Aug 30, 2016

Pokemon itu Ciptaan Yahudi?

(Ayah, kata kawan saya, Pokemon tu ciptaan Yahudi untuk kuasai dunia, dan maksud Pokemon dalam Bahasa melayu adalah “saya yahudi”, saya rasa ini semua tuduhan liar, tapi saya nak tanya ayah, betul ke tu?)

Hmmm, kat celah mana yahudi dapat kuasai dunia melalui pokemon?, Ok, mari kita rujuk fakta. Itu yang Islam ajar bila dapat berita, kaji dan rujuk pada ahli. Bukan terus sebar dan paksa orang percaya.

Ok, lepas ayah dah kaji jap tadi, ayah dapati Pokemon sendiri pernah di kritik oleh Anti-Defamation League yang terdiri dari sebahagian pemeluk agama Yahudi dan mereka siap suruh syarikat Pokemon ubah simbol dekat kad gambar raksasa Golbat dan Ditto karena gambar itu ada unsur anti yahudi, ada macam logo Nazi jerman katanya. Woha!

Eh? Bila Yahudi sendiri kritik Pokemon, jadi siapa cipta Pokemon?

Ok, pencipta Pokemon adalah prang Jepun, Namanya Satoshi Tajiri. Masa kecik hobinya suka tangkap belalang, serangga dan berudu di sekitar kawasan rumahnya, iaitu di Tokyo Jepun. Tapi bila dewasa beliau dapati budak budak zaman sekarang susah nak dapat feel tangkap serangga dan berudu sebab dunia makin maju. Susah nak cari belalang dan berudu zaman sekarang, Jadi beliau cipta permainan yang ada feel rasa kepuasan tangkap serangga dan berudu.

Eh? kenapa tangkap raksasa, kenapa tak cipta tangkap serangga? okey, balik pada waktu Tajiri dapat ilham nak cipta game pokemon, Tajiri terpengaruh dengan raksasa dalam Filem Ultraman, (orang jepun lah kata kan) jadi Tajiri cipta permainan tangkap raksasa dan simpan dalam Capsule Monster macam Ghost Buster tangkap hantu guna Ghost Pedal Trap. Tapi nama alat Capsule Monster ada masalah kontroversi, jadi Tajiri tukar nama alat tangkap raksasa kepada Pocket Monster. Nama itu kemudian di ringkas menjadi Pokemon.

Ya anak-anak, dan ibu bapa pembaca sekalian, Pokemon ialah singkatan kepada Pocket Monster, Pokemon bukannya bermaksud Saya Yahudi, Saya Kafir atau seumpama dengannya dalam Bahasa Yahudi yang disebarkan oleh orang malas membaca dan mengkaji lalu sebar fitnah yang akhirnya menampakkan kebodohan diri sendiri.

Akhir kata, celah mana tak tahu Yahudi nak kuasai dunia dengan Pokemon?, pingat emas kat sukan olimpik Rio 2016 kosong dan kedudukan Yahudi masih jauh di bawah Malaysia sebab pingat perak pun belum dapat. Adohai…


Ps: Kita orang islam lemah bukan sebab Yahudi kuat, kita lemah sebab tidak bersatu dan saling caci mencaci, sila take note. Hu hu.

Aug 20, 2016

Jumpa Tuhan guna duit haram?

(cerita pendek di musim haji)

Ada sahabat lelaki dapat panggilan pergi haji, tapi duit tak cukup, lalu beliau berniaga on line jual macam macam produk.

Antara produk yang beliau jual, ada satu produk yang aku cukup tak berkenan iaitu  beliau jual Thumb drive yang ada kartun Upin dan Ipin, Didi and Frends, Boyboyboy dan banyak lagi. RM100 satu Thumb drive 8G.

Aku mesej dia secara personal cakap, haram jual thumb drive ada kartun tanpa izin dari penerbit, awak dah sama macam lanun cetak rompak cuma mereka guna DVD dan awak guna pen drive.

Pada mulanya, dia kata siapa dalam dunia ni yang tak buat dosa tengok cetak rompak?, mungkin pelukis kartun tu masa belajar dulu layan CD cetak rompak, atau guna software pirate, dan awak yang menegur saya ni, pernah juga nampak layan youtube yang di upload secara haram oleh user waktu zaman maharajalawak sedang top.

