Mar 31, 2008

Bodoh selama satu hari?

(Re Post surat yang bertarikh 1 april tahun lepas, semoga sutu hari nanti, surat ini akan sampai kepada mereka yang layak atau surat ini menjadi rujukan Negara so call Islamic…)

Abdullah bin Abdullah
Lubang kubur, 6 kaki
Keranda satu, Nissan dua
Perkuburan islam Timur
Bolehland.

_____________________

Ketua Negara orang kapir
Rest in peace
Bilik mayat, rumah abu.
Keranda satu, Nissan berpalang
Perkuburan kapir barat
The last Zion.

01-April-2008

Tuan / Puan,

MEMOHON UNTUK MEMBUAT JIHAD DI NEGARA TUAN.

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, Daripada wakil Muhammad pesuruh Allah kepada ketua orang kapir, Sejahtera ke atas mereka yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan Rasulnya serta bersaksi bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu untukNya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan pesuruhNya,

2. Aku sebagai panglima perang islam, menyeru kamu sekalian kepada ugama ISLAM, agama yang telah di sempurnakan Allah, Tiada Yang berkuasa melainkan Allah, Tiada Yang dapat memberi manafaat melainkan Allah!! Tiada Yang dapat memberikan mudarat melainkan Allah , sesungguhnya, Allah PENCIPTA, selain dari Allah semua DI CIPTA, ALLAH PENTADBIR, selain dari ALLAH! Semuanya di tadbir!!(walaupun kamu kerja dibahagian pentadbiran)

3. Sesungguhnya, Untuk Allah hancurkan Kerajaan Firaun dan bala tentera nya, cukup bagi Allah menghantar seorang Nabi sahaja iaitu Nabi Musa a.s. yang mana, melalui perantaran dakwah Nabi Musa a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Musa a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Firaun dan bala tenteranya.

4. Begitu juga dengan Namrud lakanatullah, Allah tidak menhantar bala tentera yang lebih hebat atau setara dengan tentera Namrud laknatullah untuk di kalahkan, tapi cukup bagi Allah menghantar SEORANG Nabi Allah yang bernama Ibrahim a.s.., yang mana, melalui perantaran dakwah Nabi Ibrahim a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Ibrahim a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Namrud dan bala tenteranya..

5. Ingat ini!!, senjata orang islam adalah dakwah dan doa, dengan syarat, dakwah mengikut tertib Nabi Muhammad SAW.., Aku tahu kamu orang kapir dah lama gelak dan aku pulak dah lama menangis bila dengar orang islam berdakwah melalui lagu, blog, komik, parti dan seribu macam bidaah.., yang mana di belakang bidaah tiada pertolongan Allah, kerana itu kamu berani serang Negara islam dan menjajahnya..

6. Maka hari ini kami sebagai seorang islam yang risaukan masa depan tuan orang kapir selepas jadi mayat, menyeru supaya kamu masuk ke dalam ugama islam.., demi kebahagian hari hidup kita semua selepas jadi mayat kelak.., namun, masih ada pilihan, yang mana jika tuan enggan, maka tuan kena bayar JIZYAH…, Apa itu JIZYAH?

7. JIZYAH adalah sebahagian daripada harta tuan, samada dalam bentuk sejumlah wang atau aset kekal atau bon saham dan apa sahaja yang bernilai yang akan kami tentukan jumlahnya nanti, yang mana tuan kena bayar kepada kami sebagai satu alternative jika tuan tidak berminat masuk ugama islam..

8. Kejap! nanti dulu, relax, jangan tuduh kami gangster yang sedang meminta wang perlindungan, kami bukan nak minta ufti, juga bukan nak mintak income tak, kami bukan kemaruk dengan harta dunia yang sementara itu, kami tidak kebulur dengan harta yang akan jadi tanah, apatah lagi kita semua akan menjadi mayat yang berulat.., jadi, tujuan sebenar kami minta JIZYAH itu adalah:-..

Koft,! Koft! ( kena batuk sikit bila cakap pasal duit.. ish..)

JIZYAH adalah sebuah symbol keamanan daripada pihak tentera dan pihak kerajaan tuan, keamanan kepada mubaligh islam yang akan berdakwah dari pintu ke pintu di setiap rumah penduduk Negara tuan.., dan wang yang di bayar secara ‘paksarela’ oleh pihak tuan dan rakyat tuan kepada kami itu, akan di gunakan untuk menambat hati-hati para mua’laf dan juga untuk memudahkan kerja kerja pendakwah nanti..

9. Bukan apa, jika kita takde symbol keamanan dalam bentuk JIZYAH ini, kami tak nak peristiwa sedih di Taif dulu berulang kembali, kami tak nak peristiwa orang kapir baling batu dan menyakiti serta mencederai Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah berulang kembali…, so dengan pembayaran JIZYAH ini, maka kami faham bahawa kami di benarkan berdakwah di negara tuan dengan senang lenang tanpa sebarang ganguan dari pihak tentera atau dari pihak kerajaan tuan. Maklumlah, jika tuan tak nak masuk islam, belum tentu rakyat tuan tak nak masuk islam, biarlah rakyat bebas membuat keputusan next life mereka, inilah demokrasi, dan jika tuan di takdirkan masuk neraka, jangan biarkan rakyat tuan masuk neraka sama kerana kedegilan pihak tuan…, berilah rakyat tuan peluang menentukan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ mereka.. dan kami pula tak akan ganggu tuan punya ugama dan rumah ibadat tuan...

10. Jika tuan tak nak bayar JIZYAH pula, dan tak benarkan kami masuk ke Negara tuan, terpaksalah kita berperang, apa nak buat? Dan jangan tuan tuduh kami pengganas, kami bukan kehausan darah, malahan kami buat semua ini kerana ugama dan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ kita bersama..

12. Cuba tuan bayangkan jika ada beberapa buah bangunan sedang terbakar, 50 ribu orang terperangkap dan masih ada peluang untuk di selamatkan, tapi bila bantuan BOMBA datang untuk padamkan api, terdapat sekempulan manusia (tuan punya bangunan) buat Road Block tak bagi masuk dengan alasan yang merepek dan tak munasabah.. nak claim imsurance ke, tak nak rosakkan bentuk bangunan bersejarah ke, apa kejadah ke?, maka apa yang pihak bomba kena buat?, kalau aku dah tentu aku sembur ajer mereka yang buat road block tu sampai tercampak, tercedera atau mati, mungkin?!

13. Kenapa? Kerana aku nak selamatkan 50 ribu orang lagi yang masih dapat di selamatkan, yang merepek tak tahu hujung pangkal ni, terpaksalah aku berkasar dan berkeras, kemudian korang sengaja parking kereta kat tepi pili bomba misalnya, nak cari penyakit?, nak mampos?! huh! pengganaskah aku jika aku rosakkan kereta korang yang berharga RM 50K kerana aku nak guna PILI BOMBA tu secepat mungkin untuk selamatkan 50 K nyawa manusia? Pengganaskah aku???

14. Begitulah keadaan kita sekarang, tuan tak nak bagi kami berdakwah dengan aman kat Negara tuan?, Maka kami terpaksa serang Negara tuan, kami hanya akan bunuh askar sahaja, Nabi kami pesan jangan bunuh orang perempuan dan kanak-kanak, orang tua dan bukan askar, kerana maksud kami berperang adalah untuk menyebarkan ugama islam dengan aman, tuan nak masuk dalam neraka, lantaklah tuan seorang, tapi apa ke hal dengan berjuta juta penduduk tuan yang tak nak masuk neraka??? kami nak selamatkan next life rakyak tuan, maka kami terpaksa berperang dengan tuan demi hidayat untuk penduduk Negara tuan..

15. Namun jika tuan tak nak berperang, maka benarkanlah kami masuk untuk berdakwah, dan bayarlah JIZYAh sebagai symbol keamanan, dan sekiranya berperangpun, jika tuan nak menyerah, kami akan berhenti, kerana maksud kami bukan nak berperang, bukan nak rampas harta perperangan, kami nak kembangkan ugama, ada dalam riwayat sejarah islam, pernah Nabi mengusai perperangan, tapi Nabi tak serang habis, sebaliknya relaks dulu dan bagi peluang kerana kami bukan nak menang dan nak hapuskan semua orang kapir, kami nak selamatkan orang kapir sebenarnya, maka jika nak berdamai, lebih baik buat keputusan cepat-cepat..

Saya akan beri masa pada tuan selama 3 hari untuk menjawab surat ini, jika surat ini tidak di balas dalam masa 3 hari, maka kami menganggap tuan bersedia berperang dengan kami.

Sekian.

Yang benar,

…………………..............
(Bekas Kelindan KERETAMAYAT)
Ketua Pasukan Tentera Islam,

End!

*******



Nota Kaki:

Point nombor satu dalam surat rasmi di atas adalah di copy/paste dari surat Nabi yang asal kepada Negara kapir pada: ‘once upon time in Arab’ dulu..,

Walaubagaimanapun, point nombor dua sehinggalah ke nombor 15 dalam surat ini tidak pernah di hantar kerana bila aku nak serang Negara orang kapir, aku dapati tentera aku takde yang layak…, nak layak macam mana?, nak tinggal anak bini 15 minit pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak tinggal rancangan kegemaran satu episode untuk pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak ambik cuti annual leave pergi belajar ugama pun tak sanggup.. oh!!

Itu satu hal, yang tak solat lepas tu merompak, berzina, meragut, merogol adalah ‘tentera’ islam jugak, huh kalau macam ni akhlak ‘tentera’ aku, nampaknya takdelah bantuan ALLAH kepada aku bila berperang kelak.. oh!!!

Kerana itulah, surat rasmi di atas tak pernah di hantar …

Tahukah korang ?di sebalik surat Nabi kepada raja kapir ada tentera islam yang akan mintak jizyah jika raja kapir enggan masuk islam, dan serang jika raja kapir enggan bayar jizyah...

Jizyah adalah untuk symbol keamaanan untuk memudahkan orang islam berdakwah secara selamat, aman dan makmur di Negara orang kapir...

Perang pula adalah untuk menyelamatkan rakyat negara kapir yang tidak di benarkan berdakwah di negara mereka..

Dan sejarah hari ini telah membuktikan, bila korang orang islam berperang dengan orang kapir, korang kalah, korang di hina dan di telanjangkan, korang di seksa dan di malukan.., terdapat hampir seluruh orang islam doa depan kaabah mintak tolong kat ALLAH, tapi tiada bantuan dari ALLAH, seribu malaikat yang pernah tolong orang islam dalam perang badar dah tak datang, nak datang macam mana? jika amalan orang islam lebih kurang orang kapir, hari hari hidup cara yahudi, orang kapir tengok masjid kosong tak sedih, orang islam pun begitu, dakwah dengan cara yang merepek, hari hari up date lagu popular, hari hari up date wayang, update accessories kereta, up date perabot rumah, up date langskap, up date awek, up date bini, up date handset, dan up date BLOG,!!!!..oh!

Sedangkan ALLAH sentasa up date bala demi bala tapi masih tak sedar diri.., Tsunami, banjir, rebut, gempa bumi mana mau lari???

Orang kapir pulak sentiasa up date sempadan Negara, mana korang mahu lari? Memadaikah jika sekadar up date blog islam, majalah islam, komik islam? lagu islam???, mamadaikah???

Isk..isk.., benarlah apa yang Nabi bagitahu: ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Dan sekarang ummat islam sedang di hina.., tapi aku dan korang masih sibuk up date blog..oh!!

ps: Surat ini bertarikh 1 april…, alangkah baiknya jika kita ‘bodoh’ hanya pada satu hari sahaja..

19 comments:

azharjaafar said...

Orang yang datang solat 5 waktu kat tempat aku masih banyak tu jugak.

Walaupun ada setengah2 orang masjid ada kata; 'Islam dah berjaya' dan 'Kita dah ada kuasa' dan yang seumpamanya.

Nampaknya aku kena tambah masa lagi buat usaha makmurkan masjid.

Anonymous said...

Cuma nk berkongsi:

SURAT SAYANG DARI ALLAH

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun
hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur
kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin ……

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan
diri untuk pergi bekerja …….
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU
tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk ………

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama
lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU
Melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir
engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari
ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU
menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua
kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak
menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut
namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKU
berikan, tetapi engkau tidak melakukannya …….
masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang
kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya,
tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg
ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat
engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU ………

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa
sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar
terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap
hari AKU menantikan sepatah kata, do’a, pikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya …… engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari
ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU
……..Tapi yang KU tunggu …….. tak kunjung tiba …… tak juga kau menyapaKU.

Subuh …….. Dzuhur ……. Ashyar ……….
Magrib ……… Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU …..
tak ada sepatah kata, tak ada seucap do’a, dan tak
ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU ……….

Apa salahKU padamu …… wahai UmmatKU?????
Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU berikan,
harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang
KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat
kepadaKU …………!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap
berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon
perlindungan KU, bersujud menghadap KU …… Yang
selalu menyertaimu setiap saat ……..

Anonymous said...

bro hamka,

Saya adalah Tun-Alimin.

Tun Dr. Mahathir dan ahli-ahli UMNO ajak kita semua boikot barangan Belanda. Tak salah saya banyak susu-susu yang produk dari Belanda.

