(Cerita wanita mainstream yang ada konflict dalam diri dan penulis tidak tahu akan statusnya sama ada sudah berkahwin atau masih bujang yang mana beliau sudah email sejak lama tapi aku baru nak jawab setelah menganggap beliau yang berkejaya dan belajar ilmu dunia tinggi-tinggi sebagai anak dara dan aku namakan beliau cik adik)
Soalan dari cik adik melalui email
Saudara Hamka,
Terima kasihlah atas cerita-cerita agama yang telah saudara masukkan kedalam blog saudara. Banyak yang saya belajar ( tapi tak taulah samada dapat saya amalkan dan sampaikan. Doakanlah saya. )
Sebagai seorang wanita, saya ingin minta Saudara Hamka cerita sikit tentang bagaimana nak bawak kedua-dua agama dan dunia dalam kehidupan kita yang serba moden dan canggih nie. Ada banyak aspek yang berkaitan dengan hidup kita yang makin complex ini. Kita semakin jauh dari hidup serba sederhana dan mudah Rasulullah saw dan isteri-isteri serta anak-anaknya.
Masalahnya, kat Malaysia sekarang ni, hampir semua wanita berkerjaya. Kita hantar anak-anak perempuan kita untuk belajar ilmu dunia tinggi-tinggi. Bila bebudak pompuan tu dan berjaya mendapatkan segulung ijazah, maka ibu-bapa pun menaruh harapan menggunung bahawa anak-anak gadis mereka itu dapat mengubah nasib dan rezeki keluarga.
Kat Malaysia nie, ekonomi perempuan = ekonomi lelaki. Malahan sekarang nie, telah menjadi lumrah di mana wanita lebih berjaya dalam persekolahan dan kerjaya.
Yang susahnya, bila kami pergi program-program KEUGAMAAN, sentiasa kami diberi fadhilat kearah 100% penghidupan amalan rumah...ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah maka akan bersama-sama Rasullullah di syurga, wanita yang solat di satu penjuru rumah seolah-olah seperti solat di belakang Rasulullah saw, tutup aurat dengan sempurna, jangan pandang lelaki yang bukan mahram dan sebagainya....Untuk kami yang faham dan ada azam untuk bergerak kearah cara hidup Rasullullah saw, ia menimbulkan konflict didalam hati dan keluarga.
Sebagai wanita mainstream, kita dibesarkan dengan pergaulan (takdelah terlampau bebas) antara lelaki-perempuan di sekolah, di pejabat, di majlis-majlis pengajian (ustaz-ustaz), dan lain-lain. Saya harap perkonsian cerita/ilmu tentang sejarah Rasullullah saw ; ada tak kisah sahabiah-sahabiah yang berkerjaya?. Ada tak kisah pergaulan wanita-wanita dan kaum lelaki?. Bagaimana sahabiah dulu ikut bersama-sama orang lelaki pergi perang/jihad?. Bagaimana Aishah ra menjadi rujukan pada sahabat untuk ilmu-ilmu hadis?...dan lain-lain
Insya ALlah, jika ada kesempatan, boleh Saudara sampaikan serba sedikit apa yang saudara faham/belajar.
Jawapan dari aku melalui Blog keretamayat...
Pertama sekali, minta maaf kerana ambik masa berbulan bulan lamanya baru aku boleh balas email cik adik, selain factor geogarfi dan biologi, aku telah tekadkan azam dan gagahkah jua diri ini untuk cuba menjawab soalan soalan yang tecicir dalam dashboard keretamayat sambil meniti ranjau hidupku sebelum naik the real keretamayat, ..chewah!, harap cik adik belum jadi mayat dan sempat baca jawapan dari aku yang hina ini..
Cik adik, sebagai manusia mainstream... kita kena mengaku bahawa kita adalah makhluk yang lemah, sangat mudah jadi mayat melalui bebarapa aktiviti dan kita juga sangat sering mudah dan memang terdedah kepada godaan iblis..,
Sungguh ihklas soalan cik adik, dan sebagai manusia yang lemah, kita jugak ada masalah otak yang serius, iaitu tak paham kehendak Allah dan tak paham hikmah di sebalik Sunnah Rasullullah..
Sebagai contoh, walaupun Al quran dan complete lengkap, tapi kerana kejahilan kita, sudah tentu kita semua tak mampu nak taat perintah Allah dengan betul dan kerana itu sebagai mengimbangi tahap kemampuan akal manusia, Allah turunkan hadith-hadith pula melalui lidah Rasullullah SAW agar manusia dapat melalui gaya hidup yang sihat dan betul...
Dan dari sisa hidup aku yang hina dina ini, dalam kesempitan belajar ugama, aku juga tak jumpa sangat tentang hadith akan ganjaran wanita yang berkerjaya, atau kelebihan wanita bergaul (walaupun takdelah terlampau bebas), yang aku jumpa tentang azab dan ancaman, banyak pula, apa lagi nak di kata?
Maka dah tentu wanita wanita yang ikhlas macam cik adik akan rasa sedikit ralat dan conflict kerana bila rujuk hadith, asyik bercerita tentang 100% penghidupan amalan rumah, seperti ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah maka akan bersama-sama Rasullullah di syurga, wanita yang solat di satu penjuru rumah seolah-olah seperti solat di belakang Rasulullah saw, wanita yang basuh baju dan jemur baju, maka matahari akan berdoa keampunan untuknya, wanita yang terbaik adalah yang tutup aurat dengan sempurna, 3 hari wanita tak keluar rumah doa makbul, wanita yang duduk rumah selamat dari fitnah dajjal, wanita yang baik adalah yang tidak di pandang lelaki yang bukan mahram dan sebagainya.... (rujuk ustazah yang ikhlas)
Maka sekali lagi aku nak ingatkan cik adik bahawa kita adalah makhluk yang lemah, sangat mudah jadi mayat melalui bebarapa aktiviti dan kita juga sangat sering mudah di’bilis’ iblis..,
Oleh yang demikian, terdapat dua conflict yang sering melanda manusia..
i) Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah..
ii) Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah..
Akibat Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah, akan wujud seorang manusia yang berlagak berdiri di atas kaki sendiri, sering memuji kejayaan diri, berjalan dengan sombong dan angkuh, dan terus hidup dalam keadaan menolak takdir yang akhirnya membuka jalan ke neraka...
Akibat Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah pula, akan wujud seorang manusia yang was-was atau syak dengan kebenaran lalu menunaikan ibadat dalam keadaan conflict seterusnya sebagai azab dia akan tercegah daripada Sunnah, dan setelah mereka meremehkan sunnah, sebagai azab, mereka akan tercegah dari fardu, dan akhirnya tercegahlah mereka daripada Mengenal Allah yang akhirnya membuka jalan ke neraka...
Naduzubillah...
Aku tak perlu tunjukkan contoh orang yang Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah lalu mengakhiri hidup dengan menjadi mayat bunuh diri..
Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...
Sebagai contoh, seandainya adalah sorang professor atau kita semua yang hidup zaman Nabi dan buat research untuk layakkan korang dapat PhD..
Dan kita ambil satu daripada Perintah Allah sebagai kajian kita, dah tentu pada permulaan islam, perintah Allah yang pertama adalah buat Dakwah dari hati ke hati, face to face, door to door..
(Maaf, kerana bunyinya agak ‘tabligh’, tapi aku tulis tentang sunnah, dan korang tolong jangan jadi SLOW,)
Maka bila kita lihat Nabi kena pukul, kena ludah, kena baling najis, dan sebagainya, maka kita mula sangka buruk dengan perintah Allah, kerana kita nampak Nabi macam ‘gagal’..,
Naduzubillah...
Beberapa tahun kemudian kita dapat tengok pula orang yang ikut Nabi kena siksa, kena azab, Bilal di cemati, Summayah di bunuh dan berpuluh lagi nyawa ummat islam terkorban, namun ada Nabi ubah startegi? Ada Nabi di landa conflict macam korang? Cuba laksanakan Dakwah dengan cara kepala otak pula? Tidak sekali-kali, Nabi faham perintah Allah...
Yang jadi masalahnya apa yang manusia semua duk pikir waktu tu?
Orang mekah fikir Nabi dah gagal buat dakwah, kena pulau dilembah Abu Muatalib selama tiga tahun, kena boikot sehingga orang islam ada yang mati kelaparan, ada pulak yang lari ke Habsyah, lepas tu Nabi pergi berdakwah di Taif, kena rejam dengan batu sampai cedera sini sana..
Naduzubillah, jika kita ada zaman tu, kita jadi orang munafik kot kerana sangka buruk dengan perintah Allah dan takdir Allah, timbul konflict dan ralat melihat apa sudah jadi pada ugama islam? sudahlah dakwah tak berkesan, Nabi kena rejam dengan batu pula..oh!
Walaubagaimanapun, Nabi menangis dan berdoa dengan penuh sangka baik pada Allah dalam takdir Allah dan sangka baik dengan semua perintah Allah..
Doa Nabi selepas di rejam batu kat Taif.. (lebih kurang maksud):-
“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”
“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”
“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”
“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”
“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”
Paham tak?
Jadi begitulah kita manusia, selalu sangka buruk dengan Takdir Allah dan juga perintah Allah, yang mana akhirnya membuka jalan ke Neraka..oh!
Cuba lihat lagi di akhir dakwah Nabi di mekkah, setelah 13 tahun buat dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., semua orang Mekkah pakat pakat nak bunuh Nabi pula.., yang mana akhirnya Nabi ‘lari’ ke Madinah..., (hijrah sebenarnya)
Maka korang dan Professor tadi tutup research dengan membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad SAW telah gagal dalam menjalankan kerja dakwah baginda setelah di rujuk kepada kesan ke atas penduduk Mekah yang menjadi medan dakwah Nabi selama ini.. (Nauzubillah)
Yelah, orang yang ikut Nabi ramainya golongan hamba, ramai pulak kena bunuh, dan Nabi sendiripun nak kena bunuh.. bla bla, itu ini begitu begini..
Selamat terima ’PhD’ (pala hotak dungu!)
Hampeh!!!
Padahal cerita baru bermula..., itulah perasan pandai.., mari sini aku cerita!
Cerita yang baru bermula adalah, Allah menjanjikan tiga perkara kepada mereka yang buat dakwah cara nabi..
1) Iman akan meningkat.
2) Hidayat akan tersebar
3) Terlepas dari tuntutan Ummat di akhirat..
Kita bincang lain kali tentang ‘Iman meningkat’ dan ‘Terlepas dari tuntutan Ummat’.., kita pergi pada bab ‘Hidayat akan tersebar’...
Sebagai contoh, apabila nabi Musa a.s, berdakwah pada firaun dan Firaun enggan, lalu menghatar 1000 ahli sihir menentang Nabi Musa a.s, nampak ‘macam’ gagal, tapi dengan kehendak Allah, semua ahli sihir dapat hidayat dan mati dalam iman..
Apa yang kita tak faham, bagaimana sungguh-sunggunnya akan Dakwah nabi Musa kepada firaun sehingga datang 7 bala, firuan tetap dengan pendiriannya, tapi dengan sekelip mata Ahli sihir Firuan pula mendapat hidayat Allah..
Ini yang kita tak paham...
Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!
Iaitu kita buat dakwah kat orang lain, tapi hidayat tersebar kepada orang lain, kenapa?
Kerana bila kita buat dakwah macam Nabi maka akan wujud medan hidayat, macam magnet, yang mana siapa yang nak pada hidayat, maka dia akan tertarik kepada hidayat., Ini yang kita kena faham..
Begitu lah dengan penderitaan 13 tahun Nabi di Mekkah, yang orang kafir anggap nabi sudah gagal, tapi setibanya Nabi di Madinah, telah wujud satu kaum besar yang sedang mendapat hidayat berterusan dari Allah, sedia bantu Nabi dan rela berkorban nyawa untuk tegakkan ugama, walhal, nabi tidak pernah berdakwah di sana..
Ini yang kita tak paham...
Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!
Hari ini ummat islam inginkan Negara islam seperti Madinah, berjuang dengan bermacam-macam strategi, tapi hajat tak tercapa jua, kenapa? Kerana apabila tuan inginkan ’Madinah’, di mana 'Mekkah’ tuan-tuan?
Kenapa abaikan Mekkah untuk dapat Madinah? Bukankah akhirnya Madinah kembali keMekkah dalam peristiwa fatal mekkah,?
Dan ‘mekkah’ itu ada depan mata tuan-tuan, iaitu dalam dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., hidayat akan tersebar ke seluruh alam..
Itu yang kita tak faham…
Apa lagi nak di kata?
Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...
Ada tiga Perintah Allah yang banyak menimbulkan conflict dalam diri Ummat islam..
1) Dakwah cara Nabi (hati ke hati, face to face, door to door..)
2) Solat berjemaah (bagi lelaki) dan solat awal waktu(bagi perempuan)
3) Aurat lelaki dan wanita (pergaulan)
Jika di rujuk pada hadith tentang ketiga-tiga perkara di atas, banyak hadith yang menceritakan kelebihan dan ganjaran kepada mereka yang berjaya buat dakwah cara Nabi, solat berjemaah dan jaga pergaulan, kemudian betapa kerasnya ancaman apabila mengabaikan perkara tersebut, maka ini akan menimbulkan conflict dalam diri kerana melalui akal dan pandangan kita, dalam suasana dunia hari ini, seolah olah ketiga tiga perkara itu sudah tidak begitu releven, (naduzubillah), Dakwah cara Nabi di lihat tidak berkesan, solat berjemaah akan menggangu tugas harian kita, dan Aurat dalam pergaulan akan membataskan idea kreativiti kita…,
Lalu kita cuba cari lagi, belek kitab, tadah telinga, pergi kuliah, tanya ustaz, rujuk ulamak yang hak dan sebagailnya, tapi hasilnya adalah, kita tiada pilihan lain, yang jelas menjadi nyata, yang batil juga terang jalannya, dan kesimpulannya, untuk berjaya kita kena Taat Perintah Allah, Ikut cara Nabi Muhammad SAW…
Sebelum syitan dan Nafsu mengusai jalan dalam tindakan, pulanglah kita dengan menyerah diri kepada Allah dengan bersangka baik terhadap dua perkara ini, iaitu:
1)TAKDIR ALLAH
2)PERINTAH ALLAH..
Kerana akal dan fikiran kita adalah di cipta oleh Maha Pencipta, maka siapalah kita untuk Melangkau Yang Maha Pencipta..oh!
Pulanglah dan bertaubatlah…
Maka cik adik, berbalik kepada soalan cik adik, sebagai perempuan kena utamakan tiga perkara:-
- Jaga Solat.
- Jaga Aurat
- Jaga Akhlak.
Iaitu solat awal waktu, tidak menampakkan aurat, dan tidak bergaul dengan bukan mahram..
Dan untuk jaga ke tiga tiga perkara ini, mana lebih mudah?, di rumah atau di tempat kerja?
Dan betapa banyak hadith yang menerangkan fadhilat wanita yang berkhidmat di rumah..
Dan betapa banyak hadith yang mencela wanita yang pergi ke luar rumah..
Aku tak nasihat cik adik berhenti kerja dan mogok dalam rumah, jika cik adik boleh jaga tiga perkara di atas, go on, pergi kerja, kerana ada tempat kerja yang memerlukan wanita bekerja, dan ada wanita yang tiada wali menjaganya yang mana beliau terpaksa kerja, go on, tapi jangan lupa untuk jaga tiga perkara di atas, dan sudah tentu wanita yang duduk rumah adalah lebih mulia dari wanita yang keluar rumah..
Itu adalah perintah Allah, dah banyak ustaz yang terangkan benda ni, dan cubalah berbaik sangka dengan takdir dan perintah Allah, maka mata hati akan nampak hikmah di sebalik kehendak Allah..
Bukankah Allah yang mangatur bumi tidak berlaga dengan plenet lain?, yang mencipta orbit bagi bumi untuk bergerak, yang mencipta gravity untuk kita jatuh bangun, yang mencipta suhu hidup kita sebanyak 37 darjah celcius, yang menormalkan kita di tekanan atmosphera yang berjumlah 14. 7 psi bersamaan 1.033 kg/cm2?
Dan apa jadi jika tekanan bumi berubah? Apa jadi jika suhu badan kita meningkat kepada 40 darjah celcius?, apa jadi jika bumi jika tergelincir sedikir dari orbit dan mendekati matahari sebanyak 10 cm? Apa jadi jika lapisan ozon bocor? Maka sudah tentu dengan izin Allah dunia ini akan hancur dan musnah..
Akrian, apabila Alah yang Maha bijaksana menciptakan seluruh alam dan mengawalnya dengan Maha bijaksana pula, adakah boleh kita anggap perintah Allah yang Maha bijaksana ada yang tak kena dan conflict?
Siapa cipta otak dan akal kita?
Maka di sinilah masalah yang timbul, ramai orang yang jadi kafir apabila gagal menerima Takdir dan ramai orang islam menjadi Munafik apabila gagal menerima perintah Allah..
Gagal mencari kebaikkan dalam dua perkara itu akan membawa kita kepada semua conflict dalam dunia dan akhirat..
Berbalik kepada soalan cik adik yang seterusnya,
Ada tak kisah sahabiah-sahabiah yang berkerjaya?.
Fatimah r.a pernah tolong Ali r.a dengan pergi bekerja, tapi cukup sekadar keperluan, apatah lagi saidina Ali sibuk berdakwah sampai tak balik rumah, tak haram wanita bekerja yang penting dapat jaga tiga perkara, solat, aurat dan akhlak...
Ada tak kisah pergaulan wanita-wanita dan kaum lelaki?.
Aku yang jahil ini tak dengar lagi akan cerita pergaulan bebas zaman nabi, yang ada ketika itu adalah hamba perempuan, dan Nabi serta sahabat mengamalkan poligami, masalah ekonomi perempuan selesai bila menjadi madu orang lain, zaman ini ramai wanita tak bersedia.., rela bersusah payah bekerja daripada di tanggung makan minum oleh suami orang.., ni masalah tak nampak kebaikkan dengan perintah Allah...
Bagaimana sahabiah dulu ikut bersama-sama orang lelaki pergi perang/jihad?.
Mereka pergi ikut keperluan, zaman permulaan islam, orang islam tak ramai, mereka pergi memberi rawatan dan ada yang angkat pedang, itu dah masuk darurat di zaman perperangan.., tak boleh nak samakan negara yang aman sekarang dengan keadaan darurat waktu tu, ..,
Seperti aku dah cakap tadi, jika cik adik boleh jaga tiga perkara di atas, go on, pergilah kerja, kerana ada tempat kerja yang memerlukan wanita bekerja, dan ada wanita yang tiada wali menjaganya yang mana beliau terpaksa kerja, go on, tapi jangan lupa jaga tiga perkara di atas, dan sudah tentu wanita yang duduk rumah adalah lebih mulia dari wanita yang keluar rumah.., kena ingat tu..! dan seandainya kita gagal jaga solat, aurat dan akhlak di luar rumah, untuk apa kita dedahkan diri kita di ‘bilis’ iblis?
Bagaimana Aishah ra menjadi rujukan pada sahabat untuk ilmu-ilmu hadis?...
Aisyah adalah Ibu orang islam, Ummul Mu'minin, haram berkahwin dengannya dan di anggap ibu kepada semua orang islam, maka tiada masalah nak merujuk ilmu-ilmu hadith daripada seorang ’ibu’ bukan?
Penutup
Kita di ibaratkan seperti seorang anak kecil yang cetek pemikiran, lalu sebagai kasih sayang, seorang ayah memberi kita cincin emas yang bertahta berlian, sangat cantik dan kita sering bawa ke sana kemari..
Di jalanan kita jumpa dengan seorang manusia yang menjual gula gula berperisa sweet sour…
Dengan kejahilan kita tentang nilai berlian, kita telah sanggup tukar cincin emas bertahta berlian itu dengan sebiji gula-gula dan pulang ke rumah dengan riang ria..
Tidakkah itu kerja gila?
Tapi si anak kecil tak faham, dan benci pula pada ayahnya kerana marah dengan dirinya.., begitulah kita hari ini, yang sering meninggalkan solat awal waktu kerana asyik dengan dunia, melanggar batas pergaulan kerana asyik dengan dunia..
Tidakkah itu kerja gila?
Senang cerita beginilah wahai cik adik, abang (naik pangkat dah aku, jadi abanglah pulak) bagi lagi satu contoh standard budak tadika sebagai tamsilan iaitu, apabila kita bawa kereta, lalu di tahan oleh JPJ atau polis, mereka bertanya dua soalan sahaja, iaitu:
1)Ada lesen tak?
2)Road tax hidup tak?
JPJ atau Encik polis tak tanya kita ada anak berapa orang? kerja kat mana?, beli kereta pinjam Bank mana? ada update blog tak? Tak tanyapun!!!
Begitulah kita bila jadi mayat kelak hanya akan di tanya tentang dua perkara sahaja, iaitu
1)Iman.
2)Amal.
Akhir kata, berbaik sangkalah dengan Takdir Allah dan Perintah Allah, insAllah segalanya akan selesai...
Aku sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tapi tak cukup masa melainkan kau jadi bini aku nombor dua, bolehlah kita cerita panjang sambil belajar biologi.. bercerita tentang poligami kelak,timbul lagi conflict dalam diri kerana tak paham ugama.. dan buruk sangka dengan perintah Allah... aku akhiri entry ini dengan soalan:
Apakah Kebaikkan Poligami dan Monogami?
Memandangkan potongan bawang bini aku semakin besar dan kelihatan semut berkeliaran di sana sini, walaupun aku dah pijak tapi masih tak mati, teringat pula aku bahawa ‘lesen’ dan ‘road tax’ yang macam ada masalah, maka aku tutup karangan ini dengan wabila wa taufil al hidayah, Asalamulaikum warahmutullahi wabarakatuh..., wallahulam!
Ps: berbaik sangka juga dengan aku, Ok?! (sambil kenyit mata)
36 comments:
apa maksud Ummirul Mukminin?
hamboi@!~ perenggan penutup entry kali neh mcm ada unsur "direct-selling" pulak@!~
*berbaik-sangka*
=P
salam..
'hati-hati menanam budi'..
soalan yang baik, alangkah baik jika en,hamka pujuk cik adik itu dengan jawapan tahap kemampuan pengorbanan.
kemampuan pengorbanan wanita berbeza-beza mengikut tahap iman dan amal.
alangkah baiknya jika kenyitan en,hamka diterima dengan airmata.
belajar-belajar menangis walaupun dengan tikaman tulisan en,hamka, kerana sahabiyah bukan setakat luka hirisan pedang, malah kesyahidan seperti sumayyah r.ha..
semoga Allah SWT pilih bait-bait doa ini untuk kita ketika genang airmata.
'...namun Afiatmu sudah cukup buatku..'
'...kepadaMu jua lah aku tetap merayu sehingga Engkau redha..'
-ibnu abu
poligami? aku monogami pun belum. isk2.
mfr
err, bukan aku dah tulis jawapan kat situ?
Err..
----------
jiji
*kenyit mata lagi sbelah*
------
ibnu abu
Jika kamu ada nasihat yang berguna, yang jauh lebih baik dari aku, sila titipkan di sini, aku yang hina ini juga ingin belajar..
---------
alan zed
cuti sekolah panjang lagi, masih sempat mencari..
: )
ummul mu'minin la en. hamka
ummirul mu'minin mana de.
ameerul mu'minin ada le.
hehe
"“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”"
Doa itu..
amat..iskhh..speechless.
terima kaseh bro.
harap sy sentiasa beringat hidup ni amat singkat.
bro takmo cik abang ke?
hohoho
salam.
begitu lah manusia ni en hamka sentiasa terdedah dengan iblis sehingga orang yang membawanya kepada kebenaran pun tidak mahu fikir dan tidak mahu berfikir tentang takdir Allah... sebagai contoh penbawa kebenaran yang ditindas :
Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar
Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
dan yang paling sedih kisah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia dibaling batu dan dihina di taif seperti cerita diatas....
Saya sangat(600% setuju) dengan anda!
Plan nak belajar biologi dengan anak datuk M Hasyeem, dari UPM Serdang.. Kenal ke?
aku
oh! Lihtalah dunia, betapa jahilnya aku..
tengok, dah salah tulis sini sana..
tulis bahasa BI ada salah..
tulis bahasa BM pun ada salah..
tulis arab, lagilah salah..
aku edit!
--------------
yang.mati.akal
Tak Nak!
(sambil tangan tuutp mulut-tahan gelak)
-------------
AkuInsanKerdil
Dalam kenanagan..
Ustaz X ‘menentang’ pemerintah dan masuk ISA..
(semoga Allah mengampunkan dosamu..dan kita semua)
------------------
Wan Mohd Faiz
M Hasyeem, dari UPM Serdang?
Kaki ini masih belum banyak melangkah..
Ramai lagi orang yang aku tak kenal..
Oh!
apa ni?? citer pasal tabligh ni?
Apsal tajuk tak berapa selari dengan isi?
Kalau periksa BM ni boleh kantoi!
P/S: Hamka, aku telah berjaya balik Terengganu dan makan nasi dagang dari dua pendekar nasi dagang terkenal iaitu mokngoh dan mokde. Best siot! Kalau aku bawak resipi ni balik ke Qatar, ko rasa laku takk?
salam..
Mek su suker dengan unkapan ini
jika hendak kan 'madinah' di mana kah 'mekah'....
n jgn lupa pula, jika hendak kan 'poligami'di mana kah 'monogami'..
brother
entry aku ada dua tajuk, tajuk pertama adalah umum dan tajuk kedua adalah lebih panjang dan detail..(yang dalam kurungan)
jika kau anggap tak sesuai, jangan salahkan aku, salahkan diri sendiri.. heh!
ps: aku jumpa lagi satu tempat best makan nasi dagang, dekat dengan masjid terapung, sebelah kanan kedai Mydin, yang aku mushkil, kenapa kedai tu taruk begitu banyak bendara PAS, tapi aku makan juga, jika donald trumph tengok kedai macm ni tentu dia marah kerana buat orang umno tak jadi nak makan.., (aku makan sajer..he he)
---------
mek su
saya suka mek su.
i love u.
Err.. Kalau road tax dah mati, tanda kena renew insuran kan. Bole contact aku. (iklan tak berbayar!).
assalamualaikum wbt..
nice piece...keep it up!!!
dan harap banyak lagi di utarakan isu2 wanita menurut pandangan Islam...
ada soalan gak...ada ke keadaan yang mana perempuan a.k.a wanita dibenarkan untuk berkehendak tidak berkahwin???(logik ke soalan nih??)
jazakallah...
salam wbt hamka..
lama aku tak masuk..berkeping-keping entry aku bace..sungguh menginsapkah..isk isk isk..
ps: aku berbisnes dari rumah aje...SoHo - Small Office Home Office..sapa2 nak pesan spare part pc/ nak pasang network/ pc troubleshooting bagitau aku..(area bintulu sahaja yek..he he he...)
Assalamualaikum..
Saudara Hamka.. Aku ingin bertanya, kalau diikutkan logiknya, kita dan sahabat sangatlah jauh nya berbeza.
Aku taknak tanya adakah kita ini masih ada jalan nak masuk syurga, sebab jawapannya pasti YES.
Aku nak tanya, adakah jalan yang boleh membawa kita mendapat syurga sebagaimana makam syurga para sahabat
( Syurga ada tingkatan masing2, mungkin kita boleh masuk syurga, tapi mungkin yang paling bawah n tak macam sahabat)
(Sila bagi jawapan berkadaran dengan tahapan iman ummat sekarang dan suasana zaman in since tuan hamka dah cerita pasal conflict ummat zaman ini dengan keadaan)
Fahamkan tuan?
kepada Gohek... aku jawapkan untuk kau....
untuk jawapan kau.. haruslah kau membaca articlenya dari tahun 2006...
jika anda pandatang baru... anda akan terkeliru dan susah nak faham kerana pelajaran anda sudah ketengah...
silalah bermula dari mula... dan barulah memberikan soalan yang logic..
Gohek! Mu kena gostan.
alah.. Asal aku kene bace Hamka nyer tulisan dari awal?
Hamka bukan ustaz pun. Lagipun soalan aku ni xder kaitan dengan tulisan hamka.. ok? sorry.
salam..
thanks saudara kerana menge'cas' saya..
:)
rindu chai. next weken la pekena kot..
Terima kasih saudara Hamka. Mengingatkan saya yang sentiasa pelupa
kepada Gohek kalau dah tahu dia bukan ustaq tak payah lah tanya... carilah ustaq...
berkata biar mengikut akal jangan mengikut nafsu....
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya [Saad : 82]
Assalamualaikum
Hmm.. aku rasa solan gohek ni bukan pasal nak kutuk siapa2..
Die just tanya adakah masih ada peluang kita jadi macam sahabat?
Maaflah kalau tak betul...
Dan yang pengomen pun jgnlah emo sangat..kesian Gohek.. Hehehe
P/S: Ape maksud gohek?
Chow...
oleh sebab aku perasan sibuk, aku jawab soalah gohek sahaja dulu..
jawapan:-
satu hari Nabi bagitahu pada sahabat, siapa yang mengcintai aku akan bersamaku di dalam shurga.
akrian, sahabat sangat gembira dengan hadith ini, sungguh gembira sekali!!
ps: siapa yang mencintai aku?
:)
Assalamualaikum..
Gohek, jawapan aku senang je. Ko usaha dulu biar betul2 jadi macam sahabat dari semua sudut - Akhlak, Iman, Ibadah, Pengorbanan dan lain-lain.
Kalau ko dah dapat tahap tu, dapat atau tak dapat syurga di makam sahabat, bukan ketentuan Hamka, bukan ketentuan aku atau bukan ketentuan sapa-sapa pun. Semua ketentuan ALLAH...
Kalau ko berjaya dapat tahap iman dan keyakinan dan pengorbanan sahabat, aku yakin sangat bahwa ko mesti akan lebih mengerti dan faham apa yang aku cakap tadi.