Ok, jika nak cerita dosa orang, memang tak habis, tapi dosa orang bukan alasan untuk kita buat dosa yang sama, malahan jika ada orang kepit rokok di tangan dan nasihat orang jangan merokok, maka nasihatnya betul, kerana nasihatnya adalah fact. Nabi pun ada pesan jangan tengok orang yang bercakap, tapi dengarlah apa yang dia cakap.

Dia tetap nak berkeras nak jual thumb drive kartun cetak rompak sebab aku dah bank in RM 100, kata aku, duit tu saya hadiah untuk awak pergi haji, ingat! awak nak PERGI HAJI, kenapa nak guna wang dari sumber yang haram untuk berjumpa dengan ALLAH?

Dengar perkataan “berjumpa dengan Allah guna duit haram” terus dia up status FB mintak maaf kepada yang dah bank in, dan akan pulangkan wang sebab hukum haram tetap haram walaupun di nasihat oleh orang yang banyak dosa macam Hamka Kereta mayat.

Pendek cerita, semalam dia call, duit semua dah cukup, alhamdulillah. Katanya Allah bagi rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka, dia juga sangat berterima kasih kerana menegur isu jual thumb drive cetak rompak.

Aku pesan pada dia, jika teringat aku kat Mekah, doakan dosa aku tengok cerita cetak rompak di ampuni.


Hu hu…

Aug 14, 2016

Mari mengumpat Orang perempuan?

(baca sampai habis dan sila bersetuju di hujung perenggang dan jadilah wanita bijak-woha!)

Rapat rapat, aku nak cerita sikit, sejak akhir akhir ni, ramai perempuan komplen dekat wall FB, dekat IG atau tweet tentang hak mereka yang tak perlu buat kerja rumah, katanya masak ni kerja laki, kemas rumah kerja laki, jaga anak kerja laki. Cari duit kerja laki, basuh pingang kerja laki, basuh baju kerja laki, jemur baju kerja laki, lalu buka hadis, konon tak ada dalam hadis suruh bini masak, takde dalam hadis suruh bini kemas rumah, suruh jemur baju dan sebagainyalah.

Hmmm, patutlah Jemaah tabligh galakkan pendakwah baca hadis Fadhail amal (kelebihan amalan) bila berdakwah, mereka pun tak ada gaduh walau ada macam macam mazhab, berbeza latar belakang ketrunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde gaduh, sebab masing masing bila baca hadis Masail (hukum hakam) mereka akan rujuk kepada diri sendiri, supaya amal hukum hakam, tapi bila berdepan dengan orang, mereka baca hadis Fadhail (kelebihan amalan) agar umat saling cinta mencintai dalam mentaati perintah Allah.


Bayangkan jika ada Jemaah yang berdakwah guna hadis Masail (hukum hakam), memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam, kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Darah mereka halal! Itu yang jadi perang sama islam, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah, Parti sana kafirkan parti sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!

Nak aman damai, ikut cara Nabi, dakwah lemah lembut, dakwah dengan hikmah, dalam Al quran ada cerita kisah Nabi Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Senang korang ikut macam Jemaah Tabligh yang berdakwah guna kitab Fadhail amal (kelebihan amalan), gerakan ini ada di seluruh dunia dan tak ada gaduh gaduh, mereka saling cinta mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.

Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam), lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib kemas rumah, takde dalam hadis, eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail (hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…

Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab, jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam) dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), 

Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala sekian sekian, Bini bila solat , puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah, diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.

Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.

Bab hadis Masail (hukum hakam), korang baca untuk diri sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular lain datang, masih ada tongkat untuk pukul lagi. Nampak?

Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.

Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang kucing kurap masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian tu!”

Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas, jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab bunuh biantang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?

Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, iklas dan istiqamah (wah dah keluar sound arab)

Jadi kepada orang perempuan, ambik tahulah kelebihan dan kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.

Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah! Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!

Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, saya baca untuk pesanan kepada diri saya, semoga saya dan korang semua selamat dari azab binatang bisa dalam kubur. Amin…

Okey, dah penat membebel, bini mintak tolong beli gas sebab dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap. Walaupun tukar dan pikul tong gas 14 kg ni takde dalam hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal rumah tangga.

Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde Menteri Hal ehwal lelaki!

Woha!

Ps: Bagi Laki yang slow, entry ni bukan suruh korang bantu bini buat kerja rumah, tapi suruh bini yang bantu korang buat kerja rumah. Faham tak? korang tu yang kena buat juga kerja rumah, cuma bila keadaan tak berlaku, tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae, dan hadis Masail (hukum hakam) dalam majlis Infradi, InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.