Jul 13, 2011

Jihad seronok?

(Aku harap ni entry last pasal politik, sebelum tu, ada pembaca cakap, perhimpunan bersih ini benar dari sudut ugama sebab ada ustaz joint-ha ha!)

Seronok sebenarnya pergi himpunan bersih, acara yang di adakan 4 tahun sekali, memang seronok, macam piala dunia rasanya, semua orang pakai baju kuning, dan berarak ramai ramai, seronoknya..

Lepas tu jumpa kawan kawan lama yang hanya sempat berborak dalam FB, sekarang dapat kumpul ramai-ramai begini, memang seronok.

Dalam berarak tu, jumpa pulak ustaz ulamak, terus tunjuk muka depan mereka, kat masjid payah jumpa sebab perasan sibuk, tapi sekarang dah jumpa dalam perhimpunan ramai begini memang seronok, terus kita bertakbir depan ustaz ulamak tadi, ustaz pun senyum tengok kita, kita pun rasa seronoklah, al maklumlah, jika kita mati, dah tentu mereka akan solat mayat dekat kita, dapatlah peluang kita masuk shurga awal, seronoknya.

Sedang asyik berarak, tiba tiba hujan turun, wah wah wah! Ini bertambah seronok.., dah lama tak mandi hujan, masa kecik, mak selalu marah main hujan, nanti kena demam kuning-kata mak, tapi sekarang, di tengah Bandar KL ni, bila turun hujan lebat, seronok sakan lah wei,

Yang lebih seronok, dalam perhimpunan ini, ada ramai gadis muslimah turut serta, baju kuning mereka kebasahan dalam purdah labuh mereka, mereka pun senyum tengok kita, cantik sungguh tengok orang perempuan lepas mandi, yang seksi pula, ternampak saiz coli, terus otak kuning menjadi seronok, tapi itu orang lain, saya tak.., saya datang perhimpunan ini semata mata kerana ugama, ustaz cakap inilah sunnah Nabi, jika mati masuk shurga, saya seronok kerana berpeluang berjuang dengan cara yang senang sebegini, seronok sungguh.

Kita apa apapun, kena ikut ustaz, kat kampong saya, ada orang ajak saya istiqamah solat 5 waktu di masjid, saya rasa tak seronok sebab banyak komitment lain seperti menonton ulangan rancangan raja lawak yang seronok, tapi bila saya tengok ada jugak ustaz yang tak istiqamah solat jemaah di masjid, maka bagi saya, tak perlulah kita solat 5 waktu di masjid, solat dengan anak bini di rumah macam ustaz buat, baru seronok

Eh, tak seronok pulak cerita tentang perhimpunan 5 kali sehari semalam, kita sambung cerita tentang perhimpunan yang lebih meriah dan seronok.

Antara perkara yang seronok dalam perhimpunan ini adalah, ada ramai orang datang ambik gambar, ramai kawan kawan yang puji, ustaz pun puji dan rasa macam kawan kawan kita ramai sangat, seronok sungguh sehingga ada yang menyanyi lagu negaraku..,

Ok, keseronokkan sudah tiba ke kemuncak, iaitu berperang dengan polis Malaysia.

Di sini saya ingin memberitahu seluruh dunia, berperang dengan polis Malaysia adalah pengalaman berdemotrasi paling menyeronokkan dalam dunia!

Polis Malaysia tak sekejam polis Negara lain, dekat Thailand, polis sana tangkap penunjuk perasan dan isi dalam trak sampai mati lemas, dekat Libya, polis tembak peluru betul, dekat Israel, mereka gilis dengan kereta kebal, dekat Myamar, mereka belasah sampai mati.

Dekat Malaysia, kita jerit, anjing-anjing!, polis tengok kita dengan marah, lalu terus kejar kita, lepas tu kita lari menyorok, polis penat, kita keluar balik, jerit dan maki, macam ustaz ustaz ajar, ustaz cakap maki kerajaan dapat pahala, jadi kami maki polis sebab polis tu anjing kerajaan, dapat pahala jugak, bila polis kejar, kita nyorok lagi, seronok sungguh main lari-lari dan nyorok-nyorok dengan polis Malaysia.

Bertambah seronok bila kawan kawan kita kagum dengan tindakan ‘jihad’ kita selepas menerima tindakan jahat polis, walaupun penat berlari dan menyorok, dalam hati rasa seronok..

Lepas tu polis bengang, polis siram dengan pili bomba, mandi hujan lagi, alahai, seronoknya.., ternampak jugak perempuan yang kebasahan, ada kawan kawan kita lari lari celah orang perempuan yang basah, polis lebih hormat orang perempuan, so menyorok kat situ lebih selamat.., seronot sungguh.

Acara kemuncak yang seterusnya, polis lepas gas pemedih mata, sakit mata kita, tapi takpe sebab bukan kita sorang yang kena, kawan kawan, ustaz ustaz dan awek awek, semua kena, tapi kita seronok, dan bertambah seronok bila ustaz cakap, kita dah setaraf Rasulullah, dulu nabi kena sembur dengan air lada, kita kena sembur pemedih mata, besar pahala ni, seronok sungguh

Tapi bila dah pedih mata, susah nak nyorok, kitapun kena tangkap, rasa takut jugak, tapi bila tengok ramai kawan kawan, ustaz-ustaz dan awek-awek kena tangkap sama, kita rasa seronok kembali.

Lepas tu polis bawak kita makan nasi gulai kawah, bagi rawatan percuma dan tempat rehat, seronok sungguh, pahala dapat, makan free dapat dan dapat jugak berkenalan dengan awek awek bertudung labuh.. he he.

Akhirnya, lepas dah kenyang, kami di bebaskan, dan sudah tentu kepulangan kami di sambut bagai seorang pahlawan yang berjasa kepada ugama, tak di gambarkan lagi keseronokkan ini.

Lalu pengalaman seronok ini kami kongsi di kedai kedai makan, di masjid, di FB, di blog, di youtube, dan kami seronok bercerita tentangnya dan memang ini adalah satu perkara yang seronok sungguh..

