Apr 22, 2010

Tak Bisa Memilih?

(lama tak update blog bang? ok, aku tulis spontan-cerita tentang Kekasih nombor satu)

Satu hari tu dua kawan aku ajak minum air kat kedai tepi airport, oleh sebab kerusi meja kat luar restoran tu penuh, kitaorang kena lepak minum air kat bahagian dalam dan betul betul depan TV besar.., maka terganggulah isu yang nak di borakkan kerana speaker TV sungguh kuat dan pada waktu tu ada drama “Asmaradana” lakonan Tiz Zaqyah, Norish Karman dan lain lain.., itu aku tak kisah, tapi lagu latar drama tersebut yang kerap di ulang sepanjang drama membuatkan aku (seorang yang kuat ingatan dalam bab hiburan) terus terbuka satu file kosong dalam minda aku untuk save lirik dan melodi dalam otak belah kanan.., lagu six sense, “Tak bisa memilihmu”..

Terjauh, terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah darimu,
Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu...,


Teng teng teng (bunyi piano)

Balik dari rumah, ketika tolong bini basuh pinggang(seminggu sekurang kurangnya sekali) tiba tiba bini aku menyanyi satu lagu yang aku tak reti nak sambung, lantas secara spontan, aku ternyanyi lagu nih..

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia

Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya…


Terus bini aku tegur: Wah bang, dah ada kekasih lain ke?

Woha!

******

Kekasih sebenar adalah Allah, yang setia membuka pintu taubat di malam hari untuk mereka yang berdosa di waktu siang, dan terus membuka pintu taubat di siang hari menunggu pendosa yang datang dari bahagian malam..,

Tapi pendosa itu melupakan kekasihNya yang Maha Pengasih, yang memberi peluang hidup, rezeki dan perbagai nikmat.. sebaliknya si pendosa terus mengingkari Kekasih, walaupun telinga sudah mendengar guruh berdentum di langit, dan kadang kadang cahaya kilat menjadi pununjuk arah menuju maksiat.. oh!

Namun Allah akan terus menunggu si pendosa, kerana selagi si pendosa tidak curang, tidak menyekutukan Allah, tidak syirik, maka pintu taubat akan sentiasa terbuka walaupun dosa semalam sebesar gunung mencecah awan, asalkan tidak curang, Allah pasti menanti disepertiga malam yang tidak dipedulikan oleh insan..

Tapi kita masih melupakan Dia..

Aku nak tanya korang, sebelum tidur, antara jaga dan lena, ke manakah fikiran korang melayang? Dan apakah perkara terakhir yang korang fikir sebelum tidur?

Sudah tentu fikiran korang akan melayan kepada perkara yang korang suka, ada yang terbayang sedang bersetubuh dengan kekasih hati, ada yang terbayang sedang menjadi kaya, ada yang terbayang tentang projek ribu ribu esok hari, ada yang terbayang tentang filem yang baru di tonton, atau ada yang sedang mendengar lagu memuji kekasih dunia.., dan dalam keadaan begitu, korangpun tertidur tanpa memberi sedikit ruang untuk bersyukur dan memuji Allah..., terus tidur bersama ‘kekasih’ korang...

Dan aku nak tanya lagi, ketika bangkit dari tidur, antara lena dan jaga, ke manakah fikiran korang melayang? Dan apakah perkara pertama yang korang fikir selepas terjaga dari tidur?

Sudah tentu fikiran korang akan dilayankan kepada perkara yang korang suka, terus terkenang kekasih hati, terkenang tentang harta dunia, apa nak makan hari ini.., sedang subuh sudah semakin tinggi.., tahajjud sudah lama dilupai..

Korang boleh cakap, itu waktu luar kawalan, otak sedang letih.., jangan ukur cinta kami kepada tuhan dengan apa yang kami fikir waktu nak tidur dan waktu bangkit.., sekarang kami sedang berjuang, berdakwah melalui blog, lagu dan parti, jangan perasan bagus wahai keretamayat...

Oh, maafkan aku kepada mereka yang terasa, aku menulis blog ini adalah nota kepada diri sendiri, dan izinkan aku bertanya lagi, jika kamu beralasan bahawa otak letih lalu bertindak diluar kawalan buat kamu lupa pada tuhan, maka aku ingin bertanya lagi...

Dalam solat, antara ayat Al quran dan takbir, antara rukuk dan sujud, ke manakah fikiran kita melayang?

Sudah tentu fikiran akan melayan kepada perkara yang kita suka, ada yang terbayang kekasih hati, ada yang terbayang sedang menjadi kaya, ada yang terbayang tentang projek ribu ribu, ada yang terbayang tentang filem yang baru di tonton, atau sukan yang baru di tonton, dan dalam keadaan begitu, kita habiskan solat di depan Kekasih, dengan ingat pada “kekasih” yang lain..

Mungkin kerana kita ‘curang’ di dalam solat, maka Allah telah sediakan azab untuk mereka yang lalai dalam solatnya.., oh..

****

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia

Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya…


Eh, bang, suka benar menyanyi lagu nih? Ada kekasih baru ke?

Terhenti lamunan aku kepada Kekaksih, tahajjud, dan dosa dosa, kerana di sampuk isteri yang berada sisi aku sambil memengang sekeping pinggan.

Alamak, ada pinggan mangkuk yang akan terbang ke?

Eh, tak lah, lagu ni untuk peminat abang dan kekasih lama abang, abang curang kepada mereka sebab “mencintai dia” “dirinya” dan “hadirnya” itu adalah awak.., jadi awak adalah watak wanita yang abang pilih sebagai kekasih hati dalam lagu tu dan 'mintak maaf' adalah kepada peminat abang..,

Maaf ku tak bisa memilih dirimu(peminat perempuan aku)
Karena kuterhanyut mencintai dia(isteri aku)


Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya(isteri aku)...

Isteri akupun tersentum sambil menyusun pingang mangkuk... dan akupun terus meyambung mencuci pinggan dan sambung menanyi.. “terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya..”

Ps: Isteriku, malam ini, tolong kejut abang jumpa Kekasih nombor satu...

84 comments:

lizay_73 said...

ermmmmm Terima kasih kerna tolong mengingatkan insan2 yg mudah lupa & alpa dengan duniawi...

Ummu Fatimah said...

Wow! saya jadi komentar ke 2..hehehe

Egg Head said...

yes saya yang ketiga........manusia muda lupa .......besa la tu.....kita harus saling memperingati antara yg len

yusuf mujahidin ™ said...

thanks sharing bro..
rmai tol naik kete mayat lately

~~kimz~~ said...

terima kasih bro!!
tp pikiran memang mudah melayang la..huhuhu..

student said...

aku rasa macam mau menangis..rasa meleleh dah nih..uhuk3..

Anonymous said...

sblm tidur aku cakap pada isteri, maafkan abang kalau abng ada salah. abang maafkan dosa semua orang dengan abg jika ada.


woahahaha...ini kelemahan...time solat aku selalu ingat nak settle kerja aku aja....

kasi tips untuk tak lalai skit!

Nerzhul said...

pikiran melayang layang dalam sembahyang. ampunkan aku wahai Kekasih.

Khairi Mohd said...

ish lamo tunggu tuanambe apdet. kat rumoh kawe baco. sini dok bleh boh tengok tahu doh kaler page keto mayat nih.

Anonymous said...

woha.keretamayat.terima kasih =)

hainur hapis said...

aku lum ada bini lagi mcm mana abg hamka hehe

XYZ said...

bijak jawapan kereta mayat....
tak terus kantoi...

kita manusia selalu lupa

Qaseh Adriana :) said...

sgt bermakna ngn kata2 dlm entri ini. terasa diri terlalu kerdil;)

~fam~ said...

selalu melupakan kekasih yang Satu kerana teingat kekasih baru yang kadang tak guna!

Teratak Halaqoh CintaKu said...

Top 15..
Hehehe..Padat dan tepat isinya ..macam yang selalu jugak..
Tq Akhi hamka..kerana nasihat dan nota-nota ini amat bermakna bagi nur untuk memperbaiki diri...Hehehe..Semoga akhi Hamka dan keluarga chat dan sejahtera sentiasa...Amin

Neo Rantissi said...

Fuhh, begitu romantis la bro hamka kita, yeah!

Moga sama2 sentiasa mengutamakan kekasih no. 1!

Anonymous said...

sebak pulak bace.

sehebat-hebat kekasih kite nak jage kite waktu kite sakit kat dunia, hebat lagi KEKASIH NOMBOR SATU sebab dia jage kite dunia akhirat..

