Jul 26, 2020

Rezeki tak di sangka sangka itu wujud?




Janji Allah itu benar. Rezeki tak di sangka sangka itu wujud.

Siapa sangka sekarang ni orang memasak di Youtube macam minachi seorang suri rumah boleh tarik beratus ribu viewers dan subscribers. (Dan rezeki hilang juag benar, sebab sekarang ada isu rumah tangga dan akaunnya telah tutup sob son..)

Ada juga, mamat indon yang datang ke Malaysia buat video angkat kelapa sawit dapat duit dari youtube.

Nampaknya saya kena buat video angkat kereta mayat pulak!

Woha!

Ada yang posting tentang 2 jam tak melakukan apa-apa boleh dapat hampir SETENGAH JUTA VIEWS dalam masa 2 minggu.

Dahsyat.

Nak cerita tentangg rezeki, saya dulu SPM tak kredit Bahasa malayu. Dapat gred Cangkul. 7 agreget. Macam level D lah sekarang ni.

Mungkin waktu menulis karangan saya tertulis "woha" kot.

Tapi bila dah habis sekolah. Boleh pulak saya jadi penulis dan tulis buku tiap tahun masuk pasaran dan sekarang dah ada 12 judul.

Siapa sangka?

Jadi rezeki ni memang tak di sangka sangka.. maka saya cadang elok korang belajar jadi youtuber. Kerja paling senang kot untuk dapat duit sekarang ni. 2 jam nggak apa apain pun boleh dapat duit dong

Klik sini.


Selepas baca ebook ini, barulah nampak sinar di hujung jalan.

Mudahnya Menjadi YouTuber, oleh Sdra Arif Muazzim Abdul Rahman a.k.a AMAR yang juga seorang YouTuber yg menjana income dari YouTube. Dia tulis apa yang dah dia praktis.

Katanya hari ni last dia jual harga RM 50. Esok terus naik RM100., jom bertindak dan Jom belajar dan Jom Yakin bahawa rezeki itu memang tak di sangka sangka. InsyaAllah


Jul 22, 2020

4 perkara jangan pernah tunggu?



Waktu PKP hari tu, bila terperangkap dalam rumah, saya sedar ada empat (4) perkara yang kita kena buat segera, jangan pernah tunggu, Kita kena Buat dulu lepas tu baru tunggu.

PERTAMA beli rumah, jangan pernah tunggu turun harga, beli sesegera dalam hidup, lepas tu barulah tunggu untuk jual, bukan tunggu untuk beli. Dan tip beli rumah macam biasalah, beli yang mampu milik, dan Alhamdulillah, saya dah beli rumah jauh sebelum kahwin lagi. Beli sebelum beli kereta!

Entah siapa yang ajar saya beli rumah dulu zaman tu, facebook pun belum ada tapi Alhamdulillah, beli rumah dulu baru kereta adalah betul.

Dan kereta yang saya beli lepas tu dah saya jual balik sebab dah buruk, dan jual dengan harga murah, tapi rumah yang saya beli sekarang ada orang sewa, maka dialah yang bayar bulanan sedangkan harganya makin naik. Alhamdulillah.

Baik, itu perkara pertama, perkara KEDUA adalah buat akaun Youtube, jangan pernah tunggu, buat dahulu, (saya buat lapan tahun dahulu) dah pandai edit video, boleh dokumentkan segala ilmu dan pengalaman, yang penting kita post video yang kita suka, sampai masa dapat duit, Alhamdulillah.

Dan saya akui untuk menjadi Youtuber (Dapat duit dari youtube) saya telah menempuh perjalanan yang agak sukar sebab saya jenis one man show. Cari sendiri ilmu, kaji, dan apply bila ada masa lapang.

Hasil tu ada tapi lambat. Bila saya baca Ebook Amar ni saya sangka semua dah tahu. Tapi rupanya banyak lagi setting yang sangat membantu lalu saya nasihat siapa siapa nak dapatkan ilmu Youtuber dengan cepat dan jelas. boleh beli sini.

https://tinyurl.com/youtubehamka

Namun siapapun kita, isi Youtube biarlah mesra syariah agar memberi manfaat waktu kita menjadi mayat kelak.

Rumah kita pun biarlah mesra syariah agar dapat jadi mimbar masjid, untuk itu perkara KETIGA yang perlu segera buat, BELAJAR AGAMA dan AMALkan terus, jangan pernah tunggu!

Kereta rosak kita boleh upah pomen, badan tak sihat kita boleh upah doctor, rumah rosak kita boleh upah tukang kayu, content tak sedap boleh upah youtuber, tapi jika kefahaman agama kita rosak, dalam kubur tak boleh langsung kita nak upah ustaz ulamak tolong kita, kitalah yang kena tolong diri sendiri!

Sebab tu bila nabi bersabda ulamak pewaris Nabi, maka kehendak Nabi semua ummat ini menjadi ulamak, yang bermaksud carilah Ilmu agama sebanyak banyak dalam dada dan amalkan sebagai bekalan di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.

Perkara KE EMPAT yang kena buat segera adalah bayar hutang, jangan pernah tunggu! Ini serius!

Hutang dengan Allah, kena taubat! Qadha, dan sebagainya, dan Allah Maha Pengampun!

Tapi hutang dengan manusia, orang yang mati shayidpun, yang layak masuk syurga tanpa hisab, tapi sebab ada hutang, kena sekat dari masuk syurga, merangkak di padang mahsyar, tengoklah betapa beratnya azab tidak membayar hutang!

Kesimpulan dan cadangan penyelesaian

Nak beli rumah, belajar kat sini:


(Beli rumah mungkin kena tipu beli ilmu rumah akan dapat ilmu untuk elak dari tertipu)

Nak belajar buat Youtube, klik sini


(Akhir zaman, buat video dapat duit, insyaAllah-dan anak cucu boleh rujuk pengalaman nenek moyang dari youtube)

Nak belajar agama, boleh beli buku saya InsyaAllah dan buku ulamak lain dipasaran.

(Blog keretamayat masih wujud dan ilmu di situ adalah percuma, untuk buku, saya dah asingkan ikut topik, ada kisah laki bini, kisah anak bini, kisah hantu, tazkirah santai, cerita dajjal, anak syurga OKU dan sebagainya)

Nak belajar bayar hutang, klik sini


(kisah suri rumah mampu bayar hutang setengah juta)

Ps: Untuk Ebook Youtube, promosi last minggu ini RM50, sebab lepas ni naik RM100, jangan kata abang kereta mayat tak payung- Woha!

Jul 13, 2020

Dajjal dah keluar?

(Akhir zaman, semua orang boleh jadi mesra Dajjal atau mesra Syariah-Kisah kita semua)
Pernah dengar ceramah dari Buznama zaman sekolah rendah dulu, katanya Dajjal mata satu itu adalah TV sebab bermata satu (screen) dan ada tanda kafir di dahinya (Jenama kafir) dan bergerak pantas (Kelajuan satelit keliling bumi pancarkan siaran langsung) dan mempromosi neraka itu syurga (tayang kisah orang buat maksiat tapi bahagia) dan Dajjal promosi orang islam ahli nereka (tayang kisah orang islam jahat bunuh orang sana sini)

Tapi itu ustaz zaman belum ada internet, zaman sekarang ada TV dua Skrin (3D) dan ada siaran TV Berjenama islam, dan banyak kisah dalam TV yang baik baik tentang Islam.

Jadi TV hanyalah alat yang sama macam pisau, jika guna untuk memasak dapat pahala, jika guna untuk merompak masuk neraka.

Dan tafsir Dajjal adalah TV tidak betul sebab hadis soheh bagitahu Dajjal adalah manusia macam kita, cuma dia buta pada mata sebelah kiri, berambut tebal dan banyak lagi tanda nak kenal dajjal (jangan ponteng kuliah magrib)

Kesimpulan: Kenali Dajjal dan perangai buruknya, lalu hindarkan diri dari ikut perangan Dajjal kerana kita boleh menjadi jahat macam Dajjal atau baik macam Sahabat Nabi, -- semua pilihan kita.
Cuma nak tambah, Akhir zaman, semua orang boleh menjadi "dajjal" sebab semua orang boleh ada Channel TV sendiri..

