May 14, 2007

Kenapa belum Mumayiz?

(Antara naif, jahil, atau sekadar perasan bagus?, )

Dalam dunia ini, ada satu penyakit yang menimpa manusia yang aku namakan “Syndrome Mumayiz Down” yang membuatkan pengidap pesakit ini berfikir macam kanak-kanak dan bertindak macam budak-budak walaupun telah memiliki bulu ari-ari yang beruban diseluruh kemaluan...

Mereka di ibaratkan Mr Rowan Atkinson yang berumur 7 tahun tapi terperangkap dalam badan Mr. Bean membuatkan mereka menjadi istimewa di kalangan masyarakat.

Tapi yang jadi masalahnya, mereka ni bukan berpenyakit “Syndrome Mumayiz Down” tapi mereka ni adalah golongan cari penyakit atau memang sengaja membiarkan diri menjadi bodoh bangang dengan bertindak dan berfikir macam budak budak walaupun sudah terlalu matang alat kelaminnya.....

Korang boleh check sendiri sama ada korang ada tak penyakit “Syndrome Mumayiz Down” dengan meniliti gejala berikut : .

a) Kencing berdiri
Jika korang seorang kanak kanak, tak nampak salah jika korang kencing berdiri sebab korang belum mumayiz dan tidak tahu membezakan antara najis dan makanan, tapi aku tengok dah ramai budak budak yang elok jer kencing duduk.., tapi korang ni pulak, umur dah 40 tahun lebih tapi masih kencing berdiri kat tayar lori, apa kes?? Tak tahu ke ada azab kubur khas untuk mereka yang..arghh malas aku nak tulis, rujuk ustaz.!

b) Tak solat
Biasa bila dah kencing berdiri, air kencing terpecik kena kaki seluar dan korang mulai buat alasan untuk sengaja melengahkan solat.., itu cerita lain, tapi ada cerita bapak budak yang tak nak solat langsung.., tak mumayiz lagi ke? jika korang adalah seorang budak yang belum berkhatan dah tentu boleh korang cakap korang tak suci dan kotor kerana dalam kerandut zakar engko ada tahik zakar.., solatpun tak sah.. takpe, tapi dah besar panjang korang punya zakar, lubang kencing dah banyak berlaga tapi sengaja tak nak solat memang cari penyakit betul!.., jika orang yang tak jaga adab ketika beristinjak sebelum solat kena azab kubur, cuba teka apakah azab untuk orang yang tak solat pulak? Isk.. isk.., orang yang tak solat akan di azab macam orang kapir…oh!

c) Merajuk
Sikit sikit nak merajuk, Sikit sikit nak merajuk, macam budak pempuan, lepas tu tak nak bertegur sapa, aku tegur buat bodoh.., pujuk pun tak makan, hmmm, masa aku bujang dulu, jika ada member aku yang merajuk aku tumbuk, aku tak kira, ada ke patut duduk dalam satu rumah sewa nak tarik muka macam budak pempuan?, aku ke dapur kau pergi ruang tamu, aku ke ruang tamu kau masuk bilik dan kunci.., cis, kalahkan anak dara.., takpe, lepas tu aku cari hari yang tinggal kami berdua jer dalam rumah sewa, aku try slow talk tapi tak makan, aku terus ajak bertumbuk suruh dia lepaskan apa yang tak puas hati, dia masih buat donno, aku terus tumbuk dada dia, baru nak bercakap sambil nangis nangis.., buruk betul..! hmm, baguslah, orang lelaki kena buat macam ni, jika tak nak bercakap kita tumbuk terus, lepas tu dah lepaskan segala kemarahan, berbaik semula, pergi makan keropok goreng dan minum teh tarik.., takkkan tak tahu 3 hari tak bertegur sape, tak cium bau shurga? Maka demi shurga aku tumbuk muka engkao, padan muka engko!!

d) Takut hantu
He he he ni satu, budak budak bila dengar azan buat don’t know terus main tapi jika dengar bunyi burung hantu atau bunyi daun pintu di tolak angin, huh! Menggigil gigil.., hey mana puntianak? mari ambik bapak budak nie.., dia nak cabut paku kat tengkok ko hei hei hei hei hei…. jangan pandang belakang.., pandanglah side mirror - (nampak tak hantu perempuan sedang gosok gigi dengan pisau cukur sampai pecah gusi dan bibir, darah memercik di sini sana.. woha!), apa kes ?! dah berjanggut atas bawah tapi takut HAN-TU lebih dari takut TU-HAN.. oh! Tak mumayiz betul..

e) Perasan betul..
Satu hari seorang nenek tidur ngan cucu dia, sekali kencing malam daa, bila orang tanya kenapa sebelum tidur tak kencing dulu, dia kata, saya tak kencing.., nenek yang kencing!! Ha ha ha! Hari ni dalam masyarakat dewasa yang berbulu sini sana, suka betul salahkan orang lain dan karang cerita sambil menumpat, habis barisan pucuk pimpinan kerajaan di kutuknya, lepas tu kutuk system, kutuk polis, kutuk media, artis, sekolah, balairaya, ibu mengandung, ahli masjid, tapi tak sedar diri jadi tua kutuk, nampak salah orang lain jerrr, perasan betulllah tu.., nanti akhirat kelak Allah kunci mulut, ha! Barulah tangan dan zakar berkata kata siapa yang salah dan siapa yang betul… budak-budak jer suka cerita buruk orang lain.. rentikanlah, umur dah masuk 40 tahun tak payahler nak mengumpat kerajaan.., baik kutuk diri sendiri, mengaku berdosa dan bertubat.. amin.

f) Perasan bijak
Ni satu hal, Baru belajar satu ilmu ugama dah mula pandang rendah orang dewasa.. sebagai contoh adik kita kat bawah ni.., aku tak tahu beliau seorang bapak budak yang sudah berbulu kemaluannya atau memang seorang budak yang masih berkerandut zakarnya, mungkin beliau menghadapi tekanan untuk berkhatan, kasihan bukan?

Maka, kesempenaan Hari ibu, apa kata kita layan komen dari seorang kanak kanak yang sudi membaca blog keretamayat ini..

Copy paste:
Anonymous said...

Masjid... rumah... Allah?
Masjid batu, ada kah Allah tinggal dalam batu? Dalam rumah...?

Allah tinggal kat rumah ke?.....
Allah...siapa Allah yang kita agung-agungkan?
Sedangkan Allah tak bertempat,
"Di mana-mana kamu memandang di situ ada wajah Allah"

Nampak ke buat-buat tak nampak tu?
Ada kata dah depan mata,apa cari jauh-jauh sampai kena naik kapal terbang nak cari Allah, (pergi Mekkah) pelik tul lah...?!
Ada orang dah ke Mekah berkali-kali tapi mulut gitu juga, yang ada tu pergi kat nombor ekor tikam ekor, tak beri pengajaran apa-apa pun, tak berkesan pun...sembah Allah ke sembah kaabah? yang ada tu rasuah lagi..Bukan usia muda yang rasuah ni,dah lanjut, tamak kejar harta yang akan meninggalkan dia... jadi lah dia hamba harta,Allah di taruh di belakang ...hish hish hish, terhijab langsung.
..
Nak tambah sikit ,kalau doa minta panjang-panjang,macam lah tuhan tu tak dengar,macam lah tuhan tak melihat, macam lah tuhan tak mengetahui. Balik-balik kita memerintah Tuhan,siapa Tuhan siapa makhluk ni?

Nak minta umur panjang, nak minta rezeki bertambah, nak minta naik pangkat, sedangkan orang kafir tu tak minta pun Allah beri,nak itu nak ini, sedangkan Allah tanya kita balik "bukan kah AKU ini Tuhan mu" malu rasa nya bila Allah tanya tu,sebab Nabi tak pernah minta apa-apa, kerana semua dah tertulis,nak tambah kat kitab mana lagi...?

Cuba lah kalau kita minta macam-macam kat mak bapa kita,dah tentu dia bingitkan,tapi cuba kalau kita tak minta apa-apa, nanti dengan sendiri mak bapak kita puji kita,dia ni bagus tak minta apa-apa, kalau AKU bagi pun dia tak cerewet, tapi si dia tu, ashek minta saja, cerewet plak tu,siapa nak bagi..?. biasa nya orang tak minta ni, tetiba je murah rezeki nya dan berkat,tapi yang minta ni,rezeki nya banyak tapi cepat habis sebab tak berkat…

Bila ko jadi mayat,malaikat soal apa dulu?,ada malaikat tanya ko pergi masjid rumah AKU berapa kali se hari?atau Malaikat soal siapa tuhan kamu? tak kenal cammana nak jawab?ha....soal lagi ,siapa nabi mu?ko tak kenal Nabi ,ko banyak membebel silap-silap ko kata ko Nabi, sebab Nabi suruh kita banyakkan diam...ha..
Yang lain-lain tu malas lah aku nak jawabkan, apa aku tengok ko ni suka membebel lah tu...ko ashek cakap ko macam bagus,tapi kalau ko sedar tu siapa yg ingatkan ko tu...

Dalam keadaan sakratul maut, seseorang tiba-tiba merasa berada di depan sebuah gerbang.

“Tok, tok, tok,” pintu diketuk.
“Siapa di situ?” ada suara dari dalam.
Lalu dia seru saja, “Saya, Tuan.”
“Siapa kamu?”
“saya(nama diri), Tuan.”
“Apakah itu namamu?”
“Benar, Tuan.”
“Aku tidak bertanya namamu. Aku bertanya siapa kamu.”
“Eh, saya anak pak haji, Tuan.” Wajahnya mulai terpinga2.
“Aku tidak bertanya kamu anak siapa. Aku bertanya siapa kamu.”
“Saya seorang pedagang, Tuan.”
“Aku tidak menanyakan pekerjaanmu. Aku bertanya: siapa kamu?”
Sambil masih terpinga2 karena tak tahu mau menjawab apa,akhirnya ditemukanlah jawaban yang rada agama sedikit.
“Saya seorang Muslim, pengikut Rasulullah SAW.”
“Aku tidak menanyakan agamamu. Aku bertanya siapa kamu.”
“Saya ini manusia, Tuan. Saya setiap Jumaat pergi juma'at ke masjid dansaya pernah bersedekah. Setiap lebaran, saya juga puasa dan bayar zakat.”
“Aku tidak menanyakan jenismu, atau perbuatanmu. Aku bertanya siapa kamu.”

Akhirnya orang ini pergi dgn buntu fikiran nya keluar, dengan wajah yang masih terpinga-pinga..Dia gagal di pintu pertama, tersentuh oleh sebuah pertanyaan yang sungguh sederhana:siapa dirinya yang sebenarnya.tak mudah, kan?

Cuba pikir, kita tak faham siapa kita, maka kita punya tradisi besar merelisiasikansesuatu terhadap diri kita: nama, pekerjaan, titel, jenis kelamin, warna kulit dan rambut, foto wajah(seperti yang di identification!).

Kita malah beli diri kita dengan sesuatu itu, kita pun aman dengan label itu,lalu merasa bahwa label itulah diri kita.

Think again: apakah ‘aku’ sama dengan ‘tubuhku’?Ah, saya,(nama diri) itu cuma permainan kata!Mungkin saja. Tapi perhatikanlah kalimat Nabi kita Muhammad SAW:
“Barangsiapa mengenal dirinya,akan mengenal Tuhannya.”

Jasad ada lah pinjaman,yg menempati jasad ada lah ruh....jasad ada lah kenderaan bagi ruh.lihat pula 'anjing'mentaliti anjing,Seekor anjing dilontar dengan seketul batu, lantas menyalak-nyalak marahkan batu yang menyakiti tubuhnya.

Marahnya pada batu itu, bukan kepada si pelontar batu itu. Itulah mentaliti anjing.
Tidaklah jauh bezanya dengan seorang yang apabila merasai dirinya ditipu atau dikhianati, atau dipersendakan atau direndahkan, maka akan marah dan amat kecewa sekali dengan sikap saudaranya itu.

Pandangannya terarah kepada makhluk itu, bukan kepada itu "......Yang Menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu kerjakan".
Inilah mentaliti seorang hamba yang terhijab dari hakikat.
Mungkin disebabkan jahilnya, mungkin kerana bebalnya, mungkin kerana tebalnya ammarah atau mungkin kerana punya penglihatan tetapi yang tidak boleh melihat.jika kau beri peringatan atau tidak ,mereka tetap tak beriman,sebagaimana anjing,di marah atau tidak ia hanya menjelirkan lidah nya.begitu lah Allah persamakan manusia dengan anjing malah perangai manusia lebih dahsyat dari binatang ternak.,

Tengok gulongan yang berjawatan tinggi,dah kaya tamak lagi,nak rasuah lagi,nak timbunkan harta,mati bawa 3 lapis kain puteh,itu yg berkejar-kejar sangat,berlumba-lumba masing-masing nak kaya lah, skim cepat kaya lah, hiiii,macam-macam lagi lah tebiat manusia anjing ni...tak dapat menyalak (berdoa) menyalak, menyalak...

Aku sebenar nya suka baca tulisan ko ni tapi ko ni banyak bebel ler,tapi ko jangan marah ler,yg aku maksudkan anjing tu bukan ko,tapi sesetengah manusia,yang dah ke mesjid, yg dah ke mekah tapi perangai nya lebih teruk dari orang yang belum ke mekah,ntah lah kan ok nanti aku sambung lagi…

End….

Nota: aku tak edit komen adik kita ni, Cuma aku ada delete sebahagian lagi komennya kerana dah panjang sangat, aku delete bab kejadian adam, patung, babi dan malaikat tak masuk rumah, aku malas nak copy semua sebab korang tentu boring baca kefahaman seorang kanak-kanak, korang kena sabar, kool macam aku he he he… kalu nak baca boleh pergi kat raungan komen entry “siapa tua kutuk”..

Baiklah..: Kenapa aku kata komen ini di tulis oleh seorang kanak kanak?

Pertama: Sebab adik kita ni tak taruk nama, dan tak perkenalkan identitinya..

Kedua : Cara berpikir adik kita ni yang sama dengan kanak kanak berumur 4 atau 5 tahun..

Kita namakan adik kita ni dengan nama : Aiman.. (aiman tak kisah..)

Apa khabar adik aiman? Abang Ka harap adik sihat bersama ibu bapa adik yang tersayang, sempena hari ibu ni, adik ada beli hadiah ke kat mak? Tak pe tak beli, sebab adik sayang mak hari-hari bukan? Ah! Takpelah dik, abang akan cuba jawab kemuskilan adik aiman..

Pertama tentu adik konfius bila dengar semua orang pakat-pakat kata akan rumah Allah itu adalah masjid, tapi bila adik pergi kat masjid atau surau, takde pulak Allah kat dalam rumah Allah itu bukan?

Takpe dik, abang dulu bila sebut rumah api, abang ingat dalam rumah tu ada api, tapi ada lampu rupanya, begitu jugak bila orang sebut rumah kecil tiang seribu atau rumah siap pahat berbunyi, abang masa tu tak paham, rumah dah siap buat apa pahat berbunyi? Lepas tu dengar pulak orang cakap jangan berumah di tepi pantai.., dan bertambah pening bila orang ajak abang masuk rumah hantu, hantu ada rumah ke? Bukankah hantu ada di mana mana?

Tapi bila abang dah berbulu kaki baru abang tahu hantu tu takde, sebab tu abang tak pergi rumah hantu, sebab jika hantu ada, abang nak cekik hantu tu!! Ha ha ha!!

Lepas tu, tentu adik bertambah pening dan juga rasa tertipu yang amat bila lihat pakcik adik pergi naik kapal terbang ke mekkah dan sembah kaabah yang di buat dari batu.., Allah ada kat dalam ke? Pikir adik dan tanya abang..

Hmm, Kemaslahan adik ni sama dengan masalah Rowan Atkinson yang berumur 7 tahun tapi terperangkap dalam badan Mr. Bean.., rupa dewasa tapi cara berfikir macam budak budak, kelakar bukan? Bila adik Tanya Allah duduk dalam batu ke ?he he he, tak payah jawab soalan adik tu, rasa geli tali ketiak abang ke ke keke..

Tapi jika adik betul betul bodoh dan nak tahu kenapa orang kena pergi mekkah, adik boleh baca Al quran dan tafsir.., tapi takpe dik, jangan bimbang, masalah kecenderungan hakikat maarifat ni biasa berlaku kepada budak-budak yang belum matang alat kelaminnya.., nanti bila alat kelamin adik dah berbulu, mungkin ketika itu adik akan mendapat anjakan paradigma yang membawa adik ke titik perubahan warna puting susu seterusnya memantapkan daya berfikir yang tepat, jitu dan terpuji.. pada waktu tu kelak barulah adik dapat gunakan otak untuk berfikir kenapa perlu pergi rumah Allah sedangkan Allah ada di mana mana.. ?he he he..

Abang Ka rasa (rasa nak muntah bila bahasakan diri ini ‘abang’ .. oh !) , ehem!, abang K agak.. adik ni seperti pernah mengalami peristiwa hitam dengan ahli masjid, ‘mungkin’ adik pernah di paksa oral seks oleh bilal atau siak masjid, atau mungkin, abang agak je ni.., adik di rasuah kurma madinah, lalu di paksa buat seks luar tabi’e (liwat) oleh pakcik adik yang baru balik mekah.., lalu adik rasa menyampah dan benci kepada orang yang pergi rumah Allah atau pergi haji tapi buat jahat kat adik..

Tapi sayang seribu kali sayang, bila adik dah susah dan di tambah dengan sakit hati serta kalbu pulak di penuhi benci kepada mereka yang pergi-rumah-Allah-tapi-masih-jahat.. adik mengambil keputusan untuk tidak berdoa kepada Allah.., adik fikir dengan otak adik yang tertekan dangan ahli surau dengan menganggap Allah tu macam bapak adik..

Memanglah bapak adik boring dan marah bila adik mintak banyak-banyak barang mainan.., sebab bapak adik tu manusia macam Abang K, abang K pun akan marah kat bini abang K jika bini abang K asyik mintak itu ini.. ingat abang ni cop duit ke?

Tapi buat pengetahuan adik yang jahil dan cetek bab ketuhanan ini, Allah tak sama dengan makhluk, Allah takde sifat macam bapak ko yang melenting bila adik ulang ulang permintaan dan keinginan.., hakikatnya, Allah suka sangat hamba dia doa panjang panjang dan banyak banyak…

Orang yang tak berdoa biasanya orang kapir yang takde tuhan atau orang yang sombong.., macam firaun, Haman dan Namrud..

Kalu adik nak tahu.., Nabi kita time perang badar doa sampai janggut basah (menangis) dan serban di bahu jatuh (angkat tangan tinggi)

Lepas tu Nabi kita, err adik tahu tak nama Nabi kita? Pandai pun.., Nabi Muhammad SAW ajar kita doa doa masnum iaitu doa sebelum makan, sebelum berak, sebelum bersetubuh dan lain lain…

Doa ni dik, sebenarnya adalah satu pengzahiran kalimah Tauhid, Kalimah Tauyibbah atau kalimah ikhlas.., iaitu:

“LA ILLA HA ILL-ALLAH!”

-Tiada Tuhan melainkan Allah..
-Tiada yang berkuasa melainkan Allah
-Tiada yang bagi manafaat dan mudarat melainkan Allah..

Bila kita berdoa.., kita telah benarkan kalimah Tauhid itu dengan mengzahirkan yang diri kita ni tiada berdaya dan upaya melainkan dengan kehendak dan izin Allah subhanahuwataala..

Tu yang kita kena doa selalu tu!!..

Tikus bila dia keluar dari lubang, dia tak doapun nak makan keju, sekali dia nampak keju terhidang depan mata, dia pun makan, 3 malam dia makan keju yang paling lazat, dia pun parasan bagus ingat tuan rumah sayang dia, dia pun ajak kawan kawan dia makan sama.., tapi hari tu “ gedegang” perangkap tikus memecahkan kepala dia dan member sekepala, mampus semua tikus mondok tu sedang keju masih ada di lumut mereka.., itulah yang terjadi kepada orang yang tak berdoa tapi masih dapat rezeki, dia ingat Allah sayang kat dia he he he.., Allah bagi rezeki atas dunia kepada semua orang, tak kira kapir ke serani ke, itik sekatipun Allah bagi., firaun dan qarun tak murah rezeki dia?.tapi tu sebenarnya ‘perangkap’.. senang cerita: rezeki yang sebenar adalah lepas kita jadi mayat.., lepas mayat kita jadi rezeki ulat..

Ok, balik kepada doa, ustaz mana yang ajar adik nabi tak pernah berdoa? Kesian ustaz tu, sebeb kena sakit “Sydrom Mumayiz Down..,

Adik,
Dalam al Quran banyak cerita bab doa.., adik pandai tak baca arab? Adik mintaklah kat bapak adik nak sekolah arab, adik tak payah mintak banyak kali kat bapak adik nanti dia boring, sebab tu sifat manusia, macam adik yang dah boring berdoa.., tapi adik mintak banyak banyak kat Allah, Allah tak pernah boring tengok adik berdoa, malahan Allah selalu membangga banggakan hambanya yang berdoa di akhir malam dan apatah lagi adik yang kecil dan kudus ini berdoa.. oh terharunya!! Masukkan nama abang K dalam doamu.. woha!

Ok, baiklah, sekarang cuba adik bukak tafsir al quran surah al baqarah.. adik akan dapati kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS berdoa..

Ada banyak doa, antaranya ayat 129. yang berbunyi:-

“Ya Tuhan Kami, Bangkitkanlah di antara mereka seorang Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau dan mengajar mereka al kitab dan hikmah serta mengsucikan mereka.”

(al baqarah -129)

Dalam Tafsir ibnu kathir ada hadith yang menyatakan bahawa Nabi bersabda, Rasul dalam doa Ibrahim itu adalah aku..

Atau riwayat yang lain, aku adalah Qobbulliyat Bapaku Ibrahim..

Arghh, tentu adik pening dengan istilah istilah yang bunyi so arabic ni bukan?, baiklah, abang cuba jelaskan dengan bahasa yang mudah di fahami.., insyAllah..

Dalam ayat ini ada dua perkara yang nampak sama tapi berbeza..

i) Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau.(ayatika)
ii) Rasul yang akan mengajar mereka al kitab dan hikmah

Apakah perbezaan antara “ AYATIKA”, dan “AL KITAB”?

Bagi setengah setengah ustaz yang tak paham, mereka akan kata “ AYATIKA”, dan “AL KITAB” ni benda yang sama, mereka akan kata “ayat ayat Engkau” dan “kitab” ni benda yang sama,! mana boleh tafsir lagu tu?!, jika sama kenapa Allah nak tulis dengan lafaz yang berbeza?, sebab tu nak tafsir Al quran ni bukan boleh bantai suka hati jer.., ikut warna parti, atau isu semasa.. atau baru pandai nyanyi lagu wardina dan nak tafsir al quran.. wah wah wah!

Sebenarnya jika nak tafsir Al quran kena ada 15 jurusan ilmu, kena tahu Lughah, Nahu, sorof, Istiqaq, al ma’ani, bayan, al Badi, Qiraat, Akidah, usul fiqah, asbabun nuzul, nasikh-mansukh, furuk, hadith, dan akhir sekali ilmu mauhub.., panjang nak cerita, abangpun tak tahu dan tak tererpun oh!.. baik adik rujuk ustaz sebaik sahaja masuk sekolah ugama kelak..

Walaupun begitu abang tulis jugak tafsir ayat di atas yang abang ambik dari BUZNAMA.. (berita dari ustaz yang aku tak ingat nama)

Kita semua sedia maklum akan Nabi Muhammad SAW adalah tidak tahu membaca, maka apabila di tafsir : Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau, maka AYYATIKA di sini adalah ayat yang termasuk dalam ayat AL MANZURAH iaitu ayat yang sentiasa di lihat.., apakah “ayat yang sentiasa di lihat?”

Maka maksud “ayat yang sentiasa di lihat” adalah Dakwah IL lAllah!, seru manusia beriman kepada Allah, mengtauhidkan Allah, tidak menyekutukan Allah!

Dalam Al Quran dan hadith kita boleh jumpa banyak ayat AL MANZURAH atau “ayat yang sentiasa di lihat”.. yang Nabi gunakan ketika berdakwah seperti contoh:

“Wahai Abu jahal, Allah yang menjadikan bulan..”
“Wahai pamanku, lihat Allah jadikan langit tanpa tiang.”
“Wahai Ali, sesungguhnya Allah yang menjadikan siang dan malam”
“Wahai manusia, berimanlah kepada Allah yang tidak di beranak dan di peranakkan”
“Sesungguhnya Allah yang menghidupkan dan mematikan”
(dan lain lain)

Maka dalam tafsir ini, AYATIKA bermaksud tugas Nabi yang pertama adalah DAKWAH manusia kepada Allah! Seru manusia beriman kepada Allah.., malahan semua Nabi dan Rasul tugas utamanya adalah DAKWAH manusia kepada Allah!!

Manakala tafsir AL KITAB pula termasuk dalam ayat AL MAQRU’AH..

Apa itu AL MAQRU’AH?
Jika QARIUN bermaksud pembaca, QARI pula bermaksud pembaca lelaki, dan QARI’AH pula pembaca perempuan, maka AL MAQRU’AH adalah bermaksud “yang selalu di baca”.., maka kat sini baru betul tafsir nya AL KITAB iaitu AL QURAN, dan mengajar HIKMAH pula kita semua sedia maklum bahawa Sunnah sunnah NAbi adalah al HIKMAH dan AL hikmah adalah HADITH.., maka perkara kedua yang Nabi SAW buat selepas DAKWAH adalah TAKLIM WAL TAKLUM.., belajar dan mengajar berdasarkan kitab wahyu (al quran) dan sunnah (hadith)..

Lepas tu pulak dalam tafsir ayat di atas tugas nabi yang seterusnya adalah mengsucikan ummat..

Maka bagaimanakan caranya Nabi SAW mengsucikan Sahabat RA?dari sifat terkeji kepada sifat terpuji?
Dari sifat mazmumah kepada sifat Mahmudah..?
Dari engkar kepada taat?

Bagaimanakah caranya Nabi mengsucikan mereka? Guna sabun Fab ke? Klorox ke apa ke?

Baiklah, sebagai contoh, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari akan dapat dua kelepasan iaitu lepas dari api neraka dan sifat munafik
(riwayat Anas bin malik daripada Imam tarmizi)

Kaedah menahan nafsu dan menggunakan diri atas kehendak Allah selama 40 hari adalah kaedah yang biasa di gunakan oleh guru tasauf dalam mengsucikan murid muridnya supaya mudah taat perintah Allah..

Apabila kita solat dengan menyediakan hati dan jasad untuk taat seluruh ugama dengan bersolat awal waktu dan berjemaah selama 40 hari maka natijahnya akan membuatkan hati kita mudah untuk taat seluruh perintah Allah.. dan inilah yang berlaku pada sahabat sahabat nabi SAW sehingga mereka semua beramal dengan hadith ini dan seterusnya telah menukar sifat mereka yang dahulu hidup dalam zaman kejahilan yang memuncak kepada menjadi hamba Allah yang paling baik di kurun yang terbaik.., sehingga mereka mendapat jaminan shurga atas dunia lagi..

Dan selain solat Nabi juga mengsucikan hati hati sahabat dengan zikrullah, iatu menukar hati yang lalai kepada sifat tawajjuh dengan sentiasa merasakan kehadiran Allah melalui gerak hati yang mana pabila terpandang kebesaran Allah akan ingat kepada Allah dan ingat kepada larangan Allah serta perintah Allah,
Sesungguhnya dalam pengciptaan langit dan bumi dan silih pergantian siang dan malam terdapat tanda tanda bagi orang orang yang berakal iaitu orang orang yang sentiasa mengingati Allah, mengingati larangan dan perintah Allah..,

Maka kedua dua perkara ini iaitu solat dan zikir dan lain lain adalah perkara yang Nabi ajar kepada ummat dalam Mengsucikan jasad dan jiwa yang di namakan sebagai IBADAT..

Selain dari itu, di luar kotak ibadat Nabi SAW mengajar sifat hamba kepada ummat iaitu membuat hubungan yang baik dengan manusia dan makhluk Allah…, sedar diri bahawa kita ni hamba Allah..

Dalam solat ada orang yang bersolat tapi hatinya berbisik aku ustaz, aku ulamak, aku engineer dan lain lain..

Sedangkan dalam hadith kudsi yang panjang, Allah menjawab setiap bacaan doa dalam solat dengan menyatakan kepada malaikat: lihat, Hambaku sedang memujiKu, dan lain lain..

Nah,! Allah mengaku kita adalah hambanya, tapi kita masih tersedik bahawa aku adalah mufti, aku adalah tempat rujuk, aku adalah orang alim, itu ini begitu begini, bla bla bla..!!

Maka untuk buang sifat keakuan dan kesombongan ini maka Nabi ajar kita jumpa manusia dengan rendah hati dan berkidmat kepada mereka, bahkan Nabi ajar kita tawadduk kepada ibu bapa, guru, jiran bahkan kita juga kena jaga perasan binatang! Inilah yang di sebut dalam ugama sebagai KHIDMAT.

Kesimpulannya, kedua dua perkara ini iaitu IBADAT dan KHIDMAT adalah kaedah yang Nabi gunakan dalam Meng-sucikan ummat ..

Maka jika ummat ini mengabaikan IBADAT dan KHIDMAT, bagaimanakah dapat mereka mengsucikan hati dan jiwa mereka?

Jika ummat ini tidak belajar Al QURAN dan HADITH, bagaimanakah dapat mereka belajar HIKMAH melalui perantaran SUNNAH Nabi?

Dan Jika ummat ini mengabaikan DAKWAH ILLALLAH, bagaimana mereka dapat mengenal Allah??

Oh! Adik maafkan abang meleret leret dalam penerangan…, abang harap adik paham dan dapat menjalani kehidupan yang di redhai Allah..

Abang harap adik faham dan terus hidup berdasarkan 4 perkara yang telah di tafsir dalam doa Nabi Ibrahim AS..

Semoga kita semua dapat hidup dalam mengerjakan Dakwah, Ta’alim, Ibadat dan Khidmat…

Satu lagi abang nak ingatkan, jangan lah sebab adik rasa adik tahu kenapa babi haram, kenapa malaikat tak masuk rumah dan kejaidan adam lalu adik perasan pandai dan mula menghina orang pergi masjid dan samakan pulak orang yang berdoa dengan anjing yang menyalak..

Dulu ada sorang makcik yang kata orang azan tu macam anjing menyalak.., tapi dah jadi mayat dah makcik tu.. dah habis mayat dia di makan ulat..,

Adik kenal tak anjing? Alahai yang macam serigala dan iras iras musang tu, yang telinga panjang dan gigi ‘jo’ tu arnab namanya, ha! Pandaipun, betul tu macam warewolf sikit.., takpe.., baiklah! anjing jika kita baling kayu dia tak salak kayu tu tapi dia akan bawa balik kayu tu kat adik.., dalam Quran ada cerita pasal anjing yang menyalak orang di depan gua ashabul kahfi.., anjing tu terlibat dalam cerita ashabul kahfi sehingga Allah tulis cerita tu dalam Al quran, dan ada jugak cerita binatang seperti ‘encik spiderman’ yang buat sarang depan pintu gua sehingga orang kapir tak tahu Nabi SAW sembunyi kat mana, tapi ‘encik cicakman’ pula buat bising.., eh, spiderman sahabat nabi dan cicakman musuh nabi? Arghh malas aku nak ulas, pendek kata jika adik nak tamsil tu biar logic sikit.. dan jika adik nak usul.. tak payah lah adik usul soalan yang pelik pelik.., menampakkan kebodohan diri sendiri nanti.., ok, kalau adik terer binatang apakah yang ada 4 ekor jer kat dunia nie?

Pandaipun.., binatang yang ada 4 ekor bukan jelmaan Naroto menjadi puakan serigala, tapi binatang yang ada 4 ekor adalah Teenage Mutant Ninja Turtles!

Cowa bangga!

Ok lah dik, maafkan abang K jika ada silap sana sini!

Akhir kata, Abang K berharap agar adik dapat berdoa kepada Allah dan doakan abang masuk shurga firdaus, jumpa di sana ye? Tinggat 8!! (insyAllah)

Bye!

Ps: Beruntunglah aiman jika menjadi mayat dalam umur yang belum mumayiz.., shurga ternanti untuknya.., aku cemburu!!! Isk..

48 comments:

Anonymous said...

hello2.. nape blom ade org komen lg nih.. suma tdo lpas subuh ke?. haha..

anonymous37

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Ko dah komen panjang lebar kepada Incik Anonymous-Y so aku dah taknak komen panjang sangat dah Abg K (ko kena cepat2 kawinkan anak ko, baru cepat dpt title Datuk K)

Cuma aku rasa Incik Anonymous-Y ada maksud tersirat yang beliau hendak sampaikan... Apa pun mungkin kita tunggu Incik Anynomous-Y yang jelaskan..

Aku ada hadapi beberapa persoalan )orang tanya aku soalan) tentang isu yang ko bawak haini so aku nak tanya gakla pendapat korang:

Kencing Berdiri: Ada sorang mamat ni (Mamat-X), dia bagitau aku, dia memang tak boleh kencing duduk. Aku ingat dia ada buasir, ropanya, setiap kali beliau kencing duduk maka air kencing pasti akan terpercik ke seluarnya. Tapi kalau kencing berdiri ok jer, dengan bergaya je dia boleh memancut sambil mengelak air kencing kena seluarnya..So dia tanya aku: dalam keadaan seperti ini, boleh tak dia kencing berdiri???

Aku Jawab: Kencing duduk ni Sunnah. Ada pendapat kata makruh kencing berdiri tapi boleh jadi haram kalau disebabkan dia kencing berdiri tu orang nampak kemaluan ko.. Dalam kes ko ni, aku nasihat baik ko berlatih bersungguh2, cari cara macamana nak buat supaya kencing tak terpercik. Takkan nak suuh aku tunjukkan jugak kot? Pepandai sendiri lah.. Sementara ko nak berlatih ni, better ko pakai kain pelikat tanpa seluar dalam. Senang, kalau nak kencing ko angkat jer kain pelikat tu tinggi2 supaya kemaluan ko tak terarah ke kain ko tu.. Tapi kalau ko kerja yang selalu kena panjat memanjat, nasib ko ler.....


Hisap Rokok: Aku rasa ko kena tambah benda ni dalam list "Sindrom Mumayiz Down" ko tu. Dah ulama sepakat kata haram, korang dok isap jugak benda tak berpekdah tu! CUba lah buat benda berpekdah sket dengan mulut ko tu selain dari isap rokok. COntohnya cium istri ke, ada jugak dapat "hasil" samada cepat atau lambat....

Tapi ada sorang mamat ni pulak (Mamat-Z), dia isap rokok time berak je. Time lain tak hingin pun, tapi time berak kalau dia tak isap rokok, mesti dia jadi sembelit. Dia dah cuba mcm2 cara makan ubatlah, jumpa doktor lah, semua tak jadi. Mesti sembelit. Tapi kalau isap rokok mesti jadi ok...

Aku Jawab: Mamat-Z, kesian jugak aku dengan masalah ko ni. Aku rasa ko kena sakit saikologi ni. Maknanya dalam kpala ko dah set, kalau tak isap rokok time berak, mesti sembelit. So apakata ko tipu diri ko sendiri dengan ko beli rokok daun yang takde tembakau tu. Ko try isap time berak, tengok sembelit ke tak. At least isap rokok daun tu takde tembakau, takde nikotin dan ntah ape2 lagi yang membahayakan kesihatan, so MUNGKIN hukum dia jadi lain (sila rujuk ustaz selain Ustaz Rock)... Last2 dia try, menjadi! Hehe....

Sori aku melalut tak tentu pasal...

Anonymous said...

saya maon. ada tak petua supaya kencing lawas(selain adab istinjak)?

saya suka minum air kosong. saya kuat minum air kosong. hari-hari saya minum air kosong.

-maon-

Anonymous said...

gaya adik ni cakap macam orang tareqat pun ada gak, atau gaya orang tassawuf tak habih pun ada gak...

Cool said...

*sigh*

Aku jahil lagi menderita, Alhamdullilah tidak la aku sejahil ini, berfikiran ini, sekanak-kanak ini.

Aku hanyut lagi berdosa,
Alhamdullilah tidak la aku sehanyut ini, sekusut ini, sejauh ini.

..dari TUHAN ku.


*ehem-hucs-ehem* takulan aku mengatakan dia(Anonymous) hanya perlukan bimbingan. Mungkin dia skang amat-amat dalam kesempitan dan bersendirian.

Sir Anomymous,( sir lagik hikhik@!~) sini meh aku buat kan melo..nak taruk ais tak? ke nak melo panas?

MDM FARAH FAIZURA said...

aku nak cakap apa?

aku cakap dari segi sastera (literacy) jelah, bukan dari segi harfiah(literal)

berlawan ckp dengan abang K

adalah seumpama bercakap dengan Patrick Star.

siapa patrick star?

dia kawan spongebob. (kartun)

so kita gelak jelah lah, paling tidak pun tutup tv.

ekeke

nota: kartun bukan untuk mumayiz aja...pasal HAMKA x tulis pun sindrom Mumayiz ni suka tgk kartun.

MDM FARAH FAIZURA said...

eh..

ada ralat

abamg K yang aku tulis tu salah

sebenarnya aku nak merujuk adik Aiman...yg betulnya Aiman

typo tahap abu lahap betul

sori2

MDM FARAH FAIZURA said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

anonymous37

aku ready to post lepas subuh tapi aku tersave dalam draft dulu.., dan aku lambat publish.. sory.!

Ustaz Rock

Oleh kerana 'Sydrom mumayiz down' bukan hadith, aku ambik dari kepala lutut aku.., maka, korang boleh nak tambah berapa banyak gejalapun, seperti tak suka pakai seluar dalam, suka tengok cd blue, suka mengintai, suka kumpul setem dan lain lain he he he

--------
maon

hidup dengan memakan kurma dan air sejuk sahaja, insyAllah kencing lawas! Berakpun lawas!

--------
hucs

Tapi jika dia seorang budak.., kira dahsyat pemikiran dia, atau mungkin aku yang tak paham dengan apa yang di sampaikan sebab bahasanya terlalu tinggi!!

Oh!

---------
Jiji, 24

Walaupun aku tak sukamilo, jika the habis, aku suka mimum kopi dan jika kopi takde, barulah aku minum milo.., milo panas!

--------
dingin

member aku cerita satu hari tu dia tidur kat masjid yang dah berzaman tak di 'iktikaf ' manusia..

dan dia kena ganggu dengan jin..

yang lawaknya jin tu menjelma watak "sponge box!!" dan usik dia..

he he he..
aku gelak betul.. he he he

Unknown said...

panjangnya ekspelenesyen kepada adik Aiman tu ye..sampai haku pun fening lalat gak baca..takpe la..apapun mana midkazen ni..tak mengkomen lagi nampaknye..(selalunya midkazen mengkomen dalam bentuk sajak keinsafan..arghh..he he he..)

ps: aku nak ucapkan selamat hari guru kepada mak aku dan selamat hari ibu pun kepada mak aku..dan semua ibu2 dan guru2 sama ada yang bertauliah atau tidak..he he he..

ps: adik aiman dah belikan hadiah kat cikgu kelas tak?

hamka said...

TAMBAHAN

(deleted scane)

Tapi jika adik aiman masih dahagakan soalan soalan yang menguja minda, abang ada 10 teka teki yang sesuai dengan tahap berpikir adik, adik boleh balik dan ulang kaji ye.., 10 soalan ni abang dan pernah publish dulu.. terimalah

TEKA TEKI SADIS ..(versi ulangan)

1.BERIKAN 3 CARA MASUKKAN GAJAH KEDALAM PETI SEJUK?
Jawapan:
i- Buka peti,
ii- Masukkan gajah,
iii- tutup pintu.

2.BERIKAN 4 CARA MASUKKAN ZIRAFAH KEDALAM PETI SEJUK?
Jawapan:
i) Buka peti,
ii) keluarkan gajah,
iii) masukkan Zirafah,
iv) tutup pintu peti sejuk

3.SATU HARI SINGA SELAKU RAJA HUTAN TELAH MEMANGGIL SEMUA BINATANG BERKUMPUL,SEMUA TELAH DATANG KECUALI....?
jawapan: Zirafah, sebab masih dalam peti sejuk

4.BAGAIMANA ANDA HENDAK MENYEBERANGI SEBATANG SUNGAI YANG DI DALAMNYA TINGGAL BUAYA YANG GANAS.
jawapan: berenang sajalah, bukankah semua binatang pergi berkumpul dekat raja singa.

5.ANDA MENAHAN SEBUAH BAS DAN MENAIKINYA, TAPI TIADA ORG YANG INGIN MEMBERI ANDA DUDUK SEDANGKAN MASIH BANYAK RUANG KOSONG…KENAPA?
jawapan: Sebab anda basah, bukankah baru mandi sungai.

6. ANDA PERGI BERAYA DI KAMPUNG KAWAN ANDA, SAMPAI DIRUMAHNYA ANDA ENGGAN MASUK KE RUMAHNYA, KENAPA?
jawapan: sebab anda masih basah, seganlah pulak...

7.ANDA KETAHUI KAWAN ANDA MEMPUNYAI RAMAI ADIK BERADIK TAPI RUMAH MEREKA KECIL SEBALIKNYA DAPUR PULAK YG BESAR, KENAPA?
jawapan: dapur dia ada peti sejukbesar, dalam peti sejuk ada zirafah.

8.ANDA DAPATI DIHUJUNG KAMPUNG TERDAPAT TANAH YANG SANGAT LAPANG,SEDANGKAN SUMBER PENDAPATAN UTAMA KAMPUNG TERSEBUT ADALAH MENGAMBIL UPAH DARI BERUK PANJAT KELAPA.KENAPA?
jawapan; disitulah semua binatang berkumpul.

9. SEWAKTU ANDA PULANG ANDA DAPATI BANYAK CECAIR PEKAT PADA POKOK KELAPA, KENAPA?
jawapan: Gajah bersin, kena selsema selepas keluar dari peti sejuk.

10. ANDA DAPATI ISTERI DAN ANAK ANDA MENANGIS,ANDA MEMANGGILNYA TAPI MEREKA SEOLAH-OLAH TAK MENDENGAR, DAN ANDA LIHAT ORANG KAMPUNG SIBUK MENGAJI SURAH YASSIN, KENAPA?
jawapan: anda telah menjadi mayat kerana dipukul oleh orang kampung kerana bagi teka teki yang merepek dan sukar dijawab.

SEKIAN.

Anonymous said...

Aku rasa isu yang ini yang paling aku tak sedap dengar. persoalan yang ini kalau berdebat sampai bila bila pun masih tak habis. Persoalan ytang di timbulkan berdasarkan logik akal. Ianya berlaku bagi orang lebih mementingkan diri sendiri. Persoalan macam ini hanya ada pada orang yang cukup pandai bercakap. Kadang-kadang cara menyesaikannya hanya dengan DIAM.
Aku tak rasa isu macam ini sesuai untuk di paste kan dalam blog ini dan di bincangkan. Ianya banyak menimbulkan kecelaruan minda. HAMKA lepas ni paparkan sesuatu yang lebih berfaedah.OKEY bro all the best....

hamka said...

YO !

Anonymous said...

aku nak rate kan komen2 kat sini kekeke (lama dah tak kutuk):

rating: 1 -> 5 (bodoh -> pandai)

anonymous37 = -10 (minus 10)
ustaz rock = 4.5
maon = 4
hucs = 1.5
jiji, 24 = 1.9
dingin = 2
comment deleted = -100 (terlebih bodoh pasal spamkan blog orang. takpon dah komen tapi delete)
hamka = 5
nurzaiti = 1 (salah eja ekspelenesyen, konon2 kewl ahakz)
hamka = 4.5
anonymous = -5
hamka = 4.2
hafiz = 5 (walaupon tAk BeSt sEBaB aSiK kUTuk oRaNg jeR ahakz lolz, tapi best sebab ceriakan suasana kekeke)

:P

Unknown said...

hafiz, kau ikut piawai negara mana punya rating ni?

kenapa aku satu aje..(takpe la..ada orang minus..lagi teruk kan..ha ha ha..)

Anonymous said...

hihihi aku rasa berbangga dengan nurzaiti sebab tak knee-jerk. jadi aku naik kan rating dia kepada:

3.5

Cool said...

1.9? Layan @~

Anonymous said...

jiji, 24 pon. aku naikkan kepada:

2.4

Anonymous said...

hhaha..hafiz poyo..perasan bagus...(ni mesti rating -1000.3)

MIddkA1 said...

Owh...

Kencing berdiri ke? Aku samekan manusie2 yg kencing berdiri nie mcm perbuatan yg dilakukan anjing je... Klao anjing, ia nak kencing mesti kene cari tempat, cam tiang lampu letrik kat umah aku. Pas da dapat port yg selesa nak kencing, ap lagi, satu kaki belakang mesti kene jongket ke atas... Hehe... Sebab tu Nabi SAW suke kucing. Sebab kucing klao nak kencing ke, nak beyak ke mesti ia duduk...(suke hati pale lutut aku je nak tafsir.) hehehe... Kucing ad rase malu cket... Ad adab, bile nak buang hadas kecil/besar... Jgn jd manusie yg berkelakuan cam hanjing!!

Nur Zaiti, ad nur diwajah mu(wa..cantiknye). Hehe... Aku suke tulis sajak keinsafan(sajak ke??), sebab aku dulu bodo bangang... Suke wat maksiat. Tp x sampai zina la... Tu sebab aku ske hukum diri aku bg tazkirah keinsafan... Harap pembace komen semue jgn jadi cam aku nie... Aku nak jgk jd asbab hidayat pd korang smue... Semoge korang dan aku sentiase tidak putus2 mendapat rahmat dari Allah yg Maha Esa... Allah sentiase sygkan kite smue...

Adik Aiman, aku tak kisah... Aku tau ko tengah mencari kebenaran... Zaman abang mude2 dulu(mcm aku da tue sgt), abang pun tercari2 kebenaran cam adek jgk... Takpe dek, abang Kay kite nie bukan nak menghine adek, tapi nak bg penjelasan kat adek tentang ilmu hakikat... Usie belasan tahun merupekan usie mencari identiti... Mencari kebenaran dalam agame... Sebab tu dalam usie nie, klao kite salah bg bimbingan, remaje2 pd usie nie mudah terpesong... Diorang cepat buat andian. Cepat menyalahkan orang. Yelah, aku paham, usie camnie banyak memberontak. Aku pun dulu ad pk jgk nak jd atheis cam member kite, Akidos tu... Tapi Allah maseh sygkan aku, die jawab smue persoalan dalam dada aku yg x seberapa bidang nie... Alhamdulillah...

Playstati0n: Hafiz, berape rating aku? Paling chokia pun, ko bg 1 cukup la... Aku nie hine lagi jahil. Cakap pun x betol lagi... Hehe. Sorry klao aku tersalah kate...

Wallahu'alam

Unknown said...

knaapa ada perpuluhan? macam pointer kat universiti aje?
he he he..takpe la..3.5 tu ok apa..sikit lagi nak dapat four flat! :P

MIddkA1 said...

Err... Kumpul setem diketogarikan sebagai "Syndrom Mumayiz Down" ke? Aku kumpul setem sejak dari aku tadika lg... ISh... Nampaknye kene sedekah la kat fakir miskin setem aku nie... Dala aku kumpul setem dari zaman Malay Settlement lg(mase nak type nie, aku tengah bangge tahap abu jahal!!)... Hehe

Anonymous said...

aslamulaikm bro hamka...
uhhh... topik tak mummayiz nie..
erm.. camne nak cakap ek..
orang slalu cakap sy ni lurus macam bendul..
macam.. entah..
tapi kan lurus macam bendul tu kire tak mumayyiz gak ke??

bukan aa sampai tahap orang suh makan tahi kita pun pergi makan..
bukan tahap macam tu...

tapi kirenye macam lurus la jugak..

kawan kawan slalu gak nasihatkan suh hati hati ngan persekitaran.. takut la kene tipu ke ape ke.. sebab terlalu mudah nak percayakan orang laen...


huhuhuhu nie soalan off topic..
sorry..

ape ape pun entry abg hamka secara purata semuanya best!!

ade input menarik...

and hope ade output dari diri sy sendiri... (amalkan ilmu..)

ok lah.. tu je.. wassalam..


p/s:just wondering.. abg hafizbar nak bagi brape point kat sy.. huuu... mesti minus nie.. isk isk dk baek berburuk sangka.. sorry.. :)

Anonymous said...

Anonymous = 0.7 (kerana berjaya menginsafkan saya isk isk isk :(( SaYew NaK nANgiS nEh ahakz lolz)
Midkazen = 3.9
Nurzaiti = 3.51 (naik 0.01, tahniah!)
Midkazen = 3.7
budak_shams = 4.1

Anonymous said...

hafiz, sib baik ko bagi aku 1.5. kalau ko bagi aku 5 , mesti aku dah jadi riak wal takabbur macam ngko...maka takde ruanglah lah aku nak merendah diri dan bermuamalat cara nabi SAW.
terima kasih...hehehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum

Kepada Incik Hafiz-X, aku pun nak mintak ko turunkan rating aku kepada 1.5 jugak sebab aku pun nak elakkan riak...

hamka said...

Tergelak besar aku bila baca komen korang..
Terutama bab markah komen..he he he

Ps: midkazen, masa aku muda, ketika zaman internet belum bermula..aku pernah hantar address kat ruangan berkenalan dalam majalah galaxie.., dapat surat berguni guni.., nak setem, marilah rumah he he he..

Anonymous said...

hucs = -100.39 (sangka buruk plak. gigit telinga tu karang)
Ustaz Rock = 1.5 (beliau request dan salah eja nama aku)
Hamka = 4

MIddkA1 said...

Boleh, bg la alamat mung... Boleh la hidang aku lauk ikan patin ngan tempoyak tu.(bukankah tetamu perlu dilayan bagaikan raja?). Hehehe...

Hafiz, camne ko rating komen kitorang nie? Ko kire ikut jumlah patah perkataan ke? Hehe... Ikut sukatan piawaian amerika ke atau britainia? Hahahahahaaaaaaaa(gelak sampai kejang...)

Anonymous said...

Wahai Adik Aiman sang pencari kebenaran. Janganlah kita berputus asa dalam perjuangan. Apatah lagi jika engkau hendak lari dari perjuangan. Hakikatnya perjuangan itu untuk dirimu sendiri. Engkau nak lari ke mana? Engkau nak tuding siapa?

Anonymous said...

Kata scale 1 hingga 5. macam mana boleh -100.39 plak ni?
Ini dah kira tak ikut format.
Keahlian sebagai pengkomen tetap boleh digantung..


Auw..gigit2 manja dari apis..sakit telinga gue..

hafiz = 100.49..kasik tambah riak sket...
hamka = 0 (tak bleh amik bahagian)
midkazen = 10A1

hahaha..lawak kebangsatan..

Unknown said...

bukan lawak bangsat hucs..lawak sabun..

ps: rating midkazen macam agriget SPM aje?

Anonymous said...

to encik anonymous(tak phm aku nape tak nak letak nama even samaran..)aku tak setuju sgt dgn ko ckp isu yang ini yang paling tak sedap dengar n persoalan yang ini kalau berdebat sampai bila bila pun masih tak habis.mmg betul ckp ko,tp kan..klu tak diutarakan benda cenggini,camne bg org lain yg masih duk pk hal sama,takde org nak tegur..aku rase kan,mmg DIAM adalah cara yg terbaik..tp tu utk yg kurang setuju n tak tau sgt nk jwb persoalan camni,klu aku pon kan,msti kelu..sebbaik ade abg K(cam ape je nama..hihi)yg sudi berkongsi or menjawab adik aiman ni..at least we know to to respon n to think about..maaflah klu salah ckp..ok bro..or abang K..hihi..keep up da gud work..ok,blah dulu..nak gi kelas..ok..

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

Berita terkini...

komen untuk entry 'boikot' sudah mencecah seratus komen..

terima kasih kepada semua pengkomen kerana telah melayakan saya untuk menerima hadiah makan malam set KFC nasi ayam tajaan keretamayat..

tahniah kepada pemenang!

ps: terima kasih sekali lagi!

refer: http://keretamayat.blogspot.com/2007/04/sudahkah-anda-baikot.html

Abu S.H said...

aku punye lagi 100! huhu...

MIddkA1 said...

Apsal aku punye rating dapat 10A1? Mcm tau2 je kisah silam aku(owh...idung aku da panjang)...
Aku pengkomen boikot no 103. That is the last(loser??)... Kire ok la no ganjil jgk... Hehe...

MIddkA1 said...

Hamka, ad pertanyaan utk mung dari email ku tentang kemusykilan yg tersirat dari benak fikiran aku ini(niela padah banyak bace novel)... Mintak tunjuk ajar dari mung. Terime kasih...

Seifu said...

yey! komen ke 39...
mumayyiz tak aku?
apa maksud mumayyiz menurut pandangan Islam?
apa istimewanya menjadi orang mumayyiz?

hamka said...

Yay, komen ke 40!!

oh! mumayiz kah aku?

Kavalera Hexalera said...

Hamka.. lepas ni ko buat la entry pasal orang tua bawak budak mumayiz gi masjid lak..

kalau aku buat entry kang aku suh sepak (lempang) je budak tu dan tumbuk ayah dia sebab tak reti bagi warning sampai anak dia lompat lompat kepala orang tengah sujud.

anyway, ko telah berjaya melambatkan aku datang kerja esok dengan tido lambat membaca posting ko sambil gelak hingga air mata keluar dan mata jadi segar dan terus tak mengantuk dan perut jadi lapar menambahkan lagi tak mengantuk dan esok confirm datang lambat.

p/s: rumah aku kat Siakap.

hamka said...

he he he..
aku pun nak lempang orang jugak rasanya..

aku nak cakap sikit kat orang tua..

kalau berani bawaklah anak korang yang dah mumayiz, cis penakut betul bawak budak budak gi masjid.. anak yang besar tak bawak, cis!

abg S said...

tetiba terbuka n terbaca n terkomen...hehehe...

sbnrnya adik aiman tu ada tujuannya nk cakap...tp terzahir lain plak...

mgkin ilmunya tggi...tp kebodohannya ialah...dia x reti nk relatekan ilmu makrifat/takrikat/hakikat dgn sayriat...

adik aiman, syariat umpama akar pokok...syariat kuat...pokok x tumbang...cara adik ni boleh menyesatkan...fikir secara logik guna akal fikiran la...yg bagusnya adik ni...dpt bertanya...nasib baik tanya kt keta mayat...kalau tak, takut keta mayat yg adik naiki nnt sesat ke tempat lain plak...hehhe...good luck dlm menuntut ilmu yg tinggi...syariat jdn lupa...

~abg S~

hamka said...

dulu ada kakak S..

Latifah said...

ahaaa... komen ke-45...
saje nak menyemak...
tapi kan, macam tak paham lak ngan adik Aiman tu...
emmm apa2 lah...

Anonymous said...

salam bang, saya pernah dengar cerita-cerita macam adik aiman ni, dan saya pun pernah fikir macam tu kadang2...dan saya pon pening, tapi kenapa saya fikirkan bang? saya pon nak jadi macam orang lain yang tak fikir benda2 macam ni...adakah ini salah saya sebab fikir... "setiap yg berlaku adalah kerana Allah"... bukankah apa yang saya fikirkan ini dengan izin Allah? (ampunkan sy ya ALLAH andai fkikiran sy ini salah) bang mesti pernah dengar cerita tentang wali2 Allah... antaranya sunan kalijaga yang dikatakan sesat lalu semua wali yang lain bermesyuarah untuk memancung beliau, setelah dipancung darahnya terpancut bewarna hijau dan kalimah agung "ALLAH" keluar disertai dengan cahaya... "kenal diri maka kenal ALLAH, jika nak kenal ALLAH maka hancur"... bang faham? boleh tolong terangkan pada saya yang lebih teruk dari aiman dan tak pandai serta tahu apa-apa ini tak? "awaludin ma'rifatullah" atau awal agama mengenal ALLAH... "mahu kenal diri yang bagaimana? yang keluar dari batang cecair dan berkambang dan beranakkan??? atau ada maksud tersirat yang tidak semua orang boleh tahu??? saya pernah tanya uztad dan uztad kata jangan fikir perkara yang macam itu jangan masuk zat ALLAH... semakin memberontak rasanya bila orang yang alim berkata demikian...
saya selalu dengar uztad2 bercerita tentang ALLAH dan tiada rasa gerun atau menangis bila sebut nama ALLAH, namun bila saya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bukan uztad lalu berkata tentang ALLAH, AIR MATANYA laju turun kebumi, saya pelik dan bandingkan dengan orang yang selalu cakap tentang ALLAH namun tiada kesan dengan orang biasa ini... macam burung kakak tua yang cakap ALLAH bila dibunuh tak keluar sedikit pon kalimat agung itu... (ALLAH, ampunkan hamba nu yang lemah ini)... abang kalau boleh terangkan terangkanlah pada saya yang lebih teruk dari adik aiman tadi...

Anonymous said...

assalmualaikum bang, bukan sunan kaijaga yang sesat tapi sunan siti jenar... maafkan saya... tolong doakan saya dan terangkan dengan izin ALLAH...

hamka said...

dah terangkan dalam entry mengenal tuhan part 1 dan 2