Feb 1, 2011
Bagaimana nak untung dalam berniaga?
(Pepatah china ada menyebut: “orang yang tidak boleh senyum, jangan membuka kedai”, aku pulak berkata: jika korang bermuka bosan, tak payahlah bekerja..”)
Terjumpa dengan seorang sahabat yang baru pulang dari belajar undang undang di luar nergara di sebuah masjid, (asal jumpa kawan jer masjid, asal masjid jer jumpa kawan, macam alim sangat aku ni) lalu kamipun lepak minum air teh sambil berborak isu isu semasa laksana mamat dan minah berborak di wall facebook..,
Mengetahui keiginan beliau menjadi hakim, aku lantas bertanya, berapa ramai graduan yang grad tahun ni? Kata beliau, dalam 1000 orang.., lalu aku berkata:
“kau pernah dengar berita macam ni tak? Universiti Ontahmano telah berjaya mengeluarkan seramai 1000 graduan dalam jurusan Undang Undang yang melayakkan mereka menjadi hakim, dan di anggarkan dari jumlah 1000 graduan itu, 750 orang akan masuk neraka, dan bakinya 250 orang lagi masuk shurga!”
Woha! Gelak kawan aku kerana perasan lawak aku tu di adaptasi dari hadih yang lebih kurang maksud: “Di Antara Tiga Hakim, Dua Masuk Neraka”...
Dalam gelak, kawan aku bagitahu, ada pepatah melayu baru..,:
“Di Antara Sepuluh Kontraktor, Sembilan Masuk Neraka”..
Aku gelak lagi macam orang hilang akal, lalu bagitahu.., patut “janji melayu” perlu di ubah kepada “janji Kontraktor”...
Tiba tiba, Pak De yang duduk di meja sebelah yang terdengar perbualan kami turut menyampuk dengan muka serius:
“Di Antara Sepuluh Kontraktor, Sepuluh-sepuluh Masuk Neraka”..
Wah! Terkejutnya aku dengan info Pok De lalu terdedahlah kisah ketidak puasan hati Pokde dengan kontraktor melayu yang menipu, lembab dan malas... (bukan semua)
Aku bukan nak burukkan bangsa aku dan puji bangsa lain, tapi bila aku bincang masalah ni dengan pelbagai latar belakang pengalaman kawan kawan, mereka semua ada masalah ini, iaitu sikap orang kita yang pemalas, buat kerja sambil lewa, dan tidak amanah (bukan semua-tapi banyak bang..)
Pergi bengkel kereta misalnya, 15 minit berdiri takde orang tegur, jika tegur muka tak senyum macam kita ni datang menyusahkan mereka.., (padahal kita yang bayar) lepas tu bila buat kerja, lembab, janji lepas zohor, bila kita datang tumpang kawan nak ambik, belum siap..., bila Tanya kenapa belum siap, dengan muka bosan mereka kata, lepas asar baru siap...
Ni yang aku angin satu badan, apa salahnya jika telefon! Dan kenapa mesti bermuka bosan? Tak boleh senyum dan mintak maaf ke? Bukankah orang isalm itu patutnya amanah bila berjanji?
Tapi jika kedai orang kapir, jika berjanji lepas zohor, siap lepas zohor, dan jika siap awal, mereka akan telefon.., “lu punya keleta sudah siap” dan jika tak dapat siap seperti dijanjikan, mereka juga akan telefon.., sebab mereka faham apa itu bisnes, pelanggan ada: hidup, pelanggan lari-mampos!
Simple jer.., masa darjah tiga lagi waktu sekolah belajar keushawanan jual betik plastik cikgu ajar, “pelanggan tu raja’.., tapi kenapa bila bukak kedai buat pelanggan macam orang yang pelarian?
Lepas tu bila bisnes lingkup, salahkan kerajaan tak tolong!, apa punya lembab daa..
Aku bagi contoh lain:
Aku pernah mengalami cermin kereta depan pecah, pertama aku pergi kedai china sebab benda tu berlaku di tengah jalan dah tak ada pilihan, kali kedua, 3 tahun kemudian, cermin depan pecah lagi, ada kemalangan sikit.., aku pergi kedai melayu, petang aku ambik, cermin siap, tapi dalam kereta kaca berterabur, aku cakap, kenapa tak vacuum semua kaca ini, dengan muka penat dan bosan mereka kata: kerja kami tukar cermin jer, vacuum tu kedai lain..
Lalu aku teringat kenangan indah kali pertama aku tukar cermin kereta pecah kedai china, satu kaca pun tak ada.., dan mereka mesra..,
Maka, dari keldai melayu tadi, ketika aku naik kereta bersama kaca kaca yang bertaburan itu, aku berbisik: Lain kali, aku tak nak datang kedai korang lagi..
Semalam aku pergi kedai Hardware, nak beli kepala paip.., ada kedai melayu dan china, aku pergi kedai melayu dulu sebab nak tolong orang islam, bila aku tunjuk sample, mereka dengan muka bosan berkata takde.., aku kata, mana nak cari sparepart ni, mereka dengan muka masih bosan berkata: sekarang orang tak jual dah model ini.., aku kata: tak kanlah takde cara lain nak modified sebab rosak sikit., mereka dengan muka bertambah bosan berkata, kena beli baru dan terus tinggalkan aku begitu sahaja sebab ada pelanggan yang beliau kenal dan bermesra seperti wall facebook..
Aku nak cepat, terus keluar dan pergi kedai china, sampai kedai china, amoi tu tengok aku yang tak hensem ni dahpun pandai nak senyumkan diri, lepas tu tanya dengan senyuman lebar nak beli apa, aku tunjuk sample, dan beliau rujuk kat suami dia yang sedang layan pelanggan lain, lepas tu cakap, takde barang macam tu tapi boleh modified, lepas dah layan pelanggan tadi terus bantu aku, bawak pergi belakang dan tunjuk kaedah modified, sebelum aku pulang beliau bagi limau dua biji dan dengan senyuman berkata: terima kasih, datang lagi.
Ya, 10 tahun lagi, jika kepala paip aku rosak, aku datang lagi...
Banyak contoh aku boleh bagi, tapi korang boleh tahu sendiri, akan kenapa ekonomi orang kapir maju, dan kenapa orang islam (baca:melayu) bukak kedai tak sampai tiga tahun gulung tikar.., aku pernah ambil kontrak buat satu produk. Upah dua pekerja.., tapi bisnes aku tutup, sebab aku terupah pekerja yang salah, pekerja yang mukanya bosan dan nampak penat bila bertemu pelanggan, suka hati nak cuti, dan aku akhirnya tutup kedai.., ye., orang islam malayu.
Bila aku nak renovate rumah, dan tanya kawan-kawan yang dah buat, mereka terus kongsi pengalaman iaitu jika nak senang tak nak sakit kepala, jangan buat dengan si A dan si B, (baca: islam melayu) tapi buatlah dengan C dan D (baca: kafir dan bukan melayu), sebab A dan B tidak amanah, buat kerja separuh lepas tu balik kampong suka hati, bila datang, mintak modal, beli batu bata, longgok depan rumah, lepas tu esok tak datang, rupanya pergi buat projek lain, siapa tak marah bila dah bayar tapi rumah tak siap pada tarikh yang di janjikan kerana kontraktor tamak buat projek lain!
Jadi tak pelik jika enomi mereka orang kapir maju, di seluruh duniapun, kerana mereka pandai layan pelanggan, tapi sikap orang kita yang malas(sorry to say) dan tak takut pada Allah, (tinggal solat jemaah tu selamba,yang tak solatpun ramai, apa sangat tipu pelanggan..,) dan tak faham asas perniagaan macam orang kapir faham, senyum dan bagi layanan mesra.., mahal murah tu nombor dua, yang penting pelanggan puas hati!
