Showing posts with label Iktikaf. Show all posts
Showing posts with label Iktikaf. Show all posts

Oct 2, 2006

Bagaimana Nak Beriktikaf?

(Adab masjid...)

Pejam celik-pejam celik (berak kencing-berak kencing) dah hampir 10 hari puasa, Tentu korang dah tak sabar nak beriktikaf bersama ustaz dan ulamak pada 10 terakhir ramadhan bukan? Aku tahu korang semua nak ikut betul betul sunnah Nabi Muhammad s.a.w mencari lailatul qadar dengan beriktikaf di masjid bersama ustaz dan ulamak..

Bestler korang dapat iktikaf kat masjid selama 10 hari, satu hari sajer beriktikaf dan di jauhkan dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu parit adalah seperti langit dan bumi, manakala mereka yang tak beriktikaf di masjid dan lebih suka tidur kat rumah bersama isteri, hanya dapat satu ‘parit’ sajer…oh!(kurus puasa aku!)

Bertambah best lagi kat korang semua adalah dah tentu confirm dapat beriktikaf pada malam lailatul qadar, bonus seribu bulan tu!!, kerajaan Malaysia yang kaya tu pun hanya bagi bonus sebulan gaji sajer kat pekerjanya yang dah penat berkeringat selama setahun, Namun, Allah Yang Memiliki Raja segala kekayaan, bagi kat korang semua bonus seribu bulan hanya untuk amalan satu malam!!!(Nikmat mana lagi yang aku dustakan?)

Ok, straight to the point.., sebelum korang pergi beriktikaf, silalah faham kan etika atau adab berada dalam masjid dulu,..

Nota: penulis tidak ada sijil ugama, dan bukan semua yang di tulis penulis sudah berjaya di laksanakan sepenuhnya oleh penulis, penulis menulis agar di beri kekuatan untuk mengamal apa yang di tulis, bersama-samalah kita berdoa bersama penulis agar penulis dapat mengamalkan apa yang di tulis…, begitu juga dengan para pembaca yang membaca apa yang di tulis oleh penulis..insyaAllah

Bila korang dah berniat untuk beriktikaf di masjid, korang semua sangat bagus kerana korang semua sebagai orangg lelaki yg beriman: hati hendaklah di ‘takluk’ oleh masjid…, iaitu hari-hari kena pergi masjid, seperti doctor yg di ‘takluki’ oleh klinik, hari hari pergi klinik, nelayan di ‘takluk’ oleh laut…hari hari pergi kelaut..,

Jika seorang Nelayan hari-hari pergi bersawah dan jarang jarang sejer pergi ke laut, kita dah tak panggil dia Nelayan, Kita panggil dia Petani..

Begitu juga Jika seorang Doktor hari-hari pergi jual ubat dan jarang jarang sejer pergi klinik, kita dah tak panggil dia Doktor, Kita panggil dia Salesman.Ubat.

Dan begitu jugalah Jika seorang Islam hari-hari pergi berhibur dan jarang jarang sejer pergi kemasjid, kita dah tak panggil dia Ustaz, Kita panggil dia Artis!!!

Ok, tak baik mengumpat lebih-lebih bulan puasa ni, kita berbalik pada main tajuk kita, iaitu beriktikaf di masjid!

Tapi bila kita pergi rumah Allah ni ada banyak pantang larang dan Adab susila dia, kerana.., alahai nak pergi rumah PM pun ada adab dia, nak pergi jumpa raja pun ada dia punya adab, nak pergi negeri sembilan ada adab pepatih, apatah lagi nak pergi Rumah Allah, Raja segala Raja, LAGI LAGILAH KENA BERADAB!!!!

---------------------

27 ADAB MASJID
(lebih kurang yang aku tahu)

1. Sekiranya korang pergi jalan mana mana, tak kira ler, pergi Memancing ke, ‘Bazir’ Ramadhan ke, pergi shoping kompleks ke sekali korang terpandang rumah Allah, apa korang perlu buat?

Mengikut apa yang aku belajar, kena baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap kali terpandang Rumah Allah!!,

Ini adalah kerana mengenangkan akan perkara pertama yang baginda Nabi Muhammad SAW buat bila sampai di madinah iaitu membina masjid (time tu masjid takde lagi) dan kalau nak buat masjid perlu pada orang untuk makmurkan sebab tu perlu pada masyarakat madani yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar, bukannya nak bina Negara Islam seperti yg di dakwa sesetengan pihak, zaman nabi Sulaiman a.s dan nabi Zurkanain a.s dulu dah ada Negara yg complete hebat, tapi Allah tak istiharkan ugama sempurna waktu tu…, Agama yang sempurna bila masjid penuh macam masjid Nabawi..arghh, aku tak nak cakap isu politik pada bulan posa ni, so korang tak payahlah nak berbahas dengan aku mengenai negara islam pada bulan ramadhan ni-malas aku nak layan!!!

2. Sekiranya korang dalam perjalanan atau bermusafir dan tiba-tiba rasa nak berak lalu korang cari tandas masjid di jalanan, dan tunaikan hajat di sana, ada ulamak yang tidak benarkan korang berlalu begitu sahaja selepas berak, tidak beradab namanya..

Adab masjid bila nak berak kat masjid adalah, lepas berak, korang kena ambil wuhdu dan buat solat sunnat dua rakkat, kalau tak masjid jadi macam tempat singgah nak berak sahaja.., ini merujuk kepada musafir, maklumlah dah dekat nak raya, semua pakat nak balik kampung, jangan jadikan masjid tempat nak berak kencing sahaja! ( dan doalah supaya penulis dapat amalkan amalan ini..insyAllah-amin)

3. Pastikan korang tidak berhadas besar atau kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil duduk dalam masjid dan haram berhadas besar duduk dalam masjid..!