Adakah patut kita ikut saranan Dr. Mahathir itu ?

--Tun Alimin

zulfadhli said...

Dear Hamka,

huh... surat rasmi pun leh buat berdakwah... kreatif2... =)

kepada sape la surat tu ditujukan ek?...

kepada sesiapa yg membaca... terasa mcm ditujukan kepada diri sendiri...
hehe =)

oklah.. see ya..

p/s: Perhatian kpd semua. Jgn la bodohkan diri sendiri pada 1 April, walaupun cuma sehari.

Anonymous said...

yang wat filem fitna tu orang lain..

tapi yang nak di boikot penjual barang..

eh? peliknyeeeeeeeeee.

dah jumpa ka si pembuat filem fitna tu..

terangkan apa itu islam sebenar?

eh? kenapa ummat islam marah kat pembuat filem fitna?

apsal tak marah si pelaku yang sedang merobohkan agama?

eh? yang meroboh agama tu org2 islam?

arghh!

apehal semua ni..

wat lawak nak boikot2..

sila tunaikan solat di awal2 waktu di mana azan di azankan.

sekian!

aku yang emo.

bakal tentera islam.

(bakal?oh!)

tun teja said...

salam bro
tun yg hina ni nk bertanya.
mcm mana cara yg nk berjihad di akhir zaman ni? sorry la bro.. tun byk taktahu. bg contoh satu jihad yg boleh tun buat.

Anonymous said...

Alah Tun..
Senang je nak jihad,
ko gi lah wat bende2 paedah sikit dari duduk layan blog ni.

(sekadar pendapat yerk..)

No offense.

tun teja said...

kapada anonymous diatas,

tun layan blog bro hamka, byk gak tun tahu. so tun rasa.. ni satu benda faedah gak.

p/s; pendapat anda terpaksa direjek sama skali.-harap maaf.

Anonymous said...

5 bintang tuk entry nie..best sgt2..sblm nie dh penah bace surat asal tuk kafir laknatullah tu..tapi bro nyer versi nie tersgt la best..

cume psl 1 april tu jerk tak setuju ckt..pd pendapat sy wpn kt cume bergurau tapi mungkin lebih baik kt tinggalkan dan abaikan terus aper yg dbw oleh kafir laknatullah nie..cthnye cam april fool,valentine dll..sbb spt yg kt tau aper yg ader dsebalik tarikh2 nie nyata bertentangan dan menghina islam..sedih plk rase hati bile bro sebut dlm entry nie..

apa2 pn entry nie mmg best..

p/s: bkn niat utk menegur, mungkin sekadar ingat mengingati.. ;)

hamka said...

azharjaafar

'Islam dah berjaya'?

'Kita dah ada kuasa' ?

Lepas tu?
(Tanya aku sambil korek hidung, sambil tunggu rakan sekerja usung mayat dari kereta mayat ke kawasan perkuburan..)

-------------
capoeira

sekiranya semua makhluk sembah Allah, darjat Allah sedikitpun tak meningkat..
dan sekiranya semua makhluk tak nak sembah Allah, darjat allah sedikitpun tak turun..

Allah tak berhajat pada ciptaanNYa..
Allah kekal ESA selamanya.

Harap maklum…

--------
Tun-Alimin.

Selain dari perintah Allah, boleh ikut asalkan tiada mudarat untukmu..

----------
zulfadhli

harap tiada yang bodoh walapupun selama satu hari, tapi bila dah kecewa sebab ramai yang bodoh pada banyak hari, atau mungkin seumur hidup..
maka alangkah baiknya jika bodoh sehari sahaja..oh!

--------------
Ansar @ Bungamelur

Orang yang bodoh mengikut Al quran, lebih kurang maksud, adalah orang yang tiada Sunnah Nabi dalam diri.., satu sunnah Nabi kurang dari diri kita, satu kebodohan dalam ugama ada pada kita..

Orang kafir di gelar JAHIL kerana tolak Nabi dan Kebaikkan Nabi..
Orang berilmu pula adalah orang yang ikut Nabi..
Jadi, berapa ‘hari bodoh’ kita dalam setahun?

Oh!

-------------
tun teja

aku dah tulis dalam entry-entry yang lepas, bab jihad.., boleh rujuk..
pendek cerita, jihad yang besar adalah menentaNG NAFSU,

KERANA..

Jihad nyawa, menang dapat harta ghanimah, kalah dapat shurga..
Jihad Nafsu, menang belum tentu, kalah masuk neraka..

----------
mim

Aku tak bergurau..

Harap maklum.

Anonymous said...

boikot belanda?? bijak ke? hmmm.. no comment la.. yang pasti along lebih kecewa kat orang yang kat ic dia `islam' tapi masih menghina agama (ic)nya

mamat2 kata kat along, berjemaah kat masjid `cuma' fardhu kifayah.. dah ada org len buat, dia terlepas tanggungjawab... chehh.. kesudahannya langsung tak buat!

along masih berusaha solat diawal waktu.. errmm kadang2 lewat 10 min gak.. sebab Bella belum abis.. ohh

Anonymous said...

Bro Hamka,

saya tun alimin lagi.

Saya keliru dan ragu2 dengan bro hamka pada kali ini.

Dulu bro hamka kata lain. Kali ini lain

Dulu Bro Hamka mempersenda-senda dan mengejek2 sesetengah pihak yang mengajak supaya kita memboikot sesetengah barangan yahudi (Lihat entry bertajuk Boikot tulisan Bro Hamka)

Kali ini apabila TD Mahathir mengajak memboikot barangan Belanda, jawapan Bro Hamka seolah2 merestui

Ada banyak lagi tulisan bro Hamka yang saya fikir meragukan dan mengelirukan.

wasalam.
--TUN ALIMIN

Anonymous said...

bodoh selama 1 hari..? xnk lah... nak waras slagi tak naik kereta mayat ke liang lahad..

hamka said...

alongcute

aku dah penat tulis pasal boikot..
jika aku betul-betul perlu barang tu, dan takde alternative, aku beli jer,..
jangan aku termasuk orang yang boikot sunnah Nabi, sudah...
kerja sebanar orang islam bukan boikot orang kapir yang tak faham uagma, tapi.. arghh, aku malas nak tulis..

---------
TUN ALIMIN

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini, err, Jawapan yang bagaimana Tun mahu?

a) Selain dari perintah Allah, boleh ikut asalkan tiada mudarat untukmu..
b) Selain dari larangan Allah, tak payah ikut, asalkan tiada mudarat untukmu..
c) Antara perintah Allah, jaga akhlak kita supaya orang kapir terkesan dan masuk islam…
d) Antara perintah Allah juga, jangan berakhlak buruk, nanti orang kapir makin benci pada islam…
e) Semua dia atas..

Err, Jawapan yang bagaimana dapat memuaskan keinginan Tun?

-----------
Sir Wan

Orang yang bodoh, adalah orang yang menolak asbab, dan orang yang betul betul bodoh adalah orang yang yakin dengan asbab..

Aku sedang belajar..

SpEkmATaKu said...

erm bestny kalau kite
bodoh sehari jek sbb
selebihny kite adalah org yg cerdik :P hehehe

btw btol tue..
kate abg ku xsilap nk berdakwah
guna media lain...
tp berdakwah cara nabi kite..
xboleh tinggalkan..
pergi rumah ker rumah..
mengajak org buat kebaikkan..
sampai sggp kunci pintu...
ishk..ishk..ishk..

tp pelik org skrg takut bile ade
or dtg umah n nk ajak kpd kebaikan..
btolkan konsep dakwah bkn tuk non muslim shj tp kpd muslim y leka jgk :P...kpd muslim yg masih lemah ilmu agamany hehehe...

hamka said...

doakan aku!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

test2... 1 2 3...
alangkah sedey nyer bile mayat kite kena boikot...

Anonymous said...

umm..org bkn takut dgn org yg nk brdakwah ni,tp nyampah..nyampah sbb pe?sbb rmai yg brdakwah dri umah ke umah tgur bkn dgn cara yg baik,tp pnuh dgn sindiran yg pdas n sinis2..cara nabi ke cmtu?
bkn sume la yg wat cmtu..tp bile da rmai yg wat cmtu,tu rmai yg xnk bg org btol2 nk brdakwah cara baik dtg kat pintu umah dorg..ini berdasarkn pngalaman sy dgr dri kwn2 sy yg penah kena..dorg xksah nk dtg umah n bg tazkirah,tp jgn la cara wat cm diri sempurna sgt2 n merendah2 kn yg mndgr tu..nabi kite sdri berdakwah cara lembut,kita nk berdakwah cara sindir2 pehal?sory klu brkasar,tp ni la realiti yg salu sy dgr..sdih gak bile org asik ttup pintu umah tiap2 kali ad org nk ajak wat baik..tp sbb nila setitik rosak susu sebelanga..=(