Oct 9, 2023

Sepagi di Mandinah

Satu pagi di Madinah, waktu tunggu isteri keluar dari Taman syurga Raudah…, saya lepak tepi masjid Nabawi dan terlihat beratus ratus jemaah Haji wanita dari pelbagai negara sedang beratur nak masuk Taman Raudhah.. masa tu geng Malaysia dah masuk..

Geng wanita beratur ni mungkin Indonesia, arau Viatnam, atau kemboja, atau Thailand, saya tak pati sebab wajah iras orang melayu..

Sementara tunggu giliran masuk, mereka semua menyanyi lagu Nasyid orang Ansar yang sangat gembira sambut Nabi di sempadan Madinah..

To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na

Min tha·ni·ya·til·wa·da‘

Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na

Ma da·‘a lil·la·hi da‘

Lantas saya yang sedang baring atas karpet terbayang suasana zaman awal Madinah dulu, wanita beratur tunggu Nabi datang, dan menyanyi….

Kemudian bila Saya hayati makna lagu ini, rasa sebak sebab mereka jumpa Nabi waktu hidup, beruntunglah penduduk awal Madinah sedangkan kita nak ziarah Nabi yang dah wafat kena bersesak bagai dan dapat lintas tengok kubur kejap jer.. sebab kena halau dengan askar arab.

Saya pejam mata hayati makna lagu nasyid sebab jemaah yang beratur tu makin kuat bernasyid…

Bagi yang tak tahu..

Al kisahnya 5 tahun lepas Nabi berdakwah di Mekah, sikit demi sedikit ada hamba abdi yang masuk Islam, tapi tiada yang berani ibadat secara terang terang, jika tertangkap pasti ada yang diseksa atau dibunuh.

Tiba tiba orang kafir dengar ura ura Nabi nak Hijrah ke tempat lain, maka muncul ancaman bunuh jika Nabi keluar Mekah, lalu dihalang oleh keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib

Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social, sekat semua sumber rezeki mereka dan orang Islam tak dibenarkan rentas daerah.

Alangkah azlimnya SOP ini padahal Nabi pun saudara mara Abu Lahab jugak.

PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.

Tiga tahun yang penuh seksa…

SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi jual barang, akan dipukul dan diseksa.

PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati atas ribaan kerana ibunya tiada susu.

Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.

Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan sikit sikit untuk bertahan hidup.

Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kebuluran.

Maka kita waktu diuji sikit lapar sebab Order lambat sampai, ingatlah kisah Nabi dan sahabat diuji dengan tiada apa apa langsung boleh dimakan…

Tiga tahun kemudian, Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP tergantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anai kecuali nama Allah, dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.

Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa memang betul SOP dah musnah di makan anak anai kecuali nama Allah, dan penulis SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad, padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah, dan berdakwah!

Namun ujian Allah datang lagi, sebelum Nabi nak berhijrah, tahun itu Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucuran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam neraka.

Bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.

Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang tersayang meninggal dunia berturut turut, dan takde mana mana tempat sanggup terima Islam..

Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah, Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah, sampai di Taif kisah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!

Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu sampai orang baling tu penat.

Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.

Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah, ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.

Malaikat pun datang nak buat serangan pada penduduk Taif, Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan anak cucu mereka yang beriman.

Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar Islam.

Kesedihan Nabi tidak lama, berlakulah peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi naik kelangit bertemu Allah dan dapat perintah solat lima waktu..

Habis israk Mikraj, sangka orang kafir orang Islam akan lari sebab terdengar macam mengarut, tapi sahabat makin bertambah Iman dan makin ramai yang peluk Islam.

Orang kafir meyuarat nak bunuh Nabi. namun Nabi dengan semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.

Sebab Nabi dan buat perjanjian dengan penduduk Madinah di Mina, dan penduduk Madinah sangat gembira terima kedatangan Nabi..

Maka Nasyid selamat datang telah disusun..

To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na

Min tha·ni·ya·til·wa·da‘

Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na

Ma da·‘a lil·la·hi da‘

Makna dalam melayu saya cuba seragamkan…

Hadirmu bagai purnama

Muncul di lembah Wada‘

Wajiblah kami gembira

Kekasih Allah tiba..

Wahai Rasul yang dikasihi

Engkau akan kami taati

Engkaulah pembimbing kami

Alhlakmu yang terpuji

Sol·lal·la·hu ‘a·la Mu·ham·mad

Sol·lal·la·hu ‘a·lai·hi wa·sal·lam

Hadirmu bagai purnama

Hilanglah segala gelita

Engkaulah paling mulia

Wajahmu bercahaya

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Bergabung semua purnama

Kau lebih berkejora

Tiada dapat persona

Cahaya atas cahaya

Ya na·bi sa·lam ‘a·lai·ka

Ya ro·sul sa·lam ‘a·laik

Ya mu·ai·ya·du ya mu·maj·jad

Ya i·ma·mal·qib·la·tain

HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!

Entah macam mana dalam rinduan berirama pada Rasullullah, muncul askar arab marah marah!

Rupanya memang betul askar arab sedang marah pada geng wanita yang beratur nak masuk Raudhah tapi bernasyid kuat kuat tadi.

HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!

Woha!

No comments: