Jun 28, 2016

Allah Kuasa, makhluk Tak ada Kuasa?

(Kau menguasai selautan… Yang tersembunyi di genggaman… Nafi dan isbat kau sandingkan… Sebagai tali pegangan…. Damasutra)

gambar sekadar hiasan

Allah kuasa, makluk tak ada kuasa…

Ramai orang pakai kalimah ini di tempat atau cara yang salah…

Jika anak kita tak pakai helmet dan belum berlaku kemalangan, Alhamdulillah. Jangan berlagak dengan takdir Allah lalu pos dalam Facebook gambar anak naik motor tak pakai helmet siap tulis, “Allah berkuasa, helmet tak ada kuasa”

Salah cara guna gambar dan kalimah tu bro..

Bayangkan jika zaman dulu ada internet, lepas tu ada orang tak nak tambat unta sebab jinak, lalu ambik gambar unta tanpa ikatan tali dan update facebook:

“Allah berkuasa, tali tak ada kuasa”

Salah tu bro, Nabi ikat dulu unta, baru bertawakal.

Jadi balik bab vaksin, Doktor pakar bagitahu aku, vaksin ni macam helmet.

Kita orang islam, memang betul jangan yakin dengan makluk, helmet, vaksin itu semua makhluk, jika kita yakin helmet atau vaksin boleh selamatkan anak kita, kita dah syirik dengan Allah.

Namun dalam Islam ajar, jangan menolak asbab, sebab usaha pun perintan Allah, tawakal selepas usaha pun perintah Allah. Sebab tu zaman Nabi perang pakai baju besi, walaupun mereka sedar baju  besi takde kuasa, Allah sahaja yang berkuasa, tapi itulah perintah Allah, iaitu jangan tolak asbab, usaha guna akal, dan tawakal selepas usaha.

Bro boleh hujah, ada juga orang yang pakai helmet meninggal waktu kelamangan, namun  data menunjukkan peratusan orang yang tak pakai helmet lebih terdedah kepada kematian selepas kemalangan. Sebab tu kerajaan wajibkan pakai helmet.

Kita orang islam naik motor pakai helmet, takde bisikan dalam hati nak sembah helmet dan yakin 100% dengan helmet, waktu pakai kita boleh ucap: helmet takde kuasa, hanya Allah yang berkuasa, kita ucap lepas pakai helmet tau, bukan ucap sambil tak pakai helmet, itu yang silap.

Aku cucuk anak aku vaksin, lepas cucuk aku bagitahu korang semua, Allah berkuasa, vaksin tak ada kuasa, jika Allah nak takdirkan anak aku kena penyakit berjangkit selepas di vaksin, aku berserah kepada Allah, aku bertawakal kepadanya, sebab Allah Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Aku redha dengan keputusan Allah selepas aku berusaha, bukan aku berserah tanpa apa apa usaha.

Pernah zaman aku belajar agama dulu, ada sorang budak Pakistan ni demam, tok guru cakap kat budak tu, pergi solat hajat mintak sembuh dengan Allah, lepas solat hajat, tok guru bagi budak Pakistan tu makan Panadol, mula mula budak tu tak nak, katanya dia dah solat hajat, Allah berkuasa makhluk tak ada kuasa, selamba tok guru (amirsab) tu sound, perintah Allah suruh orang kaya sedekah kat orang miskin, jadi perintah Allah atas diri saya yang sihat, bantu kamu yang sakit, makan penadol ni, Allah berkuasa, penadol takde kuasa, makan dan bertawakkallah!

(lepas makan panadol, budak tu sihat dan terus sambung pelajaran dengan jayanya- semua dari Allah)

Jadi kepada korang semua, nak guna kalimah “Allah berkuasa, makhluk tak de kuasa” biar kena dengan tempatnya, iaitu untuk nafi asbab, dan isbat hanya pada Allah selepas usaha yang betul.

Jadi bila anak kita nak naik motor, pakaikanlah mereka helmet, tapi jangan yakin pada helmet, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, helmet langsung tak ada kuasa.

Sama jugak dalam dunia yang banyak kuman dan virus merebak, gunalah vaksin, tapi jangan yakin pada vaksin, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, vaksin langsung tak ada kuasa.
La Illa Ha IllALLAH!

Ps: Orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, orang yang tolak asbab adalah jahil, Sunnah adalah guna asbab dengan yakin yang betul, macam Nabi pakai Helmet besi waktu perang. Wallahu’lam.



Jun 20, 2016

Selamat Hari Bapa?

(Jangan kata aku lambat satu hari, sebenarnya aku awal 365 hari, sila kagum dari jauh-woha!)

