Mar 13, 2020
Jika boleh pilih tarikh mati?
Sempena virus merebak yang dah sampai tahap pandemik
Maka kita semua terdedah pada maut.
Jadi bersediakah kita untuk mati?
Untuk itu, Hari ni jika korang bangun awal, solat tahajjud 2
rakaat, solat taubat 2 rakaat, solat witir satu rakaat.
Lepas tu azan subuh, korang ke masjid.
Lepas tu baca satu surah.
Zikir sikit sikit
Termenung kejap muhasabah diri, rupanya saya dah tak ada
hutang dengan Allah, tak ada gaduh dengan mak bapak, takde gaduh dengan anak
bini, takde hutang dengan jiran dan kawan.
Maka mungkin hari ini kita boleh mati dengan aman.
Tapi jika hari ni korang menggembirakan beberapa manusia di
jalanan, atau menyelamatkan beberapa nyawa manusia, atau mengislamkan beberapa
manusia.
Maka, today is a perfect day to die.
Woha!
Mar 10, 2020
Rukun Iman itu Happy ending?
Satu hari lintas depan sekolah anak, terlintas dalam hati
nak ambik dia, kena masuk 1km ke dalam dari simpang tiga.
Dia sepatutnya naik bas, tapi entah kenapa hati ni rasa dia
tertinggal bas.
Sampai depan sekolah, anak yang masih bersekolah rendah
betul-betul ada depan sekolah tertinggal bas, dia cakap macam mana ayah tahu
saya tertinggal bas?
Saya cakap, ayah ikut gerak hati.
“Alhamdulillah, Doa saya makbul, saya suruh Allah hantar
Malaikat bisik ke telinga Ayah bagitahu saya tertingal Bas, Malaikatlah tu yang
bisikkan”
Saya senyum melihat anak duduk di kerusi depan dengan muka
puas hati, saya bertambah senyum sebab dua rukun Iman telah dia buktikan hari
ini iaitu percaya kepada Allah, dan percaya kepada Malaikat.
Lepas tu dia baca doa naik kenderaan dan ayat kursi.
Saya sajer tanya, kenapa baca doa tu?
“Nabi yang suruh baca, dalam sunnah ada kejayaan”
Saya senyum lagi mendengar jawapan anak sebab lagi dua rukun
Iman juga telah dibuktikan, Percaya kepada Nabi dan percaya kepada Alquran.
Lepas tu saya cakap ayah nak pergi ambik adik Iman kat
sekolah OKU, jadi kita ikut jalan jauh sikit. si anak tiba tiba bertanya:
“Ayah, kenapa adik Iman OKU?”
Ujian Allah nak, dah takdir Ayah dapat ujian ini, sungguh
semuanya adalah ujian, samada yang baik dan yang buruk ada hikmah dari Nya,
kita kena terima sebab hidup kita hanya sementara, terpulang pada kita nak
bersyukur dengan ujian atau nak mengeluh, ayah pilih bersyukur kerana ahli
syurga ada dalam keluarga kita.
“Ayah, kenapa adik Iman ayah cakap anak syurga, kami ni
bukan anak syurga ke?”
Oh Iman anak syurga sebab dia OKU, tiada dosa untuk dia, dan
bila adik Iman meninggal dunia kelak, dia akan terus masuk syurga, jadi syukur
Alhamdulillah ayah ada anak syurga, mudah mudahan adik Iman akan dapat tarik
ayah yang banyak dosa ini ke syurga dengan lebih cepat.
“Jadi saya ini belum tentu ke syurga?”
Anakku, jika kamu besar nanti jadi orang baik, akan tetap
jadi anak syurga ayah, tapi sebab kamu semua bukan OKU, maka dosa pahala akan
di kira. Maka berbuat baiklah kerana Allah Maha Adil.
“Best lah ayah ada anak OKU”
Eh? Korangpun best sebab ada adik Syurga, jika korang
tunaikan hak adik Iman, Insyaallah, Adik Iman akan turut sama tarik abang dan
kakaknya ke Syurga.
“Wah, bestnya, tak sabar nak layan adik syurga dengan baik
sekarang!”
Saya senyum lagi, sebab anak dah buktikan enam rukun iman
yang dia percaya, iaitu percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada takdir.
Pesan ayah..
Wahai anak, apapun ujiah hidup, Sekiranya beginilah caranya
Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini...
Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari
azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah
'indah-nya' penderitaan ini.
So jumpa di sana, tingkat lapan dekat telaga Firdaus.
Korang yang baca ni pun jemput sama!
Woha!
Mar 9, 2020
Kenal Musuh Kenal diri?
Pujangga cina ada berpesan:
“Jika kamu kenal musuh dan kenal diri kamu, maka kamu tidak
akan tewas dalam seribu perang”
Tapi hari ini, kita ada geng maklipat yang tak solat sebab
tewas sebelum berjuang, katanya Allah laknat orang lalai dalam solat, maka kami
tak nak kena laknat maka kami tak solat, lagipun Allah suruh orang mabuk jangan
solat, maka kami yang tahu kami mabuk sebab tak khusyuk, maka cukuplah solat
pakai niat sahaja.
Aduh.., Nampak sangat korang tak kenal syaitan dan tak kenal
diri sendiri, buat buat tak nampak sumpah syaitan dalam Al quran nak sesatkan
anak adam hingga ayat Allah suruh solat dan rukuk Bersama yang rukuk korang
abaikan, sujud Bersama orang yang sujud pun korang abaikan!
Ayat lain Allah bagitahu, solat ni berat bagi yang tak
khusyuk, tapi ni awal awal dah tak nak solat, macam mana nak dapat khusyuk?
Ayat lain Allah suruh cari pertolonngan Allah dengan sabar dan solat, bila
korang nak amal? Ayat lain Allah suruh pelihara waktu solat, bila nak amal?
Allah suruh solat mengadap kiblat bila nak amal? Allah suruh berdiri bila solat
bila anak amal?
Rujuk Surah Taha ayat 130:
"Bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang
mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari
terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada
waktu malam (isyak) dan pada keDUA belah siang(zohor dan asar); supaya engkau
reda.
Bila nak amal solat lima waktu dalam al quran tu? Bila?
Tapi korang pegang separuh ayat celaka orang lalai dalam
solat, padahal maksud lalai ni adalah lewatkan solat, solat main main, solat
sambil riyak, solat sambil mabuk, tu yang ayat jangan solat jika mabuk sebab
nanti bacaan akan salah, maksud ayat ni jangan mabuk, bukan jangan solat tapi
itulah korang tak faham arab tapi sibuk nak tafsir maklipat bagai, aduh.. arak
kan dah memang haram dalam Al quran sebab mabuk, buat apa lagi nak tafsir mabuk
dengan tak khusyuk?
Maka balik kepada pesanan Sun Tzu, kenali musuh! Maka korang
tak akan tewas!
(saya guna pesanan Sun Tzu sebab puak ni ramai jugak anti
hadis tak nak dengar pesanan Nabi)
Maka kenalilah musuh utama, dalam surah Yassin Allah
bagitahu, musuh utama kita adalah syaitan.
Bila ibadat, syaitan tak takut kepada orang ibadat, sebab tu
syaitan boleh datang kacau orang dalam solat, luar solat apatah lagi!
Tapi syaitan takut pada dakwah!
Azan hukumnya sunat tapi syaitan takut sampai lari terkentut
kentut kerana Azan adalah seruah berdakwah, Ajak mengucap, ajak solat, ajak
Berjaya!
Solat pula hukumnya wajib tapi syaitan tak takut lalu datang
bisik macam macam agar kita tak khusyuk!
Jadi nak lawan syaitan, kenalah berdakwah.
Itu sahajalah ubat yang paling mujarab nak lawan syaitan,
kita semua kena berdakwah, banyak ayat al quran suruh kita berdakwah.
Tak cemburu ke tengok ustaz ebit lew pergi dakwah rumah ke
rumah, cemburu beb!
Terus saya pergi jumpa geng tabligh, dan join mereka
berdakwah, mereka suruh saya bagi salam, saya bagi salam, orang dalam rumah
keluar, mereka suruh saya ceramah, saya ceramah. Orang senyum saya syukur,
orang marah saya sabar, dapatlah saya kenal diri sendiri waktu jumpa manusia
yang macam macam.
Lepas tu azan, kami balik ke masjid dan solat, waktu rukuk
Bersama orang yang rukuk saya rasa sedih sebab masih ramai manusia yang tak
dapat nikmat rukuk Bersama orang yang rukuk.
Bila sujud Bersama orang yang sujud saya rasa bertambah
sedih sebab masih ramai manusia yang tak dapat nikmat sujud Bersama orang yang
sujud.