Tapi ada jugaklah bab yang tak berapa nak seronok, yang mana ada perserta perhimpunan ini yang meninggal akibat sesak nafas, tapi ustaz cakap, dia mati terus masuk shurga, syahid kerana mati berjuang untuk ugama.

Mendengar penerangan ustaz itu, kami rasa seronok kembali, oh sungguh sungguh sungguh seronok.

Akhir kata, jika ada lagi perhimpuann sebegini, kami akan sertai lagi, kerana perhimpunan sebegini sungguh seronok, rugi sape yang tak joint.

Woha!

Ps: Jangan musnahkan masa depan kamu dengan fatwa ustaz yang guna fatwa kaum kera, tak kira dari pembakang atau kerajaan, jangan pilih ustaz yang seronok dengan nafsu semata mata.

ps2:nota kepada orang yang slow, entry ini adalah ‘sarcasm’.

254 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 254 of 254
SupaNoo8 said...

di quote dari wall FB hamka,di post oleh uncle Tat: (anda pilih fatwa atau takwa?)

"amalan islam, ialah antara fatwa dan takwa.

fatwa, harus @ makruh utk kencing berdiri.. saidina ali benci orang kncing berdiri, tapi satu mase nabi buat, untuk me...mbolehkan perbuatan tersebut. tp, takwa takkan kencing berdiri kerana bukan sunnah nabi.

fatwa, fardhu kifayah sembahyang kt msjid ikut imam syafie. Orang yang sekadar mengikut fatwa tanpa takwa, tak kisah mereka sembahyang di mana kerana fatwa membenarkan mereka sembahyang di tempat lain selain rumah. takwa tetap akan terus pergi ke masjid mase azan berkumandang @ sebelum.

fatwa, perhimpunan jadi harus (mengikut maulana asri , tgk youtube.com). tp di mana takwa akan pergi? bila ada larangan menjerit2 di jalanan, memaki hamun pemerintah, mengikut dan akur kepada pemerintah yang menentang islam hanya kerana boleh membawa kebaikan kumpulan sendiri, fatwakan org yang mmbenarkan perjuangan org lain yang tak bertentangan dengan syara' sebagai dayus, dan berpendapat siapa yang tidak setuju dengan cara memaki hamun mereka adalah penentang Islam, di manakah takwa akan pergi?? di manakah wahai saudara saudaraku sekalian???

kamu katakan bahawa suara kamu tidak didengari, pernahkah kamu suarakan pada yang Maha Mendengar? kamu bangun tahajjud dan meminta kepada yang Maha Mendengar,

"Allah, bantulah kami ya allah. Berikan hidayat kepada ketua kami, sesungguhnya mereka telah menzalimi kami!!"

tak tahukah saudara?? yang saudara orang yang dizalimi dan doa saudara pasti dan pasti akan diterima yang Maha Mendengar?? saya tak rasa tuan2 tak tahu ... bahkan ... orang kafir pun allah akan terima doa mereka yang dizalimi.

pernahkan tuan memperdengarkan doa tuan kepada yang Maha Mendengar sebelum berada di bawah emosi ketua yang menentang agama tuan sendiri?

umaaaat muhammad!! umat Muhammad!! "

Anonymous said...

Yela..Ak salah.aku tarik smule word kerajaan abu jahal disebabkn de org yg slow.

Cani la..kte sume kne brsatu..cume yg ak nmpk skng..kte xleh brsatu sbb de puak yg terima Cara yahudi iaitu demokrasi..1 puak lg tolak terus Cara demokrasi mcm ak ni..

Ak da tgk video psl pnjelasan bersih n fiqh daulah.tp itu pndapat diorg je yg mengaku diri ulamak.ramai je ulamak yg tolak terus demkrasi n meletakkan hukum.

Nmpk..disebabkn demokrasi la kte sume debat2..demokrasi JAHAT!!!

Anonymous said...

salam tuan rumah..

bila baca komen dari pengomen..ada pro dan kontra.. tu maknanya mesej yang tuan sampaikan tu di hadam..hehe

emm betul la.. kat sebelah tu dah tulis apa benda peraturan dan sebagainya..
masing2 ada pendapat dan persepsi masing2 kan..
tapi tu la... bila tuan rumah masuk bab ni, aku rasa.. macam mana nak cakap ye..mgkin aku sorang je yg rasa macam tu kot.haha
tapi aku tetap suka baca blog ni..pasal agama..sebab mudah faham dan mudah di terima...
cuma pasal entri ni..rasa macam jumud je..tak berkembang..opss dah lebih ni..
apa apa pun hamka,teruskan menulis..

maaf kalau ada silap kata.

para para

Anonymous said...

Kalau BERSIH keluarkan statement kami cemburu dengan SYURGA DUNIA ini dan KAMI INGIN HAK KAMI DI SYURGA DUNIA ini...barulah HAMKA dan rakan-rakannya tidak akan mengkritik BERSIH..

Tapi yang jadi masalah, BERSIH menggunakan ISLAM untuk perjuangan mereka, sedangkan perjuangan mereka adalah perjuangan KEDUNIAAN semata-mata...

HAK apa yang BERSIH nak tuntut tu????

Anonymous said...

hek eleh tame man kete jgn asyik lihat keburukan saje tp pembangkang kenape selalu lihat keburukan kerajaan sahaja lihatlah jugak kebaikan yg kerajaan cuba buat. rilek2 sudah la lain kali kalau nk meludah kat bawah jgn kat atas nanti kene muka tu blk...


-iss-

Carik Pasal said...

ak tergerak nak komen pasal ust dr. Asri pasal dalil yang membenarkan rusuhan dan demonstrasi..aku bukan ust atau ulamak, tp ak musykil tak kan lah nabi nak suroh umat die buat rusuhan baling batu, campur laki perempuan, bersatu dgn org kapir lawan org islam ect. Aku tak sebelah mane2 pihak, tp hadith tu tak lengkap sbb takde hadith sokongan, lebih2 lagi hadith tu lebih tekankan soal hidup berjiran bukannye pentadbiran politik. Bagi aku inilah fatwa kaum beruk yang hamka kata tuh..ak mmg susah nak prcaya fatwa2 ikut nafsu nih zaman skrng nilah..die blajor kat universiti cairo ke, mufti besar ke, Dr. Phd ke tapi kalau tak buat usaha agama aku mmg ragu2 ape yg die kate..ilmu tanpa amal mane ade keberkatan, bercakap pandai usaha tadak..ko kalau nak rujuk mane2 ustaz, rujuk dgn ustaz2 yang mursyid(ustaz yg amalkan ilmu).

lagi satu kalau kau yakin dengan Perhimpunan Bersih hidayat akan tersebar, tetapi sebenarnye kau dah syirikan Allah sbb ko tak yakin Allah yang bagi menang,Allah yang bagi kalah..Syirik pulak kalau ko mati tanpa taubat ko akan masok neraka selama-lamanya sama mcm org kapir tak kisah la syirik kecik atau besar. Sbb tu kene usaha iman dan amal hari2.

Aku pham ape yang Hamka tulis kat nota utk anak bini die nih..syirik tu lebih bahaya dari Dajal.

bukan nak kutuk PAS, UMNO, PKR atau whatever party pun. Usaha dakwah tu usaha semua orang, bukan usaha Nik Aziz jek pastu lain2 goyang kaki lepas undi. Banyak cantik hidyat akan tersebar..ko ingat hidup ni free ke nikmat Allah bagi sume tu mate,idong,kaki,sepender ko, rezeki lagilah, semua bende akan dihisap walaupun sebesar zarah.

insaf lah pejuang politik, politik ni sebenarnye acuan daripada Barat..Sbb tu kita berckaran sesama sendiri..yelah tak ikut sunnah mane ade kejayaan..kalau ikut islam betol mane ade majoriti ngan minoriti ni..korang ni tido lagi, bangunlah weii!!

sembahayng 5 waktu kat masjid tulah perjuangan sebenar!!

ada nama said...

Berpandukan al-Quran dan Hadith, babi adalah haram.

Manusia terima. Manusia yakin.

Kemudian datang 'ilmuwan' yang mengkaji babi secara lebih detail, dan saintifik, lalu menemui pada babi tersebut banyak kegunaan dan kebaikan dalam kehidupan manusia.

Lebih tragis lagi, 'ilmuwan' tersebut memutarbelitkan tafsir dan membawa dalil al-Quran bagi mengiyakan penemuannya.

Pada awalnya, tidak diterima bulat-bulat oleh kita.

Namun lama-kelamaan, ia akhirnya menular sehari demi sehari..seminggu demi seminggu... hingga berkurun lamanya...kita mula merasakan babi itu perlu dalam kehidupan kita..

Bahkan AUTOMATIK jadi halal!

Astaghfirullahalazim.

Berdasarkan al-Quran dan Hadith,
demokrasi adalah haram.

Analogi demokrasi seperti babi di atas.

Dan Allah Maha Mengetahui.

hidayah said...

ok aku butthurt skg sebab ade orang gune nickname aku tanpe meletakkan link beliau. woha! thanks kpdkomen adanhayad yang berbunyi "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. kerana hamka seorang, semua tabligh dipandang serong"

aku sokong peribahasa kau. tepat dan mantap! ~SARCASM

Anonymous said...

hamka kalau dh sebut politik,, maka berduyun2 keluar puak yg m'halal untuk ngumpat dn maki..

sekali sekala ada org yg mcm hamka menguji puak "saya sahaja yg halal. kamu haram bdosa"
apa salahnyaa..

selalu puji sesama. dan menyalahkan org, apa salahnya kena dua tiga gas pemedih hati buat penilaian sejauh mana tahap 'PERJUANGAN" itu

tapi.. aku rasa pelik..
kalau bukan masuk puak " saya sahaja halal. kamu haram berdosa " mesti dituduh masuk "puak haram berdosa yg ada rasuah tuh"

sedangkan banyak lagi pilihan yg boleh dibuat..
adakah didunia ini ada dua pilihan ajaa....

dalam bayan maulana syamim
kalau kamu berdakwah dgn niat kamu dkwah dapat mengubah seseorg maka kamu tidak akan tercapai dakwah itu. tetapi dakwahlah dgn niat untuk mengubah diri sendiri. maka allah sendiri yg mengubah mereka.

arekey said...

Sedang asyik berarak, tiba tiba hujan turun, wah wah wah! Ini bertambah seronok.., dah lama tak mandi hujan, masa kecik, mak selalu marah main hujan, nanti kena demam kuning-kata mak, tapi sekarang, seronok sakan lah wei,

Yang lebih seronok, dalam perhimpunan ini, ada ramai gadis muslimah turut serta, baju kuning mereka kebasahan dalam purdah labuh mereka, mereka pun senyum tengok kita, cantik sungguh tengok orang perempuan lepas mandi, yang seksi pula, ternampak saiz coli, terus otak kuning menjadi seronok, tapi itu orang lain, saya tak.., saya datang perhimpunan ini semata mata kerana ugama, ustaz cakap inilah sunnah Nabi, jika mati masuk shurga, saya seronok kerana berpeluang berjuang dengan cara yang senang sebegini, seronok sungguh.

Wah syiok la arekey macam ni kita pergi perhimpunan bersih!
Aik, bila pulak aku cakap perhimpunan bersih?? Ni masa g HAJI kat mekah laaa!!!
Amacam mau join HAJI SERONOK?

Nak berzina, jgn g hotel, buat je kat masjid kompom halal. Jgn curi duit kat bank, itu haram tp curilah curi duit masjid, takde org kena sambar petir tak kena sambar petir pun.

Moral of the story, nak maksiat tak perlu g perhimpunan pun.
Contohnya ape kata balik kang masa sedang 'henjut' bini atas katil, dlm otak bayangkan ayat yg hamka ajar ni : "Cantik sungguh tengok orang perempuan lepas mandi, yang seksi pula, ternampak saiz coli, terus otak kuning menjadi seronok".

p/s: ni bukan sarcasm cuma perli je.

Kpd yg ade akal

kami ni ikut ustaz ( bukan seorang ustaz )yg kami anggap boleh membawa kami ke syurga tapi 'dia' kata salah. Dalam solatpun kami baca dan hayati ayat AlFatihah memohon kepada Allah swt...Tunjukilah/Bimbinglah kami ke jalan yg lurus.." atau dalam bahasa Mat Salleh "...Guide us to the Right path/passage..."

1) Kat TV Fitnah BERSIH ganaz bawak molotov coctail + parang lagi, tapi peserta nak rescue yg tgh cedera, nak potong cable tight polis pun tak mampu pasai takde pisau. Yg ni aku tak heran sbb dia bnyk sgt tgk demo jalanan yg ganaz2 dari yg aman.

2) Kat sini Fitnah org pergi BERSIH ni sbnrnya pergi bermaksiat, tapi blom lagi aku dgr ade org g cium tangan Najib sambil bagi nasihat. (Pasai 'dia' tak yakin kot?). Heran gak aku camne boleh sampai kelucahan tahap melampau.

Akhir kata kami ikut ustaz, kat sini dah ngaku dia bukan ustaz. wachaow.

hamka said...

sepuluh tahun lagi, atau bila dah cecah umur 40 tahun, yang aman bila dah tahu beza mana baik buruk. mana betul salah.

tak perlu cari aku ucap terima kasih atau minta maaf.

cakap dalam hati jer cukup.

: )

kepada adanhayad said...

weh adan hayad, sori doe terpakai nickname kau. tengah emosi masa tu dan masa scroll komen2, ternampak nama kau sedap, terpakai nama kau plak sebab masa tu nama kau dalam kepala aku. hahaha. sori2 lagi. hehe.

*tunduk meminta maaf* :)

mny said...

Awek tudung labuh basah2.. hahaha...

Ape2 pun, aku suka baca blog hamka... yang elok ambik, yang x elok buat2 x nampak sudah.. kalau rajin tegur, klau emosi x stabil diam... tegur dgn emosi banyak pakai kepala lutut @ bawah lutut dari pakai kepala kat atas..hahaha..


Jom singgah sini

Anonymous said...

hamka dtg umah kite td,
hihihi..

thanks hamka nnt dtg lg ajak sumer pi sembahyang jemaah kat surau2 dan masjid.. kosong je surau kite lau xde hamka and da gang..

ade lah org, tapi boleh dikire dgn jari.. tak rock lah solat kat umah sensorang, pahala 1 jer.. solat jemaah 27 pahala tuuu..
nnt hamka pi tmpt lain pulak eyh, ramai yg tggu hamka and da gang datang ketuk pintu umah depa..

thnk u hamka!!

-ziad-

Anonymous said...

sarcasm tu perli.

SupaNoo8 said...

ada ke jemaah tabligh ni dtg ketuk pintu rumah org dan ajak solat jemaah? aku dah ikut usaha since student lagi, tak pernah pulak aku ajak org gi solat masa ziarah rumah ke rumah..ada ke?

setau aku, maksud ziarah dtg rumah ke rumah tu adalah untuk wujudkan kasih sayang sesama muslim, serta nak bawak peringatan mengenei dunia yg sementara sebab kampung halaman kita yg hakiki adalah di akhirat..

serta jugak utnuk bawak kebesaran serta kehebatan Allah swt, dan pentingnya amal sunnah nabi s.a.w kepada org yg di jumpa tu..NAMUN yg penting sekali, kena sematkan dalam hati bahawa dtg tu bukan untuk dakwah org yg di jumpoa tu,sebaliknya untuk proses islah diri sendiri serta memalukan muka demi untuk agama Allah yg suci ni

ni mcm fitnah je.,..

SupaNoo8 said...

ziarah paling lawak (berunsur politik) adalah apabila PRY 12 yg lepeh dulu..tak pernah2 nya ketua kampung aku (masa tu PR perintah) dtg jumpa bapak aku sepanjang bapak aku sakit (dia jiran kitorang), tapi dua hari sebelum election dia dtg dgn yg vertanding DUn dgn Parlimen tu..bawa maksud, "undilah kami untuk bina negara islam"

tu ziarah untuk bawak maksud dunia sementara tu je..

Anonymous said...

Tuan supanoo8 ni apa mslh??

Sume org ko nk cantas..

Xyah ngaku ikut jemaah la bro..

U give vry bad prcption to this da'wat mehnod..

Stop this ok??

SupaNoo8 said...

anon:
kau butthurt aebab apa pulak? bila kau cantas? aku cuma quote balik pasal dia kata jemaah dtg ziarah untuk ajak org gi solat.Bila masa pulak camtu?

aku bagi truth and facts pun kau butthurt, aku tak tau nak kata pa dah le, melainkan suruh kau beli KY bnyak2 sikit..

tapi ingat , jgn oernah sesekali yakin yg KY yg hilangkan butthurt tu tau, sebaliknya hanya Allah sahajalah penghilang rasa sakit/penyembuh...

aku umat islam, takde terlibat dgn mana2 badan berdaftar atau bukan kerajaan (NGO), sebaliknya hanya duduk di kalangan umat islam sepertimana yg telah beriman kepada Allah dgn kalimah Lailahaillah..

Anonymous said...

Tuan supanoo8..

Ko da g ipb ke?

Kalo blum g cpt2..

Kalo da..ko igt smule hadith yg maulana saad bc tiap2 kali intro bayan..

Xde pd ko bro..ko xpayah nk btul2 kn org n xyh nk btulkn mksd usaha ni..

Bukan ni keinginan elders..

Stop bro...