Sahabat buat semua tu semata-mata kerana ia adalah arahan ALLAH yang pada mereka tiada alasan sedikitpun untuk menidakkannya. Mereka buat bukan kerana nak syurga. Sebabtu ada hadith berkenaan ibadah dan ikhlas yang berbunyi lebih kurangnya bermaksud (aku ambik potongan pertengahan) "Janganlah jadi seperti pedagang", yakni membuat sesuatu ibadah dengan harapan dapat balasan dan keuntungan (kalau tak dapat balasan atau keuntungan maka tak buat). Kalau salah penafsiran aku tentang hadith ini sla betulkan...
So ko cuba lah bersungguh-sungguh okay. Kita cuba sama-sama. Kalau ko berjaya sampai tahap ibadah sahabat, jangan lupa doakan aku.. GOHEK BOLEH!
Salam...
aku selalu ada masalah nak baca n menghabiskan n pahami tulisan saudara..
mungkin aku kelemaham itu aku..yg jahil...
tp aku rasa..lbh baik klu menjawab sesuatu persoalan itu..jawapannya padat dan terus kepada tajuknya.. tanpa diselit dgn terlalu byk isi2 umum yg kdg-kala tergelincir dr matlamat asal soalannye...
wlu-bagaimanapun aku tetap bersangka baik dgn saudara..so bersangka-baik lah dgn aku jg..
:p
Terima kasih semua terutama brother n Hamka.
This is my last comment in this blog, coz i finally realize that it is quite irrelevant to throw question and waiting for the answer like hell just like that...
Haha.. Ok
(ade mase aku kunjung lagi ye pak!)
walaupun ayat die ni berbelit2 tp cuba baca jugak, pasal setiap ayat tu tersimpul byk makna. rugi kalo x faham. huhu. tp bab poligami i skip ajer.weks :p
Maaf, aku masih perasan sibuk..
(tapi sempat baca komen korang he he)
Saya cuma hendak ketengahkan beberapa kesalahan ejaan yang ada pada post tempohari, oleh itu rasanya tidak sesuai dipostkan pada ruangan komennya.
1) Naduzubillah... --> Naudzubi
2) Abu Muatalib --> Abu Mutallib
3) Naduzubillah, jika kita --> Naudzubillah, jika kita
4) (naduzubillah) --> (naudzubillah)
5) Ummirul Mukminin ...... oh dah repair
6) bertahta berlian --> bertatah berlian
7) insAllah --> insha Allah
8) wabila wa taufil al hidayah --> wabillah at-taufik wa al-hidayah
9) Asalamulaikum --> Assalamualaikum
10) wallahulam --> Wallahu a'lam (alif atas ain mati lam atas mim mati)
Memandangkan asal2nya blog ni ditujukan kepada cik adik tu, janganlah kenyit mata di penghujung blog (saya pun kenyit mata balik)
Sebaik-baiknya perkataan arab ditulis dalam bahasa/tulisan arab juga lah..
P/S: Al quran TIDAK BOLEH ditulis di dalam bahasa rumi kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam makhraj bila membaca, seterusnya boleh memberikan maksud berbeza. Bahasa arab adalah bahasa yang disiplin. Salah makhraj atau cara sebutan pun, boleh membawa maksud yang berlainan.
Aku ada dua masalah:-
satu, buta IT.
dua, buta arab..
OH!!!!!
Ula.....
Assalamualaikum, dah lama rasanya aku x menjenguk blog keretamayat ni . mungkin aku sibuk dan menyibukkan diri...
Aku setuju dengan ko hamka tapi aku juga tak setuju sal ko cakap pompuan sekarang kononnya jual mahal dengan menyusahkan diri dengan bekerja sendiri dari di tanggung suami orang. Aku memang tak setuju beno.. Berapa kerat je lelaki sekarang yang mampu tanggung isteri cuba cakap kat aku ? kLAU YANG MAMPU PUN BOLEH DIHITUNG DENGAN JARI.. tAK PAYAH LAH NAK G JAUH2... wife ko kerja tak hamka? Berapa nafkah yang ko bagi kat dia setiap bulan??? Sorrylah to says memang sekarang kaum lelaki mostly ambik kesempatan ke atas isteri sendiri sbabnya isteri dah kerja ada duit sendiri..
kalu nak pasang lagi pun nak cari yang bekerjaya, yang cantik, yang kaya. Bukan nya nak cari yang susah dan teraniya seperti janda2 dan yang tak terdaya tapi ambik kesempatan lagi adalah....
Sorilah aku tak pernah salahkan poligami tapi kaum adam sendiri yang merosakkan reputasi poligami itu sendiri..
'Tak tumbuh tak melata tak sungguh hamba tak kata....'
Post a Comment