May 13, 2006

Bagaimana tidak MENYESAL?

(Penyesalan Terbesar Dalam Hidup Dimulai Dari Awal Yang Salah…)

Ha ha ha, sebelum ni aku tulis:

-Bagaimana hilangkan sedih..

-Bagaimana hilanagkan marah

-Bagaimana hilangkan bimbang…bla bla bla

Dan apabila aku melompat secara maya…aku jumpa ramai gak blogger2 lain copy/paste aku punya entry..hihihi(berlagak)maka hari ni aku tulis pulak tajuk: bagaimana tidak menyesal di ahirat kelak..wah..wah..macam baguskan aku ni?!..kalau aku tak baguspun, apa salahnya aku menulis..dan aku tetap nak menulis..semoga aku tidak menyesal menulis sebegini…oh..amin..

Tahukah korang?

Antara azab yang dahsyat di hari akhirat adalah…menyesal…

Korang pernah menyesal bukan? Apa rasa..pedih?sakit?azab?

Biasa org menyesal hingga menggigit kuku sampai berdarah..ni kira menyesal tahap gilababi lah nie..dan paling dahsyat menyesal..hingga sanggup membunuh diri…kasihan…

W.A.L.A.U.B.A.G.A.I.A.M.A.N.A.P.U.N.!!!!

Itu baru menyesal di dunia..belum lagi menyesal yg paling dahsyat iaitu menyesal pada hari akhirat..hinggakan org yg masuk shurgapun masih menyesal jugak…

Eh? Org masuk shurgapun menyesal gak..

Ya, satu cerita lebih kurang maksud, seorang penghuni shurga sedang berehat2 dalam shurganya..tiba2 shurganya berubah warna kepada lebih cantik lagi…ia hairan lalu bertanya kepada malaikat..apakah gerangan yg membuatkan shurganya berubah wajah?..jawab malaikat:

Oh..ini adalah kerana satu titik peluh ahli shurga di atas telah jatuh ke shurgamu..

Dahsyat..satu titik peluhnya sahaja telah merubah shurgaku menjadi indah..apakah amalan ahli shurga di atas yg melebihi amalanku..?

Jawab malaikat: dia hanya lebih satu tasbih berbanding kamu…. Lalu timbul penyesalan pada ahli shurga..

Pembaca blog yg saya muliakan sekalian..ahli shurga menyesal pada waktu2 yg berlalu tampa zikirullah….oh….terkena tepat pada batang hidung penulis..!!!

Another sory: Bagaimana pulak menyesal ahli neraka?

Ni nak kena nangis dulu…

…..,,

….

‘’’’’’

‘’’….

Isk..isk…sob..sob..uhuk..uhuk..

Ahli neraka menyesal hingga menggit jari jemari sampai putus-putus…oh…

Ahli neraka menyesal hingga mengoyakkan kulit mukanya sampai ke tulang..oh…

Ahli neraka menyesal hingga di pecahkan matanya..hingga air mata darah..membajiri mereka…

Oh…jangan ketawa jika melihat aku menangis..jangan hina dengan lelaki2 yg menangis kerana takutkan api neraka…neraka bukan tempat main-main2.!!! .

Memang benar org islam masuk shurga akhirnya..tapi dengan neraka jangan main main!!!jangan main2 dengan Azab Allah!!!

Korang tahu berapakah kadar kedalaman lubang neraka?,

sekiranya seorang bayi di campakkan ke dalam neraka…dengan izin Allah, bayi itu membesar tanpa makan dan minum mengikut kadar manusia biasa… hinggalah bayi itu membesar sampai menjadi tua bangka..belum lagi jatuh kedasar neraka…!!!

Ada cerita mengatakan walaupun lubang neraka tu dalam, masih ada yg sanggup panjat dan berjaya sampai ke puncak…(menuju puncak)..tapi bila nak keluar dari pintu neraka, meraka berjumpa pulak dengan malaikat Malik selaku penjaga neraka..dilihatnya wajah malaikat Malik adalah lebih azab dari api neraka itu sendiri..lalu mereka terjun kembali ke dalam neraka…

Kemudian, meraka mulai meraung! mengjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupun sesaat…”
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”
Allah berfirman:(lebih kurang maksud)
“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal.mereka mengigit lengan2 mereka...mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…
.Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…..

