Dec 20, 2017

Semua Bidaah itu sesat?

(baca sampai habis dan sila bersetuju di perenggan akhir-woha!)

Soalan pembaca: “Salam, baru baru ni Zakir Naik yang pernah Encik Hamka puji update facebook bagitahu sambut Maulid tu Bidaah, semua tahu Bidaah itu sesat, tapi kenapa encik Hamka menyokong Maulid?”

Jawapan:

Aku pernah tak setuju dengan Ustaz Azhar isu orang ke Bulan, tapi aku setuju jer bab Fekah yang lain, aku juga tak setuju bab ustaz Rora larang orang selawat antara tarawih, tapi bab lain ada yang bagus, sama jugak kes Dr Zakir Naik ini, bab perbandingan agama, sangat bagus hujah dia, Tapi bab akidah dan fekah, Dr Zakir Naik ni bukan ahlinya.

Tak nak sambut maulid, duduk lah diam-diam, tak jadi masalah. Tapi bila tuduh sesat kepada orang yang tak terima fatwa mereka, itu lah punca segala masalah, pengganas atas nama islam pulak bukan boleh dengar perkataan bidaah, terus tuduh kafir dan nak bunuh orang jer, itu di Mesir yang sampai orang tengah solat pun mereka sanggup bunuh.

Padahal Islam agama kedamaian, kenapa nak gaduh gaduh? Kenapa nak sesatkan bidaah hasanah? Kenapa nak guna satu hadis jer dalam berhujah? “Setiap bid’ah itu sesat.”

Padahal banyak lagi hadis lain yang cerita bab bidaah tak sesat, contohnya:

“Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam contoh amal yang baik lalu diamalkan orang kemudian, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan baik dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu”(HR Muslim)

Nampak tak Hadis ni yang benarkan MENGADAKAN CONTOH YANG BAIK atau namanya Bidaah Hasanah!

Sahabat Nabi, Saidina Umar bila tambah rakaat Solat Tarawih, siap cakap: “Alangkah cantiknya bidah ini”

Jadi memang ada pun bidaah yang baik, tak percaya?

Mari kita tengok contoh bagaimana di zaman Nabi pun ramai sahabat buat Bidaah yang baik seperti:-
  • Tambah baca doa sebelum al fatihah, (Abdullah Ibn Umar) 
  • Tambah baca ayat al ikhlas dalam setiap rakaat, (Anas bin Malik)
  • Berzikir dengan ulang Surah Al Ikhlas banyak kali (Abu Sa’id al-Khudri)
  • Menambah lafaz Doa dalam Solat (Abu Buraidah) 
  • Ganti mandi wajid dengan tayammun sebab cuaca sejuk (Amru bin Al-Ash) 
  • Tambah solat wudhu lepas ambil wudhu, (Bilal Bin Rabah)
  • Tambah solat sunat dua rakaat sebelum kena bunuh, (Khubaib Ibn ‘Adi al-Ansari) 
  • Menambah doa ketika iktidal, (Rifa’ah Ibn Rafi’ az-Zurqi)
  • Menjadikan surah Al fatihah sebagai "ubat" ketika di sengat binatang, (Abu Sa’id al-Khundri)
  • Baca Al fatihah kepada orang yang sakit gila (Kharijah Bin Shil)
  • Mengubah posisi jarak makmum dalam solat Jemaah, (Ibn Abbas)
  • Memperbaharui kaedah Masbuk dalam solat, (Muaz bin Jabal)
  • Bertasawul kepada Nabi dalam perang, (Bani Zuhl bin Syaiban)
  • Cadangan Azan Sebelum Solat (lupa nama Sahabat ini)
  • Makan Biawak Dhab(lupa nama sahabat)
  • Sahabt Berzikir beramar-ramai dan Nabi memuji.. (lupa nama sahabat)
  • dan banyak lagi.
Nampak tak? sahabat menambah Bidaah Hasanah, dan Nabi tidak larang, malah Nabi memuji dan menggalakkanya! Jika semua Bidaah sesat dah tentu Nabi larang.

Maka fahamlah kita dizaman wahyu belum berhenti, Nabi benarkan sahabat membuat bidaah Hasanah, atau contoh yang baik, padahal dengan kuasa Wahyu, boleh jer turun ayat yang larang semua ini, tapi Nabi benarkan dan galakan, korang Nampak tak?

Namun ada jugak amalan Bidaah yang Nabi larang, seperti Sahabat sengaja tak nak kahwin, Tak nak cium anak, maka Nabi larang sebab itu Bidaah yang sesat, jadi guna common sense bahawa memang ada Bidaah yang baik (nabi benarkan) dan Bidaah yang sesat (Nabi larang)

Nak tahu mana satu common sense, bermesyuaratlah, rujuk Ijmak Ulamak.

Ok, itu ketika Nabi masih hidup, ada tak bidaah Hasanah yang sahabat buat selepas kewafatan Nabi?

Jawapanya dah tentulah ada seperti:- 
  • Tambah rakaat solat tarawih, 
  • Tambah amalan tawaf antara rehat tarawih, 
  • Menulis hadis, 
  • Membukukan Al quran, 
  • Solat sunat secara berjemaah, 
  • Bertasbih dengan biji kurma
  • Bertasbih dengan Simpulan Benang
  • Azan kedua di hari Jumaat, 
  • Ubah makam Ibrahim dari tempat asalnya, 
  • Ubah suai Masjid Nabi, 
  • Berdiri di tangga berbeza ketika membaca Khutbah, 
  • Mencipta selawat ke atas Nabi, 
  • Menulis ilmu Nahu, 
  • Letak titik pada huruf di dalam mashaf Al-Qur’an, 
  • Menetapkan Nisab 40 Hari dan 4 Bulan di Jalan Allah
  • dan banyak lagi.

Jadi memang wujudpun Bidaah Hasanah walaupun di zaman Sahabat dan Tabieen, jadi tak payah gaduh gaduh.

Balik Zaman kita ni pulak, ada tak Bidaah Hasanah yang di buat oleh Ulamak? jawapan ada seperti:-
  • Maulid Nabi-Sambut Birthday bini yang kita sayang boleh? tak kan nak sambut birthday Nabi Muhammad yang lebih kita sayang tak boleh?
  • Baca ‘Quran Hour’ atau baca Yassin di setiap malam Jumaat, atau baca Sujud Sejadah di Hari Jumaat, atau Baca qunut di setiap solat subuh.
  • Kutip derma waktu ceramah, atau jual Meja Iftar atas tujuan dakwah
  • Karang pelbagai Kitab agama
  • Jual Kitab agama
  • Tambah Selawat selepas Nama Nabi di kitab
  • Tambah Pujian kepada Nama sabahat di Kitab
  • Buat Universiti Islam (zaman Nabi Takde)
  • Tetapkan masa Belajar (4 tahun untuk Phd Hadis misalnya)-zaman Nabi takde
  • Bayar Zakat guna wang (Mesyuarat di Malaysia putuskan tak ikut Mazhab Syafee dalam bab ni, no problem, guna Common sense secara mesyuarat)
  • Keluar Berdakwah 3 hari, 40 hari, 4bulan
  • Gantung bendera menjelang pilihan raya
  • Buat Uniform khas untuk Tok Imam
  • Solat sambil tengok Al quran atau ada yang tengok Al quran di smart Phone
  • Berqasidah
  • Wirid selepas solat
  • Berdoa secara berjemaah selepas solat
  • Bernasyid
  • Melafazkan niat Solat, Puasa dan lain lain.
  • Ucapan Bilal sebelum azan Jumaat
  • Bersalaman selepas solat
  • Sedekah Bacaan Al quran dan doa kepada orang mati
  • Mencium Al quran
  • Guna Tasbih kayu, plastik, elektronik.
  • Berdakwah di Blog, FB, Instagram dan lain lain
  • Meletak gambar Ustaz
  • Dan banyak lagi, korang boleh tambah
Jadi memang wujudpun Bidaah Hasanah ni, bolah guna dalil dan Nas, syaratnya rujuk pada orang yang berlimu, jangan sempitkan agama dengan Haram dulu, Ikut Imam Syafee, harus dulu baru cari dalil. 

Masalah puak wahabi bila berhujah guna keadah yang keras:

“segala amal itu haram, sehinggalah ada hujah yang membenarkannya”

Bila start hukum Haram dulu, maka  kerana cetek ilmu, maka amalan ziarah kubur, maulid, qasidah, qodo solat, tahlil, zikir lepas solat, qunut, baca yassin,  dan lain lain semuanya difahami sebagai HARAM dahulu sebelum jumpa dalil, lepas tu kerana cetek ilmu lagi sebab tak jumpa hujah, terus anggap semua tu BIDAAH dan HARAM dan masuk NERAKA!

Adohai, Islam agama kedamaian, kenapa nak berhujah guna kaedah yang keras, padahal Imam Syafiee ajar kaedah yang lembut:

“Asal bagi segala perkara adalah harus sehingga terdapat dalil yang menunjukkan kepada tidak harus”

Kan senang tu, apa-apa HARUS dulu, baru cari dalil, jika HARAM dulu, memang gaduh..

Akhir kata, jangan gaduh gaduh, duduk Malaysia ikut jer lah Mazhab Imam Syafee, lagipun bukan Iman Syafie sorang sahaja yang membahagikan bidaah kepada Sesat  dan Bidaah Hasanah

Antaranya: Imam Ibn Hajar, Imam al Baihaqi, Imam al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Shuyuti, Ibn Taimiyyah, dan ramai lagi Ulamak lain.

Of Course, memang ada Ulamak yang tak setuju seperti Imam asy Syatibi yang mendakwa bidaah semuanya tercela.

Walau bagaimanapun Imam asy Syatibi mengakui ada di antara bidaah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya ‘bidaah’ tetapi memasukkannya dalam kategori ‘Maslahah al Mursalah’ (kepentingan umum).

So masalah istilah sahaja, buat apa nak gaduh?, benda baik ikut dapat pahala, kan senang? Memang jika berdebat dengan wahabi Malaysia, mereka takut sangat dengan istilah BIDAAH sehingga Bidaah Hasanah mereka tukar kepada lebel lain, konon hal dunia lah, padahal, ulamak ulamak terdahulu, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat tapi ianya baik)

Takdelah susah susah nak lebel dunia lah, Masaqah lah, maslahah lah, apa lah, padahal ulamak dahulu tak berdustapun atas nama nabi, jika amalam itu baik nabi tak buat-namakan bidaah hasanah, jika amalan buruk nabi tak buat, namakan bidaah sesat, kan senang?

Sama jugak macam ulamak namakan hadis soheh, hadis hassan, hadis daif, hadis palsu.., kan senang nak tapis? so tolong jangan  jadi macam anti hadis pulak,yang tolak semua hadis sebab sempitkan agama ikut cara nafsu dia faham, sama jugak yang anti bidaah hasanah, terus sempitkan larangan Nabi konon semuanya haram, padahal apa yang Nabi tak buat itu belum tentu haram, sebab tu Allah suruh mesyuarat di zaman wahyu berhenti ini agar Umat Islam menjadi bijaksana dalam berhukum.

Jadi bermesyuaratlah, dan ambilah fatwa dari hati yang mempunyai takwa.

Sekian.

Ps: Asal bagi segala perkara adalah harus, Terima kasih kerana bersetuju-woha!

18 comments:

hamdan said...

cantik. kemas.

Daripada Abi Tha’labah al-Khusyani iaitu Jurthum bin Nasyir r.a. daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Sesungguhnya Allah ta’ala telah memfardhukan beberapa kefardhuan maka janganlah kamu mensia-siakannya, menetapkan batas-batas maka janganlah kamu melampauinya, mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu menghampirinya dan diam (tidak menyebutkan hukum) beberapa perkara sebagai satu rahmat kepada kamu serta bukan kerana lupa maka janganlah kamu mencari-carinya”.

Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadith di atas Imam as-Syafi’ie membuat kesimpulan dengan mengeluarkan qaedah fiqh yang berbunyi:

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيلُ عَلَى عَدَمِ الْإِبَاحَةِ

Asal bagi segala perkara adalah harus sehingga terdapat dalil yang menunjukkan kepada tidak harus.

terbaik!

Anonymous said...

hukum asal segala sesuatu adalah mubah (boleh-boleh saja)

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

Dialah yang telah menciptakan untuk kalian semua apa-apa yang ada di bumi [Al-Baqarah:29]

semua yang ada di bumi, boleh kita manfaatkan kecuali ada dalil yang mengharamkan, sehingga apabila ada seseorang mengatakan : " Ayam halal". maka tidak dituntut dalil, berbeda dengan seseorang yang mengatakan bahwa ayam haram, maka dia ini yang dituntut dalil.

adapun asal ibadah adalah tidak disyari'atkan hingga ada dalil yang menyebutkan tentang pensyari'atannya

menciptakan sebuah hukum adalah hak Allah, sehingga siapa pun tidak boleh melangkahiNya dalam menentukan hukum :

ketika orang-orang musyrik mengadakan ibadah2 haji yang ternyata berbeda dengan yang Ibrahim lakukan, Allah menanyakan mereka :

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

Apakah mereka memiliki sekutu2 yang mensyari'atkan dalam masalah agama sesuatu yang tidak diijinkan oleh Allah? [Asy-Syuura:21]

ayat diatas merupakan pertanyaan yang mengandung pengingkaran, siapakah yang mengada-ada dalam agama padahal Allah tidak mengijinkan hal tersebut, sekiranya Allh mengijinkan hal tersebut, tentu akan disampaikan kepada hambaNya

kakasyhi sensei said...

Hukum asal perkara dunia adalah HALAH/BOLEH
Jadi, semua perkara dunia/hablum minan naas hukumnya adalah boleh, kecuali ada larangannya dalam syriat.

Hukum asal perkara Ibadat adalah HARAM/TERLARANG.
Semua bentuk ibadah/hablumminalloh adalah haram kecuali ada perintahnya dalam syariat.

setau saya itu adalah kaidah usul

papisma said...

DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah– atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.

AMYSSB said...

Itu lah sebab nya kita harus berpandukan Al Quran bukan ustaq ustaq yang cari makan dan mengumpul duit melalui kutipan hasil ceramah ugama untuk membayar ansuran kereta mewah dan rumah besar mereka. (Maklumlah, jika dituruti hati, dan sunnah, Ustaz kenalah beli rumah besar untuk memuatkan keempat isteri isteri beserta anak anak hasil dari hubungan intim yang halal.) Berilah pengajaran Islam sebagaimana yang dituntut oleh Allah; yakni secara percuma.

Carilah duit dengan melakukan pekerjaan yang sebenar, bukan direka reka memperalatkan ugama sebagai mata pencarian. Sesungguhnya wang mempunyai kuasa untuk mencemarkan keikhlasan mana mana insan dalam berugama.

Surah Yasin Ayat 21 (36:21)

“Ikutilah orang yang tidak meminta upahan darimu, dan yang mendapat petunjuk”.

Anonymous said...

Orang tabligh tak mintak upah kau tak ikut pulak amy?


Sembang

Azwan Ali said...

Andai ada seorang utusan di zaman nabi dan para sahabat dihantar ke zaman kita melalui "terowong masa", pasti dia akan dapati banyak amalan yang dibuat oleh majoriti umat islam hari ini tidak sama dengan yang diajar oleh nabi dan diikuti oleh para sahabat.

Andai ada juga seorang dari kita yang dihantar ke zaman nabi dan para sahabat melalui "terowong masa", pasti juga dia akan dapati banyak amalan nabi dan para sahabat yang tidak sama dengan zaman kita hari ini.

Ayoh, mari kita berfikir, kerana umat berjaya adalah umat berfikir. Berfikirlah!

AMYSSB said...

Maksud tuan Kumpulan yang tinggalkan tanggungjawap (anak& isteri) untuk Kehulu Kehilir, ketuk rumah orang menyeru(kadang-kadang paksa) orang untuk beriman', agaknya apa yang membuat kan mereka merasa yang tuhan perlu pertolongan dari mereka, mereka tak jumpa ke ayat dibawah ini,

"Dan jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ? AQ 10:99

muslim said...

Tiba bulan maulid, geng geng wahabi gelisah sbb ramainya umat Islam memuliakan hari dan bulan kelahiran Nabi saw. Sesungguhnya Iblis berteriak menangis pada 4 peristiwa ;
1. Ketika dia dilaknat Allah swt
2. Ketika dia diusir dr Syurga
3. Ketika Surah Fatihah diturunkan
4. Ketika Nabi saw dilahirkan.

Mashur 12 Rabi'ul awwal ;
1. Tarikh Nabi saw dilahirkan
2. Tarikh Hijrah Nabi saw sampai di Madinah
3. Tarikh wafat Nabi saw.

Bulan Rabi'ul awwal umat Islam memperingati dan memuliakan kedatangannya tanda kesyukuran atas pengutusan Nabi saw, sedang Iblis beserta golongan yg terpedaya dgnnya bersedih dan gelisah pula dgn kedtgnnya.

AMYSSB said...

”Sebebal-bebal manusia bertuhan, apabila dirinya jahil dan tidak terasa Tuhannya teramat hampir dengannya serta jahil untuk mengguna pakai Tuhannya demi munafaat yang disediakan oleh Tuhannya.”

almthalia said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

Anonymous said...

Assalam

karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedangkan Kamilah yang menghisab amalan mereka. (Ar-Ra'd: 40)
{فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُصيْطِرٍ}
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan, kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka. (Al-Gasyiyah: 21-22)

Takkan hilang tabligh di dunia...

2 thumbs up tuan rumah...

Azwan Ali said...

Hamka tulis kata “Aku pernah tak setuju dengan Ustaz Azhar isu orang ke Bulan, tapi aku setuju jer bab Fekah yang lain, aku juga tak setuju bab ustaz Rora larang orang selawat antara tarawih, tapi bab lain ada yang bagus, sama jugak kes Dr Zakir Naik ini, bab perbandingan agama, sangat bagus hujah dia, Tapi bab akidah dan fekah, Dr Zakir Naik ni bukan ahlinya”.

Kalau macam tu, orang lain pun boleh bersetuju dan tak bersetuju dengan Hamka, ya dak? Sebab Hamka ni apa pula keahliannya? Akidah? Fekah? Tasawwuf? Al-Qur’an? Hadith?

Azwan Ali said...

Dan orang lain pun boleh jugak memilih-milih dengan siapa dia bersetuju atau tidak, ya dak?

Maulana-maulana tabligh ni siapa pulak? Apa keahlian mereka?

Kalau Hamka boleh memilih-milih untuk setuju dan tak bersetuju dengan orang, orang lain pun boleh jugak la kan? Setuju?

amy said...

Aku memilih kebenaran dan jalan yang lurus surah 1 ayat 6

Anonymous said...

Assalam,
Surah 1 ayat 6 diturunkan kepada Muhammad saw di Mekah.
Dialah pelupur ketuk pintu dari rumah ke rumah di setiap lorong di Mekah
Dia juga yang arahkan suami-suami tinggalkan anak bini semata-mata kerana dakwah.
Kalau bukan kerana ini maka bagaimana Islam sampai pada saya dan kita semua yang jauh beribu batu dari Mekah.

Masyallah. Semoga kita berakhir dengan pengakhiran yang baik.

Anonymous said...

bab furuk ni memang la selisih kat mana2 pun.. xjadi masalah selagi x langgar syarak dan berlapang dada.. imam 4mazhab selisih juga bab furuq,selisih yg berlapang dada..
kita pun selisih la juga, pasal kita pun amek pilih salah 1 imam tu kan?bila pilih salah 1 memang selisih la kan hehe.. tapi kena selisih yg berlapang dada la mcm imam2 tu tadi..
tapi ramai yg x tau bukan itu point pentingnya.. point pentingnya ialah bila bab akidah kita yg dah selisih ngan imam 4 mazhab tu.. sedangkan 4 mazhab tu akidahnya x berselisihan antara 1 sama lain,keempat2 akidah mereka sama, iaitu akidah tanzih..kalo akidah kita selisih ngan mereka, sampai terbabas pegang akidah yg x tanzih, lepas tu kita amal qunut atau x amal qunut ke, ibaratnya mcm dah x berguna lagi, sebabnya akidah kita pun dah x ikut sunnah hehe.. dah terkeluar jalur..yg jadikan seseorang tu duduk dalam jalur ahlusunah tu bukanlah memilih bab furuq dari imam 4 mazhab tu tadi, tapi memegang akidah yg imam 4 mazhab tu bawa@pegang yg berasal dari nabi saw dan sahabat2 turun2 ke anak murid masing(imam2 besar yg lain).. kalo akidah selisih ngan dorang, dah x perlu cerita bab furuq la hehe.. yg dikatakan imam 4 mazhab itu ahlusunnah bukan la pasal selisih bab furuq tu.. tapi akidah yg mereka pegang tu la yg dikatakan ahlusunnahwaljamaah.. namun ada golongan yg cerdas utk memahami akidah tanzih ini, dengan mengenetepikan imam2 besar golongan khalaf(murid2 salaf), imam 4 mazhab ni golongan salaf bukan khalaf.. jadi dia direct terus ke salaf tak melalui khalaf.. cerdas la ni hehehe..walhal khalaf tu anak murid kepada salaf hehe.. nak kenal arwah atok kita, kita kena la lalu mak@ayah kita, nak belajar salaf kena lalu khalaf.. kalo direct tu.. cerdas la tu..hehe.. kalo akidah x tanzih sama mcm imam 4 mazhab tu, maknanya bukan Ahlusunnah la walaupun kamu qunut atau x qunut.. itu point dia.. masa darjah 1 dlu belajar dah akidah tanzih ni(sifat 20).. jgn kata ni bukan pelajaran utk orang awam lak hehehe.. bila paham akidah yg 4 mazhab tu bawa, baru kita bleh paham sape yg ahlusunnah dan sape yg dah terkeluar jalur ahlusunah walaupun dia sembang lebat..insyaAllah..

hamka said...

terima kasih atas komen yang baik baik, kepada geng anti hadis pergilah berdakwah rumah ke rumah jika korang di jalan yang benar.