Apr 7, 2015

Taufik dan Hidayat? apa tu?

Salam Bro mayat,

Selalu dengar ustaz cakap, kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dan Hidayat dari Allah.
Siapa itu Taufik? Siapa itu Hidayat?

Mohon pencerahan.

Hamka Keretamayat said:

Salam.

Taufik Hidayat merupakan pemain badminton perseorangan Indonesia dan memiliki ketinggian 176 cm. Beliau merupakan juara dunia 2005 dan juara Olimpik bagi acara perseorangan lelaki. Beliau juga merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia enam kali.

Hidayat beraksi di Sukan Olimpik 2004, menewaskan Hidetaka Yamada dari Japan dan Wong Choong Hann dari Malaysia pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Hidayat menentang Peter Gade dari Denmark 15-12, 15-12. Hidayat layak ke separuh akhir, yang mana beliau menentang Boonsak Ponsana dari Thailand 15-9, 15-2. Bermain pada perlawanan penentuan pingat emas, beliau menumpaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk memenangi pingat emas. Pada Ogos 2005, beliau menumpaskan pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China, 15-3, 15-7 dalam pertemuan perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Dunia IBF 2005.

(Ehem! Ehem!)

(Baca semula soalan)

Ops, maaf, salah jawapan tadi. Lalai ketika mendengar soalan, maka sesat juga dalam menjawab.

Jadi, memang benar kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dan Hidayat dari Allah.

Siapa itu Taufik? Siapa itu Hidayat?

Taufik ini boleh kita faham sebagai sebuah "kesedaran" yang Allah datangkan pada setiap manusia.
Manakala Hidayat pulak akan datang bila manusia buat usaha atas kesedaran.

Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam-macam cara, melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, sakit, FB sharing, mesej whatsapp, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis, baca blog keretamayat, baca buku semusim di syurga, dengar bayan orang tabligh, atau tengok mayat bergelimpangan di jalan raya, dan lain lain.

Tapi korang hanya dapat kesedaran belum dapat hidayat lagi. Jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?

Contoh:

Hari ni ramai orang sedar penting sembahyang berjemaah tapi tak dapat datang masjid kerana tak buat usaha atas kesedaran.

Ramai perempuan sedar tutup aurat penting tapi tak dapat tutup aurat kerana tak dapat hidayat sebab tak buat usha atas kesedaran tu.

Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, macam orang bangun pagi, mula mula dia sedar (dapat taufik), tapi tak buat usaha untuk bangkit(tiada hidayat), maka lama lama dia akan tidur balik, dan jika diteruskan tidur akan mamposlah sebab malas nak bangun. Hampeh!

So, Orang yang dah dapat kesedaran (taufik), tapi tak buat usaha atas kesedaran (usaha hidayat),
Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan atau kesesatan.

Maka dia akan kata:

"aku gi sembahyang masjid buat apa? Aku bukan nak pahala27 kali ganda, aku nak Allah, solat kat rumah pun boleh..."

atau

"zaman bila tutup2 ni, rimaslah I”

 atau yang lebih teruk, terus murtad.

Maka jadilah percakapan mereka tu percakapan orang orang yang sesat kerana sudah tidak mendapat taufik dan hidayat dari Allah.

Ketahuilah, taufik dan hidayah adalah tetamu Allah. Kalau kita layan dia dengan baik maka dia akan suka datang berulang-ulang kali bertandang ke rumah (read: hati) kita. 

Wallahu’lam.


Ps: Semoga korang yang baca blog aku mendapat taufik dari Nya, dan jangan lupa untuk buat usaha atas hidayat dengan jalan mujahadah cara Nabi Muhammad SAW. Pesan pada diri sendiri.

9 comments:

Anonymous said...

Ikut fahaman aku,
Taufik tu adalah kecenderungan, kemahuan dan kekuatan dlm hati utk melakukan kebaikan.
Hidayah pula adalah ilmu dan kefahaman terhdp kebenaran atau isi ajaran Al Quran.

Anonymous said...