Itu aku belum cerita peniaga jepun lagi punya bisnes, depan kedai ada penyambut tetamu khas yang bukakkan pintu dan senyum sambil tunduk kepala lalu berkata Irasshaimase (Selamat Datang), dan bila balik siap lambai sampai kita hilang dari pandangan, comel pulak tu.., sebab tu mereka maju kerana mereka rajin dan menjaga hati pelanggan! (walaupun negara di bom atom sampai jadi padak jarak)
Jadi tu jer rahsia nak jadi bangsa yang berjaya, JAGA HATI PELANGGAN!
Lepas tu silalah amanah, muka tak bosan, banyakkan senyum, dan ‘mengiburkan’...
Dalam islam dah ajar, orang pecah amanah masuk neraka, orang senyum dapat pahala sedekah dan satu istilah yang ramai orang islam tak tahu, adalah IKRAM.., buat orang gembira kerana Allah.,
Cuba baca kisah Nabi berniaga, macam mana Nabi entertain pelanggan, buat pelanggan happy dan ingin datang lagi..
Satu lagi istiqamah, bukak kedai biar consistent, ni sekejap bukak sekejap tutup, walaupun bagus produk.., orang tak pergi dah..
Satu jer bisnes yang orang melayu Nampak maju iaitu indstri makanan.., sebab orang islam tak boleh makan masakan orang kapir yang haram.., tapi kat sinipun kantoi, pergi kedai makan, muka pelayan yang bosan, atas meja ada tumpahan air munuman pelanggan sebelum, jika suruh lap, maka dengan muka bosan datang lap air tumpahan dan ambik order lalu salah pulak yang di hidang..
Kadang kadang tu atas meja bersepah pinggang yang belum di kutip, bila dan agak lama duduk Nampak sisa pinggan pelanggan tak terusik, kita pun panggil, tapi mereka datang untuk kira pulak padahal (tak payah nak cerita)
Itu belum cerita bab lambat sampai, bila tengok orang yang lagi lambat sampai dapat order dulu (sebab kawan mereka) mulalah rasa nak marah, bila tanya kenapa dia dapat dulu, sambil buat lawak dengan muka bosan berkata: Oh, dia dah order semalam! Memang kurang ajar, nasib baiklah Allah haramkan makanan yang haram, kalau tak dah lama aku pergi kedai china makan itik gantung dan babi panggang!
Cis!!
Ps: Selamat tahun baru China kepada orang China, semoga korang ramai ramai masuk islam, dan dapatkan imej islam yang tercemar kerana sikap orang malayu di perbaikki.. Amin..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
229 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 229 of 229Salam, bro Hamka. tak semua orang melayu tak berapa elok berniaga dan tak semua orang cina terlalu elok berniaga. aku baru kena petang tadi dgn org cina. Nak tulis pasal orang melayu tak reti berniaga, hang kena byk wat research. kena ada statistik yg tepat. setakat pengalaman 2,3 dgn peniaga melayu dan cina, hang dah nak buat rumusan mana bleh bro.. sowi mencelah ye. nanti komen aku ni hang letak kat entry terbaru hang. Ada gak modal nak tulis, selitkan nasihat agama sekali.
sokong sekali dengan isu ni..
xpayah cite bab2 yg besar..
penah sekali sy order Air batu cendol, tp si pembuat tersalah buat pegi buat air batu campur..bile kite ckp die salah buat, siap masm muke ngan berdecit lg padahal die yg salah buat..mmg mls da nak pegi kedai tu, macam kite ni pengemis plak..bukan kite dtg makan free
aaaaahhhhhhh
sumer pasal duit3
duit buat orang gaduh..
duit buat orang gila..
duit buat adik beradik pecah belah...
duit buat anak tinggalkan mak abah kat bus stop
long time ago...
in a land so far away...
ada sahabat tu datang ke negeri cina...
orang cina meniaga beras dan untung banyak...
jadi sahabat yang islam ni pikir macam mana nak kasi untung meniaga...
jadi sahabat ni bli beras dari pemborong...
dan asingkan yang buruk dan yang baik...
jadi ramai orang pergi kedai dahabat tu...
same concept yang pomen cina buat kalau kita tuka tiub moto kat bengkel...
me : "bos tiub moto brapa harga"
apek : "u mau BAIK punya ka BIASA punya"
me : " apa beza baik ngan biasa punya"
apek : "baik punya tahan sikit"
did u understand what i'm saying
good luck
mau yang baik
salam, tumpang share link kat FB ek..tima kasih...
kontraktor melayu. janji buat tembok rumah aku, seminggu je siap. masuk harini, dah sebulan, tak siap2 jugak. kalau orang cina, kita tegur marah, dia minta maaf. kalau orang kita, kita pulak yang kene marah, dikatanya kita "tak sabar2". cis!
satu lagi nak add, orang cina ni kalau kena kritik, depa tak melatah! depa kaji apa pasal org ni dok kritik aku. apa kt mana salah dia. dia betulkan. org melayu, kena kritik terus nak bertumbuk je keje. klau nak maju, mmg la kene terima org kritik kita. baik ke buruk ke terima.
ni kejap aku komen lambat. sorry.
Aku cukup bengang betulla bila korang kata peniaga melayu masam jumpa pelanggan sebab kena tekanan kiri dan kanan.
Hello, aku tak nak tau pasal tekanan kau ok? yang aku nak tau, bila aku datang kedai kau, aku nak dilayan dengan baik.
Sama jugak time korang jumpa doktor. Nak ke korang jumpa doktor yang masam je layan korang, pastu marah-marah? mesti tak nak kan? dan korang mesti tak nak tau yang doktor tu sebenarnye dah berjaga selama 24jam dan dia sangat-sangat penat sebenarnya, sebab tu dia masam je jumpa korang.
Yang korang tau, doktor tu sombong, taknak senyum, padahal dia memang tengah penat. Jadi sapa salah dalam situasi ni? mestilah doktor tu! Patient pedulik apa kau penat ke tak, yang penting, kau mesti bagi layanan terbaik kat patient kau.
pikir sendiri la.
betul beul betul
melayu yang layu....
baik tukar jadi melaju..baru laju dan maju
betul2.. cbe kasi bg tw melayu terang terangan ckit.. mesti panas pye bontot dyorang.. :D
apa kata kalau kita cuba tangani masalah orang melayu lemah berniaga dgn secara tepat, terus bull's eye kpd point2 spesifik yg dikira lemah atau tiada langsung. Kesimpulan aku :
1. Orang melayu lemah 'asas simpankira. Ini ilmu paling asas. Mcm pentingnya hafal sifir kalau nak mahir asas matematik.
2. Orang melayu malas nak cabar minda utk brainstorming perkara pokok yg paling penting sebelum bermulanya lagi perniagaan itu. Malah setelah berniaga juga masih keliru atas tujuan apa dia berniaga.(Tujuan yg lemah,maka hasil pun lemah)
3. Tidak kental mental & tidak mempunyai semangat juang utk terus bersaing.(disebabkan asal tujuan yg lemah & konsep yg salah)
4. Pemikiran tidak kreatif. Akibat dari pergaulan dgn kawan2 melayu yg kurang ilmu perniagaan. Juga kurang membaca. Kita cenderong bergaul dgn rakan sosial yg mempunyai tahap pemikiran & idea yg sama. Maka susah hendak melangkau tahap.
yap setuju sangat...10 pemaju melayu...10 masuk neraka....hawau tol...aku beli rumah ngan pemaju melayu masuk nih dah 5 tahun masih tak siap......memang celaka....nama pemaju tu sps setia...bukan SP SETIA milik...cina tu..mana pong nak ciplak....arghhhhhh
kalau kita sama2 bangsa dan agama sokong org dari bangsa dan agama sendiri, insyaAllah apa2 kekurangan boleh diperbaiki. Cha Ya Nun Alif berjaya sbb depa support each other. so, we should do the same. mmg tak dinafikan ada bangsa kita yg tak bagus niaga dan bodoh sombong (sesetengah je). but bangsa lain pun apa kurangnya. cuma diorang tak highlight atau kutuk bangsa sendiri sgt. plus org depa tak suke byk complain mcm org kita. wallahualam..:)
tgh cuba nak perbaiki apa yg patut dlm business sendiri dan sedaya upaya nk sokong org dari bangsa dan agama sendiri mula dari skrg (sokong yg mana bagus dan bersedia utk perbaiki utk jadi bagus). insyaAllah :)

bagus
aku rasa orang melayu kene tukar nama.
kan perkataan itu doa..huhu
patutlah susah nak idup segar,
dah layu camna nak segar balik,
tgu mati je la.macam aku huhu.
tapi Allah bkuasa hidupkan bumi slepas matinya..
