Jan 7, 2011

Apa itu Paradox?

(Mendapat ilham selepas mendengar ceramah bekas paderi yang masuk islam, Yusuf Estes namanya, putih pula janggutnya.)

Soalan hari ini:-

Bro, gua tahu lu tak suka jawab soalan tentang hokum hakam, dan lebih suka jawab soalan berbentuk pendapat, gua sekarang pening mengenai kematian Teoh Beng Hock, keputusan hakim sunguh pelik, yang mana mendiang Teoh Beng Hock bukan bunuh diri dan juga bukan kena bunuh, habis tu apa? Hantu Jo-on kejar ke? Atau angin kus-kus tiup hingga beliau jatuh kah? Tolong bagi pendapar bro tentang isu kehakiman Negara dan kaitannya dengan Kerajaan.

Jawapan hari ini.

Aku sedang berbaring, jam lebih kurang 11 malam, tiba tiba aku bangkit, bini aku terkejut dan bertanya kenapa? Aku terus menuju meja dan hidupkan laptop lalu berkata: Abang dapat ilham untuk tulis isu kematian mendiang Teoh Beng Hock …

Lalu akupun menulis dalam keadaan tidak berbaju…

‘Tap tap tap’,

Bunyi jari aku mengutuk keyboard dan terpaparlah di ruang screen:

‘ kesulitan menyelesaikan masalah paradox’

Aku mulai merasa kesejukkan, lalu mengoder sehelai baju dari isteriku, dan setelah selesai memakai baju (terbalik pulak.., lantaklah) aku teruskan menulis…

‘Tap tap tap’...

*****

Dalam hidup kita ini, wujud satu istilah bagi menerangkan situasi yang tidak boleh diselesaikan atau tidak boleh disimpulkan yang dikenali sebagai “Paradox”.

Paradox mengikut kefahaman aku (jika salah tolong betulkan-english dan sains aku masih ditahap rendah) adalah bermula dari satu ‘kenyataan’ atau ‘persoalan’ yang pada zahirnya betul, tapi apabila cuba di simpulkan atau di jawab maka akan berakhir dengan konflik yang tidak dapat dijawab atau tidak dapat diselesaikan.

Sebagai contoh:

“Kenyataan ini adalah palsu”

Pada zahirnya, kenyataan di atas adalah tidak nampak sebarang masalah,

Tapi apabila kita ingin membuat kesimpulan, maka timbul masalah yang tak dapat diselesaikan, yang mana, jika " Kenyataan ini adalah palsu " adalah benar, maka ia adalah palsu, yang mana ianya bermakna adalah benar, tapi ianya juga bermaksud palsu, dan benar dan palsu bla bla bla sehingga infiniti..

Pening tak?

Sama jugak, jika " Kenyataan ini adalah palsu " adalah palsu, maka ia adalah benar, yang mana ianya bermakna adalah palsu, tapi ianya juga bermaksud benar, dan palsu dan benar bla bla bla sehingga kita jadi bengong sebab tak tahu sama ada kenyaatan itu palsu atau benar.

Jadi Paradox juga boleh ditakrifkan sebagai dua jawapan yang ingin di letakkan pada satu soalan yang mustahil akan dapat dijawab menggunakan dua jawapan seperti “ya” dan “tidak”, atau “benar” dan “Palsu”

Contoh lain Paradox: A man says that he is lying. Is what he says true or false?

Jawablah jika boleh? Boleh jadi mereng jika korang cuba jawab.

Contoh lain:-

“The statement below is false."
"The statement above is true."

So, apa kesimpulan dari dua statement diatas?

Kedua-duanya adalah palsu, dan kedua-duanya adalah benar, dan palsu dan benar dan palsu dan benar bla bla bla sehingga kita jadi bengong dan gila isim jika berkeras nak jawab gak, sebab memang tak boleh jawab kerana kita tak akan dapat menyimpulakan masalah paradox…

Aku bagi contoh lain masalah paradox: (Crocodile Dilemma)

Jika seekor ‘buaya’ menculik seorang kanak kanak, dan berjanji akan pulangkan kepada bapa kanak kanak tersebut dengan syarat bapa kanak kanak itu dapat meneka dengan tepat apa yang buaya itu akan lakukan, akan tetapi apa yang buaya akan lakukan jika bapa kanak kanak itu meneka bahawa anakknya tidak akan dipulangkan.

Susah sangat paradox ini? Cuba yang ini:

David says: 'Every man is a liar!'

Is David telling the truth or is he lying? If it is true that every man is a liar, and David's statement, "Every man is a liar" is true, then David also is lying; he, too, is a man. But if he, too, is lying, his statement: "Every man is a liar," consequently is not true. Whatever way you turn the proposition, the conclusion is a contradiction. Since David himself is a man, it follows that he also is lying; but if he is lying because every man is a liar, his lying is of a different sort… (aku malas dah nak translate-rujuk wikipedia )

Oleh sebab masalah paradox tak dapat diselesaikan, maka apabila ada pihak yang cuba menjawab jugak, maka jawapan mereka akan berbeza beza, korang boleh rujuk internet dan boleh jumpa berapa kaedah untuk ‘cuba’ menyelesaikan masalah paradox seperti kaedah Alfred Tarski, Arthur Prior,Saul Kripke,Barwise Etchemendy, Dialetheism dan lain-lain.. (yang meletakkan syarat tertentu dalam pemahaman kenyataan)

So, apa perasaan korang sekarang selepas baca semua ini,

"I know that I know nothing at all.", (chech, paradox jugak..)

Maka, sebagai kesimpulan bahasa mudah faham tentang paradox,:

“Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Faham?