SupaNoo8 said...

aku baru pertama kali dgr ta'alim petang tadi, so memang aku tak pernah pegi IPB mahupun BIP (masa visa malaysia kena sekat oleh negara India tak lama dulu),malah aku tak tau pun IPB tu apa. Aku juga tak kenal siapa itu maulana saad yg selalu melarang kita dari menangkap gambar imej manusia (harap kau tak buat perkara tangkap gambar tu ye?kalau ada sila bakor). Malah aku juga tak tau apa itu beriman pada Allah ikut cara nabi s.a.w..serius aku tak tahu, hopefully Allah boleh bagi aku lebih tahu malam ni jugak..

ini bukan dakwah aku bro..dan bukan jugak nak mebetulkan sapa2 pun bro..ini untuk nota aku sendiri je bro, kalau org lain terbaca aku nak halang camne..dah ALlah bagi aku suka menaip kat alam cyber ni, nak wat camne?

niat aku, apa jua yg aku tulis adalah untuk betulkan diri aku sendiri je...nampak mcm aku tulih untuk org lain, tapi sebenarnya aku tulih untuk diri sendiri..(tumpang kat khemah hamka)

cuma mungkin malam ni ALlah nak uji tuan sendiri iaitu perihal ikhlas niat (samaada komen post tuan untuk benar2 tegur aku demi dakwah Ilallah, atupun sebab aku tersentuh bab parti politik yg di sanjung - itu ALlah je tahu, tak payah bagitau kat aku..)

ok bro..

Hawaii 5 O said...

Salam bro hamka



pd pendapat aku, bersih ade byk saluran lain. pembangkang ade berpuluh MP yg menafikan 2/3 majoriti BN. kenapa tak suarakan di parlimen? ape guna kita undi jd MP?

aku tak support PR atau BN
bagi aku dua2 hampeh..

tapi kemon la, yg turun aritu berapa orang? let say kita amik 100k yg datang. rakyat Malaysia ade 27 juta. kalo sanjung demokrasi, majoriti leads minoriti kn?

dah kata BN menang PRU, maknanya majoriti sokong dorang..

ok, tentu puak kuning akan kata ni sebb ade tipu2 dalam PRU.
nak bagi alasan 5 negeri jatuh pd tangan PR pun tak boleh. mesti kena sailang nanti..

Apepun, Islam suruh kita bersederhana. aku akui pemerintah kita banyak kelemahan. tapi bijak pandai kat luar sana patut guna approach utk pastikan suara hati rakyat marhaen tu didengari dengan cara paling halus sekali..

demo dan mengajak rakyat ke jalanan bukan pilihan utama. banyak lagi cara yg PR boleh cuba.

Bila kerajaan tumbang melalui jalan, yang naik tak mustahil akan jatuh dgn cara sama juge..


kalo semua ni soal keadilan, boleh tak kalo PR menang PRU nanti, bakal kita bukan Anwar?

sebabnya sape2 jadi PM pun boleh kan? tak semestinya dia..


http://www.youtube.com/watch?v=TJKtq-2hrMw

kalo semua ikut human right, Islam letaknya di mana?



jom balik kepada Islam.
cukup2lah taksub pd parti.

walaupun soalan kubur dah bocor, belum tentu blh jawab..

SupaNoo8 said...

oklah, mulai saat ni aku nak tulih pasal Illuminati dgn Freemason punya konspirasi le..

KFC adalah agenda illuminati sebab demer sapu ayam kat tapak kasut sebelum goren dan kemudian hidang kat client..so jaga2, jgn terjenbak dgn freemason maupun paidmason tau..

detective nie said...

jom kite buat perhimpunan baru.....perhimpunan di masjid.....5 kali sehari......1 kali semggu dan 2 kali setahun.........
perhimpunan yang dapat menyelamatkan kita daripada azab ALLAH swt......
dan.....sama2 kita berkampung di masjid pada 10 malam terakhir di bulan ramadhan dan akhiri ramadhan dengan bertakbir bersama.....
perhimpunan ini kompem masuk syurga dan kompen menyatukan semua jika semua mengikutinya kerana ALLAH swt.

la said...

supanoo8..

cpt2 p khuruj 4b ipb sblm byk lg ko mengarut kt cni..

ak leh jamin ko x istikamah 5amal..

org len baru nk tertarik dgn usaha ni da naik menyampah da ble tgk komen ko..

ni da nisfu sya'ban,p la sri ptlg tafakud..

arizWanmerahs said...

Woit! Korang ni pe hal?? Sama2 karkun nak bertekak ke? Aku sepak sekor sekor terjun longkang! Huh! Memalukan aje laa..

SupaNoo8 said...

freemason juga bertapak di mason lodge kat kebanyakan tempayt yg berbentuk segitiga..so hati2 dgn segita..

malah, keju dan pizza yg selaunya di potong bentuk tigasegi adalah merupakan salah satu agenda mason yg tersembunyi...

Nasik lemak bungkus tiga segi juga di syaki begitu..

p/s:
hahahahha..ni serius kes teringgung bila aku 'tersentuh' parti politik yg dia sanjungi nih..hahahah.
Tu le sebab nya ALlah letakkan pilihan untuk pemimpin ni di tangan Nya sendiri, dan bukan dekat undi,. ..sebab dia tau, undi adalah emo..hahahaha

SupaNoo8 said...

kepada la:

kat sini pun buleh tertarik dgn usaha ke? ada tertib ke kalau tulis kat sini ,boleh ke di kira dakwah?

aku tulis kat sini, tak bermakna ada org nak ikut usaha atau ada yg nak tertarik usaha,atau nak tinggalkan usaha, sebab ini bukan tertib pun..sekadar satu alat komunikasi akhir zaman je..
hahahahahaha..ni baru punya pesen ni..kata ikut cakap eldest..
hahahah

sian kau, ingatlah, parti politik tak buleh bawak kita syurga.sebaliknya hanya AMalah 100% perintah ALlah iktu cara nabi s.a.w je yg boleh bawak ke syurga..rentikan le berpartisan jenis emo mcm ni..hahaha

aku memang ngarut bnyk, sebab inilah tempat untuk mengarut2.

marilah sama2 kita taubat, sebelum tuduh menuduh org pasal tak jaga 5 amal dan sebaginya..hahaha..ketahuilah inilah ujian Tuhan untuk kau..ikhlas ke tak niat kau, hanya Dia je yg tau..


eh silap, p[ehni aku sambung lagi pasal mason dan illumniati ye..

SupaNoo8 said...

oleh kerana takleh tulis pasal agama kat sini sebabb ada yg butthurt, maka, aku akan tulis pasal mason sebagai intipati perbincangan kat sini..

warna kuning juga adalah merupakan warna asal lancang kuning.

warna kuning adalah warna kebanggan Tutenhafox (friaun ke 18), iaitu kuning emas, di mana, segala bende mereka celup kuning emas zxaman itu lantaran warna itu di muliakan.So, kuning adalah mason.

warna kuning tiada di bendere us sebab demr tau bahawa kalau kuning ni menandakan penyakit jaundice. ataupun demam kuning..

apa lagi yg kuning ye..

ns azad said...

tahniah hamka..teruskn usaha menyatukan umat islam masa kini..

Syair Imam Syafie: "Berkatalah sesuka hatimu untuk menghinaku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan . Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing"

Carik Pasal said...

kat sini ad gak karkun PAS,UMNO,PKR ek, tak kisah la ko nak undi sape pon. tp jgn la fanatik sgt smpi join perhimpuanan Bersih bangang tu..kalau riak dlm solat pun dikira syirik ape lagi ko fanatik dalam parti..keluar 3h,40h,4b pun kalo pikiran mcm ni tp hakikat tak dpt, ni msti ade masalah mase ko kuar tuh..karkun konon buat malu btol..Hamka paham bende ni, die bukan kutok tpi mmg btol..ak mintak maap la wei mmg bahasa ak kasar..

Anonymous said...

ok..
aku setuju ngan komen suparno dan khalid

man kontol

Anonymous said...

wah, kita bersultankan dengan freemason sebab menurut supanoo8 kata kuning kaler freemason.

#sarcasm

okeh2, dah, supanoo8 cakap semua betul semua orang setuju. okeh? dah2. :)

Anonymous said...

Kit Seng said...
Kamu melayu gadoh.Aku cina lg suka !



tu nampak komen Kit Seng...
even aku lambat bukak blog keretamayat yg slalu aku bukak time opis hour. aku nk komen jgk... hehehe

BERSIH - baik ko org bersih kan rumah. serius aku nak hantar mak aku g beli kain sangkut kat jem angkara ko org! berlapar! menyusah kan manusia sejagat. then pusing2 dgn dalil fatwa kera ustaz bendera hijau yg 2x5 ngan dacing. yg pengikut MELAYU lagi memalu kan! kit seng suke ketawe kan kite kene tangkap, yay!! makan free!! yay!! balik kg jadi hero. cybai lar... smyg 5 waktu x buat, nk menyalak tengah2 jalan.. tah2 rukun islam pon x tau.

ni pesen bangsa HAVOC. yg suke terkinja2. cube tanye dah g daftar mengundi ke belom? kompom!! 50% yg ade time tu belom... beriyer mcm tau ape tu demokrasi. butthurt!

last word dari aku. fcuk you Kit Seng. you win!

Anonymous said...

i love ur post. congrats.

aku ada satu cerita. ni tang sekor singa, raja singa di rimba. dia ni garang siut. tp kadang2 short circuit. (atau sot, kata org sabah)

suatu hari raja rimba ni rasa sedih kerana sepi. dia pun nk la sedikit hiburan. tk kan nk garang jerk kan.
so, dia pun panggil semua binatang bawahan dia.

datanglah ayam hutan, tikus hutan, harimau, buaya, monyet dan lain-lain menghadap. penuh tanda tanya. why? what now?

maka bertitahlah raja rimba. hey..aku boring lah.. aku nk hiburan.. bak mai jenaka sikit..

menyampuk la sang monyet yg keletah. oh.. tuanku booowwwrink ek? ok hamba boleh hiburkan. sang singa pun menjawab... ohh reaawwwlllyyy? ok tunjukkan lawak jenaka kt aku, kalau best aku naik kan ko pangkat, tp law tk,, hrmmm...ok.. kata monyet. hold it!!!celah singa, ada syaratnya. semua orang mesti gelak riang n ketawa. tk ada satu pun diam atau terkedu atau terpingga2 dgn lawak ko.. kalau ada, u gonna be burnt in kawah.. tk jadik hal.. kata monyet. semua org tahu akulah paling kelakar kt kampung hutan ni.

maka,, bercerita la sang monyet.. sehingga semua binatang terhenyut2 gelak dan ada yg meleleh air mata..(binatang pun ada air mata ok) trmasuk la sang raja di rimba. bagus2 kata Sang singa. ur goood... tiba2..stop stop tuanku.. semua binatang pun terkejut dan memandang pada suara yg berkata2 itu. rupanya sang kancil. "sila lihat tuanku..kura2 tk gelak pun dari tadi, memang sah, monyet tk cukup kelakar!!" ohh?? kata sang singa.. tangkap monyet.. pancung pale dia.. n campakkan dalam kawah..

lepas tu..sang singa pun moooodddyyy balik.. lalu berkata.. next!!! cepat i want some entertainment.. here.. kalau tidak semua korang aku masak!!

tiba2 muncul lah sang kancil dgn terkinja2 nya.. ke tengah gelanggang.. saya lah yg patut menghiburkan tuanku. apa lah sangat dengan sang monyet itu tuanku.. dia tu gimik jerk lebih.. (rupa2nya telah lama tersirat di dalam hati sang kancil akan kedengkian yang amat berat trhadap populariti monyet selama ini)

lalu sang kancil pun menunjukkan kehebatan raja lawaknya yg mengalahkan sepah kt gelangang tersebut.. maka berdekah2 lah para penonton sehingga pecah perut..termasuklah sang singa sehingga terguling2...wow hebat hebat kata sang singa.. memang ko kelakar.. sang monyet tadik tu setakat lawak nabil.. no 3 jerk.. ini baru lawak no 1. hoho..

