Nov 1, 2019
Berdoa itu satu kesalahan?
(Tanya sama abang mayat)
Soalan pembaca:
Nak tanya abang mayat, kenapa kita kena arahkan Tuhan buat
macam-maca,? kalau doa minta panjang-panjang, macam lah tuhan tu tak dengar, macam
lah tuhan tak melihat, macam lah tuhan tak mengetahui. Balik-balik kita
memerintah Tuhan, siapa Tuhan siapa makhluk ni?
Nak minta umur panjang, nak minta rezeki bertambah, nak
minta naik pangkat, sedangkan orang kafir tu tak minta pun Allah beri, nak itu
nak ini, sedangkan Allah tanya kita balik "bukan kah AKU ini Tuhan
mu" malu rasa nya bila Allah tanya tu,sebab Nabi tak pernah minta apa-apa,
kerana semua dah tertulis,nak tambah kat kitab mana lagi...?
Cuba lah kalau kita minta macam-macam kat mak bapa kita,dah
tentu dia bingitkan, tapi cuba kalau kita tak minta apa-apa, nanti dengan
sendiri mak bapak kita puji kita,dia ni bagus tak minta apa-apa, kalau AKU bagi
pun dia tak cerewet, tapi si dia tu, ashek minta saja, cerewet plak tu,siapa
nak bagi..?. biasa nya orang tak minta ni, tetiba je murah rezeki nya dan
berkat, tapi yang minta ni, rezeki nya banyak tapi cepat habis sebab tak
berkat…
Think about it
Jawapan keretamayat.
Okey, nak jawab. Bab berdoa atau meminta… Memanglah bapak
adik boring dan marah bila adik mintak banyak-banyak barang mainan.., sebab
bapak adik tu manusia macam Abang mayat, abang Mayat pun akan marah kat bini
abang jika bini abang asyik mintak itu ini.. asyik bukak mulut keluar duit, ingat abang ni cop duit ke?
Tapi buat pengetahuan adik yang jahil dan cetek bab
ketuhanan ini, sungguh Allah tak sama dengan makhluk, Allah takde sifat macam
bapak kau yang melenting bila adik ulang ulang permintaan dan keinginan..,
hakikatnya, Allah suka sangat hamba dia doa panjang panjang dan banyak banyak…
Orang yang tak berdoa biasanya orang kapir yang takde tuhan
atau orang yang sombong.., macam firaun, Haman dan Namrud..
Kalu adik nak tahu.., Nabi kita time perang badar doa sampai
janggut basah (menangis) dan serban di bahu jatuh (angkat tangan tinggi)
Lepas tu Nabi kita, err adik tahu tak nama Nabi kita? Pandai
pun.., Nabi Muhammad SAW ajar kita doa doa masnum iaitu doa sebelum makan,
sebelum berak, sebelum bersetubuh dan lain lain…
Doa ni dik, sebenarnya adalah satu pengzahiran kalimah
Tauhid, Kalimah Tauyibbah atau kalimah ikhlas.., iaitu:
“LA ILLA HA ILL-ALLAH!”
-Tiada Tuhan melainkan Allah..
-Tiada yang berkuasa melainkan Allah
-Tiada yang bagi manafaat dan mudarat melainkan Allah..
Bila kita berdoa.., kita telah benarkan kalimah Tauhid itu
dengan menzahirkan yang diri kita ni tiada berdaya dan upaya melainkan dengan
kehendak dan izin Allah subhanahuwataala..
Tu yang kita kena doa selalu tu!!..
Tikus bila dia keluar dari lubang, dia tak doapun nak makan
keju, sekali dia nampak keju terhidang depan mata, dia pun makan, 3 malam dia
makan keju yang paling lazat, dia pun parasan bagus ingat tuan rumah sayang
dia, dia pun ajak kawan kawan dia makan sama.., tapi hari tu “ gedegang”
perangkap tikus memecahkan kepala dia dan member sekepala, mampus semua tikus
mondok tu sedang keju masih ada di mulut mereka.., itulah yang terjadi kepada
orang yang tak berdoa tapi masih dapat rezeki, dia ingat Allah sayang kat dia
he he he..,
Padahal Allah bagi rezeki atas dunia kepada semua orang, tak
kira kapir ke, orang serani ke, itik sekatipun Allah bagi., firaun dan qarun
tak murah rezeki dia?.tapi tu sebenarnya ‘perangkap’.. atau istijraq dalam Bahasa
arabnya..
Ok, balik kepada doa, ustaz mana yang ajar adik nabi tak
pernah berdoa?
Adik,
Dalam al Quran banyak cerita bab doa.., adik pandai tak baca
arab? Adik mintaklah kat bapak adik nak sekolah arab, adik tak payah mintak
banyak kali kat bapak adik nanti dia boring, sebab tu sifat manusia, macam adik
yang dah boring berdoa.., tapi adik mintak banyak banyak kat Allah, Allah tak
pernah boring tengok adik berdoa, malahan Allah selalu membangga banggakan
hambanya yang berdoa di akhir malam dan apatah lagi adik yang kecil dan kudus
ini berdoa.. oh terharunya!! Masukkan nama abang Mayat dalam doamu.. woha!
