Nov 24, 2009

InsyAllah?

(Drama hari Raya AidilAdha yang bertajuk "Lu Pikirlah sendiri" dan bermoral "Lu Rujuklah ustaz")

Part 1

Di hadapan sebuah rumah, kelihatan Abang Ali sedang menggaru telinganya yang tidak gatal, kemudian menggaru pipi, lepas tu membokok menggaru betis pula..,

“Assalamulaikum”

Abang Ali lantas mendongak dan terlihatlah seorang manusia berjubah putih dan berserban..,

Oh! Ustaz, dah lama saya tunggu.., ni nak bagitahu, esok pagi nak mintak tolong sembelih lembu arwah bapak saya, boleh ustaz?

“InsyAllah”

Boleh tak ustaz?”

“InsyAllah”

Yelah, InsyAllah, tapi boleh ke?

Saya cakap, InsyAllah.., awakpun kena jugak sebut InsyAllah..

Tak payah ‘InsyAllah’lah ustaz, lembu dah ada, dah ikat elok elok, pisau pun dah asah tajam tajam, kira jadi ye ustaz besok pagi?

“InsyAllah”

“InsyAllah-InsyAllah! Jadi ke tak jadi ni ustaz?”

“InsyAllah”

Pening saya ustaz, insyAllah ni untuk benda yang tak pasti, lembu ada, pisau ada, kira jawab boleh dah ler..

Kamu ni Ali, nak mengajar ustaz pula, kita kena sebut “InsyAllah” kerana semua yang terjadi dengan izin Allah, faham..

Kira boleh ler ni ustaz?

“InsyAllah”

Arghhhh, pening kepada Abang Ali dengan jawapan ustaz Hussin, lalu abang Alipun berlalu sedang ustaz Hussin menggeleng gelengkan kepala melihatAbang Ali yang semakin jauh dari pandangan...

Part 2
Suatu waktu dahulu, sewaktu Allah ingin mencipta manusia sebagai Khalifah di atas muka bumi,maka bertanyalah malaikat pada Allah..

“Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah?, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Part 3

Suatu waktu yang lain, terdengar Tuhan bertanya kepada ketua Malaikat dengan penuh kemurkaan:

"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"

Syaitan menjawab:

"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."

Lalu Tuhan melaknatnya, dan menjadikan ia sebagai iblis!

Bermulalah kejahatan di alam manusia...

Part 4

Abang Ali melihat lembu kesayangannya yang bakal di korbankan esok pagi, sambil menggosok gosok tanduk lembu, abang Ali pun bercakap dengan lembunya..

“esok pagi, ‘ustaz insyAllah’ akan sembelih kamu, kamu jangan nakal nakal..”

Nampaknya, Abang Ali telah melebelkan ustaz Hussin dengan gelaran ‘ustaz insyAllah’, apa apalah..

Pintu kandangpun di tutup, dan Abang Alipun pulang ke rumahnya..

Part 5

Dari pintu langit, barang siapa di antara manusia yang bertaubat sedang air mata bercucuran ke pipi, Maka memujilah Allah akan manusia itu di hadapan para malaikat, lalu berfirman:

“Lihatlah kepada hambaKu yang sedang merayu kepadaKu.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Lalu Malaikat berkata,
“mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa?, sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa”

Lalu Allah membela manusia,
“Pergilah Panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat malaikat itu!”

Malaikat menjawab,
“Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”

Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu...

Part 5

Suatu hari yang lain, ketika Nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah seorang hamba Allah lalu bertasbih:

‘Subhanallah!’

Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut sebut sedangkan di zaman itu orang ramai tidak bersetuju dengan ugama yang di bawanya..

Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim a.s segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang di tasbihkan..

Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan separuh dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi..

Terus sahaja nabi Ibrahim a.s berikan separuh dari kambing kepada hamba Allah itu, lalu bertasbihlah kalimah ‘SubhanAllah!’

Oh, alangkah gembiranya Nabi Ibrahim mendengar kalimah ini lalu memberikan kesemua kambingnya kepada hamba Allah itu..

Namun, Hamba Allah itu memulangkan kembali ke semua kambing dan berkata bahawa aku adalah Malaikat yang turun untuk melihat sejauh mana cintamu kepada Allah, kerana di langit, Allah selalu memujimu di hadapan kami, maka benarlah, kamu benar benar mencintai Allah lebih dari segala galanya...

Part 6

Abang Ali sedang asyik mengira duit dari tujuh bahagian tempahan orang kampong terhadap lembunya, satu bahagian, RM 340.., terus Abang Ali ulang kira kerana sekejap di kira terlebih, sekejap di kira kurang..,

Berapa aku nak upah ‘ustaz Insyallah’ esok?, RM 50 cukup kot..

Hujung jari di basah lidah, dan jeri jemari terus membelek belek duit itu lagi...

Part 7

Sudah lama Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar di berikan seorang anak lelaki yang soleh, dan di hujung usia, ketika umur sudah lanjut,maka datanglah keajaiban dari Allah, Nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki yang comel... Nabi ismail a.s...

Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama di idam idamkan? bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu 'cinta'nya pada anak telah melebihi cinta kepada Allah, maka di pendekkan cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.

Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka..