dalam mereka bertepuk tampar tu.. tiba2 mereka teringat tentang sesuatu.. lalu dgn serentak mereka memandang ke arah itu.. HAAAhH? sang kura2 masih diam kt sudut, tanpa senyum tanpa suara.. adoiiii... matilah aku kata sang kancil... you got it.. kata sang singa.. we all know the deal.. throw him into the kawah.. now!!!
maka mati kedebuk lah kancil hari itu jugak.. sian.

apa lagik..mengeletar lah sekelian binatang melihat insiden insiden sadis n dramatik tersebut.. tp tk dapat berkata apa2..

next!!! kata sang singa.

tk ada yg respon.
!!!
next!!! kata sang singa lagi...
hah ko!! tampil ke hadapan.. sang singa menunjuk ke arah harimau.

eheh.. saya tk kelakar tuanku. u know how brutal i am.. if u ask me to chase other animals.. i am more than pleased to..

jgn banyak cakap!!! kata singa.. lawak now or u die!!!

maka terketar2 lah harimau brjalan ke tengah gelanggang...sampai terkucil.. tiba2...hahahahahahaha.. datang suatu suara gelak sakan..hahahahaha.. suara itu tk begitu kuat tetapi jelas di pendengaran kerana gelanggang yg senyap sunyi... mrka pun mencari2..

hah??? rupa2nya sang kura-kura tengah ketawa berdekih2 sehingga terbalik kaki empat ke atas..hehehehehe... semua org memandang.. apa ke he?

sang singa pun berkata.. hey kura2.. kenapa ko gelakkan harimau macam tu sekali??

sambil tercungap2.. kura2 pun berkata.. tak tak tuanku.. bukan sebab harimau... JADI??? kenapa ko berani ketawa tanpa beta?? kata singa.. kura2 pun menjawab.. tk tak tuanku.. kelakarlah jenaka sang monyet tadik tu.. hamba tk dapat menahan gelak hamba.. sori tuanku.. tp kelakar la dia..hahahaha...

demikianlah contoh tauladan al kissah apabila ada orang yg SLOW di kalangan kita.

hamka said...

(((demikianlah contoh tauladan al kissah apabila ada orang yg SLOW di kalangan kita.)))

woha!

Anonymous said...

aku memang slow, sapa2 yg panggil aku slow, aku dah maafkan kalian

suparjo

Che Ahmad said...

Salam,

dulu sy suka blog ni tp skrg entah lah. perlukah merendah2kan usaha org lain? mereka yg menyokong bukan calang2 org. mereka juga cintakan Nabi SAW. mereka juga manusia yg baik2 yg mempunyai akal fikiran, yg terdidik, yg melihat dan merasa. mereka juga berjuang dan berdakwah dalam lingkungan mereka sepertimana anda berjuang dan berdakwah dalam lingkungan anda. penulisan ini langsung tiada wahyu yg dikongsikan bersama melainkan penulisan emosi semata2. ramai yg terguris hati dgn penulisan sebegini >:(

rs sgt sedih krn dalam kita berjuang menegakkan hak2 Allah, ada pihak yg berasa puas dengan status 'negara Islam' dan berasa bangga pula dengan sumbangan2 yg telah mereka lakukan.. masih ada banyak lagi jihad yg tertangguh, masih banyak lagi tuntutan2 Allah yg belum tertunai.

ingatlah, adalah menjadi sunnatullah apabila sebuah negeri itu makmur namun alpa, sombong dan lalai kepada amanah yang Allah berikan, Allah akan mengazab negeri itu dan memberikannya kpd kaum lain. kejatuhan negara2 islam dan umat-umat terdahulu di serata dunia sejak zaman-berzaman semuanya mencerminkan sunnah ini.

semoga Allah kurniakan hidayah dan jadikan di kalangan kita seorang pemimpin yg soleh dan takutkan Tuhan. kebangkitan rakyat menentang kerakusan juga adalah satu bentuk azab. bersegeralah tunaikan hak2 Allah, semoga kita terhindar dari azabNya..

"..mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini." (Al-Kahfi:24)

http://cheahmad.blogspot.com/

ainie rock said...

nk share

Anonymous said...

hahahahahaaha...

marah bila FRU tembak kat peserta bersih dan sebagainya.lepas tu keluar konon peserta BERSIH pejuang Islam dan FRU ni jahat segala bagai.

padahal awal awal lagi polis dah bagitahu yang dilarang untuk berhimpun tapi dioffer buat kat stadium.mb selangor siap offer stadium melawati gak apehal takmau terima?bila polis suraikan marah polis plak dah.dah benda invalid dari segi undang-undang takkan la nak tangkap belai belai belakang suruh bersurai plak.

lepas tu puak BERSIH tak malu plak tu jamah makanan 'anjing' seperti yang selalu dituduh kepada polis.nampak sangat siapa anjing sebenarnya.

memang sedap pun baca ayat sinis bro hamka taruk ni.keep it up bro

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Mula-mula saya rasa Bersih tu mengarut, tambah pulak bila orang kata ambiga tu la, ada org nk jd pm la, apa la.

Tabligh group plak ada pandangan dia tersendiri. Kata demokrasi tu Yahudi la. Apa la.

Bila kereta mayat tulis begini, 'bersorak' puak yang anti-Bersih. Menggelepar marah puak sokong Bersih. Padahal majoriti pengkomen dalam-dalam ni Islam. Orang Kapir gelak je kalau tahu korang mcm ni. Satu belah pihak cuba ubah pandangan yang satu lagi, vice versa. Benda ni tak akan habis. Pendapat saya, baik kita bertolak ansur, hormat, dan cuba faham orang lain. Bukannya act houlier than thou.

Kalau saya cerita kawan saya yang kecewakan ayah dia sebab join tabligh (dia abaikan urusan dunia, pelajaran, ilmu dunia, dsbg), butthurt puak tabligh. Begitu juga puak puak PIS(partai Islam seMalaysia) tersinggung bila terlalu ber'iman' dengan ulama-ulama mereka. Puak puak bawahan ni terlalu tabligh, terlalu pas, daripada pemimpin masing-masing. Hasilnya, muncul taksub, ujub, dan berpecah belah. Dunia ni kena seimbang jugak. Let say, kalau nanti future generation benefit from political organization manifesto, for instance, education. Adakah kita nk kutuk lagi mereka yang berjuang untuk kemakmuran negara?? Hidup bukan laluan A je. Ada B. Ada Cina, ada India, ada Melayu, ada Islam, ada religion2 lain lagi. Minyak naik kang, bising. Tok sah tipu la kau 'redha' je. Mesti ada action untuk harmonikan hidup. So, mereka mereka yg join politik ni berjuang la mengikut pandangan-pandangan peribadi. Percayalah, bertekak begini tak ada pekdahnya. Dah la kuat baca blog, tulis blog, tapi kita ni membaca malas (tambah ilmu).

maybe kereta mayat ada fahaman sendiri, yang orang2 Bersih tak faham sangat. Vice versa. Tapi yang kuat berkokoknya ramai. Action takde. Jihad nubuwwah ke, khilafiah ke(yang ni saya dapat tahu daripada blog ni, Alhamdulillah) semuanya ada orang yang buat part masing-masing. Nanti benefit kau, aku, kereta mayat, anak pak dolah, anak mak dolah, dan lain-lain. Baca sesuatu dengan hati yang terbuka, untuk dapat ilmu, bukannya nak confirm apa yang korang fikir. Kalau tak jadi bias.

Puak PIS pun ahli sunnah dan jamaah. Pernah jumpa Nik Aziz? Saya malu nk pergi salam dengan dia walaupun berbaju melayu (sbb rambut ala-ala rockstar gtu(koya)). Nak kata salah leader PIS ni dek ketaksuban, keujuban, dan kelemahan ahli ahli PIS memang tak kena! Islam sendiri pun nampak buruk dan diperlekehkan sebab deeds kita semua. Salah satunya, contoh, bertelagah di alam maya.. takde pekdah. Ada la komen2 bernas, ada komen beremosi, ada komen yang tak ada isi. Macam mana kita nak berjihad kalau berperang dengan diri sendiri pun tak lepas?

Bersih ke, PIS ke, UMNO ke, tabligh ke, Allah akan hisab amalan walaupun sebesar zarah.

Kepada penggemar blog, baca dengan hati terbuka.

p/s: Pyan Habib ckp orang melayu kuat tulis blog, tapi malas membaca. Aah, kita la tu.

Anonymous said...

Kepada Anonymous yg tak paham sarcasm...lain kali bila cikgu bahasa Inggeris mengajar, berilah tumpuan. Apa2 yg tak paham, tanya cikgu....

Anonymous said...

Kalau tak mention pasal amoi or awek, tak boleh ke? Otak takde ingat ke lain....perempuan, perempuan, perempuan.....langsung takde wawasan.

ahlia iznan said...

kalau ikut diukur sudut agama pun 'celah' mana la betul disisi syara'. bila kita tegur kata kita sokong maksiat kezaliman kerajaan. aduhai diorg ni mmg slow.

hamka, teruskan perjuangan memberi kesedaran pd org2 yang slow

aziemy said...

tak jadilah aku nak beli buku hamka...bias sangat. rosak masa depan anak anak aku kalau baca buku yang dia tulis.sorry bro hamka.pasni blog ko pun aku malas nak bace dahh..sayonara

Anonymous said...

kalau semangat besih tu di gunakan tuk membantu orang yang lebih memerlukan, bukan ka lebih baik..mcm negara islam lain ..yang sedang di tindas skrg..jihad mcm tu kan lebih baik

Anonymous said...

Assalam

Buku yang Aziemy punya aku book!
aku nak suruh anak-anak aku bc dan fahami buku kereta mayat ni sebelum aku jadi mayat....BIAS....in your interpretation Sir. Not for me.Kamikaze! chao ma....

250%

adeq said...

i loike the last note.
sebab saya budak slow.alahaii..

Anonymous said...

Bersikap adillah bro.. terutamanya dalam pemerintahan, penghakiman serta journalism...sesungguhnya adil itu sangat sangat hampir martabatnya dengan taqwa...
*razie*

Ummu Sakinah Muhammad said...

Woha~ sampai ada yg kata hamka perosak ummat!

Ini bukti dakwah anda bukan dakwah suka2 dan ketawa2 shj.

dauzs said...

politik > perkara yang hangat diperkatakan, kotor, bersih, dan... antara perkara yang (boleh,dapat) memecah belahkan antara sesuatu kaum, x kira dari agama, warna kulit, dan sebagainya, ape sahaja yang berkaitan politik, x lepas dari mulut manusia untuk diperkatakan sekarang,< politik antara perkara yang harus dibangkitkan kerana ada berkenaan dengan islam, antara anda setuju atau x, pilihan ditangan anda... ape kebaikan politik? ape keburukan politik, sape leh bagi list? adakah kita sudah cukup memikirkan perkara ini, atau kita sudah terlalu bagus hingga anggap benda ini, small matter, piece of cake?

dauzs said...

politik > perkara yang hangat diperkatakan, kotor, bersih, dan... antara perkara yang (boleh,dapat) memecah belahkan antara sesuatu kaum, x kira dari agama, warna kulit, dan sebagainya, ape sahaja yang berkaitan politik, x lepas dari mulut manusia untuk diperkatakan sekarang,< politik antara perkara yang harus dibangkitkan kerana ada berkenaan dengan islam, antara anda setuju atau x, pilihan ditangan anda... ape kebaikan politik? ape keburukan politik, sape leh bagi list? adakah kita sudah cukup memikirkan perkara ini, atau kita sudah terlalu bagus hingga anggap benda ini, small matter, piece of cake?

hamka said...

siapa? aku tak dan, perasna sibuk.

hamka said...

sepuluh tahun lagi, atau bila dah cecah umur 40 tahun, yang mana bila dah tahu beza mana baik dan mana buruk. mana betul mana salah.

maka, tak perlu cari aku ucap terima kasih atau minta maaf.

cakap dalam hati jer cukup.

: )

«Oldest ‹Older   201 – 254 of 254   Newer› Newest»