Jun 7, 2017
Bidaah di Bulan Puasa?
(siri bercakap dengan dinding-kata Khairi Tajuddin)
Zaman kanak kanak. Bila tiba bulan puasa, dimulai dengan solat tarawih, bilal
akan berselawat, dan budak budak akan menjawab selawat ke atas Nabi dengan
penuh meriah.
Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan rakaat
dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main kejar kejar, dan
macam macam lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di
malam hari bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik,
tidur, dan mandi air telaga, al maklumlah puasa.
Dalam sibuk bermain, memang ada kawan penjaga masa yang mana
waktu solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu
rakaat.
Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali
imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut.
Waktu sahur ada geng kejut sahur sebab zaman dulu mungkin
sunyi sikit, tapi tempat kami, waktu imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul,
tak percaya tanya orang kuala Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam.
Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan, jadi
bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala
magrib meriam berbunyi satu kali.
Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, ada malam tujuh likur
dan sebagainya, yang bagi bidak budak meriah sangat sebab orang pakat hias
lilin di beranda rumah masing masing. Budak budak dan api lilin, macam macam
permainan mereka boleh cipta.
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari
zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru,
bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah
kubur, dan lain lain.
Tapi itulah, bila datang ustak wahabi, semua benda nak di
bidaah, katanya, melafazkan niat puasa di malam hari baik dengan berjamaah
maupun sendiri-sendiri dengan kuat adalah bidaah, Nabi tak buat, Niat ni dalam
hati tak boleh guna pembesar suara, lafaz arab tu pun di reka katanya, bidaah
ni haram hukumnya.
Mak aihhh, ustak wahabi ni anggap bidaah semua haram,
padahal ada bidaah yang hasanah, bagus apa imam lafaz kuat biar budak budak
boleh niat puasa esok, orang tua yang lupa pun boleh niat sama, benda simple
pun nak kecoh.
Lepas tu ustak wahabi bagitahu bidaah solat tarawih 20
rakaaat, hadis riwayat Aisyah bagitahu nabi solat 11 rakaat sajer, siapa tambah
berdosa!
Pulak dah, Saidina Umar yang buat 20 rakaat sebab ada dalil
Nabi pernah buat lebih walau bukan seluruh malam, dan kata Saidina Umar, inipun
bidaah hasanah, kat Mekah ramai wahabi pun buat 20 jugak, kenapa wahabi Malaysia
nak marah orang buat 20?
Lepas tu ustak wahabi kata selawat salawat ke atas Nabi
Muhammad SAW lepas solat sunat tarawih bidaah, Nabi tak buat lepas solat tarawih
dengan berselawat macam geng surau buat, amalan bidaah ni berdosa dan boleh
masuk neraka.
Adohai, lepas solat, ikut koranglah nak buat apa pun?, nak
berdoa, nak berzikir, nak berselawat, apa masalahnya? Nak buka phone main FB,
main spinner atau nak buang tahik cicak pun apa salahnya? Dah lepas solat kan?
Eh? Ustak wahabi tak setuju, lebih baik diam katanya, jangan
tambah tambah bab agama, bidaah ni haram, selawat lepas solat tarawih tu haram
sebab Nabi tak buat! Takde hadis pun Nabi berselawat antara solat tarawih! Bidaah
semua tu!
Please jangan sempitkan fatwa dengan satu hadis sahaja,
padahal banyak lagi hadis lain yang boleh sandar bab nak bersalawat lepas solat
ni, rujuk kisah waktu Nabi naik mimbar, maka malaikat Jibril datang dan berdoa:
“Celakalah seseorang yang jika disebut nama Nabi Muhammad
SAW namun dia tidak berselawat kepada Nabi” dan Nabi aminkan,
Hadis ni ada dalam bab bulan puasa, macam tahu-tahu kan
memang akan ada orang yang sengaja tak nak selawat pada Nabi bila tiba bulan
puasa. Adohai...
Lepas tu bab menetapkan waktu imsak, bidaah jugak katanya,
lagi lagi guna meriam macam di Terengganu tu, ganggu orang tidur dengan meriam
tu salah! kata ustak wahabi lagi tak perlu berhati hati nak bersahur di waktu
imsak, sebab boleh makan lagi jika dah azan subuh, lepas tu bagi dalil ada
sahabat makan waktu bilal sedang azan, padahal di Madinah, mereka azan dua
kali, azan pertama oleh bilal di waktu lebih kurang imsak, dan azan kedua baru
untuk masuk waktu subuh, jadi logic lah orang makan sahur lagi di azan pertama.
Dengar cerita di Pahang tahun ni di galakkan masjid azan dua
kali macam Madinah,
Lepas tu akhir bulan puasa dan pagi raya juga dikatakan
haram ziarah kubur sebab bidaah pergi tarikh tu, haram jugak berdoa depan
kubur, sebab jika baca doa depan kubur, bermaka sembah kubur. Ikut logic ustak
wahabi lah ni, bermakna doa depan makanan sembah makanan, doa depan FB, sembah
FB? Doa jimak depan bini sembah bini? gitu ke?
Banyak lagi yang di bidaahkan haram oleh ustak wahabi,
seperti sambut nuzul alquran atau sambut tujuh likur tu haram, puji empat khalifah waktu
tarawih 20 rakaaat pun haram, takbir raya rumah ke rumah, berzanji rumah ke rumah semua
tu haram sebab bidaah.
Pasang lilin dituduh tiru hindu, pasang lampu kelip kelip di tuduh tiru kristian, orang nak deco rumah pun di bidaah haram. adohai..
Padahal Bidaah ada yang Hasanah dan ada Bidaah Dholalah.
Tapi itulah, ustaz wahabi tak paham dengan istilah bahasa
arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak di jabatan agama dah terangkan
seperti:
Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai
bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi
al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.
Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan tapi tak faham jugak korang ni.
Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan
alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah
buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.
Contoh macam sambut Nuzul Al quran, memang Nabi tak pernah buat,
tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang datang dengar ceramah free, lagi bagus dapat cuti free, Korang nak pertikai tarikh pulak apa ke hal,
Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak
berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis,
dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.
Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang aku rasa, atau apa yang aku
faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain,
melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah,
atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu,
maka, pada pendapat aku yang hina dan banyak dosa ini…
Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH
HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat), Cuma
ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang wenang
kata ini Sunnah!
Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak
tukar pada Bidaah Haram pulak.