Anak kita setiap kali balik rumah, mereka akan berdiri depan pintu dengan wajah penuh gembira. Larian mereka menyambut kita balik lebih pantas dari bini kita. Sebaik kita masuk terus di peluk melepas rindu, jika di tangan kita ada buah tangan, seperti air susu kultur, gembira mereka berganda ganda.

Bila kita keluar rumah pula, mereka meronta nak ikut, siap mengamuk berguling sambil menangis, sampai Puan Bini terpaksa pujuk.

Begitulah cerita cinta akan anak kita sewaktu kecil pada ayahnya.

Aku mungkin masih muda, anak sulung masuk asrama dan kami masih berpelukan saat nak berpisah jauh.

Ada cerita dari kawan, anak yang sama macam anak aku yang lain, tapi bila dah dewasa, bila dah remaja, mereka malu untuk peluk kita seorang ayah, mereka malu nak keluar jalan-jalan dengan kita seorang ayah, mereka malu jika tiba tiba kita pimpin tangan mereka. Sebab mereka dah besar panjang.

Nasihat aku.

Anak memang cepat membesar. Jika kita kurang peluk mereka sewaktu kecil, mereka akan lebih cepat ‘besar’ dan malu untuk peluk kita bila dewasa.

Jadi kepada semua bapa diluar sana, keraplah peluk anak anakmu sementara mereka masih kecil supaya mereka ‘lambat besar'.

Ini agak deep, sila take note.

Pesanan ini di bawa oleh “kisah anak bini”


SELAMAT HARI BAPA

Jun 15, 2016

Say no to MLM?

(oleh sebab ada member dah terkena, pakcik up balik isu ini, semoga member member lain tak terkena, pesan pakcik: Tak salah jadi kaya, yang penting jangan menipu-adohai.)

Ada kawan jumpa ajak minum.

Ok. Minum apa salahnya?

Dah jumpa, rupanya nak ajak melabur dalam MLM.

Beli lot tanam kurma, RM3500 satu lot, setiap bulan dapat 500 selama setahun bersamaan RM6000.

Wow, banyak tu!

Tapi aku cakap tak nak!

Kenapa?

Aku tak nak melabur dalam bisnes yang aku tak boleh kawal, berserah tunggu wang masuk ni dah macam judi, jika nasib baik, untung, jika korang lari, rugi.

Dia pun cerita pendapatan dia puluh ribu, harta dah banyak banyak Qarun, kerja hanya cari orang dan dapat bonus, bisnes cara Piramid, lagi ramai orang daftar masuk, lagi untung, hanya tunggu duit masuk.

Aku cakap tak nak. full stop!

Lepas tu dia suruh aku iklan dalam FB Hamka keretamayat, nak bagi RM300 untuk iklan.

Ok, aku ada ambik iklan di FB, RM50 sahaja, tapi (setakat ini) ada tiga produk yang aku tak akan iklan.

  1. MLM, cari orang guna system pyramid dan untung atas duit orang bawah cari downline, hell no!
  2. Produk kesihatan, macam pil ajaib, gelang ajaib, selimut ajaib, penapis air ajaib, no way!!
  3. Produk haram, macam Produk Seks, arak, dadah dan lain lain-hell no!


Dia marah aku, tuduh melayu tak nak bantu melayu, melayu dengki, dan berapa sangat aku dapat dengan menulis?.

Aku ulang,

Dia marah aku, TUDUH MELAYU TAK NAK BANTU MELAYU, dan aku adalah MELAYU DENGKI!

Tiga bulan kemudian.

Bisnes dia maju, orang yang melabur RM3500 dapat untung RM6000? Hampir 100% untung, lalu datang sifat tamak, pelabor lama keluar semua duit simpanan, masuk melabur balik sambi, ajak pelbaor baru jadi bertuah macam dia, lalu ada yang melabur RM50k, RM100k, RM200k, dan makin bertambah hingga Rm sejuta!

Lantas, Berita si kawan ini sudah kaya dah tersebar, kereta baru, rumah baru, belanja makan, beli tanah, dan makin ramai orang datang melabur.

Tiba tiba, dua bulan kemudian. sebelum Ramadhan baru ni.

Datuk bisnes MLM jual lot Kurma, dah lari, dia sebagai ejen kena kejar oleh downline, ada yang ugut nak pukul, ada yang ugut nak bunuh, dan sudah hilang entah ke mana? Dengar kata dah masuk penjara.

Masih terngiang di telinga aku,: melayu tak nak bantu melayu, melayu dengki!

Aku syukur sebab tak masuk, dan syukur sebab berjaya pengaruhi orang yang rapat supaya tak masuk skim cepat kaya.

Yang dah masuk, aku tengok memang merana, duit simpanan habis lesap, terduduk menangis tak berlagu.