Faham tak jika aku cakap:

“One dollar will not make you rich, so if you keep this up, one dollar at a time, you will never become rich, no matter how much you obtain.”

Boleh buat kesimpulan?

Ok, sebenarnya ada banyak sangat pecahan kepada masalah paradox, aku ambik satu contoh paradox berkenaan mesin masa yang pecah kepada tiga jenis paradox pulak. (saje nak bagi korang pening)

1. Grandfather paradox : Korang nak bunuh diri, tapi tahu bunuh diri itu boleh buat korang kekal dalam neraka, maka korangpun pergi ke masa lalu dan membunuh atuk kita yang masih muda supaya atuk tidak kahwin dengan nenek yang akan dapat ayah. Dan jika korang berjaya bunuh atuk korang, maka ayah korang tidak wujud, jadi.., korang datang dari mana?

2. Ontological Paradox : Dalam filem XX Ray arahan Aziz M Oman, beliau telah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan Hang Tuah dan sempat memberi idea, “Tak kan melayu hilang di dunia”, dan Hang Tuah yang tak pernah dengar ayat ini kagum dan menyebut berkali kali, Jadi ini bermakna idea itu datang dari Aziz M Osman yang dapat dari membaca sejarah melayu yang kata itu dari Hang Tuah, jadi, dari mana idea itu datang? Dari Aziz M Osman? Atau Hang Tuah?

3.Predestination Paradox :Dalam filemTerminator, sekiranya Terminator tidak datang dari masa depan untuk membunuh Sarah Conner, maka Kyle Reese juga tidak datang, tapi jika Kyle Reese tidak datang, macam mana john Conner boleh ada kerana dialah ayah kepada John Connor, Jadi, dari mana John Connor bermula?

Pening tak korang? Releks, jangan pening, perkara paradox biarkan sahaja ia dalam keadaan begitu jika korang tak nak gila isim…

Karang, aku suruh jawab, mana dulu, ayam atau telur? Maka boleh jadi bengong jikakita nak selesaikan masalah paradox ini…

******

Ok, sekarang aku nak pergi jauh lebih serius.., bab ugama.

Bila masuk bab ugama, akan lebih banyak masalah paradox yang akan kita temui,

Contoh:

Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Susah akal cetek manusia nak terima kenyataan ini.., manusia percaya bahawa setiap sesuatu ada permulaan dan ada pengakhiran, orang kafir percaya yang kita ni berasal dari beruk sebab rupa beruk macam rupa kita, dan percaya beruk mungkin datang dari biawak, ada iras cuma takde bulu, dan biawak mungkin datang dari ikan berkaki, dan ikan berkaki datang dari ikan, dan ikan datang dari sel dan, dan, dan ,semua ini datang dari letupan big bang, dan letupan itu datang secara bang beng bong!

Tapi akan tetap timbul soalan, siapa yang mencipta letupan itu?

Ok, Tuhan yang mencipta, tapi Tuhan datang dari mana, siapa yang cipta Tuhan? Boleh jadi pecah otak jika layan akal kita...

Contoh lain:

Sebelum Allah ada apa?

Jawapan yang sebenar, Allah tidak terikat dengan masa, Allah tidak ada sebelum dan selepas, dan Allah tidak berawal dan berakhir, Allah yang mulakan masa dengan t=0. Kerana masa juga dicipta oleh Allah.

Arghhh, pening!!

Maka, masalah ini, jika kita cuba fikir dan jawab jugak secara logic sains, maka kita akan jadi gila isim, bengong.., kerana itulah Nabi dah ajar kita supaya jangan fikir tentang zat Allah, jangan fikir tentang perkara yang ghaib, jangan fikir tentang roh, sebab iainya di luar batas kemampuan akal kita..

Bab perbandingan pengetahuan kita dan pengetahuan Allah selalu dalam hadith menyebut, ilmu manusia seperti setitik air dilautan, dan lautan itu adalah ilmu Allah, maka apa daya kita?
So, masalah paradox, jangan berlagak hero untuk cuba jawab, nanti korangpun jadi bengong!

Aku bagi beberapa contoh lain:-

Allah memberi peluang untuk kita membuat pilihan kepada sesuatu yang telah ditakdirkan.

Ramai orang jadi putus asa bila fikir ayat ni secara logic.., menolak rukun iman yang ke enam, dan mati masuk neraka.., oh..

Contoh lain..

Allah suruh Nabi berdakwah, lalu Nabi berdakwah sungguh sungguh tapi akhirnya yang bagi hidayat adalah Allah, yang mana walaupun Nabi dah dakwah kepada bapak saudaranya sungguh sungguh, tapi hidayat tetap di tangan Allah..,

Ok, dua statement diatas, tak paradox sangat, sebab boleh dijawab, (agak panjang), secara ringkas:

Kita boleh ibarat macam pemikiran bayi yang marah kepada ibunya yang pergi jumpa doctor bagi mendapatkan suntikan imunisasi, dalam kepala otak bayi:, apalah, mak aku tak betul, kata sayang aku, tapi kenapa cucuk dengan jarum?

Ok, boleh kembangkan sendiri anologi tu.., aku dah mengantuk

****

Sebelum tu, aku bagi contoh lain, iaitu soalan yang berbentuk ‘seakan paradox’ yang di tanya oleh orang kapir kepada orang islam yang mana orang islam tak boleh nak jawab lalu orang kapir anggap mereka betul padahal secara sainsnya, takde orang boleh jawab soalan paradox..

Ingat apa makna paradox?,

“Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Bagus, pandai..

Tapi sekarang aku nak pergi kepada soalan yang nampak macam paradox tapi bukan.., (yang selalu diguna oleh orang freethinker yang perasan pandai)

Contoh solan seakan paradox.

Soalan 1:

Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya?

Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Tengok, jika jawapan korang untuk perisai ‘ya’, dan untuk pedang pun ‘ya’, maka jawapan kedua bercanggah dengan jawapan pertama…,

Soalan 2:

Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah

Tengok lagi, jika jawapan: boleh, maka Allah jadi lemah, jika: tak boleh, maka Allah juga lemah.., konflik bukan?

Ok, aku rasa banyak lagi soalan yang seakan paradox ini cuba ditanya oleh orang kapir atau orang islam yang gila isim, yang mana bila orang islam tak boleh jawab maka mereka yang kapir pun pun parasan betul..

Releks bro..

Kena faham beza antaa paradox dan bukan paradox.., yang mana paradox adalah “Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Baik, disini, jawapan memang konflik, tapi bila disemak, rupanya soalan dan kenyatan soalan tadi sudah berada pada status:salah.

Yang mana bila soalan salah, maka jawapan sudah tidak diperlukan lagi. Orang bodoh jer yang jawab soalan yang salah.

Ok, kenapa soalan di atas salah.

Jika korang rujuk surah 112 iaitu Al ikhlas, terdapat ayat:

1.katakan: Allah Yang Maha Esa

2. Allah Sesungguhnya kekal.
(Allah tidak berakhir, pening jika sains nak pikir)

3.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
(Aku dah cerita tadi, ikut logik memang manusia tak mampu nak terima akal, itu belum cerita bab kun fayakun)

4.Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya

Ok, ayat nombor empat ni yang aku nak jelaskan..

Dalam ayat ini memberitahu bahawa tiada satupun yang sama dengan Allah, yang mana Allah pencipta, dan Allah bukan sebahagian dari penciptaan. Kerana itu wujud ungkapan, “Allah tidak sama dengan yang baharu”.

Dan perbuatan menyamakan Allah dengan ciptaanya adalah salah dan tanda kejahilan, Allah tidak bermula, tidak berakhir, tidak tidur, tidak memerlukan apa-apapun.

Apabila soalan ini bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian, “boleh” di situ telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk.

Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah. Allah punya rule: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima..

Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah tadi, sebenarnya merendahkan Maha Boleh, yang mana boleh mangangkat itu adalah setaraf bolehnya mahkluk…, Allah tak sama dengan yang baharu, Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya!

So, soalan seakan paradox itu bukan paradox lagi kerana soalan itu sudah salah, bodoh, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah.

Sudah!, pergi belajar bab paradox dulu jika nak buat solan paradox..

Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang bodoh apatah lagi.

Sekian.

Ps: Abang, kenapa pakai baju terbalik? Tanya isteriku lalu akupun tutup computer dan memparadoxkan diriku kepangkuan isteriku…, dihujung katil baju itu tertanggal, tapi tidak terbalik lagi, paradox sungguh.

Ps2: Entry ini juga agak pardox, orang lain yang bertanya, orang lain yang mendapat jawapan, kan?

Ps3:Wallahu'lam is the best answer of all paradox...

Ps4: Penutup yang paradox, di petik dari kata kata George Wilhelm F H : Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah. – Woha!

122 comments:

razman razali said...

akhirnye..aku 1st komen..hehehe

diela said...

paradoX sunggoh entry kli ni..apa2 pon jka dfkirkan mmg byk yg kita fkir xplu dfkirkan sbnranya...haha

razman razali said...

berdenyut kepala aku membaca entry ni..baek aku gi TIDOX..woha!!

ch!natsu said...

paradox? wAllahhualam.. =)

abufirdaus said...

salam,
... :)

nadz ruslan said...

telur ayam dengan ayam, mana keluar dulu?

Khairi Mohd said...

salam, paradox? mmm.. kena baca kat rumah hehehe.

فنيڠ ڤيکيراڤ said...

memang peningpikirapa. susah nak pham...senang lagi nak paham type 1 error & type 2 error dalam statistic

yusuf mujahidin ™ said...

pening plak rs..
tp dh mula paham ape itu paradox scr asas nye

selama ni blaja eco tk phm2 pn psl leontief paradox..haha

tengs bero

~fam~ said...

kepala agak pening dan bolh jadi mereng kalau berterusan...

sampai mereng-mereng aku baca ni bro...betul2 paradox...

:)

Abu Abdurrahman said...

pening2x400

xynophillious said...

ya allah punyer la berdenyut kepala aq bace entry nie...

Anis izyan Abd Rahman said...

yaAllah~~

pening~~~

Anonymous said...

nothing is something.

heal man said...

ps4 dah keluar ke..? setawu aku kat pasaran baru keluar ps3.. perghh paradox giler..

James Buns said...

paradok ini lebih kurang macam number la.

tak boleh habis punya.

lg komplicated dari algebra.

kah kah kah

hendrik said...

hahahaha....paradox sungguh...

nazrinafifi said...

aku baca penuh teliti. tak pening!! alhamdulillah Allah beri kefahaman..

btw, aku rasa ayam yg keluar dulu..

Nerzhul said...

I always tell the truth. Even when i lie - Tony Montana.

immukmin said...

paradox...,hak3!!..dapat gak ilmu dari sini...kalu tak..bodohlah aku kalu org kapir cakap pasal paradox..mempertikai kekuasan Allah..dan menyamakan Allah dengan makhluk...mmg bodoh..kadang.. inilah golongan yang bakal mengelirukan orang islam... nauzubillahhiminzaliq..minta jauh..

hohoh!..tq bro...nice entri..

