatakan pengorbanan Nabi & Sahabat / Jalan Allah adalah usaha yang dibuat dengan fikir nabi, cara nabi, pengorbanan nabi & SUSAH PAYAH NABI SEHINGGA MATI!
KOMBINASI SEMUA INI PERLU DIPENUHI SUPAYA KESAN DIPEROLEHI PADA DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU TANPA MENGABAIKAN ORANG LAIN

SALAM LAILATUL QADAR, LAILATUL JAIZAH, SALAM AIDILFITRI WAL FAIZIN.

Fahmi Mahat said...

sebak.....

semoga Allah terus memberkatik dan menguatkan semangat + kreativiti tuan untuk terus berkarya mendakwahkan hati2 kami...

yang suka entri ni,
FahmiMahat

Suhaibah said...

Saya suka entri ni walaupun entri ulangan. Ibarat nasihat yg berulangkali diberi sbgai peringatan pada manusia yg mudah terlupa. Semoga Ramadan ini adalah yg lebih baik dr yg sudah2 dan yg menjadi titik hijrah sehingga ke Ramadan tahun hadapan. Amiinnn.. Terima kasih Hamka.

Unknown said...

Atas kelemahan aku yang kurang berkorban untuk agama Allah SWT maka umat hari ini telah tersalah anggap sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai satu aktiviti kumpulan tertentu.

Ampunkan aku ya Allah...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalam

2 thumbs up...evergreen!
Keep it up bro...work smart aiee..

Ya Rabb kurniakanlah lailatulqadar kepada tuan rumah...dan seluruh pembacanya.....Amin

173%

hamka said...

selamat hari raya.

hati hati balik kampung, tak perlu bawak laju laju kecuali korang orang yang tak penting, kerana orang yang penting, lambat sampai pun orang tunggu.

selamat hari raya dan selamat jadi orang penting.

Woha!

Skymatrix said...

Assalamualaikum,

Satu entry yang cukup menarik...tahniah Hamka.

Semoga akan ada lagi entry2 sebegini dimasa akan datang.

Wassalam.

Shazlin Shaharudin said...

alamak bestnye entry ni. thank you n slamat hari raya

Anonymous said...

i feel like wanting to cry..insya Allah..4 months in a lifetime!

Anonymous said...

hamka! ble buku kau nak kluar??? ^^

hamka said...

penerbit, tolong jawabkan

pembaca said...

masih ramai umat m'sia yg lupa tambah menyedihkan xtahu pengorbanan para wali Allah. Kalau x sami yusuf pun x kluarkan lagu I've seen. Mengenangkan kisah2 para wali Allah mnyedarkan kt yg kt perlu menyambung perjuangan mereka.

Anonymous said...

lecturer suruh buat keroje sndiri sbb kali ni lecture last

aku pulak online gune fon senyap2 kat seat belakang

tengah sedih sbb ni lecture last dgn dy

tp lg sedih bila baca entry ni.sgt menyentuh kalbu.tp segan nak nangis dpn member.nnti diorg ingat aq bajet kuat agama feeling smpai nangis baca blog agama.tp siyes mmg sedih.air mata cuma boleh tahan smpai ke kelopak mata je dan disapu oleh bulu mata aku yg panjang cm bulu mata unta

neway thx hamka.nice entry dan sudi post entry yg menyedarkan begini

tapakaki said...

lecturer suruh buat keroje sndiri sbb kali ni lecture last

aku pulak online gune fon senyap2 kat seat belakang

tengah sedih sbb ni lecture last dgn dy

tp lg sedih bila baca entry ni.sgt menyentuh kalbu.tp segan nak nangis dpn member.nnti diorg ingat aq bajet kuat agama feeling smpai nangis baca blog agama.tp siyes mmg sedih.air mata cuma boleh tahan smpai ke kelopak mata je dan disapu oleh bulu mata aku yg panjang cm bulu mata unta

neway thx hamka.nice entry dan sudi post entry yg menyedarkan begini

Anonymous said...

wei syahdu gile r entri ni...

AsNiza said...

Maka, nikmat Tuhanmu yg mana lagi yg ingin kamu dustai...