So, ini pesanan melayu nak bantu melayu.

Jika ada orang ajak melabur skim PIRAMID nak jadi cepat kaya BANYAK HARTA.

Ingatlah! PIRAMID itu FIRAUN yang punya. BANYAK HARTA, QARUNyang punya!

Kedua duanya mati masuk NERAKA!

Take note!


Ps: Sila baca Page Say no to MLM dan Psedoscince watch serta Azizi Ali, mereka semua pakar, dan penjelasan mereka sangat masuk akal. I rest my case!

Jun 9, 2016

Kenapa orang Islam Bergaduh?

(Tannya sama abang kereta mayat)

Ada orang bukan islam datang bertanya, mereka keliru dengan orang islam yang bergaduh sesama sendiri, katanya agama islam adalah agama kedamaian, tapi kenapa saling bergaduh, dan saling bunuh membunuh. Rujuk ISIS, Haram Bako dan lain lain pengganas Beragama islam, Kenapa?

Aku toleh kiri kanan, sebab aku bukanlah ustaz ulamak untuk jawab soalan ini dari sudut ilmu dan dalil, tapi sebagai seorang yang dah ada pengalaman penuh beragama islam, dan hidup di kalangan orang islam sejak kecik, toleh lagi kiri kanan, biarlah aku jawab solan ini mengikut sudut pandang aku seorang penganut agama islam yang biasa-biasa.

Jika pembaca lain rasa padangan aku ada yang salah, boleh tegur diruangan komen.

Ok, kisahnya begini, masa aku kecik, arwah ibu aku, selain seorang peniaga kedai runcit, juga seorang guru mengajar kanak kanak membaca Al quran dalam Bahasa arab. Ibu aku juga menggalakkan (paksa sebenarnya) aku dan adik beradik yang lain dengar ceramah agama dari ustaz di masjid antara magrib dan Isyak (sekitar 1 jam), waktu lain, sebagai kanak-kanak, kami main, menonton, baca komik, main lagi, sama macam anak anak seluruh dunia, Cuma setiap hari, kami solat lima waktu, (ambil masa sekitar 10 ke 15 minit), juga setiap hari, belajar mengaji (sekitar setengah jam) kecuali hari cuti sekolah.

Hari Jumaat, kami di wajibkan solat Jumaat di masjid, pakai baju melayu dan datang awal sebab anak Raja akan datang dan bagi RM1 setiap kanak kanak yang datang awal. Sebelum asar, wang tu dah habis kami belanja. Adohai…, hari jumaat adalah hari yang paling seronok, sebab boleh main puas puas lepas solat Jumaat sampai magrib. Biasa kami akan habiskan dengan mandi laut, atau mandi sungai.

Bila tiba bulan puasa setahun sekali, kami berpuasa (sebagai kanak-kanak, rasa seronok dengan suasana yang berubah, seronok berbuka dengan juadah best, seronok di benarkan tidur sepanjang hari), dan malam hari, lepas tarawih, seronok makan lepas solat witir, dan seronok dibenarkan bermain di malam hari sepanjang bulan puasa. (main Meriam buluh tu wajib)

Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, dan begitulah rutin hidup normal sebagai seorang islam, bila tiba raya haji, seronok dengan rezeki daging lembu yang melimpah ruah. Siap buat satay tepi pantai bersama rakan sebaya.

Selain itu juga, kami orang islam juga merayakan awal muharam, masak bubuk asyura dan makan ramai ramai, juga sambut maulidul rasul, (hari lahir Nabi) dengar ceramah dan makan sedap, (berarak macam sekarang belum pernah di buat kat kampung kami). Sambut peritiwa israk mikraj(peristiwa asal usul solat 5 waktu) dengan ceramah agama dan makan sedap, sambut 15 syaaban dengan ceramah agama dan makan sedap juga. Happy sahaja kami sebagai orang islam.

Bila ada antara kami yang berkahwin, ada khutbah ringkas untuk penghantin, dan ada makan sedap, di selang dengan budaya sedia ada orang melayu seperti acara silat, kompang, bersanding dan lain lain. Semua happy sahaja, tak ada gaduh gaduh.

Bila ada kematian pulak, kami orang kampung akan bergotong raya uruskan mayat, dari mandikan mayat ke tanam mayat, bacakan Yassin, dan di malam hari, akan ada kenduri tahlil selama tiga malam, makan menu biasa-biasa tapi dah jadi adat. Bukan ajaran islam tapi kami tak ada gaduh gaduhpun, benda ni dah jadi budaya dalam masyarakat melayu.

Jika ada kelahiran anak, aka nada majlis akikah, kenduri makan daging kambing, dua ekoe jika dapat anak lelaki, seeokor jika ada anak perempuan. Begitulah lebih kurang hidup kami orang islam, tak ada gaduh gaduh, hidup aman dan damai.

Waktu itu jugak, ibu bapa kami banyak cerita kesusahan hidup zaman penjajah, zaman perang dunia kedua, zaman tak boleh makan nasi, zaman kena makan ubi sahaja, zaman sekolah tak terurus, yang mana buatkan kami sangat bersyukur hidup di zaman sekarang, bersyukur dapat solat di masjid, bersyukur dapat berpuasa dan makan sedap, bersyukur dapat sambut hari raya, pendek kata Alhamdulillah. Hidup aman damai tak ada nak gaduh-gaduh bab agama.

Sehinggalah di pertengahan 80-an, bila muncul pilihan raya, bila tiba tiba muncul parti mengaku parti mereka paling islam, dan jika tak sokong parti mereka, kita akan jadi kafir. Parti mereka akan bawa ke syurga. Maka muncullah bait bait perbalahan antara kami orang islam.(di kampung aku)

Sebahagian orang kampung masih menyokong Kerajaan dan sebahagian orang kampung menyokong Pembangkang, walaupun mereka semua islam, tapi antara mereka ada yang kafirkan antara satu sama lain, lalu muncul dua masjid sebab konon tak sah solat di masjid kerajaan, muncul orang islam yang tak makan sembelihan parti lain kerana tak halal, muncul laki bini yang bercerai sebab berbeza fahaman politik. (aku tak kenal siapa yang bercerai, aku dengar cerita sahaja, lagipun aku masih budak tak ada lah nak ambik tahu sangat)

Ok, aku masih remaja waktu itu, tapi cukup tak suka bila ada orang islam kafirkan sesame islam, aku yang solat kat masjid kerajaan katanya tak sah sebab imam sokong Umno, Adohai..

Aku masa muda pilih untuk tenggalam dalam dunia rock, metal, hiburan, sebab malas nak layan geng politik dalam kampung, tingkatan tiga aku apply asrama, rasa seronok dapat hijrah tinggalkan kampung. Habis SPM aku terus kerja di KL (Bangi, tapi kira KL jika orang kampung tanya, ha ha) lepas tu dapat masuk IPTA di Kelantan, dan di sinilah aku banyak kembali belajar bab agama.

Ok, kita masuk bab pengenalan, (lor, rupanya tadi baru intro).

Senang cerita, dalam agama islam, mereka dah terpecah kepada dua, satu Sunnah Wal jamaah, (90%)dan satu lagi Syiah.(10%)

Taniah pada orang Islam aliran Sunnah sebab sanggup keluar berdakwah sejak 1400 tahun dahulu ke seluruh dunia hingga aliran ini berkembang sampai ke Malaysia. Aliran Syiah sekitar Iran dan beberapa Negara sahaja, Di Negara luar, memang Syiah dan Sunni ada berperang, tapi di Malaysia tak ada perang dengan Syiah sebab golongan mereka terpencil.

Jika ada ‘ramai’ pun pengikut Syiah kat Malaysia, mereka amalkan Taqiyah, (pura pura sunni), bagi yang tak tahu, Syiah berbeza dari Sunni sebab mereka menolak semua Kahlifah utama, Abu Bakar, umar, dan Osman dan yakin Saidina Ali sebagai Imam utama dalam mazhab imam 12, dalam Sunni, taka da sahabat yang orang Syiah sanjung kami maki, tapi dalam Syiah, mereka caci maki sahabat yang kami sanjung seperti abu bakar dan Umar. Ops, tak boleh cerita penjang sebab aku bukan orang syiah. Tapi aku tetap mencintai Ali dan Husin, dan semua sahabat. Ok lain kali kita cerita bab ini. Sambung bab Sunni bergaduh sesama Sunni dulu…

Balik ke Malaysia, Islam orang Malaysia adalah aliran Sunnah Wal Jamaah, (sunni) iatu Islam yang berpegang kepada 4 rujukan:

-Alquran (Kata kata atau Firman Allah)

-Hadis (Kata kata atau Sabda Nabi, semua jenis hadis kecuali hadis palsu)

-Ijmak Ulamak (Pendapat majority di kalangan ulamak berkenaan Al quran dan hadis)

-Qias (Pendapat majority di kalangan ulamak berkenaan hal yang tiada dalam Al quran dan hadis)

Jadi, kisah amalan secara ringkas waktu aku kecil di atas, adalah merujuk kepada 4 sumber di atas, tak ada nak gaduh gaduh, tak ada nak kafirkan sesiapa, hidup aman damai dengan penuh keyukuran atas nikmat merdeka dan nikmat dapat amal ajaran Islam.

