Dec 13, 2007

Jamban atau Tandas?

(Soalan-soalan yang tercicir...yang aku malas nak jawab, tapi hari ini aku berlagak rajin..)

Assalamualikum Encik Hamka....

Saya salah sorang peminat blog keretamayat

Pertamanya, terima kasih kerana membaca emel saya ini. jika ada kelapangan dari En.hamka, saya harap En.hamka dapat menolong memberikan jawapan tentang hal ini kepada saya yang jahil ini...
bla bla bla(delete)

(aku delete apa yang tak penting dan pergi kepada soalan terus)

Saudara Hamka.

  1. Boleh tak ambik wudhu dalam tandas?

  2. Boleh tak saya print artikel saudara dan membaca dalam tandas?(kata kunci: membaca dalam tandas)

  3. Boleh tak jika saya berasa takut dan sedang buang hajat, lalu berdoa minta keselamatan.?(kata kunci: berdoa dalam tandas)

  4. Boleh tak bawa handphone yang ada mp3 dan ringtone Azan atau al quran dalam tandas.

Jawapan (yang tak macam jawapan):-

Waalikumusallam,

Jawapan satu:-
Aku pernah ada kursus kat hotel dan bila nak masuk waktu solat, beberapa orang antara kami ambik keputusan untuk solat ‘area-area’ situ, (surau takde), maka aku dan kawan kawan aku ambik wudhu dalam tandas. Errr, salah ke ambik wudhu dalam tandas?

Jawapan dua:-
Aku ada dengar larangan dari BuZnama bahawa tak elok membaca dalam tandas, mungkin apabila asyik membaca nanti ,jadi lalai dan menyusahlan orang lain yang nak guna tandas pula, tak ke zalim? apa lagi bahan bacaan yang berunsur ugama dan ada nama Allah.. (aku harap ketika ini, entry ini bukan di baca dalam tandas setelah di print).

Walau bagaimanapun, aku ada gak baca SMS dan balas SMS ketika sedang berak, ..Nak tahu apa yang aku reply melalui SMS ketika berak?

SMS: AKU SDG BERAK-TAHIK BANYAK!

Jawapan tiga:-
Ini kes takut hantu ke? Ha ha ha! ..Nasib baik kau tak tanya boleh tak mintak izin datuk nenek jika nak berak, (tapi jika korang sedang bercuti di rumah atuk dan nenek memang nak kena mintak izin mereka terlebih dahulu.., harap maklum)

Walau bagaimanapun, pagi tadi, selepas ‘aku berak-tahi banyak’, bila tiba time nak basuh, air pulak takde, lalu aku berdoa dalam hati kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang agar di kurniakan air kepadaku, aku nak solat hari ini, dan banyak aktiviti bersih yang perlu aku lakukan, selapas 5 minit berdoa, air keluar mencurah-curah, keramat? Mungkin tangki baru penuh atau ada mamat yang baru bukak punca paip utama, apa-apapun, terima kasih kepada Allah yang memberi air kepada kehidupan..

Kata kunci: dalam hati

Jawapan 4:-
Aku dah pernah jawab dulu, malas nak ulang dan malas nak bagi link, jika rajin boleh carik kat ruangan komen kereta mayat yang lepas-lepas, (dalam hati: pergilah rujuk ustaz ulamak bila nak tanya bab hokum dan fatwa cik adik oiii..)

Sekian:-Klik sini untuk baca serba sedikit tentang adab dalam tandas.

P/s: kenapa orang Bandar tak gunakan perkataan 'Jamban'? tak best ke jika tulis JAMBAN AWAM? kenapa ha kenapa?

15 comments:

Anonymous said...

jamban ngn tandas konsep nye sama..
tujuannya sama..
tapi darjat mereka berbeza..

(x urban aa panggil jamban..)

Azlan Zed said...

jamban free, tandas kena bayar. hehe.

hamka said...

tiub sifon si tangki simbah

mana lebih urban?
berak atau buang air besar?

-------
alan zed

hi shin chan!!!

Anonymous said...

istilah 'buang air besar' tak menjelaskan maksud perbuatan..
hanya boleh digunakan dalam kes2 terpencil:subjek sedang cirit birit, lantas mengeluarkan(BUANG) cecAIR dalam kuantiti yg BESAR..
(nampaknya DBP kena kembali bersidang)

nk urban? gunakan shitting (stress kat suku kata pertama,dengan ekspresi muka penuh tekad)
baru aa lu leh laypark ngn gua!!

(aku sebagai org awam suka BERAK..)

DBI said...

kelako lah hamka...

berak lebih urban..

hamka said...

rural legend

DBP memang kena kembali bersidang

Banyak bahasa kita yang betul-betul melayu belom di guna pakai…

Cth:

Soalan: Bila nak balik?..

Jawapan: kohor-kohor (yang bermaksud, sekejap lagi nak balik..)

----------
DBI

‘Kicik’ adalah satu istilah terengganu yang bermaksud, berak dengan tidak sengaja, dalam kuantiti yang kecil, yang di sangka kentut, tapi sudah keluar sedikt tahik..

Anonymous said...

Salam E. Hamka...

jamban tu ada satu je tempat berak, tandas plak ada lebih dr satu jamban @ tempat berak sbb tu ada 's' kt blkg mewakili byk..heheh

suka nyayi dlm tandas..

hamka said...

aku rasa jamban teah di dikriminasikan, dulu bila orang guna kayu dan zink untuk buat jamban..

tapi bila guna batu dan simen, ianya menjadi tandas..

sesetengah tempat pulak namakan sebagai bilik air..

???

Anonymous said...

ni apa cerita pasal usus2 ni..oh please.."don't visualise it!"

hamka said...

Baiklah, aku tutup entry ini, dan mulakan entry baru

heh!

Anonymous said...

Kat Malaysia ada tandas, jamban, bilik air dan bilik termenung. Mat Salleh pulak ada toilet, gents, rest room, bath/ w.c etc... eer er er mana lebih urban..??

Sama macam nak panggil perempuan or wanita or betina.... orang Kelantan selamba je panggil Oghe Tino...

hamka said...

ada lagi dari kelate..

rangkap begini..

hok tino come hok jate tak hodoh..
hok tino tok sir hok jate tak mboh..

(lupa lak lirik)

:)

lailalilyputih said...
This comment has been removed by the author.
lailalilyputih said...

assalamualaikum bro Hamka,

Tumpang lalu kejap yer, nak mintak izin dr bro nie.. boleh tak saya nak link kan blog bro ni ker blog saya?? mintak2 boleh lah yer..

terima kasih.. :)

hamka said...

boleh.., tapi apsal kau masuk ikut pintu tandas?(entry ini)

kau segan nak masuk ikut entry baru ke?

jarang orang mintak izin aku nak link, kira kau ni jujur orangnya..

tahniah!

selamat naik kereta mayat
:)