Feb 4, 2008

Pay It Forward?

(Bukti bahawa Blog aku ini tidak mewakili mana-mana pertubuhan sama ada kefahaman UMNO, PAS atau Tabligh dan lain lain… )

Pada suatu malam, ketika hujan lebat di luar rumah, dan kilat di langit sabung menyabung, aku yang terperangkap di ruang tamu telah ‘terlanjur’…

Errr, maksud ‘terlanjur’ di sini adalah aku telah tengok TV sampai habis akan satu movie film.

Aku bukak TV 8, (siaran yang paling jarang aku bukak), dan tiba-tiba tengok satu pelokon kanak-kanak yang aku kenal, iaitu Haley Joel Osment yang pernah berlakon dalam The Sixth Sense, buat aku terus nak menonton..,

Maaflah kerana aku memang dah ketinggalan zaman, kerana baru la ni aku tengok cerita ni dan teruja pula dengan teori yang di ketengahkan dalam filem ini.

Ceritanya bermula apabila seorang cikgu sekolah rendah lakonan.., hey! Aku kenal mamat ni, Kevin Spacey, berlakon sebagi Lex luthor yang jahat dalam filem Superman.

Sambung balik, jadi cikgu sekolah ni telah bagi satu tugasan kepada budak budak dalam kelas dia supaya buat sesuatu yang boleh mengubah dunia.

Maka hero cerita ni, iaitu seorang budak lelaki telah kenalkan satu konsep yang bakal mengubah dunia yang di kenali sebagai ”Pay it Forward”.

Maksud Pay it Forward adalah, apabila seseorang berbuat baik pada anda, maka sebagai balasan, jangan Pay it back, tapi Pay it Forward iaitu buat baik pula kepada tiga orang yang lain, dan tiga orang lain yang di buat baik itu, kena pulak buat baik kepada tiga orang lain dan begitulah seterusnya sehinggga dunia akan terus berubah!

Macam best bukan? Best sebab idea ni datang dari seorang budak kecik, dalam 10 tahun umur dia lebih kurang.., ya! Aku tahu itu semua ikut skrip, tapi aku layan saja...

Permulaan cerita, dalam merealisasikan formula “pay it forward” ini, budak tu telah tolong seorang miskin yang merempat dengan bagi makan dan tempat tinggal supaya mamat tu boleh berdikari, apa lagi marahlah mak kepada budak itu dan halau Mamat tu, oh, sebelum terlupa, mak kepada budak itu dah bercerai dengan suaminya yang suka minum arak dan berjudi, lebih kurang macam gitu, tapi bila mamat merempat tu baiki kereta mak budak tu tanpa upah sebaliknya terangkan konsep Pay It forward, maka terkejut jugak Mak budak tu, apatah lagi idea Pay it Forward itu datang daripada anaknya..

Kemudian tersedar dari kefahaman tentang Pay it forward, maka Mak budak ni telah buat perkara yang sama dengan memaafkan Mak dia merangkap Nenek budak tu yang mana mereka rupanya telah bergaduh sekian lama, lalu terangkan pulak pada Mak dia merangkap Nenek budak tu akan prinsip Pay it Forward.

Hey aku kenal jugak pelakon wanita yang berlakon sebagai mak budak ni, lakonan Helen Hunt, masa aku remaja, aku tonton wayang filem Twister ketika zaman CGI baru nak maju yang mana teruja tengok angin puting beliung, taufan... dan itu cerita lain.

Sambung balik,
Pada mulanya budak ni rasa gagal sebab Mamat yang merempat tempoh hari tu nampak macam tak berubah..., menghilang entah ke mana, sementara itu juga, budak ini juga cuba 'selamatkan’ mak dia dengan merancang untuk jodohkan Mak dia dengan cikgu sekolah dia kerana takut ayahnya yang kaki mabuk dan suka pukul dia, kembali ke rumah untuk rujuk…

Pada mulanya hubungan antara Mak dia dan cikgu sekolah nampak macam berjalan lancar, tapi bila bekas ayah dia pulang (lakonan Job Bon Jovi) dan pujuk Mak dia, maka Mak dia terima pula, bagi peluang kedua, lalu perkara ini terus mengfrustkan cikgu sekolah tu,

Frust sebab ayah kepada cikgu ini dulu juga seorang pemabuk yang pernah cuba bunuh dia masa kecik dengan membakar beliau bila marah, masa tu baru kita tahu kenapa muka cikgu tu banyak parut..

Pendek cerita bila ayah budak ni mabuk balik, berlakulah pergaduhan dan budak jadi mangsa kena pukul…

Dan ini mengfrustkan budak itu, mak budak itu dan cikgu budak itu..

Maka dalam keadaan sebegini, budak ni dan kita penonton dapat merasa bahawa teori Pay it Forward telah gagal…

Apatah lagi bila budak ni banyak cakap, Mak dia lempang dia, dan bila budak ni nampak budak lain di buli kat sekolah, dia tak mampu nak tolong apa-apa..

Lalu Pay it forward hanya tinggal satu idea yang tak memberi apa-apa perubahan kepada dunia..

Baiklah, Korang tak payah pergi beli DVD untuk tengok kesudahan cerita ni, aku akan cerita sampai habis, jimat masa korang nak buat benda lain, boleh beribadat lebih sikit kot..

Sambung balik, di babak yang lain pula, seorang wartawan yang mengalami kemalangan kereta, rasa pelik bila seseorang yang tidak di kenali tiba tiba bagi dia kereta baru Jaguar S-Type sedangkan kereta dia yang rosak adalah kereta buruk jenis Ford Mustang. Bila di desak akan kenapa serta apa alasan yang membuatkan anda bertindak sedemikian rupa, maka orang asing itu telah terangkan konsep “pay It forward”.

Teruja dengan system ini, maka wartawan ini membuat keputusan untuk menjejak siapakah pengasas teori Pay it Forward ini.

Daripada orang asing itu, berceritalah bahawa satu hari ketika sedang menunggu rawatan dekat hospital untuk anak perempuan dia, tiba tiba anak dia sesak nafas tapi tidak di hiraukan doctor kerana sedang sibuk layan pesakit-pesakit lain, dan semua kena ikut giliran…

Tiba tiba sorang negro telah tolong anak dia yang sakit dengan cara tembak pistol ke atas agar doctor boleh rawat anak orang asing yang sesak nafas itu segara.

Akibatnya orang negro tu masuk penjara dan sempat terangkan konspe Pay it Forward kepada orang asing itu.., senang cerita anak orang itu telah berjaya di selamatkan.

Lalu wartawan itu pergi jumpa orang negro dalam penjara dan tanya pulak dari siapa idea Pay it Forward ini muncul..

Agak kelakar, bila banduan ini kata idea ini datang dari dia, tapi selepas wartawan ini tawarkan pertolongan untuk keluarkan banduan ini sebab beliau ada ‘kabel’, maka negro ini cerita kisah sebenar bahawa seorang makcik telah tolong dia dan terangkan konsep Pay it Forward.

Panjang cerita tapi aku pendekkan, akhirnya berjumpa juga wartawan ini dengan pencipta Pay it Forward iaitu hanya seorang budak. Dan wartawan itu bagitahu bahawa ideanya telah mengubah dunia.., ini mengembirakan budak itu..

Dan ketika sesi temuduga di siarkan di suluruh television budak itu menceritakan betapa sedihnya dia bila terdapat manusia yang tahu kebenaran ini tapi takut untuk mengubah dunia, lebih kurang begitu kata budak itu yang buat cikgu sekolah dan Mak dia rasa ‘pedas’ dan akhirnya cikgu sekolah itu pergi jumpa mak budak tu dan melamar dengan lafaz.

“Aku tak nak jadi orang yang macam budak tu kata”.

Bila cerita tu habis, aku terfikir, sekiranya aku duduk dalam kelas budak tu dan umur aku masa tu pulak 10 tahun, apakah idea yang aku nak bagi kat cikgu aku yang boleh mengubah dunia?

Masa untuk aku berangan-angan, he he he..

*******

Sebelum itu, kita bermula dengan cerita benar,

Satu hari seorang saudara aku telah beli handset dengan harga yang murah, tapi takde guarantee certificate, tengok adik beradik lain yang dah beli, handset mereka ‘Ok’ saja, takde rosakpun.. maka saudara akupun beli sama.

Pakai tak sampai seminggu, HP tu tiba-tiba rosak..,

Tentu sedih bukan?

Saudara akupun rasa terkilan dan nak marah, tapi sebab takde guarantee certificate, nak buat camne? Maka terpaksalah aku guna banyak lafaz perkataan untuk pujuk dan hilangkan sedih beliau siap dengan terangkan konsep takdir, dan ingatkan balik tentang rukum iman yang ke enam, bla bla bla.., itu ini begitu begini... akhirnya dia boleh accept takdir itu.., semua dari Allah.

