Aug 20, 2016

Jumpa Tuhan guna duit haram?

(cerita pendek di musim haji)

Ada sahabat lelaki dapat panggilan pergi haji, tapi duit tak cukup, lalu beliau berniaga on line jual macam macam produk.

Antara produk yang beliau jual, ada satu produk yang aku cukup tak berkenan iaitu  beliau jual Thumb drive yang ada kartun Upin dan Ipin, Didi and Frends, Boyboyboy dan banyak lagi. RM100 satu Thumb drive 8G.

Aku mesej dia secara personal cakap, haram jual thumb drive ada kartun tanpa izin dari penerbit, awak dah sama macam lanun cetak rompak cuma mereka guna DVD dan awak guna pen drive.

Pada mulanya, dia kata siapa dalam dunia ni yang tak buat dosa tengok cetak rompak?, mungkin pelukis kartun tu masa belajar dulu layan CD cetak rompak, atau guna software pirate, dan awak yang menegur saya ni, pernah juga nampak layan youtube yang di upload secara haram oleh user waktu zaman maharajalawak sedang top.

Ok, jika nak cerita dosa orang, memang tak habis, tapi dosa orang bukan alasan untuk kita buat dosa yang sama, malahan jika ada orang kepit rokok di tangan dan nasihat orang jangan merokok, maka nasihatnya betul, kerana nasihatnya adalah fact. Nabi pun ada pesan jangan tengok orang yang bercakap, tapi dengarlah apa yang dia cakap.

Dia tetap nak berkeras nak jual thumb drive kartun cetak rompak sebab aku dah bank in RM 100, kata aku, duit tu saya hadiah untuk awak pergi haji, ingat! awak nak PERGI HAJI, kenapa nak guna wang dari sumber yang haram untuk berjumpa dengan ALLAH?

Dengar perkataan “berjumpa dengan Allah guna duit haram” terus dia up status FB mintak maaf kepada yang dah bank in, dan akan pulangkan wang sebab hukum haram tetap haram walaupun di nasihat oleh orang yang banyak dosa macam Hamka Kereta mayat.

Pendek cerita, semalam dia call, duit semua dah cukup, alhamdulillah. Katanya Allah bagi rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka, dia juga sangat berterima kasih kerana menegur isu jual thumb drive cetak rompak.

Aku pesan pada dia, jika teringat aku kat Mekah, doakan dosa aku tengok cerita cetak rompak di ampuni.


Hu hu…

11 comments:

Neil Zar said...

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Anonymous said...

apa kata para ulama mutaakhirin tentang hal ni, ada tak fatwa daripada mana2 pihak

Anonymous said...

relate dengan hal ni, macam mana pulak hukum membeli barang2 tiruan? contohnya kasut tiruan, spare part kenderaan tiruan, jam tangan tiruan. Uih.. banyak giler dosa dalam hal ni kalau nak check satu2

Anonymous said...

Hamka, kenapa dalam entri-entri yang dulu-dulu hamka ada guna istilah fatwa kaum kera? siapa mereka? kenapa?

wanita bersalin said...

hehe...boleh ek orang lain mohon dosa orang lain di ampunkan.. huuuhuu...ok...woohaaa...

wanita bersalin said...

heee huu... boleh ek mintak orang doakan buang dosa kite...woohaaa....statement pecah perut dr keretamayat... enjoyyy life woohaaa...thanks keretamayat.. inspired!

Anonymous said...

tawasul..boleh ler,ape yg x bleh plak

Anonymous said...

Hamka tolong Reply!!
Macamna pulak kalau aku keluar IPB 4 Bulan pakai duit ASB? Ramai plk ckp duit ASB Haram... Tpi itu je duit yg aku ada...

Hamka Kereta Mayat said...

Neil Zar: benar!

Anonymous: benda ni macam traffic light, haram tak langgar? Maka jadi haram sebab menyusahkan pihak lain, jadi dalam bab harta intelek, akan menyusahkan banyak pihak, think.

Anonymous: Barang tiruan penjual dan pembeli tahu, contoh, kasut cap buaya dan kasut cap biawak, itu mungkin boleh, tapi jika tiru penjual tahu dan pembeli tak tahu, contoh, tiru sebijik kasut cap buaya, itu jadi masalah. Wallahu’lam.

Anonymous: fatwa kaum kera, di rujuk kepada mereka yang guna alasan agama untuk buat dosa. Contoh: saya walau free hair, tapi saya tak mengumpat.

wanita bersalin: boleh mintak orang doakan untuk kita, tapi buang dosa kite itu kerja Tuhan.

Anonymous: Nak keluar IPB, kena pergi tafakult, waktu tafakult, mereka akan tanya tentang kemampuan, cerita dengan mereka hal ASB, dan mereka akan bawa masalah ini ke dalam mesyuarat, dan sana akan bentang takazar untuk selesaikan masalah ASB tuan. InsyaAllah, tak akan rugi orang mesyuarat.

Anonymous said...

Hamka masalahnya aku dah balik IPB pun :(

Anonymous said...

Wanita bersalin x pernah doa untuk mak ayah diampunkan dosa ke?