Petik ayat al quran sikit:
Nov 30, 2016
Pencetus Ummah- Siapa masuk neraka?
(Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat)
Petik ayat al quran sikit:
Ada orang ketuk gendang! Maka bermulalah tempoh masa berdakwah
pencetus ummah Sufi Sufian, Pencetus Ummah jemputan, duniaku, dakwahku!
Lampu pentas dipadam, pentas gelap dan hanya di sinari
cahaya suram. Lalu muncul lelaki dengan pakaian moden, baju kot bertali leher
tanpa kopiah. cahaya beransur ansur terang. Muzik sedih di mainkan, lalu PU
jemputan keluarkan sepucuk surat buat drama dengan suara sedih:
“tuan tuan, hari ini saya dapat surat dari kawan lama,
sungguh sedih surat ini, saya baca: saudara PU, Apa pendapat saudara jika saya
katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa
syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat
baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara PU?”
Berhenti baca surat, simpan dalam baju kot. Bukak baju kot,
sangkut pada kerusi sofa yang merupakan set prop. Pakai cermin mata hitam, dan
mood pentas bertukar kepada lampu lebih ceria, dan muzik sedih di tukar kepada
muzik semangat.
“Asalamualaikum, saya PU sufi Sufian, dan saya ada banyak terima
soalan dari kawan-kawan, dan biasanya kerana perasan sibuk, saya selalu tangguh
sampai berminggu-minggu, tapi soalan tadi, saya kena jawab terus secara
langsung di dalam rancangan Pencetus Ummah, duniaku, dakwahku!
Petik ayat al quran sikit:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik,
dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah
berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."
Tapi..,
Ayat di atas bukan di tuju kepada orang yang masih hidup
secera khusus, tapi ayat itu dituju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja!
yang dah mati, yang dah mampus! yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk
dalam neraka!
Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk
neraka, dalam neraka, bertaubat dengan menangis air mata darahpun, Allah dah
tak ampun!
Maka, jika anda banyak dosa, tapi tak syirik, bila mati
masuk neraka, Allah masih boleh ampunkan korang setelah di azab (bagi siapa
yang dikehendaki-Nya)
Tapi, jika anda syirik, bila mati masuk neraka, Allah tak
akan ampunkan anda walaupun setelah di azab!
Allah bagi tahu, mereka yang syirik, kekal dalam neraka buat
selama lamanya di guling guling di atas bara api siang dan malam..
Mereka yang tak syirik, lepas kena azab, masuk shurga, yang
syirik(kapir) maka abadan abadalah (selama-lamanya) mereka di neraka..
Kesimpulannya, siapapun kita kat dunia ni, murtad ke, hina
ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan
syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat..,
walaupun dosa syirik.!
Jadi, kepada sahabat tadi, Janganlah malu untuk bertaubat
kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah
bertaubat.., faham?
Cuba renungkan, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam,
maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat
terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi,
Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak
sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat,
waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!
Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di
beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun
masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam
syirik, kekallah mereka dalam neraka. Nauzubillah!
Tuan tuan! (muzik sedih di mainkan) NERAKA punya azab bukan
boleh banding dengan azab di dunia, bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan
sakit perut, tapi lebih dari itu! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN
SAKIT PERUT!(bagi mereka yang pernah rasa tiga sakit ini)
Di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia,
apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan
bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka
manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.
Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut
atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak
akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang
otak mendidih.
Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi
kena demam suhu mendidih 100 darjah Celsius, oh! nak balas wasappun tak boleh
dah ,,isk..
Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita
bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan
tidak mati…
Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam
keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan
tidak pula hidup (Tahaa: 74)
Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu
dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)
Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat,
maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah
azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)
(Bunyi gendang di palu-masa dah nak habis)
Jadi tuan tuan, bertaubatlah kepada Allah : Nabi pernah
bersabda:
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak
100 kali. “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar
bertaubat orang yang berbuat jahat di siang hari dan Dia membentangkan
tangan-Nya pada siang hari agar bertaubat orang yang berbuat jahat di
malam hari, sehingga matahari terbit
dari barat (HR. Muslim).
Sekian, saya PU Sufi Sufian, Asalamualaikum, Wallahu’lam.
Habis.
Anda mahu komen PU jemputan Sufi sufian? Sila komen di
ruangan komen. Woha!
Nov 16, 2016
Bagaimana nak bagi nasihat?
(Baca sampai habis, semua masalah korang ada jawapan di
hujung entry ini)
Mulakan dengan soalan pembaca:
“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”
“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”
“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk kebahagian hidup?”
Dalam bab meminta nasihat, pesan orang lama, pastikan mereka
lebih tua, lebih berpengalaman, sudah berkahwin, sudah ada anak, dan faham
kerja agama.
Aku mungkin lebih tua, ada anak bini, Cuma bab faham agama,
masih jauh, huhuhu.
Jadi nak nasihat secara personal, aku memang tak layak.
Selalu aku tulis diblog:
Copy paste:
HIMPUNAN NOTA-NOTA UGAMA UNTUK DIRI SENDIRI, DAN
SOALAN-SOALAN YANG AKU CUBA JAWAB (SECARA UMUM, BUKAN SECARA PERSONAL) SEBELUM
NAIK KERETA MAYAT.
Bermakna bila korang bertanya soalan, maka menjadi hak aku
untuk pamer soalan korang di internet, dan jawab secara umum, jangan bimbang,
nama aku akan rahsiakan, aku bukannya kejam sangat.
Kajian ringkas aku:
Bila orang bertanya nasihat, maka mereka dah buang ego mereka
kerana ada masalah besar.
Orang tak akan tanya masalah anak bini jika mereka tak
menghadapinya.
Orang tak akan tanya masalah kerjaya jika kerja mereka
seronok.
Orang tak akan tanya masalah enjin kereta jika kereta mereka
elok.
Orang tak akan tanya masalah laki curang jika laki mereka tak
ada masalah.
Orang tak akan tanya masalah kuatkan zakar jika mereka tak
mati pucuk.
Begitulah seterusnya.
Bermakna, bila orang ada masalah, dan minta nasihat dari
kita, maka mereka sebenarnya dalam kesusahan TAPI…
TETAPI!
Nak tolong pastikan ada ILMU, masalah kereta korang kena ada
ILMU kereta. Masalah sains korang kena
ada ilmu sains, Masalah agama korang kena ada ilmu agama,dan Begitulah seterusnya…
Yang jadi masalah bila tak pandai tapi berlagak pandai,
contoh bab perubatan, orang ada masalah bayi tak sihat, tapi korang nasihat
macam pakar siap tolak vaksin, tolak perubatan hospital dan dakwa yahudi semua
bagai, maka di sinilah yang buat aku terpanggil untuk nasihat secara umum
masalah yang selalu aku tulis di blog keretamayat, so aku dah tulis bab vaksin,
bab manusia ke bulan, bab bumi datar, bab MLM, bab sambung belajar, bab kahwin
awal, dan banyak juga bab agama seperti Sunnah, bidaah, syiah, wahabi, murtad,
gay dan sebagainya.
Kerana itulah, blog aku tak update setiap hari, setiap
soalan atau masalah aku akan kaji dahulu, jika dah rasa sahih, baru aku tulis,
dan aku buka ruang komen, yang mana jika ada salah akan nasihat aku, korang
pulak boleh nasihat aku, begitulah blog aku berjalan, tak semestinya aku betul
sebab aku tulis bukan sebab aku betul, tapi aku tulis untuk dibetulkan jika aku
salah, atau korang dibetulkan jika aku betul, tertakluk pada mana mana yang
betul-woha!
Balik kepada nasihat personal.
Aku nak nasihat sikit bahawa Sangat bahaya memnita nasihat
pada orang yang bukan ahli sebab nasihat ini berbentuk future, kejayaan masih
dalam ‘ramalan’.
Bayangkan di mahkamah, nak buat keputusan benda yang dah
berlaku, siapa betul dan siapa salah, hakim nak jatuh hukuman perlu dengar hujah
dari peguam bela dan pertuduhan ambik masa berapa lama? Itu benda yang dah
lepas, jadi dalam bab nasihat untuk masa depan, sangat tidak jelas dan sangat
perlu kepada kajian yang mendalam.
Ikut ajaran islam, jika ada masalah, rujuk kepada ahli, (An-Nahl
ayat 43) dan kaji sebelum percaya. (Al hujarat ayat 6)
Tapi bila masalah peribadi, tiada yang lebih ahli kecuali
orang yang hadapi masalah yang sama! Atau memang pakar dalam permasalahan
tersebut?
Jika tak jumpa ahli bagaimana?
Ok, ada dalam ajaran islam untuk atasi masalah ini adalah
dengan bermuasyarat.
Zaman Nabi, bila ada masalah, Allah akan turunkan wahyu
untuk selesaikan masalah, namun, perintah mesyuarat dalam islam telah ada
walaupun dizaman wahyu belum putus bermakna mesyuarat adalah sangat penting
Surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), pada ayat 38 ada
diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji
dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri
apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.
“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi
orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)
Jadi balik kepada nasihat personal, korang boleh dapatkan
dari mereka yang pernah ada pengalaman masalah yang sama, atau mereka yang memang
pakar dalam menangani masalah yang sama.
Contoh pesakit kencing manis, boleh rujuk doctor pakar
kencing manis walaupun doctor tu tak pernah kena kencing manis dan pada masa
yang sama boleh rujuk pesakit kencing manis untuk dapatkan lebih info sebelum
buat satu keputusan untuk pilih kaedah rawatan misalnya.
Begitulah lebih kurang.
Bila dah dapat maklumat serta nasihat dari ahli atau orang
yang ada pengalaman yang sama, barulah kita bermuasyarat dengan suami,(jika anda isteri orang),
mesyuarat dengan ayah, dengan ketua kampung, dengan ustaz, dengan ulamak, …TAPI!...
TETAPI!
Bila bincang masalah peribadi, di akhirnya, masalah peribadi
ini akan balik kepada keyakinan dalam diri sendiri.
Sebab hidup kita ini, tidak perlu dengar cakap semua orang,
ramai yang menyesal di waktu tua sebab hidup dengan cara dengar cakap semua
orang, tak berani nak terima pendapat sendiri yang baik, dan biarkan orang lain
tentukan jalan hidup yang dia tak suka, dan habiskan wang untuk tarik perhatian
orang yang diri sendiripun tak suka. Adohai…,
Pesan Lukman Nur Hakim pada anaknya sangat betul, iaitu jika
keputusan kita dah betul, maka jangan dengar cakap SEMUA orang, dengan cakap
orang ‘tertentu’ sahaja. Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari hati
anda sendiri, insyaAllah.
Aku ulang: . Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari
hati anda sendiri, insyaAllah.
Hadis Nabi: wahai Wabishah, mintalah fatwa kepada hatimu,
dan mintalah fatwa kepada dirimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan jiwa dan
hati merasa tenang, sedangkan dosa adalah apa yang terombang ambing dalam jiwa
dan dada meskipun orang-orang memberimu fatwa”
Bermakna di sini, dalam bab MASALAH PERIBADI (bukan masalah
umum) maka sucikanlah hati agar kita boleh ambil ‘fatwa’ dari hati kita sendiri
dengan syarat rasa tenang dalam memilihnya.
Bak kata keretamayat:
“Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”
So, pesan aku, memberi nasihat bukan kerja senang, jangan
dibuat tanpa ilmu yang cukup, sebab tu aku suka nasihat orang belum kahwin
jangan nasihat orang lain bab kahwin, orang belum ada anak jangan nasihat orang
lain bab jaga anak, orang murtad, jangan nasihat orang lain bab agama, orang
belum keluar berdakwah, jangan nasihat bab berdakwah, orang belum berniaga,
jangan pandai pandai nak nasihat bab berniaga, sebab sudut pandang korang tak
tepat.
Cuba tengok FB yang di tulis oleh anak muda, ada yang nasihat
tentang perkahwinan, tentang kerjaya, tentang bisnes, tentang kesihatan, life dan
sebagainya yang bunyi sedap, tapi
kelakor dan menyedihkan, adohai…
Ada yang kutuk hospital sambil nasihat beli produk penapis
air dia yang boleh sembuh semua penyakit-kononnyalah.
Ada yang nasihat suruh orang berhenti kerja dan ajak masuk
MLM??
Ada yang share berita kononnya dunia ni rata dan hujung
dunia di kawal oleh amarica??
Ada yang nasihat suruh guling kerajaan macam arab spring??
Macam-macam lah! Adohai…
Panjang cerita aku ringkaskan:
Balik kepada mereka yang bertanya masalah peribadi:
“Pasangan saya sangat pemalas, dan suka tengok TV, saya rasa
nak bercerai, apa pendapat keretamayat?”
“saya dah bosan bekerja, dan nak bisnes, agak encik
keretamayat, nak bisnes apa yang bagus untuk saya?”
“Saya tak suka baca buku, hobi apa yang sesuai untuk
kebahagian hidup?”
Jawapan untuk semua masalah peribadi anda:
“Sucikanlah hati anda dengan takwa, cari maklumat dengan
tanggung jawab, rujuklah ahli, rajinkan mengakaji, bermesyuaratlah, dan ambillah
fatwa dari hatimu yang penuh dengan takwa, InsyaAllah”
Sekian. Sesungguhnya, aku bukan seoarng penasihat yang baik,
terutama bab peribadi.
Maafkan aku.
Ps: “Ambillah fatwa dari hati yang ada takwa”
(takwa=takut dan harap hanya kepada Allah)
Nov 8, 2016
Lepas Solat doa apa?
(Ilmu baru bagi mereka yang tak tahu, sila baca sampai habis)
Aku tanya anak darjah dua: “lepas Solat doa tak?”
Katanya: “Tak..”
“Sebab?”
“Nak main”
Aku cakap: “kena Doa, minta apa apa sahaja dengan Allah,
orang yang tak berdoa dikira sombong..”
Kata si anak, “tak pandai arab”
Kata aku, “Doa sajer guna Bahasa melayu, Allah FAHAM Semua
Bahasa”
Lain hari lepas anak Solat, aku nampak dia berdoa.
Aku tanya: “Doa apa lepas Solat tadi?”
Katanya, “adalah”
“bagitahulah” Pujuk aku.
“Rahsia” Katanya lagi, aku pun berjanji manis:
“jika cerita, ayah beli ‘apa-apa’ "
“Saya doa ayah menjadi kaya dan bagi saya RM satu!”
Sweet jer anak-anak ni punya permintaan.
****
Nanti bila besar sikit, ayah nak ajar DOA empat perkara:
- Minta Allah ‘Pilih’ Kita
- Minta Allah ‘Guna’ Kita
- Minta Allah ‘Bantu’ Kita
- Minta Allah ‘Terima’ Kita
Macam orang mintak kerja, mula mula korang di PILIH untuk
temuduga, bila syarikat tengok korang ni berguna, maka syarikat akan GUNA
korang sebagai pekerja dia, lepas tu syarikat akan BANTU korang dari segi sara
hidup dan keperluan kerja atau sebagainya, last! syarikat TERIMA korang sebagai
staff tetap, nampak tak?
So, Alhamdulillah, sekarang Allah dah PILIH kita jadi orang
islam, tapi adakah kita tahu Allah akan TERIMA kita sebagai orang Islam di
akhir hayat kelak? Untuk itulah kita kena ada fikir risau ummat supaya ALLAH
ambil kerja dari kita atau Allah GUNA kita untuk Bantu ugama ALLAH, guna di
sini adalah apabila ALLAH beri peluang untuk kita buat kerja agama seperti
berdakwah, mengajar, tolong menolong dan apa sahaja perkara yang membantu
agama.
Tapi hari ini, kita mengelak dari buat ‘kerja’ agama,
bagaimanalah kita nak di TERIMA olehNYA kelak, adohai..
Allah sebenarnya tak perlu langsung bantuan kita untuk
majukan agama, tapi Allah nak muliakan kita melalui perantaan agama dan Allah
berjanji akan membantu orang yang Bantu Agama ALLAH.
“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”
Maka kita ummat islam dalam apa jua keadaan, sangat perlu
akan BANTUAN dari ALLAH, tanpa bantuan dariAllah, siapalah kita? Kita kena
mintak bantuan dari Allah supaya ALLAH beri kekekuatan dalam kerja kerja agama
seperti berdakwah, berceramah,
menagajar, dan lain lain.
Bila Allah dah PILIH, dan kita kelihatan berGUNA, maka
BANTUan Allah akan datang. Macam Nabi dan Sahabat dalam perang Badar, mereka
telah diPILIH Allah, dan mereka memBANTU agama Allah, lalu dalam perang, seribu
makaikat datang bantu mereka. Dan dalam Alquran, Allah bagitahu bahawa mereka
telah DITERIMA sebagai islam sejati kerana Allah telah REDHA dengan mereka dan
mereka juga telah REDHA dengan Allah!
Kita hari ini jika tidak ada keGUNAan langsung dalam agama,
tak pelik BANTUan Allah tak datang bila kita ditimpa musibah.
Macam pekerja syarikat yang pemalas, suka ponteng, dah tenti
tak berGUNA dalam kompeni tu, bila kena buang, baru nak gelabah, adohai..
Jadi akhir sekali, dalam doa, selepas minta Allah PILIH kita
untuk bantu agama ALLAH, selepas doa supaya Allah GUNA kita untuk bantu agama
Allah, dan selepas doa minta Allah BANTU kita dalam segala urusan, maka akhir
sekali kita minta supaya Allah TERIMA kita sebagai sebagai seorang islam,
sebagai seorang mukimin, sebagai seorang da’e, Amin.
Ada Doa macam tu tak sebelum ini?
Jika belum, mari kita berdoa lepas solat sekejap lagi:
YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama...
YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk jadi orang islam yang membantu agama…
YA ALLAH,
BANTUlah kami dalam semua keadaan.
YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai seorang Islam yang Engaku Redhai.
Amin YA Rabbiil Alamin.
Ps: Hunjung cerita anak darjah dua datang tuntut hadiah beli
‘apa-apa’.Dari poket aku keluar hadiah
‘apa-apa’. Si anak gembira sedangkan dalam poket aku ada duit RM1 sahaja. Tapi
jika korang berdoa kepada Allah, dalam khazanah Allah ada nikmat yang mana jika
diberi kepada semua manusia dari Nabi adam hingga bayi akhir zaman, sedikitpun
Khazanah Allah tidak berkurang! Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Oct 21, 2016
Kenapa pencuri tak curi lampu?
(Bagaimana syaitan curi iman kita? Kenapa Syaitan Curi? Apakah unit ukuran Iman? apakah nilai Iman paling kecil? semua terjawab dalam entry ini)
Tuan Puan yang saya muliakan sekalian..
Iman ini macam darah dalam badan, jika kita tiru aksi mat
remp-it, lalu kita tersalah ambik koner, lalu lutut tersangkut kat jalan dan
bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek berok lah kita dan darah mula
mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor,
seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas.
Maka begitulah di ibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa
tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng
dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang
lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak
yang selalu khayal akan perkara maksiat, iman keluar seperti pili bomba bocor,
atau dalam ceramah ustaz bagitahu seperti anak panah yang di lepaskan…!
Naduzubillah!
Arakian, jika mat remp-it tadi yang dah cedera parah di bawa
masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke
dalam badannya, akan tetapi… darah yang nak di masukkan tak boleh masuk
sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik demi setitik, bergantung kepada
jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama
sikit kat hospital.. dah tu pulak, si pesakit ni tak boleh ‘buas’, err maksud
saya, kena duduk diam-diam, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so,
si pesakit tadi kena duduk diam – diam sampai darah dah habis masuk, kalau nak
sembuh,..
(kalau nak mampos, lantaklah koranglah…, -marah aku pada mat
remp-it dalam hati)
Arakian, begitulah jugak kita semua termasuk saya sendiri
terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang,
maka kenalah karap masuk masjid, lebih 5 kali sehari,
Cuba duduk dalam suasana iman lama lama, telinga kena dengar
banyak kebesaran Allah, mata kena lihat banyak kebesaran Allah, hati kena fikir
banyak kebesaran Allah, dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan
kebesaran Allah, dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit
macam darah setitik demi setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid,
lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid, sebab itu adalah ciri ciri
orang munafik yang tak boleh lama dalam masjid, macam burung dalam sangkar, tapi
kalau ada orang yang terus keluar, kena bersangka baik, kalau tak kita pulak
yang jadi munafik ,oh,
Dah tu pulak, bila duduk dalam masjid tak boleh ‘buas’, err
maksud saya kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan
yang paling penting: jaga hati!, kalau tak nanti iman terhalang dari masuk
kedalam hati.
Tuan Puan pembaca sekalian,
Hati ini macam tasik yang mana ada empat sungai mengalir ke
hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikiran, sekiranya salah satu anak
sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati, sebagai contoh, mata suka melihat
maksiat, sedangakn tiga lagi-Ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak
sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikiran baik, kerana
kesemuanya mengalir ke tempat yang sama…
Tuan Puan pembaca sekalian,
Syaitan buat usaha atas hati, ini soal hati , syaitan tak
menjelma ganggu kita punya solat, atau peteh kaki biar rebah waktu solat, atau
tutup mata waktu baca Al quran, tapi syaitan faham, dengan membisikkan pada telinga
perkara yang melalaikan, membisik pada fikiran, pada pandagan, menggoda lidah
untuk berkata dusta dan sia sia, maka lenalah kita diulit syaitan.
Akhir kata, keempat empat sumber ini sangat perlu di jaga!, jaga
mata, telinga, lidah, dan fikiran, semua itu akan pengaruhi hati, jika hati
baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku dan lutut dan lain lain…
insyaAllah
Hadis Nabi, dalam diri ada seketul daging, jika baik dia,
maka baik seluruh anggota, jika jahat dia, maka jahat seluruh anggota, itulah
hati!
Jadi balik kepada tajuk utama, tentang kerja Syaitan yang
mahu mencuri iman kita.
Kita semua tahu, yang mana jika pencuri masuk dalam rumah
kita curi peti ais, TV nipis, curi telefon, remote Astro, dan semua barang
berharga, namun masih ada harta kita yang pencuri tak ambik, seperti, lampu.
Kata Kasim Baba waktu bawak Lori curi harta dari 40
penyamun.
“nasib baiklah engkau panas wahai lampu, kalau tak dengan
engkau aku kebas!”
(woha!)
Pencuri juga tak ambil duit baki lima sen yang kita punya balance
bayar bil api, pencuri itu juga tak
ambik gambar aweks kita yang tersangkut kat dinding, tapi ada satu pencuri ini,
namanya syaitan.
Bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita
walaupun iman kita hanya sebesar zarahpun! dia ambik!
Dia dah bersumpah untuk matikan anak adam tanpa iman!
Syaitan sangat faham nilai iman, Syaitan faham bahawa orang
yang ada iman sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya. Itu yang Syiatan siang
malam hasut supaya anak adam rosak iman.
Dalam dunia ini, jika kita beli kayu api, kita tahu bukan,
berapa nilai kayu api?, selonggok berapa ringgit?, Kita juga tahu nilai gula,
sekilo berapa ringgit?,dan kita juga tahu nilai emas,1 gram berapa ringgit?,
Tapi iman, dia punya measurement dia bukan setakat kilo,
gram, miligram, tapi zarah!, menunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun
di kira…! subhanAllah!
Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat Syurga
yang paling kecil, tapi luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia. Menjadi raja yang
Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman a.s siap dengan memliki rakyat taat setia
di kalangan malaikat dan bidadari, Dan
kekallah mereka memerintah dalam syurga selama-lamanya. SubhanAllah
Tuan tuan, ibu ibu, bapak bapak sekalian,
Maka kerana itulah syaitan akan usaha seratus-peratus untuk
curi semua iman kita walaupun sebesar zarah.
“eh? Kenapa lampu gelap? Kasim Baba curikah?”
“Lampu dah habis gas lah bang”
“kena tukar lampu baru ni”
“benar bang, lampu ni macam iman juga, sabda Nabi, iman akan
luntur, maka kena perbaharui iman”
“bagaimana nak perbahrui Iman?”
“Perbayanykanlah percakapan “LA ILLA HA ILLAH!”
Salam Jummaat!
Ps: di tulis dalam keadaan tergesa gesa (sebab dah nak masuk waktu solat Jumaat) tanpa membacanya semula, maaf atas sebarang kekhilafan. Jika salah boleh tegur ruang komen. Jangan tegur waktu Khutbah pulak, nampak sangat kantoi korang main telefon waktu khutbah Juamaat, adohai..
Ps: di tulis dalam keadaan tergesa gesa (sebab dah nak masuk waktu solat Jumaat) tanpa membacanya semula, maaf atas sebarang kekhilafan. Jika salah boleh tegur ruang komen. Jangan tegur waktu Khutbah pulak, nampak sangat kantoi korang main telefon waktu khutbah Juamaat, adohai..
Oct 11, 2016
Ejen Ali vs Dr Klon?
(Siapa makan cili dia rasa pedas)
Ali budak yang pandai, rajin membaca dan selalu bertanya
soalan dalam kelas. Cikgu Jenny sangat suka pada Ali kerana sikapnya yang rajin
dan selalu dapat keputusan A dalam ujian bertulis.
Wak Musang pula seorang yang pemalas, malas membaca dan
dalam kelas sibuk bermain. Cikgu Jenny sangat simpati kepada Wak Musang kerana
sikapnya yang malas dan selalu dapat keputusan E dalam ujian bertulis.
Cikgu Jenny pun nasihat kepada Ibu Bapa Wak Musang agar
menghantar ke kelas tuisyen.
Banyak kelas tuisyen dengan harga berpatutan dari Cikgu
berpengalaman, namun Ibu Bapa Wak Musang hantar Wak Musang berjumpa pakar
motivasi yang bertitle Dr dengan bayaran yang sangat mahal, setelah bayar
beribu ribu, Wak Musang nampaknya semakin rajin dan bersemangat lalu mendapat
keputusan C dalam ujian seterusnya.
Apabila Ali bertanya kepada Wak Musang, apa yang membuatnya
lebih rajin sekarang? Maka Wak Musang cerita kepada Ali bahawa mendapat
motivasi dari Dr Klon. Ali pun menyuruh Pakciknya, Dr Bakar menyemak senarai
nama Dr di Malaysia, ada tak nama Dr Klon dalam senarai, dapat dari Universiti
mana? Bila di periksa ternyata tiada nama encik Klon dalam senarai Dr.
Ali pun dedahkan di internet bahawa encik Klon menipu
titlenya untuk Tarik perhatian ibu bapa malang seperti ibu bapa Wak Mustang.
Yuran tuisyen baru RM300 sebulan dari guru berpengalaman,
tapi encik Klon dengan menipu gelaran Dr buat kelas motivasi RM 30 ribu untuk
siapa siapa nak makan malam bersama encik klon sambil di nasihat kaedah belajar
yang betul.
Tapi Wak Musang dan ibu bapanya tak kisah di tipu encik Klon
kerana encik klon dah tolong anaknya yang sebangsa dengan encik klon. Ibu bapa
Wak Musang juga menuduh Ali dengki, dan tak hormat pada encik klon yang sudah
banyak membantu Wak Musang.
Ali sedih, sebab ibu bapa Wak Musang tak dapat nak beza
antara Dengki dan bongkar, Taksub dan hormat.
Ali pun bertukar menjadi ejen Ali dan menyiasat latar
belakang encik Klon….
Habis sampai sini, harap ada cerita begini dalam animasi
kanak kanak untuk mendidik anak kita bahawa dengki dan bongkar adalah berbeza,
taksub dan hormat juga sangat berbeza, whistle blower dan teori konspirasi
adalah dua benda berbeza, testimoni dan scientific proof juga sangat jauh
berbeza, apatah lagi tertipu dan rela ditipu lagi-lagi sangat berbeza.
Adohai.
Bagi mereka yang tak tahu, untuk dapat title Dr, kena ada
Phd, dan untuk buat phd, calon mesti ada bachelors (ijazah sarjana muda) dan
masters atau jika nak skip masters, nak buat Phd terus, boleh dengan syarat
bachelors dapat first class honors.
Jadi, jika ada orang mengaku ada Phd dari Gordon University
- Gordon University ialah diploma mill. Maka, phd dari Gordon University adalah
phd palsu.
Aku dari dulu lagi, Bila orang sebut Gordon Universiti, aku
teringat kepada Gorgom, musuh utama Suria perkasa Hitam atau kamen Rider
Black. Tengok jubah dah ngeri, hu hu!
![]() |
| Henshim, hapuskan Gorgom! |
Ps: Orang taksub, bila kita bagitahu ada orang menipu,
dikatanya: tak apa dia menipu, yang penting dia bantu ekonomi saya. Akhir zaman, Dajjal belum keluar, dah ada situasi macam di
zaman dajjal, kerana sewaktu Dajjal muncul nanti, beribu ribu orang ikut dia,
bila dibagitahu Dajjal tu menipu sebagi Nabi (bukan menipu ada dr) ada orang
tak kisah, sebab dajjal dah bantu ekonomi mereka, kekayaan akan datang pada
pengikut dajjal dengan melimpah ruah, lepas dajjal mengaku Tuhan, pun ramai
yang ikut sampai ke lubang Neraka!
Nauzubillah.
![]() |
| Buku Menangkap Dajjal di waktu Dhuha-gambatr sekadar hiasan |
Sep 28, 2016
Bagaimana nak jadi penulis?
(Morgan Freeman said to Library Guard: Gentlemen, I'll never
understand. All these books, a world of knowledge at your fingertips. What do you
do? You play poker all night?”-Quote from Se7en Film)
Aku tengok cerita hantu mat saleh, bila ada masalah mereka
pergi perpustakaan, dan kat sana ada buku cara cara bunuh hantu.
Kadang cerita tu zaman dulu, malam malam pakai pelita, tapi
masih pergi perpustakaan untuk rujuk buku asal usul hantu, contoh cerita
serigala jadian, dalam perpustakan di zaman itu, ada cara bunuh serigala iaitu
guna senjata dibuat dari perak, dalam buku rujukan tu siap ada gambar lagi rupa
seriga atau vampire dan sebagainya.
Cerita “How to train your Dragon”, dikampung Viking, ada
Buku panduan membunuh naga, siap dengan gambar berates jenis naga dan kelemahan
naga. Itu cerita zaman dulu tu..
Apa yang aku dapat simpulkan, bangsa mereka maju sebab
dokumentasi mereka bagus, cara buat enjin kereta, cara buat kapal terbang, dan
lain lain ada didokumentasikan elok elok, tak percaya pergi university tengok
mana mana bidang, matematik ke, fizik ke, biologi ke, semua dokumentasi dengan
formula, rajah, contoh yang mana generasi akan datang boleh belajar ilmu dari
generasi zaman dulu cukup dengan hanya merujuk buku.
Sekarang ini pun, dah ada buku cara nak bunuh Zombie yang di
tulis dengan serius, pendek kata bangsa yang maju ni adalah bangsa yang mahir
dalam bab dokumentasi.
Kat kampung aku dulu, ada pakcik yang boleh buat perahu
tanpa guna plan, semua dalam otak, bila pakcik ini meninggal tak de siapa dapat
ilmu ini, dan pernah masa aku kecik bermain di sebuah rumah yang dibuat tanpa
paku, tapi tak ada orang boleh buat sebab pembuat rumah itu sudah meninggal.
Maka sebab itulah bila kita pergi sekolah, ada kerja khusus,
kena buat laporan, yang mana anak anak kita kena buat tugasan dalam bentuk
buku. Jika belajar tinggi lagi, ambil ijazah, kena buat projek semester akhir,
kena buat report semua aktiviti kerja, dan hasil keputusan, dalam buku tebal,
itu semua nak ajar manusia jadi bangsa dokumentasi kerana dokumentasi yang
baguslah akan cepat memajukan umat manusia. Itu belum cerita nak ambil Phd,
kena Publish paper, kena tulis Journal, tulis tesis dan sebagainya.
Jadi bila masuk alam pekerjaan, korang akan ada ilmu dan
bakat masing masing, sesuai dengan pengalaman hidup dan suasana persekitaran,
jadi aku cadang untuk majukan ummat, korang kena dokumentasikan ilmu korang,
tulis di blog, atau di web, supaya boleh dirujuk oleh generasi akan datang.
Baca sejarah, Meriam Sultan Melaka adalah antara meriam
terhebat di dunia, tahan letupan, tapi dokumentasinya mana? Katanya juga,
Istana Raja zaman dahulu terang dengan teknologi susunan api pelita yang unik, tapi
mana dokumentasinya?
Jadi balik pada zaman sekarang, semua orang perlu menulis
ilmu masing masing, ibu ibu yang pandai memasak resepi istimewa, dokumentasikan
ilmu itu, yang pandai buat layang layang, dokumentasikan.
Aku sangat berterima
kasih kepada blogger yang rajin update ilmu seperti cara tukar nama pembeli
kereta, cara cepat ke airport, tip murah ke taman tema, cara mudah apply
pinjaman rumah, dan lain lain kerana semua itu sangat membantu aku yang sedang
mencari maklumat berkaitan, terima kasih!
Dan aku juga sekarang ini dapat ucapan terima kasih kepada
mereka yang mencari maklumat agama, kerana aku dulu waktu pergi ceramah, sangat
suka dengan tamsilan ustaz, yang kaitkan kejadian alam dengan ilmu tuhan, aku
catit dan bila aku sampaikan dalam ceramah atau tulis balik di blog, aku ubah
tamsilan dengan kembangkan lagi, dan akhirnya aku ‘dokumentasikan’ tulisan aku
itu dalam buku dan boleh di kongsi oleh generasi akan datang dengan lebih luas
lagi, insyaAllah.
Begitu juga perbualan laki bini, sama ada yang berilmiah,
bergurau, atau common sense, aku dokumentasikan di blog atau di facebook, dan
tak lama, siap satu buku cerita perihal KISAH LAKI BINI bersama ilmu tamsilan
yang dikaitkan dengan kehidupan beragama. Dah 10 ribu copy terjual. Alhamdulillah.
Soalan soalan dari anak yang lucu dan pelik, atau susah nak
jawab, aku tulis juga, dan akhirnya siap buku KISAH ANAK BINI yang boleh
dirujuk untuk generasi akan datang. Dah masuk cetakan kedua.
Jadi buku buku aku bukan nya ditulis sebulan sebelum siap,
tapi sudah bertahun tahun di tulis dalam blog, Buku MENANGKAP DAJJAL DIWAKTU
DHUHA, atau Buku ALMOND LONDON DAN GAY, juga buku, SEMUSIM DI SYURGA DAN
NERAKA, PERMATA YANG HILANG, KAMAR SUTERA dan lain lain buku akan datang adalah
hasil rajinkan diri luangkan masa untuk kongsi ilmu kepada pembaca sejak zaman
muda lagi.
Jadi tip nak jadi penulis, kumpulkan bahan sekarang, dokementasikan eleok
ekok supaya mudah rujuk dan akan datang jika ada rezeki, boleh siapkan dalam
bentuk Buku agar lebih mudah dirujuk oleh generasi akan datang.insyaAllah.
Ada sahabat anaknya kena Leukaemia, dan waktu jumpa dia
selalu cerita pengalaman anaknya akan betapa sukar di sekolah, betapa sukar
dihospital, appointment dengan doctor pakar bagaimana dan akhirnya apabila si
anak umur 12 tahun, sudah sembuh. Aku cadang pada dia agar tulis pengalaman
ini, dokumentasikan di blog sebab akan datang, jika ada ibu bapa hadapi masalah
sama, mereka boleh rujuk cerita anda. Dan mungkin akan datang, dari blog,
pengalaman tadi boleh dibukukan.
Tapi katanya agak susah sebab kejadian tu dah berlalu 12
tahun, banyak peristiwa penting terlupa dan semangat nak menulis tak ada.
Jadi pesan aku kepada anda semua, jangan siap kerja baru
buat dokomentasi, tapi buat terus sekarang, macam cerita mat saleh yang sedang
buat kajian, mereka rakam suara guna alat perakam setiap aktiviti atau guna
video, nanti bila siap projek, mereka boleh upah orang tulis, dan siap satu
buku. So tipnya, luangkan masa tulis ilmu, pengalaman, travelog, info dan lain
lain SEKARANG, jangan tunggu dah habis event baru nak tulis.
Bila bangsa kita rajin dokumentasikan ilmu, maka generasi
akan datang akan belajar dengan lebih cepat dan dengan jimatnya masa mereka,
maka banyak benda berfaedah yang lain dapat dibuat.
Aku percaya, dalam ilmu hadis, Allah takdirkan bangsa arab sebagai
pemangkin ilmu hadis adalah kerana mereka termasuk bangsa yang mahir dalam
dokumentasikan ilmu susur galur keturunan. kerana itulah bila Nabi turun ke sana,
masalah dokementasikan kata kata Nabi sangat Berjaya dijaga mereka sehingga
hari ini, 1400 tahun kita masih dapat manfaat dari Hadis Nabi dengan sanad
sampai ke Rasulullah S.a.w , Alhamdulillah
Akhir kata, sebagaimana segala masalah agama boleh
diselesaikan dengan merujuk kitab, muda mudahan untuk kita orang melayu, bila
ada masalah, sepatutnya boleh juga di rujuk kepada kitab atau buku, tak perlu
gadoh gadoh pendapat saya ni lebih betul, pendapat awak lebih salah dan
sebagainya.
Jadi balik kepada sumber rujukan untuk generasi akan datang,
cuba tengok filem barat yang teruk macam Twilight, Bella Swan bila ada masalah,
beliau pergi rujuk buku bertajuk Quileute legends yang cerita tentang asal usul
puntianak, sifat semula jadi dan cara mengenali puntianak.
Tapi cuba tengok cerita Hantu kita bila ada masalah, ada nak
rujuk buku?, biasanya jumpa bomoh, dan bomoh pulak tak rujuk buku jugak, bomoh tu
baca jampi dan minta korang cari ayam hitam.
Adohai…
Jadi, kepada mereka yang ada pengalaman tangkap hantu, tulis
buku, dokumentasikan elok elok, dan korang yang lain, tak kira apa bidang
kemahiran korang, ambiklah masa untuk mendokumentasikan ilmu korang, mungkin
tak menarik, tapi akan datang, ilmu yang bermanfaat tetap memberi pahala dalam
kubur, walau mayat telah lama di mamah ulat. Andai korang mahu mengerti.
Sekian.
Ps: Jangan takut salah tulis, jika takut salah tulis, nanti tak
ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah
supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri,
tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!
Sep 21, 2016
Bumi ini sebenarnya rata?
(maaf terpaksa tulis entry ini, sebab kesian kat orang yang kena tipu hari hari)
Kesianlah kat diri sendiri, jangan sesatkan diri dan ajak orang lain turut sesat sama.
Salam penuh simpati pada anda semua.
Link:
Senarai pelancong angkasa
Orang islam ke angkasa 2018
Angkasawan Program
Hari tu ada sorang dua suruh tulis isu bumi ini tidak bulat,
aku ingat mereka nak buat lawak, lalu aku
jawab secara berseloroh: isu ini jika nak tulis, pastikan kita duduk
zaman sebelum Columbus temui America. Woha!
Tapi mereka serius rupanya, makin hari makin ramai pulak
hujani inbox suruh tulis. (Tak ramai pun, tak sampai sepuluh orang-tapi kena
tulis ramai supaya nampak macam penting, he he)
Lantas Bila baca link yang mereka berikan, aku rasa masalah
ni jadi serius,walaupun pada mulanya aku rasa orang buat lawak jer bahawa bumi
ini rata dengan niat nak troll konon NASA dan Amarika kawal sempadan pinggir
dunia agar tidak di ceroboh oleh mana mana pesawat, (wow, ramainya tentera
amarica jika pinggir dunia benar benar wujud), ada yang kata Satelit tidak
wujud, dalam TV itu semua CGI, (eh? Satelit di cipta lebih awal dari CGI, macam
mana tu?) Matahari serendah bulan dan sebesar bulan (gerhana terjadi
bagaimana?).
Tapi bila baca komen berdebat isu ni, maka ianya menjadi
sangat serius. Lalu aku turunkan simpati aku kepada pembaca yang senang
diperbodohkan dan takut nak terima hakikat, yang jenis mudah dengar cakap
orang, agar ada entry dalam blog kereta
mayat bincang isu ini, dan dapatlah mereka berfikir dengan bertanya kepada yang
ahli lain kali dengan memberi link dari blog ini.
Dalam perdebatan bumi rata vs bumi bulat, ianya menjadi
sangat-sangat serius bila ada orang tafsir ayat Al quran secara membabi buta,
siap kafirkan orang yang percaya bumi bulat sebab kononnya bertentangan dengan
Al quran.
Padahal, sudah lama ada ijmak ulamak yang menukilkan ijma' akan bulatnya bumi. Tapi
boleh pulak orang tuduh yahudi yang reka teori bumi bulat untuk rosakkan akidah
umat islam,
Jika korang rajin belek kitab lama, Boleh rujuk kitab Mi'yar
Al-'Ilm atau rujuk Al-Maqdisi dalam
kitabnya Ahsanul Taqasim Fi Ma'rifatil Aqalim, atau Asy-Syarif Al-Idrisi dalam muqaddimah
kitabnya Masalikul Absor Fi Mamalikil Amsor, juga kitab Wafayatul A'yan, atau rujuk Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya
Al-Muntazom Fi Tarikh Al-Muluk wal-Umam atau rujuk Fatwa Ibnu Taimiyyah
bahawasanya mereka para ulama telah SEPAKAT mengatakan bahawa sesungguhnya bumi
berbentuk sfera, baca juga Tafsir Al-Bahr Al-Muhit:
“Telah bersabit dengan dalil bahawa bumi adalah bola
(sfera). Dan ini tidak bercanggah dengan firman Allah s.w.t kerana sesungguhnya
bumi adalah suatu jisim yang besar. Dan (sememangnya) bola (sfera) jika terlalu
besar, maka suatu bahagian daripadanya akan kelihatan seperti rata”
Banyak lagi kalau nak tulis. Imam Fakhruddin Al-Razi, Imam
Al-Ghazali, Imam Tohir Ibn 'Asyur semuanya kata bumi adalah sfera. Sebab itu
tidak hairanlah kalau ada sesetengah ulama mengatakan bahawa perkara ini sudah
ijma'.
So aku tak nak hujah dengan tafsir ayat Al quran, sebab Dr.
Danial Zainal Abidin dan Dr zakir Naik dah hujah tafsir ayat Al quran bahawa
bumi berbentuk sfera depan ribuan orang, semua diam tak ada hujang nak bantah.
Jadi benda ni dah setel dalam bab agama, nak tafsir ayat Al
quran tanyalah ulamak yang ahli. Jangan sibuk nak kafirkan orang sana sini.
Sekarang aku nak buktikan bumi bulat macam sfera guna logic
sains.
Mudah sahaja caranya, Telefon kawan anda di Amarika (jika
ada) dan tanya dia, kenapa di sana malam, dan di sini siang? Jika bumi rata,
dan matahari kecil macam bulan dan suluh Malaysia sahaja dan sana cahaya tak
sampai, tanya dia, Nampak tak matahari? Sebab jika lampu jalan terang hanya
satu kawasan, kita yang di kawasan gelap masih nampak lampu jalan tu, Tapi
kawan di Amarika cakap, matahari sudah tenggelam magrib tadi arah barat, eh?
macam mana pulak matahari nak naik di Malaysia arah timur dan suluh kita sahaja
jika dan tenggelam magrib tadi di amarika jika bumi ini rata? Tak boleh fikir
ke?
Okey, nak telefon kawan dekat Eropah mahal sangat, kita buat Ujikaji nombor dua, Pergi KLCC bayar RM10 masuk
petrosains petronas, cari meja ada lampu (matahari), bumi bulat dan bulan
bulat, dari meja tu, dibuktikan fenomena gerhana bulan dan matahari.
Jadi sekarang, dengan teori bumi rata, cuba buat ujikaji
simple macam dekat petrosains tu bagaimana gerhana bulan dan matahari boleh
berlaku, Dah 2016 tahun selepas masihi bang, tak kan belum ada ujikaji simple
dari mereka yang pandai sikit bab sains dalam geng teori bumi rata akan
pembetukan gerhana? Adohai…
Baru ni ada orang terjun dari angkasa guna payung terjun,
banyak video tu di internet, tengok gambar buminya bulat, jika tak percaya
video tu sebab bukan orang islam, boleh tanya dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tekag naik ke angkasa dan solat disana.
Cerita tentang solat, macam mana korang tahu arah solat yang
JAKIM sahkan? Sebab Jakim ukur arah kiblat dengan berpandukan bumi bulat. Patut
korang kena guna formula bumi rata, boleh?
Lagu satu, macam mana ahli falak boleh tahu dengan tepat
tarikh dan waktu gerhana bulan dan matahari?
Korang ingat tak pada 9 Mac yang lalu, waktu tengok gerhana
matahari di Malaysia, Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, Orang ramai akan berpeluang menyaksikan
fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan
matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari ini iaitu pada 26 September
2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.
Bagaimana mereka boleh kira dengan tepat?
Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat.
Jadi aku nak cabar korang yang kata bumi ini rata untuk bagi
formula nak kira gerhana bulan akan datang di Malaysia, bila?
Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian atau Biruni,
tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan
datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan pada 26 desember 2019, kita rakyat
Malaysia akan melihat gerhana matahari cincin (annulus). Tetapi hanya
sebahagian kecil semenanjung iaitu di selatan Johor. Manakala lain-lain kawasan
Malaysia menikmati gerhana separa. 2019 beb, lama tu, dah boleh ramal guna
matematik.
Korang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana
bulan seterusnya? Semua kuasa Allah, bagi ilmu matematik kepada manusia juga
dari Allah, nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika korang yakin
bumi rata, cubalah ramal Tarikh gerhana bulan seterusnya jika korang betul.
Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati
nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak,
bahaya bang. Bahaya!
Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk
buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan
pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk
seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok
bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz
dan singgah di ISS.
Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté
dari Kanada, bayar USD 40 Juta untuk
percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri,
telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta
untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa
depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha.
Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama
mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa,
sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit
sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request
bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye,
dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit
sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.
Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke
angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang
telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan
12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan
sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita
di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk
bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.
Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam
telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijama
ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak.
Tapi korang, hmmm
Baiklah, jika geng bumi rata sengkek sangat nak kumpul duit
untuk ke angkasa, boleh kumpul duit dan pergi Britain jumpa Hussain Manawer,
orang Islam yang akan ke angkasa dalam tempoh terdekat, dijangka pada
pertengahan tahun 2018, beliau sekarang sedang berlatih ilmu untuk hidup di
sana, so jumpa dia, cakap elok elok, suruh ambik gambar bumi dari angkasa dan
wasap korang. Ini kira kos paling murah kot nak tahu bumi ni bulat ke rata. Ha
ha!
Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal
Abidin kata Bumi bulat dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz
dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun
kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?
Kesianlah kat diri sendiri, jangan sesatkan diri dan ajak orang lain turut sesat sama.
Salam penuh simpati pada anda semua.
I rest my case.
Link:
Senarai pelancong angkasa
Orang islam ke angkasa 2018
Angkasawan Program
Subscribe to:
Posts (Atom)





