Satu pagi di Madinah, waktu tunggu isteri keluar dari
Taman syurga Raudah…, saya lepak tepi masjid Nabawi dan terlihat beratus ratus
jemaah Haji wanita dari pelbagai negara sedang beratur nak masuk Taman
Raudhah.. masa tu geng Malaysia dah masuk..
Geng wanita beratur ni mungkin Indonesia, arau Viatnam, atau
kemboja, atau Thailand, saya tak pati sebab wajah iras orang melayu..
Sementara tunggu giliran masuk, mereka semua menyanyi lagu
Nasyid orang Ansar yang sangat gembira sambut Nabi di sempadan Madinah..
To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na
Min tha·ni·ya·til·wa·da‘
Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na
Ma da·‘a lil·la·hi da‘
Lantas saya yang sedang baring atas karpet terbayang suasana
zaman awal Madinah dulu, wanita beratur tunggu Nabi datang, dan menyanyi….
Kemudian bila Saya hayati makna lagu ini, rasa sebak sebab
mereka jumpa Nabi waktu hidup, beruntunglah penduduk awal Madinah sedangkan
kita nak ziarah Nabi yang dah wafat kena bersesak bagai dan dapat lintas tengok
kubur kejap jer.. sebab kena halau dengan askar arab.
Saya pejam mata hayati makna lagu nasyid sebab jemaah yang
beratur tu makin kuat bernasyid…
Bagi yang tak tahu..
Al kisahnya 5 tahun lepas Nabi berdakwah di Mekah, sikit
demi sedikit ada hamba abdi yang masuk Islam, tapi tiada yang berani ibadat
secara terang terang, jika tertangkap pasti ada yang diseksa atau dibunuh.
Tiba tiba orang kafir dengar ura ura Nabi nak Hijrah ke
tempat lain, maka muncul ancaman bunuh jika Nabi keluar Mekah, lalu dihalang
oleh keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib
Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot
semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin
dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan
tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social,
sekat semua sumber rezeki mereka dan orang Islam tak dibenarkan rentas daerah.
Alangkah azlimnya SOP ini padahal Nabi pun saudara mara Abu
Lahab jugak.
PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung
di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.
Tiga tahun yang penuh seksa…
SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua
orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi
jual barang, akan dipukul dan diseksa.
PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan
dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu
serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati atas ribaan kerana ibunya tiada
susu.
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan
tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan
tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh
mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.
Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi
Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan
sikit sikit untuk bertahan hidup.
Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke
mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli
makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kebuluran.
Maka kita waktu diuji sikit lapar sebab Order lambat sampai,
ingatlah kisah Nabi dan sahabat diuji dengan tiada apa apa langsung boleh
dimakan…
Tiga tahun kemudian, Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP
tergantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anai kecuali nama Allah,
dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.
Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa
memang betul SOP dah musnah di makan anak anai kecuali nama Allah, dan penulis
SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad,
padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah
Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah,
dan berdakwah!
Namun ujian Allah datang lagi, sebelum Nabi nak berhijrah,
tahun itu Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal
dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucuran air mata Nabi sedih
tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam
keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan
kekal selamanya dalam neraka.
Bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian
Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan
dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.
Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang
tersayang meninggal dunia berturut turut, dan takde mana mana tempat sanggup
terima Islam..
Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah,
Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah,
sampai di Taif kisah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling
batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak
kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!
Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik
batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu
sampai orang baling tu penat.
Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan
bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada
riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.
Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah,
ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun
saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.
Malaikat pun datang nak buat serangan pada penduduk Taif,
Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan
anak cucu mereka yang beriman.
Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat
Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar
Islam.
Kesedihan Nabi tidak lama, berlakulah peristiwa Israk dan
Mikraj, Nabi naik kelangit bertemu Allah dan dapat perintah solat lima waktu..
Habis israk Mikraj, sangka orang kafir orang Islam akan lari
sebab terdengar macam mengarut, tapi sahabat makin bertambah Iman dan makin ramai
yang peluk Islam.
Orang kafir meyuarat nak bunuh Nabi. namun Nabi dengan
semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.
Sebab Nabi dan buat perjanjian dengan penduduk Madinah di
Mina, dan penduduk Madinah sangat gembira terima kedatangan Nabi..
Maka Nasyid selamat datang telah disusun..
To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na
Min tha·ni·ya·til·wa·da‘
Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na
Ma da·‘a lil·la·hi da‘
Makna dalam melayu saya cuba seragamkan…
Hadirmu bagai purnama
Muncul di lembah Wada‘
Wajiblah kami gembira
Kekasih Allah tiba..
Wahai Rasul yang dikasihi
Engkau akan kami taati
Engkaulah pembimbing kami
Alhlakmu yang terpuji
Sol·lal·la·hu ‘a·la Mu·ham·mad
Sol·lal·la·hu ‘a·lai·hi wa·sal·lam
Hadirmu bagai purnama
Hilanglah segala gelita
Engkaulah paling mulia
Wajahmu bercahaya
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Bergabung semua purnama
Kau lebih berkejora
Tiada dapat persona
Cahaya atas cahaya
Ya na·bi sa·lam ‘a·lai·ka
Ya ro·sul sa·lam ‘a·laik
Ya mu·ai·ya·du ya mu·maj·jad
Ya i·ma·mal·qib·la·tain
HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!
Entah macam mana dalam rinduan berirama pada Rasullullah,
muncul askar arab marah marah!
Rupanya memang betul askar arab sedang marah pada geng
wanita yang beratur nak masuk Raudhah tapi bernasyid kuat kuat tadi.
HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!
Woha!