Mar 4, 2020
U Turn atau jilat ludah?
Satu hari saya berborak dengan Pakcik di Cheras.
"pakcik, malam ni kita ada majlis fikir atas iman dan
amal kat surau pakcik, jom!"
"Saya tak suka ceramah macam tu"
"kenapa?"
"Ceramah tak pakai kitab, ntah apa apa korang cakap,
tak ada isi!"
"Ceramah politik pakcik suka?"
"Politik lagi bangang, semua suka U Turn dan jilat
ludah. Sekejap mahu Tun lepas tu tak nak Tun, sekejap marah orang lompat dari
parti dia tapi sekejap lagi setuju orang lompat ke parti dia. Bodoh semua
tu!"
Ok.. pendekkan cerita.
Hari lain, saya jumpa Pakcik tu solat Jumaat di Masjid Sri
Petaling. Sayapun tegur..
"Jauh pakcik datang dari Cheras untuk solat Jumaat kat
sini, kenapa?"
"Kat sini Khutbah Jumaat sedap, khatib tak baca kitab,
cakap direct dari hati"
Eh? Pakcik ni U Turn ke Jilat ludah ni?
Woha!
Ps: Takpe U turn, asalkan U Turn Hasanag
Mar 3, 2020
Anak kecil Main Api?
(Isteri request nyanyikan lagu Anak Kecil Main Api)
Maka saya rakam, maaf sebab suara sumbang tapi gigih mahu
menyumbang, lalu lagu ini ditujukan kepada semua anak melayu, dengan pesanan,
tak rugi jika melayu bersatu, tak rugi jika semua Islam bersatu!
Terimalah Lirik Lagu bersama video
Anak Kecil Main Api versi Kereta Mayat
Woha!
Lirik:
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Mar 2, 2020
Filem 'Rise' paling hebat?
(Tolong saya bantu saya)
Sempena kejatuhan PH dan kebangkitan MN
Saya pun google filem tentang Rise.
Saya jumpa 10 tajuk filem ada perkataan
"Kebangkitan"
Jadi.. Tolong saya, dalam 10 filem bertajuk 'Rise' ini,
filem mana paling best dan filem mana paling tak best. Nak tonton untuk buat
semangat dalam kebangkitan perjuangan.
Tolong!
1. Dark knight Rises (2012)
2. The Rise of Skywalker (2019)
3. Rise of the Guardians (2012)
4. Rise of the Planet of the Apes (2011)
5. G.I. Joe: The Rise of Cobra (2005)
6. Underworld: Rise of the Lycans (2005)
7. Fantastic 4: Rise of the Silver Surfer (2007)
8. Hannibal Rising(2007)
9. The Rise of Scorpions King (2002)
10. Rise ini Kalilah (2018)
Terima kasih.
Woha!
#hamkafilm
Feb 16, 2020
Dari mana kita datang dan ke mana kita pergi?
Satu hari dalam kereta, anak tanya soalan:
“ayah, dari mana kita datang dan ke mana kita pergi?”
“Kita datang dari belakang dan pergi ke depan”
“Jawab betul betul lah ayah, nak catat ni”
“ok.. dengar…”
“Kita datang dari Kehendak Allah, dan kepada Kehendak Allah
kita pergi.”
“Jelas lagi”
“Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi manusia,
lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada pada kita.”
“ok, lagi!”
“Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang
buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita,
kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang
menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”
“boleh cerita Panjang sikir tak ayah?”
**
Seperti yang korang semua tahu, Hidup ini di bahagikan
kepada tiga kehidupan…Iaitu:
-sebelum
-semasa
-selepas
atau untuk lagi mudah faham:
1.Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)
2.Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua kutuk)
3.Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, shurga)
Tahukah korang Bahawa kehidupan pertama ada persamaan dengan
kehidupan ketiga?.
Tahukah korang Bahawa kehidupan sebelum hidup ada persamaan
dengan kehidupan selepas hidup?
Tahukah korang Apakah persamaan itu?
Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-
Contoh:
Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim yang langsung
korang tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak jadi orang Islam,
-Nak jadi orang Melayu macam saya,
-Nak jadi cantik macam artis Korea
-Nak jadi anak orang kaya macam dalam drama Melayu
-Nak lahir di hospital first class anak Datok siti
-Nak lahir Tarikh sesunan cantik.
-Nak jadi anak Dato’ supaya boleh mengabiskan duit mak
bapak,
-Nak jadi lelaki supaya tak payah pakai tudung
-Nak jadi perempuan supaya waktu haid tak payah sembahyang.
-Nak lahir zaman PM4 sebab konon zaman PM7 hidup susah.
-dan macam macam lagi!
TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KERANA ALLAH Yang Maha Berkehendak TELAH BUAT KEPUTUSAN,
SIAPA KORANG AKAN JADI..
TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,
Korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak kembali dunia walau sesaat,
-Nak bangkit dari kubur untuk peluk mak ayah sebab menyesal
derhaka,
-Nak jalan-jalan kubur orang lain,
-Nak bangun dari kubur ajak kawan kubur sebelah pergi
shopping di Ikea
-Nak jadi hantu kacau jiran sebelah,
-Nak balik kampung untuk sambut raya,
-Nak kiamat cepat sebab tak tahan kena pukul dan sebat dalam
kubur,
-Nak beribadat sebab menyesal asyik lewat solat masa hidup,
-Nak jadi orang baik sebab menyesal kat dunia kutuk orang
yang baik,
-Nak jadi tanah sebab menyesal banyak sangat dosa,
-Nak jadi mayat dalam mayat,
-Tak nak jawab soalan malaikat sebab susah,
-Nak tengok Astro
-Nak update FB
-Nak tengok baju artis geger Vaganza
dan banyak lagi TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
APAKAH NASIB KORANG NANTI…
TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Dan tahukah korang?
Bahawa takdir di KEHIDUPAN KETIGA adalah berdasarkan PILIHAN
dan KEHENDAK yang korang dan saya buat di KEHIDUPAN KEDUA..?
Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita
membuat PILIHAN!
Dan segala pilhan kita di sini akan menentukan masa depan
kita di sana( akhirat)…
Oleh yang demikian:,
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK
NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU
BETUL!
Allah tak letakkan KEJAYAAN korang di ‘next world’..pada
‘siapa’ korang, kaya ke, OKU ke, miskin ke, kaya ke, tapi KEJAYAAN adalah pada
‘PILIHAN’ korang…
Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘kehendak’
dan ‘pilihan’ yang betul…
Saya ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT KEHENDAK DAN
PILIHAN YANG BETUL!
Inilah ‘kuasa’ yang Allah bagi pada manusia yang menentukan
Syurga atau Nereka.
Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua
perkara…
Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan
atau jalan kebinasaan.
Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di
antara dua perkara…
Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih
jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!
Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN
KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!
Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka
yang berada di Neraka tapi tidak di layan:
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al
A’raf 7:50)
· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan
walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab
dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan
dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah
32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para
pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)
Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana
sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini
tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata
darahpun tiada guna sedikitpun.
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang
berkejolah.oh..!
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk
selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang
berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di
akhirat)
So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah
tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul.
Saya ulang:
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK
NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU
BETUL!
MAKA PILIH PILIHAN YANG BETUL SUPAYA TAK PAYAH NAK
DIPERBETUL!
(dah lama saya berceramah sambil memandu, suasana sunyi
sepi, saya toleh, semua anak dah tidur)
Inilah akibat MEMILIH dengar ceramah sambil tutup mata.
Woha!
Feb 15, 2020
Awal agama Mengenal Allah?
(Panjang sikit tapi berbaloi, ha ha ha)
Soalan pembaca:
“Saya tak jelas dan tak faham maksud, ‘Awaluddin
Makrifatullah’ (awal agama mengenal Allah), Betul ke jika kita tak kenal Allah,
solat akan jadi sia-sia dan tidak sah? Betul ke kena tahu Makrifatullah, baru
boleh amal ugama?, boleh cik Hamka terangkan?”
Jawapan abang mayat:
Saya pernah jumpa orang yang yang dah tua, tapi tak solat,
sengaja tak solat, dan alasan yang mereka bagi akan kenapa tak solat adalah
sebab belum mengenal Allah dengan sempurna, maka solat tak sah sebab belum
kenal Allah… ‘Awaluddin Makrifatullah’, katanya.., kalau solat jugak akan jadi
sia sia, bla bla bla.., dulu masa mula mula islam, Nabi tak ajar solat pada sahabat,
Nabi ajar Makrifatullah dulu, bla-bla-bla.., Laisa kamithlihi syaiun
bla-bla-bla, Kita kena kenal asma Allah, kenal afaal serta sifat 20
bla-bla-bla..,. begitulah lebih kurang hujah mereka pada saya..
Saya malas nak berdebat, sebab mereka ni sama jugak hampeh
macam golongan anti hadith yang saya pernah cerita dulu, solat tak sah sebab
tak kenal Allah konon.., tapi anak dah berderet kesan persetubuhan secara sah
yang di sahkan oleh tok kadi berserta 4 saksi yang berkata sah setetah di tanya
sah, lalu menjawab sah-sah, maka korang kira sah pulak? Apasal untuk solat kau
cakap tak kenal tuhan tapi masa nak berlaga lubang kencing, kenal pulak kau
siapa tuhan.., Tak ke hampeh?!
Arhh, malas saya nak mengutuk si tua kutuk.., semoga Allah
ampunkan dosa kita bersama dan selamatlah semuanya menuju damai abadi..
mudah-mudahan.
Maka, kepada mu’alaf yang baru masuk islam pagi tadi, tak
payah pening pening dengan dakyah puak puak yang malas solat tu, nak kena kenal
Allah baru solat, baru puasa, bla bla bla, persetankan mereka, korang
sembahyanglah zohor nanti sekadar yang korang tahu walaupun mungkin korang
belum ‘mengenal Allah’…
Sebab?
Semua tahu sudah, al fatihah itu termasuk rukun 13 yang
wajib di baca, jika tak baca solat tak sah, tapi jika ada yang belum hafal
surah al fatihah, baru masuk islam lepas subuh tadi atau memang kepala otak
benak, tetap kena solat dan solatnya tetap sah, dengan syarat dia berusaha
untuk hafal surah tu, takde masalahpun,
Begitu jugak jika betullah korang belum kenal Allah, baru
masuk islam lepas subuh pagi tadi atau memang kepala otak benak takboleh hafal
tetap kena solat dan solat tetap sah, dengan syarat kita berusaha untuk kenal
Allah, takde masalahpun, Faham?!
Bab nak kena kanal Allah secara hakikat baru solat tu tak
betul dan mengarut, Nabi dah suruh budak-budak umur 7 tahun supaya mengerjakan
solat, dan pukul mereka bila masuk 10 tahun jika enggan solat, bermakna jika
umur kecik dah Nabi suruh ajar solat, apatah lagi bila dah besar?
Nampaknya, ni semua kerja syaitan nak sesatkan manusia,
sebab?
Setan cakap, kalau nak sedekah, kena kaya dulu, kalau nak
buat dakwah, kena jadi baik dulu, kalau nak solat, kena kenal Allah dulu..
Sedangkan Nabi pulak cakap, kamu sedekah nanti Allah tambah
rezeki, sampaikanlah walaupun satu ayat, walaupun kita belum baik, dan solatlah
bila masuk umur 7tahun..
Nampak?
Bab Kenal Allah tu, rujuk suraj Al ikhlas, Allah itu satu,
Allah itu tempat bergantung semua makhluk, tidak beranak dan di peranak, dan
tiada satu pun yang sama denganNya.
Faham sifat Allah dalam surah al ikhlas tu, dah dapatlah
ikhlaskita untuk tunaikan solat,
Faham tak?
Tapi saya rasa, korang mungkin tak puas hati jika saya jawab
sampai sini sahaja, korang nak saya terangkan jugak apa itu ‘Awaluddin
Makrifatullah’
Baiklah, setelah beranggapan bahawa korang baru masuk islam
pagi tadi lepas subuh misalnya, dan datang jumpa saya nak belajar ‘Awaluddin
Makrifatullah’, nak belajar mengenal Allah, sedang saya pun tak pandai jugak,
belum sempurna kenal Allah.., maka kita muzakarah sama-sama bab ini.. Ada tiga
tahap asas dalam belajar mengenal Allah.
Straight to the point, kita rujuk sejarah kisah orang yang
awal-awal masuk islam, kita rujuk akan bagaimana mereka belajar ‘Awaluddin
Makrifatullah’…
Orang yang saya maksudkan adalah Sahabat Nabi yang paling
unggul, lebih tinggi darjatnya dari mana mana ulamak semua zaman, antara
manusia yang Malaikatpun kagum, dan Allah berkirim salam, siap bagi jaminan
ahli shurga ketika beliau belum mati lagi, hamba Allah yang kita cari-cari itu
adalah Encik Abu Bakar radialluanhu.
Sewaktu beliau mula mula masuk islam, beliau terus tanya
Nabi, “apa tugas saya?”
Nabi tak cakap, kau kena bertapa kenal Allah dulu atau Nabi
suruh beliau duduk kaji siapa Allah atau suruh kaji sifat 20 ke apa,
bukan-bukan dan bukan! Dan Nabi belum suruh Abu Bakar Solat sebab wahyu bab
solat belum turun masa tu, jadi..
Apa Nabi cakap?
“kerja saya, kerja kamu”
Apa kerja Nabi?
“Dakwah manusia kepada Allah..”
Maka Abu Bakar RA pun buat dakwah dan pada hari tu jugak
beliau berjaya dakwahkan 6 orang sahabat lain yang unggul jugak, dan 6 sahabat
yang lain bila masuk islam, pun terus buat dakwah, dan islamkan orang lain
pulak, dan orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga
orang-orang lain pun islam dan buat dakwah sehingga orang orang orang islam
lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang orang orang
orang lain pun islam dan buat dakwah sehinggalah! KORANG DAN SAYA dapat amal
ugama islam hari ini tapi sayang tak buat dakwah lalu terkial kial mencari
makna makrifatullah..
Tak ke hampeh?
Maka fahamlah saya bahawa, ‘Awaluddin Makrifatullah’, akan
tercapai apabila kita tunaikan perintah pertama yang di amanahkan oleh Nabi
Muhammad SAW ketika awal awal memeluk Islam pada mana-mana sahabat Nabi
khususnya dan ummat Islam amnya!
Bagaimana Dakwah boleh membawa kepada ‘Awaluddin
Makrifatullah’?
Dakwah kepada Allah akan membawa kepada ‘Awaluddin
Makrifatullah’ adalah kerana, dalam Dakwah, kita akan bercakap dan bercerita
atau menyeru tentang kehebatan dan kebesaran Allah, menyeru tentang Kekuatan
dan Keesaan Allah, yang mana semua itu akan memberi kesan kepada hati si
penyampai sehingga akan terkeluarlah dari hatinya akan segala kebesaran makhluk
dan terpenuhlah hati itu dengan kebesaran Allah sehingga yakin sempurna telah
datang bahawa Allah yang berkuasa dan makhluk lansung tiada kuasa..
Maka pada tahap itu, Makrifatullah telah mencapai tahap
pertama…
Tahap yang kedua adalah, bila kita buat dakwah, kita akan jumpa
manusia yang bermacam ragam, ada yang akan mencaci, atau ada yang memuji, atau
ada yang suka, atau ada yang marah, atau ada yang akan baling batu atau mungkin
ada yang akan bunuh kita!
Waktu itu, setiap layanan yang kita terima dalam berdakwah,
sama ada baik atau buruk, sama ada sakit menderita atau dimulia, fahamlah kita
pada waktu itu akan kehendak Allah yang telah di zahirkan dalam bentuk ujian
dari jenis manusia yang telah di takdirkan oleh NYa..
Waktu itu, melalui hati dan perasaan yang kita selami ketika
kita berhadapan dengan ragam manusia, kita akan kenal sifat-sifat sebenar yang
bertapak dalam diri kita seperti di mana sabar kita, di mana sombong kita, di
mana hikmah kita, di mana ikhlas kita, dimana tawaduk kita dan lain lain, dan
setelah melalui semua itu, barulah kita kenal siapa diri kita yang sebenar dan
setelah kita kenal diri kita, maka kita akan kenal Allah…
Saya ulangi,
'Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan
Tuhannya'
Sebab tu kita boleh kenal ‘diri kita’ dan kenal Allah,
melalui perantaraan kerja dakwah, Nabi Muhammad di baling batu, apa jawab Nabi:
“asal Allah redha”sebab Nabi kenal Allah dan kenaldirinya sendiri.
Jadi cuba tengok ketika kita berdakwah hari ini, ada kena
baling batu macam Nabi? Ada kena lempang macam Nabi kena lempang?, paling
kuatpun setakat kena maki.., apalah sangat.., jadi kenallah diri kita akan
darjat kita yang jauh dan rendah berbanding Nabi dan Sahabat... oh! Tak lah
kita perasan bagus!
Kerana itulah, bila Abu Bakar r.a masuk islam, terus Nabi
Muhammad SAW suruh Abu bakar RA berdakwah kerana inilah caranya mengenal Allah,
lantas, on the spot, Abu Bakarpun buatlah dakwah, dan dakwah pulak orang lain
buat dakwah sehingga berkembanglah ugama sampai terciptanya kereta mayat,
sampai hari ini yang mana agama terus di kembangkan oleh pihak pihak yang
terpilih..
Apa lagi nak di kata?
Ketika Bilal di azab, beliau merasai kemanisan iman, kerana
beliau kenal Allah
Bila orang Islam di boikot di lembah Abu Mutallib, mereka
sabar dan faham kehendak Allah, kerana mereka kenal Allah,
Bila Nabi di baling batu kat Taif, Nabi sabar dan mengadu
pada ALlah, “pada siapa kau hadapkan saya? Pada musuh? Saya tak peduli, asal
Engkau redha”
Apa lagi nak di kata?
Baik, sekarang kita pergi pada tahap ketiga:
Saya ambik satu lagi contoh iaitu kisah kita yang kenal bini
kita, kenalnya kita dengan bini kita adalah kenal melalui apa yang bini kita
suka dan apa yang bini kita tak suka..
Kalau kita cakap kita kenal bini kita tapi tak tahu apa yang
bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka.., maka kita sebenarnya Belum
kenal bini kita lagi..
Saya kalau pergi pasar malam, saya tahu apa bini saya suka
makan dan apa benda yang bini saya tak suka makan..
Kadang kadang bila nampak apa yang bini saya suka,, saya
akan terbayang wajah bini saya yang comel pada benda yang menyukakannya..,
macam jugak bini saya yang akan nampak kehenseman saya di sebalik teh tarik
misalnya atau korang yang tersenyum tengok kereta mayat lalu terbayang saya
yang comel dan qiut.. woha!
Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik
baca FB waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa
gelabah sebab kita kenal bos kita!
Woha!
Jadi, peringkat ke tiga dalam mengenal Allah, adalah apabila
kita kenal apa yang Allah suka dan kenal apa yang Allah tak suka, pendek kata,
tahu perintah Allah dan tahu larangan Allah, serta tunai mengikut keutamaan..
ini perlu lepada ilmu, maka pergilah belajar..
Dan orang yang tahu perintah dan larangan Allah tapi masih
tak laksanakan adalah orang yang belum kenal Allah kerana tidak tahu betapa
dahsyatnya Azab Allah dan betapa besarnya Rahmat Allah!
Faham?
Ketahuilah, Orang yang menyangkakan ada musuh yang lebih
bahaya dari dirinya sendiri, maka dia Belum mengenali dirinya sendiri, dan
orang yang tidak mengenali dirinya sendiri, maka tidak akan kenal siapa
Tuhannya…
Now you know
End
Feb 14, 2020
Moral di sebalik Filem?
(kerana dia anak syurga)
Pada satu hari, seorang bapa kelihatan sedang marah pada
anaknya yang berumur lapan tahun kerana tidak cemerlang dalam exam, anak di
jerit, dipukul, dan akhirnya si anak di paksa tinggal di asrama, anak menangis
sedih sebab terpaksa berpisah dengan ibu.
Dalam kelas semua pelajar ceria tapi si anak ini terus sedih
dan murung, hinggalah seorang guru mendekati dan sedar bahawa budak itu OKU
walaupun fizikalnya nampak normal, lalu cikgu ni pergi bertemu ibu bapa dan
diceritakan bahawa anak tuan adalah OKU.
OKU budak tu bukan Autisme, budak tu adalah Disleksia, lepas
dah tahu si anak OKU Disleksia, guru dan perent membantu si anak dengan cara
yang baru mereka faham, dan anak akhirnya berjaya.. dan kisah ini berlaku di
India, dan dilakonkan semula dalam filem Taare Zameen Par, lakonan Aamir Khan
sebagai guru yang masa kecil juga hadapi masalah disleksia.
Dari filem ini kita faham masalah sama juga berlaku di
seluruh dunia, parent tidak tahu si anak OKU sebab nampak normal tapi di
sekolah si anak ada masalah pembelajaran, senang di buli, terasing, dan suka
menyendiri, lalu cikgu perasan dan bagitahu parent, ada parent yang boleh
terima dan terus bawa anak jumpa doctor untuk di sahkan OKU, tapi ada juga
parent yang tuduh cikgu malas ajar anak dia dan paksa anak jadi OKU, adohai..
Maaf, saya tak ada link untuk filem itu, namun..
Bagi parent yang ada anak kecil, saya ada share video
tanda-tanda anak autism.
Kemudian saya juga kongsi video kelebihan si anak jika
memiliki kad OKU
Saya juga share kaedah nak buat perturuan asas sebelum anak
masuk ke sekolah
Saya juga share kisah sedih anak OKU Autisme di tadika
Selain itu, saya share juga aktiviti di pantai yang percuma
untuk terapi anak autism
Dan ada banyak lagi video tentang anak syurga saya share di
Channel Yotutube saya, https://www.youtube.com/user/HamkaMayat
Selamat menonton.
Akhir kata:
Sebarkan mesej ini, masih ramai parent yang tidak tahu apa
itu Autisme, dan turus berharap si anak yang pelik dapat sembuh bila dewasa
padahal Autisme bukan penyakit, ianya tidak boleh disembuhkan, tapi boleh di
rawat untuk mengurangkan tingkah laku yang tak elok melalui terapi awal.
InsyaAllah
Ps: Saya juga ada menulis buku berjudul "Kerana Dia
Anak Syurga" terbitan Puteh Press, kisah fasa saya berdamai dengan takdir
lalu menerima bahawa anak saya OKU dan saya Okey.
Woha!
Feb 10, 2020
Rahsia ilmu Tasauf?
(Baca sampai habis tak boleh langkau)
Bila kita cerita bab ilmu tasauf, kebanyakkan orang akan
terbayang di kepala mereka akan pendekar wali wali yang mempunyai ilmu keramat
tertentu, seperti boleh jalan atas air macam labah labah atau boleh menyelam
tak timbul timbul , atau boleh terbang macam burung atau juga boleh ghaib macam
malaikat
Kemudian terbayang lagi bahawa ahli tasauf adalah ahli
Hakikat, Tarikat, Makrifat, yang mengamalkan zikir zihri dan zikir qulbi, ada
tasbih yang berjumlah seribu ke atas, sentiasa bersuluk dan mencapai makam
khasyaf sehingga boleh melihat alam ghaib dan juga suka merahsiakan ilmu kepada
orang awam dalam mujahadah mendidik tujuh nafsu menjejak cinta ilahi.., begitu
lebih kurang…
Lalu saya di tanya orang, cik hamka macam tu ke? Cik Hamka
ada ilmu Hakikat, Tarikat, Makrifat tak?, ada amal zikir zihri dan zikir qulbi
tak? Atau cik hamka pergi tak bersuluk? khasyaf tak cik hamka? boleh jalan atas
air macam spider tak?, atau boleh menyelam tak timbul timbul macam mentibang
laut tak?, atau boleh terbang macam cicak kubing tak?
Tengok! Asal cerita pasal tasauf, korang terus merujuk
kepada wali, atau bercita cita nak jadi wali, gua memang wali wa cakap lu, gua
wali anak perempuan gua bila nak kahwin nanti lu semua dah tahu..
Ok, dalam kita agungkan wali, jangan lupa taraf mereka para
wali lebih rendah dari taraf Nabi dan Sahabat… kena faham tu, dan kita
diperintah untuk ikut jejak langkah Nabi dan Sahabat, yang mana para walipun
kena ikut mereka.. iaitu Nabi dan Sahabat berdakwah, maka kita semua wali wali
anak perempuan ni juga kenalah berdakwah.
Kadang ada orang bila bercerita tentang wali yang duduk
bersembunyi dalam hutan, tak kahwin, berzikir siang malam, puasa makan bertih
konon seolah olah darjat wali ni lebih tinggi darjat dari Sahabat Nabi yang
hidup berumah tangga, solat Jemaah, mengajar di masjid, berdakwah dan macam
macam. Jadi dalam kita ghairah nak cerita kisah wali, jangan lupa cerita kisah
sahabat Nabi.
Ingat tak, Zaman nabi dulu dah ada tiga orang hamba Allah
yang jumpa nabi dan bila tahu amalan nabi amat sikit berbanding mereka, terus
hamba Allah ni perasan bagus, sambil berbangga dengan amal masing masing,
sempat mereka berkata:, kami solat malam tak tidur-tidur, kami puasa setiap
hari, dan kami beribadat pada Allah tak kahwin-kahwin..
Lalu Nabi Muhammad SAW tegur mereka, sambil mengaku bahawa
Nabi solat malam dan tidur jugak, Nabi berpuasa dan berbuka, dan Nabi kahwin
lebih dari satu, last sekali, nabi cakap, siapa yang tak ikut saya, BUKAN UMMAT
SAYA!
Faham?
Jadi amalam tasauf yang korang imiginasikan dengan merujuk
kepada ahli zikir tarikat dan para keramat, dan tuduh saya tak amal tasauf
adalah silap, sebab maksud tasauf itu bukan begitu yang saya faham..
Jadi, apa itu tasauf? Nabi ada ajar sahabat ilmu tasauf tak?
Baik, kita akan bincang slow-slow bab ni, Sebelum tu saya
nak petik dulu satu kisah yang popular di kitab kitab zaman berzaman sebagai
rujukan dalam memahami ilmu tasauf.. mudah-mudahan…
Bermula al kisah, pada zaman dahulu kala, ada cerita tentang
3 orang Bani Israel yang terperangkap dalam sebuah gua. Kemudian, mereka
cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh dan menutup
pintu gua itu namun tidak berjaya jua.
Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya
menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan berdoa sambil menyatakan
kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan
doa mereka.
Pemuda pertama doa dengan bertasawul pada amalan dia yang
tak pernah derhaka pada orang tua, batu itu pun gerak sedikit tapi tak lepas
nak keluar.
Pemuda kedua doa dengan bertasawul pada amalan dia yang tak
menolak zina sewaktu wanita paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun
gerak sedikit lagi tapi masih tak lepas nak keluar.
Pemuda ketiga doa dengan bertasawul pada amalan dia yang
jujur dalam membayar upah pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun
selamat dari terperangkap dalam gua.
Apa yang kita faham dari cerita ini?
Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada
tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-
1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan:
“AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari
segala yang lain.
2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita
namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang
zina, tapi membatal niat dan akhirnya berkahwin dengan wanita itu demi menjaga
maruah.
3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:,
“MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja
secara telus.
Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT
adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka
bumi..
Ketiga tiga perkara ini adalah seperti tiga buah bangunan
yang berdiri teguh setelah di sokong oleh landasan/basement yang kukuh, atau
seperti tiga pohon pokok besar yang tumbuh tegap setelah di sokong oleh akar
akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak bumi.
Soalannya sekarang, dari mana datangnya landasan/basement
yang kukuh atau akar akar yang kuat dan kukuh sebagai pemasak utama dalam
membagunkan tiga perkara besar iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT?
Jawapannya adalah RUKUN ISLAM yang lima iaitu Kalimah
Syahdah, solat, puasa, zakat dan haji yang mana amalan ini adalah terlindung,
manusia tak nampak, orang kafir tak nampak, korang solat banyak manapun, baca
al quran dan zikir banyak-banyak, semua tu orang tak nampak, sebab itu
perumpamaan kepada Rukun islam yang lima ini adalah benda yang terlindung dalam
bumi, seperti
landasan/basement yang kukuh atau akar akar yang kuat dan
kukuh sebagai pemasak utama..
Jadi, perkara yang tidak terlindung, yang memang manusia
nampak, orang kafir pun nampak, adalah tiga perkara utama iaitu, AKHLAK,
MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.
Orang kafir dan manusia lain menilai orang islam berdasarkan
tiga perkara ini, jika mereka melihat orang islam suka gaduh gaduh, caci, serta
menghina, dah jelas AKHLAK orang islam itu dah rosak, atau yang suka berzina,
kacau bini orang dan rakam gambar kekasih dalam keadaan berbogel misalnya, dah
jelas MUNAKAHAT orang islam tu dah punah, dan jika suka curi tulang, ponteng
kerja, malas kerja, makan rasuah dan sebagainya, dah tentu kantoi bab MUAMALAT.
Jadi tiga perkara ni adalah cermin kepada setiap individu
muslim yang mana 3 perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT akan betul jika
rukun islam yang lima juga betul, yelah, pokok tak kan tumbang jika akarnya
kukuh bukan?, atau bangunan tak kan runtuh jika basementnya teguh, betul tak?
Maka, masalah orang islam hari ni, mereka dah kantoi dalam
Rukun Islam yang lima, lantas merosakkan 3 perkara asas kehidupan, Akhlak jadi
buruk, Munakahat tak jaga, dan Muaamalat dah tak ikut hokum, habis dunia
rosak..
Sedang dalam cerita kisah tiga pemuda yang terperangkap
dalam gua, Allah nak bagitau pada kita bahawa, apabila kita ada masalah dalam
hidup, kita kena selesaikan melalui 3 amalan ini, iaitu AKHLAK, MUNAKAHAT, dan
MUAMALAT, faham tak?
Dalam cerita tu juga gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja
betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika dah tak
tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin dan jangan lupa cari rezeki yang
halal, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan
selesaikan segala masalah! insyAllah!
Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes
pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa
‘batu yang besar’ dan semua orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu
tu, ada yang nak bina senjata, nak bina teknologi, nak boikot sana sini, nak
menyanyi dan sertai parti shok sendiri,
tapi mereka lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih
hanya apabila mereka betulkan amal, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan
MUAMALAT, dan untuk betulkan 3 perkara itu, nak kena betulkan tapak
basementnya, atau akarnya iaitu Rukun islam yang LIMA, nak tak nak, hanya ini
caranya dan Ini lah jalan yang telah ditunjukkan oleh para NABI dan SAHABAT
NABI MUHAMMAD SAW..
Faham?
Kita kena betulkan 5 rukun islam, baru 3 perkara iaitu
AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT jadi betul dan selesailah segala masalah
didunia dan di akhirat..
Dah sebagai peringatan, sekiranya korang dah sempurnakan 5
rukun islam, tapi derhaka pada suami, atau mak bapak, tetap masuk neraka, atau
dah bagus rukun islam yang lima tapi berzina atau makan rezeki yang haram,
semua akan bawa kepada jalan masuk nereka, sebab tu kita selalu dengar pesanan
ustaz:
Mengamalkan rukun islam lima perkara belum tentu masuk shurga
jika… AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT tak betul, tapi dah tentu ketidak betulan
akan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah berpunca dari Rukun islam yang di
tunaikan dengan cara yang tidak betul.. faham?
Habis tu hamka, apa kena mengena cerita kau dengan tasauf?
Laa, saya lupa, punya panjang intro, baru kita pergi pada
tajuk entry.. baru intro jer tu..
Ok, Senang begini, saya tahu benda ni banyak pecahan, tapi
sebab nak bagi mudah faham, saya pecahkan pada dua sahaja, iaitu, dalam bab
kita belajar ugama, ilmu ni kita bahagi kepada dua:
Satu: Ilmu FEKAH.
Dua:. Ilmu TASAUF
Maksud Ilmu FEKAH, atau Ilmu MASAIL, atau Ilmu SYARIAT,
(semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU
UNTUK MENGETAHUI SYARAT AMAL DI TERIMA, seperti Ilmu
Hukum-Hakam, Sah-Batal, Sunnah Bidaah dan yang sewaktu dengannya..
Atau senang cerita: Ilmu FEKAH adalah: ILMU UNTUK MENGETAHUI
SYARAT AMAL DI TERIMA.
Manakala, Maksud ilmu TASAUF, atau Ilmu MAARIFAT, atau Ilmu
HAKIKAT, atau ilmu ROHANIAT, (semua benda yang sama lebih kurang), adalah: ILMU
UNTUK MERASAI ADAKAH AMAL SUDAH DI TERIMA ATAU TIDAK. Yang mana Ilmu ini
bermula dengan membetulkan niat dan berakhir dengan mencapai darjat Ehsan iaitu
dapat melihat Allah lalu gunakan amal itu untuk selesaikan semua masalah yang
korang tafsirkan sebagai keramat..
Atau senang cerita: Ilmu TASAUF adalah: ILMU UNTUK
MENGETAHUI 'ADAKAH' AMAL DI TERIMA dan gunakan amal itu untuk selesaikan semua
masalah.