Mengapa mahu menangis di sana?

Mengapa mahu menyesal di sana…?

Ingat..!!! Penyesalan Terbesar Dalam Hidup Dimulai Dari Awal Yang Salah…

Oleh kerana aku bukan ustaz..dan aku baru nak start…aku nak ajak korang berfikir…mari kita periksa diri kita yg kita ni tergolong dalam golongan starter yg mana…dan jika ada apa2 yg korang tak berkenan…bolehlah meng’tong sampah’kan….memang patut, kerana aku buka ulama’..isk…

------------------
Ada golongan yg start ugama dengan merujuk peristiwa Nabi di waktu kecil,..iaitu ketika ummat mekkah dalam kejahilan/kerosakkan..datang malaikat jibrail lalu membelah dada Nabi dan mencuci hati Nabi…

Golongan ini mengatakan bahawa semuanya dari hati,,tak payah solat..just niat..yg penting hati bersih..tak payah aku bagitahu nama golongan ini..korang boleh cari sendiri…kat terengganupun banyak..solat pakai niat..oh…

----------------
Ada golongan yg start ugama dengan merujuk peristiwa Nabi di waktu remaja..iaitu Nabi berniaga, memelihara kambing..nabi berkerja kuat.Nabi berdagang ke syam .lalu mereka melaung-laungkan,:

kita kena kuat kerja!

Kita kena kumpul harta!

Kita kena jadi kaya!!!Bla bla bla bla, cemerlang, gimilang, terbilang!! ..lantak engkaulah nak kerja kuat2 ..aku tak kata salah…yang salahnya bila korang tinggal akhirat..yang mana aku tengoklah golongan ini memang kuat kerja..hingga bila time azan aku ajak solat..diaorang jawab..:

kerjapun Ibadat gak!! He he he..org azam kenalah mengadap kiblat..kalau korang masih kerja..itulah ‘kiblat korang, jawablah kat malaikat dalam kubur nanti, bila di tanya mana kiblat kamu?!!!(ha ha ha, walaupan korang kerja mengadap kiblat..)..kerja..oh..kerja..benarlah bahawa kerja itu Ibadat,,tapi Ibadat tahap binatang!!!!(rujuk post aku sebelum ini)dan aku nak tambah:

“Aku ajak korang solat, Aku tak mahu korang solat sahaja..aku nak korang salat bersama-sama saya(ikut nada Pak Lah)..”

----------
Ada pulak golongan yg start ugama dengan merujuk peristiwa Nabi berkhalwat/suluk di gua Hiraq, yes..aku dengar sendiri diorang cakap macam tuh..golongan ni hanya pentingkan zikir-zikir-zikir!!!ratus2 ribu diorang zikir..bagus!!
aku tak kata zikir tak bagus..!! tapi mengapa mesti mengasingkan diri dari masyarakat? Mengapa mesti ke hutan? Ke dalam gua?(aku tak tahu!!)adakah kerana Nabi bermunajat di gua Hiraq menjadi alasan?..oh..aku bukan ustaz…aku tak pandai…maafkan aku tak nak ikut korang bersuluk dalm gua..maafkan aku kawan…maafkan aku wahai makhluk tuhan..

-------------
Ada
pulak golongan elit yg start ugama dengan merujuk peristiwa Selepas Nabi menerima wahyu pertama…surah iqraq: “bacalah”..diorang tafsir itu maknanya kena ada :-ilmu!! Kita kena ada ilmu!!! Bla bla bla bla…yes..aku setuju ilmu tu penting..aku setuju…tapi aku nak tanya korang? Apa itu ilmu? Dan biarlah aku jawab..

takrif ilmu:(ni bukan dari aku..dari seorang yg alim gak…)

Ilmu adalah ,

Belajar segala perintah Allah dan belajar segala larangan Allah serta menunaikannya ikut keutamaan!!!

Yg penting: ikut keutamaan!!!

Cth; korang cakap kerja Ibadat..tapi bila azan korang selamba tak gi masjid..inimenunjukkan korang takde ilmu amalan, sebab tak buat ikut keutamaan!!!!!!!

Atau korang belajar U..study..bagus!!! tapi selamba tinggal solat berjemaah..itu menunjukkan korang takde ilmu amalan!!!

Atau lagi senang antara ramai2 korang semua ni siapa yg tak tahu solat berjemaah dapat 27 kali ganda??!! Semua tahu bukan? Tapi kenapa masjid kosong gak!! Sebab korang takde ilmu amalan!!! Korang hanya ada maklumat..tuan beruk pun tak nak suruh beruk dia panjat kelapa yg ada sebiji sajer kelapa di pokok..tak berbaloi kena gigit kerengga..alang-alang biar banyak sikit..27 bijik misalnya ha ha ha!beruk pun pandai…

Akhir zaman macam2 teknologi ada untuk mendapatkan ilmu..itu bukan ilmulah sayang..itu maklumat!!!

Ha ha ha maklumat di hujung jari, betul ayat nie..aku setuju…….ingat bila korang tak amal apa yg korang tahu..itu menunjukkan korang hanya ada maklumat…korang takde ilmu..he he heh senang cakap org kapir ada ramai yg hafal Al Quran, mengajar al-azhar, tapi mereka tak akan amal ugama punya. Sebab mereka kapir..Hakikat ilmu mereka takde….jadi aku atau korang yg tak amal apa yg tahu-kena azab..azab bukan sebab takde ilmu..azab sebab tak amal apa yg tahu..macam yahudi yg tahu kebenaran tapi memperolok-olokkan..oh….jadi hakikat ilmu adalah amal..bukan tahu..

Nampanya kena belajar dua perkara lepas ni:

1.ilmu pengetahuan(maklumat sebenarnya)

2.ilmu mengamalkan pengetahuan(inilah hakikat ilmu)

(aku tulis keras macam ni sebab aku sendiri yg akan baca banyak kali-jadi amat sesuai untuk aku ulangkaji-harap maklum)

--------
Lepas tu pulak, Ada golongan yg start ugama dengan merujuk peristiwa wahyu seterusnya..iaitu “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia”..maka golongan inipun terus memberi peringatan pada manusia dari hati ke hati, dr pintu ke pintu..aku puji golongan ini..dan aku ingin menyertai mereka..tetapi tersangatlah susah mengikut golongan ini..sebab bila membuat urusan berjumpa makhluk manusia..dan menasihat mereka..maka akan dapat berbagai2 ujian dan ringtangan..sabarjelah kawan..teruskan..niat hanya kerana Allah…

Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yg mana bila ada org lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku), lalu mereka yg ditegur ini menyusahkan utusan2 Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yg besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yg lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..

Akan tetapi apabila si penyampai ini hilang sabar dan berdoa..Ya Allah hapuskanlah mereka-maka Datanglah Azab Allah ke atas mereka..

Cuba rujuk sejarah:

Bila Bala menimpa kaum Nabi Luth?

Bila Bala menimpa kaum Nabi Nuh?

Bila Bala menimpa Firaun dan tenteranya

Bila Bala menimpa Abu jahal dan tenteranya dalam Badar?

Ya..bila Nabi Allah mereka mengangkat tangan memohon bala..

Bila Nabi Allah ini doa Bala?

Ya..setelah mereka ini di beri peringatan berkali2..

Huh! Sekarang ada org islam yg doa bala-sini sana..oh..

INGATLAH doa org yang terinaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kapir….sekarang siapa yg terinaya:
kita org islam ke atau mereka org kapir?
mereka org bukan islam telah di zalimi oleh org islam kerana tak menyampaikan daqwah kepada mereka…sebab tu bila org islam perang dengan org kapir-org kapir menang-sebab mereka telah di zalimi-org islam tak daqwah mereka…

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah denmark, America, dll. Tapi bila perang Amarika-iraq, Amarika-afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia..mana pergi 1000 malaikat yg tolong sahabat dalam perang badar? Mengapa Allah tak tolong org islam? Ingat dalam sejarah islam kemenangan hanya apabila Allah bantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak daqwah pada org kapir selama 13 tahun kat mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita nak doa bala dengan ahli maksiat, dah berapa lama buat daqwah kat mereka..satu jam? Seminit?menangislah kawan..

Nabi s.a.w pesan kat Khalid r.a selaku ‘pedang Allah’ agar sebelum berperang buat daqwah beberapa hari dulu, kalau mereka tak nak suruh mereka bayar “macam zakat”..kalau tak nak jugak ,HA! Baru serang!!!baru doa bala!!!!

Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaun (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah)pada firaun…Apa? Adakah Allah tidak tahu hakikat firaun yg tak nak hidayat?Allah sudah tahu kerana Dia Maha Tahu..tapi kenapa Allah still perintahkan nabi Musa berdaqwah pada firaun berkali-kali?..ya..benar, kerana keuntungan berdaqwah adalah untuk Nabi Musa…walaupun firaun tak ikut baginda…dan Allah tak Tanya berapa ramai ikut kamu..tapi Allah Tanya; Adakah kamu sampaikan pesanan Allah walaupun sepotong ayat?

----------------
Kita pergi pada golongan lain pulak…
Ada golongan yg start ugama dengan merujuk peristiwa Pembukaan kota madinah…Kita kena ada kuasa dahulu baru kita berjaya..golongan ni berusaha kuat untuk dapat negara islam..tapi yg muskilnya, kenapa guna cara yahudi untuk dapat negara islam??bukankah janji Allah nak bagi kerajaan islam pada korang bila korang amal soleh(rujuk al-quran)..sudah amal solehkah korang?

Apakah amal soleh itu?

Of course apa yg Nabi Muhammad SAW buat itu 100% amalan soleh!!!
Jadi, kenapa korang still buat apa yg nabi tak buat?.kenapa buat BIDAAH?
Jangan jawab..jangan email aku..jangan berdebat dengan aku…pergi rujuk ustaz…

Ada org beramal nak pahala..

Ada org beramal nak shurga

Ada org beramal nak kuasa..nak kerajaan..bla bla

Aku pesan kat aku sendiri..HAMKA!!! BERAMALLAH SEMATA 2 KERANA ALLAH, BILA KAMU DAPAT ALLAH..KAMU AKAN DAPAT SEGALA –GALANYA..KAMU AKAN DAPAT SHURGA! DAPAT PAHALA! DAPAT KUASA..BUAT HANYA KERANA ALLAH..TIADA YG LAIN!!!!!

Sesiapa yg buat kerna selain dari Allah..mereka telah syirik pada Allah..siapa yg yakin dengan adanya negara kita akan berjaya..korang telah buat Allah lemah..seolah2 Allah perlu pada negara untuk majukan Agama, jangan jadi bodoh..jangan email aku..jangan berdebat degan aku..aku tak layak..aku bukan ulama, aku bukan mufti..aku bukan ustaz,,aku baru nak Start

(aku ulangi-aku dan anak2kulah yg akan baca post ini bila tua nanti-jadi aku layak tulis macam ni kerana aku nak ingat apa yg aku Faham Hari ini..tapi kalau korang nak tegur..aku alu-alukan..kalau nak berdebat..jangan…aku tak nak..)

Dan tak salahpun korang nak bina Negara islam..aku sokong korang, tapi jangan buat syarat..nak amal islam kena ada Negara dulu…dan jangan yakin dengan adanya Negara islam baru ugama maju!!!jangan kapirkan org yg tak ikut korang..jangan menyekutukan Allah dengan Negara..!!! jangan tanda benih durian dengan kayu ubi..bukan durian yg keluar nanti…tapi UBI!!!!

-Dah..dah..kita pergi pada golongan lain pulak…Ada golongan yg start ugama dengan merujuk peristiwa di zaman saidina Ali..maka wujudlah fahaman Shiah..aku malas nak komen..

-Ada golongan yg start ugama dengan merujuk peristiwa semasa kewafatan Nabi.
Golongan Nabi palsu dan Golongan tak nak bayar zakat..bla bla bla..aku dah malas nak komen

-Ada golongan yg start ugama dengan merujuk zaman sekarang, tafsir al-Quran ikut otak..ingat!!! semua org akn jadi mayat…

-Ada golongan yg start ugama dengan merujuk pd Al-Quran sahaja..anti hadith…aku malas nak komen..

-Ada golongan yg start ugama baru…! ugama JEDI.. (May the Force be with you..oh..) ambil dari filem starwars..(betul ni)

-Ada banyak lagi..73 golongan semuanya…dan ada yg belum start lagi.oh..aku bukan MUFTI..bukan aku kata semua golongan di atas tu tak betul!!!

Yang pastinya..mereka yang ikut NABI DAN SAHABAT sahaja yg berjaya…!!!!

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA

Bila korang ikut nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya lalu korang menjadi mayat dalam istiqamah beramal, maka insyaAllah korang akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…)

Dalam dunia ini ada satu badan yg bertindak untuk menyelaraskan perkara-perkara dunia iaitu International Standards Organization, kalau dulu org ukur sejengkal, sedepa, sehasta..tapi tetap tak sama sebab sejengkal org melayu tak sama ngan sejengkal org arab bla bla bala, maka badan ISO ini telah menyelaraskan kepada standard seperti inci, meter, lbs, kg/cm2 bla bla bla la(jangan ponteng kelas sains)

Jadi..untuk menyelaraskan 'system' akhirat ..maka Allah datangkan Nabi Muhammad SAW untuk buat korang semua tidak pecah belah..ikut Allah dengan satu standard sahaja.iaitu SUNNAH NABI….tu yg Nabi sabda lebih kurang maksud: hanya org yg ikut sunnahku berjaya…

Sepatutnya Sunnah Nabi ni boleh menyatukan umat apabila dibuat ikut cara Nabi, tapi Sekarang ni org taat perintah Allah, tapi ikut cara ‘saya’

Contoh: balik kerja dan dah masuk waktu solat: nak rehat dulu, karang baru solat, bermakna korang dah taat perintah Allah tapi bukan cara Nabi, sebab tu Umat akhir zaman berpecah belah! sampai 73 dan satu saje masuk shurga!!!
Dewasa ini, bila tiba time solat umat islam sendiri berpecah-pecah,

Ada yang solah kat rumah,

Ada yang solat lengah2,

Ada yang solat pakai niat,

Ada yang solat pakai qadha 5 sekaligus,

Ada yang tak solat,

Ada yang marah org solat

Ada yang kutuk org solat

Ada yang solat seminggu sekali

Ada yang solat setahun sekali

Ada yang solatnya di solatkan org lain(solat mayat)
Macam2 ada, sampai 73 semuanya..oh….

Cuba korang amal sunnah Nabi..yakni bila azan semua pakat2 gi solat jemaah..maka ummat ni pasti akan bersatu…pasti!!!

Aku mintak maaf jika korang terasa/marah/kecewa/putus asa..maklumlah,,siapa tak marah kalau ‘kekasih’ dia kena kutuk..tapi aku terpaksa tegur korang sebab kalau korang kahwin ngan ‘kekasih’ yang salah… maka pincanglah rumahtangga korang..nanti korang mengadu: mengapa engaku tak cakap awal-awal…

Jadi..aku cakap awal –awal :

Penyesalan Terbesar Dalam Hidup Di Dunia dan Di Akhirat Adalah Dimulai Dari Awal Yang Salah…

Biarlah dunia beredar

Rentak sama kita berlari

Menuju titik permulaan

Belum tahu di mana ia berkahir..


Ps; Menjadi mayat mengakhiri segala yg awal…sekian!!!

27 comments:

Hamka said...

rujukan:-

-9 naga
-nafisa:XPDC

blackpurple said...

Usah disesali barang yang dah lepas..

Tak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir..

Anonymous said...

lebih baik menyesal di dunia dari menyesal di akhirat~~

bila menyesal sebut astaghfirullah...~~

Hamka said...

blackpurple

Benar …yg penting bagaimana kita berakhir..
Dan bagaimana kita berakhir di pengaruhi bagaimana kita bermula..oh..
Dan masih sempat untuk bermula kerana masih Belum berakhir
Apabila berakhir, maka bermulalah hidup yg baru…hidup yg sebanar yg tidak berakhir lagi…

--------
Anonymous

astaghfirullah...~~
siapa anda?
Emailah saya…

budak shams said...

assalamualaikum.. lamanya tak menjenguk kat sini.. apa khabar semua? diharap sihat walafiat.. semoga sentiasa berada didalam lindungan allah taala..

rindunya ana kat keretamayat nie..