Melayu baru: Tak Takut hantu, tak fwd email sampah, tak sharing knowladge tah apa apa- Woha!
Saya mmg sgt bersetuju dgn anda, kalau mkn kt kedai melayu masyaallah, bila nk dpt mkn daaaa... meja tak kemas. Bab kontraktor tu jgn ckp la sudah sedia maklum, bahkan org luar negara pon dah tau perangai kontraktor melayu hahahaha....
Tp ada yg ok, kt tempat sy melayu beniaga kedai sparepart, mmg bagus melayan pelanggan, patot arr setiap tahun tukar kereta baru lg besar. Maknanya kt sini bkn org melayu tak pandai berniaga & bkn org cina bijak berniaga, tp oleh krn sikap org melayu sendiri yg menjadikan bisnes tu tak menjadi. Kita kena ubah sikap.
Adat melayu dah tak releven lagi, adat melayu merosakkan bangsa yg beragama islam. Adat melayu menyusahkan walaupon islam itu mudah. Jgn satukan adat dgn Islam nescaya buruk padahnya. Krn jika tersepit antara Agama & Adat org melayu akan pilih adat tp pastu pi semayang mintak ampun kt tuhan.
Contohnye bila masuk bab kawen selalu jd mcm tu betul tak?? huhu... dan generasi baru akan confius contohnye, dlm islam di wajibkan org pompuan pakai tudung tp diaorg ckp "ala org pakai tudung tu tak semestinya baik! nanti aku da sampai seru aku pakai la tudung!" Tp mereka kena igt, perempuan yg baik semestinya akan pakai tudung, fikir2kanlah huhu..
Sbb dlm adat tak sebut pakai tudung tu wajib. Tp mereka sembahyang, tp di akhirat nanti pahala mereka hilang begitu shj disebabkan pahala mereka ditolak utk membayar dosa2 mereka membuka aurat. Dan apabila tiada lg pahala yg ada utk ditolak jd mereka berhutang dosa, jd ditengok lg ada tak amal jariah yg mereka buat, takde plk, yg ada visual mereka pergi karaoke melalak dgn bkn muhrim, tambah lg dosa. Jd itu yg dikatakan org perempuan bnyk penghuni neraka. Jd berwaspada dgn tindakan anda.
Jadi kesimulannya adat dpt merosakkan akidah. Jika nak selamat di akhirat ikutlah panduan Al-Quran jgn ikut adat Melayu, bagi sy biar mati adat pon takpe tp jgn mati Islam & anak -sekian-
min, bab mati anak dan adat tu aku ada tulis,tentu terkejut bila aku berpendapat lain, hihi
Aku tau la buat cha kuew tiaw tak sampai lima minit. ini dah setengah jam bila aku tanya balik dia kata tak buat lagi la bang (dgn muka sgt tak bersalah). aku menyirap betul! memamg aku nekad dan berjanji takkan datang lagi kedai melayu kelantan yg lembap tu.
Kita kena cuba dulu kedai orang melayu islam..... kalau diorang tak ok kena tegur supaya diorang boleh belajar dari kesilapan walaupun diorg tak suka....
Klau tak boleh blah juga baru g kedai cina.... bg can la kat orang kita mula berniaga.... mesti ada sikit silap.....