Tapi bila aku dewasa, dah ada pulak golongan Wahabi, yang buat orang melayu bergaduh, sebab mereka wahabi pegang dua sahaja.

-Alquran (Kata kata atau Firman Allah)

-Hadis (Kata kata atau Sabda Nabi, tapi Hadis pilihan sahaja)

Bila wahabi tolak banyak hadis yang digunakan oleh Imam Mazhab dan ambil hadis terpilih sahaja, buat amalan agama mereka jadi sempit dan mudah kafirkan orang. Itu yang bergaduh dan saling kafir mengkafir.

Sebagai contoh, apa hokum sambul Hari lahir Nabi? Dalam ajaran ustaz Ahli sunnah wal jamaah, kami pegang pada 5 hukum taklifi iaitu:

1) wajib
2) sunat
3) harus
4) makruh
5) haram

Jadi dalam kes sambut hari lahir Nabi, hokum asalnya harus jika tiada perkara haram di dalamnya dan menjadi sunat jika didasari dengan cinta kepada Rasulullah (yakni bukan adat semata-mata) dan seiring dengan amalan sunat seperti berselawat, berceramah kisah Nabi dan lain lain.

Tapi fahaman Wahabi, bila di tanya apa hokum sambut Hari lahir Nabi?

Jawapan mereka: ianya tidak sunnah, tiada Nas, tiada dalil, nabi tak pernah suruh, maka ianya bidaah dan pelakunya adalah ahli neraka kerana melakukan bidaah dalam agama.

Itu yang jadi gaduh tu, adohai…

Tapi bila di Arab Saudi buat sambutan hari kelahiran Shaikh Muhammad Abdul Wahhab (pengasas ajaran Wahhabi) mereka cakap harus pulak, tak termasuk bidaah sebab Kerajaan suruh, adohai..
Padahal, Islam itu agama yang indah, penuh toleransi, bijaksana, tidak mudah menghukum dan bersangka buruk pada umat Islam dan tidak melahirkan ekstrimis atau militant.

Berbeza dengan Wahabi yang sangat sempit ruang hukumnya , mudah hokum orang lain masuk neraka,  banyak bersangka buruk pada umat Islam yang tidak sealiran dengannya, tapi sangat bersangka baik pada pengikutnya. Serta melahirkan ekstrimis, militant dan terrorist seperti ISIS dan penghina ulama. Naduzubillah.

Jadi kepada orang bukan islam yang bertanya, kenapa kami saling bergaduh, itulah pasal, pergaduhan ini berpunca bila mereka geng Wahabi tinggalkan Sebahagian hadis, buat mereka menolak Ijmak dan Qias ulamak dari pelbagai mazhab, buat mereka sanggup hokum orang sebagai kafir dan ahli Bidaah, dan dalam politik lah geng ni tolak hadis nasihat pemimpin elok elok, dan ambik hadis separuh, itu yang kat kampung aku dulupun boleh ada dua masjid, haram makan sembelihan penyokong kerajaan, dan kena cerai bini jika sokong parti lain, astarfirullahalazim.

Tarik nafas.

Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber, (Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu lebih berhikmah dari geng Wahabi yang hanya rujuk 2 sumber.(al quran dan hadis pilihan). Ustaz kami tak kafirkan mereka, dan suruh kami pujuk mereka kepada dakwah dan tabligh.
Tapi Hamka, katanya keluar berdakwah pun bidaah?, Nabi tak keluar berdakwah tiga hari! Bidaah! Jadi duduk rumah sahajalah, adohai…

Inilah masalahnya bila tolak banyak hadis, tolak ijmak ulamak dan tolak qias, habis tu mereka pergi belajar agama 4 tahun di Univerisiti ada hadis kah?

Ok, panjang jika nak berhujah bab ini, balik kepada penanya soalan, kenapa orang islam saling bergaduh sesama islam.

Jika tadi Wahabi yang menolak mazhab, dalam islam juga ada golongan anti hadis. Mereka ambil Al quran sahaja sebagai rujukan dan tolak semua hadis, tolak semua ijmak Ulamak dan tolak semua Qiyas.

Wah wah wah, meriahnya hidup, antara mereka yang sempat saya berdialog, tidak solat, tidak ke Mekah, tidak puasa, dan islam hanya pada nama sebab katanya solat tu semua rekaan Ulamak. Pergi haji hanya konspirasi wahabi nak kayakan mekah, dan kaabah tu berhala orang islam katanya, Nauzubillah
.
Panjang jika nak ulas, tapi mereka inilah antara yang buatkan orang islam saling bergaduh, yelah, kita nak pergi haji dituduhnya kita nak sembah berhala ciptaan orang arab berbetuk 4 segi, adohai..
Nasihat ustaz kami, dakwah mereka secara lemah lembut, dan ajak mereka kepada dakwah dan Tabligh.

