Sep 26, 2026

36 soalan untuk suami isteri?

 Zaman pergi mana mana tengok telepon lebih banyak dari tengok pasangan, elok korang tanya pasangan korang 36 soalan ini, sorang tanya, sorang jawab, gilir gilirkan..

36 soalan deep untuk suami isteri menambah kasih sayang.

SET 1: Bermula dengan Santai (Niat & Kehidupan Seharian)

  1. Jika diberi peluang makan malam bersama mana-mana figura Islam di dunia ini  siapakah yang awak pilih?
  2. Bagaimana awak membayangkan satu hari yang "sempurna" dari segi rutin harian dan ibadah awak?
  3. Bila kali terakhir awak menangi sewatusolat malam, atau baca Al qurab, kenapa?   
  4. Apakah amalan kecil dalam hidup yang paling awak syukuri setakat ini?
  5. Jika diberi peluang untuk memulakan satu tabiat baik yang baharu esok pagi, apakah yang awak mahu istiqamah?
  6. Jika diberi rezeki umur yang panjang sehingga 90 tahun, bagaimana awak membayangkan kehidupan awak pada waktu itu?
  7. Namakan tiga prinsip hidup atau nilai Islam yang awak rasa ada pada diri awak dan juga pasangan awak.
  8. Jika awak mati, apa yang awak nak orang cerita tentang awak dekat kubur?
  9. Jika awak ada sesatu nak ubah, pada diri saya, bagitahu 3 perkara yang awak nak saya berubah?
  10. Apa tiga perkara yang awak suka pada saya dan tak nak saya ubah
  11. Apakah satu impian atau matlamat hidup yang paling utama yang awak belum capai
  12. Adakah awak lebih suka memberi sumbangan secara senyap di belakang tabir atau di hadapan ramai orang?

SET 2: Mula Menyelami Jiwa (Nilai Akhlak & Ujian Hidup)

1.     Jika ada satu perkara tentang masa depan atau takdir hidup awak yang Allah benarkan untuk awak tahu, apa yang awak teringin nak tahu?

2.     Dalam banyak banyak sahabat Nabi, sahabat mana yang awak rasa nak jumpa dan berborak? Kenapa?

3.     Apakah pengalaman hidup yang paling membuatkan awak rasa rendah diri (humble)?

4.     Apakah kualiti akhlak yang paling awak hargai dalam sebuah hubungan?

5.     Apakah memori paling manis dan indah yang membuatkan awak senyum setiap kali mengingatinya?

6.     Apakah ujian hidup atau cabaran paling berat dalam hidup yang pernah mengajar awak ertinya redha dan sabar?

7.     Jika awak tahu hidup awak hanya berbaki satu tahun sahaja lagi, apakah perubahan terbesar yang akan awak buat?

8.     Dalam ramai adik beradik, siapa awak paling suka? kenapa?

9.     Bagaimana awak mengimbangi antara kasih sayang ibu bapa dan pasangan?

10.  Apakah perkara, yang orang lain nampak kecil tapi bagi awak adalah besar?

11.  Sejauh mana hubungan rapat keluarga awak, jika di susun ahli keluarga, awak nombor berapa dari POV awak.

12.  Apakah pesanan yang deep dari ibu bapa awak yang awak ingat?

SET 3: Keterbukaan & Keintiman (Hati, Empati & Akhirat)

1.     Bagaimana Allah takdirkan kita berjumpa, dari POV awak, dari segi takdir.

2.     Kalau saya hidup lagi hanya 10 minit, saya nak cakap….

3.     Kalau awak marah, apa yang awak betul betul buat?

4.     Apa benda yang awak hargai, yang mana benda tu belum dapat lagi

5.     Ceritakan hari di titik terendah, dan jika berulang lagi, apa awak akan buat?

6.     Ceritakan hari di titik tertinggi, dan jika berulang lagi, apa awak akan buat?

7.     Apa benda yang awal paling selesa dengan saya?

8.     Apakah benda yang saya mungkin tak tahu, tapi sangat sensitif dan langsung tidak boleh dijadikan bahan gurauan bagi awak?

9.     Dalam banyak banyak hadis, hadis apa yang awak hafal, amal, dan faham.

10.  Jika rumah kita terbakar dan semua orang serta haiwan dah selamat, apakah tiga barang sahaja yang akan awak cuba selamatkan? Kenapa?

11.  Kematian siapa yang memebri kesan dalam hidup awak setakat ini?

12.  Jika Nabi masih hidup, ada depan kita sekarang, apa awak nak cakap depan Nabi?

Sekian 36 soalan.

Woha!


1 comment:

Faizal R said...

Soalan yang akhir itu yang paling menggetarkan jiwa. Merinding bulu roma dibuatnya.