Niat untuk tolong orang insya-Allah dapat pahala
baik
Kustomer ada mcm mcm bro.lagi ko keje buat website....lagi orang phobia.actually orang bukan tak nak bayar.tapi mereka takut tak dapat apa yang mereka bayar.pastu mereka tak faham apa yang mereka bayar.dan mereka tak faham kenapa mesti nak bsyar.metaaliti rakyat malaysia dia bayar rm3k tu dia nak kau support sampai kiamat.tapi dia tak nak bayar lagi......dia expecting ko kenyang dengan rm3k tu.
Aku ajar ko tips mcm mana nak handle orang mcm ni.
1st:ko kena gunakan ayat "menjimatkan" "safe cost.(unsur unsur menguntungkan client)
2)avoiding cerita kekurangan atau mendedahkan kelemahan produk kita atau produk orang lain.banyakkam cerita kelebihan.
3)bawa buku atau profail atau ipad utk tunjuk some sample.
4)pakai baju kemeja t tag masuk dalam bila jumpa client.pakai kasut somemore.jangan selekeh.kenapa? Orang bayar kau 3k.cash.check kau tak nak.kredit kad kau tak mau.expecting apa client tu nampak? Expecting good is it?
Cina niaga byk amik deposit orang.bende takde.dia kataada.mau order.tapi model tak sama.bila kita nk duit kita balik dia tarik 1 bulan.dlm 1 bulan dia gunakan duit tu buat renovate kedai.renovate kedai 1minggu terus bwa untung lebih sekali dgn duit deposit tu sekali.
Aku ada member cina.tapi cakap melayu mmg best.dulu dia ni cina niaga.tapi ada berlaku kes konon nak buat cafe..tetiba member cina dia jugak yg bwk lari duit...terus lingkup.nak beli beraas pun mintak duit dgn aku.
aku ada buat kajian.kenapa jadi mcm tu? Dan jawapanya....ambil duit deposit banyak sangat.pastu dia jenis tegas bila isu caj kustomer.sepatutnya bila dah lama niaga jatuh guling mcm mana pun mesti customer tu akan ingat pada kita bukan? Tapi ni takde.seolah olah dia ni pengemis.orang tak kenal dia.
Kadang kadang masa jumpa supplier aku hantar dia dulu.tapi bab. Kwputusan dan duit mmg kat tangan aku.supplier pun pening kepala....kadang kadang supplier cakap cina dengan dia depan aku....tapi aku faham apa bende diorang cakap.pastu aku buat buat tak faham tanya member cina tu balik.
Korang caya tak aku satu satunya umat melayu islam yang niaga kat sini? Lain. Lain semua cina.nampak aku terkejut.eh ada melayu.ada tu tak reti cakap melayu.
Hari hari tgk amoi naik juling mata aku.dah la putih pakai tshirt merah menyala.pakai seluar short pants...bila senyum tu aku tak tahan.
thanks
Salam..
Ni ckit pengalaman aku nak mula berniaga..
Aku zero dlm ilmu niaga tp buat kata motivator2 dan mentor2 ilmu itu paling penting baru modal..
Aku pergi keja dgn cina mula dr tukang sapu..(nak buka kdai hardware)...cari ilmu di kedai h/ware takkan kedai dobi...lawak jer..tp disitulah aku belajar hingga jadi cashier...(padahal aku seorang logistic officer selama 12 thn)..tp nak ilmu mniaga punya hal, sanggup jadi tukang sapu)..Di situlah baru aku tahu cam mana cina boleh berjaya.. Senyum, berilmu dlm apa yg dijual, pandai nasihat customer, pandai manage duit dan etc.. Kalau pandai senyum jer, tp x pandai manage duit, lingkup gak.. Apa2 ilmu pengurusan bisnes mesti ada..kebanyakkan melayu main 'terjah' dlm bisnes...ilmu X ADA...wallahualam...
sangat sangat sangat setuju. saya sendiri lebih suka berurusan dgn org cina berbanding dgn melayu sdiri. org melayu ni bila dah berniaga untung sikit, sombong nauzubillah! lepas tu asyik fikir nak pegi kursus yang boleh jana duit banyak, bukan nak pegi kursus bagaimana nak menjaga hati pelanggan.
-Rose-
Post a Comment