“Abang ingin ke mana”

Tanya sang isteri dengan cemas dan sedih, tapi nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata kata, lalu isteri bertanya lagi,

“Adakah ini perintah Allah?”

Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’.., tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman.., yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan..

Part 8

Apahal kau termenung tu Ali?

Tanya Mak munah setelah melihat Ali asyik berbaring depan TV sambil melihat syiling..

“Tak mak, saya teringat Ustaz insyAllah tu, eh, silap.., ustaz Hussin, suka benar cakap insyAllah insyAllah, macam tak jadi.., cakaplah boleh..”

“itulah masalah orang melayu, InsyAllah biasanya tak boleh.., kalau boleh terus cakap boleh, mak pun tak faham..”

"Kalau Ustaz insyAllah tu tak jadi, nak suruh siapa mak?"

"Berapa kau nak upah sembelih tu?"

"RM 50..."

"Mak rasa mak pun boleh, Insyallah.."

Ali tersenyum kambing.

Part 9

Tujuh tahun setelah pemergian Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Nabi Ismail a.s dan isterinya di padang pasir, Mekah telah berubah wajah, dari padang tandus, telah menjadi oasis, telah menjadi kota, berkat mukjizat nabi Ismail mehentak kaki setelah ibunya berlari dari safar dan marwah, orang ramai juga telah ramai menatap di sana..

Dari jauh, kelihatan Nabi Ibrahim a.s pulang bersama tungganganya.., pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, mainbatu seremban, main ketawa-ketawa, dan lain lain..

Dan pada waktu itu sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tidak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi ke jalan Allah selama 3 tahun,
Sambil menangis Siti Hajar membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

Lalu menghilanglah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka untuk waktu yang belum di ketahui akhirnya...

Part 10

Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga, lalu mulai mencari kerja untuk mendapat sedikit upah, di pendekkan cerita, mereka bekerja sebagai tukang kasut, dan ketika sedang membersihkan kasut, datang seorang wania menghulur kaki, dengan betis yang bunting padi, putih dan gebu..

Dan ini menyesakkan nafas Harut dan marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mulai membahang!

Awas semua wanita sekalian!

Part 11

Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak lelaki, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.

Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda:

“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

Part 12

Ketika Umur Nabi Ismail 10 tahun, Nabi Ibrahim a.s telah di benarkan pulang berjumpa anak dan isteri...

Maka sekali lagi cinta dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi dari cinta dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala-galanya.

Lalu pada malam itu, baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah..

Akrian, berkatalah nabi Ismail a.s sebelum di sembelih:

Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.

Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan ayah

Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan kasih sayang ayah kepadaku

Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia menjadi susah.

Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher ku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.

Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih ku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.

Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan aku.

Nabi Ibrahim berkata:
Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”

(Nabi Ibrahim, sesungguhnya doamu untuk mendapatkan anak yang soleh telahpun makbul)
Kemudian Nabi Ismail berkata:

“Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu, bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya sendiri.”

Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan, serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat tenaganya.

Lalu Nabi ismailpun di sembelih...

Part 13

Suatu waktu, Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua Malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.

Kemudian Allah berfirman bermaksud:
“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan :‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”

Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina dengan isteri orang...

Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian, sebaik baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna , namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkukutk..

Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat shurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat, mala layakalah kamu dipuji tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata..

Part 14

Tuan tuan yang mulia..

Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang
Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia…

Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja
Tapi manusia itu adalah anak dia…

Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih anak dia sahaja
Tapi itulah satu-satunya anak dia…

Dan baginda telah melakukannya….

Part 15

Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat harut dan Marut sambil berkata,
“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan marut pun menangis dengan sekuat kuatnya, lalu Jibril berkata,
“Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”

Tahulah sudah bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

Lantas Harut dan Marut digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.

Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa :
“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”

(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”)

Part 16

Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul di leher Ismail a.s, dan Malaikat jibrail telah datang membawa qibas sebagai ganti...

Maka bertakbirlah mereka kepada Allah yang Maha Tinggi..

Aku dan korang di sini.., adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah?
Sanggupkah kita ‘meyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri demi untuk ugama?

Boleh, InsyAllah?

Part 17

Pagi pagi lagi Abang Ali dah tiba di rumah Ustaz hussin..

“Ustaz .., ustaz!”

Ustaz hussin pun keluar dan bertaya..

“kenapa Ali?”

“InsyAlllah, lembu hilang!

Woha!

SEKIAN..

PS: Cerita ini tiada ulasan...

Nov 16, 2009

Apa bestnya pakai barang kemas?

(Makan mee Maggie sambil memerhatikan isteri membasuh pinggan dari pandangan belakang, lalu akupun menyanyi lagu Ziana Zain..)

Entah kenapa?, aku memang tidak suka melihat wanita yang memakai perhiasan emas di badannya, terutamanya yang melampau-lampau, bagi aku, mereka menjadi bertambah hodoh dengan perhiasan emas yang melilit di leher dan lengan mereka, dan mereka kelihatan sungguh bodoh!

Kalau korang cantik, maka korang tak perlu kepada emas untuk menjadi bertambah cantik.., dan kalau korang hodoh, emas sepuluhpun tak buat korang cantikpun.. Bodoh pulak jika korang perasan cantik, anggun dan bergaya, takde orang pedulipun..