=D

ana habis exam 2 minggu akan datang.. doakan kejayaan ana dunia akhirat ye..

Hamka said...

aku pun rindu kat engkau..

he he he
selamat berjaya...aku doakan engkau.

almalaki said...

satu kaedah feqh ' Apabila engkau mendakwa sesuatu maka dtgkanlah dalil..Dan apabila engkau membawa dalil pastikan ianya Sahih ' ..byk cerita² yg anta tulis x sebut dr mana asalnya..ambil iktikbar itu bagus..tp kesahihan cerita lebih utama..sekian

Hamka said...

almalaki

terima kasih kerana menegur..saya jahil/bodoh/hina…
aku suka cam gini, dan ramai member(pembaca blog setia) aku faham..
aku tak tulis hadith atau Quran sebab nak korang gi cari ustaz..korang rujuk..korang bergerak…kalau kou ustaz..kau boleh tulis dalil kat kotak komen..itu bagus untuk kau dan aku..
kalau aku salah , korang wajib bagitau..
kalau aku betul pun kena bagi tahu…
inilah yg dikatakan : ‘Kebolehan mengagihkan tugas’ Ha ha ha!!!

Kalau kau rujuk kotak komen terdahulu kau akan jumpa ramai gak yg bagi dalil dan Nas untuk benarkan pendapat aku atau untuk bangkang pendapat aku..itu yg terbaik..jadi kalau kau nak bangkang silalah guna satu kaedah feqh ' Apabila engkau membangkang sesuatu maka dtgkanlah dalil..Dan apabila engkau membawa dalil pastikan ianya Sahih ' .

Moral: baca post aku dan komen2nya sekali (promote), kalau tak boleh jadi sesat..(bukan fatwa)hi hi hi

kakashi_sensei said...

salam..
ak rase bid'ah mmg byk dilakukan oleh pend kat m'sia ni..

ape itu bid'ah?
ikut imam as-syatibi dlm al-i'tisom:
jln yg direka yg menyerupai syariat dgn tujuan berlebe2an dlm ibadat..

kadang2 ko tgk sesuatu yg ustz cter ni cam best je..
rerupenye dari tarikat/sufi..
xder dalam riwayat yg soheh or hadith nabi..

ak nk petik satu amaran nabi saw:

sesesungguhnye bdusta ke atas ku(gne nameku)bknla sperti bdusta ke atas org laen(gne name org laen).
sesape yg bdusta ke atasku dgn sengaje,siapkanla tempat duduknye dlm neraka.

ni hadith mutawatir,dr ibn al-Salah,'ulum hadith,ms 239.

p/s: bacela buku dgn byknye..
pastu baru tanye ustaz..jgn dgr n taqlid..even imam syafie pun sro tgglkn kate2 die yg bertentangan dgn quran n sunnah..allahu a'lam

Hamka said...

maka aku Muhammad Hamka pun suruh tiggalkan kate2 aku yg bertentangan dgn quran n sunnah..

harap maklum

kakashi_sensei said...

tambhn**

even dlm solat pun byk yg x ikut ape yg nabi buat..
lagi ske ikut mazhab..nape?
sedang satu kitab mazhab pun x penah abes bace.

cth-zikir dgn suare keras ramai2 afta solat,meraup muka lepas bace doa n afta salam dlm solat bukan dari sunnah nabi.

kte tgk pendapat imam2 muktabar salafussoleh macmane..
dierang x bagi cuz kate nabi x buat-bid'ah-neraka..

what wuld u say?

jgn taqlid..blajarla..
“ Al-Ittiba’ Walaisa al-Ibtida(ikut,Bukan Mengada-adakan ).

ittiba'-ikut dgn ilmu/dalil/nas2 yg soheh..

p/s: cari & tanyela ustaz yg soheh pengetahuan agamenye..sekian timekase..

Hamka said...

aku tak nak komen kau punya komen sebab dah tulis dah panjang lebar dalam tajuk: 'apa itu bidaah'..sila baca termasuk komennya sekali

terima kasih ninja!!

adadia said...

Jelas dan terang. Terima Kasih.

Najwa Aiman said...

membaca entri ni teringat2 ttg hadis yg disebut Rasulullah SAW bahawa ummat Islam akhir zaman itu ramai tetapi umpama buih-buih air bah. ketika itu Allah cabut dari hati musuh Islam perasaan gentar terhadap Islam (menyebabkan mereka tidak heran dah kat Islam ni... persetankan aje Islam.. diorang tak boleh buat apa2.. gitu) dan Allah campakkan dalam hati ummat Islam al-wahan, yakni, hubbud dunya, wa karoohiyatal maut (cinta dunia dan takut mati).

Hamka said...

adadia
Sudah terang lagi bersuluh..
(sama-sama)

--------
Najwa Aiman

Kita berada di zaman mengzahirkan hadith…
Apabila Nabi sabda Ummat ini macam buih…pastikan kita tergolong dlm golongan yg benar…jadilah watak ‘baik’ dlm mengzahirkan hadith..
Akhir zaman masjid kosong…zahirkan hadith itu dnegan menjadi watak yg ‘baik’..
Jadilah golongan yg sedikit dan aneh…
Beruntunglah merka yg sedikit dan aneh itu..oh…

Hari-hari sabda Nabi besar Muhammad s.aw.kita menjadi kenyataan…
Watak apakah yg kita mainkan dalam pengzahiran hadith ini?

(Opera hidup)

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikan kau wiranya

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya

Hamka said...

Berita terkini..

Semalam di Merchang terengganu sebuah bas berlanggar dengan sebuah kereta iswara sedan, ketika kejadian penulis dan dua kawannya sedang dalam perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu..aku pun pergi tengok keadaah ehwal dan aku rasa mungkin drebar kereta tu dah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas..walau camne pun aku lihat penumpang kereta tu masih bergerak..gerak dengan darah membajari wajahnya..aku dan kawan2 cuba menolong tapi tak terdaya..lalu aku dan kawan2 ku mengajar dia kalimah syahadah…dia hanya merintih..’tolong’ dengan perlahn2..
Kemuadian ada org lain menyampuk.. “tu org cina tu, tak payahlah talkin…aku tak pasti org tu cina ke melayu sebab kejadian berlaku waktu magrib..”argh..takpelah cinapun..masuk islam lagi bagus..namun org makin ramai datng dan aku telah tertolak ke belakang..
Camne hamka?
Tanya kawan aku..aku kemudian nampak ambulance dan bomba datng..
“kita serahkan pada yg pakar, kita gi solat dulu..

kamipun sambung perjalanan..entah hidup ke tidak mereka, masih belum di ketahui..hari ni search berita takde pulak…

sekian berita terkini..
hari ni dia jadi mayat..nanti korang pulak..aku pun!!!

gitartong said...

saya masih lagi jadi pembaca tulisan anda yang sedikit sebanyak membantu saya memantapkan ilmu walaupun jarang2 'mengomen'. sekian.

kasturi said...

as usual..ur writings truly touch my heart insyaALLAH :)
Syukran ya akhi

sama cam dlm peksa besar..ingat masa aku nak amik spm dlu..cik gu kata '1markah tu akan membezakan kamu..samada masuk local u atau menjejakkan kaki ke luar negara.' Aku rasa dia betol..mungkin..tp suma tu rezeki ALLAH TAALA..ala kat dunia ni apa nak heran..btol ckp ko..akhirat lg best ;)

Hamka said...

Cikgu Nizam

Terima kasih menjadi pembaca yg setia..

Aku juga masih membaca blog kawan2..
Aku juga mengamalkan system membaca tanpa tinggalkan komen..aku dapati kau ada kawan putaran blogger..dan aku tak ‘kawan’ semua blog yg kau link..aku hanya kenal black, atok, adadia dan beberapa lagi…itupun sebab diorang sudi naik kereta mayat..
Apa2pun Aku suka dengan cara kau komen…betul..aku suka gaya kau tinggalakn komen..sungguh bergaya..
Dan aku juga mengamalkan system menjawab semua komen..macam pendaqwah bebas di masjid..yg akan jawab semua soalan atau komen dari pembaca/pendengar..

Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus di perjalanan..

Selamat mengomen!!!

---------------
kasturi

aku ada tabiat yg buruk masa muda2 dulu..aku suka ‘sentuh’ hati org perempuan, err maksud aku, aku suka buat org perempuan jatuh cinta pada aku..oh..
dan aku rasa macam best gila bila ada org perempuan ajak aku couple…
dan aku rasa cool gila bila tolak lamaran mereka…
oh…kerana itu lagu2 yg ditujukan pada aku menyentuh perasaan belaka:

-hilang dalam terang…search
-kau kunci cintaku dalm hatimu..ramlah ram
-Anggapanmu..ziana zain
-Pedih..ella

Dan lain-lain..

Lain kali aku cerita bagaimana nak pikat perempuan ha ha ha!!
Bila? Mungkin bila dah ada cucu nanti..ha ha ha

Ps: aku hanya menyentuh perasaan, aku tak sentuh kawasan larangan!!!

budak shams said...

sabda rasulallah saw, yg maksudnya lebih kurang..
"Islam itu dianggap ANEH pada permulaannya, dan juga dianggap ANEH pada pengakhirannya.. maka beruntunglah mereka yg dianggap ANEH itu.."

Najwa Aiman said...

merujuk kisah eksiden yg ko nampak tu, hamka. deep down inside aku mmg jelak btol dgr org bezakan agama atas dasar kaum ni.

Hamka said...

budak shams

benar…sebenar-benarnya…

----------
Najwa Aiman

Islam bukan untuk org melayu..buatnya si cina tu islam? Macamnana? Kasihan..
Aku dengar kawan ngan seorang mua’laf yg badannya ada banyak tatoo…nanti kalau org jumpa dia tengah eksiden…oh tak payah ajar mengucap.tengok tatoo tu…oh..

Apa2pun aku dah check berita hari ini:

Peniaga maut kereta terperosok bawah bas
Oleh: RAJMAH HASAN

MARANG 16 Mei - Seorang peniaga maut manakala rakannya parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 38.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Merchang, dekat sini malam tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Tee Ah Aun, 23, berasal dari Subang Mewah Jaya, Subang Jaya, Selangor.
Ah Aun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu.
Sementara rakannya yang parah dikenali sebagai Lee Way Yeong, 26, berasal dari Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Farid Mahmud, berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam semasa mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dari Kuantan.
``Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta di laluan berkembar tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan.
``Kereta mangsa yang terperosok di bawah bas kemudian terseret kira-kira 30 meter dari tempat kejadian,'' katanya kepada Utusan Malaysia lewat malam tadi.
Farid berkata, akibat kemalangan itu, kereta mangsa remuk teruk menyebabkan pemandu serta rakannya tersepit dan kedua-duanya mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.
Anggota Bomba dan Penyelamat Marang terpaksa mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan Ah Aun yang tersepit manakala rakannya berjaya dikeluarkan dalam tempoh empat minit.
Sementara itu pemandu bas, Harun Karim, 49, dari Felda Kertih Ketengah Jaya, Dungun dan empat penumpang di dalam bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Harun ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia terpaksa memberhentikan bas apabila ternampak sebuah kereta dari arah bertentangan gagal melepasi kereta yang cuba dipotongnya.
``Saya tidak boleh buat apa-apa kerana kereta tersebut sudah terlalu dekat.
``Kereta itu akhirnya terperosok di bawah bas yang saya pandu,'' katanya.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

linanilza said...

ingat masa kat sekolah cikgu pernah suruh buat karangan peribaha "sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tidak berguna"
Kalau entri ni dibuat masa 10 tahun lepas, mesti aku dah copypaste cereita Bro Hamka ni...
ooohhh..
baru kini aku menyessal....

Hamka said...

menghabiskan masa membuat keputusan adalah kebih baik dari menghabiskan masa menyesal membuat keputusan...

Khairul Nizam Zainon said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hey what a great site keep up the work its excellent.
»

Anonymous said...

I find some information here.