Aug 28, 2017

Bila Best Tengok Bola?

(Bila Best jadi manusia?)

Kenapa BEST tengok bola? Apapun jawapan korang, sebenarnya tengok bola adalah best kerana permainan itu ada peraturannya dan semua pemain bermain mengikut peraturan dan korang faham sangat dengan peraturan itu

(siapa yang tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat tangan - dan pergi tolong bini lipat baju)

Kerana itu dalam mana-mana perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan, lagi! untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yang di tetapkan.

Malahan jika korang nampak pemain-pemain buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menebak leser, memaki di facebokk, atau menujukan santau kepada pengadil yang tak nampak kesalahan para pemain, Dan lagi!, jika pengadil bagi hukuman yang tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!

Apatah lagi jika ada mana-mana pemain yang telah di 'beli'..ohh, lagi tak best! Apa ke jadah!
So tengok bola sangat best bila semua pemain ikut peraturan dan menang dengan skill dan adil.
Main bola pun sama, akan sangat best bila semua orang ikut peraturan.

Teringat zaman aku main bola masa kecik dulu, sungguh bahaya kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halaman surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yang berdekatan, apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang, selepas mendapat kecederaan lebih kurang, aku give-up, aku bosan bermain tanpa peraturan, permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yang layak main, lalu aku keluar padang dan terus ke surau mengaji guna pembesar suara sebelum azan untuk memikat anak pak imam dan itu cerita lain.

Apa aku nak cerita, Malam karang, andaikan korang tengok bola yang takde peraturan, takde pengadil, bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan, ada gaduh-gaduh, darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,ada yang berkain pelikat cap gajah duduk, .best tak?!Huh! Aku pun akan tutup TV mana mana game yang takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!

Oleh yang demikian, rujuk pada perjalanan hidup, rujuk kepada orang yang hidup tanpa peraturan, tanpa agama, rujuk data, ramai orang bunuh diri di kalangan orang yang takde paraturan hidup. Kenapa mereka bunuh diri? Sebab hidup mereka tak best! Kenapa hidup tak best? Sebab hidup tanpa peraturan…

Jadi fahamilah, bahawa hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan.

Dengan syarat, KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..

Apa yang jadi masalah tak best dalam hidup beragama, adalah bila  ummat ni tidak faham dengan peraturan ugama, tak nak belajar, malas belajar, atau jika rajin belajar, merujuk kepada guru yang masalah, memang punah.

Main bola tak faham peraturan jadi tak best, hidup Beragama tak faham peraturan lagilah tak best!
Aku bagi contoh simple sahaja, bab tengok bola, ada yang sanggup berkemah nak beli tiket? Sanggup datang awal, sanggup conteng muka? Padahal bola tu akan ada siaran langsung di rumah, kenapa penonton sanggup tengok secara live drive kereta berjam jam tak kisah? Kenapa?

Satu adalah sebab penonton faham peraturan bola dan satu lagi sebab penonton tu dah dapat kemanisan tengok bola secara live di padang bola.

Jadi dalam bab solat misalnya, ada yang sanggup datang awal ke masjid, sanggup tukar pakaian harian kepada pakaian Sunnah, sanggup jalan kaki ke masjid, sanggup pandu kereta setengah jam pun tak kisah kenapa?

Satu adalah sebab korang faham peraturan agama dan satu lagi sebab korang tu dah dapat kemanisan solat secara berjemaah di masjid.

Bila dah dapat kemanisan, nak cerita pun orang tak faham!

Jadi kepada mereka yang sedang kelam kabut beli tiket nak tengok Akhir Bola Sukan Sea, yang sanggup berkemah depan kaunter tiket, aku nasihat, semangat yang sama, kita buat untuk agama.

Boleh Insya-Allah!


19 comments:

Anonymous said...

bunyinya memang macam betul tu tuan.. tapi tuan renungkan la ngan jujur,agama islam ni kalo tuan nak tamsilkan ngan tengok bola sepak payah tu tuan hehe..kalo hal yg besar x ternilai harganya ditamsil dengan hal yg mudah dan sempoi, itu maknanya kita pandang orang yg kita nk bagi pencerahan tu seperti anak2 kita yg masih kecil, yg darjah 1 gitu huhu.. dan kalo bukan anak2 kecil lak, itu tanda kita cenderung nak memandang yg semua orang itu salah, kita je betul..
masakan tidak, tamsilan itu sendiri pun x adil apatah lagi dah tahkik..

kalo tuan nak intai seseorang muslim tu dah langgar peraturan ke belum, mau tidak mau tuan mesti kena intai dari 3rukun wajib agama..setiap rukun ada garis merah dia yg x boleh dilanggar..
1-akidah-mesti tanzih, jangan sampai pegang yg x tanzih..
2-feqah-jgn sampai berpegang menerbalik2kan hukum yg qatt'ie
3-tesauf-jgn sampai pegang wahdatul wujud yg salah/sesat/yg dah terkeluar jalur..

itu la garis dia tuan.. kalo tuan tamsilkan peraturan agama islam ngan tengok bola,takut tuan tamsil ikut nafsu je tuan.. kalo tuan nak tamsil peraturan memancing kepada peraturan bola sepak.. ok lagi tu tuan hehe..kan?xkan la kita mudah2 tamsil peraturan agama dengan bolasepak lepas tu ianya akan tahkik hehe..tuan x hormat iq2 pembaca blog tuan ni ke tuan?.. maap ye tuan, kalo rasa x betul abaikan saja ye.. maap..

Anonymous said...

Dia ni datang lagi.... tamsil la.. tanzih la.... entah apa-apa tan lagi....

Hamka Kereta Mayat said...

semalam trending kisah orang beratur beli tiket bola 8 jam, tak nak bosankan mereka, aku up entry ni, bacaan santai untuk kaki bola, suka baca tak suka tak apa.

:)

Anonymous said...

bukan apa,yg tuan tulis ni perkara agama, bukan pasal suka x suka.. tuan mau pembaca tuan pegang barang x betul hasil dari fikiran2 tuan tentang agama? kadang2 kita saja cari jalan utk kita terbabas sendiri walhal barang dah jelas..
perkara yg sunat itu ialah sunnah nabi saw
manakala yg wajib itu pun dah tentula sunnah nabi saw juga..

yg sunat itu memang sunat manakala yg wajib itu memang wajib,
tapi jika kita seolah2 mewajibkan semua muslim terhadap perkara yg sunat,maknanya kita dah condong nak wajibkan sesuatu yg Allah dan rasul x wajibkan.. jadi kita telah condong langgar garis merah di rukun agama yg kedua tu(feqah)..kita ambil contoh peraturan masa kita makan,sunnah nabi saw yg paling besar ketika makan ialah makanan tu sendiri kena datang dari sumber yg halal(wajib)..jika ianya datang dari sumber yg haram/ada syubhat dan sebagainya,ianya dah x sunnah walaupun kita gaya2kannya dengan perkara sunat yg lain..sama la dalam solat juga, ape rukun wajib solat?
sama la juga 3 rukun agama tu pun ada syarat wajib dia(sunnah paling besar) ianya ialah tauhid/akidah..kalo kita berjaya amal feqah dan akhlak dgn baik, tapi akidah kita x tanzih, ianya juga dah x sunnah..jadi yg mana dah langgar peraturan dan yg mana belum? kene intai 3 rukun wajib agama la.. xkan tamsil ngan peraturan tengok bola kat stadium hehe..
wallahuaklam..

Anonymous said...

saya minat bola dan saya juga minat lipat kain, apa masalah?

Anonymous said...

tamsil lagi....

Anonymous said...

dah dah la tu dengan tamsil tanzih tam tan apa lagi dok ada, guna perkataan biasa-biasa sudah. tak payah nak bombastik sangat nak tunjuk kita ni special naik maqam lebih daripada orang awam. kau punya komen pun susah nak paham, unsur dakwah pun takde

Anonymous said...

haha hadoi..ok maap ye semua insan2 suci.. abaikan je hihihi

Anonymous said...

wahai Anonymous Tamsil, bagi saya yg bodoh agama ni, orang2 mcm awak ni la yg buat orang lain kurang berminat nak belajar agama...gunakan lah pendekatan/ayat/perkataan yg mudah difahami semua orang.. ya, awak ada ilmu tinggi, kefahaman tinggi...tapi kalau cara dakwahnya tak sampai mcmana? ilmu tu semua dari Allah, jgn la kita berasa lebih dari org lain..tanpa izin Allah, ilmu tu tak kan sampai pada kita...jgn lah berasa sombong dgn apa yg kita ada, bau syurga pun tak dapat nnt...

Anonymous said...

Nak dapat kemanisan ibadah / solat,
kena ada iman,
nak dapat iman kena taat,
bukti iman, bila kita rajin solat berjamaah kat masjid / surau.

Itulah antara pengajaran dr surah Al Mukminun 1, Al Hujurat 14, At Taubah 18.
So, sama samalah kita makmurkan masjid masjid dan surau surau dgn solat fardhu berjamaah, dan mengikuti majlis majlis ilmunya.

Anonymous said...

Pendekatan..adui..
nabi jumpa sahabat bercucuk tanam..nabi saw kaitkn ngan kehidupan akhirat..pe kejadahnya bab pertanian ngan akhirat..klu sahabat atau perawi tu pembaris sngt..huhu.. ni lah pendekatan..dah jom habiskn lipat kain..

Anonymous said...

nabi saw kaitkan cucuk tanam ngan akhirat,ape yg boleh kita tanam dan dapat hasil diakhirat..subhanallah memang indah.. tapi kita lagi advance dr nabi saw, kita nak intai peraturan2 dalam agama ni camne kita tamsil pakai peraturan bola hehe..contoh mcm seseorang datang lambat ke masjid, ianya masih belum langgar peraturan pun, sebab ada ruang usul feqah kat situ.. datang cepat ke masjid tu memang sunat.. tapi jgn sampai nafikan ada ruang usul feqah kat situ, nak amal sunnah jgn sampai terbabas menolak usul feqah, kalo kita tolak maknanya kita pun dah x ikut sunnah,sebab tu kena intai 3 rukun wajib dalam agama tu kalo nak ngintai seseorang tu dah langgar peraturan ke belum..nak dakwah cara mcm mana ni pulak, kita kene tengok seseorang tu dah langgar syarak ke belum, selagi x langgar syarak..ianya masih x langgar peraturan, selagi dia tak langgar peraturan maknanya dia pun ikut nabi saw la juga.. kayu ukur dia bukan ikut kepala kita hehe. selagi x langgar syarak maksudnya masih x menyalahi nabi saw la..
dan sesuatu yg x menyalahi nabi saw tapi kalo kita kata salah,maknanya kita la yg dah menyalahi nabi saw..
cuba kita tengok 3 rukun wajib tu, sesuatu yg Allah dan rasul x haramkan kita jgn haramkan..sesuatu yg Allah dan rasul x wajibkan,jgn kita wajibkan.. ape kita ingat agama islam ni milik kita ke mcm setengah2 parti politik buat tu hehe..
selagi seseorang berkongsi perkongsian yg dalam jalur ahlusunah selagi tu xda masalah.. bukan selagi seseorang tu ikut kepala kita baru orang tu xda masalah hehehhe.. sebab tu kene g ngaji sikit2 bagaimana dan apa yg dikatakan dgn ahlusunnah tu..sebabnya ini la perkara paling asas..
paham dah? kalo x paham aku mintak maap le ye..

orang yg masih x langgar peraturan tapi kita gambarkan sebagai dah langgar peraturan, nak jadi ape kita?dah x da kerja lain nak buat ke? hehe

Anonymous said...

*nak dakwah cara camne pulak=selagi pendakwah2 lain cara berdakwah mereka x langgar sayarak..maknanya mereka pun ikut nabi saw mcm korang gak.. wat rilek je cukup..

Anonymous said...

lahaulawalaquwwataillabillahilaliyilazim..
kalo ko dah kata semua itu dari Allah termasuk ilmu,itu maknanya manusia memang x da ilmu dan manusia memang tak pernah ada apa2.. dah ko jgn risau lagi dah ye bahawa yg aku ni ada ilmu hehe.. memang aku xda apa2 termasuk ilmu..
ko ingat puak atheist? dia kata Allah je yg ada kuasa, tapi cepat2 dia risau kat kaabah, dia kata Allah maha perkasa dan x terkesan dgn perbuatan makhluk, tapi cepat2 dia risau kita solat ni sebab nak buat Allah terkesan hehe..
kita ni kalo cakap bohong, walaupun kita berdepan dgn perkara yg x menyalahi syarak pun memang susah kita nak sangka baik hihi..

Anonymous said...

*bukan atheist,tapi puak anti hadis

Christine Ling said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

makin lama makin aku tak paham komen-komen kat sini, christine ling punya komen pun ada, cari agen judi, adoi..

lisa wu said...

Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
> Hoki anda ada di sini <
Agen domino
BandarQ
Domino 99
Domino QQ
Agen Poker
Bandar Poker

hubungi kami di :
Line : gunungpokercsr1
Bbm : 56978317
Wa : +6281272874416

Tornado Assassin said...

Pengedar pati durian belanda diperlukan.
Berminat sila pm
013-988 5773.