Jul 29, 2021

Resepi terbaik pernah di cipta?

Saya akan masak hari ini, jadi saya Tanya isteri tersayang, awak nak makan apa?

“Apa apa jer bang”

Okey, isteri nak makan apa- apa, maka saya akan masak “apa –apa”

Ini super serius!

Mula mula, pergi kedai, saya beli “apa-apa”

Sampai rumah, masukkan minyak ke dalam kuali, dan bila sudah panas, masukkan “apa-apa”

Bila sudah masak, hidangkan “apa-apa” kat meja dengan sedikit hiasan juga menggunakan “apa-apa”

Oh, ye untuk menambahkan menu, masak air sehingga mendidih, masukkan garam, dan yang paling penting, masukkan “apa-apa” dan kacau.

Sekarang dah siap dua menu, “apa-apa” rebus, dan “apa-apa” goreng.

Untuk minuman pula, campurkan “apa-apa” dengan gula atau susu dalam air panas, dan susun cantik cantik bersama hidangan “apa-apa” rebus, dan “apa-apa” goreng tadi. Jika isteri korang suka minuman sejuk, masukkan air batu ke dalam air “apa-apa” , no problem.

Selamat mencuba resepi abang keretamayat, masak “apa apa”.

Sila kagum dari jauh!

Woha!

No comments: