Sep 21, 2017

Buku paling Best Seller-Kisah laki Bini?


Alhamdulillah syukur, Buku KISAH LAKI BINI mendapat anugerah Best Seller dari Karang Kraf pada 16hb September 2017.

Jadi untuk itu, aku copy paste komen lima yang best best dari pembaca tentang buku ini.



Abang Ohsem sudah lama dengar pasal penulis Hamka Kereta Mayat tapi belum pernah membaca buku-buku tulisannya. Pemilihan buku 'Kisah Laki Bini' sebagai bahan bacaan mudah bagi Abang Ohsem kerana Abang Ohsem juga sudah berbini. Jadi apa yang disampaikan oleh Hamka memang mudah dihadam.

Penceritaan dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk situasi perbualan di antara suami isteri yang diselang seli dengan gaya penceritaan berkaitan keagamaan dan politik yang
'ringan'. Antara dialog yang Abang Ohsem suka:

Lady Driver

Sedang asyik bini memandu laju, ada sebuah lagi kereta yang memandu perlahan macam pemandu perempuan. Bila dah potong, tengok-tengok rupanya lelaki. Terus bini cakap, "Kenapalah lelaki ni bawa kereta macam orang perempuan!"

Pesanan: Perempuan sama perempuan pun saling kutuk, adohai...

Itu baru satu. Kalau baca lagi dialog-dialog lain korang pasti akan tersenyum sendirian. Sebelum ABang Ohsem tutup short review ini, Abang Ohsem nak quote kata-kata Hamka yang Abang Ohsem suka dalam buku ini:

Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda selamat dari azab api neraka. Semoga Woha sampai syurga. Woha!

Ulasan 2:  Oleh @lina.kama

Jadi kiranya, aku dah ketagih tulisan makhluk ni. Maka aku cuba lagi satu buku. Mula2 aku hampir frust tonggeng. Hampir 1/3 ms yg awal menjunamkan jangkaan aku. Tulisan yg terlalu santai termerapu dan termeleret ke lembah x tau tujuan. Tp, pada pertengahannya, klimaksnya hingga hujungnya terpadat debat2 agama dan hubungan kita dan Tuhan. Mula2 aku tercari2 mana kisah besar laki bininya?? Ya, ianya dihujung.. Ketika kisah peperangan Muawiayah dan Ali, di situlah aku jumpa bagaimana penulis menterjemahkkan hubungan kisah laki bini. Dan yg bonusnya, ini bukan kisah laki bini sebenarnya . ha!!! Teruja kan nak baca kan?
Great job! @hamka_keretamayat



Ulasan 3: Nik Surina Ramli

"Kisah perjalanan 3 hari dari Terengganu ke KL utk menghadiri majlis perkahwinan adik bongsunya. Mcm2 peristiwa berlaku. Tayar pecah, langgar beruk, baiki kereta, kemalangan sbb sondol kereta org, kena kejar polis, kena pijak waktu demonstrasi, masuk wad, sesat sampai Putrajaya....haha mcm2 lah.

Paling sweet sepanjang perjalanan suami isteri dan 4 org anak main teka teki dan bercerita mcm2, Ultraman, Naruto, Dragon Ball. Kisah2 Nabi pun ada juga.

383 mukasurat. Baca setgh hari pun blh hbs sbb x bosan."



Ulasan 4: Email: Hamka. Minta blur kan nama saya.


Terima kasih atas tulisan kamu di dalam buku Kisah Laki Bini ini. Rumahtangga saya hampir musnah angkara orang ketiga dan keterujaan saya mengenali orang baru. Saya lupa diri,berbulan saya abaikan suami saya. Walhal dulu saya yang paling tercinta dan paling amat sayangkannya. 8 tahun kami bersama bercinta sehingga ke jinjang pelamin.

Semasa saya dalam dunia lupa diri, suami menghadiahkan saya buku Kisah Laki Bini ini. Ayat-ayat kamu telah buat saya tersentak, tersedar. Lupa saya pada kemesraan kami selama berumahtangga,lupa saya pada gurau tawa jerit pekik di dalam rumah dan kereta dan lupa juga saya pada keluarga, saudara mara,sahabat yang sentiasa mendoakan kemesraan, keromantikan kami berpanjangan. Kami pasangan yang sempoi,mereka kata.