Skymatrix said...

Salam,

"Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah"

kat sekolah kita belajar sejarah manusia zaman mesolitik, paleolitik dan neolitik...tapi betul ke semua tu? sapa makhluk yang pertama turun ke bumi? takkan Allah nak biarkan islam hancur pada zaman batu, manusia yang takde tamadun?

Tu soalan anak saudara aku yang berusia 14 tahun yang tak terjawab oleh aku...(soalan yang sama aku tanya kat cikgu masa aku umur 13 tahun tapi cikgu aku tak jawab)

ParadoxXx kah aku atau soalan tu yang tersodoxXx?

alfindani said...

Ok! Bila kita delete SMS or something dr handphone kita ke mana dia pergi? nk kata ada, x ada. Nak kata x ada dlm hp, xde nmpk keluar dr hp..hmm, agak2 kategori paradox jgk x ni Hamka? :)

Gummy Bear said...

bleh check kat youtube, Shaikh Yusuf estes bersoal jawab ngan atheism, Shaikh Khalid Yassin pub best jugak...brilliant scholars

eda said...

What entry baru dah 25 komen?? Aku ketinggalan neh, JOM BACA!!!!!

izuddinrahim said...

sungguh pening tapi berjaya paham dengan wallahua'lam. hehe

Anonymous said...

Bengong meta aku baco,haha
tapi tunggu 2-3 saat boleh la pehe sikit2
---LF KM----

Anaasuria said...

salam kenal.. dah lama ikut, tak komen jer..

first time bersimpul urat kepala baca entri keretamayat.. :) apa pun, seronok baca..

aciklie said...

aduhhh... berbinau pale otak aku membacanya...
kena baca lagi sekali la jawapnya..

Eray Majid said...

siap berehat due tige kali nak habis entry paradox nie..paradox sungguh!

hamka said...

oleh sebab kepala korang pening..

cuba korang buat perkara ini.

makan dua penadol 'akan' hilankan pening, tapi makan dua ratus penadol juga 'akan' hilangkan pening selamanya.

Paradox tak?

~fam~ said...

bro, bukan pening je hilang...segalanya akan hilang....

aku suka paradox yang itu...woha!

zuraida said...

salam hamka,
aku tak paradox..waras lg nih.. harap2 lah..

azad said...

salam..

pendapat saya (kalau terpesong betulkan eyk?):
kenapa kita perlu samakan kedudukan Allah dengan manusia?

masa itu diciptakan Allah untuk kita.
qun katanya fayakun jadinya.

kenapa perlu keluar soalan dari mana Allah datang? sebab Allah dan kita bukan sama. beza pencipta dan dicipta. kita terikat dengan penciptaan Allah.


Abang, saya cuma tak faham kisah ini:
kisah Wali (syed siti jenar) yang ditanya oleh anak muridnya "Siapakah Allah?" Yang dijawab oleh nya "aku lah Allah" (sambil jari telunjuk ke arah dirinya)..

Sembilan Wali mengatakan benar apa yang dikatakan tetapi salah untuk itu. Maka diperintahkan Syed Siti Jenar dihukum bunuh.

"Benar apa yang dikatakan tetapi salah untuk itu?"

Benar tapi salah?

Cik giRang said...

salam..

ooo..baru tau paradox tu ape..entry yg sangat menarik even agak penin pada mulanya..

btw, thanks bro sbb kuarkan soklan tu sume.penah jumpe da soklan2 tu sblm ni..tp x terjawab ngn akal ni..

papepon..entry ni besh!!

Chapit Zulkefli said...

mak aih. berselirat aku baca =="

Anonymous said...

salam.

A MASTERPIECE.
brilliantly written.


barakaallahufeek.
...............................................
.anak ummi.

LS said...

berpusing juga kepala aku nak fahamkan.

Anonymous said...

Salam.
penjelasan yg fuhh..
klu dkt uia, bnd ni belajar dlm subject critical n creative thinking(CCT). siyesly kritikal tapi best.

lecturer ckp, dlm islam,ni ilmu mantiq.Wallahua'lam.

Jefri said...

kesimpulannya, memang otak,akal ini terbatas...neway, entri ini memang best!

Bob Janggut said...

aku baca sambil mengusap janggut.

Egg Head said...

adei....memang paradox la entry kali nie....terbaek dr ladang...paradox ba juga..

Anonymous said...

memang paradoks!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Salam..

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai
sebab musabab dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada

hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal,
rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia

Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.

Mungkin soalan lain sebenarnya yang nak ditanya, tapi
sebab berada dalam keadaan 'ustable state', soalan yang pelik2 jugak yang ditanya kan?

tak pun, statement pelik2 pulak yang diberi....kan? lantas menyebabkan ssorg yg dity tu berada dlm keadaan serba salah, pelik dan marah!

Kesimpulan= MAAF kalau TERtanye soalan2 pelik../ TERberi statement pelik.. Woha!(",)

P.S

Anonymous said...

"Tolong bagi pendapar bro tentang isu kehakiman Negara dan kaitannya dengan Kerajaan." betul2 paradox bila bro hamka jawab soklan ni...he3

Azah said...

good post.

mmg never ending kalau nak dpt answer :) only Allah swt knows best.

Ismi Ijmi said...

panjang le bro

Anonymous said...

pernah jumpa

"I'm nobody and nobody is perfect."

So, "I'm perfect!"

...deadlock...

Anonymous said...