Oh, semoga Allah bagi nikmat solat ini kepada semua ummat
manusia, Oh mahalnya hidayah Allah..
Akhir kata:
Solat itu nikmat, solat awal waktu itu nikmat, solat
berjemaah itu nikmat, lagi lagi jika korang solat lepas buat dakwah.
Susah nak cakap, sahabat Nabi dulu buat dakwah 13 tahun baru
turun perintah solat, mereka sangat seronok solat hingga Nabi cakap solat
awalnya 50 waktu dan mereka sanggup, sebab mereka merasai kemanisan solat sebab
mereka semua pendakwah.
Kita hari ni yang tak nak buat dakwah, dengar kisah israk
mikrak Allah kurangkan solat dari 50 kepada 5 kita masih bantah, kenapa tak
tiga? Kenapa tak satu? Nampak sangat hati tak khusyuk hingga solat rasa berat.
Last last tak solat terus sebab tak khusyuk?
Apa ke jadah?
Jom berdakwah dan selepas berdakwah korang akan rasai
kemanisan Solat berjemaah.
Sungguh dakwah itu meningkatkan Iman
Sungguh Taklim itu akan membetulkan Dakwah
Sungguh Khidmat itu akan membuatkan dakwah ada roh
Dan sungguh Dakwah itu akan membuatkan ibadat menjadi manis.
Jangan kata abang keretamayat tak payung.
Woha
Mar 8, 2020
Ipar itu Maut?
Alkisahnya.. Sewaktu kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi
rumah Mak saudara atau Bapak saudara, sepupu perempuan selamba tidak bertudung
malahan berbaju lengan pendek dalam rumah melayan kami para tetamu, tapi di
rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak saudara atau Bapak saudara termasuk anak
mereka yang berpangkat sepupu, terus kakak dan adik perempuan saya lari masuk
bilik, pakai tudung, pakai baju berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan
tetamu.
Bila saya ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu
boleh di kahwini, dan aurat mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat
sewaktu sepupu kamu datang, tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza.
Sangka baik, tegur dengan hikmah dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.
Masa berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar
duai. Di rumah saya, Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan
menjaga akhlak masih berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh
adik beradik akan tutup aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin,
maka di rumah mertua, lain ‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi
ahli keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang
sering tunduk pandangan (ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar
belajar alim, pelan-pelan kayuh).
Sambung balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli
keluarga mereka, suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering
tunduk pandangan pada ipar duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman
dengan mereka sebab bersentuhan sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka
hormat dengan keputusan saya dan hingga hari ini, semua sudah bertudung walau
dalam rumah dan ‘salam’ cukup hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja.
Alhamdulillah.
Balik pada kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang
berbeza buat mereka bertindak berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak
perempuan tidak memakai tudung sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak
anggap tidak menjadi kesalahan membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu
sepapat. Maka tidak menegur anak telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam
perihal mentaati perintah agama.
Baik!, ilmu adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan
kita dalam menuntut ilmu, jika masih ada wanita di luar sana yang sanggup
bertanya, kenapa aurat haram kepada ipar duai?
Jawapannya adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka
bila keadaan mengizinkan, seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas
suami anda meninggal atau berpisah.
Saya dahulu pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja
satu pejabat, saya baik dengan mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami
Alhamdullilah solat, dan isterinya Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya
kunjungi rumah mereka, isterinya hidang air tanpa bertudung!
Bila ada peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini,
katanya: Aurat hanya perlu tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada
isteri saya jika ada orang mengintai atau masuk dalam rumah.
Dari nada percakapannya yang sangat serius hingga saya
terpaksa buka hadis dan rujuk ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah
dihadam dengan kefahaman yang agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita
salah faham dalam belajar agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah
(bukan di Malaysia) yang benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga
kenyang untuk dapat status mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu
bekerja kerana sudah bertaraf emak dan anak. Tepuk dahi!
Jadi balik kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram
adalah orang yang haram dinikahi, sama ada haram selamanya atau haram kerana
halangan sementara.
Haram dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik
ibu-ayah, adik beradik sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik
beradik tiri dengan syarat tertentu dan lain lain.
Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara pula
adalah seperti wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga,
wanita dalam iddah, isteri orang, wanita yang kelima untuk giliran poligami,
adik beradik isteri, dan lain-lain.
Maka untuk mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan
batas pergaulan mesti di jaga. Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW
sesungguhnya telah bersabda:
"Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para
wanita"
Lalu seorang sahabat Ansar bertanya:
"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".
Sabda baginda:
"Ipar itu maut".
(Riwayat Nasa'i)
Jadi balik kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak
melanggar batas syarak dan menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti menuntut
ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam
bidang perubatan, kenduri kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji
dan umrah serta lain lain aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.
Cumam bila bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam
rumah tanpa kehadiran pasangan kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang
dalam Islam. Kena betul betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang
kemurkaan Allah. Ipar itu maut!
Sebagai penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini,
saya bagi satu kes studi, bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam
pengetua Sekolah lelaki Gurukul iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem
Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba ternampak dua pasangan kekasih sedang
menari di sebalik tembok. Satu pasangan macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai,
seorang lagi macam Salman Khan dan Karenna Kapoor.
Terus anda yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka:
“Haram menari lelaki dan perempuan!”
Di sebalik tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami
isteri”
Anda yang masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri
patut menari dalam bilik, ini ada dua pasangan, apa cerita? Haram!”
Terdengar pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”
Terus anda dapat modal untuk berkhutbah:
“Ipar duai adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar
duai, sebab anda hanya haram sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”
Lalu Shah Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat
Amitabh Bachchan berundur dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana
rupanya perbuatan kedua pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.
Anda rasa, apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.
Jawapannya, Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai yang
merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan Karena Kapoor
yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar duai yang tidak
mendatangkan maut!
Faham tak? Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan
pergi belajar agama sama!
Woha!
Ps: Nama dan watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena
mengena dengan yang hidup atau mati.
Mar 7, 2020
Video paling hakikat Maarifat?
Tamsilan mudah ilmu syariaat, Tarikat, Maarifat, hakikat.
Sila dengar sampai habis takut salah faham dan jadi sesat.
Jadi kena tengok sampai habis
Woha!
Link video:
Mar 6, 2020
Soalan kepada Menantu?
Zaman sekarang, bila ada orang berkenan kat anak kita dan
datang nak merisik, biasa kita tanya, kerja apa? Duduk di mana? Anak siapa?
Tanya sebab nak tahulah jugak latar belakang sebab mereka
nanti nak hidup dan nak jaga anak cucu kita, jadi saya rasa akan datang,
mungkin kita boleh tanya bakal menantu soalan ini:-
-Bumi ni rata ke Sfera? (boleh tengok cara dia berfikir normal
ke tak)
-Betul ke orang ke Bulan? (boleh tahu cara dia menilai
sains)
-Anak nanti nak cucuk vaksin ke tak? (boleh tahu sama ada
dia kaki teori konspirasi)
-Pernah join Multi Level Marketing? ( Boleh tahu level otak
dia)
-Apa pendapat anda tentang Abu Bakar dan Umar? (boleh tahu
Syiah ke tak)
-Sambut Maulud Nabi boleh tak? (boleh tahu dia wahabi ke
tak)
-Nak beranak kat rumah ke kat Hospital? (boleh tahu jika dia
menyokong ajaran sesat Daola)
-Apa pendapat anda tentang Tun, Anwar, Hadi dan Najib?
(boleh tahu dia macai politik mana)
-Pernah jumpa hantu?(boleh tahu tahap mistik yang dia
percaya)
-Anak nak hantar sekolah tak? (boleh tahu ilmu terkumpul dia
takat mana)
-Apa pendapat tentang solat berjemaah? (boleh tahu dia ni
geng sembang maklipat ke tak)
-Jika anak kena denda di sekolah, apa tindakan anda? (nak
tahu agar cucu tak dapat mak bapak bangang yang serang cikgu di sekolah)
Okey, begitu lebih kurang soalan-soalan asas untuk menilai
tahap pemikiran bakal menantu korang, tapi jika dia jawab satu jawapan khas.
Tak payah tanya banyak lagi sebab korang memang bertuah
dapat menantu yang hebat macam tu.
Apa jawapan dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Pakcik, makcik.., saya sebenarnya ada baca buku Hamka
Kereta Mayat.
Woha!
Kagum dari jauh!
Ps: Buku tinggal lima tajuk sahaja (1) Kerana dia Anak
Syurga(2) Hantu terakhir (3) Kisah laki Bini (4) Semusim di Syurga (5) Kisah
Anak Bini.
Buku (6) Semusim di Neraka, (7) menangakap Dajjal, (8)Ngeteh
di Kubur Ayah, (9) Permata yang hilang, (10) Kamar Sutera, (11) Almond Gay,
(12) Satu (13) Makan Dalam,
itu semua dah habis dan telah bertukar menjadi kenangan
terindah. woha!
(Tanjakv pun masih ada, he he)
Mar 5, 2020
Perempuan bodoh di larang baca?
(Ya betul, Perempuan bodoh di larang baca)
Encik Hamka betul ke kata kawan non muslim saya Islam adalah
agama yang tidak adil kepada wanita?
Sebab dalam Islam perintah agama cenderung menguntungkan
kaum lelaki seperti hanya lelaki boleh jadi ketua pemimpin, hanya lelaki
menjadi iman solat, saf solat pula, perempuan di atur paling belakang, lepas tu
balik kerja kena layan suami kalau tak di kira menjadi isteri derhaka sedangkan
suami boleh berkahwin ramai, manakala dalam hadis ada tujuh lelaki boleh duduk
dibawah lindungan Arash tetapi perempuan tidak dinyatakan, aurat perempuan pula
sangat terbatas dan kami menerima harta warisan paling sedikit berbanding
lelaki, ada tak encik hamka pernah tulis tentang gender equality dalam islam?
Jawapan:
Salam Puan, terima kasih bertanya..
Sebenarnya, Masalah ni pernah berlaku di Bethesda dekat
Maryland sebelah United States sana yang mana ada hamba Allah ni, Amina Wadud
ke apa Namanya, bagitahu Allah ni pilih kasih sebab Allah di anggap lelaki (HE)
Lalu persoal?, kenapa lelaki je boleh jadi imam solat Jemaah? Kenapa lelaki jer
boleh baca khutbah?
Lalu beliaupun ajak 100 orang lelaki dengar khutbahnya dan
terus beliau jadi imam solat jumaat pertama berjantina wanita-lepas tu beliau
kena kecam tapi beliau teruskan perjuangan menjadi imam solat dan anggap itu
satu kejayaan dalam bab gender equality.
Balik pada islam, kejayaan manusia adalah dapat taat
perintah Allah ikut cara Nabi (bagi lelaki) dan ikut cara isteri Nabi (bagi
perempuan)
Nabi solat berjemaah di masjid (lelaki semua kena ikut)
isteri nabi solat di rumah (yang ni perempuan kena ikut)
Maka janganlah silap kita mentafsir kejaayaan dalam hak
kesamarataan antara jantina, kerana memang Allah buat berbeza!
Sejak bila kejaaan wanita di ukur melalui Gender Equality?
Sejak bila kejayaan orang perempuan bila berjaya buat apa yang lelaki buat?
Takrif kejayaan tu tak tahu ambik dari sumber mana? padahal
Allah dah terangkan dalam alquran paranan lelaki dan wanita yang BERBEZA dan
SALING MELENGKAPI, bukanya kena SAMA dan saling bersaing!
Mungkin dalam kehidupan manusia tidak bertuhan di barat,
takrif kejayaan perempuan adalah sama dengan lelaki. Contoh, jika lelaki boleh
bukak baju, sayapun boleh bukak baju, jika lelaki boleh angkat berat, sayapun
nak angkat berat. Jika lelaki boleh bela bulu ketiak dan bulu kaki, kami orang
perempuanpun nak tunjuk bulu ketiak. Jika lelaki boleh kerja buruh, kamipun
boleh! Jika lelaki boleh ramai awek, saya pun boleh ramai pakwe! Jika lelaki
jadi bos, saya pun nak jadi bos walau emosi saya terganggu waktu Haid!
Lalu berlumba lumba perempuan tak ada agama nak jadi
‘lelaki’, masing masing tinggakan rumah tangga dan bersaing dengan lelaki untuk
dapatkan hak kesamarataan, sampai anak perempuan dirumah terabai, dan bila tua
korang tinggal dengan anjing sebab anak perempuan korang pun sibuk nak jadi
lelaki.
Jadi, daripada korang berlumba lumba nak jadi lelaki lebih
baik korang orang perempuan buat kerja yang lebih mulia iaitu: JADI PEREMPUAN.