Ok, baiklah, sekarang cuba adik bukak tafsir al quran surah
al baqarah.. adik akan dapati kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS
berdoa..
Ada banyak doa, antaranya ayat 129. yang berbunyi:-
“Ya Tuhan Kami, Bangkitkanlah di antara mereka seorang Rasul
yang akan membacakan ayat ayat Engkau dan mengajar mereka al kitab dan hikmah
serta mengsucikan mereka.”
(al baqarah -129)
Dalam Tafsir ibnu kathir ada hadith yang menyatakan bahawa
Nabi bersabda, Rasul dalam doa Ibrahim itu adalah aku..
Atau riwayat yang lain, aku adalah Qobbulliyat Bapaku
Ibrahim..
Arghh, tentu adik pening dengan istilah istilah yang bunyi
so arabic ni bukan?, baiklah, abang cuba jelaskan dengan bahasa yang mudah di
fahami.., insyAllah..
Dalam ayat ini ada dua perkara yang nampak sama tapi
berbeza..
i) Rasul yang akan membacakan ayat ayat Engkau.(ayatika)
ii) Rasul yang akan mengajar mereka al kitab dan hikmah
Apakah perbezaan antara “ AYATIKA”, dan “AL KITAB”?
Bagi setengah setengah ustaz yang tak paham, mereka akan
kata “ AYATIKA”, dan “AL KITAB” ni benda yang sama, mereka akan kata “ayat ayat
Engkau” dan “kitab” ni benda yang sama,! mana boleh tafsir lagu tu?!, jika sama
kenapa Allah nak tulis dengan lafaz yang berbeza?, sebab tu nak tafsir Al quran
ni bukan boleh bantai suka hati jer.., ikut warna parti, atau isu semasa.. atau
baru pandai nyanyi lagu wardina dan nak tafsir al quran.. wah wah wah!
Sebenarnya jika nak tafsir Al quran kena ada 15 jurusan
ilmu, kena tahu Lughah, Nahu, sorof, Istiqaq, al ma’ani, bayan, al Badi,
Qiraat, Akidah, usul fiqah, asbabun nuzul, nasikh-mansukh, furuk, hadith, dan
akhir sekali ilmu mauhub.., panjang nak cerita, abangpun tak tahu dan tak
tererpun oh!.. baik adik rujuk ustaz sebaik sahaja masuk sekolah ugama kelak..
Walaupun begitu abang tulis jugak tafsir ayat di atas yang
abang ambik dari BUZNAMA.. (berita dari ustaz yang aku tak ingat nama)
Kita semua sedia maklum akan Nabi Muhammad SAW adalah tidak
tahu membaca, maka apabila di tafsir : Rasul yang akan membacakan ayat ayat
Engkau, maka AYYATIKA di sini adalah ayat yang termasuk dalam ayat AL MANZURAH
iaitu ayat yang sentiasa di lihat.., apakah “ayat yang sentiasa di lihat?”
Maka maksud “ayat yang sentiasa di lihat” adalah Dakwah IL
lAllah!, seru manusia beriman kepada Allah, mengtauhidkan Allah, tidak
menyekutukan Allah!
Dalam Al Quran dan hadith kita boleh jumpa banyak ayat AL
MANZURAH atau “ayat yang sentiasa di lihat”.. yang Nabi gunakan ketika
berdakwah seperti contoh:
“Wahai Abu jahal, Allah yang menjadikan bulan..”
“Wahai pamanku, lihat Allah jadikan langit tanpa tiang.”
“Wahai Ali, sesungguhnya Allah yang menjadikan siang dan
malam”
“Wahai manusia, berimanlah kepada Allah yang tidak di
beranak dan di peranakkan”
“Sesungguhnya Allah yang menghidupkan dan mematikan”
(dan lain lain)
Maka dalam tafsir ini, AYATIKA bermaksud tugas Nabi yang
pertama adalah DAKWAH manusia kepada Allah! Seru manusia beriman kepada
Allah.., malahan semua Nabi dan Rasul tugas utamanya adalah DAKWAH manusia
kepada Allah!!
Manakala tafsir AL KITAB pula termasuk dalam ayat AL
MAQRU’AH..
Apa itu AL MAQRU’AH?
Jika QARIUN bermaksud pembaca, QARI pula bermaksud pembaca
lelaki, dan QARI’AH pula pembaca perempuan, maka AL MAQRU’AH adalah bermaksud
“yang selalu di baca”.., maka kat sini baru betul tafsir nya AL KITAB iaitu AL
QURAN, dan mengajar HIKMAH pula kita semua sedia maklum bahawa Sunnah sunnah
NAbi adalah al HIKMAH dan AL hikmah adalah HADITH.., maka perkara kedua yang
Nabi SAW buat selepas DAKWAH adalah TAKLIM WAL TAKLUM.., belajar dan mengajar
berdasarkan kitab wahyu (al quran) dan sunnah (hadith)..
Lepas tu pulak dalam tafsir ayat di atas tugas nabi yang
seterusnya adalah mensucikan ummat..
Maka bagaimanakan caranya Nabi SAW mengsucikan Sahabat RA? dari
sifat terkeji kepada sifat terpuji?
Dari sifat mazmumah kepada sifat Mahmudah..?
Dari engkar kepada taat?