Tapi saya rosakkan segalanya. Betapa sabarnya suami saya menunggu hari terakhir saya bersama orang baru untuk kembali kepadanya. Kami hampir ke pejabat agama untuk mengakhiri segalanya.

Puas saya berfikir masak-masak sedalamnya mengapa mahu mencari jalan malang sedangkan bahagia itu sudah di depan mata. Saya lupa diri dengan keseronokan dan kebebasan. Saya akhirnya kembali ke pangkuan suami dan kami baru balik dari honeymoon menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga dan percintaan kami yg kelima. Ya,masih baru lagi di dalam alam rumahtangga.

Mesranya di dalam kereta dan rumah kembali hangat sama seperti Hamka dan Pn Isteri. Gelak tawa mengilai menjerit kembali bergema. Lawak-lawak bodoh yang saya teramat benci semasa lupa diri, kembali saya dambakan. Mahu dengar acap kali.

Saya bertaubat. Saya hanya mahukan suami saya yg seorang itu. Tiada dua. Tiada ganti. Moga dengan izin Allah,kami dapat bersama hingga akhir hayat.

Terima kasih Hamka, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya dengan tulisan kamu. Moga Allah sentiasa merahmati kamu sekeluarga.

Ps: Ya Allah terima kasih atas peluang kedua yang diberikan. Saya tak tau mampu ke saya sesabar dia jika saya di tempatnya. Terima kasih Hamka.


Ulasan 5: IG Oyin Cronaldo



Its been a very, very long time since i last read a BM book, especially a non-fiction one! still 3/4 way to go and i have to stop because its just wrong to continue my enjoyment without giving a shout out to Firdaus Hussamuddin for gifting me this (thank you hun)! Funny like crazy, full of thoughtful religious reminders and hadith interspersed with mentions of his favourite My Chemical Romance, Avril Lavigne lyrics, and Kingdom of Heaven reviews. The best fictional non fiction (as how the author loosely describes it) ive read in a long time.

*****

Okey banyak lagi komen jika nak copy paste boleh google atau hasgtag di internet, terima kasih kepada semua pembeli dan pembaca, semoga tulisan saya memberi manfaat di dunia dan di akhirat.

Sila kagum dari jauh!

Woha!

Sep 15, 2017

Mayat bercakap ketika mandi?

(baca ini sebelum mandikan mayat ayah)

Terima kasih duhai anakku, jika korang semua memang sudah berniat dari awal nak mandikan mayat ayah.‘Sejuk’ perut mayat ayah bila dapat tahu korang ada berniat begitu.

Korang tahu tak? waktu korang kecik, Bila bonda sibuk, sorang-sorang ayah mandikan korang semua, sorang sorang ayah tolong basuhkan berak, sorang sorang ayah tolong pakaikan baju seluar, tapi sekarang ayah dah jadi sekujur mayat dipembaringan, terima kasih banyak banyak sebab beramai ramai mandikan ayah dan bersihkan najis dipunggung mayat ayah, eh kita mandi bersama-sama tapi hanya ayah yang basah seorang. Macam pepatah mandi bersama basah seorang pulak, hu hu.
Terima kasih juga kerana kafankan mayat ayah beramai ramai.

Apa-apapun, tahniah sebab faham memang Afdalnya, anak anak yang mandikan dan kafankan mayat ayah, agar aib ayah, hanya anak-anak yang tahu.

Pesan ayah, sewaktu wudhukan mayat ayah, dan oleh sebab rukun wadhu ada (4) empat anggota sahaja yang wajib di cuci, maka tolong fokus pada empat anggota itu akan pesanan ayah ini.
Mula mula:

(1)          Waktu basuh muka ayah, doa dan niatkan dalam hati supaya wajah ayah bercahaya di padang mahsyar nanti supaya Nabi Muhammad SAW kenal ayah dan mengaku ayah sebagai ummat-nya.

(2)          Waktu basuh tangan kanan ayah pula, tolong doa dan niat dalam hati supaya tangan kanan ayah bercahaya lalu layak melalui tangan kanan, Allah memberi kitab catatan kebaikkan sebagai pentanda awal ahli syurga. Selepas itu, sewaktu basuh tangan kiri ayah, doa dan niat dalam hati agar tangan kiri ayah turut bercahaya sehingga tidak layak mengambil buku cacatan keburukan dari tangan kiri.

(3)          Kemudian, waktu menyapu kepala ayah, doa dan niatkan dalam hati agar ayah layak mendapat lindungan di bawah Arash yang mana tiada lindungan lain yang dapat meredakan kepanasan padang Mahsyar melainkan lindungan Allah.

(4)          Akhir sekali, waktu basuh kaki ayah, doa dan niatkan supaya ayah dapat melintas titian sirat sepantas kilat.

Dan korangpun, sebelum korang solat lagi, sewaktu nak ambil wudhu, kalau boleh dah khusyuk waktu ambik air sembahyang dengan doa yang korang buat pada mayat ayah.

InsyaAllah, orang yang khusyuk waktu ambik air sembahyang, akan khusyuk  lah ia waktu sembahyang

Dah khusyuk sembahyang itu, maka InsyaAllah, kubur ayah akan bercahaya berkat doa dan amalan anak yang soleh.


Amin.


Sep 7, 2017

Zombie berasal dari pahlawan Islam?

(Tanya sama abang keretamayat-Zombie ni nak burukkan islam kah?)

(babak dari episod pertama walking dead)
Copy paste FB sharing

Ada orang tanya aku, betul ke perkatan Zombie atau “mayat hidup” tu berasal dari pahlawan Islam Brazil yang bernama Zumbi, beliau tanya sebab ada baca sharing di facebook kisah seorang pahlawan Islam pada abad ke-16. Iaitu bila Portugis membawa masuk hamba Afrika yang majoritinya beragama Islam ke Brazil untuk bekerja di ladang tebu sekaligus menyebarkan Islam di sana, lalu tentera Salib pun cuba menghapuskan orang Islam tapi gagal kerana ada seorang pahlawan Islam bernama Zunbie.

Menyedari akan bahaya perkembangan Islam ini maka pihak Portugis melancarkan peperangan terhadap Panglima Zombie dan berjaya dibunuh. Kemudian Karakter Zombie pula dibunuh berulang-ulang sehingga sekarang. Nama pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia. Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan sedemikian rupa.

Sekarang ini apabila menyebut nama Zombie, orang dah tak terbayang tentang pahlawan Islam tapi terbayang tentang mayat hidup yang meratah daging manusia.

Betul ke semua ni abang kereta mayat? Betul ke Zombie berasal dari pahlawan Islam?

Jawapan aku:

Bagus kepada yang bertanya, aku cuba jawab sesopan mungkin sebab aku dah tua, jika aku masih muda macam dulu memang aku maki siap-siap orang tulis konspirasi ni sampai korang lebih sanggup jadi zombie dari dengar bebelan aku.

Sebagai penulis kita kena adil dalam mengakaji sejarah, jangan sebab nama pahlawan tu Zunbie, kita terus isi plot hole untuk wujudkan konspirasi bahawa Zombi dalam filem sekarang ni hasil sentimen kebencian Portugis kepada pahlawan bernama Zunbi, adohai..

Nampak sangat si penulis terdesak menulis gaya motivasi orang yang mencipta teori konspirasi: iaitu bila mereka nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, lalu bila big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, maka mereka isikan lubang-lubang itu dengan naratif syok sendiri yang cuba di hubung kait sebagai fakta,

Padahal jika rujuk sejarah, Zombi berasal dari perkataan nZambi yang wujud pada abad ke 8, berasal dari bahasa Kongo yang bermaksud "roh orang mati", yang mana ada sihir di zaman itu konon boleh hidupkan semula orang mati tanpa perasaan hanya bergerak gerak,

Idea itu kemudian dikembangkan oleh George Romero dalam filem Zombie pertama berjudul "Night of the Living Dead" tahun 1968, filem hitam putih, dan idea cerita itu pulak datang dari novel klasik puntianak:"I am Legend".

Sejak filem tu hit, maka berlumba lumba filem zombie dikeluarkan sehingga ada drama bersiri "The Walking Dead" yang nak masuk season 8, dan di anggap sebagai drama terbaik dalam mengambarkan zombie, tapi pengarah filem ini dah tak nak guna perkataan zombie sebab dah bosan dengan perkatan "zombie", sekarang mereka tukar "The Walker", Jadi mana releven lagi tuduhan konon perkatan zombie diguna barat untuk burukkan islam itu?

Akhir kata: nak menulis sejarah jauh lebih susah dari menulis teori konspirasi, menulis sejarah perlukan kajian, tanggung jawab, dan amanah, lagi-lagi sejarah tu melibatkan negara Brazil, kena rujuk buku yang betul, sumber yang betul, rujuk mezium mereka, lepas tu nak dakwa filem Zombie memburukkan Pahlawan Zunbi kena ada bukti, pereka watak zombie tu masih ada, George A. Romero yang di kenali sebagai bapa kezombian Amarica ada email, boleh email tanya, banyak tanggung jawab bila nak dedah fakta atau auta. Bukan semudah abc.

I rest my case.


Ps: “A zombie film is not fun without a bunch of stupid people running around and observing how they fail to handle the situation”- George A. Romero

Sep 6, 2017

Apa beza Raya Haji dan Puasa?

(3 perbezaan besar Raya Haji dan Puasa, baca dan berterima kasihlah jika baru tahu)

Jangan kecam orang yang tulis status bodoh kerana beliau sedang menambah kejahilan orang yang malu bertanya.

Raya puasa yang lepas di dinding Facebook ada orang tulis status bodoh tapi tak sempat aku nak print screen beliau dah delete lepas kena tegur.

Seingat aku statusnya bertulis begini:

"Aku pelik betul kenapa hari puasa takbir sehari sahaja. Sedangkan raya haji seingat aku takbir berhari hari. Sibuk sangat ziarah sampai lupa takbir raya ke?"

Aku pun jawab:

"Bagi yang tak tahu, Memang takbir raya puasa sunnat sampai solat raya dan takbir raya haji sunat sampai raya ke empat. Now you know"

Tak nak mengaku salah beliau jawab komen:

"Apa salahnya takbir raya puasa berhari hari tak haram pun?"

Lepas tu ramai yang komen membodohkan dia dan akhirnya beliau delete.

Ok. Itu yang pertama, hal kedua rujuk gambar di bawah yang sempat aku print skrin.


So, Bagi yang tak tahu

Hari raya puasa sunat makan sebelum solat. Hari raya haji sunat makan selepas solat. Now you know.
Antara alasannya raya puasa dan sebulan tak sarapan pagi, maka pagi syawal sambutlah dengan sarapan sebelum raya, jadi solat kena lewat sikit, juga untuk bagi peluang orang bayat zakat fitrah sebab lepas solat dah tak boleh bayar, berkenaan raya haji pulak, solat dicepatkan agar kalau boleh makan daging korban terus lepas solat nanti, dan amalan ini ada dalam hadis Nabi.

Okey, itu dua perkara, Dan yang ke tiga.

Selalu Raya puasa orang bujang rimas di tanya penduduk kampung:

“bila nak kahwin?”

Tapi bila balik Raya haji jangan bimbang, orang dah tak tanya soalan begitu, sebaliknya orang akan tanya:

“ada buat korban tak?”

“berapa bahagian?”

“raya berapa buat korban?”

“buat korban kat mana?”

Begitulah lebih kurang soalan di musim raya haji, tapi paling epik:

“Bila nak buat korban lembu untuk kenduri kahwin?”


Woha!

Aug 28, 2017

Bila Best Tengok Bola?

(Bila Best jadi manusia?)

Kenapa BEST tengok bola? Apapun jawapan korang, sebenarnya tengok bola adalah best kerana permainan itu ada peraturannya dan semua pemain bermain mengikut peraturan dan korang faham sangat dengan peraturan itu

(siapa yang tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat tangan - dan pergi tolong bini lipat baju)

Kerana itu dalam mana-mana perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan, lagi! untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yang di tetapkan.

Malahan jika korang nampak pemain-pemain buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menebak leser, memaki di facebokk, atau menujukan santau kepada pengadil yang tak nampak kesalahan para pemain, Dan lagi!, jika pengadil bagi hukuman yang tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!

Apatah lagi jika ada mana-mana pemain yang telah di 'beli'..ohh, lagi tak best! Apa ke jadah!
So tengok bola sangat best bila semua pemain ikut peraturan dan menang dengan skill dan adil.
Main bola pun sama, akan sangat best bila semua orang ikut peraturan.

Teringat zaman aku main bola masa kecik dulu, sungguh bahaya kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halaman surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yang berdekatan, apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang, selepas mendapat kecederaan lebih kurang, aku give-up, aku bosan bermain tanpa peraturan, permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yang layak main, lalu aku keluar padang dan terus ke surau mengaji guna pembesar suara sebelum azan untuk memikat anak pak imam dan itu cerita lain.

Apa aku nak cerita, Malam karang, andaikan korang tengok bola yang takde peraturan, takde pengadil, bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan, ada gaduh-gaduh, darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,ada yang berkain pelikat cap gajah duduk, .best tak?!Huh! Aku pun akan tutup TV mana mana game yang takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!

Oleh yang demikian, rujuk pada perjalanan hidup, rujuk kepada orang yang hidup tanpa peraturan, tanpa agama, rujuk data, ramai orang bunuh diri di kalangan orang yang takde paraturan hidup. Kenapa mereka bunuh diri? Sebab hidup mereka tak best! Kenapa hidup tak best? Sebab hidup tanpa peraturan…

Jadi fahamilah, bahawa hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan.

Dengan syarat, KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..

Apa yang jadi masalah tak best dalam hidup beragama, adalah bila  ummat ni tidak faham dengan peraturan ugama, tak nak belajar, malas belajar, atau jika rajin belajar, merujuk kepada guru yang masalah, memang punah.

Main bola tak faham peraturan jadi tak best, hidup Beragama tak faham peraturan lagilah tak best!
Aku bagi contoh simple sahaja, bab tengok bola, ada yang sanggup berkemah nak beli tiket? Sanggup datang awal, sanggup conteng muka? Padahal bola tu akan ada siaran langsung di rumah, kenapa penonton sanggup tengok secara live drive kereta berjam jam tak kisah? Kenapa?

Satu adalah sebab penonton faham peraturan bola dan satu lagi sebab penonton tu dah dapat kemanisan tengok bola secara live di padang bola.

Jadi dalam bab solat misalnya, ada yang sanggup datang awal ke masjid, sanggup tukar pakaian harian kepada pakaian Sunnah, sanggup jalan kaki ke masjid, sanggup pandu kereta setengah jam pun tak kisah kenapa?

Satu adalah sebab korang faham peraturan agama dan satu lagi sebab korang tu dah dapat kemanisan solat secara berjemaah di masjid.

Bila dah dapat kemanisan, nak cerita pun orang tak faham!

Jadi kepada mereka yang sedang kelam kabut beli tiket nak tengok Akhir Bola Sukan Sea, yang sanggup berkemah depan kaunter tiket, aku nasihat, semangat yang sama, kita buat untuk agama.

Boleh Insya-Allah!


Aug 22, 2017

Kenapa Laki Bini Islam pun bercerai?

(Kenapa laki bini orang islam pun gadoh dan cerai berai, bukankah islam dah ajar penganutnya jadi baik?)

Tanya korang, jawapan aku:

Allah dah tahu sifat manusia, sebab tu dalam Islam ni hukum cerai adalah halal, sebab manusia memang akan ada sifat suka gadoh gaduh, tak puas hati sini sana, tak bersyukur, suka mengeluh dan sebagainya.

Bayangkan jika Islam letak hokum haram bercerai, maka meranalah mereka mereka yang ada masalah rumahtangga bila dapat pasangan kaki pukul, penyakit kelamin dan sebagainya. Nampak tak?

Jadi bila korang dah jadi orang islam, tak semestinya korang terus jadi baik, sebab islam, ni proses ajar manusia jadi ahli syurga, ajar manusia berubah KE ARAH YANG BENAR. manusia pulak ada macam macam tabiat dan perangai. Jadi Islam nak ajar ubah tabiat dan perangai ke tempat yang betul.

Contoh paling klasik, sebelum masuk Islam, Sayidina Umar merupakan seorang yang pemarah dan sangat memusuhi Islam. Namun, setelah beliau memeluk Islam, beliau masih bersifat dengan pemarah tetapi kemarahannya adalah untuk perkara-perkara yang dibenci Allah dan beliau sangat memusuhi musuh-musuh Islam.

Nampak tak?

Korang yang suka mengeluh dengan pasangan, sepatutnya ubah kepada mengeluh pada diri sendiri yang banyak dosa, macam tu, macam teori Sains belajar di sekolah dulu, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah ke medium yang lain, lebih kurang begitulah.

Jadi kita semua masih dalam proses belajar jadi ahli syurga, belajar jadi baik, marah pada tempatnya, syukur pada tempatnya, mengeluh pada tempatnya, lebih kurang begitulah.

Jadi dalam bab laki bini selalu bergaduh walaupun orang Islam, tak payah cerita jauh,sama sama  Jemaah islam pun selalu bergaduh sampai ada bunuh membunuh. Rujuk PAS dan PAN, bergaduh buat parti lain, UMNO dan BERSATU, bergaduh jugak, masing masing islam tu, sebab manusia ni akan ada benda yang tak puas hati, berbeza pendapat, tuduh menuduh, perasan bagus dan sebagainya.

Itu belum cerita SYIAH kafirkan SUNNI, WAHABI kafirkan MAZHAB sampai perang bunuh membunuh.

Untuk atasi masalah ini, lepas perang dunia kedua, Maulana Ilyas kaji antara sebab orang islam suka bergaduh adalah kerana masing masing berdakwah guna kitab MASAIL, (kitab hokum hakam). MAsing masing tafsir Al quran dan Hadis tak selari lalu jatuh hokum kafir mengakfir, halal membunuh dan sebagainya.

Lalu Maulana Ilyas berharap umat islam dapat berdakwah guna kitab hadis FADHAIL (Kitab kelebihan amal) agar suasana kasih sayang lebih mudah terbentuk, tapi masalahnya kitab Kompilasi kelebihan amal belum wujud lepas perang dunia ke dua, Kitab yang ada bercampur antara KELEBIHAN dan HUKUM HAKAM.

Maka terpaksalah Sesesorang di lantik menulis kitab himpunan kelebihan amal dalam skala paling besar, lalu Maulana Zakariya pun menulis kitab tersebut. Maka akhirnya siaplah Kitab Fadail amal yang menjadi rujukan Jemaah Tabligh dalam berdakwah, dalam kitab tu ada kelebihan solat, kelebihan puasa, kelebihan Al quran, kelebihan zikir, kelebihan puasa, kelebihan haji, kelebihan selawat, kelebihan sedekah, kelebihan berdakwah dan macam macam lagi.

Kitab tu dengar cerita mendapat tempat kedua paling banyak di cetak selepas Al quran dan telah di alih Bahasa kepada lebih 200 bahasa.

Lalu tersebarlah Jemaah tabligh ke seluruh dunia bawak kitab Fadhail amal dan takde pun nak gaduh sesama mereka walau ada macam-macam mazhab, berbeza latar belakang keturunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde gaduh. Nothing to hide.

Cuba rujuk Jemaah yang berdakwah guna hadis Masail (hukum hakam), memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam, kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Siapa buat bidaah-kafir! Darah mereka halal! Itu yang jadi perang sama islam, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah, Parti sana kafirkan parti sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!

Note: Orang Tabligh tak abaikan kitab hokum hakam, mereka ada kelas tersendiri bersama maulana dan ustaz untuk pelajari semua hokum hakam, Cuma bila berdakwah, mereka akan guna kitab Fadhail kerana manusia suka kepada kelebihan, dan Allah tahu kehendak manusia, sebab tu dalam Al quran dan hadis banyak cerita kelebihan amal, rujuk sejarah, perintah solat, puasa, zakat dan haji turun pada fasa kedua dakwah di Madinah, di Mekkah Nabi berdakwah dengan kelebihan menjadi orang Islam. Kelebihan bersabar, kelebihan tolong menolong.

Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam), lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib kemas rumah, takde dalam hadis, itu ini begitu begini.

Eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail (hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…

Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab, jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam) dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan),

Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala sekian sekian, Bini bila solat, puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah, diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.

Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah. Bab hadis Masail (hukum hakam), korang baca untuk diri sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular lain datang, masih ada tongkat untuk pukul lagi. Nampak?

Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.

Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang! kucing kurap masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian tu!”

Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas, jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab bunuh binatang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?

Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, ikhlas dan istiqamah (wah dah keluar sound arab) Jadi kepada orang perempuan, ambik tahulah kelebihan dan kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.

Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah! Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!

Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, aku baca untuk pesanan kepada diri aku sendiri, semoga aku dan korang semua selamat dari azab binatang bisa dalam kubur. Amin… Okey, dah penat membebel, Bini aku mintak tolong beli gas sebab dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap.
Walaupun tukar dan pikul tong gas 14 kg ni takde dalam hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang orang perempuan kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal rumah tangga.

Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde Menteri Hal ehwal lelaki!
Woha!

Ps: Bila keinginan kita tak sama dengan pasangan, maka tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae(terbuka), dan hadis Masail (hukum hakam) dalam majlis Infradi(tertutup), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.

Penulis: Hamka Kereta Mayat


Ps2: Aku tak sehebat Maulana Zakaria, satu hati nanti aku harap ada ustaz yang layak dapat tulis buku kelebihan amal untuk kehidupan suami isteri yang patuh Syariah macam Maulana Zakaria, ada hadis dan syarah hadis yang boleh di baca macam taklim, sementera tunggu ustaz tu tulis, aku dah tulis 10 (sepuluh) buku kisah kehidupan laki bini, ada kisah masalah rumah tangga, masalah anak, masalah hantu, masalah dajjal, masalah gay, masalah isu semasa, dan lain-lain yang mana dalam cerita terselit hadis kelebihan amal dan sejarah islam yang boleh korang renung dan ambik iktibar, jangan kata abang kereta mayat tak payung!

Woha!


Aug 11, 2017

Menarik di Kuantan?

Korang pernah sampai Kuantan?

Jika tak pernah aku nak cerita sikit,

Lepas solat Subuh, boleh panjat bukit Panorama tengok matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk Lombong Bijih timah dalam bukit, eh? Ni dah sungai Lembing, jauh 40km dari Kuantan.

Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi nasi lemak di restoran zaman, atau nak nasi kerabu pergi restoran Kemira, atau nak nasik minyak pergi Tanjung Api. lepas sarapan boleh jogging di Taman Gelora atau Taman Bandar IM, lepas tu lepak Zoo Mini dekat Telok Cempedak, boleh juga merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi bagus, dari Pantai TC panjat Bukit Pelindung sekali sekala apa salahnya.

Tengah hari boleh Lunch Dekat Restoran Mabiq, Ikan patin masak tempoyak, atau panggang, perghhh, lepas tu boleh lepak depan masjid Negeri tengok orang jual macam macam. Jangan lupa solat zohor. Bulan Puasa, padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewah…
Lepas solat zohor, Rasa nak mandi air terjun boleh pergi Sungai Panching. Rasa nak Mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak tengok Zoo Safari pun ada sini.

Petang nak makan sotong , udang ketam celup tepung boleh ke restoran Poksu di Tanjung Lumpur, laksa, satar, keropok semua ada.

Jangan lupa solat asar, dan boleh juga lepak Tepi Pantai Sepat, tepi Pantai Beserah, Pantai Chendor, Pantai Cherating, kereta boleh parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang yang sejuk.. oh..

Malam sikit boleh pekena Ikan Bakar masak petai di Tanjung Lumpur, lepas tu rehat depan HTAA, ada banyak kedai, taman permainan, lokasi tepi sungai, nak main kasut roda pun boleh. Tengah malam boleh lepak mengeteh di Pantai TC, ada kedai makan, taman mainan kanak kanak di waktu malam, silap silap boleh ambil gambar dengan spiderman, batman, predator dan ultraman yang selalu berkeliaran di pantai TC

Akhir sekali paling best, dah mengantuk, boleh sewa Homestay Kuantan Hamka kereta Mayat di Taman Indera sempurna, masjid sini hari hari ada ceramah dari ustaz yang best best.

Whatsapp 0199117163 atau 0199227963 untuk tempahan, RM150 semalam.

Selamat datang ke Homestay Kuantan. Nak promosi Homestay Kuantan rupanya, adohai..

Ps: Berita baik kepada korang yang pernah beli buku secara on line, korang layak dapat diskaun jika sewa Woha Homestay di Kuantan. Harga asal RM150 semalam, tapi untuk korang yang pernah beli Buku Hamka Keretamayat, harga hanya RM110.

Jangan kata abang Kereta Mayat tak payung!

Woha!


(sila share pada kaki travel seluruh Malaysia, terima kasih)