4.. Pastikan Masuk masjid dengan kaki kanan, padang mahsyar kelak ada tempat khas untuk pemimpin yang adil kat bawah arasy yang mulia, Pemimpin yang adil ni tak perlulah korang tunggu hingga jadi macam Pak Lah atau Tok Guru Nik Aziz dulu baru nak adil, sekarang ni pun, korang adalah pemimpin pada anggota badan kat tubuh korang, maka selaku pemimpin yang adil, pastikan ‘rakyat’ korang tidak di zalimi, iaitu masuk tandas kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid kaki kiri.

Ingat formula ala-ala pantun ini,

masuk masjid kaki kanan
keluar masjid kaki kiri.
keluar tandas kaki kanan
Masuk tandas kaki kiri

(bersyukur dengan nikmat kemaluan yang tiada kanan dan kiri..oh)

5. Baca doa ketika Masuk Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)".

6. Niat beriktikaf.
(rujuk sign board kat masjid, biasanya ada, kalau takde tanya AJK masjid, kenapa takde?
Ingat! Tak boleh makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.

7. Buat solat tahiyatul Masjid-(rujuk ustaz)
Tapi kalau ada majis ugama sedang berlangsung, tak payah solat sunnat lagi terus duduk dalam majlis, dan jangan bagi salam kepada orang yang tengah berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi sertailah majlis zikrullah.

Nota: Tapi,untuk hari jummat menurut apa yang aku belajar, tetap kena solat sunnat, tu yang dalam khubahpun kena solat sunnat tu-wallahualam.

8. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu, akan menyusahkan dan membebankan orang nak lalu lintas - pakai otak sikit!

9. Orang Berzikir jangan mengganggu orang yang baca Al-quran dengan zikir yang kuat..
Orang Baca Al-Quran jangan mengganggu orang yang sedang solat dengan membaca kuat- kuat..
Orang Bersolat sunnat jangan mengganggu orang yang tidur/beriktikaf
Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu antara satu sama lain, boleh insyaAllah?

10. Dalam masjid, Kalau nak tidur pastikan kena ada alas tidur, dan jika nak makan pastikan ada alas makananan(saprah)
Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar, air liur basi, air mani, air tulang belakang etc etc…dan bila makan pulak, dah tentu lah tumpah sana sini, sebab tu SUNNAH nabi, tidur dan makan even kat rumahpun kena lapik alas…

Dan memang di beritakan bahawa Nabi Muhammad saw ada dua kain yang di bawanya, satu ikat sebagai serban satu lagi sangkut kat bahu, sebagai setangan atau untuk memulikan tetamu dengan di hampar duduk, dan lain lain, boleh juga korang lap air mata dan hingus yang meleleh bila bertahajud!

Tambahan: Pakai serban dan setangan ni bagus apa! Naik motor dah tak payah pakai helmet, jika eksiden kain serban boleh buat balut luka, kalau jadi mayat boleh buat kain kapan!!!

11. Ni bukan aku nak buat lawak, ini serius!!!
Jangan sikat rambut dalam masjid-takut rambut jatuh dalam masjid.
Jangan korek hidung dalam masjid-takut tahik hidung jatuh dalam masjid.
Jangan potong kuku dalam masjid-takut kuku jatuh dalam masjid.
Jangan korek telinga dalam masjid-takut tahik telinga jatuh dalam masjid.

12. Tak boleh buat bunyi yang ada unsur muzik dalam masjid, tepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul dan lain lain.(Hanset punya ring tone-matikanlah), bayangkan lah tengah sedap solat tiba tiba terdengar bunyi suara apek senario- ‘ada sms’! huh!-
(Nashid pun tak boleh dalam masjid tau!!!)

13. Jangan alih barang dalam masjid sesuka hati, alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu ktubah, meyusahkan AJK masjid ajerler korang nie.., pendek kata kena mintaz izin, jangan cas handset dalam masjid, kalau nak cas juga, pandai-pandailah letak seketul dua dalam tabung derma.

14. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat, atau masa berceramah atau masa tidur!!!

15. Terima kasih kerana tidak meniarap dalam masjid.

16. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat-Haram duduk dalam masjid dalam keadaan hadas besar, dah mandi kat kolah masjid tu, baru masuk masjid.

17. Bangun tidur tak boleh terus celup tangan kita ke dalam kolah-kena basuh kat luar dulu, al maklumlah masa tidur tangan berjalan ke sana ke mari, terutamanya berjalan di antara pusat dan lutut!

18. Tak boleh jadikan masjid sebagai short cut, masjid besar dan korang malas nak pusing masjid, lalu buat short cut-tak boleh!!! Nak buat jugak boleh tapi berhenti solat sunnat dulu, sama macam kes berak tadi!

19. Tak boleh duduk bertongkat dua tangan ke belakang!!

20. Dari jendela masjid, tak boleh meludah ke arah kiblat…

21, Tak boleh berniaga dalam masjid-siapa yang berniaga mudah jadi muflis!!!

22. Tak boleh buat pengumuman mencari barang hilang dalam masjid, buat pengumuman barang jumpa –takpe..

23. Tak di galakkan bawa kanak-kanak tidur di masjid..

24. Tak boleh berlari lari dalam masjid, walaupun datang lewat, walaupun imam dah rukuk, berjalanlah dengan tenang, dah masbuk!-nak buat macam mana..?
Nabi SAW pernah bersabda.
"Sesungguhnya salah seorang di antara kamu, apabila menuju shalat, maka berarti dia sudah dianggap dalam shalat". (Hadits riwayat : Muslim).

So, relax, cool…

25. Tak boleh bukak aurat!!

26. Tak boleh cakap hal dunia dalam masjid-Nak jawab telofon kena agak-agak, lebih baik jawab kat luar.

27. Dan apabila keluar dari masjid maka ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)".

OK. Lah.. korang dah keluar masjid, bolehlah balik rumah atau pergi ‘bazir’ ramadhan, aku rasa ada banyak lagi adab masjid ni, tapi oleh kerana aku bukan ustaz dan ulamak, maka banyaklah kekurangan sana sini.., kesulitan amat di kesali, kalau korang ada apa nak tambah, bolehlah tambah kat ruang komen,

Wah wah wah, best ler korang dapat beriktikaf bersama ustaz dan ulamak pada 10 terakhir ramadhan, sekiranya teringat, sertakanlah nama aku seorang pendosa ini dalam doamu..oh..isk..isk…

Tambahan,

Di hari akhirat nanti, Allah akan bertanya pada malaikat: di manakah jiran-jiranku?

Malaikat bertanya: siapakah jiran-jiranMU?

Allah Berfirman: Jiran-jiranku adalah mereka yang memakmurkan rumahKu..

Satu lagi..
Bulan puasa ini di bahagi kepada tiga bahagian:

-10 hari pertama adalah Rahmat.
(ramai orang datang-ramai orang dapat rahmat)

-10 hari pertangahan adalah Keampunan..
(jema’ah dah kurang sikit..tak ramai dapat keampunan)

-10 hari terakhir adalah kelepasan dari Api neraka!!!
(hanya ustaz dan ulamak sahaja yang beriktikaf di masjid..oh!, semoga Allah pilih kita semua beriktikaf di masjid-lelaki sahaja)

Amin ya Rabbil a’lamin..

SEKIAN dan salam sayang dari keretamayat,

Ps: ada org tu kan, tak pernah pergi masjid, bila jadi mayat baru pergi masjid, duduk kat depan sekali pulak tu!!!

Sep 26, 2006

Tazkirah untuk Ulamak ?

(Nasihat untuk ustaz dan ulamak dari aku yang bukan ustaz…di tulis tanpa syaitan di sisi..)

Assalamualaikum para pembaca blog keretamayat sekalian,
Selamat berpuasa.., semoga kita semua selamat dari azab sakaratul maut, Selamat bertarawikh, semoga kita semua selamat dari azab kubur, Selamat berbuka puasa, semoga kita semua selamat dari azab di padang mahsyar, Selamat bersahur, semoga kita semua selamat dari azab di Mizan, Selamat berjumpa lailatul qadar, semoga kita semua selamat dari azab di titian sirat, dan Selamat hari raya (awalnya), semoga kita semua selamat dari azab api neraka!!!!

Selamat dan selawat!!!

Kali ni aku ada tazkirah dan nasihat untuk para ustaz dan ulamak, itupun jika sekiranya mereka sudi baca blog keretamayat aku ni..

(Hello, hamka?! mana ada ulamak dan ustaz baca blog merepek engkau ni? Lagipun engkau tidak setaraf dengan ilmu mereka!!!, siapa engkau nak nasihat mereka? masuk pulak bulan ramadhan, tentulah mereka sekarang ni sibuk beribadat..)

Lantaklah, sekiranya dengan takdir Allah, mereka terbaca entry ini, itu hanyalah dengan izin Allah…, aku tak punya apa, bukan ustaz dan ulamak, hanya insan kerdil yang menulis dengan izin Allah semata mata..isk..isk..

( Air mata ku lalu bergenang membasahi pipiku yang comel, lalu bercampur dengan air hingus dan bertambah laju mengalir dan bercampur pula dengan air liur yang turut meleleh sehinggalah membasahi janggutku, alangkah burhoknya aku..oh)

NASIHAT DARI SEORANG YANG BUKAN USTAZ KEPADA USTAZ DAN ULAMAK…

Wahai ustaz dan ulamak…

Pada bulan puasa begini, tuan-tuan tentu jarang nak bagi kuliah macam biasa bukan? Kalau adapun tazkirah ringkas di antara waktu selang solat tarawikh, jadi oleh kerana tuan tuan dah tak dapat nak bagi tazkirah macam bulan bulan yang lain, maka apa kata aku bagi takzikrah dan nasihat untuk ustaz dan ulamak sekalian…

Aku bukan nak cari salah ustaz dan ulamak, aku nak belajar cakap ugama.., kalau aku salah harap ustaz dan ustazah serta para ulamak sekalian dapatlah menegur aku dengan hikmah dan bijaksana macam Lukman nur hakim…

Wahai ustaz dan ulamak…

Apabila tiba bulan sya’aban dan Ramadhan.., tuan tuan selalu bercerita tentang Puasa dan segala hal yang berkaitan puasa, tapi dari tahun ke tahun aku perhatikan jarang ustaz dan ulamak yang bercerita panjang lebar tentang I’tikaf…, kalau cerita sikit sajer dan terus masuk bab Qiaimulai berjemaah, aku yang jahil bab ugama ini keliru sikit bila ustaz cerita bab I’tikaf tetapi di simpulkan dengan qiaimulai berjemaah…

Apa yang aku bodoh-bangang ni paham, I’tikaf dan qiaimulai adalah dua perkara yang berlainan, iaitu I’tikaf hanya boleh di buat di masjid sementara qiaimulai (berdiri malam) boleh di buat di mana sahaja..jadi bila aku rujuk sejarah Nabi Muhammad s.a.w bahawa adalah satu sunnah Nabi s.a.w beri’tikaf di masjid selama 30 hari dalam bulan ramadhan, yang mana Baginda mendirikan khemah dari Turki.

