Sep 11, 2019

Apa masalah paling besar?


(Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?)

Alkisahnya anak perempuan umur 13 tahun mengadu ada masalah di asrama, saya pun suruh dia senaraikan sepuluh masalah itu:

Katanya:

  1. kawan suka mencarut.
  2. kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing.
  3. Warden tak bagi bawa telefon.
  4. cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat.
  5. Ayah ambik lambat waktu cuti.
  6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar.
  7. Baju sukan hilang kena curi
  8. cicak berak atas berus gigi
  9. kena ejek sabab baju sama
  10. Pingan makan hilang.


Okey, Alhamdulillah dia nak mengadu, jadi saya jawab lebih kurang..

1.kawan suka mencarut. (Jangan rapat sangat dengan kawan macam tu, cari kawan yang suka berzikir, dan jadikan diri kita seorang yang jaga lidah)

2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing. (pilih kawan yang perangai macam penjual minyak wangi, kawan yang ramai, kita boleh pilih)

3.Warden tak bagi bawa telefon. (ayah setuju, tak bagus langung bawa smartphone ke asrama)

4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat. (nanti pergi belajar oversea Bahasa English lagi pekat)

5.Ayah ambik lambat waktu cuti. (maaf, ayah agak sibuk, tapi anak lelaki semua balik naik bas, na ayah tetap ambik walaupun jauh 90km, tak sanggup tengok na naik bas macam abang-abang)

6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar. (bincang dengan cikgu, dan ketua kelas, nak duduk kerusi depan sekali, benda boleh bincang)

7. Baju sukan hilang kena curi (Pakai dulu baju sukan mana yang ada, dan lain kali tulis nama baju besar besar kat Kawasan dalam tudung diluar baju biar pencuri malu)

8.cicak berak atas berus gigi (basuh jer lah, beli baru dekat koperasi)

9.kena ejek sabab baju sama (ayah orang lelaki, bangga jika ada baju sama dengan kawan, jadi maaf tak dapat bantu bab ini)

10. Pingan makan hilang. (ayah call warden ganti pingan baru, ayah akan bayarkan)

Okey, begitulah lebih kurang masalah terbesar anak mengadu pada ayahnya, lepas tu saya suruh dia senaraikan 10 kelebihan duduk asrama, katanya:

  1. Dapat belajar berdikari.
  2. Dapat ramai sangat kawan
  3. Dapat kenal budaya terengganu.
  4. Bangun awal subuh
  5. Sekolah yang luas, banyak kemudahan (dulu dia sekolah rendah sekolah agama yang kecil sahaja)
  6. Banyak program keagamaan
  7. Ayah ambik bukan naik bas. (tak macam abang abang)
  8. Tak bergaduh dengan adik dan ayah.
  9. Banyak masa belajar sebab tak kena jemur baju, angkat baju, lipat baju macam kat rumah.
  10. rindu menambah kasih sayang.


Haha ha, kelagar jugak tengok cara anak berfikir, rupanya seronok duduk asrama sebab kat rumah selalu kena suruh sampai gaduh gaduh, ha ha.

Lepas tu saya tanya dia satu soalan:

Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?

Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.

Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.

Jadi, apakah masalah terbesar itu?

Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?

Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…

Kenapa?

Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.

Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”

Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.

Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?

Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.

Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.

Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?

Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!

Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!

Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.

Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.

Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Emak saya pun dah mati, dan saya tak sedih sangat sebab saya tahu emak saya orang islam dan tempatnya di syurga, Cuma saya takut saya lambat masuk syurga sebab banyak dosa..

“Mak, Hamka ada mimpi mak pakai baju emas tersenyum di tempat indah, rindu pada mak, tapi takpe, Allah ambik mak dalam keadaaan mak seorang islam. Terima kasih Ya Allah”

Jadi anakku di asrama, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.

Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.

Kepada Allah, aku menyebut nyebut nikmat hidup dalam keadaan beriman ini.

Oh Tuhan yang boleh membolak balikkan hati manusia, kasihanlah kami yang hina dan banyak dosa ini, janganlah kau matikan kami tanpa iman, dan andai kata umur pendek baik untuk kami, pendekkan umur kami, jika umur Panjang baik untuk kami, maka panjangkan umur kami,

Tiada daya upaya melainkan dengan Izinmu.

Terima kasih Allah, bagi kami Islam,

Terima kasih.
.
.
.
.
.

Ps: hamka keretamayat adalah seorang penulis buku, sudah 12 buku telah ditulis beliau, beliau juga boleh ditemui pada 15hb Sept ini di Ampang KL kerana beliau adakan kursus menulis, jom jumpa di sana-woha



5 comments:

Kak Feni said...

Alhamdulillah. Terima kasih untuk pesanan keimanan ini.

Warisan Petani said...

Mudah2an anak2 kita mengenali sang penciptanya

Pendekar Berkuda said...

Salam hamka.

Lama aku tak baca-baca blog pemikir. Banyak dah aku tertinggal rupanya.

Hahaha.

Bonda said...

Tq untuk pesanan ini. Alhamdulillah.

EraQQ - Poker & Domino Online said...
This comment has been removed by a blog administrator.