Terima kasih atas ilmu yg sgt bermanfaat

Anonymous said...

ok

Haruman Lavender said...

Tanx for share

syiar islam said...

Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, ulama'besar abad ke VIII H, bahwa taufiq itu ialah iradat Allah yang datang dari-Nya sendiri terhadap hambanya untuk melakukan yang baik, diberinya kesanggupan untuk melakukan perbuatan yang diridhoi-Nya, didorong oleh kecintaan kepada-Nya.

Allah menjadikan perbuatan hamba-Nya sesuai dengan yang Dia ridhoi dan sukai, itulah taufiq. Demikian hakekat perkataan ini menurut Al Jurjani, ahli bahasa Arab Zaman dahulu. Malah Raghib Asfahany menekankan pula bahwa dalam masalah taufiq ini tekannanya ialah kepada yang baik. Dengan arti dorongan bathin seseorang melakukan perbuatan yang baik. Jadi taufiq hanya ditujukan kepada perbuatan insan yang baik, bukan kepada yang buruk.

Adapun hidayah ialah petunjuk dan bimbingan Allah untuk sampai kepada yang dicita-citakan manusia. Kini adalah ta'rif yang menyeluruh dari para ahli-ahli zaman dahulu dan dapat dipakai orang zaman sekarang.

Imam Ghozali dalam abad ke V H datang dengan memberikan kupasan yang menyeluruh, maka dari kata taufiq lahirlah kata-kata lain yang penting untuk dimiliki oleh setiap orang.

Imam Ghozali mengemukakan kata taufiq, hidayah, inayah, tasdid dan ta'yid, tapi didalam masyarakat yang populer hanya tiga saja, yaitu taufiq, hidayah, dan inayah, sedang ta'yid dan tasdid jarang terdengar.

Namun demikian imam Ghozali memberikan pengertian kepada umum bahwa kata taufiq dengan rangkaian yang demikian akan ada ta'yid, yaitu bantuan Allah dalam kehidupan seseorang hamba-Nya yang diridhoi-Nya. Dalam arti bahwa bila seseorang memohon taufiq dan hidayah Allah dalam sesuatu hal, maka dengan sendirinya dia sudah mengharapkan bantuan-Nya seperti yang dicontohkan Nabi saw :

"Ya Tuhanku, aku memohon diberi taufiq melakukan amal yang Engkau sendiri, tawakkal yang benar pada Engkau dan baik sangka terhadap Engkau." (HR. Abu Nu'man)

Atau setidak-tidaknya bila sesuai yang dilakukannya tidak memerlukan bantuan Allah seperti dalam makan, minum, dan lain-lain, namun diharapkan pula taufiq, dalam arti makan minumnya itu berada dalam ketentuan yang diridhoi Allah hendaknya jangan mubadzir dan memenuhi nafsu serakah.

Anonymous said...

Hidayah bukan untuk dinanti tapi harus dicari oleh kita sendiri dengan cara mempelajari Al Qur’an dan Sunnah.
Beda lagi dengan taufiq yang hanya bisa didapatkan atas kehendak Allah 'azza wa jalla. AKAN TETAPI, bukan berarti kita serta merta menunggu taufik itu datang.
Berdasarkan definisi di atas, taufik diberikan untuk mempermudah seseorang mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sudah dipelajarinya. Kata kuncinya adalah “ajaran-ajaran Islam yang sudah dipelajarinya”.

Anonymous said...

Oleh : Ustaz Farid

�Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.� (Al-Ankabut: 69)

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

�Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..� Bicara seseorang seingat saya.

�Moga mereka mendapat hidayah Allah SWT.� Doakan rakannya menyambung ayat.

Pengertian Taufiq Dan Hidayah

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.

Berdoa biarlah faham.

�Allahummahdini fiman hadait, wa�afini fiman �afait..� Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Anonymous said...

Mohon share ye en hamka..pencerahan yg mudah difahami walau permulaannya mengenal en taufik dari indonesia

Oneyani Deankayree said...

Alhamdulillah. Perkongsian yg sgt sgt baik