May 24, 2006

Benarkah dunia ini sampah?

(Apakah rahsia di sebalik ‘dunia’ ini)

Bumi ini sedang berputar 24 jam sehari…bulan pula berputar mengelilingi bumi dan bulan dan bumi sama sama mengelilingi matahari setahun sekali…apa2pun dunia ini sedang menuju kehancuran…manakala jasad korang menuju mayat..dan yg takutnya roh menuju ke neraka tidak ke shurga..oh..

Kenapa jadi begitu?

Kerana tertipu/terpesona dan jatuh cinta dengan dunia…oh…

Apakah rahsia di sebalik ‘dunia’ ini..?

Ada yg mengatakan dunia ini penting…
Ya! Memang dunia ini penting, sepertimana pentingnya jamban dalam rumah..semua rumah ada jamban…tapi jamban hanya perlu bila diperlukan…harap korang boleh pikir sendiri…tapi jangan pulak pikir dalam jamban! Ha ha ha!

Ada yg mengatakan dunia ni macam air yg mana kita belayar menuju ke pulau akhirat..amboi cantiknya bahasa…apa2pun korang kena ambik air sekadar perlu untuk minum/mandi junub bla bla bla ..tapi kalau korang ambik banyak sangat..tenggelamlah korang dalam dunia..oh…(tenggelamnya kapal Van der Wijck.)

Tapi aku nak bagi contoh untuk mudah anak aku paham(anak aku umur hampir 3 tahun) bahawa dunia ini ibarat ‘cermin pandang belakang’ pada kereta… ‘cermin pandang belakang’ ni memang penting untuk keselamatan di jalan raya tapi kena tengok sekejap-sekejap sahaja..sebab maksud engkau kat depan..nak menuju shurga…kalau terlalu kerap tengok side mirror..alamak, kemalangan dan jadi mayatlah jawabnya..yg jadi masalah ummat hari ni, dah lah tengok cermin pandang belakang sajer lepas tu bawak kereta secara mengundur..oh..macam mana nak sampai cik adik oi…huh.

Nota: jika cermin pandang belakang tiada kereta masih boleh meneruskan perjalanan.err..cuma agak susah sikit ler he he he

Tapi masih ada rahsia dalam rahsia yg korang nak kena tahu tentang dunia ini (rasa macam Da Vinci code pulak)

Ada beberapa makhluk yg boleh digunakan untuk mentafsir rahsia di sebalik dunia ini..

Antara makhluk itu adalah:
-Bangkai.
-Najis
-Sampah
-Kepak nyamuk..

Dan semua makhluk ini boleh di hubungkan dengan perbuatan yg selalu di buat org iaitu:

“CACI MENCACI.”

Dan tentu korang pernah dengar ustaz cakap cam gini:

“ORANG YG CACI MENCACI TIDAK DI PANDANG ALLAH…”

Di sini bukan di tuju kepada org yg di caci, tapi sebaliknya di tuju kepada mereka yg di caci lepas tu caci balik org yg mencaci…jadilah caci-mencaci..

Ingat ayat ni.: “ORANG YG CACI MENCACI TIDAK DI PANDANG ALLAH…”

Maka akan timbul soalan: apa maksud tidak di pandang Allah..?

Jawapan: Allah mencipta dunia ini dan Allah tidak pandang kepada dunia kerana dunia adalah bangkai, sampah dan najis…jadi org yg caci mencaci tidak di pandang Allah kerana mereka adalah bangkai, sampah dan najis!!! Boleh aku cakap begitu? Kalau salah tolong betulkan..oh..aku bukan ulamak!

Kalau korang rajin belek buku hadith (macam berlagak aku ni) korang boleh jumpa satu peristiwa yg mana ketika Nabi SAW dan sahabat RA berjalan di luar kota madinah, mereka telah melewati satu timbunan sampah, yg mana terdapat bangkai, najis, dll.
Nabi SAW bertanya siapakah yg sanggup bayar sekian2 harga untuk bangkai dan najis itu..(lebih kurang maksud) maka sahabat RA bagitahu kalau bagi free pun mereka TAK NAK!!!

Nabi bagitahu: itulah dunia…(panjang lagi hadith ni, korang boleh rujuk sendiri)

Aku kata: Dunia adalah bangkai, sampah dan najis…korang tak setuju?korang marah? Lantak engkaulah..korang pernah tengok “jalan-jalan cari makan”? Berapa haraga makanan? Ada yg mencecah puluhan ringgit, malahan ratusan ringgit?
Kepala ikan Tongkol pun RM 48 ringgit..oh..…tapi bila korang makan semua lauk-pauk yg sedap tu lepas tu korang gi berak…apa korang nampak? tahik bukan?..itulah hakikat dunia…mula2 nampak indah dan elok..tapi selepas di ambil manfaat darinya maka dia hanya akn bertukar menjadi tahik!!menjadi najis..siapa yg suka pandang taik? Siapa yg buat gambar tahik sebagai perhiasan? Huh..korang semua tak pandang taik kerana taik adakah najis….

Cuba korang perhatikan muka dan tubuh badan korang yg cantik tu..korang makan macam2 jamu nak bagi cantik..korang cukur kening dan lukis kening bodoh..korang sanggup habis ribu2 ringgit untuk jadi cantik..tetapi apabila korang mati, dah jadi mayat cuba korang tengok apa sudah jadi..mula2 perut kembong, lepas tu pecah keluar ulat dan bau busuk sekali..mayat kalau letak dalm rumah lama2 jadi berhantulah rumah tu ha ha ha… itulah hakikat dunia…segala yg indah hanyalah mengaburi hati, dan nafsu telah terpesona dengannya..jika korang selam dunia ini barulah korang tahu bahawa dunia adalah bangkai, sampah dan najis.

Satu hadith ketika Nabi Muhammad saw di israqkan ke langit, dia telah jumpa dengan ‘dunia’ yang berupa seekor wanita tua yang telah disolek menjadi begitu cantik dan pada ekor wanita itu ada bulu yg tertanggal …Tanya Nabi lebih kurang maksud: kenapa ekor kau punya bulu banyak yg tertanggal?Dunia berkata: org yg kejar aku hanya dapat bulu2 di ekorku sahaja, mereka telah tertipu dengan solekkanku ! jadi kalau korang nak tahu apakah rahsia kod yg wujud pada dunia ini ,apabila korang kaji pada dunia dan seisinya korang akan dapati bahawa, makanan jadi tahik, harta jadi punca pergaduhan, rumah jadi tempat bermegah-megah, korang akn jadi mayat, binatang akan jadi bangkai bla bla bla …

(tipah tertipu-tipu-tetipah..tipah tertipu lagi!!)

Maka rahsia dunia ini adalah jika korang tak hati2 korang akan bergelumang dengan bangkai, sampah dan najis. !!!

…......................

Kita pergi pada kod yg lain pulak…err maksud aku, kitak bukak rahsia yg lain pulak , yg akan membawa kepada maksud sebenar..(apa ni, terpengaruh dengan 'the da vinci code' lagi?..oh.ummat menderita membuang masa…oh..)

Secara umumnya, Apabila korang semua, tak kiralah ustaz ke ulama ke (termasuklah aku) meninggalkan sunnah Nabi atau memperlekeh-lekehkan sunnah Nabi, maka Allah akn tarik keberkatan wahyu…apa itu keberkatan wahyu? Itulah kefahaman membaca Al –Quran..
Al-Quran adalah rahsia dalam rahsia yg hanya org yg mendapat keberkatan wahyu saje dapat mentafsir kehendak Allah yg di zahirkan dalm bentuk tulisan ini kepada kehendak Allah dalam bentuk manusia atau senang cakap sunnah Nabi, kerana itulah Nabi juga dikenali sebagai Al-Quran bergerak.

Jadi org yg tidak dapat keberkatan wahyu maka mereka akan tafsir al-quran secara salah, ikut otak, ikut nafsu, ikut kepala lutut!!! Yang mana mereka-mereka ini akhirnya akan hidup berpuak-puak, maklumlah puak ni tafsir lagu ni, puak tu tafsir lagu tu..puak ni tafsir colour macam ni, puak tu tafsir colour macam tu bla bla bla

Akhir sekali bila mereka hidup berpuak-puak maka mereka akan caci mencaci..sangat dahsyat kerana mereka caci mencaci siap guna dalil al-Quran dan hadith bla bla bla..

Akhirnya apabila mereka caci mencaci maka Allah tidak pandang pada mereka…

Adakah sama Allah tidak pandang kepada mereka sebagaimana Allah tidak pandang kepada dunia?
Jika sama, ini bermakna mereka adalah bangkai, sampah dan najis!!!
Ini bermakna, orang yang caci mencaci adalah bangkai, sampah dan najis!!!
Korang semuapun tak akan pandang walau sebelah mata kepada bangkai, sampah dan najis!!!
Jadi janganlah kita caci mereka kerana mereka adalah bangkai, sampah dan najis!!!
Sebaliknya kita kena doa supaya mereka mendapat hidayat dan petunjuk dari Allah agar mereka selamat daripada di katogorikan sebagai bangkai, sampah dan najis.

Jadi moral of the story is…amallah sunnah Nabi, nanti Allah akan bagi keberkatan wahyu yg mana korang akan dapat faham kehendak Allah daripada Al-quran seterusnya membawa korang kepada satu gaya hidup sahaja iaitu cara Nabi..inilah yg korang dok mintak hari2 dalam solat :”berilah aku jalan yg lurus, jalan org yg Engkau Cintai” of course org yg Allah cintai adalah kekasihnya Nabi SAW dan sahabat…bila korang dah berjaya ikut mereka maka Allah akan pandang korang dengan KEREDHAAN…Allah redha pada mereka dan mereka redha kepada Allah.

Pembaca2 yg aku muliakan, hari ini Allah dah bagi banyaaaaaaak nikmat kat korang semua, ada kereta, rumah, anak, kerja bla bla bla..

W.A.L.A.U.B.A.G.A.I..M.A.N.A.P.U.N.!!!!

Nikmat-nimat ni Allah bagi belaka. Allah ‘am’ kan..macam handphone, dulu org kaya jer boleh pakai, tapi la ni budak tadika pun boleh pakai, begitulah jugak dunia ni yg mana Allah bagi belaka walaupun org tu pijak Al-quran, hina NAbi, tak nak solat., minum arak dan mereka2 yg kapir..kenapa Allah bagi? Sebab dunia ini hanyalah sementara..dunia ini hanyalah bangkai, sampah dan najis. kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan sebelah kepak nyamuk sajapun..maka pasti Allah tak akan bagi walaupun setuguk air kepada org kapir….nikmat yg sebenar-benar nikmat adalah iman..org kapir yg kaya raya, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang tapi apabila dia mati tanpa iman maka mereka akan kekal dalam api neraka selama-lamanya..

Donald Trump atau Bill gates sekalipun jika mati tanpa iman mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka…tapi org islam walaupun ada iman sebesar zarah pasti masuk shurga akhirnya…shurga yg paling kecilpun adalah 10 kali ganda lebih besar dari dunia ini..malahan menjadi pemerintah yg lebih hebat berkali ganda dari kerajaan Nabi sulaiman manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari..nikmat mana lagi yg aku dustakan?

Akan tetapi oleh kerana iman adalah benda yg berharga maka dah tentu ada pencuri, kereta kita kunci, rumah kita kunci sebab benda itu berharga dan bimbang takut ada org curi..jadi iman lagi-lagi berharga-lagilah pencuri suka..siapa pencuri iman? Setanlah pencuri iman yg paling handal…kalau pencuri masuk kat rumah korang curi peti ais, talivision dll tapi aku rasa pencuri tu tak curi lampu(nasib baiklah engkau panas ha ha ha) pencuri tu tak ambil duit satu sen yg korang punya baki bayar bil api/air..tapi setan bila dia masuk hati korang, dia akan curi iman korang walaupun sebesar zarahpun dia ambik!!! Oh..setan dah bersumpah untuk maksukkan anak cucu Adam a.s sedaya-upayanya ke dalam neraka!!!

Bagaimana setan curi iman korang?
Huh! Dengan masukkan dunia yg busuk macam bangkai, sampah dan najis ke dalam hati korang melalui..mata tengok dunia, mulut cakap hal2 dunia, telinga dengar kebesarn dunia dan otak hari2 duk fakir pasal dunia- dunia- dunia!!!!..Allah cukup marah org yg cakap urusan dunia kat masjid korang tahu!!! Tertolak amalan kebaikkan..oh..

Mengakhiri post ini , aku mintak maaf kepada korang jika ada yg terasa, kecik hati, atau nak marah..perlu di beri perhatian, penulis bukan ustaz atau ulama…korang boleh print enry ni dan bakar sebagai menunjukkan rasa protes korang..atau korang masuk jamban dan buang ke dalam lubang jamban..aku tak pandai sebenarnya..tegurlah aku kalau ada salah dan silap, aku sedang belajar…kalau korang nak caci aku, cacilah, aku tak akan balas cacian korang kerana aku tak nak jadi bangkai, sampah dan najis…huh!

Ps: nak tak nak..kita tetap akan jadi mayat. Biar jadi mayat jangan jadi bangkai, sampah dan najis ..oh…!

40 comments:

Alice said...

Nice Blog :)

Hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamka said...

nice comment:)

ustazah rock said...

ye la,.banyak manapun kita kumpulkan harta semuanya jadi sampah bila mati jadi mayat juga.,,jadi fikir2 lah apa tujuan kita dihantar ke dunia ni

Hamka said...

dah lama engkau tak datang komen...
terubat rindu aku.

ustazah rock said...

alhamdulilah x jadi mayat lagi

blackpurple said...

Jangan pandang tong sampah, pandanglah pokok2 bunga di tepi tong tersebut...

Ada yang jadi jutawan dengan mengumpul dan menjual sampah....maknanya sampah juga boleh jadi sesuatu yang berguna dan berharga...

Lain pulak komen aku ni...macam tak relevan....hehehe...

Hamka said...

He he he

Takpe tak releven black…apa salahnya?
Najis boleh jadi baja..
Bangkai boleh jadi arca seni..
Mayat?
Oh..oh….kena tanam cepat2!!!

zwitterion said...

saat nak jadi mayat tu boleh datang bila2 je.
sesungguhnya aku tak layak utk syurgaMu, tapi tak sanggup ke nerakaMu..

Anonymous said...

salam alaik...
alahmdulillah... diharapkan tulisan saudara nih dapat jadi satu wasilah yang baik dalam menyampaikan dakwah dalam islam... pun begitu, diharapkan penulis dapat mengurangkan penggunaan kata2 yang kasar... bukan ape.. untuk dakwah kita sampai pada hati manusia nih, dengan bantuan Allah, kenelah dengan hikmah... mungkin saudara tak beniat... atau mungkin perkataan sebegitu digunakan untuk menguatkan hujah, tp kesannya lebih baik kalu kata-kata lebih hikmah...lagipon, salah satu ciri individu muslim yang cemerlang adalah baik tutur kata...
keduanya, kalu saudara tak keberatan, diharapkan saudara dapat 'state'kan sumber sebarang dalil yang saudara guna (hadith/quran) ... inshallah lebih mudah kalau ade orang yang nak buat rujukan... bukan sekadar kata-kata 'korang boleh rujuk sendiri'..
saye doakan semoga saudara sentiasa diredhai Allah...

jazakallah khayr...

linanilza said...

sbnrnye tak baca lagi, tp eager nak post comment.. lek lu ek bro hamka.. pas abih baca nanti saya post real comment yg too loose egg glass!! muahahahahh

Hamka said...

zwitterion

terima kasih dan selamat naik keretamayat…

ps: aku rasa setiap post ada nama baru yg datang komen(aku yg perasan), lalu aku ajak naik keretamayat..lepas tu tak datang2 dah..dah jadi mayat kot…isk..

ps2: tak payah kenang aku dalam kuburmu…

--------
Anonymous

salam

terima kasih kepada anda..err, siapa nama anda ini?
Boleh beritahu nama anda? Walau bagaimanapun terima kasih, saya sedang tersenyum..

Nota: sila baca dengan gaya alih bahasa…

jazakallah khayr...

---------
linanilza

muahahahahh ..aku tunggu kau!!

SHE said...

bila kene caci...kdg2 senyum je..bila grrrr....SHE lawan sikit2...uhukkss...harap2 Allah masih pandang SHE....

develish queen said...

Bila baca entry kali nie teringat lagu Wings - Pentas Opera

Hidup bagaikan pentas opera
Muzik hidup bergema
Siapakah wiranya..

Teruskan mencungkil "Da Vinci Code"

Peace Upon you...

KAMATO said...

Sesungguhnya sentiasa mengingati mati itu akan lebih meninsafkan kita, syabas saudara... teruskan berdakwah

Hamka said...

SHE

SHE boleh rujuk : ‘bagaimana hilangkan marah?”..err..aku sebenarnya…oh..
Apa2pun terima ksih…

Ps: senyap bukan bodoh..bising bukan pandai.(apa rahsia di sebalik SHE?)

---------
develish queen

terima kasih..
kalau kau baca post: “bagaimana tidak menyesal?” dalam ruangan komen ada komen dari Najwa aiman..dan aku jawab komen tersebut dengan post lirik penuh lagu ini(opera hidup)
terima kasih permaisuri..

----------
KAMATO

Selamat naik keretamayat…selamat membaca..kalau aku salah, tegurlah aku..
Pasal berdaqwah nie..aku ada tulis dlm: “bagaimana belajar ugama”…
Terima kasih

Hamka said...

IKLAN:

POST 2 DLM KERETAMAYAT SEBELUM INI MASIH RELEVEN UNTUK DI BACA…TERIMA KASIH KEPADA YG MASIH MENINGGALKAN KOMEN WALAUPUN ENTRY YG LAMA2..AKU AKAN JAWAB SEMUA KOMEN WALAUPUN UNTUK POST 2 YG LAMA-HARAP MAKLUM. .TEGURLAH AKU , BIARLAH AKU MENANGIS HARI INI DARIPADA MENGEMIS DI KEMUDIAN HARI!!! TERIMA KASIH SEMUA!!!!

kakashi_sensei said...

oh...
ak stuju dgn ko utk entry kalini..
oh..
tapi dlm quran ade gak kate dunia ini hanya perhiasan..oh..
btape jahilnye ak..oh..

p/s:ske plak ak gune byk 'oh';p

budak shams said...

Anonymous said...
special utk budak shams,

utk dpt markah yg bagus in exams,enta kna byk buat latihan..

w/pun mengaji Quran tu bagus,tp menuntut ilmu juga penting.seeloknya balancekn ibadah=study..jgn neglect any of them..lgpun,cikgu2 shams mst seronok kalau ramai yg dpt mrkh bgs dlm exam..

ana dlu amik subjects yg sama juge =)

1:50 AM, May 23, 2006


thanx for da advice actually...

wahhhhhh... rindunya keretamayat..

Hamka said...

kakashi_sensei

oh...kau setuju kali ni?
Bermakna sebelum ini kau tak setuju? ..oh..

Ps: tak peduli apa org kata..oh..

--------
budak shams

rindu?

akhie said...

:)

sahabat sahabiah yg dirahmati Allah..

Firman Allah: "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? "[Al-An'am 6:32]

p/s:post kali ini menyahut seruan Allah agar kita berfikir ttg kehidupan dunia ini.. mekasih hamka

wassalam

budak shams said...

suci dalam debu..

ohh.. dunia... memang indah untuk dihayati.. tapi lagikan indah jika mengerti..

SHE said...

memang banyak rahsia kan hamka....hehe...tapi BIARLAH RAHSIA...terselit sebuah kemenangan di sebalik kekalahan

Anonymous said...

salam~
enche' hamka ade sebut Allah x suka kite sebut hal2 dunia dlm masjid,tertolak kebaikan..

sy jmp dlm website ust asri dlm senarai 100 hadis dhaif & palsu,

2. Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)

kirenye,hadis ni x betul..
wallahua'lam.

-tasnim-

ahli kubur wannabe said...

assalamualaikum...
uish dunia is rubbish...
abis nak buang kat mana...
ehe

tapi baguslaa post ni...suka analogy pasal side mirror tue...

takbir & selawat!

Mohd Iznan said...

selamat berhujung minggu. bila nak menimang cahaya mata

Hamka said...

akhie
:)

mekasih akhie…sudi baca blog saya selalu2…
dan sudi meninggalkan komen yg begitu baik.selalu2.
mekasih(senyum)

-------------
budak shams

teringat kat kotak rokok dunhill

D-dunia
U-umpama
N-neraka
H-hidup
I-ibarat
L-layang
L-layang

He he he

----------
SHE

“Kenangan, kita lucutkan..
Kita bakar sama2 pengalaman hidup seksa..

Semalam itu semalam
Hari ini aku hidup dalam dunia yang aman…”

----------
tasnim

salam~

terima ksih en..err..en, tasnim,
terima kasih kerana menegur..

(((Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput. )))

nak tanya: bercakap dalam masjid or bercakap perkara dunia dalam masjid..?
saya yg jahil: Muhammad Hamka

------------
ahli kubur wannabe

Waalaikumusallam...

Buang dari pada hati jer..he he he
Pasal side mirror tu..kalu kau kejar kucing yg curi ikan engkau kau akan dapati kucing tu lari dan sekejap-sekejap dia tengok belakang..kerana di takde side mirror..oh..tak lawak.

Talkin dan tahlil..isk..

-----------
nummer

selamat untuk kau jugak..terimaksih..
org mengandung 9 bulan 10 hari..
bini aku insyaAllah akan beranak pada 10 hb September..
ha ha good planning…senang org Tanya: bini kau dah berapa bulan?..dah tentulah 5 bulan sebab bulan ni bulan mei…sebenarnya Allah yg planning…
kau punya anak berapa org?

Ps: aku memang bekerja sebagai planner…maintenance plaining

Najwa Aiman said...

bila ko sebut DUNHILL tu aku teringat Wa Ingat Nak Sorok Tapi Orang Nampak... ekekkekek...

anyways... dunia ni rapuh. sgt rapuh. sbb tu kena berhati-hati sentiasa. kena lemah lembut sentiasa. menapak berhati2. bercakap pun berhati-hati. takut2 roboh dan kita binasa. dlm perjalanan mencari pintu keluar yg betul dari dunia ni, selagi tak jumpa, selagi tu kita kena berhati-hati dan berwaspada kerana begitu rapuhnya dunia. kalau kita keluar dari dunia bukan ikut pintu tu, yg menanti ialah.. aduss..!

so jgn bwk brg bebanyak dlm perjalan mencari pintu... berat sgt akan merobohkan dunia kita gak.. tk sempat jumpa pintu.

dunia sgt rapuh mcm biskut.

apsal aku menceceh panjang lak nih? adoi.. sowii....

Najwa Aiman said...

satu lagi jugak (saja guna ayat ko jugak)... bila kita tak kejar dunia, dunia kejar kita. org lain lelah nk cari duit, blom tentu dpt... ada org pula sibuk kejar akhirat, smpe org offer nak bagi duit.... misalnya nk bagi duit suruh ceramah kat skolah.. tak gitu?

demi Allah sesungguhnya Rasulullah SAW bercakap benar!

Hamka said...

Benar!!!

Pasal rokok, aku pun nak tambah gak…

Biasa kita dengar:

M-man
A-always
R-remember
L-love
B-because
O-of
R-romance
O-only

Tapi masa aku remaja dulu, tafsir:

M-manusia
A-akan
R-ramai
L-lagi
B-bila
O-orang
R-romance
O-orang

Ps: dunia macam biskut? Sekejap ada sekejep takde? Oh!

tuan tanah said...

:)

Hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamka said...

tuan tanah
:D

ps: tanah perkeburan?
(selamat naik keretamayat)

Anonymous said...

Great site lots of usefull infomation here.
»

Hamka said...

thaks you!!

just do it.(not info only)
hope be and should be!!

Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»

elwai said...

hamka hamdan?

Hamka said...

salah orang, errr, hamka hamdan tu hendsem ke?

pemikir dan memikir said...

dunia...Ooo..duniaaa.. aku pun pening memikirkn engkau... tapi akhirat... aku lebih senang memikirkn eh eh eh

Hamka said...

wow