Dec 17, 2015

Dinasour ciptaan yang sia-sia?

(Even some of the dinosaurs may have gotten involved in some of this, I think it would be quite rare and a very small and insignificant contribution. But another theory holds that more oil was in Earth from the beginning than what's been produced by dead animals, but that we've yet to tap it. -William Thomas, a geologists at the University of Kentucky)


Anak anda mungkin akan bertanya: “apa akan jadi jika patung mainan mereka hidup waktu orang tak ada, dan pura pura tak bergerak bila ada manusia?”

Lalu geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Toy Story yang mengisahkan dilemma permainan lama (watak coyboy) diabaikan oleh tuannya selepas mendapat mainan baru pahlawan angkasa.

Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.

Kemudian anak anda mungkin akan bertanya soalan lain:

“apa akan terjadi sekiranya bayangan hantu yang muncul bawah katil dan belakang almari itu benar-benar wujud?”

Sekali lagi, geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Monster inc yang mengisahkan sebenarnya makhluk jin ini bertugas untuk mendapatkan jeritan kanak-kanak yang takut sebagai sumber tenaga elektrik mereka, dah tentu Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.

Di lain waktu, si anak akan bertanya lagi:

“hari hari tengok ayah dan Bonda buang sampah, apa akan jadi di masa hadapan apabila dunia ini penuh dengan sampah?”

Maka geng Pixar yang dimiliki oleh Stave Jobs ini menjawab soalan ini dengan filem sains fiksyen Wall E yang mengisahkan manusia telah berpindah ke kapal angkasa dan bumi di tinggalkan robot pengurus sampah. Manusia di zaman itu semuanya gemok dan tidak mampu berjalan kerana 24 jam hidup depan computer on line. Dramatik sunnguh!

Terkini, pernah anak aku tanya:

“apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”

Aku jawablah, mungkin dinasour tidak akan pupus dan ada Jurassic park macam zoo Negara.

Rupanya, soalan ini dah lama di tanya oleh anak anak dari Barat, sehingga geng animasi Pixar keluarkan filem fiksyen terbaru mereka, The Good Dinasour.

Jawapan pihak animasi sudah tentu dalam bentuk fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik dan mungkin mereka yakin dengan teori evolusi berkenaan manusia berasal dari berok, maka watak manusia di gambarkan sedikit macam berok tapi menyalak macam serigala, tidak boleh bercakap dan baru nak ada akal, manakala sesuai dengan teori evolusi, dinasour pulak yang hidup berjuta tahun di gambarkan mempunyai akal seperti manusia dan bercakap sesama mereka.

Dalam filem itu, Dinasour berleher panjang yang memakan sayur di gambarkan pandai bercucuk tanam, manakala T rex yang suka makan daging di gambarkan menternak kerbau sebagai sumber makanan. Manakala manusia pula mencuri hasil tanaman dari dinasour, adohai..

Tapi itulah, jika benar manusia berevolusi dari binatang, kenapa ikan paus yang dah lama hidup tidak ada akal seperti manusia, kenapa belangkas yang dah wujud berjuta tahun tidak cerdik macam manusia, dan kenapa manusia tiba tiba tidak berbulu macam berok, dan kenapa hanya manusia yang ada akal dalam seluruh kehidupan di dunia ini?

Ops, tak payah serius sangat, itu hanyalah filem animasi fiksyen, hanya hiburan ringan sekeluarga, anak aku menangis sewaktu dinasour hijau cerita pada manusia ayahnya mati, tapi manusia cerita ibu bapanya semua mati, dan di akhir cerita, teresak esak anak perempuan aku menangis waktu mereka terpaksa berpisah.

“tapi ayah, ada kawan kat sekolah cakap, dinasour tak wujud, semua itu adalah konspirasi yahudi untuk lupakan ummat islam kepada Nabi adam! Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”

Tanya anak yang darjah 4, aku jawab elok elok:

“dinasour ni wujud sebelum Nabi adam datang, bukti dinasour wujud adalah pada tulang yang ahli kaji jumpa”

“tapi kan ayah, jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”

Tanya anak darjah enam pulak, jawab aku:

“Ada banyak teori tentang kejadian alam, ada teori yang mengatakan minyak yang ayah isi dalam kereta hari ini adalah terhasil daripada ribuan makhluk zaman dahulu termasuk dinasour, so tak sia siapun ciptaan Allah ini”

Anak angguk angguk setuju. Aku sambung lagi hujah:

“Sebab tu dalam filem animasi Pixar, jika mereka pergi stesen minyak, logo stesen minyak adalah dinasour dan nama stesen minyak adalah Dinaco!”

Anggukkan anak semakin laju. Now you know.

Ps: Agak mencabar menjadi ayah di akhir zaman ini, hu hu hu..


Post a Comment