Dekat 10 ke 15 minit jugak aku habiskan masa untuk ingatkan saudara aku tentang dunia-akhirat-takdir bla bla bla.

Lalu aku terfikir bagaimana jika seorang yang sedang bersedih, aku boleh terangkan maksud di sebalik kesedihan itu hanya dalam masa satu saat.

Maksud aku, satu istilah yang boleh 'mengubah dunia' jika kita faham…

Dan aku telah jumpa dua patah perkataan yang mana jika kita faham maknanya, maka segala kesedihan akan hilang dan dunia anda akan berubah!, InsyAllah!

Dua lafaz perkataan yang di ucap tak sampai 1 minit.

Seminit yang mengubah hidup anda!

Woha!

Di ulangi, Dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup anda! (Please stop me if I’m sound like a penceramah motivasi..)

Tapi sebab aku perasan sibuk, aku tulis lain kali.

Woha sekali lagi!

Ps: Bersambung di next entry…

20 comments:

Anonymous said...

Ler..asal ada sambung2 ni..mcm drama tv lak. Kena tunggu 4, 5 ari ke ni..hampeh

Anonymous said...

Cisss...apa sal takde ending pulak n3 kali nie ? Frust le...macam cerita Harry Potter pulak ...nak kena tunggu sequel.

Anonymous said...

Aik... brother hamka! Macam pernah baca je entry ni.. bila ye?

hamka said...

pernah baca? aku ada tulis sikit dalam ruang komen sebelum ni kot..

buat masa ni, aku tak tulis lagi sambungan entry ini.

tunggu!

Anonymous said...

nak beribadat kang tak kusyuk lak tingat.. bila la sequel nak kua..

Anonymous said...

aiseh...bersambung lakk....potong stim, hahaha...

azharjaafar said...

Kat rumah aku takde TV. Er.. maksudnya dulu ada tapi skrg dah meletop.

Anonymous said...

pay it forward. bagi aku idea tu terlalu romantis untuk jadi realiti.

Anonymous said...

huwaaa...bile nk sambung nie..sabo jer laa..

Anonymous said...

eh, en Hamka, cerita budak tu habis sampai sesi temuduga di suluruh television tu je ker?

Anonymous said...

aaarrgghhh.. hang ni sajerrrr je tawww.. tension aku!

hamka, lain hari cite pasal `jiran' lak buleh??

Anonymous said...

hamka.. maner de karkuzari sambung2.. hahah.. mhm.. chop2.. aku nak iklan jap..

"Kejayaan jin dan manusia ada dlm agama dengan b'gantung kpd sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT mengikut sunnah Baginda Nabi Muhammad SAW.."

hamka said...

gagek / mim /anoy dll

sabor jer ler…

--------------
azharjaafar

kena panah kilat ke?

------------
hafizulidham

nanti aku bagi konsep yang lebih romantis untuk jadi reality dalam next entry.

--------
capoei

cerita tu tak habis lagi, ada lagi 20 minit, aku simpan ending filem tu dalam next entry sebab ada kaitan pulak dengan konsep aku pulak.., tunggu.!

---------
alongcute

InsyAllah..

----------
afif

Iklan, jangan tak iklan..

:)

hanny said...

salam dari bumi sakura,
cerita pay it forward nih memang saya selalu tengok. dari dulu, kini dan selamanya dan setiap kali habis tengok saya mesti nangis!!!!anyway, cerita nih berdasarkan cerita benar dan betul....

Anonymous said...

arghh.. tgh teruje membace tetibe ade smbgn lak.. tp ok gak, bole aku gi toilet jap. hehhh.. ail bi weting mr. hamka. :D

hamka said...

Aku dah tulis sambungan cerita ini, pergi up date!

:)

Anonymous said...

najmussobah.blogspot

nak kania hang lah..boleh ka?
cek taka tau lagu mana lg mau open cek punye blogspot sampai la ni tak bleh bukok...

hamka said...

tak boleh bukak?

kau pergi google dan bukan guna cache..

atau mungkin ada faktor term dari google..

atau ada block manager kat zon kau..

akupun tak tahu..

Abu Yazid said...

Alhamdulillah ada juga blog yg baru aku jumpa yg telah melalaikan aku dari melayari website yg kebanyakkannya merosakkan iman. Semoga ianya berterusan."Special Request" Oh ! What a good Deen understanding that we can share among us. Jazakallah.

hamka said...

:)

ada komen best, silalah