Tapi Hamka, kata anti hadis, keluar berdakwah tak ada cerita detail dalam Al quran?, jadi tak patah berdakwah rumah ke rumah, tak payah solat, tak payah pergi haji sebab tak ada cerita detail, cukup amal Al quran guna nafsu sendiri..

Ok, panjang jika nak berhujah bab ini, tapi sini boleh nampak permainan mereka, tahu nak senang sahaja, Nampak sangat mereka bertuhankan nafsu sebab tafsir Al quran guna nafsu. adohai…,

Balik kepada penanya soalan, Last satu lagi masalah yang timbul, adalah datang dari Orang Islam yang murtad, tolak semua, tolak Al quran, tolak hadis, tolak ulamak. Semua tak betul! Hidup ini tak ada tuhan, kita terjadi secara semula jadi. Mati jadi tanah, habis! Tapi sibuk datang komen kat blog aku ajak berdebat sedangkan jika korang bahagia dengan pilih hidup tanpa Tuhan, jadilah atheist yang beratika. Macam Maddox, blogger terkenal dunia yang selalu kutuk dan hina orang tak makan daging konon sebab binatang pun ada perasaan, tapi Maddox bagitahu, tak akan hina orang agama yang haramkan makan daging kerana hormat pilihan agama orang lain, itulah etika Atheist.

Tapi bila keluar Islam lepas tu kutuk pasal Islam, itu yang zaman dahulu kena hokum bunuh, Nauzubillah! dalam mazhab Sunnah wal jamaah, orang murtad ni kita kena dakwah dan pujuk mereka secara lemah lembut, macam saidina Umar buat di zaman pemerintahanya..

Panjang nak cerita tapi aku dah penat,

Benda ni balik kepada basic nafsu manusia, mana lebih mujahadah hidup? Sebagai ahli Sunnah? Wahabi? Anti hadis? Atau Atheist?

Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber, (Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu hidup lebih bermujahadah dalam mengamalkan agama tapi tetap bahagia (janji Allah, siapa ingat padanya hati akan tenang) tanpa perlu sibuk kafirkan orang sebaliknya golongan ahli Sunnah wal jamaah inilah yang banyak keluar berdakwah (rujuk gerakan Tabligh) ke seluruh dunia.

Mereka keluar berdakwah untuk jumpa semua orang islam sama ada tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, atau murtad, tapi mereka (gerakan tabligh) datang pujuk rayu mereka kepada Islam yang asal.
Secara teori, menjadi geng Wahabi lebih mudah sebab dah tak payah ikut pendapat ulamak tapi hati mereka tak tenang sebab sibuk kafirkan orang, dan sanggup bunuh orang yang tak sependapat dengan mereka. (rujuk pengganas islam yang berfahaman wahabi)

Secara teori juga, golongan anti hadis, hidup lebih mudah dari wahabi sebab dah tak payah ikut mana mana hadis, jadi selamba tak solat, tapi hati tak tenang, sebab tu sanggup datang blog aku dan komen setiap hari tuduh aku syirik sebab sembah kaabah. Adohai..

Secara teori juga, golongan murtad lagi senang hidup, tolak semua, tolak Al quran, tolak hadis, tolak ulamak, tapi hati tak tenang sebab mereka ada datang ke blog aku mengaku hati tak tetang dan rasa nak bunuh diri.

Bukan semualah, tapi itulah cerita aku, pengalaman aku berdebat dengan mereka, dan pilihan hidup masing masing.

Aku rasa sampai sini sajer aku cerita kisah orang islam bergaduh sesama islam, ada banyak lagi pecahan, seperti geng sembah kubur, geng solat pakai niat, Nabi palsu dan lain lain, tapi wahabi, anti hadis dan murtad ni yang lantang bersuara di blog aku akhir akhir ni, itu yang aku luang masa tulis untuk sedikit pencerahan.

Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Secara ringkas:

A) Golongan penyokong parti politik pilihan saya sahaja masuk syurga, lagi 72 parti semua masuk neraka, undilah parti pilihan saya jika mahu syurga! tak undi kami, masuk neraka!

B) Golongan Anti hadis daif, (Wahabi) cukup hadis soheh pegangan kami, yang lain semua bidaah, masuk neraka!

C) Golongan Anti semua hadis. Al quran sahaja pegangan kami, siapa sekutukan Al Quran dengan hadis, adalah ahli neraka!