ALANG said...

best sgt lagu tu...
citer pun minat gak...
kekeke...
maaf ku tak bisa...
memilih dirimu
kerna ku terhanyut
mencintai dia...

hamka said...

lizay_73

akula insan yang mudah lupa & alpa dengan duniawi...oh..

-----------
Ummu Fatimah

: )

------------
Egg Head

besa la tu?

-------------
yusuf mujahidin ™

artis pun ramai dah..

------------
zukhirman

itulah ujian

-----------
student

rasa macam? Menangis jer lah..

-------------
Kelon Eric Bana

Akupun sedang belajar..

-------------
Nerzhul

ampunkan aku wahai Kekasih.

----------------
Khairi

Warna hitam putih dan kelabu..

------------
fandi

=)

-------------
hainur hapis

bini lagi pun aku takde..

------------
MissXYZ

Ha!

------------
n @ s

orang melaysia memang ramai yang rendah rendah..

--------------
...antikapel...

Kadang ke atau selalu?

-----------
Teratak Halaqoh CintaKu


Amin

-----------
Neo Rantissi

Basuh pinggan semiggu sekali dah romantic, he he

------------
J. Love

Hebat!

------------
ALANG

Bini akupun suka layan citer tu, nasib baik tak start jam 9 malam, kalau tak terujilah ‘taklim’

morsmode said...

sebelum tido aku tak pikir apa apa sebab bantai tido trus.

-,-"

Ismi Ijmi said...

20 dah?baru cek tadi tp xde pon update kat link.mungkin len kali kene buka dashboard juga ...

apa2pon,top 25.thnx bro,waiting for ur ntry

Mummy said...

Salam semua...seblom tido sy amalkan mendodoikan anak dgn dendangan 2 kalimah syahadah dan selawat keatas nabi (nyanyi sendiri)...sampai diri sendiri pun terlena skali

Anonymous said...

Assalam. 2 thunbs up!
Khalid.
P/s...yang terbaik antara kamu ialah yang paling baik dengan isterinya....

hainur hapis said...

aku pun nak ada isteri jugak

Chit Ana said...

manusia mudah lupe termasuk ana jugak ;(

immukmin said...

hoohohooh...aku terlambat mengomen..sekian lama menunggu...tp bro..sep kite stady..
bereh boh...
tq.. de beri much..
peringatan yg berguna....

ilusi_Realiti said...

rasa macam lirik awal tu salah je...bukan ke "telah jauh, terpisah, diriku dan dirimu.."...kan2?..:)

izzah said...

aku teringin nk jd penkomen no 1...
tp slalo je tak dapat..heheh

tol gak an...kita mudah lupa....so,igt2 lah....:)

nice entry....

lobai cool+hensem said...

Ibu ibu bapak bapak
siapa yang punya anak
bilang aku
akuyang sudah malu
sama teman temanku
kerna cuma diriku
yang tak laku laku

lagu ni khas untuk orang bujang yang tak laku lagi!he he he

hamka,kau tolong carikan jodoh peminat peminat kau yang lom kahwin.(cepat)

aku bukan apa,cuma bila kau cerita bab laki bini diaorang takde tempat nak mengadu!

kundi said...

bro......aku terpana.....
apa yang dah aku buat sebelum tidur....

Unknown said...

alhamdulillah..suka..:)

Zuraimah Ismail said...

menarik!!! menginsafkan!!! moga terus kekal keinsafan dalam diri ini

noraidahsaian said...

errrmm cik hamka, malam tadi sebelum tdur teringat hutang kat 2 orang kawan yang banak tolong masa study dulu.. dekat setahun x bayar2lagi.. teruknya aku ni..

insyaallah, nak perjelaskan hutang piutang secepat mungkin... x terjawab di SANA nanti jika hutang x setel

Grave Members said...

salam.

sebelum tid0 mmg mengucap dulu! hahaha.. sbb tak0t mati. pastu berangan, klu mati camne? kiamat nanti camne? tak0t? byk d0sa? bila nak t0bat? lama2 tetid0.. z...z...z... (adala 4 kali seminggu)

bgn tid0 je, owh! hidup lagi rupernyer...

Anonymous said...

salam..

Eh, bang, suka benar menyanyi lagu nih? Ada kekasih baru ke?