Bagaimanakah caranya Nabi mengsucikan mereka? Guna sabun Dobi
ke? Klorox ke apa ke?
Baiklah, sebagai contoh, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang
mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari akan dapat dua kelepasan iaitu lepas
dari api neraka dan sifat munafik
(riwayat Anas bin malik daripada Imam tarmizi)
Kaedah menahan nafsu dan menggunakan diri atas kehendak
Allah selama 40 hari adalah kaedah yang biasa di gunakan oleh guru tasauf dalam
mengsucikan murid muridnya supaya mudah taat perintah Allah..
Apabila kita solat dengan menyediakan hati dan jasad untuk
taat seluruh ugama dengan bersolat awal waktu dan berjemaah selama 40 hari maka
natijahnya akan membuatkan hati kita mudah untuk taat seluruh perintah Allah..
dan inilah yang berlaku pada sahabat sahabat nabi SAW sehingga mereka semua
beramal dengan hadith ini dan seterusnya telah menukar sifat mereka yang dahulu
hidup dalam zaman kejahilan yang memuncak kepada menjadi hamba Allah yang
paling baik di kurun yang terbaik.., sehingga mereka mendapat jaminan syurga
atas dunia lagi..
Dan selain solat Nabi juga mensucikan hati hati sahabat
dengan zikrullah, iatu menukar hati yang lalai kepada sifat tawajjuh dengan
sentiasa merasakan kehadiran Allah melalui gerak hati yang mana pabila
terpandang kebesaran Allah akan ingat kepada Allah dan ingat kepada larangan
Allah serta perintah Allah, lalu mencapai darjat ehsan!
Maka kedua dua perkara ini iaitu solat dan zikir dan lain
lain adalah perkara yang Nabi ajar kepada ummat dalam Mensucikan jasad dan jiwa
yang di namakan sebagai IBADAT..
Selain dari itu, di luar kotak ibadat Nabi SAW mengajar
sifat hamba kepada ummat iaitu membuat hubungan yang baik dengan manusia dan
makhluk Allah…, sedar diri bahawa kita ni hamba Allah..
Dalam solat ada orang yang bersolat tapi hatinya berbisik
aku ustaz, aku ulamak, aku engineer dan lain lain..
Sedangkan dalam hadith kudsi yang panjang, Allah menjawab
setiap bacaan doa dalam solat dengan menyatakan kepada malaikat: lihat, Hambaku
sedang memujiKu, dan lain lain..
Nah,! Allah mengaku kita adalah hambanya, tapi kita masih
tersedik bahawa aku adalah mufti, aku adalah tempat rujuk, aku adalah orang
alim, itu ini begitu begini, bla bla bla..!!
Maka untuk buang sifat keakuan dan kesombongan ini maka Nabi
ajar kita jumpa manusia dengan rendah hati dan berkidmat kepada mereka, bahkan
Nabi ajar kita tawadduk kepada ibu bapa, guru, jiran bahkan kita juga kena jaga
perasan binatang! Inilah yang di sebut dalam ugama sebagai KHIDMAT.
Kesimpulannya, kedua dua perkara ini iaitu IBADAT dan
KHIDMAT adalah kaedah yang Nabi gunakan dalam Men-sucikan ummat ..
Maka jika ummat ini mengabaikan IBADAT dan KHIDMAT,
bagaimanakah dapat mereka mengsucikan hati dan jiwa mereka?
Jika ummat ini tidak belajar Al QURAN dan HADITH,
bagaimanakah dapat mereka belajar HIKMAH melalui perantaran SUNNAH Nabi?
Dan Jika ummat ini mengabaikan DAKWAH ILLALLAH, bagaimana
mereka dapat mengenal Allah??
Oh! Adik maafkan abang meleret leret dalam penerangan…,
abang harap adik paham dan dapat menjalani kehidupan yang di redhai Allah..
Abang harap adik faham dan terus hidup berdasarkan 4 perkara
yang telah di tafsir dalam doa Nabi Ibrahim AS..
Semoga kita semua dapat hidup dalam mengerjakan Dakwah,
Ta’alim, Ibadat dan Khidmat…
Ps: Ni baru tafsir doa nabi Ibrahim dah Panjang berjela…,
ada 25 nabi dan 25 doa lagi jika nak tafsir, tapi apa apapun, saya doakan adik
dan kita semua beroleh hidayah dan sempat bertaubat lalu mati masuk syurga.
Amin..
Oct 18, 2019
Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti?
Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti?
Dari mana falsafah ni datang?
Melintas banyak kali di media social, siapa yang reka ayat
ni?
Dari filem Joker ke?
Filem tu kan cerita kisah orang gila yang tersakiti, lepas
tu jadi jahat, bermakna orang jahat adalah orang gila yang disakiti.
Bukan orang baik yang tersakiti.
Sebab orang baik ni, tersakiti macam manapun tetap baik.
Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang buat jahat dekat dia
dan tetap di balas baik, kenapa?
“Tak kan lah bila orang buat jahat dekat kita, maka kita nak
buang sifat baik kita?”
Sebab tu nabi kena pukul, kena ludah, kena baling batu di
Taif, tersakiti, lepas tu malaikat datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi
doa semoga anak cucu orang Taif dapat hidayah.
Nampak tak?
Orang kafir tuduh Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir
dalam filem joker dah buktikan, orang gila bila tersakiti, akan jadi jahat
macam joker, tapi Nabi bila tersakiti tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.
“tapi bang Hamka, itu Nabi..”
Baik, kita rujuk sahabat, Nabi, bilal diseksa lebih teruk
dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal jadi AJK masjid tau tak?
Khabab bin Alarat diseksa ada jadi jahat? Apa? Tak kena
Khabab tu siapa? Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared
Leto korang kenal pulak, patutlah sokong sangat statement orang jahat adalah
orang baik yang tersakiti sebab korang pun dah sama gila!
Dulu Anwar Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar
jadi jahat? sakarang elok jer jadi baik dengan PM ke 7.
Dulu, Azmin Ali, Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh
PM ke 4, sekarang elok jer berkawan dengan PM ke 7.
(bagi yang tak tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)
Sekarang Bekas PM datok Najib tersakiti dengan pelbagai
tuduhan merompak, siap sakit punggung di mahkamah, tapi elok jer jadi orang
baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”
Jadi hentikanlah guna ayat: Orang jahat adalah orang baik
yang tersakiti. Orang gila jer boleh guna terma tu.
Orang jahat ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah
untuk pilih nak jadi jahat ke baik? Tapi dia pilih jadi jahat.
Buktinya dalam Al Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap
manusia di beri dua jalan iaitu kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan
untuk dijauhi tapi ada yang memilih jalan kejahatan.
Sendiri mau pilih lepas tu salahkan orang konon tersakiti.
Tau tak?
Kata doctor, ramai orang jahat bila tersakiti di hospital,
menjadi baik.
Kata warden penjara, ramai banduan bila tersakiti di
penjara, menjadi baik.
Kata ustaz garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan
menjadi baik.
Maka yang betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang
tersakiti.
Woha!
Sejahat jahat manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas
tersakiti oleh azab Allah, menangis bertaubat dalam neraka!
Jelas tak?
Tapi jika korang nak jugak guna terma tersakiti dan menjadi
jahat, padahal itu terpakai untuk orang gila, maka boleh guna:
Orang jahat itu adalah orang yang sakit hati.
Faham tak?
Orang jahat adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu
hati sakit, maka pergilah cari penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku
bersalah, beristigfar dan lain lain so call akhirat.
Al faham ke idop?
Habis tu jika nak guna ayat tersakiti ni kat mana yang
sesuai?
Baik, Ada beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti
ini, sebab bila tersakiti bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar
kepada macam macam. ada baik, ada jahat, macam-macamlah!
Sebelum tu kredit kepada Afyan Mat Rawi, IFP sebab kata kata
di bawah saya ambil dari perkongsian beliau.
Contoh yang betul dalam bab tersakiti..
- Orang gemuk adalah orang kurus yang tersakiti.
- Pengguna Apple ialah pengguna Android yang tersakiti.
- Orang Besut adalah orang Kelantan yang tersakiti.
- Doktor swasta ialah doktor kerajaan yang tersakiti.
- Malaysia Baru adalah Malaysia Lama yang tersakiti.
- Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah BR1M yang tersakiti.
- Ahli Bersatu adalah ahli Umno yang tersakiti.
- Ahli Amanah adalah ahli PAS yang tersakiti.
(okey, boleh sambung sendiri)
Woha!
Oct 16, 2019
Bidaah menjadi kerisauan Syaitan?
(Bila bicara bab Bidaah, dari dulu lagi saya akan merujuk
kepada 4 soalan ini.)
Pertama memang Nabi tak buat, tetapi jawab 4 soalan ini,
maka InsyaAllah boleh selesai masalah.
- Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
- Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)
- Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)
- Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)
Empat soalan ini adalah asas ilmu yang semua orang islam
perlu tau akan jawapannya untuk setiap ibadat yang kita buat, tak kira sunnah
atau bidaah.
Contoh bab solat, akan terjawab 4 soalan ini, iaitu aku
solat kerana Allah, ada dalil dalam Al quran yang menunjukkan bahawa solat
adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat,
dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Begitu juga dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa
Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi
berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Malahan 4 soalan ini tidak tertakluk pada yang Sunnah
sahaja, yang Bidaahpun begitu.
Sebagai contoh (masukkan amalan bidaah hasanah) semuanya
kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah
perintah Allah, ada pendapat ulamak yang membenarkan semua itu, dan bagaimana
perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing.
Faham tak?
Ambil contoh: Baca Qunut.
Okey, Nabi tak buat tapi Mazhab Syafee nak buat, mari jawab
soalan ini
- Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
Ya, saya baca Qunut dalam solat subih kerana Allah
- Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)
Ya, ada Allah benarkan membaca doa Qunut, ada dalil…
- Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)
Kami ikut Imam Syafee dan muridnnya, dan doa ini pernah dibaca
Nabi, kami hafal dan kami baca.
- Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)
Kami buat di rakaat ke dua solat subuh, jika tertinggal
solat tetap sah, sunah sahaja. Tapi kami istiqamahkan secara sunat, bukan
secara wajib.
Nampak tak?
Jika Talqin dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, maka
dikubur orang main telefon sambil selfie.