Baca Al quran ada baris ni bidaah hasanah korang tahu tak? Mampu
ke baca Al quran takde baris macam zaman Nabi?
Nasihat aku, orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah
Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius
sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja
kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka
tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, lebih penting nun terang terang
orang buat dosa, jangan membisu, pergi dakwah mereka macam orang tabligh buat.
Apa? Orang tabligh pun bidaah sebab keluar tiga hari tak ada
hadis? Habis tu korang belajar phD empat tahun ambik hadis mana?
Memang sia sia bercakap dengan ustak wahabi jika tak nak
guna otak!
I rest my case.
Jun 5, 2017
Ujian Markah Laki Bini di Bulan Puasa?
(Orang buat kuiz uji markah personaliti bagai, keretamayat pun nak buat jugak, adohai)
UJIAN 1
UJIAN 1
Berapa markah Bini korang di bulan puasa?
Mari kita ambil satu situasi, Laki pulang dari masjid
selepas solat tarawih, apa tindakan Bini?
Markah A: Bini tunggu depan pintu sambil senyum, Laki masuk
bini peluk lepas rindu, habis peluk tengok air dah ready berasap untuk laki
minum, bini dah buat siap siap, terbaik!
Markah B: Sama seperti di atas, Bini tunggu depan pintu
dengan senyum, lepas tu peluk peluk, Cuma Laki kena order air, baru Puan Bini
Buat.
Markah C: Bini kelihatan sedang sibuk buat kerja rumah,
Nampak Suami, Bini senyum dan tangguhkan kerja rumah untuk melayan kerenah
Laki.
Markah D: Tak peduli laki balik ke tak, kadang kadang kekal
terbaring tengok TV, atau tidur, bila order air, buat, tapi dengan tak iklhas.
Markah E: Sama macam markah D tadi, Tak peduli laki balik ke
tak, Bila suruh buat air, Bini buat bodoh.
Markah F: Laki bila order air, bini membebel katanya takde
hadis kena buat kerja rumah, dan mereka pun bergaduh sebab order air. Adohai..
Ulasan: Bagi yang dapat markah A, dan B atau C, tahniah,
IsyaAllah isteri anda bakal ke Syurga jika kekalkan prestasi dan abaikan
kontroversi, bagi yang dapat markah D, hati hati, Syurga terletak dalam
keredaan Suami, bagi yang dapat markah E atau F, eloklah baca selok belok di
Neraka supaya tidak janggal di sana, adohai..
Pesan pada Suami, jangan cepat marah pada Bini, Jadilah
Suami yang pemaaf dan tolak ansur, Bini kadang cepat penat dan mudah beremosi,
walau bagaimanapun, Ujian ini hanya untuk Suami yang pergi masjid solat
tarawih, jika jarang ke masjid, tak payahlan nak nilai markah Bini, aku bagi F
kat korang siap-siap. Woha!
UJIAN 2
Berapa markah untuk suami saya?
Ok, markah untuk laki pulak, ambik situasi habis solat
tarawikh tadi lepas dah minum air dengan bini, laki kita pun nak keluar rumah
pulak, ada urusan katanya, apa urusanya? Mari kita check.
Markah A: Laki keluar kerana Agama, contoh: pergi solat
tahajjud di masjid, ada program iktikaf rmadahan, atau bantu jemaah berdakwah
di masjid, atau pergi mengajar mualaf tentang Islam, pergi belajar ilmu agama,
tadarus dan lain-lain.
Markah B: Laki keluar kerana keluarga, contoh: tolong beli
barang rumah untuk sahur esok, giliran madu, ziarah mak bapak dan lain lain.
Markah C: Laki keluar kerana kawan atau hobi, contoh: lepak
minum air kat kedai mamak, main badminton, futsal, memancing, dan lain lain
yang tidak haram.
Markah D: Laki keluar kerana bosan duduk rumah sebab bini
tak best, tak tahu laki buat apa kat luar tapi bukan benda yang berdosa
Markah E: Laki keluar kerana nak buat dosa, contoh: dating
kekasih lama, berzina, cari pelacur, dan lain lain angkara durjana.
Ulasan: Tahniah, bagi yang ada laki selalu dapat markah A
dan B, jarang jarang C, tahniah! Bagi yang selalu dapat markah D kena check
balik, mungkin sebab bini banyak membebel, atau bini tak layan borak, atau bini
tak teman bersembang waktu makan. So Markah D juga untuk Bini. Hu hu..
Bagi yang dapat markah E, ketahuilah, dosa laki korang tak
pengaruhi nasib syurga bini, macam Asiyah isteri Firaun, walaupun lakinya buat
dosa paling besar mengaku Tuhan, tapi Asiyah tetap masuk syurga kerana
perempuan sangat mudah masuk syurga, taat Allah, dan taat suami, terus masuk
syurga… Sedangkan lelaki, bila nak masuk syurga, mak dia boleh tarik dia, anak
perempuan dia, adik beradik perempuan dan isteri isrerinya boleh tarik suami
masuk neraka jika waktu hidup, suami biarkan sahaja bini buat dosa.(tak dakwah
bini)
So, pujuk dan bercakaplah lemah lembut dengan laki anda
wahai semua bini orang dan bini aku, sesungguhnya kamu semua tidak sebaik Nabi
Musa dan lakimu tak sejahat Firaun, tapi bila Allah perintah Nabi Musa
berdakwah pada Firaun, Allah suruh Nabi Musa cakap lemah lembut.
Jadi jika dapat laki tak best, cuba tanya balik, Nabi Musa
boleh cakap lemah lembut dengan Firaun, tapi korang boleh pulak tinggikan suara
dan bebel pada laki yang tidak sejahat Firaun, Nauzubillah!
Pesanan ini tak deep, tapi Neraka itu deep! Hu hu..
May 26, 2017
Kisah Laki Bini di awal Ramadhan?
(Kisah laki Bini menjelang Ramadhan)
Sekambalinya Laki dari solat berjemaah, lantas bertemu bini
yang sedia menanti dirumah adalah salah satu nikmat hidup yang besar, atau
pergi haji bersama bini dan lain lain ibadat yang dibuat bersama laki bini,
bukan sahaja menambah seri nikmat hidup, pahala juga bertambah-tambah. Malahan
ada Hadis menceritakan kisah seorang hamba Allah yang mahu beribadat seumur
hidup tanpa berbini, tapi di larang oleh baginda besar Nabi Muhammad SAW dengan
bersabda;
“Barangsiapa yang mampu untuk berbini tetapi tidak berbini
maka dia bukan dari umatku” (riwayat Tabrani & Baihaqi).
Jadi, Ada apa dengan Kisah Laki bini?
kisah 1:
"Kenapa macam banyak sangat awak tinggal puasa ni?, dah
macam sebulan awak tak puasa saya rasa? Nampak macam hari hari awak ganti
puasa, dulu lupa niat ke apa?"
Soal Encik laki pada Puan bini pada awal bulan Syaaban.
"Abang dah lupa ke?, siapa yang buat saya mengandung
dan beranak di hujung Syaaban tahun lepas?, lalu berpantang dari bulan puasa
hingga Syawal? menyusu lagi sampai masuk Syaaban tahun ini, abang dah lupa?”
Dalam hati laki: menyesal tanya, salah aku rupanya, adohai..
Kisah 2:
Lagi 5 minit nak azan, kelihatan Laki Bini sedang baring
depan TV.
Tiba tiba ada alarm dalam Smart Phone bagitahu lagi 5 minit
nak azan Zohor.
“Siapa yang masih belum berdiri untuk buat persiapan solat,
dia bukan ibu bapa yang baik untuk anak contohi!”
Kata Puan bini sambil cuba bangun dari pembaringan, aku
pulak terus melompat bangun sambil berkata:
“Siapa yang belum basahkan badan dengan wudhu, dia bukan ibu
bapa yang baik untuk anak contohi!”
Alamak, bilik air kat dapur terkunci, si bini sambil gelak
lari masuk dalam bilik air di bilik utama.
Ok, bini siap ambil wudhu, baru aku dapat masuk bilik air
belakang sebab ada anak guna tadi.
“Siapa yang masih belum pakai pakaian solat, dia bukan ibu
bapa yang baik untuk anak contohi!”
Kata Puan Bini lagi yang sedang bersiap sarungkan kain
sembahyang, aku pulak kelam kabut tukar kain pelikat dan sarungkan baju melayu,
eh? Mana kopiah?
Puan Bini kelihatan sudah lengkap dengan kain solat siap
terseyum sambil ditangan nya ada kopiah.
“abang kalah”
Aku balas senyuman, ambil kopiah di tangannya lalu hidupkan
motor sambil di lambai oleh Puan Bini dari celah jendela yang lengkap dengan
kain solat warna putih.
Azan pun berkumandang lalu kami berpisah untuk bertemu Tuhan
dari lokasi yang berbeza.
Moral of the Story; Laki solat awal waktu di masjid, Bini
solat awal waktu di rumah, bersatulah mereka di Syurga, amin…
Kisah 3:
Bini Whatsapp,
“Abang nak makan apa sahur nanti?”
Aku reply:
“Nasi lauk ikan, demi...”
Bini aku tanya balik.
“demi apa?”
Aku terus balas:
“demi cintaku padamu”
Woha!
Kisah 4:
“Eh? Abang dari mana tadi?”
“klinik gigi”
“sebab?”
“Abang nak pastikan jasad (gigi) bersih dulu sebelum masuk
bulan Ramadhan, dan focus untuk bersihkan rohani (hati) di bulan puasa”
Chewah!
****
Kisah 5:
"Mari sini abang nak bagi tazkirah sikit"
Kata laki yang baru balik dari tarawih malam pertama.
Bini sambil hidang nasi dan lauk atas meja, tersenyum sambil
kagum dari dekat.
Kemudian berkata-katalah lakinya..
"Awak tahu tak, apabila tiba malam pertama dari bulan
Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan
‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang
pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang
tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian
muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di
anjung syurga dan bertanya:
" Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?"
Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada
para bidadari-bidadari itu dengan berkata,
"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan.
Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat
Muhammad s.a.w."
Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy
yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..
Namun di bumi, sebelum bulan Ramadhan lagi, telah terdengar
bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan
sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...
Bisikan itu berbunyi:
"Yusuf... Taiyoob.."
Woha!
Kisah 6:
Puasa hari pertama ada saudara datang ziarah, kelam kabut
urus itu ini, sekali kami semua tertinggal solat zohor berjemaah, dah 20 minit
berlalu dari azan zohor, oleh sebab kami pun ramai, jadi kami buat keputusan
untuk solat zohor berjemaah di rumah kereta mayat, lalu timbul masalah dalam
bab melantik iman.
Nota: Sebaik solat bagi lelaki ada tiga. Iaitu berjemaah,
tempat azan di azankan, dan awal waktu. Seandainya ada halangan, pilihlah salah
satu.
Kembali ke babak rumah keretamayat, bab masalah melantik
imam solat berjemaah.
"Tuan rumahlah jadi Iman, bacaan kamu lebih bagus dari
kami"
"kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya
baca kuat, kaulah"
"awaklah imam, sebab awak lebih berumur"
"eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia
lebih ramai"
"eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full
sunnah"
Dalam tolak menolak, Puan Bini menyampuk:
"tak payah gaduh, biar Hamka jadi imam, sebab gigi dia
lebih putih dari korang semua, baru cuci gigi sehari sebelum Ramadhan!"
Woha!
(Teknik pilih imam, pastikan bacaan Al quran paling bagus,
atau lebih berumur, atau sudah berkahwin, gigi bersih tu bonus. He he.)
Akhir kata: Kami Laki Bini minta maaf zahir dan batin pada
semua pembaca andai ada salah dan silap, Selamat menyambut Ramadhan, Selamat
bertamu lailatul Qadar, dan Lailatul Jaezah!.Semoga Woha sampai Syurga
Ps: Ditulis dalam keadaan gigi bersih berseri-seri, tapi
hati masih kotor, semoga di beri peluang oleh-Nya untuk sucikan hati di Ramadhan
ini- Amin.
Ps2: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika
baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati.
Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin
.
(DIPETIK DARI E BOOK KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA bab
Pengenalan, Harga: RM20-280 Muka surat)
Cara nak beli, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank
556226405584) Hantarkan bukti pembayaran ke mesej FB atau ke email:
keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF
File) kepada mesej FB atau Email anda dengan segera!
Selamat berpuasa!
May 4, 2017
40 Nasihat kepada Remaja?
(aku dah tua sebab ada anak remaja, jadi aku tulis nasihat pada anak aku siap-siap, remaja atau dewasa lain boleh baca juga-no problem)
Selamat menjadi remaja anakku. Selamat melihat kepelikan
remaja lain di luar sana, zaman ayah, memang ada remaja remaja yang suka buat
benda yang pelik pelik, antaranya tattoo muka dengan nama awek, apa ke jadah?