..ohh..jadi tak payah fikir teruk2 nak jawab soalan yg tak boleh nak dijawab..sebab soalannya yg bodoh.

moral: jangan jadi bodoh dengan menjawab soalan bodoh!

Anonymous said...

a liar's paradox: everything i say is a lie.

ap said...

best enty..tp pening nk bcer...kdg2 konfius jgk sal soalan2 gini..thankz en.Hamka..en3 sume best2...

Miss Ecah said...

oke. pening. habis baca paham sket2

Anonymous said...

entry paling bernas...

zabed said...

in the end,

"allahu'alam"

simple je. tak payah pening2

Anonymous said...

Betulke terjemahan "Allah-us-Somad" tu? Kalau betul takpela.

Practice makes perfect.
Nobody's perfect.

Allah yang bagi perfek.
Allah Maha Sempurna.

-BAKALMAYAT-

Bob Janggut said...

baca kali ketiga.

hulago said...

A=this statement is false statement

we denote false A as |A

as A=this statement is false statement

thus A=|A, literally means 'true=false'.

then, 1=0 is possible. Binary logics will be violated, mathematics becomes metamathematics and all physical laws will change.

hamka said...

akupun pening baca komen korng.., he he he..

kalau orang tanya aku, ayam dulu atau telur dulu? aku akan jawab:

kalau ada kicap, lada hitam dan madu, aku nak telur separuh masak dulu.

woha!

ariesta said...

Assalamualaikum wrb.
Saya seorang muslimah, pembaca dan penyuka blog encik dari Indonesia. Subhanallah. Banyak ilmu yang saya peroleh dari blog encik, membuka pandangan saya mengenai banyak hal dalam Islam dari tulisan-tulisan encik yang bermanfaat. Terima kasih encik.

si para para said...

bukan bunuh diri dan bukan di bunuh.
ni sengaja di peridoxkan..

n3 yg sangat peridox..hehe
follow n mintak kebenaran nk tepek link kat blog...

arizWanmerahs said...

Wah! Tersengeh lebar dorg tu bila aku terpinga2 tak mampu menjawab soalan dorg yg dorg sangka soalan paradox tu..

Lepas tu dorg cakap, 'oleh krn ko tak dapat jawab, maka terbuktilah tuhan tu tiada..'

Bila dorg cakap camtu, aku pun balas balik, 'ya la memang betullah tuhan tu takder, sebab yg ada cuma Allah yakni yg menciptakan dan yg memelihara seluruh alam ni..'

Maka terkedulah dorg kehairanan, 'apa? Tuhan dgn Allah (tergeliat lidah dorg nak sebut Allah..) tu tak sama ke?'

jeng.. Jeng.. Jeng..

Sekian.

Mummy said...

pening sekejap...tp ayat last tuh...wallahhualam...terus ilang penat...hanya Allah yg maha mengetahui segalanya

Anonymous said...

Assalam

Life is a joke...
Don't take it seriuosly.

Khalid
bidadari itu benar...
bidadara itu benar... Woha!

ntahlantahla said...

kun fayakkun..

Suhaibah said...

Huihh.. saya kena baca 3 kali entri ni baru paham.. nasib baik tak pengsan..

hamka said...

aku pernah tulis entry pasal ni dua kali..

satu bertajuk: apa itu tasauf.

kedua: Tanya sama tuhan.

sekian, laporan dari bilik mayat.

Anonymous said...

salam..

the truths shall prevail..
veil urself for true islam..

-vogue in niqab!

Latifah said...

nanti aku baca balik...
tetiba sakit kepala... hahaha

Anonymous said...

nak bace tp panjang..mcm pening2 plak..hehe
oh ye, ada 1 bnde tgh pening jugak now.errr yang sebenarnya, talak ada sampai berapa? tadi terkejut dgr kawan ceriat talak 10. eh, ada ke? boleh explain kan pasal ni? dah try google sendiri, tak ada plak sampai 10 tu. erm, si suami sebut itu msa lafaz taklik pas akad nikah tu.harap sesapa dapat explain kan.
~yang musykil lagi cetek ilmu.

Anonymous said...

Assalam...
errrr....tak related dan relavan at all dengan topik ni...
Just nak kongsi satu ayat yang aku sangat terkesima di salah satu papan tanda di Terengganu. Nafas yang berzikir!Masyallah...

Benar! Terengganu Darul Iman
100% Paradox

eNesHiKe R said...

slm.

yup, tahniah, bro...dah lama tunggu bro diskus pasal nih ^^...tq2..

paradox misteri kehidupan~

jamilah.chantek said...

siapa yang gunting rambut tukang gunting???

Shah Qurratu 'Aini said...

huiyo... zuhud... respect tabik hormat.. dan begitu romantis dgn bini...

hanisah hassan said...

Bravo saudara hamka...entry yang sangat penuh dengan ilmu...Selama ini saya sering terfikir bagaimana nak jawab dan beritahu orang lain tentang keyakinan kita terhadap Allah .Kerana apa yang ada dalam hati memang jelas sukar dipamerkan dalam bentuk kata-kata dan perbuatan kita.

Asfan Ash said...

hohoh nice entry. aku suka bab time travel tu sebab ade blaja dr kawan yg study philosophy

hamka said...

Bersetuju untuk tidak bersetuju

: )

Saya Tak Bersalah!!! said...

Saya nak tanya satu soalan:
Masa saya balik keje semalam saya ada nampak al-quran lama dekat sebuah tapak surau yang telah dirobohkan dibakar tp xhangus semua,(al-quran tu dari surau tu lah kut, sblum ni) sebab api die dh mati dibasahi air hujan, yang menjadi persoalan saya skrng boleh ke kita biarkan je alquran lama tu yang belum selamat jadi debu tu terbiar macam tu je kt tepi jalan? itu bukan penghinaan tuk alquran ke? saya rasa bersalah je tengok even bukan saya yang bakar. So ape yang patut saya buat?? En. Hamka boleh tolong bagi suggestions tak?

Anonymous said...

Salam,

untuk 'saya tak bersalah'

ada saya dengar daripada seorang ustazah yang saya tak ingat nama, beliau kata

al-Quran yang terbakar tu perlulah ditanam.. kalau tak salahla.. menurut beliau, apa2 yang ada ayat al-Quran tertulis diatasnya, al-Quran lameke, jika terbakar, perlu ditanam debu2nya itu.

jadi, pd pendapat saya, baik awak pergi ambil debu2 al-Quran yang terbakar tu dan tanam..

tapi mungkin pendapat en. Hamka lebih baik kot.. hanya bagitau ape yang saya taula.. tak pasti lagi kesahihan kata2 ustazah tu.. sebab lupe nak tanye lebih lanjut..

cape said...

Practice make perfect but nobody perfect. so why practice??

Paradox soklan aku??

beautiful_rose said...

paradox?
rumit betul nak faham...
tapi bila diterangkan serta di beri contoh tentang agama,baru sy faham.tp masih perlu belajar lagi supaya tak sesat dn salah faham...

Anonymous said...

salam,thanks br0 hamka..kpd skymatrix-sy dlu trtya2 soalan yg sama tntg sjarah n tamadun manusia yg kta blajar ms tgktn3 xclap sy.sbb sy suka sejarah dlu.tp sy wat ksmplan sndr bhw yg cipta sjarah@tamadun manusia 2 mgkin pgkaji2 yg kafir n yg xtau tntg asal usul manusia iatu nabi adam a.s.tp bru2 ni da video kt facebook jelskn tntg ni n ada kaitan tntg penggalian makam rasulullah n rncgn kafir memusnahkn negara islm n cmna jepun leh serang msia dgn basikal.cuba cari video 2.rasany trjwb soalan ank sdara awk dgn tgk vide0 2 mcm sy dpt jwpn.ada kaitan dgn 5fasa kenabian adam,idris,nuh,isa n muhamad.wallahualam..pngetahuan yg xseberapa n xkaitn k0t dgm parad0x..he2 -aisyah-

Anonymous said...

p/s: bro hamka sy bru je pas hafaz tjuk iman n islam sbjek tauhid n nk exm es0k.k0n0nny nk nk rest 0tak bc bl0g keretamaya rupanya kt cn pun kna baca bab tauhid..he2..tp xpa tmbh ilmu n dnyutan 0tak...ilmu tauhid cabang segala ilmu..-aisyah-

hamka said...

seorang pembunuh yang telah membunuh 100 orang manusia telah mati ketika nak pergi taubat.

adakah beliau masuk shurga atau neraka?

Nurreez Nurizan said...

jadi, kematian Teoh Beng Hock adalah satu paradox ??? ataupun telah diparadoxkan oleh pihak tertentu spy kematiannya yg tdk paradox nmpk seakan-akan satu paradox ??? hihi..confuse...;)

Anonymous said...

@_@

adoiyyaii...pening2....x baca habis pun lg...

E=mc^2

Anonymous said...

fuhhhhhhh...

feninggg beb...

seorang pembunuh yang telah membunuh 100 orang manusia telah mati ketika nak pergi taubat.

adakah beliau masuk shurga atau neraka?

Jwpn : Shurgaaa lerr(jwb lam keadaan mamai..huhuuu)

Anonymous said...

Salam

Syurga!!!

Anonymous said...

salam..hukuman pd pmbunuh 2 da dlm al-quran surah al-baqarah n an-nisa ayt 93.telah jels hkumanya qis0s bg pmbunuh yg membunuh org briman dgn sengaja n apatah lg 100 org kn?100 org 2 plak blh dibahaskn mukmin,kafir,@ munafik?cmna nk msk syurga dh trbkti kna qis0s??slps membunuh 100 org n ingn bertaubat..taubat 2 diambil kira pd niat pmbunuh 2 plak.spt mana mafhum hadis:(dtg sorg lelaki kafir n mengucp kalimah shahadah n memberi salam lalu dibunuh oleh sorg sahbat.Rasulullah brtanya adkh kamu selami hatiny n tgk apa dlm hatiny?)ni menunjukkn jika xtau niatny jgn bunuh..cmna nk qis0s n dikatakan msk neraka sdgkn kta xtau niat pmbunuh 2 kcuali Allah yg Maha Mengetahui,Pengampun n Penyayang,hu2,Mgkn neraka n mgkin syurga tmptny..kesimpulan:1-jwpnya antara dua n byk persoalan yg akn tmbul,oh paradox! 2-qis0s bkn senang2 nk dilakukan krn perlu dlihat dr byk aspek n mybe pembunuh trslmat melalu qis0s n hudud jgk..so,kt msia blh je wt hkuman qis0s n hudud sbb mybe pnjnayah msia trlpas dr hukuman drpd mati sia2 ditembak @ digantung tnpa smpat bertaubat.hehe..3-lagi byk aku taip aku rasa lg byk parad0x yg trhasil dlm 0tak aku..

Anonymous said...

Assalam

Hanya Allah dan Rasul saja yang tahu!

Khalid yang tak tahu menahu..

hamka said...

Jawapn untuk baki al quran tu, betulalh macam yang di jawab, bakar sa,pai jadi abu..