Zaman saya kecik dulu, ada TV1 dan TV2 sahaja, itupun dah heaven sangat.. orang pantai tiumurlah katakan, lepas tu baru ada TV3.

Kemudian ada TV mertro, NYV7, TV8, TV9, Al Hijrah.., dah rambang mata.

Note: (saya berhentu tengok TV secara serius waktu form 4 sebab dah masuk asrama)

Bila kahwin, tahu ada ASTRO tapi belum mampu, dah lama sikit, ambik pekej Njoi yang free.
Tapi itulah, dunia akhir zaman, semua orang dah ada Siaran TV peribadi sendiri.

Namanya Youtube!

Pentas Media Sosial terbesar di dunia!

Dan tahu tak korang, siapa siapa ada akaun Gmail, maka dia automatic ada akaun TV Youtube.

Cara nak aktif sangat senang, pergi link channel saya ini:


Lepas tu tekan Subscribe, tekan Like pada mana-mana video, dan tinggalkan komen pada mana mana video, automatic korang dah ada Siaran TV sendiri.

Ya, korang dah jadi CEO, PEngarah, Ketua Eklusif, Chanselor, apa apalah jawatan pun korang nak pada Siaran TV anda sendiri. Terpulang anda nak jadikan siaran bersifat Dajjal atau Mesra Syariah!

Jika RTM dulu start jam 5 petang habis jam 12 malam, korang hari pertama lancar, dah ada 24 jam masa prime time untuk siarkan apa sahaja genre video!

Ya betul, Korang bebas nak letak video apa apapun!

Tapi tak boleh mencuri idea orang sebab haram, tak boleh letak petikan filem orang lain, tak boleh letak lagu orang lain, itu adalah etika. Jika letak, mungkon YOutube akan mute kan video korang, atau siaran video korang kena Block!

Ingat tak video Konspirasi Arrival kedatangan Dajjal?

Ramai yang post di Youtube, lepas tu Youtube delete, dan ada akaun Gmail orang yang post tu kena block.

Tapi orang post tu gigih buat akaun baru dan kembali post di youtube video kisah dajjal nak keluar siap dengan caption:

“Cepat tonton sebelum Yahudi delete, mereka tahu video ini benar”

Dan tak lama lepas tu video itupun kena delete!

Maka ramailah orang percaya Yahudi Delete video tu sebab konon Dajjal dalam video tu adalah benar.

Padahal…

Dah korang guna Content ada copyright sebagai video, sah sah kena block, dengan masukkan klip filem Matric, Lord Of The Ring, siap dengan sound effect yang ada copyright, memang Youtube tak akan benarkan lah sebab itu melanggar hak cipta pemilik asal.

Andaikan Youtube tu sejenis makhluk beragama Kristian, dan korang buat video puji Kristian tapi guna klip movie Hollywood ke, Bollywood ke dah tentu akan kena delete sebab video yang korang copy paste tu ada copyright.

Jadi, alkisahnya, waktu awal PKP, saya rakam anak saya azan “bersolatlah di rumah” dan post kat Youtube.

Tiba tiba dapat mesej dari Youtube video tu berstatus kuning (bukan hijau) kerana kandungannya menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Jadi saya tanyalah sorang youtuber ni maka dia dengan agenda teori konspirasi bagitahu video azan memang yahudi tak suka.

Eh? Saya post ceramah agama, atau cara buat muzakarah, lepas jer? Kenapa video azan tak boleh?

Tapi ialah, saya pun masih baru dalam dunia Youtuber maka bila saya baca ebook dari Amar ni yang mana dia ada cerita detail bab undang undang dan teknikal dunia Youtuber.

Terus saya ikut saranan dalam Ebook tu, yang mana Youtube ni dia guna robot untuk baca video kita, dan Robot biasanya akan silap menilai lalu bagi status video kita kuning atau merah.