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku tak pernah nampak lagi (kat tempat aku ler ni) ustaz dan ulamak beri’tikaf di masjid, apatah lagi khemah dari turki, jadi aku nak tanya..
Kat mana ustaz dan ulamak beriktikaf?
Bagitahulah aku sebab aku pun nak joint gak…, serius!!

Kat tempat aku, biasa yang di buat oleh ustaz dan ulamak adalah qiaimulai berjemaah, bagi aku yang hina ini, lebih baik solat tahajjud di buat berangsingan macam Nabi s.a.w buat, bolehlah nak menangis puas puas dan nak panjangkan bacaan atau rukuk serta sejud sesuka hati..eh eh, aku bukan nak cerita pasal tahajjud, aku nak cerita pasal I’tikaf..

Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan sedia maklum akan amalan Nabi beriktikaf ini mengikut hadith dan sejarah, iaitu sememangnya sudah menjadi Sunnah Nabi untuk beriktikaf sepanjang bulan ramadhan, dan pada tahun kewafatannya baginda SAW telah beriktikaf selama dua puluh hari.. dan ada ulamak yang menyatakan bahawa beri’tikaf sepuluh hari terakhir ramadhan adalah sunnat muakad!

Jadi wahai ustaz dan ulamak…, kat mana tuan tuan iktikaf, buatlah pengumuman, senang kami para jemaah untuk tumpang berkat tuan tidur di masjid…

(ini ulamak kat tempat aku lah ni, tempat korang tak kot..oh..)

Wahai ustaz dan ulamak…

Di Zaman nabi, jika nak cari nabi just pergi masjid, dan kemungkinan atau kebarangkalian untuk jumpa Nabi saw adalah tinggi kerana Nabi kerap beriktikaf di masjid, dan pada bulan Ramdhan, memang confirm Nabi beriktikaf di masjid..maka bolehlah tumpang berkat tidur di sisi Nabi SAW, boleh tengok nabi solat sambil bengkak kaki, boleh dengar dada nabi yang merintih seperti cerek mendidih, boleh lihat nabi menangis hingga basah janggutnya…tapi sekarang, wahai ulamak kat tempat aku, .., mana ustaz dan ulamak beriktikaf pada 10 hari akhir ramadhan? Mana ustaz pergi wahai ustaz,?

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku sungguh sedih rasanya bila pergi masjid pada 10 malam terakhir setiap tahun, takde orag alim yang beriktikaf..sungguh sedih, mana pergi ustaz dan ulamak? mungkin mereka beriktikaf kat masjid lain..tapi kat mana masjid tu? Aku nak tumpang berdiri malam bersama orang alim..isk..isk..

(Ustaz mana nak baca blog engkau hamka, engkau bukan ustaz, ilmu engkau dan darjat engkau tak setaraf dengan mereka-aku bersangka buruk..oh)

Wahai ustaz dan ulamak…

Ada antara ustaz yang di jemput berceramah dan buat forum perdana, ceramah isu isu semasa dan macam macam program keugamaan, tapi di mana mereka ini beriktikaf, di hotel? Di rumah? Kenapa tidak di masjid, aku ada banyak masalah ugama yang nak rujuk pada ustaz dan ulamak.., kenapa tak beriktikaf sahaja di masjid pada 10 akhir ramadahan, takut tidur di masjid? Atau takut orang gila datang tikam?

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku dapat tahu bila ustaz dan ulamak berceramah ada yang mendapat sedikit duit, dan aku rasa mungkin belum ada lagi mana mana jabatan sediakan duit untuk ustaz dan ulamak beriktikaf, takpe ustaz..Nabi dulu iktikaf pun tak dapt duit gak..

(Allah maha menggajari..)

Dan tak di nafikan tidur di hotel atau di rumah, bila di bandingkan memang tak selesa tidur di masjid, tapi masjid akhir zaman ni dan ada karpet yang tebal, kipas dan mungkin ada air cond, tapi jika nak di bandingkan dengan masjid Nabawi zaman Nabi dulu.., langit dan bumi..OH!

Wahai ustaz dan ulamak…

Masa aku form 5 pernah ada para ustaz ajak aku joint khemah ibadat kat tepi pantai selama 2 hari.., sekarang baru aku tahu nabi tak pernah buat khemah ibadat macam tu…jadi wahai ustaz, apa kata kita buat khemah dalam masjid pada 10 hari terakhir ramadahan, Nabi buat ni ..sunnah apa!!! JOM!!! dan takpe kalau tengah tidur ada orang gila datang tikam pun, takpe, mati syahid apa, kan bagus mati bulan posa, ketika ke lapan-lapan pintu shurga dibuka dan ketika ke tujuh-tujuh pintu neraka di tutup, mati kat masjid pulak tu..tak nak ke?

Wahai ustaz dan ulamak…

Ada cerita dari kawan-kawan (aku tak tahu betul ke tak.., sebab tak pernah pergi) iaitu jika kita pergi kuil hindu atau gereja pada jam 3 pagipun, akan ada tok sami atau paderi yang duduk(macam beriktikaf) dalam tempat ibadat mereka…, tapi dalam ugama islam kita, kalau pergi masjid jam 3 pagi, takde orangpun, apatah lagi ustaz dan ulamak, ada pulak yang berkunci!! Lepas tu taruk sign board: DI LARANG TIDUR DALAM MASJID!!

Oh, Nabi dan sahabat selalu tidur dengan niat beriktikaf di masjid…,

Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan pun tahu, bahawa sekarang ni kilang TV, Kilang kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV dan kipas…

Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak sekejap kunci…jam 9 malam dan tutup, macamana amalan ugama nak masuk dalam rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?

Aku rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah tutup kilang, camne.., begitulah masjid zaman sekarang, orang pergi sekejap sekejap sahaja macam tandas.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat…, masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi ustaz dan ulamak, adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24 jam?

Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, hidup 24 jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar *shift…

*Sahabat buat shift untuk memakmurkan masjid..

Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang memakmurkan masjid Allah…

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Ustaz tafsirlah sendiri ayat ni, aku jahil.., dan pendapat aku, beriktikaf adalah salah satu cara memakmurkan masjid Allah…

Wahai ustaz dan ulamak…

Marilah kita memakmurkan masjid Allah dengan menghidupkan masjid selama 24 jam.., buatlah shift, ustaz dan ulamak kan ramai, lepas tu duduk tunggu kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah ugama boleh pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3 pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last last just baca blog, atau kitab, lepas tu sesat, tafsir al-quran sendiri, ulamak dan ustaz jugak yang bertanggung jawab..kot..isk..

Wahai ustaz dan ulamak…

Bila aku tulis blog dan cerita cerita ugama, maka aku dapat beratus ratus email masalah ugama yang ummat islam di seluruh dunia kirim, aku suruh mereka rujuk ustaz dan ulamak, tapi mereka tak tahu nak rujuk kat mana, kerana mereka tak tahu nak cari ustaz dan ulamak kat mana..oh!, lalu aku cuba jawab gak soalan mereka lebih kurang dengan ilmu aku yang cetek ini.., jika ustaz ada masa, cuba rujuk post aku yang dulu-dulu, betul ke tak penjelasan aku, jika salah, tolonglah betulkan ustaz, aku mengaku, aku tak pandai macam ustaz ulamak dalam bab bab ugama ni..isk..isk.., uhuk!

( Boringlah baca blog engkau hamka, ejaan banyak salah, susunan ayat lintang pukang, ada short word lagi, lepas tu tak di letakkan dalil hadits dan tafsir al quran.., banyak nada perasan bagus serta suka mencarut, boringlah!!! -Lantaklah…!!)

Wahai ustaz dan ulamak…

Nasihat saya yang bukan ustaz ni adalah…
Tuan tuan kena duduk kat masjid 24 jam, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..

Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..

Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Wahai ustaz dan ulamak…

Hari ini, apabila ummat islam pergi ke masjid Allah, mereka tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila pergi rumah Allah, sakit rohani mereka tetap tak sembuh, mereka rasa kosong, hati tak tenang, lalu pergi mencari ketenangan di tempat lain, di hotel atau di pantai.., kenapa? Kerana masjid tiada amalan rohani orang alim ulamak, Kerana ulamak dan ustaz tiada dalam masjid 24 jam untuk menyelesaikan keperluan rohani manusia…, walaupun masjid ada banyak kemudahan seperti karpet , kipas dan kitab, tapi keperluan hati manusia tetap tidak dapat di penuhi selagi tidak bergaul dengan orang orang yang soleh macam ustaz dan ulamak..

Macam juga orang yang pergi ke Supermarket, yang penuh dengan kelengkapan selesa, air cond, karpet dan sebagainya, tapi hajat pengguna nak membeli terbantut kerana gula takde.., punyalah besar supermarket tapi GULA takde?!!!, maka si pembeli tadi dah tak akan datang lagi ke supermarket itu kerana keperluan dapurnya tiada yakni gula..Oh..

Sesungguhnya penyakit hati ummat islam hari ini adalah dapat di sembuhkan dengan cara bergaul dengan orang yang alim lagi solah macam ustaz dan ulamak..oh!

Alangkah bestnya jika tuan tuan para ustaz dan ulamak duduk beriktikaf di masjid 24 jam (bergilir gilir macam doctor/polis/bomba dll), bolehlah aku rujuk ustaz pada bila bila masa.., orang kapir yang baru masuk islam pun senang nak belajar ugama..

Wahai ustaz dan ulamak…

Tuan tuan berceramah dan bertazkirah di masjid, hanyalah 1% dari ummat islam, nun di luar masjid ada 99% lagi ummat islam yang menderita hati dan rohani..siapa nak jumpa mereka?

Apabila aku cuba jumpa mereka, mereka enggan mendengar nasihat aku kerana aku bukan ustaz dan ulamak katanya..oh!

Alangkah indahnya pemandangan jika Tuan guru Nik Aziz, atau Haji Hadi atau siapa siapa sajelah yang bergelar ustaz dan ulamak pergi buat ziarah dari rumah ke rumah macam nabi buat dan ajak ummat ni beriktikaf di masjid terutamanya dalam bulan ramadhan..

Wahai ustaz dan ulamak…

Hari ini sudah kedengaran para paderi pergi ketuk pintu rumah orang islam dan ajak orang islam masuk kristian, tuan tuan para ustaz dan ulamak kerap menyalahkan ibu bapa atau kerajaan yang gagal menjaga anak dan rakyat, tetapi kenapa tidak para ustaz dan ulamak pergi ketuk pintu rumah orang cina dan India yang dah bertahun tahun duduk Malaysia, ajak mereka masuk islam…, ajak orang cina dan India masuk parti islam adalah mudah, tapi nak ajak orang cina dan India masuk islam tu yang payah!!!!

Wahai ustaz dan ulamak…

Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa kata kerajaan jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa kata kerajaan jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak check ELCB dia, tapi apa kata kerajaan jika bomba gagal beroperasi 24 jam kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz dan ulamak tak bersedia nak bertugas lebih masa?

Kalau di fakir-fikir, tahulah aku akan puncanya bertambah gejala maksiat dan ahli murtad di kalangan ummat islam ini berpunca dari siapa..oh..

Bukan semua pesakit dapat datang ke klinik jumpa doctor, ada pesakit yang kritikal, yang mana doctor kena datang merawat dia di rumah…

Begitu jugak ummat ini, hari ini ustaz dan ulamak berceramah di masjid, yang dating mendengar adalah mereka yang dah ada iman.., tapi di luar sana ada yang iman mereka tahap kritikal yang mana ustaz dan ulamak kena jumpa mereka di rumah!!

Buatlah macam saidina Umar, yang selalu meronda seluruh kampong dan berjumpa dengan bermacam macam manusia, yang tipu jual susu bercampur air, yang sakit nak beranak, yang rindu pada suami, yang kebulur tak de makanan, yang sedang minum arak, yang tak pergi solat jemaah dan macam macam lagi…

Tapi ini satu kerja yang berat… wahai ustaz dan ulamak…

Atau macam ini sahajalah, tuan tuan duduk kat masjid macam imam duduk tunggu orang bayar zakat…, maka biarlah aku yang bukan ustaz ini dan rakan rakan aku yang juga bukan ustaz pergi dari pintu ke pintu, tak kiralah rumah orang islam atau orang kapir dan ajak mereka ke masjid dengar tazkirah dari tuan.., macam mana?

Anggaplah diri tuan tuan macam doctor pakar sementara kami pula hanyalah pemandu ambulance, maka aku dan kawan kawanku akan cari mereka yang sudi di ubat lalu bawa mengadap tuan untuk di ubat kerana tuan tuan ustaz dan ulamak adalah pakar penyakit rohani…, diamlah tuan di masjid, biarlah kami membantu tuan-tuan..insyaAllah..

Wahai ustaz dan ulamak…

Aku hanya manusia bodoh yang tak pandai ugama, tuan tuan bijak bercakap dan mendapat bayaran untuk kerja tuan tuan, mengakhiri post ini, pada 10 terakhir ramadhan, marilah kita beriktikaf bersama sama macam Nabi SAW buat, kerajaan tak marah rasanya jika para ustaz dan ulamak tidur di masjid, jadi apa yang kerajaan tak nak buat (hukum hudud misalnya) ada antara ustaz dan ulamak yang meradang dan selalu berkempen di sana sini, tapi beriktikaf di masjid tidak pula di larang kerajaan, kenapa tak buat?

Wahai ustaz dan ulamak…

Emailah aku jika tuan tuan ada buat majlis beriktikaf selama 10 hari di masjid, aku nak ikut, aku nak tumpang berkat tuan tuan para ustaz dan ulamak dengan duduk sepanjang malam bersama tuan tuan..

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, mungkin ustaz dan ulamak ada hujjah dan dalil untuk tidak beriktikaf di masjid, salam sayang dari aku yang hina ini dan terima kasih kepada tuan tuan para ustaz dan ulamak yang mulia, sepengetahuan aku, doa-doa ustaz dan ulamak amatlah makbul dan berkat, maka berdoalah wahai ustaz dan ulamak akan apa yang terbaik untuk ummat dan jika teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta di mata ustaz dan ulamak mempunyai hak yang harus di tunaikan..,doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka!! Isk,,isk..

Penutup
Sekiranya aku menjadi pemimpin Malaysia..(ada hati tu! Sebenarnya aku tak layak dan aku tak nak, aku just cakap, sekiranya.., atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala sosial..)

Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…
-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..

-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak

-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…

Tentang siapa yang nak buat kerja ajak orang ke masjid, biarlah kami rakyat Malaysia yang telah di beri tazkirah secukupnya oleh ustaz dan ulamak mengenai kepentingan berdakwah, lalu bertebaran di seluruh kampong jumpa manusia dari hati ke hati, ustaz dan ulamak tunggu sahaja macam imam tunggu orang bayar zakat fitrah..

Maka segala macam manusia yang mengidap penyakit rohani, akan di bawa ke hadapan ustaz dan ulamak yang telah sedia menanti untuk merawat manusia manusia sebegini..insyaAllah!

Maka mana mana tempat yang masjidnya hidup 24 jam, ada orang ulang alik berjemaah, ada orang bangun malam bertahajjud, dan ada yang buat ziarah jumpa dan berpisah hanya kerana Allah, maka menurut hadith, tempat itu akan di turunkan rahmat, dan akan di hindarkan bala, insyaAllah..

Namun demikian, wahai ustaz dan ulamak, juga yang bukan ustaz, tak payah tunggu elaun dari kerajaan atau perintah dari Pak Lah untuk beriktikaf di masjid, buat sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Pak Lah, pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah menurut PAS dan islam hadari menurut UMNO!!!, InsyaAllah!!

Wahai ustaz dan ulamak… juga mereka yang bukan ustaz,

Tak payah tunggu elaun dari kerajaan untuk berik’tikaf…
aku bagi sedikit fadhilat I’tikaf..
Daripada Ibnu Abbas r.a, berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Sesiapa yang beri’tikaf sehari kerana mencari keredaan Allah, maka Allah akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit adalah lebih besar dari jarak antara lagit dan bumi’.

Ps: kalaulah ini ganjaranya bagi satu hari I’tikaf di masjid, maka betapakah kadar ganjaranya jika beri’tikaf selama 10 hari akhir ramadhan? Subhallah…, alangkah baiknya jika jadi mayat ketika beriktikaf!!!!

Nota kaki: Allah telah pilih Nabi Muhammad saw dan para sahabat beriktikaf pada 10 hari terakir ramadhan, hari ini, apabila kita tak dapat beri’tikaf di rumah Allah:. adakah kerana kita tak nak pergi, atau Allah yang tak nak pilih kita?
(kerana tak suka pada kita..oh)

Sep 23, 2006

Apa maksud PUASA ?

( Di tulis oleh bukan ustaz- masih banyak ruang yang boleh di pertikai..oh!)

Di satu hari, di akhir bulan sya’ban, Nabi Muhammad SAW telah bersabda tentang bulan ramadhan kepada para sahabat baginda.., Nabi mempunyai sahabat seramai 124 ribu orang lebih kurang,,,

Maka aku yang baru nak belajar ‘jejak rasul’ juga ingin bercerita tentang puasa pada sahabat sahabatku yang sudi baca blog aku di akhir sya’ban ini…,
Aku mempunyai sahabat secara maya lebih kurang 200++ per day...(takde ler ramai..isk..)

Namun, Aku rasa tak perlu aku tulis detail tentang puasa kat sini.., korang semua dah tahu, cuma aku nak dedikasikan pesanan / tazkirah, dan ‘membebel macam mak nenek’ ini kepada seorang mualaf yang baru masuk islam 4 hari yang lepas… maka biarlah aku yang bukan ustaz .., sampaikan kat korang para mua’laf tentang PUASA secara ringkas dan pendek, jika korang nak detail, boleh rukuk ustaz dan kitab…insyaAllah…

Jadi kepada Mu’alaf yang baru masuk islam beberapa hari yang lepas, atau yang belum pernah berpuasa lagi, atau baru masuk islam tahun ni.., atau sape sapelah, yang bakal mualaf pun boleh baca…! insyaAllah!!

Sebelum itu perlu aku bagitahu akan teknik untuk belajar ugama..

Dalam apa-apa ilmu ugama yang korang nak belajar, korang mestilah belajar dan faham betul betul tiga perkara ini, iaitu:

- MAKSUD

- KELEBIHAN

- BAGAIMANA NAK DAPAT

Kalu korang rujuk post aku pasal solat dulu-dulu, aku ada tulis tentang ketiga tiga perkara ini..iaitu:
- MAKSUD SOLAT- (rujuk post, “apa maksud solat”?)

- KELEBIHAN SOLAT (rujuk ustaz dan kitab)

- BAGAIMANA NAK DAPAT (Rujus post “Kenapa solat tak khusuk?”)

Jadi tentang puasa, marilah kita belajar lebih kurang dari aku yang bukan ustaz ini, insyaAllah…
Jadi wahai mualaf sekalian, kita pecah-kecilkan bab pengertian puasa ini kepada tiga bahagian..

iaitu
- APA MAKSUD PUASA?

- APA KELEBIHAN PUASA?

- BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

----------------------

BAB SATU:
APA MAKSUD PUASA?

Korang tahu apa maksud puasa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga…

Aku kata:
Tak puasapun boleh menahan lapar dan dahaga…, org sakit, org kerja kuat pun lapar dan dahaga gak…

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah tidak makan dan minum dari subuh hingglah maghrib..

Aku kata:
Itu bukan maksud, itu cara nak berpuasa, aku tanya maksud puasa…

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah mencari keredaan Allah..

Aku kata:
Memanglah mencari keredaan Allah, solat pun begitu jugak termasuklah ibadat lain, semuanya cari keredaan Allah..aku tanya maksud puasa ini, untuk apa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menghayati mangsa kebuluran dan kemiskinan

Aku kata:
Ada betul jugak jika kau cakap macam tu, tapi orang miskin pun kena puasa gak, dan orang miskin masih boleh bersetubuh dengan isteri, tapi puasa langsung tak boleh, apa maksud sebenarnya puasa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah memberi rehat kepada perut setelah penat setahun bekerja…, badan jadi sihat bla bla bla etc etc

Aku kata:
Oh, ye ke? Ibadat lain pun untuk kesihatan jugak…tak payahlah nak cerita pasal kesihatan.., ini bukan halaman klinik..

Mualaf kata:
Aku tak tahu apa yang kau nak bagitahu Hamka, aku baru 4 hari masuk islam.., cuba cerita sikit apakah maksud puasa…?

Aku kata:
he he he, maafkan aku, tak perasan pulak yang kau baru 4 hari masuk islam..
Biarlah aku cerita straight to the point…(saya perasan pandai dan bijak)

Maksud PUASA adalah...
Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..

Mualaf Tanya?: Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..?

Aku kata: Ya, membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Kerana itulah orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum, dan juga, puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat, yang mana:


  • Mata tak boleh tengok maksiat..
  • Telinga tak boleh dengar maksiat..
  • Mulut tak boleh cakap maksiat..
  • Otak tak boleh fikir maksiat..
  • Tangan tak boleh buat maksiat..
  • Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
  • hati tak boleh cinta maksiat..,

Pendek kata, kena 'puasa' segala galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca al-quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasa malaikat buat.

Sehinggakan bini atau isteri kita yang halal itu di haramkan bersetubuh pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh…!!!

Dan ada ulamak yang mengaharamkan kita pandang isteri kita yang halal itu dengan perasan ghairah, kerana untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu shahwat dan nafsu makan sangat-sangat perlu di tekan!!!..(di tundukkan)

Jadi maksud puasa adalah membawa sifat ketaatan ‘macam’ malaikat dalam diri..
Bukan nak jadi malaikat atau 'dewa' macam kepercayaan ugama lain, just nak membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri.., kerana malaikat adalah setaat-taat makhluk..

(tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA mengetahui, lalu Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…oh..)

BAB DUA: APA KELEBIHAN PUASA?

“Wahai korang semua, esok dah start puasa, siang korang memang wajib berpusa, tak puasa masuk neraka.. dan malam kena usaha sedaya upaya untuk solat tarawikh, lantaklah nak buat beberapa rakaat pun, yang penting kita buat supaya Allah suka kat kita..
Memang best bulan posa ni, sebab amalan sunnat di beri pahala macam amalan fardu.., dan amalan fardu di gandakan 70 kali ganda..

Bulan puasa juga di kenali dengan bulan ‘Sabar’ dah hadiah sabar adalah shurga, sebab tu korang kena sabar sampai jadi mayat, dah jadi mayat baru dapat shurga!!!
Lepas tu pulak, jika kita bagi org makan kat orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa org itu sedikitpun.., lantaklah nak bagi makan apa-apapun. biasa orang bagi kurmalah, murah dan senang di selenggarakan..

Bulan puasa juga di bahagi kepada tiga:
-10 hari pertama adalaj Rahmat.
-10 hari pertangahan adalah Keampunan..
-10 hari terakhir adalah kelepasan dari Api neraka!!!

Dan pada mereka yang jadi boss, jika pada bulan ini meringankan beban pekerjanya maka Allah selamatkan para boss itu dari api neraka..

(kepada boss aku, jika kau baca blog aku ni, bagilah kami semua balik awal..nak tolong bini masak…kami pun nak ringangkan beban isteri kami sebab kami kat rumah adalah boss jugak..big boss lagi, kan bos kan?, boss nak masuk shurga tak?jangan berkira sangat boss, api neraka panas tau!, bulan ni bagilah bonus raya 1002 bulan, 1000 bulan akan Allah bagi pada malam lailatul qadar, lagi 2 bulan boss bagilah sebelum raya, ok tak cadangan aku? kalau tak keberatan, promotelah aku jadi assistance boss,he he he..)

Arghhh, sambung balik, ada unsur wahan kat situ..oh!, apa-apapun, better rujuk ustaz dan kitab ler..

BAB TIGA: BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

Untuk pengetahuan korang, ada dua cara untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..iaitu:

-Berpuasa.
-Beriktiqaf dalam masjid.

Berbalik kepada iktikaf, memang satu suruhan Allah dan harapan Nabi sendiri agar seluruh Ummatnya yang lelaki agar pada bulan puasa ini memperbanyakkalah iktikaf…

Apa itu iktikaf?
Iktikaf adalah berada dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk menjalinkan hubungan hati dengan zat Allah, juga bermaksud menyisihkan diri dari dunia lalu memeberi tumpuan kepada perkara perkara yang menyukakan Allah., dan ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan!!!!

Berbalik kepada maksud untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..,maka bila beriktikaf dalam masjid lama lama bersama sama dengan malaikat, sifat ketaatan MALAIKAT akan datang dalam diri kita..,

Kita sedia maklum iaitu apabila beriktikaf di masjid, maka kita tak akan atau tak boleh buat sebarang perkara dunia seperti, mengumpat, berangan kosong, tengok TV, baca majalah hiburan/sukan bercakap dengan muhrim, bersetubuh ngan isteri, dan lain lain yang melalaikan,

DAN.., untuk dapat hakikat puasa,
Maka, kita Kena bawa sifat ketika iktikaf di mana sahaja sewaktu berpuasa, tak kiraler, di rumah ke, di pejabat ke, di ladang ke, dalam lif ke, di pusat beli belah ke, kena bawa sifat berkitikaf ini, ke mana sahaja korang berada, maka sifat ketaatan malaikat akan dating dalam diri korang dan aku!!! dan INILAH HAKIKAT PUASA!!!

Dan untuk menambahkan lagi hakikat berpuasa, kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad saw sendiri beriktikaf 30 hari penuh bulan ramadhan dan memerintahkan sahabat beriktikaf bersama baginda pada 10 hari terakhir ramadhan..

--Tambahan…
OK, bila tiba time nak bukak puasa pulak, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara.. sebab waktu nak berbukak puasa doa sangat makbul dan Nabi suruh doa DUA perkara ni..iaitu:

-Mintak masuk shurga!!!
-Mintak tak masuk Neraka!!!

Lepas tu masa berpuasa di siang hari, zikir yang paling baik adalah Kalimah Tauyibah dan istigfar..kena buat banyak banyak time puasa..

Aku ulangi:
-Perbanyakkan kalimah Toyyibah(dakwah)
-Perbanyakkan istigfar
…

Tapi ada satu perkara yang aku angin satu badan daa, yang berlaku pada bulan puasa.., lepas sahur pergi solat subuh, rasa seronot dan sejuk bijik mata bila tengok bilangan jemaah dah bertambah ramai,(saya perasan baik) rasa kiamat lambat lagi.., tapi bila pergi solat jemaah magrib, bilangan macam org solat subuh, kadang kadang takde orang!!, pada bulan-bulan sebelum puasa, inilah prime time untuk bilangan jemaah tertinggi, rupa rupanya diorang tukar shift sahaja.. YA Allah, ampunkan dosaku jika berburuk sangka…ampunkan aku..,

Baiklah aku berbaik sangka, korang semua dah sampai tahap kebulur yang menyebakan tak mampu lagi jalan kaki ke masjid untuk solat magrib berjemaah…kasihan kat aku dan korang..isk..isk…

Yang aku cerita tu kat tempat aku le ni, bukan kat tempat korang, aku tahu korang semua bagus bagus, sentiasa solat magrib berjemaah walaupun bulan posa!! Macm tu lah kawan, barulah jadi mat Islamic, Alhadulillah, lambat lagi nak kiamat rasanyar....tapi tak lama lagi akan jadi mayat!!

Ps: Beruntunglah orang yang bertakwa menjadi mayat pada bulan puasa…, dan menderitalah orang yang berlalu bulan ramdhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa..isk..isk..

(Ya Allah, tolonglah kami…)