Ok, bab soalan aku, dah banyak aku quote cerita ni dalam blog, cerita yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu… ,

satu org jahat telah bunuh 99 org dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu org alim…org alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus…
hinggalah berjumpa dengan org alim yg ke 101, dan org alim itu kata ,

kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yg ramai org jahat tu ke kampong sebelah yg ramai org baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK..

dalam perjalanan, dengan izin Allah dia menjadi mayat…mati tanpa sempat bertaubat..

2 Malaikat telah berbeza pandapat, satu kata si pembunuh 100 org ni adalah ahli Neraka.., satu lagi kata orang yang dalam perjalanan bertaubat ni ahli shurga,

paradox sungguh

lalu bila mereka rujuk pada Allah,
maka Allah suruh kira tapak kaki si mayat, mana yang lebih dekat, jika dekat kampung baik, masuk shurga, jika dekat kampung jahat, masuk neraka

maka, ditakdirkan kurang setapak jer perbezaan jarak antara dua tempak, lalu Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SHURGA..

Moral: orang yang mengzahirkan niatnya, tapi belum sempat buat, insyAllah sudah diterima oleh Allah, maka sempena tahun baru, jangan azam sahaja, tapi zahirkan azam.., dan jika dalam menyempurnakan azam, tiba tiba korang jadi matat,inyAllah, Allah akan terima azam korang..

Ps: SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...(cth: satu org nak jadi hafiz usha sungguh2, tapi tak sempat lalu menjadi mayat akan di bangkitkan bersama para hafiz...satu org ikut nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…)

miswak said...

Assalam,
aku paling suka bab ni: "SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...(cth: satu org nak jadi hafiz usha sungguh2, tapi tak sempat lalu menjadi mayat akan di bangkitkan bersama para hafiz...satu org ikut nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…)"
jazakallah khair Prof KM

Anonymous said...

Salam,

(",)

Anonymous said...

Assalam

Perggh...!!power tasykil orang baru balik jalan allah ni...
Puri zendeghi...insyallah!

100%.
P/s: mari kita usaha bawa semua orang masuk Jannah! (Bayan Urdu: Radio Islam Nusantara.com)

Saya Tidak Bersalah said...

TQ kepada en. anony dan en.hamka yang sudi jawab soklan saya tu.

Petang ni misi balik keje bawa mancis n insyaallah akan bakar sampai habis walaupun nampak cm sush nk hangus semua, kt KL ni hari2 hujan so baki alquran yang tinggal tu basah, tapi xpe saya cuba untuk berusaha....

Anonymous said...

can never understand, will never understand and does not need to understand what the heck is paradox..(tetibe terer lak aku berbahasa ibunda tok tiri aku)..anyway huraian yg kena pelan2 baca utk kefahaman.

zhoulsz said...

rasanya ada sedikit perbezaan dari segi makna paradoks yg saya fahami. merujuk dewan eja, paradoks bermaksud sesuatu yg bertentangan dgn pendapat yg diterima umum. contohnya, bila semua orang p keje naik kete, anda sorang je naik motor dengan alasan, anda tak nak sama dengan orang lain. dari segi pandangan saintis, berkenaan time travel. katakan anda pergi ke masa depan atau masa dahulu, anda berjumpa dengan diri anda di masa tersebut, mengikut teori hukum alam, tak boleh ada 2 orang yg sama dalam satu masa. maknanya, akan berlaku sesuatu yang tak elok kepada salah seorang waktu menyebabkan kematian supaya hanya sorang sahaja yang boleh hidup. that's paradoxs.

Anonymous said...

Assalam.
It is an honour for me to be the 100.

100 kali Subahanallah
100 kali Alhamdulillah
100 kali Allahuakhbar

100 kali mati dan hidup semula di jalan Allah!

101% Woha!

PemilikMataCoklat said...

Pergh!!!!
terbaik dari ladang, berpinar mata eden baca nak bagi faham, sigh!!!

Anonymous said...

...uhh I like..this

"..zahirkan azam.."..bukan azam saja nak baiki diri, tapi mesti dizahirkan.

Azam nak tegakkan agama...kena zahirkan dengan mendirikan(bukan shj menunaikan) solat. Solat yg bagaimana?

"Solatlah sebagaimana kamu lihat aku bersolat"..mafhum hadis.
...dan setiap solat 5 waktu, Nabi saw solat berjemaah di tempat azan dilaungkan..

Btw tadi terdengar lagu Hijaz

"mereka bahagia dlm derita.."
"mereka kaya dlm kepapaan" ..ehh..betulke liriknye..

..anon..

Anonymous said...

Salam

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan..

Best lagu ni, tajuknye
kawan-Hijjaz(",)

Anonymous said...

~ semakin kita belajar, kita akan rasa makin bodoh kerana banyak benda yang kita rasa tahu tapi sebenarnya kita tak tahu pun ~

EEan said...

Thx sebab ilmu. Hehe

hamka said...

sama sama..

err, belum tulis lagi entry baru.., mungkin esok aku post, insyAllah

Anonymous said...

bila hamka ckp insyaALLAH ttiba tringt-masa g interview taon lps bakal bos tnya bleh x buat tu bleh x buat ni.ku jwb insyaALLAH.bila bleh start?ku jwb insyaALLAH 1hb.lps tu sme soalan ku jwb dgn insyaALLAH (sbb tringt ALLAH pernah tegur Nabi S.A.W.'jgn berjanji ttg esok melainkan dgn berkata insya ALLAH krn kamu x tahu samada kamu masih hidup esok hari)

skrg Alhamdulillah dh dpt krja tu & bos plk yg byk ckp insyaALLAH:)

ank2 pun dh byk sbut insyaALLAH-maher zain... huhu..

-petot-

hamka said...

Allah itu dekat tak bersentuh..
jauh tak berenggang.., orang yang jauh dari Allah, dan Allah akui jauhnya orang itu, tapi mereka tetap dekat sedekat urah merih..

: )

Anonymous said...

assalamualaikum,salam ziarah
hehe,slalu ziarah lpas kwn knalkan blog en.hamka.

tbaca pla entri paradox.paradox ni slh 1 tjuk dlm subject core semasa sem akhir ktorang d institut =)

crita arnab lawan lumba ngan siput pun paradox juga.(dgn m'abaikan masa dan jarak)kta taktau siapa yg menang,ada yg buat assumption siput menang,ada ckp arnab menang.

p/s:akan selalu ziarah =)
-sabah-

lelucon said...

slm

saya tidak mengiktiraf penyataan2 'paradoks'. Hakikatnya penyataan (statement) yg dikatakan paradoks itu sbnrnya adalah penyataan rekursif (merujuk kepada diri sendiri) sedangkan jawapannya adalah infiniti (blm tentu benar/palsu - belum ditentukan jawapannnya.

Manakala yg dikaitkan dengan taqdir Allah (Allah suruh kita berusaha, tetapi dah ditetapkan taqdir) pun bukan rekursif (mahupun paradoks).

tidak ada konsep paradoks. Jika kita kaji, mencari nilai pernyataan dengan makna pernyataan masih suatu yg logik atau munasabah. 'This statement is false' - nilainya blh jd Benar/Palsu. Apakah statement? Balik pd dirinya yg Benar/Palsu. Ianya rekursif. Namun tidak mustahil ada jawapannya.

Tapi betullah, mmg suatu yg 'bodo' kalu nak cari jawapan pernyataan tersebut...

hamka said...

kan?

Muhammad zamRy said...
This comment has been removed by the author.
Salam said...

jadi konsep paradox direka untuk mudah memahami ttg congak matematik tentang sesuatu persoalan.

sbb tu perlu dikembalikan pada soalan atau yg bertanya.

manusia mmg dicipta untuk kreatif, tapi ia terbatas kerana sumber kita yg dibataskan pencipta.

woha!

hamka said...

seorang raja buat pertandingan, siapa paling hebat menipu, dapat hadiah emas 1 kilo..

seorang rakyat, jumpa raja, tuanku, hutang saya 10 kilo emas..

raja kata, kau penipu.

betul, saya penipu, maka berikan saya 1 kilo emas.

eh, tak.., kau betul.

jika begitu, bayar hutang saya 10 kilo emas..

woha!

Skyry Haru said...

aZaD
aq rasa la kan. apa yg dimaksudkan benar oleh sembilan wali tu merujuk kepada makna allah... iaitu yg satu... betullah si wali yg kna bunuh tu ada satu org je tapi tindakan dia yg menjawap soalan tu kat budak laki tu yg juga membawa maksud mengakui dia "Yang Satu" yg merujuk kepada Allah tu yang salah.
jd dah mcm dajjal yg mengaku dia allah maka dihukum bunuh la....
hahahaha

Noah Syakirin said...

Tangga Penrose..

hamka said...

Inception!

Terminal 69 said...

jika manusia dapat mencipta mesin masa... maka berakhir la Paradox

Anonymous said...

dah penah kena soalan macam ala2 paradox ni...in lecture.the whole class diam..n that non muslim techer smilee to see we seem confusing..dulu terpikir gak mcm mana lah benda ni nak solve..sbb dia mmbuatkan kita nampak lemah bila tak dapat nak jawab...mcm keta mayat said..kenyataan itu betul tapi jawapan bercanggah... hari ni..saya belajar benda baru..
terima kasih..:)

AkuMuzikFilem said...

Inception

http://akumuzikfilem-atari.blogspot.com/2010/11/inception-2010.html

AkuMuzikFilem said...

Salam bro hamka.

http://akumuzikfilem-atari.blogspot.com/2011/04/paradox.

hamka said...

: )

dah balas kat blog.

mad said...

paradox :)

hamka said...

: )

autotech2020.com said...

Salam & Selamat sejahtera.
(1) Terbaru! Perfume Arabic zam-zam & Sultana! Jenama antarabangsa-Dunhill, Hugo, DKNY, CK dll. Hanya RM2 sebotol! Pengedar diperlukan SEGERA! Layari: http://zam2perfumes.blogspot.com

(2) Sudahkan anda mempunyai BLOG sendiri? menulis tentang apa shj dlm BLOG @ sbg identiti biz/Produk/Khidmat anda? Hanya RM30, Kami buatkan untuk anda. 012-5435574

(3) Kereta 0 Muka, Skim siswazah, Pinjaman 100%, 25 FreeGifts utk Anda! http://www.knh13.com

(4) Ketahui RAHSIA cetak foto @ gambar atas T-shirt/ Sarung bantal. Boleh sbg hobi @ perniagaan sampingan. http://knh-7.blogspot.com

(5) Model kapal terbang dalam & luar negara utk dijual. RM25 shj
http://market-x.blogspot.com

Kereta 0 Muka/Buat BLOG RM30 shj!/Perfumes RM2 sebotol

Dari: Khairul
http://www.knh13.com
012-5435574 012-6695008

Anonymous said...

elfutuwwah

"KALIMATUL-HAQ URIDU BIHA BATHIL ! "

-KATA PANGLIMA ALI R.A KEPADA "PUAK KHAWARIJ" DALAM SEJARAH ISLAM-

selamat berpuasa :D