D) Golongan Anti Sahabat Nabi, kecuali Sahabat tertentu pilihan mereka. Siapa sokong sahabat Nabi yang kami benci, mereka ahli neraka! (Syiah)

E) Golongan yang fikir risau terhadap 72 golongan lagi dan berusaha dakwah mereka kepada Sunnah wal Jamaah agar semua selamat dari azap api neraka.

Akhir kata, jika ada masa dan rezeki, akan ada pendakwah Sunnah wal jamaah akan pergi berdakwah rumah korang semua, datang mereka bukan nak kafirkan korang, tapi nak ajak kepada Sunnah Nabi SAW, ajak dengan lemah lembut, insyaAllah.

Korang mungkin akan caci dan maki mereka, atau lari, tapi mereka akan teruskan usaha kerana mereka telah mendapat kemanisan iman dalam kerja dakwah mereka. Jika korang tak nak, mereka akan beredar dengan doa dan sangka baik, InsyaAllah.

Dulu, Allah suruh Nabi Musa Berdakwah kepada Firaun yang mengaku Tuhan, sedangkan Allah Maha Mengetahui bahawa Fiaraun laknatullah akan tetap mati tidak beriman, kerana itulah pilihan hati Firaun, namun di jalanan, ketika Nabi Musa Berdakwah, Seribu ahli sihir Firaun telah masuk Islam. Begitulah berkembangnya ajaran Sunnah wal Jamaah, Jumpa korang tapi korang bangga tak nak, InsyaAllah di jalanan, akan ada yang nak, sebab tu Sunnah Wal Jamaah 90% di dunia ini (rujuk wiki) sebab mereka keluar berdakwah sebagaimana Nabi-Nabi terdahulu keluar berdakwah. Deep nih!

Last,. Sesungguhnya aku sayang korang semua, dan aku setuju Jemaah dakwah datang ketuk pintu rumah korang dan ajak kepada Sunnah. Dalam jamaah dakwah, semua mazhab ada, Hanafi, Maliki, Shafee, Hambali dan lain lain. Mungkin satu hari nanti, Geng Wahabi yang bertaubat, anti hadis yang bertaubat dan geng murtad yang bertaubat serta lain lain fahaman dapat bersatu dalam kerja dakwah dan tabligh, inysAllah.

Kata-kata akhir, menjadi seorang yang hidup beragama Islam Ajaran Sunnah wal jamaah sebenarnya tidak mudah, ianya adalah satu perjuangan yang sukar. Hidup akan selalu di uji kerana itulah maksud hidup. Firman Tuhan: “Jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji.”

Akhir kata, Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' sesama kita. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam fahaman Sunnah Wal Jamaah. Amin.
Lakum Di Nukum wa liyadin.

Jun 2, 2016

Kisah laki Bini Special Edition?

Sekambalinya Laki dari solat berjemaah, lantas bertemu bini yang sedia menanti dirumah adalah salah satu nikmat hidup yang besar, atau pergi haji bersama bini dan lain lain ibadat yang dibuat bersama laki bini, bukan sahaja menambah seri nikmat hidup, pahala juga bertambah-tambah. 

Malahan ada Hadis menceritakan kisah seorang hamba Allah yang mahu beribadat seumur hidup tanpa berbini, tapi di larang oleh baginda besar Nabi Muhammad SAW dengan bersabda;

“Barangsiapa yang mampu untuk berbini tetapi tidak berbini maka dia bukan dari umatku” (riwayat Tabrani & Baihaqi).

Jadi, Ada apa dengan Kisah Laki bini?


****
"Kenapa macam banyak sangat awak tinggal puasa ni?, dah macam sebulan awak tak puasa saya rasa? Nampak macam hari hari awak ganti puasa, dulu lupa niat ke apa?"

Soal Encik laki pada Puan bini pada awal bulan Syaaban.

"Abang dah lupa ke?, siapa yang buat saya mengandung dan beranak di hujung Syaaban tahun lepas?, lalu berpantang dari bulan puasa hingga Syawal? menyusu lagi sampai masuk Syaaban tahun ini, abang dah lupa?”

Dalam hati laki: menyesal tanya, salah aku rupanya, adohai..



****
Bini Whatsapp,

“Abang nak makan apa sahur nanti?”

Aku reply:

“Nasi lauk ikan, demi...”

Bini aku tanya balik.

“demi apa?”

Aku terus balas:

“demi cintaku padamu”

Woha!



Jadi begitulah lebih kurang gurau senda Laki Bini di Bulan Syaaban, lalu lanjutan seluruh cerita dalam buku ini adalah himpunan kisah Laki bini yang berlaku di sepanjang bulan Ramadhan, selain berkisah tentang isu “Demi cintaku padamu”, buku ini juga berkisar tentang ”Demi masa, sesungguhnya semua manusia dalam kerugian, kecuali orang beriman, dan beramal soleh, dan berpesan dengan perkara hak dan berpesan dengan kesabaran”

Akarian, merujuk kepada tajuk E-Book ini, “kisah Laki Bini di bulan puasa” maka ulasan ringkas isi kandungan E-Book ini adalah cerita tentang beberapa perkara yang menguji iman dan kesabaran kehidupan laki bini menempuh suka duka di sepanjang ramadhan yang hakikatnya lebih bermakna lantaran berpuasa dalam status Laki bini.

Kenapa lebih bermakna? Ini adalah kerana selain pahala bulan puasa yang memang sedia ada sudah berganda, pahala selepas “berpesan dengan perkara hak dan berpesan dengan kesabaran” dalam kehidupan laki bini juga berganda ganda.

InsyaAllah.

******
“Eh? Abang dari mana tadi?”

“klinik gigi”

“sebab?”

“Abang nak pastikan jasad (gigi) bersih dulu sebelum masuk bulan Ramadhan, dan focus untuk bersihkan rohani (hati) di bulan puasa”

Chewah!

****


Sungguh antara perkara yang indah sewaktu berpuasa dalam status laki bini adalah, waktu sahur dan berbuka puasa kita berteman, terawih dan tahajud juga berteman, bukan teman biasa, teman tapi mesra, chewah.., namun hati-hati juga, kerana jika tersilap bermesra, puasa dua bulan berturut turutlah kita, adohai!,

Semoga kisah Laki Bini dalam buku ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua laki bini atau bakal laki bini dalam menempuh suka duka kehidupan rumah tangga sepanjang bulan puasa khususnya dan sepanjang kehidupan amnya, semoga cinta laki bini masing-masing selamat sampai ke hari tua, dan bisa tembus kepintu syurga lalu menjadilah laki bini yang muda selamanya di sana, amin..

Selamat berpuasa, selamat mencari lailatul qadar, selamat bersatu di lailatul jaizah, dan semoga “Woha” bisa tembus ke pintu shurga, Amin..

***
"Mari sini abang nak bagi tazkirah sikit"

Kata laki yang baru balik dari tarawih malam pertama.

Bini sambil hidang nasi dan lauk atas meja, tersenyum sambil kagum dari dekat.
Kemudian berkata-katalah lakinya..

"Awak tahu tak, apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

" Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?"

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w."

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..

Namun di bumi, sebelum bulan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...

Bisikan itu berbunyi:

"Yusuf... Taiyoob.."

Woha!

****

Puasa hari pertama ada saudara datang ziarah, kelam kabut urus itu ini, sekali kami semua tertinggal solat zohor berjemaah, dah 20 minit berlalu dari azan zohor, oleh sebab kami pun ramai, jadi kami buat keputusan untuk solat zohor berjemaah di rumah kereta mayat, lalu timbul masalah dalam bab melantik iman.

Nota: Sebaik solat bagi lelaki ada tiga. Iaitu berjemaah, tempat azan di azankan, dan awal waktu. Seandainya ada halangan, pilihlah salah satu.

Kembali ke babak rumah keretamayat, bab masalah melantik imam solat berjemaah.
"Tuan rumahlah jadi Iman, bacaan kamu lebih bagus dari kami"

"kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya baca kuat, kaulah"

"awaklah imam, sebab awak lebih berumur"

"eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia lebih ramai"

"eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full sunnah"

Dalam tolak menolak, Puan Bini menyampuk:

"tak payah gaduh, biar Hamka jadi imam, sebab gigi dia lebih putih dari korang semua, baru cuci gigi sehari sebelum Ramadhan!"

Woha!

(Teknik pilih imam, pastikan bacaan Al quran paling bagus, atau lebih berumur, atau sudah berkahwin, gigi bersih tu bonus. He he.)

Akhir kata: Kami Laki Bini minta maaf zahir dan batin pada semua pembaca andai ada salah dan silap, Selamat menyambut Ramadhan, Selamat bertamu lailatul Qadar, dan Lailatul Jaezah!.Semoga Woha sampai Syurga

Ps: Ditulis dalam keadaan gigi bersih berseri-seri, tapi hati masih kotor, semoga di beri peluang oleh-Nya untuk sucikan hati di Ramadhan ini- Amin.

Ps2: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati. Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin.
(DIPETIK DARI E BOOK KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA bab Pengenalan, Harga: RM10-280 Muka surat)

Cara nak beli: 

Bank in RM10 kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)

Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada Email anda dengan segera!

Atau Pm di FB, dan hantar bukti bayaran di FB, Saya akan hantar ke mesej FB anda sesegera mungkin, InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan!