May 23, 2015

Rohingya Menangis sampai bila?

(Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!)
Sumber gambar: thecitizen
Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, mandikan kita, kapankan kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat selama tiga hari tiga malam di majlis tahlil. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja. Anda tidak mampu mengubahnya!

Akan tiba satu masa mungkin, di zaman pergolakan dan penindasan, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, namun mereka tidak datang ziarah mayat korang, mereka dah tak sempat nak uruskan mayat korang,  maka tinggallah mayat korang bergelimpangan masuk media, tiada yang mahu peduli untuk dimandikan, tiada yang mahu peduli untuk dikapankan, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk sibuk menjaga nyawa masing-masing lari naik bot pergi ke nagara lain mencari suaka politik, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat. 

Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang sangat besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka mash ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga masih ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan.

Orang Rohingya yang mati di bunuh Pengganas ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai.

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat Rohinya nak solat berjemaah sebab pengganas di sana tak bagi siapa bakar rumah kerana katanya rakyat Rohingya bukan warga neraga mereka?

Kita di sini asyik kibarkan bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas datang menyerang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar bersyukur lantas menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah. Iaitu solat awal waktu, berjemaah dan tempat azan di azankan.


Sekian. Pesan kepada diri sendiri.  Semoga Allah melindungi semua warga Rohingya yang tertindas, juga semua ummat manusia. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Pertolongan yang berterusan dari Allah, amin.

Ps: Ikutkan sejarah, isu penghapusan etnik di Bosnia dapat diselesaikan dengan campur tangan Negara lain, dan Malaysia sendiri di bawah arahan Tun M, telah menhantar tentera ke sana. Di harap Semua Negara termasuk Malaysia dapat sama-sama bantu selesaikan masalah yang aku dengar lebih awal dari isu Bosnia Heezegovina ini. 

May 19, 2015

Benarkah Umar Pernah Bunuh Anak?

(Tanya sama abang Kereta Mayat)

“As salam en hamka. Sekarang saya tengah bertunang dgn seseorang. Niat kami kalau ada jodoh insyaAllah akan nikah. Tapi dia dah terus terang dengan saya dia pernah terlanjur. Sekarang dia tengah baiki diri dengan mendalami bab agama. Dah bertaubat dan sudah pergi haji. Saya risaukan bila kami dah kahwin ada pihak yang mengungkit dan takut dia ulang hal sama lagi.
Kalau en hamka sudi bagi pendapat,. Terima kasih

Hamka Said:

Salam, hal peribadi, adalah di luar range jawapan saya, lebih baik, soal hati, anda yang buat keputusan dengan cara solat istiqarah dan bermesyuarat dengan hikmah bersama orang tua (tak perlu cerita aib sangat)..

Saya hanya boleh bagi pendapat dari segi hukum, iaitu, Islam tak hukum sejarah, lebih lebih lagi jika si pelakunya melakukan di zaman jahiliah, contohnya saidina Umar, pernah bunuh anak hidup hidup, tapi sewaktu dipilih menjadi khalifah, rakyat tak tengok dosa lama, tapi tengok amal sekarang, so tengok amalan terkini, jika benar benar sudah bertaubat, Tuhan sahaja yang tahu. wallahu'lam.

Ps: Saya bukan ustaz.

Update:
Catatan ini telah dipos kat FB Hamka Keretamayat pada 9 May yang lepas, mendapat 32 ribu reached, 900 like, 18 share dan berpuluh puluh komen. Tapi kebanyakkan Komen bukan berkenaan MORAL OF THE STORY, tapi tentang kisah Umar bunuh anak dikatakan hadis palsu.

Copy paste:

Pembaca 1: cerita tentang saidina umar bunuh anak perempuannya tu palsu.

Pembaca 2: kisah umar membunuh anak perempuannya dalam masa jahiliyyah tak benar. Anak perempyan umar.Hafsah, isteri rasulullah.

Pembaca 3: En Hamka, kalau x silap ana hadis dhaif x boleh dibuat hujah. Cukup sekadar boleh dibuat amal jer. Kalau salah tolong betulkan.

Pembaca 4: Riwayat mana yang mnyatakan Saidina Umar bunuh anak dia ?

Pembaca 5: pd aku masej yg nak di sampaikan hamka bkn isu saidina umar pernah bunuh ank nya,tp nak bagi tahu "islam tak ajar kita menghukum seseorg itu berdasarkan masa silamnya" dan x payah le nak berdebat betul ke tak kisah pembunuhan itu.

Pembaca 6: Rase tak silap, Umar tak bunuh anak die. Tu orang syiah yang pandai buat ayat. Hm. Betulkan kalau salah.

Pembaca 7: Kisah tu direka reka oleh musuh islam. Tp ada org islam yg jahil menyebarkannya. Sebab amalan menanam bayi perempuan hidup2 dilakukan semasa zaman jahiliyyah oleh bani Tamim. Saiyyidina Umar dari Qabilah bani Quraiysi. Bukan qabilah Bani Tamim. Kisah ni di reka sebab saiyyidina Umar mmg terkenal dgn bengis dan kejam. Singa Allah. Dlm sejarah bani tamim bunuh anak perempuan bukan bani Quraiysi. tidak ada dalam sejarah mengatakan Qabilah bani Quraisyi bunuh anak. Seorang pun x.

Pembaca 8: kisah Umar tanam anaknya itu israiliyat, kan?

Pembaca 9: Part saidina umar menanam ank perempuannya itu hidup2 lebih baik di ubah krn itu adalah pndpt puak syiah utk memburukkn para sahabat...tk perlu menambh pnjg lg kekeliruan yg tlh dicetuskn dr ustaz2 terdahulu. sama spt bab hdis palsu tntg pyung emas..nanti jd berdusta ats nama nabi Muhammad SAW..waallahualam...

Pembaca 10: disarankan supaya diedit part Saidina Umar tu...



Hamka said:

Aku bukan ustaz, tapi aku bukan dengar berita terus share, sebab islam dah ajar:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6)”

Lepas tu nak rujuk, bukan boleh rujuk pada sorang ustaz atau satu pendapat sahaja, kena rujuk pada yang pakar:

Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui , Surah An-Nahl ayat 43

Jadi kisah Saidina Umar tanam anak ni, aku dah dengar lama dari buznama, dari kecik hingga besar, ada banyak dalam kitab, dan ustazpun selalu bawak, pernah baca dalam haraqah, pernah dengar dalam bayan, dan ada dua tiga kitab cerita secara berbeza, ada kisah detail umar tanam anak, ada kisah umar ketawa dan menangis, bila di tanya, maka terbongkar kisah ni, ada kisah dicerita depan Nabi, dan Nabi tak caci umar, so jika korang rajin, boleh jumpa sumber dari kitab mana. pendek kata, jika tak tahu, rujuklah pada ahli-nya. wallahu'lam.

Lepas tu aku dah tanya beberapa ustaz, termasuk yang belajar sampai sanad kepada Nabi, ada yang kata hadis lemah, ada yang kata tak salah, ada yang jawab akan kaji balik, so dalam bab nak share, perlu merujuk pada sepakat ulamak, sebab tu ada istilah Ijma, Ittifaq, Jumhur, Qawl dan lain-lain. dalam menetapkan sesuatu, kita ditegah daripada berpegang kepada tafsiran yang "terpencil" (shadh). dan terus menolak pendapat lain

Bagi aku, adilkah kita yang duduk zaman kemudian, mempertikaikan kitab orang yang hampir dengan zaman kejadian?, islam itu adil dan perlu terlihat adil, sedang kita bukan ahli dalam bidang tersebut? adil tak? tak pelik zaman ni muncul geng wahabi atau hero hadis yang tolak kitab imam syafee, hambali dan lain lain, adohai, malahan ada yang yang kafirkan sahabat , kafirkan ulamak, kefirkan sesama islam, adil tak?

Copy paste pendapat penulis sejarah islam bahasa Melayu, Saudara Abd Latip

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Terlebih dulu saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat menulis kisah sejarah Islam dalam bentuk novel. Terima kasih kepada penerbit PTS yang menerbitkan novel tersebut. Dan terima kasih kepada pembaca yang membeli dan membacanya.
Saya selalu ditanya, apa tujuan saya menulis novel sejarah Islam?. Tujuannya tidak lain untuk menceritakan semula kisah-kisah sejarah itu dalam bentuk novel supaya mudah dibaca terutama oleh anak-anak muda. Tambahan pula novel sejarah Islam ini belum ramai yang menulisnya.

Menulis novel sejarah mestilah ada fakta-faktanya kerana tidak boleh direkacipta. Fakta-fakta itu terdapat dalam buku-buku sejarah.

Saya cuma menceritakan semula kisah sejarah itu berdasarkan fakta-fakta popular yang dikutip dari buku-buku sejarah. Saya tidak mampu untuk menulis semula sejarah dalam bentuk baru.

Sebagai contoh, kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup. Itu adalah fakta popular yang terdapat dalam banyak buku sejarah. Kisah itu sudah diceritakan oleh penulis buku-buku sejarah Islam semenjak dahulu. Saya cuma menceritakannya semula kisah tersebut dalam bentuk novel.

Kerana itu pembaca perlu menilainya dari sudut ilmu sejarah bukan dari hukum ilmu tasawuf.
Dalam ilmu sejarah kebenaran itu dapat dibuktikan melalui catatan sejarah.

Menurut Prof Teeuw, dalam karya sejarah yang paling ilmiah sekalipun ada aspek yang subjektif yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Hal ini disebabkan, Fakta sejarah tidak pernah disampaikan kepada kita dalam keadaan murni kerana sentiasa dihias melalui fikiran si pencatat.

Menurut Lamarque, sejarah dihasilkan dengan niat menggambarkan semula peristiwa masa lalu secara yang sebenar-benarnya. Penulisan novel sejarah berdasarkan ketepatan fakta, kebenaran dan ketetapannya.

Bagi umat Islam rujukan paling tepat adalah al Quran dan al Hadis. Tetapi kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup memang tidak terdapat dalam hadis. Tetapi ada diceritakan dalam buku-buku sejarah. Itu fakta yang popular.

Menanam anak perempuan hidup-hidup memang berlaku pada zaman Arab Jahiliyah. Tetapi tidak semua anak perempuan ditanam. Kerana itu turun wahyu melarang membunuh anak perempuan.

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah satu dosa yang besar.” (Al Isra’ ayat 31)

“Apabila bayi-bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup akan ditanya apakah dosa mereka dibunuh?” (at Takwir ayat 9)

Kisah Umar al Khattab menanam anak perempuannya hidup-hidup berlaku ketika dia masih jahiliyah. Jika perkara itu memang benar berlaku tidak menjatuhkan maruahnya kerana ketika itu dia belum memeluk Islam. (abdul Latif)

end copy paste:

Ini pulak Ulasan Ustaz Azhar Idrus dalam youtube.


 "tidak disebut dalam hadis yang sahih, hanya disebut dalam kesah-kisah para sahabat yang sebahagian daripada hadisnya adalah daif. dan sebahagian daripadanya adalah hassan. bercampur aduk. Jadi tidaklah menjadi satu akidah yang menyeleweng jika kita bersandarkan kepada cerita saje , melainlan jika ade tujuan menyebarkan cerita ini untuk memburukkan sahabat, tapi, jika atas dasar tidak memburukkan sahabat, untuk mengingatkan manusia ini daripada jahat, Allah boleh bagi hidayah jadi orang yang terbaik, macam saidina umar, maka tak salah cerita seperti itu, sekalipon daripada hadis yang daif"


Sekian copy paste, Jawapan aku bab kahwin di atas sebijik macam yang Ustaz Azhar bagitahu, Tiadalah niat aku nak burukkan siadina Umar, Cuma nak bagitahu, Allah boleh ubah orang yang asalnya jahat kepada orang yang baik baik. Wallahu'lam.

Tutup entry dengan Tasbih kafarah.

Ps: Teringat pesan Buznama: Sepatutnya kita rasa sangat ‘bertuah’ sebab dilahirkan dan membesar pada zaman kegemilangan hadith dan ahlinya. Sehingga kita boleh menjumpa ramai ahli hadith yang mampu palsukan hadis serta merta dalam blog, dan FB,-Woha! (sarcasm)


May 9, 2015

Cara Nak Beli Buku?

(Ulasan Buku secara ringkas, dan Borang beli Buku menyusul di bawah)

Salam, mungkin ada antara pembaca yang bertanya, berapa banyak buku yang Hamka Keretamayat telah tulis?

Ada Empat, iaitu:
  1. Permata Yang Hilang Kini DiJumpai (kisah mencari cinta dalam dunia rumah tangga) cover buku berunsur TANAH.
  2. Kamar Sutera (kisah laki bini baru kahwin), cover buku berunsur AIR
  3. Semusim di Syurga (kisah jaga tepi kain orang versi sopan) cover buku berunsur ANGIN
  4. Semusim di Neraka (Kisah jaga tepi kain orang versi agak ganas) cover buku berunsur API.
Cover cetakan pertama, sudah sold Out

Diberi nafas baru oleh Terfaktab Media

Cover terkini, Berunsur TANAH.

Ulasan Buku PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI.

Buku ini di pecahkan kepada 4 bahagian:
  • bahagian pertama adalah isu sebelum kahwin yang sesuai untuk orang bujang,
  • bahagian kedua adalah berkenaan menjelang perkahwinan yang sesuai untuk rujukan orang yang bertunang,
  • bahagian ketiga pula berkenaan rumah tangga yang sesuai dirujuk oleh suami isteri, dan
  • bahagian keempat lebih kepada asam garam rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian...

Antara topik yang di sentuh dalam buku ini adalah:


  • Bagaimana atasi masalah onani.
  • Bagaimana memikat hati mertua dan bagaimana memujuk mertua yang tidak mahu anaknya berkahwin awal.
  • Bagaimana menghadapi isteri atau suami yang dingin terhadap seks.
  • Masalah suami pendiam dan isteri merajuk.
  • Kenapa pasangan bercerai dan bagaimana mengelakkkannya.
  • Bagaimana mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada anak.
  • Dan lain lain..
Buku ini bukanlah sekuel kepada buku Permata yang Hilang (1992) kerana ‘permata yang hilang’ dalam buku tersebut tidaklah sama dengan ‘permata yang hilang’ dalam buku ini kerana Permata yang Hilang Kini Dijumpai.

Permata yang Hilang (1992) mungkin merujuk kepada adat resam memecahkan dara isteri atau menguatkan zakar suami. Sedangkan 'Permata yang Hilang Kini Dijumpai' pula lebih merujuk kepada makna cinta dan erti kasih sayang. Bak kata penyanyi Madonna ketika orang ramai tersilap dalam menafsir maksud lagu Like a Virgin yang kononnya adalah berkenaan seks dan zakar, maka jawabnya, “Like a Virgin – It’s not about dick, it’s about love.”

So do I.

Woha!

Cover Asal-Sudah habis di Pasaran.
Cover baru berunsur AIR
ULASAN BUKU KAMAR SUTERA

Kisah laki bini dalam Kamar Sutera tidak di susun sebagai sequel kepada “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” sebaliknya lebih kepada mengisi ‘plot hole’ dari buku pertama yang mana setelah pembaca gigih mengikuti kisah pahit manis si penulis bercinta dan bertunang, tiba tiba kisah laki bini dalam PYHKDJ terus bersambung pada babak penulis sudah beranak tiga, Eh? ke mana perginya babak malam pertama? Ke mana perginya babak di awal perkahwinan dalam menyesuaikan antara dua jiwa?.Apa tiadakah asam-garam atau suka-duka rumah tangga di awal perkahwinan wahai En Hamka Keretamayat?

Di atas kesedaran: ‘Peminat selalu betul’maka tertulislah ‘kisah laki bini’ dalam kamar sutera yang merakam peristiwa bermula dari pintu gerbang perkahwinan yang dipenuhi suka duka, senda gurau, pahit manis, dan hitam putih kehidupan.

Secara ringkasnya, Kisah dalam buku ini bermula dengan cerita pengalaman Laki belajar tentang masalah haid, seterusnya menyingkap tabir bulan madu yang indah, kemudian suka duka laki bini dalam bergaul dengan mertua, juga pengalaman membuat kerja rumah yang kronik, ada juga cerita hantu, tak lupa nasihat tentang ekonomi rumah tangga, selain ayat power memikat bini, seni syair dan muzik serta filem, kisah bini mengandung dan pengalaman beranak pertama kali juga ada di muatkan.., di hujung cerita, ada bab tazkirah islamik mengenai kehidupan berlaki bini,

Aku memilih “Kamar Sutera” sebagai tajuk buku adalah simbolik kepada gerbang perkahwinann yang selalu dirujuk kepada kesucian ‘Kamar tidur pengantin’ yang mana di awal perkahwinan semuanya kelihatan indah belaka bagaikan ‘tenunan kain sutera’, namun terselit pahit maung suka duka kehidupan rumah tangga kerana hakikatnya sutera yang menyelubungi kamar itu sendiri datangnya dari najis ulat. Adohai..

Akhir kata,korang tidak wajib membaca “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” untuk memahami Kisah Laki Bini di dalam buku ini kerana Kamar Sutera di tulis dengan tempo ‘berdikari’setelah adaptasi berhikmah di lakukan dari kisah benar yang telah di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita.

(juga agar penulis tidak kelihatan terlalu losser. Woha!)

Semoga kisah laki bini dalam buku ini dapat menjadi panduan kepada semua laki bini dan semua bakal laki bini diluar sana (jika tidak banyak, satu muka surat pun jadilah, isk)

SDS-Cover berunsur ANGIN
Ulasan Buku SEMUSIM DI SYURGA

Buku ini merupakan catatan diari pahit manis liku-liku kehidupan seorang pemandu kereta mayat yang ada unsur ala-ala politik tanah air. Melibatkan lokasi parking kereta mayat di sebuah surau yang penuh dengan suka-duka bersama ahli jemaah bermula dari Awal Muharam sehinggalah ke penghujung musim Haji.

Dengan catatan diari bermula diari 1 Muharam sehinggalah ke 30 Zulhijah mengikut kalendar Islam, maka lengkaplah buku ini dengan tema 'semusim' di syurga. Tapi macam tak logik, seorang pemandu kereta mayat mempunyai diari?

Namun pada zaman semua orang boleh ada blog atau Facebook, maka tidaklah pelik jika pemandu kereta mayat pun mempunyai akau Goodreads.

Woha! 

SDN-Cover Berunsur API
Ulasan Buku SEMUSIM DI NERAKA

Pembaca yang membaca buku ini, dipercayai, walau sejahil mana pun anda, sedikit sebanyak akan ada modal untuk bercakap bab agama terutama apabila diajak bersembang bersama bapa mertua atau rakan niaga.

Penting untuk kita mempunyai sedikit kebolehan menyampuk sepatah dua kata dalam bab agama sewaktu berborak kerana bila kita dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak’ bab agama, yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab agama, maka malaikat kubur akan hantukkan kepala kita ke tanah!

Woha!

Ps: Semoga semua buku di atas terselit di antara buku buku berilmiah di almari korang yang berada di ruang tamu semestinya. Terima kasih.

Cara Nak beli: Isi Borang Di bawah.




Ps: Tengok atas lepas klik Submit. Jika ada masalah barang tak sampai, boleh isi ruang komen, pastikan ada email untuk saya hubungi, selepas 14 hari tiada komplen dari anda, maka urusniaga selesai, saya jual buku dengan harga yang tersebut itu.

May 1, 2015

Bekerja sebagai Nabi?

(Tazkirah ringkas di hari pekerja-oleh driver keretamayat yang tak cuti sebab mayat ada hari hari)
Kerja orang islam
Selamat hari pekerja, apa itu hari pekerja? Hari pekerja adalah hari orang bekerja tak bekerja..

Biasa orang tanya korang bekerja SEBAGAI apa? Tapi jarang orang bertanya, korang kerja MACAM apa?..tak sama bekerja ‘sebagai’ dengan bekerja ‘macam’…

Orang yang bagitahu dia bekerja SEBAGAI bla bla bla adalah orang yang yakin dengan bidang kerja dia, tapi orang yang bagitahu dia bekerja MACAM bla bla bla , apakah maksud yg hendak di sampaikannya?

Contoh:
Satu orang penagih bagitau “gua kerja macam ‘doctor’..”

Atau kita cakap kat kaki pancing “engkau ni macam ‘nelayanlah’..”

Atau waktu korang jumpa waktu blind date “muka awak ni macam mayatlah”..

Contoh lain:

Kat sekolah budak-budak cakap: “ayah saya bekerja sebagai doktor” atau “pakcik saya bekerja sebagai pemandu keretamayat..”

Dari contoh di atas, di sini jelas menunjukkan bahawa takrif perkataan ‘SEBAGAI’ adalah 100% sama dengan maksud, manala takrif perkataan ‘MACAM’ adalah tidak 100%, mungkin boleh mencecah kepada 90%,70%,50% atau lebih kurang lagi!..(terpulang kepada pemikir)

Arghh, Cut the crap!

Semua orang islam hendaklah buat kerja MACAM Nabi buat.

Apa kerja yang Nabi buat?

Kerja yang semua para ambia’ buat adalah :

Ajak orang kepada Allah, kita tak boleh bekerja sebagai Nabi, Era Kenabian telah di khatamkan (tamat), Nabi Muhammad Rasul terkahir, tapi kita kena buat kerja macam nabi buat,dan tentulah kita tak mampu nak buat sebagaimana nabi buat 100% kerana itulah Ulamak ajar kita, suruh kita buat macam nabi buat iaitu :

-ajak orang kapir masuk islam (wahai manusia, berimanlah)

-ajak orang yang masuk islam tu supaya amal islam (wahai orang yang beriman, berimanlah)

-ajak orang yang amal islam tu supaya ajak pula orang lain pada islam.(sampaikanlah walau satu ayat)

- ajak orang yang amal islam tu supaya supaya bertakwa (wahai org yang beriman bertakwalah)

Boleh, insyaAllah?

Sekian ceramah ringkas hari ini,

Selamat hari pekerja, selamat bekerja MACAM Nabi, bukan sebagai Nabi..ingat tu!

Akhir kata, siapa yang tak nak buat kerja macam Nabi, hati hati, takut korang jadi: macam setan!

Adohai…


Sekian, tazkirah ringkas di hari pekerja, pesan pada diri sendiri.