Balik kepada Amina Wudud, Jika betul tafsir kamu, dah lama
turun Nabi perempuan, tapi itu tak berlaku sebab tugas perempuan adalah bantu
Nabi, bukan menjadi Nabi.
Sungguh menjadi Imam solat tak menaikkan darjat mana mana
perempuanpun sebab zaman Nabi, Khatijah ke Aisyah ke mana jadi imam? Tapi
mereka tetap dapat jaminan syurga. Mereka tetap dikira bertakwa, dan takwa di sisi
Allah bukan bila perempuan dapat jadi imam atau lelaki dapat susukan anak,
takwa bila masing masing buat kerja masing masing.
Rujuk isteri Nabi, Apa kerja mereka? Semua tahu sudah:
mereka buat kerja mereka iaitu menjadi ibu yang Allah janjikan Syurga di bawah
kaki. Melahirkan anak dapat pahala syahid, susui anak dapat pahala sedekah,
taat suami pintu syurga terbuka dan macam-macam lagi.
Bila anak nak taat pulak, Nabi bagitahu tiga kali, taatlah
ibumu dulu baru ayah.
Mendengar ini, ada tak lelaki cemburu dan fikir nak beranak
macam perempuan sebab nak syurga bawah kaki? Isn’t that sexist? Ada?
Takde sebab kami faham tugas masing masing, tugas lelaki:
JADI LELAKI BERTAKWA
Tugas perempuan: JADI PEREMPUAN BERTAKWA
Dan bidang ibadat LELAKI BERTAKWA tak sama dengan PEREMPUAN
BERTAKWA.
Takwa bukan ada dalam hak kesamarataan jantina! Takwa ada
dalam kefahaman agama yang Allah bagi kepada mereka yang ikhlas nak belajar dan
amal agama!
Banyak kali Allah sebut kejayaan lelaki dan perempuan secara
berasingan,: rujuk ayat 35 surah al ahzab:
Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan
perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya,
laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, lelaki
dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan
perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,
lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan
untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
Kenapa Allah sebut secara berasingan? Sebab lelaki Berjaya
bila jadi LELAKI soleh, dan perempuan Berjaya bila jadi perempuan SOLEHAH.
Bukannya bersaing semua nak jadi macam lelaki, tapi saling
lengkap melengkapi!
Ambik satu contoh, Suami pergi kerja cari nafkah, wanita
jaga anak dirumah, suami ajar isteri agama, isteri ajar anak agama. Suami solat
di masjid, perempuan solat di rumah, suami berdakwah kepada jiran jiran, wanita
galakkan suami keluar berdakwah, Suami cari harta, perempuan jaga harta, suami
sediakan tempat perlindungan, perempuan jaga tempat perlindungan, suami
sediakan pakaian, perempuan jaga aurat, suami cari keperluan anak, perempuan
jaga anak, dan lain lain. Cantik.
Tapi zaman sekarang, wanita berlumba nak jadi lelaki, nak pergi
kerja jugak, tak salah pun, ada tempat kerja yang perlukan wanita, yang salah
bila abai anak dan suami, atau anak ditinggal ditempat yang salah,tak jaga
maruah, tak jaga akhlak, tak jaga solat, itu yang jadi hari biru!
Habis tu perempuan tak boleh kerja? Boleh! Islam ada cara
atasi masalah anak kena tinggal bila suami isteri bekerja, iaitu dalam islam
suami boleh poligami, jadi wanita bekerja boleh tinggal anak rumah mak tirinya,
alahai bukannya orang lain, madu kau jugak. (habislah saya kena kecam)
Itu satu contoh sahaja, bab kerja tak salah pun nak kerja,
tapi bila balik rumah, tetap kena layan suami kerana disitulah takwa bagi
wanita, jangan pulak balik kerja terus derhaka dengan alasan hak kesamarataan.
Suami pulak bila isteri bekerja, maka sama sama penat, balik rumah, sama
samalah kemas rumah dan memasak, TAPI Balik azan berkumandang, perempuan boleh
solat dirumah tapi lelaki sunnahnya kena solat di masjid walaupun penat bekerja
kerana takwa lelaki ada dalam solat berjemaah, al faham ke idop?