Kalau ada yang pedulipun, orang tu jugak sama bodoh macam korang, tu yang jadi bodoh tu..

Maka, berserdehanalah, tak payah nak tunjuk korang punya kebodohan dan kehodohan..,

lagipun banyak keburukkannya bila korang pakai barang kemas melampau lampau..

Satu, korang akan menjadi mangsa peragut, dah nak muntah aku dengar berita tentang kisah perempuan bodoh perasan cantik lalu pakai barang kemas yang membuatnya perasan bijak tapi bodoh hakikatnya lalu tersungkur mukanya dibaham jalan raya akibat jatuh di ragut peragut yang terus menghodohkan wajahnya yang sedia hodoh itu!

Islam dah ajar pakai tudung, bermakna jika korang ada rantai emas, suami korang jer yang nampak, tapi korang bodoh, sudah pakai tudung, tapi rantai emas sarung kat luar macam rantai binatang, apa kehal ntah?

Lalu bila rebah tersungkur kena ragut, kena 'sosah'! marahkan peragut yang tak boleh tengok orang cantik sikit.., lalu melaknat peragut yang mana akhirnya ibu peragut pulak yang di ragut lalu jatuh di jalan raya sebelum mati di langgar kereta, demikan iklan dalam TV gambarkan kesudahan nasib malang si peragut.. (ibu peragut menjadi mangsa? ..oh)

Tapi bagaimana kesudahan mereka yang pakai barang kemas?

Biasanya, kesudahan yang aku dengar, si pemilik barang kemas melampau-lampau, mati dalam keadaan tanpa seuratpun barang kemas di badannya.., tak boleh bawak masuk kuburpun.., apa yang best sangat? Itu yang jadi bodoh tu..

Dan biasa jugak aku dengar cerita, perompak bila masuk rumah, pertama sekali dia ambik adalah perhiasan emas di badan wanita, dan jika wanita itu cantik, sedap mata memandang, sedikit tembam dan gebu serta putih, alamak kena rogollah ia..,

Juga aku dengar berita tentang mangsa tsunami di Sri Langka, yang mati bergelimpangan bersama barang kemas, bila mayat dah kembong masuk air, pencuri barang kemas telah memotong kepala dan tangan mayat untuk dapatkan barang kemas, korang nak mayat korang mati tanpa kepala?,

(jika korang mati lemas dan ditemui perompak)

(tak nak!)

Maka, apa bestnya pakai barang kemas? aku sendiri tak suka isteri aku pakai, waktu mula mula kahwin, bila aku nak cium leher isteri, dah rasa terganggu sebab emas sejuk di waktu malam, kasar dan keras, aku tak suka ada benda benda yang sejuk, kasar dan keras pada badan perempuan, tak semula jadi...

Tapi korang cakap, alahai cik Hamka, penting ada barang kemas, nanti bila kita susah, boleh gadai..

Stop! Korang dah syirik dengan Allah, sebab rasa terjamin dengan adanya makhluk., jangan cakap macam tu lagi, mengucap balik.., emas tak boleh tolong korang.., jika korang yakin emas boleh tolong korang bila susah, apa bezanya korang dengan penyembah berhala emas yang yakin patung emasnya boleh tolong, maka mengucap balik, bertistigfar.., jangan jadi bodoh!

Dan ramai aku tengok perempuan beratur gadai emas sebab waktu susah dah tiba.., dan lepas tu sampai ke sudah tak dapat tebus sebab waktu susah sentiasa tiba..., hanya Allah dapat tolong cik adik oii, emas tak boleh tolong..., nanti kalau tak bayar zakat emas, masuk pulak dalam neraka..oh!

Dan korang tahu tak, antara keburukkan memakai barang kemas adalah ianya akan buat korang jadi riak, sombong dan takkabur, dan orang yang riak, sombong dan takkabur akan berakhir di neraka..

Tapi, korang kata, kami pakai barang kemas, tapi hati tak riakpun..

Kalau tak riak, kenapa perlu tunjuk pada orang?

Kenapa perlu beli emas mahal mahal dan pakai kat leher di luar tudung, kenapa perlu pakai di luar lengang baju, nak tunjuk kat sapa? Kat Allah? Kat suami? Atau nak bagi tahu orang ramai bahawa korang ada banyak duit boleh beli rantai emas berpuluh puluh ribu?, Atau nak bagi orang dengki?

Korang tahu tak? Jika perempuan miskin yang tak mampu beli emas tertengok perhiasan di badan korang lalu dia mengeluh dengan rezeki Tuhan dan menjadi orang yang tak bersyukur, maka korangpun dapat dosa sama, tau?!,

Dahulu, arwah mak aku juga suka pakai barang kemas, tapi bila aku ajak beliau dan isteriku pergi kursus ugama selama tiga hari, yang mana hari pertama lagi, ustaz yang berceramah dah cakap, kepada kaum ibu, sila tanggalkan barang kemas di badan anda dan bagi pada suami atau anak lelaki masing-masing kerana dengan adanya emas di badan, payah nak dapat kefahaman ugama dan mudah datang kesombongan, terus dari balik langsir hijab, keluar emas berkilo kilo..,

Dan bila balik kursus, arwah mak aku sambil nangis-nangis cakap, alangkah baiknya jika mak ikut kursus ini sebelum pergi haji..(aku pulangkan balik emas aku pada mak, dan nasihat supaya emas itu buat itu ini begitu begini. Dan jika nak pakaipun, bersederhalalah..)

Cerita habis sampai situ, aku bukan nak cakap pakai emas haram, tapi banyak keburukkan dari kebaikkan bila perempuan pakai barang kemas, belum bercakap dari segi sains lagi, seperti bahaya berada pada kawasan litar elektrik yang tinggi.. atau mudah dipanah petir dan sebagainya..

Pokoknya, bersederhanalah.., barang kemas tak akan mampu buat korang cantik, nampak lagi hodoh dan bodoh adalah..., duit yang ada simpan untuk tiga perkara, bayar hutang, pergi haji dan sambut takazar ugama..

Hidup sementara sahaja.., biar tidak bergaya asal kaya!

Woha!

Mengakhiri entry ini, ketika aku makan mee meggie di dapur pada waktu malam, dan ketika isteri aku membasuh pinggan mangkuk, dan tiba tiba si isteri bercakap tentang keinginan nak beli barang rumah yang mahal mahal, tiba tiba dari corong radio, lagi polular zaman aku muda muda dulu berkumandang, iaitu lagu ziana zain, 'Kekal'.., dan aku terus dapat ilham spontan untuk edit lagu tersebut dan korang boleh gunakan lirik lagu ini sebagai pembalut hadiah.., terimalah:-

Lagu khas: Cekal.
(Lagu asal: kekal nyanyian Ziana Zain)

Sayang terimalah
Barang yang murah ku belikan
Moga jadi hiasan
Suatu masa

Semoga engkau kan tersenyum
Dapat hadiah murah
Hanya itu
Yang mampu ku beli

Di dalam mimpimu
Cincin emas
Rantai leher mewah
Permata berhias

Dengan tak kau sangka
Yang kau mimpi
Semua tak terjadi
Takdir semuanya

Kemiskinan ini
Menyusuli hari
Hidup di dunia
Hanya sementara

Hidup sederhana
Perintah Ilahi
Cekal ia bersama
Serpihan harapan hidup yang fana

Engkau tak menduga
Barang yang murah ku belikan
Mungkin kau terlupa
Ku siapa

Seribu maaf ku pohonkan
Dan selautan sayang
Hanya itu
Yang mampu ku beli...

Ps: isteri aku gelak tak ingat dengar aku menyanyi lagu ini, sayang.., tahun depan punya hadiah, abang akan bagi bersama sama lirik lagu ini, woha!

Nov 10, 2009

Siapa Pak Pandir?

(Silibus yang tiada di Sekolah: Apa itu ‘pengesan sampah’? dan bagaimana nak menajamkannya.., Read carefully; and please agree in the end, and be educated)


Sejak aku dah berumur sebaya dengan Superman dan ahli shurga, (32 tahun) aku dapati kehidupan ini telah mengalami sindrom ‘bias’(cenderung) dengan aku...

Kenapa?

Faktor ‘bias’ ini adalah disebabkan oleh orang yang memerintah dunia ini atau mentadbir organisasi-organisasi tertentu adalah rata ratanya terdiri dari orang yang baya baya aku.. Tu yang jadi ‘bias’ tu..

Sebagai contoh mudah, kartun kartun yang aku tengok dalam bentuk 2D waktu aku kecik-kecik dahulu, setelah tiga puluh tahun, telah menjadi 3D dan di filemkan secara besar besaran, (Contoh: Transformers, Gi Joe, Spiderman, Dragonball, dan lain lain..) kenapa sekarang baru nak diterbitkan?

Sebab para penonton puratanya adalah orang yang baya baya aku, dan juga mereka mereka yang mentadbir industri itu sekarang adalah orang orang yang baya baya aku.. tu yang ‘bias’ tu!

Begitu jugak bila aku bukak radio, kebanyakkan DJ radio putarkan lagu yang popular pada zaman 80an dan 90an, iaitu lagu popular zaman aku masih kanak kanak dan remaja, zaman kemaluan masih belum tumbuh bulu, yang mana di zaman itu, lagu tersebut menjadi siulan dan selalu aku dendangkan, hafal lirik dan dapat bermain gitar dengan baik, buat kaki aku tiba tiba terhentak hentak sebaik terdengar lagu memori tu, atau tiba tiba aku ikut menyanyi rangkap korus dengan baik buat bini dan anak aku ketawa, kenapa lagu tu kembali popular?

Sebab DJ tu ‘bias’ dengan aku, sebab rata rata orang yang menjadi DJ adalah orang yang baya baya aku.. (Khairil Sinar FM, Faizal Ismail Hot Fm, Kiran Era, Linda Onn, Kak Engku.. dan lain lain..)

Ok, itu contoh sahaja, ada banyak lagi contoh lain yang lebih baik, aku sajer guna media hiburan sebab nak bagi mudah faham tentang batapa ‘bias’nya kehidupan ini dengan orang yang baya baya aku…Tapi bila masuk bab ugama, bab politik, kat sini aku rasa ‘fail’, sebab?

Walapun rata rata ustaz ulamak, atau orang yang memerintah dunia ini adalah orang yang baya baya aku.. tapi kenapa mereka yang aku kenal atau tidak kenal, selalunya jatuh dalam kategori “Pak Pandir Moden”

Adakah kerana cerita “Pak Pandir” yang selalu kita dengar waktu kecik-kecik dulu membuatkan ianya menjadi ‘bias’ dalam umur 30 an sebegini ? Tolonglah, bila korang dah jadi “Pak Pandir Moden” dan gunakan kePandiran korang dalam dunia ugama serta politik, maka rosaklah zaman kelakian sempurnaku ini.., oh..

Zaman 30an adalah zaman sebaya ahli shurga, kita ‘patut gembira’ dalam menjalani umur 30-an sebelum mencecah umur bijaksana(40-an) kelak, maka untuk itu aku tulis entry ini agar dapat menjadi bimbingan kepada semua Pak Pandir di luar sana dalam mencari erti sebuh kehidupan.., juga agar korang sempat membuat persedian sebelum korang kelak merosakkan zaman 40an orang lain pulak!

Ok, sebelum tu mari kita kaji sikit akan asal usul Pak Pandir…

Sebenarnya dalam kepala otak kita ada satu sensor, yang dalam Bahasa Englishya dinamakan BS Detector, atau biar aku murnikan dengan menamakan Bullshit Detector ini sebagai “Pengesan Sampah” yang mana fungsi “pengesan sampah” ini, setelah merujuk kepada hadith yang mengatakan bahawa dunia ini adalah sampah, atau bangkai atau najis.., maka fungsi “Pengesan sampah” adalah untuk membezakan mana satu sampah, dan mana satu bukan sampah, simple sahaja, tapi Pak Pandir tak faham sebab Pengesan sampah mereka gagal berfungsi dengan baik, lalu sampah di kata bukan sampah, malah di guna sampah sebagai makanan harian manakala bukan sampah di kata sampah lalu rosaklah hidup Pak Pandir di dunia amnya dan di akhirat khasnya..

Faham tak?

Atau nak lagi mudah senang faham, Pak Pandir adalah seorang ‘tua’ yang bodoh, atau senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan jika Pak Pandir ada email, maka hari hari kerjanya Forward semua Email tanpa sempadan, itulah Pak Pandir Moden yang hidupnya menyusahkan orang..

Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Dan ini banyak berlaku dalam dunia politik serta ugama! Maka wujudlah ungkapan ungkapan bodoh dari Pak Pandir sekalian:-

“Siapa tak sokong aku akan masuk neraka, Ustaz X cakap macam tu”

“kau jangan makan roti ABC, nanti masuk neraka, sebab aku baca dalam email semalam, kedai roti tu bersebelahan dengan kandang babi”

“kau kena sebarkan berita ini kepada 20 orang, maka nasib kau akan berubah menjadi baik, tapi jika kau tak sebarkan, kau akan mati disambar petir”

“aku baca email, PM tu sebanarnya UFO yang cuba menakluki bumi”

“salah satu tanda kiamat, adalah sejadah berdiri”

“Ustaz X cakap, orang yang tidur di masjid tu adalah agen yahudi”

“Bla bla bla bodoh, mangkuk, pandir!”

Ok, cukup contoh setakat tu, nak lagi banyak contoh, cuba kau telefon “Pak Pandir” yang berlegar sekitar dalam kehidupan korang dan tanya mereka: apa cerita hari ni? Terus Pak Pandir cakap, “kau tahu tak.., (sambung sendiri)”

Baik, aku tak nak kutuk lebih lebih, sekarang kita bincang akan sebab musabab kenapa seseorang yang berumur 30 tahun tapi masih jatuh dalam katogori Pak Pandir Moden..

ASBAB YANG MENJADIKAN KORANG PAK PANDIR

1)Percaya pada semua benda yang sesuai dengan nafsu.

Seorang Pak Pandir itu, hidupnya adalah suka mengikut nafsu, dan salah satu nafsu pak Pandir adalah percaya pada cerita yang sesuai dengan nafsu.., pelik kan?

Contoh: Pak Pandir yang hisap rokok akan memilih ustaz yang merokok untuk mendapatkan fatwa.., yang suka mengumpat akan memilih ustaz yang suka mengumpat untuk mendapatkan fatwa.. dan mak andir yang suka hisap kemaluan pula akan dapatkan ustazah yang suka hisap kemaluan jugak untuk dapatkan fatwa.., begitu lebih kurang..

Ok, kita bincang dari segi sains: kita ambik cerita pak Pakdir moden yang suka berdakwah cara moden jugak, sebagai contoh: pendakwah dengan lagu misalnya, dan bila ada ‘ustaz’ atau geng usrah yang keluarkan fatwa sesusai dengan nafsu mereka “boleh menyanyi dengan niat berdakwah tak kesah apa tempo sama ada rock, rap atau dangdut yang penting lirik islamik bla bla bla..