Jika Tahlil Arwah dikatakan Bidahan, Amalan itu ditinggalkan,
maka dirumah orang mati, masing masing orang main telefon sambil selfie.
Bila Qunut dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, Qunut
tidak bergema lagi!
Bila membaca Yasin setiap malam jumaat dikatakan Bidaah, Amalan
itu ditinggalkan, maka malam jumaat orang main telefon sambil selfie.
Bila membaca Al Quran tanpa memahami maksud dikatakan
sia-sia, Amalan itupun ditinggalkan... dan Al Quran tidak bergema lagi!
Bila zikir beramai- ramai sesat, lepas solat masing masing
main henset, maka Zikir tidak bergema lagi!
Lalu menanglah tipu daya syaitan
Menghadap telefon dari pagi hingga malam tidak di katakan sesat
Sebaliknya sebarang usaha ke jalan Allah sentiasa ada yang
mengatakan sesat dan suruh di tinggalkan.
Lalu jika kamu pasang telinga…
Kamu akan dapati..
Dunia semakin sepi dengan pujian kepada Allah.
Dan Dunia semakin bising dengan ketawa berdekah Syaitan
durjana.
Itupun, Jika kamu mahu mendengar.
Take note!
Oct 11, 2019
Jom jumpa Hamka Kereta Mayat?
Bila Tuhan menduga kita, Jangan pernah tanya soalan KENAPA
Allah Uji kita, sebab nanti akan dapat jawapan yang salah.
Kenapa salah?
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak
saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke? Tengok?!, dah bermula
jawapan yang salah bermain di kepala.
Dulu malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang
akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!
Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya
KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya
soalan apa? Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada,
saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!
Banyak nak sembang, jom jumpa di Selayang!
Dua jam kat sana, ada banyak benda boleh kita bincang
seperti nama nama Tanjak, eh? Silap, kita bincang tentang kisah Hikmah disebalik
anak syurga.
Saya sendiri InsyaAllah akan bawa anak syurga saya Bersama.
Jika tiada aral, anak syurga saya juga akan bertanjak.
Eh? Tersebut Tanjak pulak, arghh, alang-alang begitu, saya
bawa tanjak lebih, siapa nak tempah baik order sekarang.
Woha!
Tempat: PTS SELAYANG
Tarikh: 13 Oct 2019
Masa: 10 hingga 12 Tengah hari
Oct 7, 2019
Baca Ini Jika Tak Pandai Bahasa Inggeris?
(Pesanan Hamka kepada anaknya-Mengeteh di Kubur Ayah)
Anakku,
Lupa pula
nak cerita tentang peri pentingnya belajar bahasa Inggeris. Baik! Kepada anak yang dah pandai bahasa Inggeris boleh abaikan surat ini. Biarkan ayah ajar anak yang lain.
Semua
sedia maklum bahasa Inggeris
itu penting kerana banyak
sekali sumber ilmu yang
dapat dirujuk dalam bahasa ini. Wikipedia yang menjadi rujukan terbesar pun ditulis dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kalau korang berniat untuk menyelamatkan dunia, maka
‘kerja’ itu akan jadi lebih mudah bila korang pandai English. InshaAllah berjaya terutamanya jika korang expert like a crazy pig (pandai gila babi).
Nota:
Gila babi bukan digunakan untuk menghina tapi untuk menujukkan rasa kagum
yang teramat iaitu kagum gila babi. Harap maklum.
Berbalik
pada topik utama. Dipendekkan cerita, dulu ayah adalah seorang Melayu yang malas untuk belajar bahasa Inggeris. Mungkin pada zaman ayah, PM belum mewajibkan lagi pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Lagipun pada masa itu belum ada internet, maka ayah membuat endah tak endah dengan pentingnya BI (alasan
semuanya itu).
Sehinggalah
pada suatu hari, ayah melihat sekumpulan budak-budak Punk ketawa
selepas membaca tulisan
di dinding tandas. Hal ini membuatkan ayah iri
hati dengan kelebihan ilmu mereka dan ditambah pula dengan ramainya pendosa dari luar negara yang
datang ke Malaysia, maka ayah memulakan langkah to improve my English sebagai salah satu kaedah yang lebih
cepat dalam usaha menyelamatkan dunia. InshaAllah!
Bak kata
pepatah:
“Everyone
should be able to do one card trick, tell two jokes and recite three poems, in case they
are ever trapped in an elevator.”
(Lemony Snicket)
Namun,
oleh kerana ayah dah lama
habis sekolah dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, maka ayah belajar bahasa Inggeris dengan cara sendiri.
Sekarang,
berkat usaha gigih, karisma,
dedikasi dan integriti... err… kejap! Cerita ini bukanlah nak bercerita tentang ayah yang pandai English gila babi, tapi cerita
tentang bagaimana kita boleh cepat pandai dalam bahasa itu.
Bila cepat tiada lagi istilah
‘hot-hot chicken shit’.
Kalau mahu belajar apa-apa bahasa, perkara pertama adalah korang kena ada kamus sendiri. Korang
kena beli kamus dan bawa ke mana sahaja. Kalau boleh hafal satu kamus. Jika dulu nabi digelar ‘al-Quran bergerak’,
sekarang giliran korang pula
menjadi ‘kamus bergerak’.
Jika ada kawan
bertanya, what is
inception? Terus dapat jawab, nampak tak?
Ayah tahu,
korang lemah BI bukan
sebab bodoh tetapi korang
tak tahu makna dan malas menghafal kerana dalam otak sudah ditanam
‘tak tahu English pun boleh
hidup juga’ atau ‘malaikat dalam kubur tak tanya dalam bahasa
Inggeris’. Bukankah dalam
syurga lebih afdal cakap Arab? Arghh…
malas nak cerita bab
ni. Apa kata korang buang
persepsi itu. Jangan jadikan itu alasan dan halangan.
Ayah juga hairan kenapa pelajar dalam kelas English jarang bawa kamus. Masalah utama korang adalah tak tahu makna. Jadi, kalau tak tahu kenalah beli kamus dan hafal. Itu kunci yang pertama!
“Don't
be so humble, you
are not that great.” (Golda Meir)
Dah ada
kamus? Sekarang pergi
beli buku nota untuk mencatat
perkataan yang tak faham sewaktu membaca dan sebelum tidur hafal balik
perkataan baru tadi.
Jadi korang
akan ada dua buku, satu adalah
kamus dan satu lagi buku nota yang akan menjadi kamus peribadi kerana korang akan mencatat perkataan baru dan tak tahu makna sahaja. Lama kelamaan, buku nota itu akan menjadi tebal dan korang dah tak perlu merujuk kamus lagi.
Pilih
bacaan yang mudah dahulu. Kalau boleh ambil bahan bacaan
budak tadika, baca dan faham makna keseluruhan
cerita. Selepas itu, baca buku budak sekolah rendah pula, seterusnya buku sekolah menengah dan akhirnya bacalah novel Inggeris sebelum membaca tafsir al-Quran dalam bahasa
Inggeris.
Ayah masih
ingat apabila baru
berkecimpung dalam dunia internet,
rasa teruja sungguh. Begitu banyak sumber ilmu yang boleh kita terokai.
Buka sahaja Wikipedia
bermacam-macam cerita
yang boleh dibaca. Ayah pun
baru tahu apa itu Rotten Tomatoes, siapa Maddox, imdb info
dan banyak lagi istilah baru. Tetapi
sebelum itu kenalah
pandai English dulu!
Bila dah
pandai, boleh
mula berniat untuk berdakwah
ke peringkat antarabangsa. Bukan setakat dari Perlis sampai ke Sabah saja perjuangan kita. Think BIG
dan langkah kita akan besar tapi jika Think SMALL maka langkah pun akan small.
Contoh:
Jika korang fikir habis belajar nanti cukuplah dapat bekerja makan gaji di company yang stabil, maka perjalanan hidup akan terhad
kepada kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu dan menunggu dinaikkan pangkat. Tetapi jika korang fikir mahu berbisnes, mencipta produk, menggaji pekerja, kayakan diri sendiri dan membuat sesuatu yang bermakna, maka
perjalanan hidup korang akan luas tiada penghujungnya. Tapi sebelum nak mendapatkan semua ini, kenalah pandai bahasa penjajah!
“To stay
around (if you dot want to go far), learn bahasa tempatan. To go futher, learn bahasa penjajah!” (Hamka Kereta
Mayat)
Dalam saki-baki hayat yang masih tinggal, ayah belajar bahasa Inggeris. Seronok juga dapat belajar, semuanya dengan pertolongan Allah.
Ayah memang
rajin baca Wikipedia. Sambil baca sambil buka kamus, (sekarang dah ada Google Translate lagi senang). Selepas itu ayah beli akhbar The Star, komik English (sekarang
banyak yang online) dan juga kitab karangan Maulana Yusof Mutakhab,
hadis versi English. Baca, baca dan
baca…
Dari dulu ayah suka tengok movie.
Selesai tengok movie,
ayah akan baca sinopsis atau plot cerita dalam
bahasa Inggeris untuk
tahu penggunaan ayat. Mana
yang tak faham ayah akan
catat dan hafal pada waktu makan. Begitu juga dengan komik Dragonball dan GTO, walaupun dah khatam dalam bahasa Melayu, ayah baca pula versi bahasa Inggeris di internet.
Bila
berjalan ayah akan bawa kamus, (sekarang cuma perlu download aplikasi ke dalam telefon) jika nampak tulisan yang diconteng
di dinding tandas awam dalam bahasa Inggeris, ayah akan buka kamus dan ketawa jika lawak
itu bermutu tinggi.
Contoh
lawak di dinding tandas;
‘A
successful man is one who makes more money than his wife can spend. A
successful woman is one who can find such a man.’ (Lana Turner)
Untuk lebih
cepat pandai, ayah pinjam dua buku dari perpustakaan awam iaitu versi Melayu dan Inggeris. Kedua-dua buku itu ayah akan baca dan bandingkan. Antara buku yang ayah buat begitu
adalah How To Win Friends & Influence People tulisan Dale Carnegie, Rich Dad Poor Dad dan banyak buku popular lain.
Untuk dapat
saham di dunia dan akhirat pula, ayah baca buku islamik yang ada dua versi BM dan BI seperti
buku tafsir dan
hadis. Kedua-dua buku itu ayah baca dan bandingkan. Ada juga waktunya bonda akan membaca taklim dalam BM dan ayah semak dalam BI.
Contoh hadis bahasa Inggeris yang dipetik dari A Selection of Hadith;
Nabi said: He is wise and shrew who takes
account of himself and prepares for what is after death. And he is weak and
incapable who follows his desires and yet pins high hopes on Allah’s Mercy. (Tirmidhi)
Kadang
kadang ayah kaji falsafah Inggeris:
“Before
you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that
way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk
about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from
the parasites of your parent's generation, try delousing the closet in your own
room.” (Bill
Gates)
Ada masanya apabila menonton filem, ayah akan fokus pada subtitiles dan gunakan dalam kehidupan seharian. Contoh petikan
dialog daripada filem Bujang Lapuk (The Three
Bachelor Warriors).
Aziz : Probably, that house that you mentioned, has
anyone occupied it yet?
Sudin : Which house ?
Aziz : That house, the one that you kept talking
about.
Sudin : Oh, that house. It's still vacant ... if we apply for it, we'll get
it.
Aziz : How many rooms, Din ?
Sudin : I saw three rooms.
Aziz : That's good. Each of us can have a room to
himself. Are they large ?
Sudin : Not very. But it's long, 7 feet ... about 3 feet long and 7 feet deep.
Aziz : Quite big, huh, there's even depth..that's A
GRAVE !
Woha!
Bila dah
naik sheikh, ada juga
ayah cuba menyanyi lagu
Melayu dalam Bahasa English seperti lagu;
Sekadar Di Pinggiran - Just at the Edge
Menaruh
Harapan - Pinning on Hope
Kau
Kunci Cintaku Di
Dalam Hatimu - You are the Key to My Love in Your Heart
Takdir
Dan Waktu - Fate
and Time
Pada
Syurga Di Wajahmu - Your Heavenly Face
Teratai
Layu Di Tasik Madu - Dying Lotus in the Honey Lake
Tanya
Sama Itu Hud Hud - Ask the Woodpecker
Cinta
Beralih Arah - Love Turns Away
Jerat
Percintaan - Love
Trap
Balqis
- Queen of Sheba
Rela Ku
Pujuk - I'm
Willing to Entice
Gemilang
- Glory
Terlalu
Istimewa - Too
Special
Awan
Nano - Nano
Cloud
Terukir
Di Bintang - Etched
In the Stars
Bahagiamu
Deritaku - Your
Happiness is My Pain
Kalau masih tak faham lagi, di sini ayah paste satu lagu yang paling ayah suka nyanyi dulu.
Aci-Aci,
open the door,
Nana
come back at one a.m,
Don't be
afraid of the owl,
Nana
bring Semambu of cane.
Nana
Nana, come home rush,
Aci
afraid to be all alone,
There's
a ghost behind the house,
Shifty
eyes and a striped nose long.
Aci aci,
don't be afraid,
Nana
have Oh! a stunt machete,
Ghost
and demons will be afraid,
See the machete,
surely they desperated!
If Nana,
just say so,
Then my
heart is calm so-so,
If come
again, ghost and demons,
Aci will
beat them with a brooms!
(Lirik tibai, mintak tolong cikgu Inggeris betulkan)
Selain itu, untuk
menambahkan kefahaman
dalam English, ayah juga berpantun dengan orang-orang tua.
Contoh
pantun;
The
Pandan Island is far from land,
The Daik
Mountain has three peak,
Though
the body has rot in the sand,
The good
deeds are never forget.
(grammar
silap sikit sebab nak bagi belakangnya sinomim, adohai)
Ayah juga ada berteka-teki
dalam bahasa Inggeris;
1. Which mountain has three peaks?
2. Which island is far from land?
Sesekali, apabila berdiri seorang diri depan cermin, ayah akan menari macam Michael
Jackson dan menyanyi lagi ini;
You better run,
You better do what you can,
Don't wanna see no blood,
Don't be a macho man,
You wanna be tough,
Better do what you can,
So beat it,
But you wanna be bad,
Just beat it.
Bonda
korang cukup menyampah tengok ayah tergedik-gedik sepahkan bilik tidur dengan
tarian gimnastik. Woha!
Kadang-kadang ayah akan berpatriotik dalam Bahasa Inggeris;
Rukun
Negara
Kepercayaan
kepada Tuhan - Belief
of God
Kesetiaan
kepada Raja dan Negara - Loyalty to King and Country
Keluhuran
Perlembagaan - The
Supremacy of the Constitution
Kedaulatan
Undang-Undang - The Rule of Law
Kesopanan
dan Kesusilaan - Courtesy and Morality
Bila jumpa
member-member berpendidikan tinggi yang bergelar pensyarah,
doktor atau professor, tanpa segan silu ayah akan terus bercakap dalam bahasa Inggeris dengan mereka. Begitu juga jika berurusan dengan orang Cina dan India, ayah akan speaking
dengan mereka. Malahan dengan
kucing yang curi-curi masuk rumah pun ayah akan halau
dalam bahasa Inggeris. Malah sesekali bila berasmaradana dengan bonda, kami speaking juga. Woha!