Video ganas, mencarut, atau lucah, memang robot Youtube akan bagi signal kuning atau merah.
Jadi kata Amar dalam ebooknya, boleh minta pihak Youtube buat penilaian video secara manual.
Sayapun buat, kurang 24 jam, Youtube dah luluskan video azan waktu covid. (boleh rujuk video tu di channel saya)

Alhamdulillah.

Jika korang yang tiba tiba dah ada siaran TV Youtube tapi tak tahu nak beroperasi bagaimana elok baca Ebook dari Amar ini.

klik sini:


Dan saya akui untuk menjadi Youtuber (Dapat duit dari youtube) saya telah menempuh perjalanan yang agak sukar sebab saya jenis one man show. Cari sendiri ilmu, kaji, dan apply bila ada masa lapang.

Hasil tu ada tapi lambat. Bila saya baca Ebook Amar ni saya sangka semua dah tahu. Tapi rupanya banyak lagi setting yang sangat membantu lalu saya nasihat siapa siapa nak dapatkan ilmu Youtuber dengan cepat dan jelas. boleh kilk sini


Bagi yang dah ada youtube tapi tak ada pennton, dan nak belajar buat konten, tak perlu pening kepala sebab saudara amar dan teamnya dah kaji 107 konten paling top yang korang boleh belajar di link ini.


Namun siapapun kita, isi Youtube kita jangan mesra Dajjal tapi biarlah mesra syariah agar memberi manfaat waktu kita menjadi mayat kelak.

Woha!

Ps: Pesanan juga kepada mereka yang buat video dajjal nak keluar tu, jangan guna copy paste filem Hollywood sebagai video korang, memang kena block, buat video sambil mencuri hak cipta ni haram, korang nak berdakwah konon dajjal keluar tahun 2020, tapi korang mencuri hak cipta orang tak ke Dajjal tu?


Jul 9, 2020

Masjid yang di rindui?


Syukur Alhamdulillah, Masjid Sri Petaling, tempat kluster terbesar covid 19 dah berkahir setelah 4 bulan di kuaratin.

Saya lambat tahu tentang kewujudan masjid ni, di waktu zaman UMNO dan PAS bergaduh saling kafir mengkafir, saya yang masih remaja memilih menjauhi belajar agama sebab pergi majis mana mana, banyak ceramah politik cerita aib orang.

Hinggalah satu hari waktu belajar di IPTA Kelantan, kawan ajak pergi masjid Sri Petaling, beriktikaf 3 hari, naik bas free sebab ada orang tak jadi pergi. Saya pun on. Masa tu tahun 1998.

Dan di masjid itulah saya melihat Allah di sembah dengan cara yang paling layak Allah di sembah.

Solat subuh penuh macam solat Jumaat setiap hari, waktu rukuk, orang sebelah kiri kanan menitik air mata sedang bersolat, alamak, wujud lagi orang macam ni?

Lepas tu bila ustaz berceramah, langung takde nak kutuk sesiapa, nak kafirkan sesiapa, cerita tentang atas langit (wahyu) dan bawah bumi (kisah orang dah mati) sahaja, malahan para pendengar ceramah, beresak esak menangis macam esok dah nak mati- insaf bang.

Isi ceramah pulak selalu salahkan diri, dan kasihankan Ummat, dan bila ustaz bercerita kisah Nabi dan Sahabat, dalam bergenang air mata, kita seolah olah ternampak kehidupan penuh mujahadah orang terdahulu dalam mengembangkan agama.

Lepas dengar ceramah, pergi dewan makan, eh? Mana meja dan kerusi?, masing masing duduk bersila, makan dalam talam, peha kambing dalam talam, perghh, satu pengalaman baru, dan entah kenapa TehTarik di masjid itu adalah Teh Tarik paling sedap dalam dunia, (mereka guna susu kambing)

Kemudian pergi tidur dalam masjid, tapi kenapa pintu masjid tak kunci, karang masuk pencuri macam mana? Rupanya masjid tu tak de pintu, dan tak pernah tutup kerana masjid itu hidup 24 jam.