Hmm.. entah lah, sejak dua menjak nie, ramai pulak yang menyakat abg untuk menumpang kasih..
hajat nak tumpang tue memanglah baik..
yelah, bila dah tgk anak-anak kita yang cumel-cumel (hisk..hisk)
tapi hati abg hanya tetap setia pada keksaih lama.. walau apa sekali pun die tetap yang awal dan terakhir..

Itulah abg, di luar sana ramai lagi pemuda-pemuda yang berpotensi untuk memilih menjadi seperti abg..
daripada abg kena sakat dek org, abg kena sakat plak pemuda-pemuda luar sana untuk bagi masa di surau-surau dan masjid-masjid dgn amal agama.

jadi esok bentuk jemaah kuar tiga hari ye.. semua saya dah siapkan.
bedding, selimut, tuala,jubah, seluar kecik dan besar, serban, alquran, tasbih, sugi, minyak wangi dan kalau tak cukup abg bagitahu awal k.

tak pe lah abg, dari mula-mula dahulu saya memang dah bersyukur menjadi kekasih no 2 abg..

memang hak kekasih no 1 lebih besar dari diri saya yang hanya Allah swt beri pinjaman di dunia..
Semoga pinjaman ini menjadi berkekalan di akhirat pula..
bersama H, K dan N. Amin

-ahlia

Yutaka Mushimura said...

kali ini pinginkan kasih sayang dari kekasih yg Satu, kenapa perlu mencari kekasih yang tidak kekal?

Al Mahadaya said...

Kebangkitan semula Empayar Melayu Malaka, Takkan Melayu Hilang Di Dunia. http://1asalama.blogspot.com

hamka said...

matadore

jangan pulak masa mati tak piki apa apa, terus mati

---------
Ibnu Mutalib

Sory, perasan busy

---------
Mummy

Ok, itu sebelum tidur, masa nak terjaga, camne pulak? Terkejut dengan dengkuran suami?

----------
Khalid.

Kadang kadang lidahpun tergigit jugak, terpaksalah guna ubat kebas..

----------
hainur hapis

: )

---------
Chit Ana

;(

-----------
immukmin

ada peringatan yang datang depan pintu rumah, yang lebih mirip kepada sunnah Nabi, tolonglah jangan lari, sebab, you can run, bun can’t hide!

----------
ilusi_Realiti

oh ye kerr., takpelah salah, makna tak lari..

----------
izzah

ramai pembaca blog aku gagal jadi pengkomen nombor satu dan gagal jadi bini aku nombor satu, yang Berjaya, tahniah!

----------
lobai cool+hensem

Ibu ibu bapak bapak
siapa yang punya anak
bilang aku
akuyang sudah malu
sama teman temanku
kerna cuma diriku
yang tak BERMADU!

Woha!

----------
kundi

jangan cakap kau melancap sebelum tidur, key..

-----------
fareha azhar

:)

---------
CT

Kekal.., to beyond and infinity!

------------
noraidahsaian

siapa yang niat membayar hutang, maka Allah akan mudahkan untuk mereka, amin..

----------
Grave Members

Jangan lupa buat adab tidur..

------------
-ahlia

Ni ahlia betul atau peminat, mana anak aku si A?

----------
Yutaka Mushimura

Soalan yang kau boleh jawab sendiri

Linda said...

Assalamualaikum.

Confirm..Bisa memilih.. :)

1. Allah SubhanAllah
2. Rasulullah S.A.W
3. Emak dan Abah

JazakAllahukhair,

uan609 said...

solat yang kualiti payah tul nak dapat! igt tuhan pun selalunya sebab takut kena azab, dapat susah dll.. nak igt sebab sayangkan Allah.. hmm ada tips?
next entry boleh? heee request nih

p/s : time solat selalu igt dunia.. hadoii. (ehh.. jarang lak aku igt bini)

Anonymous said...

salam..

ahak! lupe letak A, pastu baru Amin.

Ibu ibu bapak bapak
siapa yang punya anak
bilang aku
aku yang sudah malu
sama teman temanku
kerna cuma diriku
yang TELAH BERMADU!

Woha!
(jangan biarkan diri anda diselubungi dengan ..isteri)

insanpelupa said...

Hamka..sekeping pinggan..tahniah =)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Nak tido tak pk aper..terus jer tido..tp bangun tido terus pk..

Aduh..bestnya kalau boleh smbg tido..malasnya nak pegi kerja..kena drive jauh pulak tuh..

Hahah..

lobai cool+hensem said...

pengumuman pengumuman(anak dara only)
siapa yang mau anak
sila bilang aku
aku yang sudah tahu
hamka hendak bermadu
tapi buat buat malu
takut bini tahu...
wo oh oh oh oh

kepada calon calon yang nak mencuba nasib,boleh dapatkan borang permohonan di-lobai cool@rawatosaijaseema.com.my


calon mestilah berumur 18th keatas dan sila sertakan gambar baru bangun tido saiz 4r.


ps. hamka,kau punya koata 3 ajekan,
so yang lain tu masuk aku punya koata!wargh ha ha ha ha!

immukmin said...

hahahhaa...tq hamka...yg depan pintu..tuh selalu..ada..insyALLAH...itu yg terbaik datang drpd ALLAH..untuk peringtan aku...

bukaminda said...

asalamualaikum,

terima kasih kerana mengingatkan diri ini yang semakin hari lalai terhadap Yang Maha Mencipta....

alhamdulilah..

The Sahabat™ said...

Terbaiklah kereta mayat!
(*thumbs up!)
:)

ain said...

sweet nyer~ *wink2* jazakillah~

immukmin said...

salam...hamka...satu nafsu...satu otak....kalu lebih otak bahaya...kalu lebih nafsu pun bahaya... kalu nak balance payah...
nak cari iman...kena istiqamah...
tp kalu nafsu lebih dari pada otak iman dah tak pandang.... bile nafsu lebih dari otak..ade member datang tolong...(syaitan laknatullah..)
camne ek???
tersirat dalam tersurat..

tuan director said...

perkongsian yg menarik

Amin007 said...

dalam maksud lirik lagu tu

Anonymous said...

salam..tumpang lalu..testing..first time commenter:)

saya said...

saya juga first time..

kundi said...

aku nyanyi lagu metallica..UNTIL IT SLEEP....
ok2,aku tak cakap aku m******p.

lan75 said...

pandangan keretamayat ttg wahabi??golongan ni smkn rmai

yansDalamJeda said...

Kereta mayat.....memaknai kematian wow..wow...
Serem, tapi berisi.
salam kenal

Ibn HAJARS said...

Aku suka !

lizay_73 said...

sebelum mata terlelap.....

KepadaMu "Kekasih"
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu "Kekasih"
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu "Kekasih"
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Anonymous said...

BISMILLAH!

SEBUAH NOTA KEPADA DIRI

"Hamba ini ibarat orang yang berangan-angan menyentuh langit, naik roket pun tidaklah dapat jugak hamba sentuh.Di bulan pun cukuplah, itupun tak mampu menyentuh hanya melihat dikejauhan akan keindahannya. Hamba takut disambar petir..oh maha besarnya Allah, inikan langit, bayang-bayang sendiri pun tak dapat jugak disentuh, dilihat ada ditangkap hilang. Demikianlah dunia, menggambarkannya disisi Tuhan hanyalah setitis dari lautan ilmuNya malah lebih kecil dari itu apa lagi penghuninya yang selalu takbur mendabik dada. Wahai hamba Allah! setinggi gunung pun kau tidak akan dapat capai, kau melihat semua manusia kerdil di pandanganmu tatkala kau dapat mendakinya sedangkan kau tak sedar semua orang yang di bawahmu itu melihat kau lebih kerdil dari yang biasa oleh itu janganlah kau perasan hebat!..."

-"Ya Allah kurniakanlah aku sifat 'ffah dan kecukupan dan hati yang taqwa...sebenarnya Aku mencintai seseorang yang tidak dapat aku sentuh sebab aku belum kahwin lagi hehehe :-)-

-elfutuwwah-

i.am.me said...

awwh so sweet, statmnt last tuh!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aku dah guna google translate, dia ni memang gila ??#@$%^^&*

jiddan84 said...

salam bro hamka...

dah lama giler x btandang kat ketemayat...

juz nak ty kifhal?

Anonymous said...

Ya Allah
Perkara ini jadi kat aku akhir2 ni
susah sgt nak ingat Allah sebelum tidor
Alhamdulillah
Allah telah menemukan aku dgn penulis blog yg bijak menyampai fakta

hamka said...

linda

walaikumusalam

-----------
uan609

cuba cari entry bab khusyk dan solat, rasanya pernah tulis, dan penulis masih lagi belajar amal..,

---------
insanpelupa

err, salah ke?

--------------
LiFe Is BeAuTifUl LyRiC

Kalau dah mati, tak yah pergi kerja jauh, tidur je dalam kubur..

-----------
lobai cool+hensem

ha!

----------
bukaminda

alhamdulilah..

----------
The Sahabat™

:)

-----------
ain

jazakillah~

-----------
immukmin

tersirat dalam tersurat adalah minum air sirap sambil baca surat.

----------
Wan Perlis

: )

-----------
Amin007

Lagu tu dah lama, aku baru update

---------
kundi

ops.., sory..

----------
lan75

baca entry: apa itu josh.

-----------
yansDalamJeda

salam kenal

---------
Ibn HAJARS

suka !

-----------
lizay_73

itu lagu nak tidur,, lagu bangun tidur pulak..

BANGUN PAGI,..GOSOK GIGI, CUCI MUKA.., sambung..

----------
-elfutuwwah-

Kahiwnlah cepat, nanti kau dapat sentuh mak dia tanpa batal wudhu, best apa..

---------
i.am.me

: )

----------
jiddan84

aku sihat, err, aku pun nak tanya, kau ni ada kena mengena dengan JIDDIN kat TV3 tu ke?

jiddan84 said...

JIDDIN TV3? suhaimi jiddin ana ta la...y?

Norashikin Abdullah said...

yeah..kekasih yg abadi
Allah rabbul jalil

Anonymous said...

assalamualaikum...
mintak maaf kalau soalan aku nnti ni out of topic...tpi sbg sorng manusia aku harus bertanya tkut aku tersesat pulak...ini ttg perniagaan berbentuk piramid...sorng kwn telah megajak aku tuk join benda tuh...dgr dpt duit yang banyak, keja pun sng jak (masukkan orng lain sbg ahli saja)..
aku betul2 kofius dgn perniaggan begini...iman pun kurang...harap aku bertanya ni x la sesat jauh...
jua aku x mau rosakkan hubugan aku n kawan ku...
tak bisa memilih...adusss

Anonymous said...

alamak..sori x tau nak simpan nama di mana...anymous atas tu aku - anysa -

hamka said...

piramid tu firaun yang punya..

hamka said...

harta yang banyak pulak, qarun yang punya.

hamka said...

dan mereka berdua masuk neraka

Anonymous said...

trima kasih kereta mayat...sbb bg aku melihat dgn lebih jelas...
ya ALLAH...tguh kan hati ku..iman ku...hanya satu....
tak bisa aku memlilh jalan itu


-anysa-

hamka said...

Ok, dah nak asar, bye.

hantu komik said...

assalam..

pertama sekali nak minta maaf bab sy dah byk dah copy content blog abg hamka..

nak wat rujukan n dibaca time boring..

hehe..

harap bro halalkan la ye..

sy dah lama dah ikut blog bro ni..

ni la first time letak komen..

hehe..

harap2x ni tak yg last la..

hehehe...

bro, halalkn la "copy" yg sy buat tu..

ngee~

Anonymous said...

TAK BISA MEMILIH....

Allah kata....

"Tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu perintah, ada pula pilihan lain bagi mereka mengenai urusan mereka?. dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata!"(AL-AHZAB : 36)

TAK BISA MEMILIH.......

Anonymous said...

Assalamualaikum.....
Saya suka berbuat baik...dan saya suka org lain berbuat baik...
salam...

Insan..

IbnMustakim said...

salam abg... tenks atas tazkirah..

jika boleh dikongsi bagaimana hendak didik hati terus ingat padaNYA yang Maha Penyayang

Iman said...

=) hehehehehehehe

jauharie87 said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

kenapa delete pulak komen?

James Buns said...

aku bila tak ada kerja dekat office.
mesti singgah blog ini.
memang fikiran senang melayang.
macam-macam cara buat.
tapi iman tipis.senang juga nk melayang.mesti nak kena ingat banyak benda.ada cara mudah utk konsisten dlm smyg?

hamka said...

akupun masih belajar..

"pernah tulis anlogi tentang kebulur dan solat dalam entry 2006