Ada orang tanya: kenapa di Malaysia ikut Mazhab Syafee, tapi Akidah ikut Asyaari? Kenapa tidak akidah Imam Syafee juga? Nabi dulu Akidah apa? Mazhab apa?
Izinkan abang keretamayat bagi pencerahan. Jika salah sila
betulkan
Analogi mudahnya adalah, rujuk zaman saidina Umar, mendapati
orang solah tarawih tak seragam, berterabur, atau masing masing solat terpisah,
lalu saidina umar MENYUSUN solat tarawih yang seragam agar orang ramai mendapat
manfaat, iaitu saidina Umar MENYUSUN tarawih 20 rakaat dibelakang satu Imam
sahaja, dan berkata “Inilah bidaah yang baik”
Alhamdulillah, amalan ini kekal depan Kaabah sampai zaman
sekarang.
Jika ada yang bertanya, kenapa solat Tarawih tak ikut Nabi?
Kenapa ikut Saidina Umar? Jawapannya adalah tiada keperluan zaman Nabi untuk
susun solat tarawih macam tu, sebab sahabat semua ikut Nabi, tapi bila Nabi
wafat, dan jumlah orang masuk islam berganda ganda, maka ada keperluan untuk
Menyusun solat tarawih yang sesuai dengan zaman orang yang sangat ramai agar
semua bersatu dalam ibadah.
Alhamdulillah.
Kemudian muncul zaman Imam Syafee, yang mana zaman tu tiada
keperluan Imam Syafee nak susun ilmu bab akidah sebab masing masing tiada
takwil, tapi Imam syafee mendapati ada keperluan untuk MENYUSUN ilmu Fekah
sebab zaman tu amalan sunnah mungkin sudah berterabur, ada yang solat macam
macam cara dan semua ada hujah, tapi kesannya, ummat jadi tak bersatu,
Ada yang solat subuh dengan qunut, ada yang solat tak baca
bismillah, ada yang wudhu sapu semua rambut, dengan macam macam hujah, maka ada
keperluan untuk Imam Syafee MENYUSUN ilmu fekah, hingga terbentuklah MAZHAB
Syafie.
Alhamdulillah, mazhab ini kekal sampai zaman sekarang.
Jika ada yang bertanya, kenapa Ikut Mazhab Syafee, tak ikut
Nabi? Nabi Mazhab apa?
Jawapannya adalah tiada keperluan zaman Nabi untuk susun
Mazhab macam tu, sebab sahabat semua ikut Nabi secara depan mata, tapi bila
Nabi wafat, dan jumlah orang masuk islam berganda ganda, maka wujud amalan
pelik pelik, maka ada keperluan untuk ulamak Menyusun Mazhab yang sesuai dengan
zaman orang yang sangat ramai agar bersatu dalam ibadah.
Selesai.
Kemudian muncul zaman Imam Asyaari, yang mana zaman tu tiada
keperluan Imam Asyaari nak susun ilmu bab Fekah sebab Imam Syafee dah susun
cantik, follow jer, tapi Imam Asyaari mendapati ada keperluan untuk MENYUSUN
ilmu Akidah sebab zaman tu dah muncul golongan yang gagal menggunakan otak
dengan baik, contohnya bila ada pihak bagitahu Allah atas Arasy tapi jangan
bayangkan bagaimana, bagi golongan awal salaf, mereka boleh serah makna istiwa
kepada Allah tanpa masalah,
Tapi zaman Imam Assyari tu, bila dilarang orang ramai dari
bayangkan Allah berada di atas Arash, maka muncul kefahaham menjisim kan Allah,
menyamakan Allah dengan makhluk, maklumlah otak manusia lemah, sebab bila kita
kata jangan bayangkan gajah biru sedang terbang, itulah yang otak akan
bayangkan, dan itulah yang terjadi dengan ajaran, “jangan bayangkan tuhan di
atas arasyh bagimana, tapi tuhan memang atas arasy!”
Lalu muncul hingga hari ni pun dalam komen, Tuhan tu ada
jarak, naik bukit lebih dekat dengan tuhan, Arash penuh dengan Tuhan tapi tak
cukup dua jari, Tuhan turun dari Arash tanpa tinggalkan Arasy macam saya ambil
barang jatuh bawah kerusi tanpa turun dari kerusi, bumi ni rata sebab tuhan
atas kepala kita, macam macamlah kefahaman yang pelik pelik dah muncul!
Aduhai..
Melihat betapa rosaknya ajaran menjisimkan Allah, maka Imam
Asyaari Menyusun ilmu bab Akidah, yang mana antara ilmunya, “Allah itu tidak
dilalui oleh tempat dan masa”, sebab Allah tak sama dengan makhluk, panjanglah
bab akidah jika nak jelaskan, yang mana ilmu itu berkembang hingga hari ni, dan
ilmu Akidah Imam Asyaari telah menjadi majoriti dalam dunia islam.
Pendek cerita, jika ada yang bertanya, kenapa Ikut Akidah
Asyaari, kenapa tak ikut Akidah Nabi? Nabi akidah apa?
Jawapannya adalah tiada keperluan zaman Nabi untuk susun
Ilmu bab Akidah, sebab sahabat semua faham bab Akidah, tapi bila Nabi wafat,
dan jumlah orang masuk islam berganda ganda, maka ada keperluan untuk Menyusun
Ilmu Akidah yang sesuai dengan zaman orang yang sangat ramai agar bersatu dalam
Tauhid.
Alhamdulillah, Ilmu Akidah Imam Ayaari ini kekal sampai
zaman sekarang.
Baru ni tengok page Patriots ada cerita antara kitab paling
awal dalam bahasa melayu pernah dijumpai adalah kitab cerita bab akidah
Asyaairah pada abad ke 16, di tulis oleh Abu Hasf Umar Najmuddin yang berjudul
Syarah Al Akidah Al Nasafiah.
Kesimpulannya, kita jadi tahu, bahawa apa yang Imam Asyaari
susun bab akidah, dan Imam Syafee susun bab fekah, itu semua ada asalnya dari
Nabi, sanad mereka sampai kepada Nabi, InsyaAllah.. mereka telah korbankan masa dan tenaga untuk
susun elok elok, syukur sangat sangat.
Orang beriman akhlaknya baik, kena syukur dengan segala
nikmat, jangan kufur.., kita kena berterima kasih kepada semua ulamak pewaris
Nabi yang dah sampaikan ilmu dari Nabi kepada kita dengan kemas dan tersusun,
Alhamdulillah,
Maka balik di Malaysia, melihat ada pergaduhan bab akidah,
bab Mazhab maka ada keperluan untuk cari jalan agar bersatu.
Bukan nak menafikan mazhab dan akidah yang lain tapi lebih
elok kalau susun mazhab yang dah terkenal sejak zaman kesulatanan Melaka dan
sesuai dengan rakyat kita
Ibaratnya kalau kita pergi bilik bedah atas kain hijau
doktor akan letakkan peralatan bedah yang penting sahaja bukan nak menafikan
peralatan bedah yang lain tapi nak mudah buat kerja kerja pembedahan bila
pesakit ada masalah.
Bayangkan kalau kita jumpa doktor yang letak semua peralatan
atas meja bedah dengan alasan semua tak boleh buang? nak tak kita kena bedah
dengan doktor yang macam tu?
Jadi kerana itulah ulama dan mufti di Malaysia ni menyusun
akidah Ashaari dan Mazhab Syafie sebagai “alat” untuk menyelamatkan umat dari
kejahilan agama.
Sekiranya
ada kes tak cover dalam mazhab Shafee contohnya bab bayar zakat guna duit maka
boleh aje kita buka kepada mesyuarat dikalangan mufti untuk buat keputusan
dengan merujuk mazhab lain atau pendapat ulamak yang dapati sesuai dengan isu
semasa.
Alhamdulillah
Semoga analogi ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada
yang ikhlas bertanya.
Woha!
No comments:
Post a Comment