Faham?.
Ramai orang yang belajar ilmu bab syarat amal di terima tapi
tak ramai yang nak belajar ilmu bab amal yang melayakkan untuk di terima. Sebab
ilmu ni berkaitan dengan benda yang tersembunyi seperti hati nak kena jaga,
pakaian nak kena jaga, makanan nak kena jaga, tempat berdiri nak kena jaga, dan
banyak cabang serta pecahannya, namun yang asas adalah merujuk kepada niat dan
sejauh mana cara Nabi di hubungkan….
Dan untuk ilmu fekah, ramai orang tahu amal kita sah atau
tidak, boleh rujuk kitab dan ustaz, tapi dalam bab ilmu tasauf, hanya korang
dan Allah yang dapat tahu mana amal yang di terima, dan mana amal yang di
tolak.. dan inilah jalan takwa.., akan timbul rasa takut dan harap di hujung
setiap amalan.. dan akan timbul niat untuk baiki amal dari masa ke semasa, dan
akan wujud ghibtah kepada mereka yang sempurna amal, serta akan wujud kasihan
kepada mereka yang belum mencapai amal, begitu lebih kurang.., benda ni payah
nak cerita, tapi gitulah bunyinya setakat yang saya paham..
Sebab tu dalam kitab kita boleh jumpa ungkapan seoarang alim
yang berkata bahawa saya tahu mana doa yang di terima iaitu apabila hati
bergetar, air mata mengalir dan badan menggigil dan hubung kait akan bagaimana
para sahabat Nabi yang tahu amalan mereka diterima melalui qabulniat, yang mana
mereka gunakan amal untuk selesaikan segala masalah yang korang tafsirkan
sebagai keramat...
Banyak cerita dalam rentetan sejarah perihal mereka-mereka
yang tahu amal mana yang diterima atau tahu bagaiamna amal itu layak diterima
lantas gunakan amal itu untuk selesaikan masalah, macam kisah Saidina Ali dan
pengisar gandum, kisah sahabat hidupkan keldai, atau kisah sahabat yang
mendapat air telaga kausar, atau kisah tentera islam berkuda yang berlari atas
air, dan beribu lagi rentetan sejarah yang menunjukkan para sahabat
menyelesaikan masalah dengan perantaraan amal yang mana disinilah ajaran tasauf
di kenali sebab benda ni nampak macam keramat sedang ia adalah nusrah Allah
kepada ummat akhir zaman yang dapat merasai amal mana yang di terima dan guna
amal itu untuk selesaikan masalah, inyAllah..
Sama macam kes kisah pemuda dalam gua di atas, yang tahu
amal itu layak di terima, lalu guna amal itu untuk keluar dari masalah, lantas
pintu gua terbuka kerena mereka telah guna AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT yang
betul.., kita rujuk balik kisah sahabat, bagaimana AKHLAK, MUNAKAHAT, dan
MUAMALAT mereka yang mana melalui amalan ini, Allah buka pintu pintu hidayat
sehingga berbondong bondong orang kafir masuk islam dan seterusnya mengukuhkan
kaki kaki mereka dalam usaha menakluk dunia dengan cara yang disukai Allah..
Jadi soalan paling popular hari ni, tentang kenapa orang
islam lemah?, kenapa orang islam di tindas dan orang kapir pulak susah nak
masuk islam malahan nak bunuh pulak orang islam, kenapa ek?
Kerana, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT dah rosak, yang
derhaka pada suami dan mak bapak, orang islam kitalah, yang berzina dan makan
rasuah, orang islam kitalah, dan kenapa semua jadi lagu tu?, sebab kantoi rukun
islam yang lima, kalimah tidak diperbaharui dengan banyakkan dakwah, solat
pulak dilengahkan, puasa sebab suasana, zakat tak bayar, pergi haji sebab nak
selfie dan sebagainya..oh oh..oh..
Lepas tu nak pulak korang mengaku dah belajar TASAUF?
Hampeh seribu kali!
Panjang saya nak cerita, tapi sebab buah cempedak di luar
pagar dah habis dijolok, sampai sini sahajalah, bertemu lagi kita lain kali
jika belum jadi mayat,
*****
Eh, Hamka!, nak ke mana tu?, pintu gua ni siapa nak bukak?
Kau suruhlah kawan kau sembang berapi hakikat syariat tu
yang bukak, merekakan ada keramat..
Lalu saya beredar dengan sangkaan yang baik, eh, saya nak
kemana?, pintu guakan sedang tertutup..isk,isk…
Niat enson mata karji semar ngiseng!
Woha!
Ps: Maka 'terperangkaplah' saya dan korang semua dalam ‘gua’
ini kerana kita semua masih fail bab akhlak, muamalat dan munakahat, akhir
kata: jom jaga solat Jemaah dan jom lah kita berdakwah!
Subscribe to:
Posts (Atom)