Lepas tu lelaki balik kerja, kena keluar lagi cari ilmu
agama, balik rumah lepas isyak, ajarlah agama pada anak bini, wajib orang
lelaki buat ni! Lepas tu lelaki kena semak solat anak bini betul ke tak, kena
semak ilmu agama anak bini betul ke tak? Jika tak pandai suami kena kelaur lagi
cari ustaz untuk belajar, dan balik ajar lagi anak bini, maka lelaki yang
bekerja, balik rumah wajib keluar lagi cari ilmu agama, manakala perempuan yang
bekerja, balik rumah boleh terus tumpu pada anak dan ibadat di rumah, kena
faham ni bagi sesiapa yang bekerja sama sama.
Masalah sekarang, lelaki balik rumah tiba tiba menjadi
perempuan, sama sama nak solat di rumah, sama sama nak layan drama magrib, itu
yang salah!
Perempuan jangan risau suami tak bantu buat kerja rumah, tetapi
perempuan kena risau suami tak pergi solat berjemaah, risau suami tak pergi
belajar agama, risau suami tak ajar agama, risau suami tak berdakwah, itu yang
sepatutnya! Tapi masalah sekarang perempuan nak jadi sama macam lelaki yang
salah takwanya.
Lalu tuntut hak sama rata, nak jadi lelaki yang SALAH
TAKWANYA aduhhh.., ini yang berlaku di barat!
Maka janganlah orang perempuan berlumba nak jadi lelaki atau
lebih kronik, nak lebih dari lelaki, padahal dalam Al quran dah cerita :please
refer chapter number 2, verse 36!, (baca laju laju macam dr zakir naik)
“..... dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan.... ”
So waktu kecik Allah dah bagitahu jobscope tak sama, apatah
lagi bila besar, Ayah tak akan sama dengan ibu, si ibu jika nak kerja boleh
tapi ibu jangan lupa tugas ibu seorang perempuan dan ayah jangan lupa tugas
ayah seorang lelaki.
Tugas paling basic anak tak boleh derhaka pada ibu sebab
syurga ada bawah tapak kaki ibu, dan tugas paling basic seorang isteri tak
boleh derhaka pada suami sebab syurga ada dalam keredhaan suami. Simple!
Ya, saya tahu korang kerja, sama penat macam lelaki, tapi
itu bukan alasan untuk tengkin dan layan suami macam sampah! Faham tak?
Ibu redha, anak masuk syurga. Suami redha , isteri masuk
syurga, faham tak? simple jer nih.
Sungguh isteri lebih mudah masuk syurga berbanding si suami,
isteri jaga solat, puasa dan taat suami, pintu syurga dah terbuka, walaupun
suaminya sejahat firaun!
Tapi suami, jaga solat, puasa dan taat isteri belum tentu
pintu syurga terbuka, sebab suami ada tanggung jawab dengan orang tua dia,
dengan adik beradik perempuan dia, dengan anak anak dia, lagi tanggung jawab
cari nafhah, cari makanan, cari pakaian, cari tempat tinggal, cari menantu,
jaga solat berjemaah, dakwah jiran tetangga, keluar berjihad, keluar berperang
dan banyak lagi!
Tapi itulah, korang memilih untuk jadi hina dengan menjadi
terlalu sensitif, pembahagian harta lebihkan lelaki korang marah, aurat lelaki
pusat ke lutut korang marah, lelaki kahwin dua korang marah, sedangkan Allah
dah mudahkan korang untuk masuk syurga, cuba tengok jalan dakwah dan takwa yang
perlu lelaki lalui, dah laluipun belum tentu masuk syurga tau!, ada pejuang
islam mati syahid tapi Nabi kata dia masuk neraka sebab niat untuk dapat
perempuan atau harta, sedih kan?
Nak mudah faham, Bacalah kisah Nabi dan sahabat, sungguh
menjadi lelaki islam ini bukannya kerja mudah, di sini ada mujahadah yang
berpanjangan, kerja koranglah untuk galakkan mereka solat berjemaah, dan
galakkan mereka keluar jalan Allah.
Habis jika mereka tak keluar jalan Allah bagaimana dengan
syurga saya? Jangan bimbang, Asiah isteri firaun pun boleh masuk syurga sebab
orang perempuan taat perintah Allah dan taat suami, Pintu syurga dan terbuka
walau suami sejahat Firaun, Tapi orang lelaki baik macam Wali, tapi anak
perempuan dan isterinya boleh tarik masuk neraka jika dia sengaja tak berdakwah
pada anak dan isteri.
Kesimpulannya:
Sebelum datang Islam, hak wanita memang teruk, Mereka hanya
diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks
dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam, zaman
sebelum islam, masyarakat anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.
Kaum wanita juga dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih
hina dari itu sebab diseksa zahir batin..
Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai
hamba bila ayah mereka mati. lepas tu kajadian membunuh anak perempuan
hidup-hidup dengan alasan malu perkara biasa.
Zaman itu, lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan
wanita yang dia suka. ‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri
sebelum Islam, dan seorang Ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.
Bab kahwin pulak, Perempuan yang datang Haid tidak boleh
duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis.
Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang
kotor. Bila suami tak suka isteri, mereka menceraikan isteri dengan cara
menghina (kaedah zihar)
Balu wanita yang kematian suami diasingkan dan wajib pakai
pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun.
Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia
bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (apa ke jadah?)
Lebih tragis, ada Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa
judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau
dipijak untuk mendapat keputusan.
Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila
suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan
sehidup semati, apa ke jadah,
Pendek cerita:
Kemudian munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita
melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita,
antaranya:
Wajib berlaku baik pada bini, Tak boleh pukul bini sewenang
wenang, Tak boleh setubuh waktu haid, Tak boleh setubuh ikut lubang jubor, Tak
perlu halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.
Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam
zihar. Jika mampu kahwin maksima hanya empat bini,
Bab kemuliaan, Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba,
haram. Shurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu
lepas tu Islam wajibkan orang lelaki memberi pakaian, dan
memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan. Boleh
duduk dan bermesra dengan bini walaupun Haid, (tanpa bersetubuh, nak cuim, nak
pelok boleh jer)
Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum
islam)
Banyak hadis sebut Doa wanita lebih makbul dalam kes
tertentu, waktu beranak, waktu menyusu.
Ada hadis cerita: menggembirakan anak perempuan dengan
hadiah, mendapat pahala besar. Kena dahulukan anak perempuan bab kasih sayang.
Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib
sial.
Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan
ibu dahulu.
Banyak lagi, Perempuan sabar mengandung dapat pahala, sakit
beranak pula mendapat pahala mati syahid. lepas tu Di jamin masok shurga jika
besarkan anak perempun dengan ilmu ugama sampai berkhahwin, Perempuan menyusu
mendapat pahala berganda.
Semua tahu, Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi
mendapat pahala jihad melalui amalan khidmat.(jap lagi ada yang melenting
dengar perkataan khidmat-adohai..)
Tak boleh tengok aurat perempuan selagi belum kahwin. maruah
mereka terjaga.
Dan lain lain..
Banyak lagi jika nak cerita, tapi Kesimpulannya adalah:
Orang perempuan tak perlu jadi “lelaki” untuk Berjaya, Allah
dah buat standard kejayaan untuk korang, terpulang sama ada nak follow atau let
it go.
Contoh mudah: Orang perempuan tak perlu pergi masjid solat
berjemaah untuk dapat pahala 27 kali ganda, solat jer di rumah dan layan suami
balik masjid elok-elok, terus korang dapat pahala lebih banyak dari solat
berjemaah 27 kali ganda, Nampak tak?
Dalam hadis tentang nasib lelaki di padang mahsyar, Nabi
cerita kisah tujuh lelaki yang Berjaya duduk bawah Arasy tempat teduh dari
panas kemurkaan Allah.
Lelaki itu adalah mereka yang sudah baik sejak dari muda,
ikhlas bersedekah, solat berjemaah, tidak menghampiri zina, bertahajjud, berdakwah
dan pemimpin yang adil.
Mana pergi wanita dalam hadis ini? Simple! Wanita yang
berkahwin dengan lelaki itu, semua dah masuk syurga awal tak perlu duduk di
bawah arasypun.
Eh? Macam mana wanita boleh masuk syurga awal? Kan dah cakap
tadi: Wanita untuk masuk syurga hanya perlu jaga solat, dan taat pada suami.
Simple.
Maka wahai orang perempuan, jika diberi pilihan menjadi
menjadi PEMIMPIN dunia atau Mudahnya masuk SYURGA? Mana yang kamu mahu?
Masing masing boleh fikir, bak kata pepatah melayu untuk
orang lelaki:
“tepuk dada tanyalah Iman”
Tapi oleh sebab soalan ni kepada orang perempuan, maka
pepatah tak boleh sama dengan lelaki, untuk itu:
“Tepuk buah dada, tanyalah iman”
Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)