Maka bila Pak pakdir moden dengar cerita macam ‘fatwa’ kat atas tu, dan SESUAI DENGAN NAFSU mereka, maka terus Pak Pandir rasa ‘suam dan selesa’ dan kerana suhu ‘suam dan selesa ini’ telah terbit dari otak mereka, maka secara automatic, suis ‘pengesan sampah’ akan terpadam, dan otak akan berpindah posisi dari kepala otak kepada kepala lutut, dan bila otak korang dah pergi kat kepala lutut maka Pak Pandir akan percaya bahawa benda tu betul, dan bila Pak Pandir percaya bahawa benda tu betul, maka automatik Pak Pakdir dah takde kekuatan emosi untuk mengatakan benda tu tak betul, di tambah dengan nafsu yang juga suka benda tu, malah Pak pander sendiri yang berbisik:

“ala tak best la kalau citer tu tak betul”,

Maka pada waktu dan saat ini, ditambah umur 30 tahun ke atas, yakinlah bahawa korang telah menjadi Pak pander moden yang telah sempurna kepandirannya…

2)Terlalu memuja orang lain..

Sebab lain yang menjadikan korang Pak Pakdir Moden ialah kerana korang terlalu memuja orang lain, yang ikut nabi Palsu si Kahar, atau Ayah Pin, memang dah terang terang Pak Pakdir, tak payah aku cerita panjang..,

Tapi yang tak ikut puak puak yang jelas sesat di atas pun ada jugak pak pandirnya, dan ini berlaku kerana korang terlalu memuja orang lain, tak kiralah siapa, ustaz ulamak ke, pakar motivasi ke, penceramah bebas ke, yang mana korang anggap orang yang korang puja tu ‘pilihan Tuhan’ dan sebagai ‘pilihan tuhan’ maka orang tu takde cacat cela.., terutama orang yang selalu keluar Akhbar, atau orang yang pandai buat lawak waktu ceramah ugama, yang mana korang anggap semua yang mereka cakap itu betul.., maka bermulalah kebodohan dalam hidup korang.. Nabi pun ada salah, inikah pulak penceramah bebas kegemaran Pak Pakdir!..

3)Percaya pada Majority.

Dalam mazhab demokrasi, yang ramai itu betul, yang sikit itu salah.., sedang dalam ugama, bermula dengan sikit dan berakhir dengan sikit, dan beruntunglah orang orang yang sikit.. tapi pak Pandir tak paham..,

Aku bagi contoh, katakanlah, pada satu hari, korang sebagai Pak Pandir, pergi beli anak kambing dan bawa pulang dari pasar dengan mendukung anak kambing..

Manakala, Aku pulak dan kawan kawan aku yang seramai tiga orang, nak buat eksperiman untuk buktikan bahawa korang adalah Pak Pandir..

Maka, kamipun duduk secara berasingan di satu jalan menunggu korang pulang beli kambing..
Kemudian, ketika korang lalu sorang sorang sambil dukung anak kambing, berselisihlah korang dengan kawan aku, lalu kawan aku tu buat buat terkejut sambil berkata:

“Eh, kau gila ke, dukung anak anjing?

Tentu korang akan terkejut dan cakap kawan aku tu gila.., lepas tu korang jalan lagi dan berselisihlah pulak dengan sorang lagi kawan aku yang berkata:,

“Kau ni orang islam ke orang kapir? Kenapa kau dukung anak anjing tu?”

Korang dah mulai konfius dah, tengok anak kambing tu atas bawah, ada tanduk, ada janggut, tapi korang tabah, teruskan juga perjalanan hinggalah akhirnya korang jumpa aku (ha ha ha) yang sedang berserban dan berjubah, sebaik sajer aku lihat korang, aku mengeleng-gelengkan kepala sambil beristigfar..

“Astarfirullahalazim, tergamak kau dukung anak anjing ? "

Huh! Korang dah tak fikir panjang dah, terus campakkan ‘anak anjing’ tu dan mintak maaf kat aku, woha!

Sah, korang adalah Pak Pandir!

Woi!!! Pak Pandir!,

Kalau pun 3 billion orang cakap kambing itu anjing,, tak kira 3 billion orang tu agama apa, ada degree apa, ada kelayakan apa, tapi kalau apa yang dia cakap tu TAK BETUL, maka benda tu adalah TAK BETUL! BODOH!.

4)Suka Forward Email

Sejadah berdiri? Kalimah Allah pada roti canai,? Asap berbentuk syaitan pada asap WTC? Roti XXX haram? Syaitan kencing di sate Kajang?, Coca Cola terbalik menjadi No Mekkah? Tak forward email kepada 20 orang akan jadi mayat? Bla.. bla… bla..

Huarghh (bunyi menguap), Macam aku cakap tadi, kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh..

Aku pernah pergi kedai bersama sorang hamba Allah ni, waktu aku masukkan barang rumah ke dalam bakul, beliau pegang tangan aku, lalu keluarkan kertas bersaiz A4 dari dalam poket lalu bagitahu barang yang aku beli tu haram, aku tanya kenapa? Katanya, menurut email forward, pekerja kilang tu tak solat subuh.., bla.. bla ..bla..,

Apa punya bodoh kau ni? Kau nampak ke dia tak solat subuh?, dan kenapa pulak orang tak solat subuh jadikan barangan produk ni haram? Arghhh, aku malas nak tulis, rasa bodoh semacam jika aku ulang jawapan pak pandir yang mempertahankan kebodohannya..

Yang peliknya pulak, si pak Pakdir ni cukup bangga dapat berhujah dengan fakta dari email forward, dan bila bercakap, “menurut Email yang saya baca.., bla bla bla..”

Ha ha ha! Rasa nak berguling aku dengar ungkapan bodoh macam tu.., kalau korang cakap kat makcik aku pada zaman Malaysia belum ada internet oklah, tapi sekarang, semua orang boleh forward email.., semua orang boleh tulis email, apa best sangat fakta yang di ambik dari email forward? Siap perasan pandai tu.., lawak betul ler…

Woi pak Pandir!, Korang tahu tak?, menyebarkan benda yang tak betul itu fitnah, dan fitnah itu lebih besar dosanya dari mengumpat, dan ketahuilah:

Kebijaksanaan seseorang diukur melalui apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka sebarkan..., jika korang percaya pada cerita palsu, korang memang bodoh, dan jika korang sebarkan pulak apa yang palsu.., sah, korang bangang!

Orang yang pandai itu bukannnya tidak bodoh, tapi, orang itu pandai kerana pandai menyembunyikan kebodohannya, manakala orang yang bodoh bukanlah tidak pandai, tapi jadi bodoh kerana sering menampakkan kebodohannya, jadi berhentilah forward emailodoh, tak nampak sangat kebodohanmu wahai Pak pandir hampeh...

Peringatan: siapa forward kat aku lagi berita atau fakta yang hampeh, aku akan menganggap diri kau sebagai PAK PANDIR BANGANG!

5)Korang punya ‘Pengesan sampah’ adalah sangat tumpul.

Ketajaman BullShit detector atau ‘Pengesan sampah’ ini adalah ditentukan oleh suasana persekitaran korang membesar, kerana ada antara korang yang di asuh untuk percaya pada semua benda, sejak waktu kecik lagi korang dah di ajar untuk percaya jika duduk atas bantal akan tumbuh bisul, atau jika makan lambat gajah akan datang, atau percaya dalam gelap ada hantu, dan sebagainya.., maka lama kelamaan ‘pengesan sampah’ korangpun dah jadi tumpul, bila dah tumpul korangpun jadi bodoh.., bila jadi bodoh, maka korang akan percaya pada semua benda, dan bila percaya pada semua benda korang akan perasan bagus jika dapat sebarkan semua benda tu... dan bila korang perasan bagus maka korang dah tak boleh lagi nak beza yang mana satu betul, dan mana satu sampah!

Dan tengok, apa akibatnya bila ‘pengesan sampah’ rosak pada kehidupan ugama korang?
Maka, apabila tiba tiba muncul Ustaz X bagitau siapa yang tak sokong parti Y masuk neraka, dan siapa yang solat di masjid Z maka solatnya tak sah, maka korang yang bodoh lagi tumpul ‘pengesan sampah’ pun pecaya bulat-bulat. “wah wah, hamka masuk neraka sebab solat kat masjid Z, Hamka masuk neraka sebab tak sokong party Y, eh kau tak caya ke? Ini cakap ustaz X” Begitulah ujar Pak Pandir sekalian dengan mata bulat pada aku pada 20 tahun dahulu, dan sekrang umur dah tiga puluh tahun, masih lagi bangang macam dulu, apa kes?

Dan Alhadulillah, ‘pengesan sampah’ aku, dalam bab kafit mengkafir ini, dari kecik adalah extremely sharp (bukan eksyen - fact). First time aku dengar Ustaz X cakap orang tu masuk neraka, solat kat masjid tu masuk neraka, itu ini begitu begini, aku yang baru baligh dah tahu semua itu Sampah! Biar pun aku mendapat tentangan dari adik beradik dan kawan kawan, tapi aku persetankan mereka.., dan sekarang aku tengok, masing masing dah jilat ludah sendiri.. oh.., (Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah bagi ‘pengesan sampah’ yang dapat bezakan mana satu sampah better than some adults..) sebab mereka dah solat di masjid yang dulu mereka kata kapir solat kat situ… kan?

6)Kurangnya knowledge atau pengetahuan.

Untuk tajamkan BS Detector atau Pengesan sampah tadi, korang kena ada banyak ilmu pengetahuan, dan ada banyak benda yang tak de dalam silibus sekolah atau University, buktinya ada ramai kawan-kawan aku belajar tinggi tinggi pun bodoh gak..
Bodoh bila buat keputusan hanya dengar cerita sebelah pihak...

Satu lagi, bab ugama, Pak Pandir ni suka mencari hiburan dalam bab akhirat, sebagai contoh, “Hamka, jom dengar ceramah ustaz X, ustaz tu kelakar..”

“What?! Umur dah 30 tahun kau masih dengar ceramah base pada kelakar?, baik aku tengok Stephen chow kalau nak kelakar”

Kawan.., umur dah 30 tahun..., Raja lawak buat lawakpun aku tak gelak, inikan pulak ustaz buat lawak bodoh waktu ceramah.., tapi korang.., suka sangat! Macam budak budak..

7)Masalah iman…

Ok, ini last.., Masalahnya menjadi golongan Pak Pandir adalah mereka akan kutuk semua orang yang tak percaya dengan mereka, apatah lagi bila pihak musuh mereka buat salah, semua nak keluar email forward, dan fatwa geng usrah atau link blog sebagai bukti.., tapi cuba kawan mereka, atau parti mereka buat salah yang sama macam musuh mereka, mulalah cari dall dan Nas dari email forward dan fatwa geng usrah atau link blog untuk betulkan pulak kawan kawan mereka..

Di sinilah jelas segala Kepandiran mereka,

kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman (sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab senyokong kemungkaran parti sendiri)

Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap sokong lagi, ke mana iman korang?

Habis!

Jadi, berbalik kepada zaman umur sebaya superman dan ahli shurga ni, janganlah jadi Pak Pandir lagi, itu contoh jer aku bagi, padahal banyak lagi benda sensitive yang aku boleh tulis, (contoh seperti: hantu wujud, makanan haram, agenda yahudi, tuhan mencarut, tuhan samseng, ufo ada, konsert halal, snooker bagus, mengumpat dapat pahala dan sebagainya) ialah, korang dah besar, dah bersunat, dah ada otak, dah abis sekolah, dah berbulu kemaluan, maka korang kena la berfikiran ala ala detective conan sikit...

Nampaknya, aku nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul..

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 yang berbunyi..
"Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.“

Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, dan dengan keputusan A dalam subjek sains waktu SPM, korang boleh lihat bagaimana aku argue bahawa benda tu adalah coincidental.., dan lain kali tak payah la yakinkan aku dengan cakap macam pak Pandir di bawah:-

“takkan kau tak caya, dah banyak email forward bab ni”
“apa la kau ni, sikit-sikit tak pecaya, ni mesti terpengaruh dengan barat ni”
“ni bukan aku bohong, ustaz X cakap macam ni”

Cukuplah tu Pak Pakdir.., cukuplah.. Dunia ni darul asbab, belajarlah what is possible/impossible, melalui basic science..

Satu lagi bab email forward, benda-benda yang ridiculous tak payah la sampai nak kaji lebih-lebih. contoh macam surat berantai yang dulu tersebar kat malaysia, yang siapa tak copy nanti kena alamat buruk... benda ni aku dari dulu lagi aku dah tau ‘sampah’. Waktu surat ni sampai, ada kawan aku punyalah takut dan bincang kumpul duit untuk copy surat tu, aku ambik surat tu dan koyak depan mereka sambil ketawa macam puntianak, habis pucat lesi muka mereka tengok aku sebab takut aku kena bala, sekarang mereka sorang dah arwah(semoga rohnya dicucri rahmat) dan sorang lagi dah masuk penjara, siapa yang kena bala ni?

Ini termasuk lah benda lain macam forward email dapat duit, forward email nanti ada company bayar 3 sen untuk budak punya operation etc etc etc... apa punya bodoh ntah?!

Dan untuk atasi masalah Pak Pandir ni, aku nasihat korang jangan baca Email forward hari hari, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Utusan malaysia sahaja, atau baca blog sebelah pihak sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, kitab yang korang cakap hadith daif banyak tu pun kena baca, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, pendapat ustaz politik dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan atumotaik insyAllah korang akan dapat challenge benda-benda yang korang pecaya dari kecik, dan akhirnya dapat buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar..,

Alhamdulillah..

Satu lagi bila bab ugama, tolonglah faham hakikat ikhlas, iaitu sebelum buat amal cuba tanya empat soalan, adakah ini perintah Allah? Bila ini perintah Allah, bagaimana Nabi buat? dan adakah aku buat kerana Allah? dan akhir sekali bagaimana aku akan itiqamahkannya?, baru dapat hakikat ikhlas, ini tidak, sebab ustaz politik pilihan korang dah cakap sekian sekian, korang terus buat tanpa usul periksa, sibuk nak forward email hari hari, sibuk nak update blog hari hari, sibuk tanpal poster tinggi tinggi, sibuk berdemotrasi sana sini, mogok lapar dan sebagainya, sedangkan selemah lemah iman alihkan kayu di tengah jalan, tapi korang sibuk sesakkan jalan.., kasihan orang dalam ambulance.. habis!

Cukup la aku tulis kat sini, nanti aku sambung jika aku rajin luar biasa atau masih belum jadi mayat, kesimpulannya ialah, sapa yang dah berumur 30 tahun tapi masih jadi Pak Pandir, aku harap korang jadi la bijak sikit, korang tu dah tua, dah habis masuk U, tolonglah jangan jadi dungu – dan sapa yang insist nak gak jadi Pak pandir aku tak tau la nak jadi apa, tapi aku harap walaupun korang insist nak hidup dalam ignorance, harapnya anak-anak korang nanti tak payah la raise up jadi bodoh macam korang, kesian aku tengok.

WISE UP, PEOPLE umur dah 30 tahun dah..

Sekian, Asalamulaikum…

Ps: Harap-harap nya sapa-sapa yang baca ni akan mengambil step-step yang disebutkan di atas supaya BS detector korang menjadi tajam dan boleh hidu BS from a mile away (at least as good as mine, if not better)

(kredit untuk lagenda blogger BAL, 25% kandungan entry ini di ciplak dan diedit suka hati aku dari entry beliau: BS Detector.)