Ada juga yang sanggup buat rambut Punk pacak ke atas macam Trojan siap dengan
warna berunsur gay, subangkan hidung, dan tanam guli dalam lidah, apa ke jadah?
Ayah pernah jumpa remaja Islam yang buat rambut ala Punk,
dan tanya dia, korang rasa normal ke buat benda yang orang lain tak buat, dan
hari hari kena kutuk dengan pakcik bilal?
Kata mamat Punk ni:
“Maaf bang, saya sangka saya dah habis pelik pakai baju gaya
Gotham, rambut gaya Trojan, tapi saya pernah jumpa orang lagi pelik dari saya,
iaitu budak Tabligh, dah lah pakai baju kurta dan kain pelikat, lepas tu tutup
muka dengan periuk nasi dan junjung tong gas atas bahu naik bas mini, apa ke
jadah?”
Ayah gelak, sebab ayah kenal budak tabligh yang di
maksudkan, beliau adalah Pakcik Badar Iskandar berniaga kedai runcit seberang
jalan sana, dulu zaman 90-an berdakwah, orang tabligh masih ramai di kalangan
orang miskin, macam zaman nabi mula mula berdakahwah dulu, ramai di kalangan
miskin, jadi bila nak keluar berdakwah, ada yang kena naik bas, itu yang bawa
periuk dan tong gas naik bas, kira tong gas tu dah maju sebab zaman 80 an ayah
dengar cerita, orang tabligh bawa kayu api untuk memasak, jadi balik kepada
Pakcik Badar Iskandar yang tutup muka dengan periuk nasi, katanya, dalam bas
ternampak awek sekolah yang buat dia malu lalu serkup kepala dengan periuk
hingga budak Punk rasa orang Tabligh jauh lebih pelik dari mereka-Woha!
Jadi wahai anakku, jika korang rasa diri pelik, lain dari
yang lain, itu adalah normal. Cuma jangan zahirkan kepelikan korang kepada
dunia, Memang ramai remaja tak suka dengan muka dan badan sendiri, itu adalah
normal.
Remaja sangka dunia ni hanya untuk lelaki kacak dan wanita
jelita. Jika tak ada rupa, maka masa depan gelap, banyak jerawat, habislah masa
depan, rambut botak, habislah masa depan, malahan korang juga sangka perempuan
cantik suka dengan lelaki hensem sahaja, padahal dalam dunia orang dewasa. Tak
ada orang nak pandang rupa, tapi orang
pandang akhlak, jawatan dan bisnes kita, makin teguh akhlak dan makin tinggi
jawatan atau makin besar bisnes kita, maka rupa paras dah tak penting. Tengok
artis, cantik rupa paras, bercerai jugak, sebab kecantikan dalaman yang manusia
cari sebenarnya, chewah!
Dunia remaja, ada duit lupa diri, dunia dewasa, tak ada
duit, semua orang lupa dia!
Jadi jika muka tak hensem atau cantik, jangan nak beremosi
sangat, zaman ayah sekolah dulu, lelaki hensem dan wanita cantik bila dah
dewasa tak semua berjaya. Ada yang kais pagi makan pagi dengan muka hensem, dan
ada yang di ceraikan berkali kali dengan muka cantik, jadi jangan rasa diri tak
normal, bab kekurangan rupa, nobody care bila kita dah dewasa, tapi bab
perbuatan pada diri yang kita tak suka, maka ada peluang untuk mengubahnya.
“Tuhan tak akan ubah nasib kita, jika kita sendiri tak nak
ubah diri sendiri”
Kata pujangga: orang yang paling gila adalah orang yang buat
benda yang sama tapi harap keputusan berbeza. Maka jika mahu hidup korang
berbeza ke arah lebih baik, maka
bertindaklah, bukan cipta alasan.
Ketahilah anakku, di masa remaja ada perkara yang kita sedih
dan menyesal, tapi bila dewasa kita bersyukur pulak dengan perkara itu. Sama
jugak di masa remaja ada perkara yang korang rasa seronok dan bertuah, tapi
bila dewasa korang menyesal pulak dengan semua itu.
Jadi secara ringkasnya pesan ayah kepada semua remaja:
- Carilah kawan yang baik, Nabi pesan, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat baunya, jadi, cari kawan yang berpotensi untuk ubah dunia ke arah yang lebih baik di masa depan, memang masa remaja, kita ada ramai kawan, bila dewasa, kita tahu hanya berapa kerat sahaja yang benar benar seorang kawan, maka jangan kawan dengan samseng, pendosa, penzina, mat rempit, dan lain lain kawan yang tak senonoh, hati hati dengan orang yang buat baik sebab manusia ni selalu baik ada makna, jangan percaya pada kawan seratus peratus dan bila berdepan dengan keluarga dan kawan, utamakanlah keluarga.
- Jangan bergantung pada orang, belajar berdikari dengan cepat, biasakan dengan kerja rumah (tolong Bonda), kerja kenduri (tolong jiran) kerja dakwah (tolong ustaz), tak pandai- belajar, dah pandai-ajar, masa sangat cepat berlalu. Buang masa hari ini, esok akan tinggalkan korang, hargai hari ini, esok akan tunggu korang dengan cemerlang.
- Cinta itu indah di permukaan, tapi dalamnya penuh gelora, jangan ambik risiko bercinta di dunia remaja, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari pengalaman hidup yang baru setiap hari, sudah ada pendapatan, baru cari pasangan hidup, InsyaAllah akan selalu ada yang terbaik bila kita dah bersedia. Paling penting: Jangan hampiri zina.
- Belajar sampai masuk Universiti itu bagus, peluang untuk dapat kawan kawan yang mentadbir dunia lebih cerah, akan memudahkan dunia bisnes di masa hadapan, tapi korang akan terperanjat tengok ramai orang dewasa yang tak sekolah tapi berjaya, dan ramai jugak yang tak sekolah menderita dalam penjara, maka sungguh ilmu dan pengalaman manusia berbeza beza, ujian juga berbeza beza, sekali lagi, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari ilmu dengan sabar, belajar sampai cina, atau sampai oversea lagi bagus, InsyaAllah akan selalu ada peluang terbaik bila kita dah bersedia.
- Beri salam kepada orang, jika mereka tak jawab, sangka baik mereka sedang sakit telinga, senyuman tak berbalas pun tak apa, teruskan buat baik pada orang, tapi jangan mengharap orang buat baik kepada kita, sekali orang buat baik, sepuluh kali kita buat baik, sekali orang buat jahat, sepuluh kali juga kita buat baik, jangan sesekali buang sifat baik kita kerana buruknya sifat orang, faham ini dan hidup korang akan lebih bermakna.
- Kejayaan datang pada orang yang berusaha, bukan orang yang sibuk memberi alasan dan menyalakahkan orang. Tiada jalan ringkas menjadi kaya atau pandai agama, orang yang badan sado adalah yang jaga makan dan luangkan masa berjam jam bersenam, maulana belajar agama bertahun tahun untuk jadi pakar Hasid, maka jangan tertipu dengan skim cepat kaya, jangan tertipu dengan wahabi dan anti hadis, korang kena kerja kuat untuk jadi master, dan belajar kuat untuk jadi master, itu tertib dunia.
- Membaca buku tanpa gambar lebih baik untuk otak, kerana otak di asah melalui pemikiran kreatif yang menggambarkan peristiwa tanpa bantuan luar, sebab itulah menonton dan membaca, lebih bagus membaca. Cerita tentang membaca, tahukah korang bahawa Orang kaya di zaman dulu kaya sebab mereka lebih banyak membaca daripada orang miskin, mereka lebih banyak membeli buku, dan mereka faham dengan sistem dunia pada waktu semasa. Ketika orang miskin baru kenal dunia melalui mata dan telinga mereka, orang kaya sudah membaca buku buku yang ditulis dari seluruh dunia. Lagipun, zaman dulu orang kaya sahaja belajar membaca, sekarang semua orang di ajar membaca dan insyaAllah, siapa siapa yang rajin membaca buku yang betul, dan faham system semasa, akan jadi orang yang Berjaya.
- Sentiasa menerima cabaran hidup dengan ikhlas, jika hidup tiada cabaran, cipta cabaran. Jangan takut gagal, tapi takutlah tidak mencuba, nanti bila tua, kita menyesal dengan apa yang kita tak buat padahal masa muda banyak peluang tapi disia-siakan. Jadi jangan tunggu tuah, tapi ciptalah tuah! Bak kata Bruce Lee: “Do not pray for an easy life, pray for the strength to endure a difficult one”
- Bayangkan jika korang kahwin dan ada anak, bila anak nak kahwin dah tentu korang ada menantu idaman? Menantu yang Hormat orang tua, pandai ilmu agama, kaya, sihat dan hebat? Maka jadilah ‘menantu’ itu, hintanya: jaga tiag perkara: Jaga Solat, Akhlak, dan Aurat.
- Setiap hari buku dan filem terbit, jangan terus pergi baca dan tonton, kaji dulu kenapa buku itu ditulis dan kenapa filem itu dibuat, baca ulasan, culture impack dan sebagainya, Rujuk rotten dan imdb sebelum tonton,jadilah remaja yang membaca atau menonton dengan sebab yang munasabah, untuk belajar sejarah, atau kaji falsafah, bukan sekadar nak isi masa lapang.
- Jangan buang masa menyokong mana mana parti politik, jadi orang atas pagar tak salah sebab undi adalah rahsia, dan sentiasa cari jalan untuk damaikan penyokong parti yang bergaduh. Jika mereka nak bergaduh juga, jangan masuk campur. Join Tabligh lagi baik.
- Jangan cerita masalah korang pada orang yang tak boleh selesaikan masalah korang, dan jangan cerita nikmat hidup korang kepada orang yang tak boleh dikongsi nikmat itu. Ada masa lain kali ayah cerita detail bab ini.
- Selalulah merendah diri, jangan sombong. Orang sombong masuk neraka
- Jika gugup bercakap atas pentas, maka berlatihlah dengan ambil peluang naik atas pentas, sebab jika tak mencuba, maka gugup lah korang sampai ke tua, ayah dulu belajar berdakwah pintu ke pintu dengan budak budak tabligh, lepas tu jika ada event naik pentas dah tak gugup, boleh sembang kencang lagi-woha!
- Ambik masa untuk enjoy dengan kawan kawan, selagi tak langgar batas agama, nikmatilah remaja sebaiknya. Cipta kenangan terindah. Nakal dalam halal.
- Jangan lepas peluang untuk setiap pengalaman baru, elakkan ulang pengalaman sama kecuali pengalaman tu best dan boleh jana income. Walaupun ada pengalaman yang tak suka, terimalah untuk event, orang yang kaya event, akan kaya dengan pengalaman, dan orang yang kaya pengalaman, boleh menulis buku. Jadi Rekod pengalaman baru dalam blog atau facebook, buat video selepas balik melancong, jangan tangguh,Hidup ini terlalu singkat untuk menangguh.
- Ayah pernah tengok orang susah yang mempunyai anak semuanya cacat, tiga orang, lumpuh dan rosak otak, tak boleh bercakap, maka hari hari si ibu mandikan dan suap makanan, sampai anak ni besar tapi masih lumpuh dan makan bersuap, bila ditanya tentang apa harapan makcik, katanya, harapan makcik, (sambil berlinang air mata) agar satu hari nanti, anak-anak ni boleh panggil dia “mak”, satu kali pun cukuplah. Maka fahamlah kita, orang lain jauh lebih susah dari kita, bersyukurlah nikmat yang sangat banyak.
- Dunia ini tidak adil, ada yang lahir cacat, hodoh, bodoh, miskin, tapi untuk ke syurga semuanya adil, iatu hanya perlu modal masa, dan semua orang diberi modal masa, maka jangan buang masa dengan perkara yang sia sia.
- Pertukangan biasa dan siap lebih baik dari Pertukangan halus tapi tak siap, bermakna Buat tugasan tak perlu perfect sehingga susah nak disiapkan, tapi buat sampai siap, dan baiki prestasi dari masa ke semasa. James Camaron sebelum jadi pengarah filem yang hebat, buat filem biasa biasa dulu. Ayahpun tak akan siap satu buku jika nak perfect sangat, siapkan dengan sehabis baik, dan baiki dalam buku akan datang. Yang penting kerja jalan, jangan sibuk merancang tak buat kerja, tapi sambil kerja sambil merancang. Jangan buat cincai pulak, guna common sense. Sungguh korang akan rasa seronok pergi sekolah jika dah siap kerja sekolah, korang akan rasa seronok bercuti bila kerja sekolah dah siap awal. Korang seronok tengok TV bila dah siap solat dan mengaji, korang akan seronok hadapai exam jika dah siap study, maka siapkan semua kerja, and be happy.
- Jika orang memuji, jangan diam takut riak, ucapkan lah terima kasih kerana pujian adalah nikmat hidup yang perlu kita terima kasihkan dengan ikhlas. Jika buat salah, juga jangan diam, mengakulah bersalah dan minta maaf cepat cepat. Orang muda buat silap tu biasa, silly masitake ke apa yang penting, jangan putus asa, belajar dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain, go on, kegagalan boleh buat kita bersedih tapi patut akan buat kita lebih gigih, Elvis Presly mula mula kena kritik sebab nanyi tak sedap, tapi beliau tak give up, Penulis buku Herry Porter berapa kali kena reject sebelum Berjaya,yang penting: JANGAN PUTUS ASA pada yang ESA.
- Ayah waktu belajar di Universiti, selalu dapat anugerah dekan, rahsianya? Ayah suka ajar orang lain apa yang ayah faham, sungguh menyampaikan balik ilmu dengan Bahasa kita akan menjadikan kita lebih faham tentang ilmu itu. Buku yang ayah tulis pun adalah teknik bercerita balik apa yang dah ayah baca dengan gaya Bahasa kita, ‘key’ nya adalah: Suka kongsi ilmu bermanfaat yang rare.
- Dalam dunia ni tak perlu cuba semua benda, ada benda kita perlu belajar dari kesilapan orang lain, contohnya hisap rokok, ganja, zina dadah dan segala yang haram, bila ketagih susah nak berhenti, dan penyakit ketagih boleh rosakkan otak.
- Hidup ini berdasarkan sangkaan. Jika kita percaya, kita ni bernasib malang, maka hidup akan malang. Jika kita percaya hidup ini dalam rahmat tuhan, pasti ada jalan keluar dari setiap kesulitan, yang paling penting, sangka baik kepada Allah. Semua ada hikmah. Kita tak pernah tahu malang yang menimpa itu telah menyelamatkan kita dari azab api neraka sebenarnya.
- Kawan akan respek bila kita istiqamah berkata tidak kepada dadah, rokok, zina dan lain lain yang haram, syaitan pun akan ‘respek’ dengan orang yang istiqamah, maka jangan takut kawan ejek bila korang tak nak minum arak, tak nak merokok, tak nak hisap dadah, tak nak dekati zina, sebab jauh di sudut hati mereka, sangat respek dengan korang sebab mereka tak mampu nak jadi tegas macam korang waktu di pelawa buat dosa.
- Fahami takdir, jika kita dah berusaha sedaya upaya tapi masih gagal, itu adalah takdir, banyak pahala jika bersabar dengan ujian selepas berusaha sehabis baik, tapi jika kita malas berusaha dan gagal maka itu adalah pilihan. Tak ada pahala pun untuk orang malas. Dosa lagi ada!
- Orang takut hantu sebab bayangkan hantu yang menakutkan. Orang suka bertemu kekasih sebab bayangkan saat indah. So wujudkan gambaran indah dalam kepala, wujudkan suasana indah hari esok, insyaallah hidup korang akan menjadi indah.
- Apa apapun, jangan gelabah, jadilah orang yang tenang, hanya dengan ingat Allah, hati akan menjadi tenang, Kita pun suka dengar Orang tenang bercakap dari orang gelabah bercakap. Orang tenang lebih cekap buat kerja dari orang gelabah. Jadi bertenanglah. Tengok dunia dengan mata burung, bukan dengan mata katak bawah tempurung, maka tenang akan datang.
- Di dunia ini ada banyak team. Ada Suicide Squad,Justice League, Avanger, Power Ranger, Kamen rider dan lain lain. Namun di akhirat hanya ada tiga team. Team kanan, kiri dan team hadapan. Team kanan masuk syurga. Team kiri masuk neraka dan team hadapan dapat syurga special. Team hadapan ni ramai ahlinya dari orang terdahulu dan sedikit orang terkemudian. Nak tahu detail. Rujuk tafsir surah al Waqiah. Maka pesan ayah, jangan taksub sangat dengan DC dan Marvel punya group, tapi taksublah dengan group Asabiqun.
- Jangan suka menipu, sebab nanti kena ada dua tipu untuk tutup satu tipu, dan kena ada empat tipu untuk tutup dua tipu, dan kena ada 16 tipu untuk tutup empat tipu, yang mana lambat laun orang akan tahu dan jadi hinalah kita. Jujur pada diri, jangan mengaku bekarya jika ciplak sini sana, jangan tiru tugasan sekolah bulat-bulat, lambat laun orang akan tahu. Allah lagi lah tahu. Jika buat silap, buat salah, terus mengaku secepat mungkin, dan selesaikan masalah dan silap itu segera, tapi jika lambat mengaku salah dan silap lepas tu tipu lagi, maka keadaan akan jadi buruk dan memburuk.
- Korang jatuh masa kecik dan ayah menyorok, korang tengok tak ada orang nampak lalu korang bangun dan sapu luka sambil cari ayah, dah jumpa ayah baru menangis, begitulah otak kita bertindak, sama ada nak terima masalah dengan air mata, (tak selesaipun) atau bertenang, terima kenyataan, dan move on. Ada orang pergi kedai dan sedih bila kedai tutup, Ada orang yang pergi kedai, bila kedai tutup, dia buat lawak, kedai tutup!-woha!
- Dalam buat azam dan cita cita, start dulu sikit, maka senang untuk sambung, begitulah buku yang ayah tulis, ayah start dulu, 10 helai, lepas tu berhenti dah buat kerja lain, tapi lepas tu ayah senang nak sambung sebab dah start, so mana mana azam dan cita cita yang belum start pastikan sudah bermula. Nak khatam Al quran, habiskan Al baqarah dulu, baru senang nak sambung, begitu lebih kurang.
- Jangan nak moody sangat, Semalam telah berlalu, esok belum tentu, nikmati hari ini kerana mati itu tiba tiba, jangan rosakkan hari ini yang dikongsi dengan orang lain dengan perangai moody korang. Orang kuat dia boleh kawal perasaannya, orang lemah, dia tak boleh kawal perasaannya dan biarkan orang lain yang menentukan sama ada dia nak marah, merajuk, atau jadi bodoh! Jadilah remaja yang kuat. Merajuk ni biar budak budak jer.
- Jika orang penting tanya “buat apa sekarang” maka jangan jawab “tak tahu” atau “tak ada apa-apa”, tapi jawablah “sedang baca buku XX dan sudah sampai bab YY”, atau “sedang baca tafsir Al quran dan sudah sampai surah XX”, atau “sedang siapkan cerpen” atau “sedang kaji tentang sejarah melayu dan islam” atau “sedang fahamkan konsep pinjaman perumahan” atau “sedang belajar baiki computer” atau “sedang belajar bahasa english tahap MUET” atau apa sahaja projek, janji korang selalu ada projek yang sedang di buat, barulah masa remaja korang tak sia sia.
- Kita seronok main bola jika ikut peraturan, sungguh hidup Kita akan lebih gembira bila ikut peraturan, maka ikutlah peraturan sekolah, paraturan jalan raya, peraturan agama, sungguh hidup akan lebih bahagia bagi orang yang ikut peraturan. Tak perlu pergi sekolah naikkan kolar, baju tak masuk dalam seluar, kasut warna warni, seluar ketat, kain singkat, tak perlu, follow the rule and be happy.
- Jangan menangis susu yang tumpah tapi pastikan susu itu tumpah atas bijiran sarapan pagi.
- Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, maka pilihkan menjadi remaja yang bangun awal pagi, insyaAllah rezeki akan murah.
- Hintung nikmat Allah setiap hari, nikmat melihat, nikmat bernafas, langit yang biru, pohon yang hijau, dan cerita nikmat itu pada adik beradik dan ahli keluarga di waktu makan berjemamah, kerana nikmat biasanya dirindui selepas nikmat itu hilang, jadi sebelum hilangnya nikmat itu, kita hintung siap siap. Alhamdulillah.
- Nak jadi unik tak salah, yang salah jadi perasan unik, nanti ayah cerita detail.
- Jangan jadi orang yang mudah perasan disalahkan, nanti ayah cerita detail.
- Jangan jadi,,arghh, banyak pulak pesanan jika perkataan JANGAN di hadapan. Woha!
Apa-apapaun, banyak lagi ayah nak tulis, cukup 40 dulu.
Selamat akhil baligh!
Ps: Jika cukup 99 nasihat ni, boleh buat buku macam Fatah Amin ni-woha!
#99katahamkakeretamayat
Apr 25, 2017
Ada pahala di dinding rumah?
(Al kisah Senapang Chekhov, Garfu Ramli, dan Rotan Lokman)
Sebelum itu nak kabor, maaf sangat sebab silap fakta dalam
gambar ini, bukan senapang German, tapi senapang Russia, atau lebih dikenali “Chekhov's
gun”.
Kata Anton Chekhov dalam seni penulisan cerita: Jika di awal
penceritaan ada babak selaras senapang yang terhias pada dinding, pastikan
senapang itu digunakan sebelum tamat cerita.
Sebab tu dalam filem ibu mertuaku. P Ramlee hias dinding
bilik guna sudu garfu, sebab nak guna hujung cerita.
Jadi rumah aku dulu, memang hias dinding dengan “Rotan
Lokman”, selain mencantikkan dinding, rotan tu akan diguna bila masuk waktunya,
lagipun memang ada hadis yang suruh gantung cambuk atau rotan ni di rumah untuk
didik anak anak, terutama bab solat. Jadi kira dapat pahala jugaklah gantung
rotan di rumah walau sebagai hiasan.
So nasihat kami laki bini, jika nak hias rumah, tolong
jangan gantung dengan objek sampah yang tak berfaedah, yang korang tak gunapun
sampai mati, adohai..
Cuma itulah, anak anak dah pandai, mereka sorok rotan tu,
jadi untuk atasi masalah ni, Puan bini letak rotan buluh penuh satu pasu, ambik
kau!
Sekian kisah Garfu Ramli, Senapang Chekhov, Rotan Lokman dan
Pasu Hamka Kereta mayat.
Woha!
Apr 12, 2017
Apa Nabi buat di umur pencen?
(Tanya sama pakcik Kereta Mayat)
Ada orang tanya apa pendapat abang keratamayat bila Presiden
Cuepecs, cadangkan umur persaraan ke 62 tahun, katanya bersara ni kena awal,
kalau boleh nak bersara umur 40 tahun.
Adohai, bab pencen pun korang tanya keretamayat, Nampak sangat
aku dah tua, ha ha
Okey, Bab bersara umur 62 tahun ni, pada pendapat aku, jika
korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan
penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim
pencen umur 62 tahun, sebab orang macam korang: (Baca: yang seronok dengan
kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa
kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika
kerajaan bagi skim pencen umur 70 tahunpun, korang ambiklah.
Ketahuilah, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia
telah ber’sara’ pada hari pertama dia bekerja.
Jika korang rasa nak menulis, nak beribadat, nak berdakwah, jangan
tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas
tu banyak cuti umum yang bercantum cantum, dan andai korang ada projek besar, boleh
apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat
untuk bertangguh.
Korang tahu tak? Nabi berdakwah umur 40 tahun, umur 53 tahun
Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang, bermakna perang
badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di zaman nabi umur
pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin bersungguh nabi dalam
mengembangkan agama.
Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau
hanyut dalam dunia sepi orang tua tua, menangis bila anak anak tak balik
ziarah, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada
jasad, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.
Maka sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa
tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan
bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
Jom mengeteh! Banyak lagi boleh kita sembang mambang!
Woha!
Apr 3, 2017
Ciri Ciri orang bodoh?
(Ada orang belajar ilmu hitam untuk lawan ilmu hitam, cuba baca info ciri orang bodoh untuk tahu korang ada tak ciri orang bodoh?)
Ok, April fool baru jer lepas, maka sajer nak kongsi info
tentang ciri ciri orang bodoh, agar kita dapat tahu sejauh mana tahap bodoh yang
ada dalam diri, adakah bodoh korang dah capai paras bahaya, atau dah melimpah
keluar dan membodohkan orang di sekeliling, mari kita baca untuk semak, kita ni
bodoh ke tak?
1.Suka rosakkan harta benda awam.
Korang tahu tak, merosakkan harta benda awam adalah satu
jenayah, macam korang rosakkan kerusi bas, pecahkan mesin air, conteng dinding
tandas, sapu tahi hidung dekat karpet masjid, lekatkan sisa gula gula getah di
kerusi panggung wayang, buang sampah dari tingkap kereta, buang sampah dalam
lubang tandas, dan lain lain, semua tu memang kerja bodoh yang suka dibuat oleh orang bodoh!