Dan
pengalaman yang paling
bernilai dalam hidup ialah ketika para pendakwah dari luar negara datang berdakwah di kampung kita, ayah akan
menjadi pengalih bahasa untuk orang kampung yang tak tahu berbahasa
Inggeris. Begitu lebih kurang…
“Alhamdulillah,
Allah puts the success of human’s life in this world and the hereafter only in
the perfect religion. The Perfect religion is carrying out all of the
commandments of Allah following the way of Rasulullah S.A.W. All of the companions of Rasullulah have
had the perfect religion in their life, It was mainly because all of them had
six noble qualities with them. If we want to have the perfect religion in our
life, we should follow the footsteps of those successful people by making
effort to obtain and bring the six qualities into our life. If we have these
six noble qualities with us, we will also be able to practice the perfect
religion in our life easily…”
Pada suatu
hari, ketika rancak berborak
dengan kawan-kawan
dalam bahasa Inggeris
yang berterabur tapi janji
faham, maka terciptalah satu teori baru dalam hidup ayah. Kawan-kawan ayah bila belajar bahasa Inggeris mereka ada target atau measurement masing-masing dalam menentukan setakat mana pengetahuan
mereka dalam bahasa ini
telah tercapai.
Sesetengah mereka menganggap sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh berborak dengan pelancong asing.
Ada pula yang merasakan mereka sudah fasih berbahasa
ini apabila boleh menyanyi
lagu Inggeris dan pada masa sama faham maksud tersirat. Ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh mengarang resume
sehingga diterima kerja. Selain itu, ada yang menganggap mereka sudah fluent English apabila boleh membaca novel barat tanpa merujuk kamus dan lain-lain.
Tapi ayah
lain, ayah ada target tersendiri dalam menentukan setakat mana
pengetahuan ayah dalam Bahasa Inggeris tercapai iaitu…
Ayah
Mesti Bermimpi Dalam Bahasa Inggeris!
Untuk
pandai bahasa Inggeris,
Ayah mesti pastikan
dalam mimpi pun ayah bercakap orang putih. Ayah mesti pastikan selalu bermimpi berada di
London atau New York. Ayah
mesti berjumpa dengan Avril Lavigne atau Padme Amidala dalam mimpi dan berborak dalam English
dengan slang Amerika sambil membuat lawak standard Hollywood. Woha!
Akhirnya, selepas bertungkus lumus belajar,
akhirnya ayah dapat bermimpi dalam bahasa
Inggeris. Paling menarik kadang-kadang
bermimpi berada di London, malam lain mimpi berada di New York pula. Sudah tentulah dalam mimpi itu ayah bertemu dengan ramai orang
putih yang ada iras-iras Angelina Jolie atau Avril Lavigne.
Tapi bonda marah bila ayah jumpa artis wanita
Hollywood dalam mimpi, adohai.
Kepada
korang yang sedang belajar bahasa Inggeris, buat target yang tinggi dalam hidup, THINK BIG! Pastikan belajar sehingga
akhirnya korang dapat bermimpi dan mengigau dalam bahasa Inggeris. Itulah tahap tertinggi dalam belajar
bahasa ini. Mungkin sekarang korang belum dapat berdakwah di Amerika, tetapi dengan berkat usaha gigih mulakan dakwah korang dalam mimpi masing masing dahulu.
Boleh?
Habis
sampai sini dulu. Jangan
lupa mimpikan ayah dan jangan malu tegur dalam bahasa Inggeris.
P.S: Bercerita bab mimpi dalam bahasa Inggeris, kadang-kadang bila terjaga dari tidur, ayah terpaksa buka kamus sebab tak faham dengan mimpi
sendiri. Adohai…
Oct 4, 2019
Siapa bawa anak menangis ke Masjid?
(Anak menangis di belakang saf, ayah menangis di dalam saf)
Pernah tak waktu solat berjemaah, tiba tiba korang terdengar
budak kecik menangis sambil meraung menjerit panggil ayah tapi si ayah khuyuk
bersolat.
Mula mula okey, ayah dia solat dan anak kecil di letak tepi
tapi anak kecik biasalah merayau dan tiba tiba terkepit pintulah, jatuh
tersadung kaki sendirilah, dan macam macam lalu meraung satu masjid jerit nama
ayahnya.
Namun ayahnya khusyuk solat walau satu masjid telah bergegar
dengan raungan tangisan.
Waktu tu apa korang rasa? Tak khuyuk solat sambil sangka
buruk pada ayah budak tu?
Kenapa si ayah tak mufarakah solat dan senyapkan anak yang
sedang menangis sambil meraung?
Bagi saya pula, jika waktu solat tiba tiba terdengar budak
menangis dengan suara yang kuat meraung, sayapun tiba tiba rasa nak menangis
jugak. Agaknya begitu kot ahli neraka meraung menjerit dalam azab api neraka.
Ada riwayat menceritakan akhirat nanti Allah tak pedulikan
lagi raungan ahli neraka yang menjerit nama Allah walau mereka menangis air
mata darah!
Suara tangisan tu agaknya sama macam suara kanak kanak
meraung dalam masjid, penuh hiba dan menderita.
Oh Allah. Selamatkan kami semua dari azab api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia.
Sob... sob...
Ps: Buku KERANA DIA ANAK SYURGA dan terbit, jom beli!
Subscribe to:
Posts (Atom)