Apa tu masjid hidup 24 jam? Nun di depan mimbar masjid ada lampu kecil, untuk orang mengaji sepanjang malam, dan dilokasi lain yang gelap, ada orang sedang bertahajjud sepanjang malam,

Malam itu saya tak boleh tidur, sebab bunyi orang menangis teresak esak sangat menyeramkan, macam berada dalam penjara bersama orang yang nak kena gantung esok, dan ramainya yang menangis maka bunyinya seolah bunyi lebah sedang terbang.

Sayapun bangun, ambil wudhu, dan solat tahajjud, dan betul lah masjid yang ada suasana malaikat, angkat takbir sahaja, terus kita berhamburan air mata.

Tiga hari di masjid itu seolah berada di pintu masa, orang yang keluar masuk ke masjid seolah dari zaman sahabat, dengan pakaianya, celak di mata, senyuman di wajah, air mata di pipi, janggut yang basah, bau yang wangi, dan ada orang saya jumpa tidur atas pelepah tamar! saya cuba tidur atas tu, aduhh, tak boleh gerak, dan katanya, Nabi tidur atas pelepah tamar Hamka.. oh insaf. Ni menangis ni wahabi jika tengok!

Bila ada kesempatan berborak dengan orang yang nampak macam datang dari zaman 1400 tahun dahulu, rupanya mereka semua bukan perentas masa, mereka adalah orang yang hidup zaman ni, ada doctor, professor, jurutera, artis dan ramai lagi lah, terkejut tengok orang boleh enjoy hidup macam orang kafir tapi pilih cara hidup zaman Nabi, Hidayat milik Allah!

Itu belum cerita kisah Mualaf masuk Islam bila jumpa puak puak dakwah ni, panjang nak cerita bang

Pendek cerita, Bila nak balik, saya cari tabung derma nak bagi sedikit sumbangan sebab dah guna api air kan, tapi masjid yang besar tiga padang bola tu, tak de tabung derma! Saya Tanya kenapa? Katanya, jangan harap pada makhluk! Habis tu siapa bayar bil elektrik dan api?

“Allah bayar!”

Ringkas cerita, masjid Sri Petaling yang tiada pintu, tapi ujian Allah segala boleh berlaku, telah di tutup dengan pagar kat luar sempena Covid 19, namun empat bulan kemudian, pagar itu kini dibuka.

Jemaah Sri Petaling yang selalu keluar berdakwah 4 bulan, telah di rehatkan selama 4 bulan, dan InsyaAllah “pintu masa” akan kembali terbuka, dan dapatlah kita lihat orang tidur asas pelepah tamar sebijik macam zaman Nabi dulu!

Woha!

Jul 7, 2020

7.7 Apa ada pada Tujuh hb Tujuh?

(Fakta yang tersimpan 1400 tahun)


7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor lembu kurus.

7 musim subur dan 7 musim kemarau.

Promosi 7.7 dan 7 isi penting.

Kisah ini ALLAH nukilkan di dalam Al-Quran, surah Yusuf, satu-satunya surah yang bercerita tentang seorang Nabi dari kecil hingga dewasa.

1. Dalam mimpi Raja Mesir, beliau melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus.

2. Dipanggil selllluuuruuuh ahlil-nujum satu negara utk mentafsir mimpi tersebut dan tiada seorang pun dapat berikan tafsiran yg tepat.

3. Sehinggalah sampai pengkhabaran kepada Raja Mesir tentang seorang banduan daripada penjara Mesir yg pandai mentafsir mimpi.

4. Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Nabi Yusoff 'alaihissalam. Nabi Yusoff dipanggil oleh Raja Mesir untuk mentadbir mimpi tadi. Nabi mentafsirkan bahawa nagara Mesir akan hadapi 7 tahun musim subur dan 7 tahun musim kemarau.

5. Nasihat Nabi Yusoff, tinggalkan SEPARUH gandum yg dituai selama 7 tahun pada tangkainya. Ia untuk kegunaan di musim kemarau.

6. Ibrah (iktibar) yg boleh kita ambil ialah, ketika ekonomi dlm keadaan baik, BANYAKKAN SIMPANAN.

7. Dan ketika gawat, SIMPANAN (dalam konteks Mesir ialah gandum) amat diperlukan.

7 Pengajaran, iktibar dan persoalan.

1. Jika zaman Nabi Yusof, gandum sebagai komoditi utama yang dijadikan bekalan. Apa pula yang boleh disesuaikan pada zaman sekarang? Emas? Tunai?

2. Pada saya, ialah apa sahaja yang tahu oleh convert kepada tunai dengan segera. Tidak semestinya wang tunai di bank. Ia boleh jadi emas. Ia boleh jadi saham. Ia juga boleh jadi unit trust. Semua ini ialah aset mudah cair.

3. Jika zaman nabi Yusof, rakyat Mesir beruntung sebab Raja Mesir dapat petunjuk melalui mimpi baginda. Kita sekarang di Malaysia hendak tunggu mimpi siapa?

4. Jika Raja Mesir membawa Nabi Yusof dari pintu penjara ke singgahsana istana untuk menjaga hal ehwal ekonomi, hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa Tengku Zafrul dari pintu bank ke kerusi menteri untuk menjaga Kementerian Kewangan.

5. Kerajaan Mesir sudah berikan signal untuk rakyat menyimpan gandum sepanjang tempoh musim subur supaya tak kebulur ketika musim kemarau.

Kerajaan Malaysia tak bagi signal ketika musim subur dulu pada zaman Tun M, Pak Lah, DSNR dan kemudian kembali kpd Tun M. Tapi yang pastinya ketika musim "kemarau" ini banyak "gandum" yang telah disimpan lama mula diagihkan melalui moratorium, pengeluaran KWSP, projek PRIHATIN, projek PENJANA dan sebagainya.

6. Rakyat Malaysia perlu ambil iktibar. Bukit yang ditarah setiap hari lagikan akan rata. Gandum yang diberikan setiap hari pun tak mustahil akan habis.

7. Hari ini 7.7, banyak jualan murah dijalankan. Belanja dengan berhemah. Jadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak. Jangan beli semata sebab ada peluang tapi beli sebab ia memang kita cari.

Kena bersedia utk menghadapi situasi yang lebih teruk dan lebih buruk. Zaman Nabi Yusof, tempohnya 7 musim. Malaysia? Wallahua'lam.

(Dipetik dari Afyan Mat Rawi pakar kewangan antara yang dikongsikan dalam sesi-sesi BMW: Bijak Mengurus Wang secara islamik)

Nak tahu detail kisah macam ni, kelik sini dan selamat membaca:


Woha!


Jul 3, 2020

Anak Autsime ke Pasar Payang?

Anak syurga autism saya bawak pergi Pasar Payang, parking belakang Astaka (Hock Kee Seng) lepas tu jalan kaki, sampai depan Pasar Payang, naik bot pergi ke Seberang Takir, dulu RM1 sahaja, sekarang RM2, takpe, bagi anak seronok naik bot.

Dah puas naik bot, bawa anak ke Padang I Love KT, terus anak syurga leka bermain batu kerikil, kemudian kami jalan kaki ke kampong cina, tengok lukisan dinding, jangan tak percaya antara celah celah bangunan kampong cina, ada orang jual keropok lekor.

Kemudian kami ke Pasar Payang, makan keropok dan Mee Sup Perut lembu, perghhh, kenangan betul makan mee kat situ. Lepas tu sambung jalan kaki, di jalanan terjumpa dengan Supupu, mereka terkejut tengok kami sekeluarga jalan kaki dari Astaka ke Kampung Cina,

Saya cakap ini adalah terapi untuk anak autism. Dan ini dekat sahaja, sebab sebelum ni kami parking kereta kat Seberang Takir, dan jalan kaki naik jambatan drawbridge ke kampong cina, lepas tu balik naik bot.

Pun masih dekat lagi, biasa dengan anak syurga ni kami naik bukit laluan hutan mencecah 7km dan kami semua penat, tapi anak syurga tenaganya belum habis. Tengok video ini, lepas berjalan dua tiga kilometer anak syurga ajak saya main pusing pusing yang mana saya dah penat tapi dia selamba.. Itulah kelebihan anak syurga saya, semoga Iman dapat bawa ayah jalan jalan ke syurga pula.

Woha!