Menyusahkan orang ni satu benda yang di larang Nabi, sebab
orang islam di zaman Nabi akhlaknya bagus-bagus hingga orang masuk islam
berbondong-bondong (rujuk surah An-Nasr), tapi hari ni jika akhlak orang islam
teruk, orang murtad pulak yang berbondong bondong, maka tolong jangan jadi
bodoh berbondong bondong!
2. Suka rosakkan harta sendiri.
Korang pernah ada kawan yang bila marah dihempasnya telefon,
dipecahnya skrin laptop, di tumbuknya meja hinga pecah, diterajang pintu hinga
terkopak, dibaling apa sahaja yang ada ditangan, dihempas gelas dan cawan
hingga pecah berderai seperti pasir ditepi pantai? Ada? Jika ada tahulah bahawa
orang bodoh ni bila marah mereka gagal kawal emosi, sampai sanggup pecahkan
harta benda sendiri, sanggup jadi saudara syaitan sebab dah sampai tahap membazir
kerana lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda sendiri, tapi jika
lepaskan kemarahan dengan rosakkan harta benda awam, dah jadi bodoh berbondong
bondong ganda dua puluh tiga (masukkan bunyi guruh di sini)
3. Suka menyalahkan orang lain.
Orang bodoh memang tak lepas dari perangai suka menyalahkan
orang lain, Bila miskin salahkan cina. Bila sakit salahkan doctor, Bila bodoh
salahkan yahudi, Bila jahat salahkan saka. Bila buat dosa salahkan syaitan,
Bila merogol salahkan orang tak tutup aurat, Bila harga barang naik salahkan
kerajaan, dan begitulah siang malam kerja salahkan semua orang, perasan dia jer
botol, ini lah perangai semua orang bodoh, Ketahuilah, Oleh sebab kita ni
selalu sangat salahkan orang lain macam celaka, Maka di akhirat kelak.., Allah
kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan
untuk berkata kata, Akhirnya anggota badan dengan selamba MENGAKU BERSALAH!
Setelah MENGAKU BERSALAH, baru Ahli neraka mintak izin
kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji
akan membetulkan segala kesalahan. Tapi permohonan ahli neraka tidak dilayan.
Jadi sementata hidup ini, janganlah kita perasan betul, sebab syarat taubat di
terima adalah mengaku bersalah, maka bertaubatlah wahai semua orang bodoh,
jangan membondong bondongkan kebodohan korang. Adohai..
4) Suka mengkritik
Semua benda nak dikritik, semua benda tak betul di mata dia,
semua benda berbondong bondong nak dikeji dan dimaki, Jika duduk sebelah dia,
semua keburukan orang dia tahu, sampai tahap siapa ahli neraka pun dia tahu, sebab
apa? Sebab Orang bodoh ni perasan dia lebih baik dan lebih pandai dari semua
orang, tak nak jadi bodoh? Jagalah lidah, Nabi pesan sebab lidah ni ramai masuk
neraka, dosa mengumpat (cakap benda betul tentang buruk orang) dan dosa
menfitnah (cakap benda salah tentang buruk orang) adalah termasuk dosa yang
besar.
5) Suka mengeluh
Sikit sikit mengeluh, sikit sikit tak puas hati, sikit sikit
merungut, langsung tak reti nak bersyukur, pesan Nabi mudah, siapa bersyukur
Allah tambah nikmat, siapa tak bersyukur, azab Allah sangat pedih. Maka jangan
jadi orang bodoh yang suka mengeluh, merungut dan tak bersyukur. Sebab Azab
Allah itu berbondong bondong pedihnya.
6) Suka berdebat
Jika korang suka berdebat dan suka nak menang, cuba korang
tengok akibat selepas berdebat, orang ramai makin jauhkan diri dari korang,
sebab tu bila Nabi dituduh gila ke ahli sihir ke, Nabi diam jer, Nabi tunjuk
akhlak yang baik, ini yang buat orang cair, sebab suka berdebat dan nak menang
ni memang kerja orang bodoh, ibaratnya orang tuduh korang perempuan, lalu sebab
nak menang korang bukak seluar tunjuk zakar, begitulah lebih kurang yang
terjadi dalam debat, masing masing akan serang peribadi dan tunjuk aib sendiri,
pesan imam Syafie, aku tak akan berdebat dengan orang bodoh, sebab tak akan
menang, pesan Ibnu Baththah: Jauhilah perdebatan, karena ia adalah saat
bodohnya seorang alim, dan pesan Nabi Muhammad s.a.w: Aku akan menjamin sebuah
rumah di syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam
pihak yang benar.
7) Sombong dan berlagak.
Orang sombong dan berlagak ni, atau istilah lebih tepat:
bodoh sombong! Memang kerja dia langsung tak peduli orang lain sebab orang
bodoh sombong ni memang suka fikir tentang diri dia sahaja, orang sakit ke , orang
penat ke, dia tak peduli sebab dia Selfish, penting diri sendiri. Sangat susah
nak tolong orang. Selalu buruk sangka dengan semua orang, jika dapat teman
hidup macam ni memang meranalah korang di neraka dunia, panjang nak cerita,
tapi nak bagitahu, orang sombong masuk neraka. Firman Allah: Masukilah
pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka
Jahanam". - surah al-Zumar ayat 72”
8) Lupa persiapan mati
Nabi bagitahu orang cerdik adalah orang yang ingat mati,
maka orang yang lupa mati, dan sengaja lupakan persiapan untuk mati, maka
itulah orang paling bodoh sebab tahu diri akan masuk neraka tapi tak buat apa
apa usaha untuk selamatkan diri dari api neraka. Kebodohan berbondong bondong
apakah lagi selain melupakan mati yang menjadikan kebodohan insan itu sempurna?
Okey cukup sampai sini, banyak lagi pecahan kecil perangai orang bodoh,
tapi cukup sampai lapan kita bincang, sebab syurga ada lapan pintu, dan hari
ini telah berlalu separuh hari akan masa dan usaha untuk buat usaha
menyelamatkan diri kita dari api nereka, esok belum tentu kita hidup, maka
gunakanlah baki hari ini untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka,
jangan termasuk orang yang bodoh berbondong bondong masuk neraka, Nauzubillah!
Sekian. Pesan pada diri sendiri.
Ps: Selalu orang tanya, kenapa guna nama pena kereta mayat? Jawabnya,
Sebab aku takut aku lupa pada persiapan mati, perghhhh berlagak gila alasan aku!
Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)
